Rabu, 2 Disember 2009

36 Taktik Peperangan: "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran"

Menyeberangi Laut melalui Penyamaran bermaksud berjaya menyeberangi laut
tanpa
disedari. Pada zaman purba, orang China percaya bahawa segala-gala yang
berlaku
di bumi telah dipantau oleh dewa-dewi di langit. Di China, terdapat satu
peribahasa berbunyi "ada mata di langit". Oleh itu, ketika menyeberangi laut
yang luas, kita mesti menghalang pandangan mata di langit supaya tidak
disedari
atau dikesen oleh dewa-dewi di langit. Sehubungan dengan itu, makna yang
lebih
lanjut mengenai "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" adalah dalam situasi
dikawal selia, tindakan dilaksanakan dengan menggunakan muslihat dan kaedah
penyamaran bagi mencapai sesuatu tujuan.
Asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" dikatakan berkaitan
dengan Maharaja Tangtaizong, iaitu maharaja kedua Dinasti Tang China,
kira-kira
pada abad ke-7 Masihi. Kononnya Maharaja Tangtaizong pernah bercita-cita
untuk
meluaskan wilayah negerinya, akan tetapi baginda sangat takut untuk
menyeberangi
laut untuk berperang. Ketika tenteranya tiba di tepi pantai, Maharaja
Tangtaizong berasa sangat takut apabila ternampak laut yang luas dengan
ombak
yang bergulung-gulung. Maharaja Tangtaizong kemudian telah bertanya kepada
pengiringnya bagaimanakah caranya tenteranya boleh menyeberangi laut yang
sebegitu luas? Namum tiada orang yang menjawab pertanyaan baginda kerana
mereka
pun tidak tahu akan jawapannya. Pada ketika itu, seorang hartawan tempatan
yang
tinggal di pesisir pantai itu telah muncul dan meminta untuk menghadap
Maharaja
Tangtaizong. Beliau mendakwa bahawa keluarganya telah menyediakan bahan
makanan
yang mencukupi untuk membolehkan tentera Maharaja Tangtaizong menyeberangi
laut.
Maharaja Tangtaizong sangat gembira atas khabar baik itu dan mengetuai para
pengiringnya berjalan di tepi pantai dengan mengikuti hartawan itu. Tidak
lama
kemudian, laut tidak kelihatan secara tiba-tiba dan lebih 10 ribu rumah yang
dihiasi dengan kain yang berwarna-warni muncul di hadapan mereka. Hartawan
itu
telah mengundang Maharaja Tangtaizong naik tangga dan memasuki sebuah rumah
yang
mewah. Empat dinding rumah itu telah dihiasi dengan tirai yang cantik sekali
dan
lantainya ditutupi dengan permaidani yang bermutu dan mahal.
Di dalam rumah itu, Maharaja Tangtaizong telah dihidangkan dengan santapan
yang
mewah sekali. Maharaja Tang Taizong berasa sangat seronok dan telah duduk
untuk
menikmati santapan itu. Sebentar kemudian, tiba-tiba baginda terdengar bunyi
langsir ditiup angin dan bunyi ombak yang kuat serta barang-barang di dalam
rumah itu mulai condong. Maharaja Tangtaizong terkejut lalu bertanya kepada
pengiringnya tentang kejadian itu. Hartawan itu menjawab bahawa Tuanku sudah
berada di atas kapal dan sedang menyeberangi laut dalam angin yang kencang.
Hingga saat itu, Maharaja Tangtaizong baru sedar bahawa ini merupakan satu
muslihat supaya baginda dapat menyeberangi laut tanpa kekhuatiran. Beginilah
asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran", Maharaja
Tangtaizong
yang berkedudukan tertinggi pada zaman purba China telah dimaksudkan sebagai
"langit" dalam cerita tersebut.
Sebenarnya, dalam sejarah China, banyak peristiwa yang bercirikan penggunaan
taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" sudah berlaku sebelum Dinasti
Tang. Sebagai contoh, pada abad ke-4 Sebelum Masihi, wilayah China telah
menjadi
terpisah-pisah dan ditakluk oleh beberapa negeri. Maka, konflik sering
berlaku
antara negeri-negeri tersebut sering berlaku dan mengakibatkan pemerintahan
tempatan ganti-berganti dari semasa ke semasa.
Menurut catatan sejarah, Negeri Qin telah mengisytiharkan perang terhadap
Negeri
Zhao dan tenteranya juga telah mengepung ibu kota Negeri Zhao untuk memaksa
raja
Negeri Zhao menyerahkan kuasa pemerintahannya. Pada saat yang genting itu,
raja
Negeri Zhao telah menulis surat kepada raja Negeri Wei untuk meminta bantuan
ketenteraan bagi mengatasi krisis tersebut. Alasan raja Negeri Zhao meminta
bantuan daripada raja Negeri Wei kerana isteri adiknya ialah kakak Putera
Negeri
Wei, iaitu Putera Xinling. Putera Xinling bukan adik sekandung dengan raja
Negeri Wei (seayah). Walaupun raja Negeri Wei telah menghantar seramai 100
ribu
tentera ke kawasan yang berhampiran dengan ibu kota Negeri Zhao, akan tetapi
baginda tidak berani untuk mengarahkan tenteranya mara untuk membantu Negeri
Zhao kerana bimbang kalau-kalau Negeri Qin akan membalas dendam selepas itu.
Setelah diberitahu akan perkembangan terkini, Putera Xinling berasa sangat
cemas, akan tetapi beliau juga tiada kaedah untuk membantu Negeri Zhao
kerana
tidak mempunyai hak untuk mengarahkan tentera. Pada ketika itu, seorang
penasihat Putera Xinling telah mencadangkan supaya Putera Xinling memujuk
salah
seorang gundik kesayangan raja Negeri Wei untuk mencuri gundal tentera
daripada
raja Negeri Wei. Oleh sebab Putera Xinling pernah membantu gundik itu
menghukum
penjenayah yang membunuh ayah gundik itu, jadi mereka menjangka bahawa dia
tentu
tidak akan menolak permintaan tersebut. Putera Xinling akhirnya telah
berbuat
sepertimana yang dicadangkan dan berjaya mendapatkan gundal tentera dan
membantu
raja Negeri Zhao mengatasi krisis itu dengan mengarahkan tentera Negeri Wei
menyerang kem tentera Negeri Qin. Dalam cerita ini, Putera Xinling juga
telah
mengguna pakai taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran".
Taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" tidak semestinya akan memberi
ancaman langsung atau menjejaskan kepentingan pihak yang kena tipu dan juga
berlainan dengan niat jahat yang menggunakan tipu muslihat yang bertujuan
untuk
menjejaskan kepentingan pihak yang lain.
Sumber:
http://idhamlim.blogspot.com

Tiada ulasan: