SOLAT QASAR DAN JAMAK
Orang yang akan berangkat musafir disuruh mengerjakan solat safar, boleh mengqasar atau meringkaskan solat dan juga boleh menjamaknya. Di sini diterangkan pengertian qasar dan jamak, syarat rukun, dasar hukumnya, jarak yang boleh mengqasar, cara pelaksanaannya dan sebagainya.
Pengertian qasar dan jamak
Qasar ertinya pendek. Yang dimaksud dengan solat qasar ialah solat yang dipendekkan. Maksudnya memendekkan atau meringkaskan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Jamak ertinya mengumpul atau menghimpunkan. Yang dimaksud dengan solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya solat Zuhur dan Asar dikerjakan pada waktu Zuhur. Dan boleh juga kedua-duanya dikerjakan pada waktu Asar.
Solat yang boleh diqasar hanyalah solat yang empat rakaat, yakni solat Zuhur, solat Asar dan solat Isyak. Sedangkan solat yang boleh dijamak atau dihimpunkan ialah solat Zuhur dengan Asar, begitu juga antara solat Maghrib dengan solat Isyak.
Bererti solat Subuh memang tersendiri. Ia tidak boleh diqasar kerana memang sudah keadaannya dua rakaat. Solat Subuh juga tidak boleh dijamak dengan solat lain.
Dasar hukum solat qasar
Mengqasar solat adalah dibolehkan ketika safar berdasarkan Al-Quran dan sunah.
Firman Allah:
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ”mengasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. (An-Nisa’: 101)
Ayat tersebut merupakan dalil bolehnya mengqasar solat ketika takut kepada sesuatu, manakala dalil yang mengatakan dibolehkannya — mengqasar ketika aman ialah sunah Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ya’la bim Umayyah bahawa beliau berkata kepada Umar bin Khattab: ”Apakah kami dibolehkan mengqasar ketika aman?”
Umar berkata: ”Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w kemudian beliau menjawab: ”ya qasar) adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah pemberian-Nya itu
Dari Ibnu Umar, beliau berkata: ”Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w dalam suatu perjalanan, maka dalam safar itu beliau solat tidak lebih daripada dua rakaat. Abu Bakar,
Umar dan Usman pun mengerjakan cara seperti itu.”
Hukum mengqasar solat
Kita tahu bahawa orang yang dalam perjalanan jauh (musafir) dibolehkan mengqasar solat. Namun hukumnya apakah wajib, sunat, mubah dan sebagainya? Tentang mengqasar solat ini ada empat qaul (pendapat) ulama.
Menurut Abu Hanifah dan sahabatsahabatnya, begitu juga menurut ulama Kufah, mengqasar adalah wajib bagi orang musafir jika musafirnya itu merupakan kerja yang ditugaskan baginya.
Menurut Imam Syafii, menurut riwayatnya yang paling masyhur, mengqasar adalah rukhshah (kelonggaran). Sedangkan menurut sebahagian mazhab Syafii mengqasar (solat dua rakaat) dan menyempurnakan (solat empat rakaat) adalah solat fardu yang boleh dipilih sesuka hati di antara kedua-duanya.
Sedangkan menurut Imam Malik, yakni menurut riwayatnya yang paling masyhur, hukum mengqasar solat bagi orang musafir adalah sunat.
Sesungguhnya Imam Hanafi dan orang-orang yang sependapat dengannya mempunyai dalil yang kuat mengatakan bahawa mengqasar itu wajib. Mereka mengemukakan hujah dari beberapa hadis seperti di bawah ini.
Pertama: Umar bin Khattab berkata: ”Solat dalam musafir adalah dua rakaat, dan menyempurnakan (empat rakaat) bukanlah mengqasar seperti dikatakan Nabi kamu (Muhammad s.a.w.).”
Kedua: Aisyah r.a berkata dalam Al-Sahih: ”Diwajibkan solat itu dua-dua rakaat lalu ditambah rakaatnya bagi orang yang muqim (bukan musafir), dan ditetapkan dua rakaat bagi orang musafir.
KeTiga: Bahawa Nabi s.a.w sentiasa mengqasar dalam semua musafir beliau. Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: ”Adalah Rasuluilah s.a.w apabila keluar musafir, beliau solat dua rakaat sehingga beliau pulang.”
Bahkan menurut Imam Hanafi dan orangorang yang sama mazhab dengannya, kita wajib mencontoh dan mengikut cara Rasulullah mengerjakan solat. Baginda sendiri ada mengatakan dalam sabdanya:
”Solatlah kamu sebagaimana melihat aku mengerjakan solat.”
Menurut mazhab Hanafi lagi, jika Rasulullah s.a.w solat dua rakaat ketika musafir, maka yang demikian menunjukkan bahawa kita pun mesti mengerjakannya dua rakaat ketika dalam musafir.
Sedangkan menurut mazhab Syafii, tidak wajib mengqasar solat ketika dalam perjalanan (musafir). Ertinya boleh solat seperti biasa dan boleh juga mengqasar. Mereka mengemukakan beberapa dalil seperti di bawah ini:
Pertama: Firman Allah yang bermaksud:
”Bukanlah merupakan dosa atas kamu mengqasar solat.” Ini sudah jelas menunjukkan tidak wajib mengqasar. Sebab kalau disebut tidak berdosa mengerjakannya memberi pengertian boleh mengerjakan (mubah), bukan menunjukkan wajib mengamalkannya. Sekiranya qasar itu wajib, maka akan lain pula lafaz suruhannya. Mungkin bunyinya begini: ”Maka wajib atas kamu mengqasar solat.” Atau bunyinya begini: ”Qasarlah solat kamu.”
Kedua: Merujuk kepada tafsir Fakhrur Razi yang menyebutkan bahawa Aisyah r.a. melakukan umrah bersama Rasulullah s.a.w dari Madinah ke Makkah. Ketika sudah sampai di Makkah, maka Aisyah berkata: ”Ya Rasulullah, saya mengqasar solat dan menyempurnakan (tidak mengqasar), aku juga berpuasa dan tidak berpuasa.” Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w berkata: ”Bagus wahai Aisyah.”
Maksudnya sepanjang perjalanan atau safar mereka itu ada solat yang dikerjakan oleh Aisyah seperti biasa dan ada juga yang beliau qasar. Begitu juga tentang puasa, kebetulan waktu itu bulan Ramadan, terkadang Aisyah berpuasa dan terkadang tidak.
Setelah diceritakan kepada Rasulullah beliau mengatakan bagus. Bererti orang yang musafir boleh berpuasa dan boleh tidak, begitu juga tentang solat, boleh dikerjakan sempurna dan boleh juga diqasar.
Ketiga: Usman bin Affan, ketika dalam safar, menyempurnakan solat dan mengqasarnya. Ternyata tidak seorang pun di antara sahabat yang mengkritik atau menegur beliau. Ini semua menunjukkan bahawa mengqasar solat ketika safar tidaklah wajib tetapi sekadar rukhshah atau keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Syarat mengqasar
Syarat mengqasar ada lima:
1, Niat musafir. Tidak sah mengqasar kecuali setelah berniat musafir.
2. Tahu tentang hukum-hukum qasar dalam perjalanan itu
Orang yang tidak tahu demikian tidak boleh mengerjakanmya.
3. Safar atau perjalanannya itu sudah bermula dan dia tidak sedang bermukim. Safar sudah bermula maksudnya dia sudah keluar dari rumah, bahkan sudah keluar dari kampungnya atau kawasan tempat tinggalnya. Orang yang sudah berniat safar tetapi masih berada di rumah atau kampungnya belum boleh mengqasar solat.
4. Orang musafir tidak boleh berimam kepada orang bermukim (bukan musafir). Seandainya dia mengikut juga kepada orang yang bukan musafir, maka dia pun wajib menyempurnakan solat seperti mereka. Menurut riwayat Ahmad, Ibnu Abbas pernah ditanya tentang keadaan orang musafir yang solat sendiri dua rakaat, dan empat rakaat apabila mengikut bagi orang yang bermukim Menurut beliau yang demikian itu memang sumiah.
5. Yang diqasar itu mestilah yang empat rakaat. Solat yang empat rakaat diringkaskan menjadi dua. Solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasar kerana Subuh itu dua rakaat dan Maghrib tiga rakaat.
Musafir yang boleh mengqasar
Khilaf (berbeza pendapat) ulama tentang musafir yang boleh mengqasar solat. Ertinya tidak semua safar yang dibolehkan mengqasar solat, tetapi ada syarat tertentu, seperti bukan perjalanan untuk tujuan maksiat.
Menurut Abu Hanifah, Daud dan As-Sauri, boleh mengqasar bagi orang musafir, sama ada musafir dengan tujuan yang baik atau tujuan maksiat. Misalnya pergi musafir untuk pergi menyamun, menjual barang-barang terlarang dan sebagainya.
Alasan mereka kerana qasar itu merupakan fardu ain bagi orang musafir, sepertimana yang disebut dalam hadis Aisyah r.a. yang lalu, iaitu; pada mulanya diwajibkan solat adalah dua-dua rakaat, kemudian ditambah bagi orang yang bermukim. Di dalam Al-Quran tidak ada ditentukan jenis musafirnya. Bererti dengan semata-mata musafir, tidak kira apakah ianya untuk urusan yang dibolehkan syarak atau sebaliknya, boleh mengqasar solat.
Adapun menurut jumhur fuqaha (ahli-ahli fikah), hanya musafir tertentu sahaja yang dibolehkan mengqasar solat. Iaitu safar atau perjalanan yang dibolehkan syarak dan bukan tujuan untuk mengerjakan maksiat. Safar yang dibolehkan syarak, bahkan dianggap sebagai tujuan yang baik, seperti pergi untuk mengerjakan haji, menuntut ilmu, berjihad dan seterusnya.
Di antara kedua-dua pendapat itu yang paling kuat adalah pendapat jumhur ulama. Allah SWT berfirman:
”Dan janganlah kamu bantu membantu untuk dosa dan bermusuh-musuhan.” (AlMa’idah: 2)
Apalagi kalau kita sesuaikan dengan keadaan masyarakat sekarang, rasanya pendapat jumhur ulama itu yang lebih tepat. Sekarang ramai orang yang pergi melancong untuk tujuan maksiat Ada yang pergi ke luar negara untuk mengadakan kegiatan bisnis terlarang, ada yang pergi untuk bermain judi, mencuri, melacur, membunuh orang dan sebagainya.
Kita yakin orang seperti ini mungkin tidak solat sepenjang dalam permusafirannya. Kalau ada yang mengerjakan solat pun, mereka memang tidak layak diberi keringanan atau mengqasar solat.
Jarak perjalanan yang dibolehkan mengqasar
Jarak perjalanan yang boleh mengqasar tidak boleh kurang daripada 16 (enam belas) farsakh perginya sahaja. Satu farsakh adalah tiga batu dan satu batu 6,000 hasta. Jarak ini lebih kurang
81 kilometer. Inilah mazhab Imam Malik, Syafii dan Ahmad Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat ukuran safar yang boleh mengqasar adalah 24 (dua puluh empat) farsakh. Ini lebih kurang 121 kilometer.
Permulaan dan penghabisan masa mengqasar
Orang yang musafir tidak boleh mengqasar solatnya kecuali setelah meninggalkan kampungnya. Para ulama berbeza pendapat tentang masa bolehnya mengqasar bagi orang yang sudah sampai ke suatu negeri.
Menurut pendapat Imam Ahmad, orang musafir yang berniat akan tinggal lebih daripada empat hari mesti menyempurnakan solatnya dan kalau kurang dari empat hari boleh mengqasar solat.
Menurut Imam Malik dan Syafii, jika seseorang itu ingin bermukim atau tinggal di suatu tempat selama empat hari, mesti menyempurnakan solatnya dan kalau tidak sampai empat hari boleh mengqasar.
Menurut Imam Abu Hanifah dan As-Sauri, jika seseorang ingin tinggal di suatu tempat selama 15 hari mesti menyempurnakan solatnya dan jika kurang dari itu boleh mengqasar.
Sebab terjadinya perbezaan pendapat, sesuai dengan kata Ibnu Rusydi, kerana perkara ini tidak disebutkan secara terperinci dalam AlQuran dan hadis, sedangkan mengqiaskan untuk membatasinya daif menurut mereka.
Namun demikian ulama yang empat sependapat bahawa orang yang tinggal di suatu tempat kerana keperluan dan dia meniatkan dalam hatinya, ”Saya akan pulang esok,” maka dia boleh mengqasar selama-lamanya.
Kecuali pendapat Syafii dalam salah satu qaulnya, menurut beliau mengqasar sampai 17 atau 18 hari dan tidak boleh lagi sesudah itu. Ibnu Al-Munzir berkata dalam Al-Isyraf, ”Telah sependapat ahli-ahli ilmu bahawa orang musafir boleh mengqasar selama dia tidak bermaksud mukim (menetap di suatu tempat). Dia boleh terus mengqasar walaupun sampai setahun.
Ibnu Qayyim berpendapat, orang yang bermukim dalam keadaan musafir tidak keluar daripada hukum musafir, sama ada lama atau sebentar, selama dia tidak bermustautin (menjadi penduduk) pada tempat bermukim itu. Alasan beliau kerana Rasulullah s.a.w bermukim di Tabuk selama 20 hari dan beliau mengqasar solat serta tidak berkata, ”Seseorang itu tidak boleh mengqasar solat apabila bermukim lebih daripada masa itu.”
Miswar bin Makhramah berkata, ”Kami bermukim bersama Saad di suatu perkampungan Syam selama 40 malam. Selama waktu itu Saad mengqasar solat dan kami menyempurnakan.”
Nafi’ berkata: ”Ibnu Umar bermukim di Azerbaijan selama enam bulan. Selama bermukim itu beliau mengqasar solat yang kebetulan waktu itu musim salji.”
Anas berkata: ”Sahabat-sahabat Nabi bermukim di Ram Harmuz selama tujuh bulan dan mereka mengqasar solat.”
Hasan berkata: ”Saya bermukim bersama Abdul Rahman bin Samurah di Kabil selama dua tahun. Selama waktu itu beliau (Abdul Rahman) mengqasar solat dan tidak menjamaknya.”
Hikmah solat Qasar
Alah SWT membolehkan kita mengqasar, iaitu memendekkan atau meringkaskan solat ketika musafir kerana ada hikmahnya, iaitu untuk meringankan orang yang dalam perjalanan. Kita tahu bahawa orang yang sedang musafir menghadapi banyak kesusahan dan sibuk bahkan terdedah kepada bahaya.
Memang ada orang yang mengatakan bahawa musafir sekarang tidak lagi menghadapi kesusahan seperti dahulu. Orang dahulu berjalan kaki membawa barang keperluan dan singgah di tengah padang pasir atau hutan. Kata mereka zaman sekarang tidak semua musafir dibolehkan solat qasar.
Menurut saya tidak perlu dibezakan dan setiap musafir dibolehkan untuk mengqasar solat. Allah SWT membuat hukum seperti itu kerana melihat musafir pada umumnya mendatangkan kesusahan. Sehingga ada yang berkata:
”Sesungguhnya musafir adalah sebahagian daripada azab.”
Ada juga yang mengatakan: ”Sesungguhnya azab itu sebahagian daripada musafir.” Apa yang pasti, orang yang berada dalam perjalanan akan menghadapi masalah dan tidak sama dengan keadaan di rumahnya.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:
”Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.”
Dalam hadis disebutkan bahawa Ya’la bin Umayyah bertanya kepada Umar bin Khattab tentang ayat ini. Maksudnya mengapa masih dibolehkan mengqasar solat sedangkan keadaan sudah aman.
Umar bin Khattab menjawab: ”Aku juga hairan seperti kamu akhirnya aku tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Kata Rasulullah ini
adalah suatu sedekah dari Allah yang patut kita terima dengan rasa syukur. Oleh itu Rasulullah s.a.w mangqasar solat dalam musafir, sama ada ketika aman atau takut. Ini termasuk berita mutawatir.
Bahkan menurut sebahagian ulama mengqasar solat bagi orang musafir boleh juga bagi mereka yang musafir kerana maksiat, sehingga kalau dia menyempurnakannya (tidak mengqasar) dia berdosa.
Adapun hikmah demikian, kalau orang yang berbuat maksiat itu jelas orang yang mengetahui ukuran maksiat, dia juga tahu bahawa qasar dalam musafir itu adalah rahmat daripada Allah, maka diharapkan dengan demikian hatinya menjadi lembut dan timbul kesedaran serta meninggalkan maksiat.
Hikmah solat dua rakaat
Ketahuilah bahawa solat difardukan ketika Rasulullah s.a.w masih berada di Mekah dan belum berhijrah ke Madinah. Setelah berhijrah ke Madinah, solat yang dua rakaat dijadikan empat rakaat.
Dalam hukum mengqasar kita lihat solat yang empat rakaat saja dipendekkan menjadi dua. Sementara solat yang tiga rakaat dan dua rakaat tetap dan tidak dipendekkan.
Hikmah dijadikan seperti itu kerana solat yang empat rakaat boleh dibahagi dua. Sedangkan solat yang tiga rakaat tidak mungkin dibahagi dua.
Dalam riwayat dikatakan bahawa solat Maghrib adalah witir atau tepi siang, iaitu jatuh di hujung siang, walaupun sudah masuk waktu malam. Oleh itu jika bilangan tiga itu ditukar, bererti tidak witir lagi. Sedangkan dibahagi dua pun tidak sesuai.
Aisyah r.a. berkata: ”Difardukan solat itu dengan masing-masing dua rakaat, maka ditetapkan solat dalam musafir dua rakaat dan ketika bukan musafir ditambah menjadi empat rakaat.”
Ibnu Abbas berkata: ”Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan, melalui lisan Nabi kamu, solat orang mukim empat rakaat dan solat orang musafir dua rakaat.”
Solat Subuh yang bilangannya dua rakaat tidak dipendekkan lagi ketika musfir kerana dua rakaat dianggap munasabah. Ini adalah mengqasar secara hukmi, bukan hakiki, ertimya walaupun dua rakaat, pahalanya sama dengan empat rakaat.
Niat solat qasar Zuhur
Inilah lafaz niat solat Zuhur, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, kerana Allah Taala. ”
Asar
Inilah lafaz niat solat Asar, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, kerana Allah Taala.”
Isyak
Inilah lafaz niat solat Isyak, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, kerana Allah Taala. ”
Solat Jumaat bagi orang musafir
Ramai yang menganggap tidak boleh musafir pada hari Jumaat. Sebenarnya boleh musafir pada hari Jumaat selama belum masuk waktu solat. Menurut satu riwayat, Umar bin Khattab mendengar seorang lelaki berkata: ”Kalau bukan kerana hari Jumaat, saya sudah berangkat hari mi.” Mendengar yang demikian Umar berkata: ’’Pergilah kerana Jumaat tidak menghalang seseorang untuk berangkat (musafir).”
Pada suatu hari, Imam Az-Zuhri bermaksud musafir. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat.
Mengetahui hasratnya yang ingin berangkat pada hari itu, ramai orang yang mengkritik atau menegurnya. Kemudian beliau berkata: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w pun musafir pada hari Jumaat.”
Apabila orang musafir itu sampai di tempat tujuan pada waktu orang sedang iqamat, yakni untuk mengerjakan solat fardu Jumaat, maka dia tidak wajib solat Jumaat menurut jumhur ulama kerana Rasulullah musafir dan tidak mengerjakan solat Jumaat. Ertinya beliau hanya mengerjakan solat Zuhur.
Pada waktu haji Wada’ di Arafah, tepat pada hari Jumaat, beliau menjamak Zuhur dengan Asar dan tidak mengerjakan solat Jumaat. Begitu jugalah yang diamalkan oleh para khalifah dan zaman sesudah mereka.
Menjamak dua solat
Menjamak dua solat maksudnya mengumpul-kan dua solat, seperti mengerjakan solat Zuhur dan Asar secara jamak takdim atau secara jamak ta’khir. Solat jamak takdim ertinya mengerjakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur. Solat jamak ta’khir ertinya mengerjakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar.
Begitu jugalah menjamak solat Maghrib dengan Isyak. Jika solat Maghrib dan Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib, maka dinamakan jamak takdim dan jika kedua-duanya dikerjakan pada waktu Isyak maka dinamakan solat jamak ta’khir.
Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi SAW pada waktu peperangan Tabuk. Apabila tergelincir matahari sebelum keberangkatannya, beliau menjamak Zuhur dengan Asar pada waktu Zuhur. Apabila berangkat sebelum tergelinicir matahari, beliau melambatkan Zuhur sampai waktu Asar, yakni dikerjakan secara jamak ta’khir. Begitu juga Maghrib, apabila terbenam matahari sebelum keberangkatannya, beliau mengumpulkan Maghrib dengan Isyak dan beliau menjamak kedua-duanya pada waktu Maghrib.
Ibnu Abbas r.a. berkata: ”Perlukah aku ceritakan kepada kamu cara solat Rasulullah s.a.w pada waktu musafir?” ”Tentu sahaja”, kata mereka.
Katanya lagi: ”Apabila tergelinicir matahari di tempat kediamannya, beliau mengumpulkan (menyembahyangkan) Zuhur dan Asar sekaligus sebelum berangkat. Dan apabila belum tergelincir, beliau berjalan sampai masuk waktu Asar. Setelah masuk waktu Asar barulah beliau menjamak di antara kedua-duanya. Apabila masuk waktu Maghrib sebelum keberangkatannya, beliau mengumpulkannya dengan Isyak pada waktu Maghrib. Apabila belum masuk waktu, beliau terus sahaja berjalan sehinggalah masuk waktu Isyak. Apabila masuk waktu Isyak, beliau mengumpulkan keduanya pada waktu Isyak dan inilah yang kita kenal sekarang dengan istilah jamak ta’khir.
Menurut jumhur fuqaha, niat tidak disyaratkan dalam solat jamak dan qasar. Ibnu Taimiah berkata: ”Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan solat jamak dan qasar bersama para sahabatnya, beliau tidak ada menyuruh mereka untuk meniatkan jamak dan qasar. ”Bahkan beliau keluar dari Madinah ke Makkah, beliau solat dua rakaat tanpa menjamaknya, kemudian beliau solat Zuhur dengan mereka di Arafah dan tidak memberitahu mereka bahawa beliau bermaksud solat Asar sesudahnya. Setelah itu beliau mengerjakan solat Asar bersama mereka (pada waktu itu juga), dan mereka tidak berniat jamak, padahal ini jamak takdim. Begitu juga pada waktu beliau keluar dari Madinah, beliau solat Asar bersama para sahabatnya di Zul Hulaifah dan tidak menyuruh mereka untuk meniatkan qasar.”
Dan menyambungkan (dengan segera) di antara dua solat itu pun tidak disyaratkan menurut qaul yang sahih, sesuai dengan kata Ibnu Taimiah, sama ada pada waktu pertama atau kedua, kerana tidak ada diatur oleh syarak. Dan kalau terpaksa demikian bererti memberatkan.
Namun menurut mazhab Hanafi tidak boleh menjamak antara dua solat dalam satu waktu, sama ada waktu musafrr atau mukim, kerana uzur apa sahaja pun, kecuali pada dua tempat:
1. Menjamak Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur, jamak takdim di Arafah.
2. Menjamak antara Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak, jamak ta’khir di Muzdalifah.
Mereka beralasan dengan perkataan Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: ”Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, Rasulullah s.a.w tidak pernah solat di luar waktunya kecuali dua solat, iaitu beliau menjamak solat Zuhur dan Asar di Arafah serta menjamak Maghrib dan Isyak di Muzdalifah.
Sebab-sebab boleh menjamak
Adapun sebab-sebab yang membolehkan kita menjamak atau menghimpunkan dua solat ialah:
1. Kerana berada di Arafah dan Muzdalifah
Para ulama sependapat, bahawa menjamak solat Zuhur dengan solat Asar secara jamak takdim di Arafah dan menjamak solat Maghrib dengan Isyak di Muzdalifah adalah sunat hukumnya.
2. Kerana musafir
Menurut sebahagian ulama, menjamak solat kerana musafir adalah mubah (harus) hukumnya, sama ada solat itu dilakukan ketika sedang berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.
Inilah pendapat Imam Syafii, Malik dan Ahmad bin Hanbal. Sedangkan Imam Abu Hanifah tidak membolehkan solat jamak kerana safar, kecuali jamak antara solat Zuhur dengan Asar secara takdim di Arafah dan menjamak solat Maghrib dengan Isyak secara jamak ta’khir di Muzdalifah.
3 Kerana hujan lebat
Al-Athram meriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, katanya: ”Termasuk sunah Nabi s.a.w ialah menjamak solat Maghrib dengan Isyak apabila hari hujan.”
Selain itu Imam Bukhari pula meriwayatkan hadis seperti berikut: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w menjamak antara solat Maghrib dengan Isyak pada suatu malam kerana hujan lebat.”
Demikian pula keterangan yang diterima dari Ibnu Abbas, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
”Pernah Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Zuhur dengan Asar, begitu juga solat Maghrib dengan Isyak secara jamak, bukan kerana takut dan bukan pula kerana safar.”
Berkata Malik: ”Saya berpendapat, bahawa hal itu adalah kerana hujan turun pada waktu itu.”
Para ulama Syafi’iyah mengharuskan seseorang yang sedang bermukim (bukan musafir) menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, begitu juga antara solat Maghrib dengan Isyak, secara jamak takdim, apabila hujan turun ketika mengangkat takbiratul ihram dalam solat pertama hingga selesai, sementara itu masih berterusan ketika memulai solat yang kedua.” Contohnya kita ingin mengerjakan solat Maghrib sedangkan waktu itu hujan turun. Ketika kita salam, hujan belum juga berhenti dan kita tidak tahu bila ia akan berhenti. Dalam keadaan seperti itu bolehlah kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat Isyak. Bererti Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib secara jamak takdim.
Menurut Imam Malik, boleh mengerjakan solat Maghrib dengan Isyak secara jamak takdim di dalam masjid, disebabkan adanya hujan yang telah atau akan turun. Tetapi beliau memakruhkan menjamak solat Zuhur dengan solat Asar.
Sedangkan menurut mazhab Hanbali yang dibolehkan hanya menjamak antara solat Maghrib dengan solat Isyak sahaja, sama ada secara takdim mahupun ta’khir, disebabkan adanya lumpur, salji, cuaca yang amat sejuk serta hujan ribut. Keringanan ini khusus bagi orang yang berjemaah di masjid yang datang dari jauh, hingga keadaan ini dapat menghalanginya dalam perjalanan.
4. Kerana sakit atau uzur
Orang yang ditimpa sakit teruk, seperti sakit kepala, sakit perut atau cirit birit, sehingga penyakit yang menimpanya itu menghalanginya daripada menunaikan solat pada waktunya, maka bolehlah dia menjamak solatnya. Imam Ahmad, Qadhi Husain, Al-Khattabiy dan Al-Mutawalliy dari kalangan Syafi’iyah membolehkan seseorang menjamak solat kerana sakit atau uzur syar’iy, sama ada secara takdim mahupun secara ta’khir. Alasannya kata mereka kerana kesusahan yang diakibatkan penyakit lebih teruk daripada kesukaran yang diakibatkan oleh huj an. Di dalam kitab Al-Mughni dinyatakan, bahawa sakit yang membolehkan seseorang menjamak solatnya ialah apabila solat itu dikerjakan pada waktunya, akan menyebabkan kesukaran dan lemahnya badan. Para ulama bermazhab Hanbali pula membolehkan seseorang menjamak solat, sama ada takdim mahupun ta’khir, kerana pelbagai macam halangan dan kerana ketakutan. Mereka juga membolehkan perempuan yang menyusukan anaknya untuk menjamak solat apabila ada SOLAT QASAR DAN JAMAK
kesukaran untuk mencuci kain setiap kali ingin mengerjakan solat.
Mereka juga membolehkan wanita yang istihadah (darah keluar secara berterusan), begitu juga wanita yang silsilatulbaul (berterusan keluar air kencing) untuk menjamak solatnya. Begitu juga orang yang tidak dapat bersuci dan orangorang yang khuatir akan ditimpa bahaya.
5. Kerana ada keperluan Dalam kitabnya Syarah Muslim, Imam Nawawi mengatakan sebagai berikut: ”Beberapa imam membolehkan untuk menjamak solat bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itu dij adikannya kebiasaan.” Misalnya orang yang bertugas dari waktu Zuhur hingga Asar dan dia susah meninggalkan tugasnya. Orang seperti itu bolehlah menjamak Zuhur dan Asar.
Demikian juga pendapat Ibnu Sirin, Al Khattabiy, Al-Qaffal, bahkan pendapat ini pulalah yang dipilih oleh Ibnul Munzir.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang bermaksud: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w solat di Madinah sebanyak tujuh dan lapan rakaat, yakni masing-masing menjamak solat Zuhur dengan Asar serta solat Maghrib dengan Isyak.”
Syarat-syarat solat jamak Seperti diterangkan sebelumnya bahawa jamak itu ada jamak takdim dan ada jamak ta’khir.
Syarat jamak takdim Jamak takdim mempunyai beberapa syarat seperti berikut:
1. Meniatkan jamak Apabila seseorang ingin mendirikan solat jamak takdim, hendaklah dia meniatkan dalam hatinya untuk melakukan solat secara jamak pada waktu solat yang terdahulu. Adapun lafaz niatnya adalah seperti berikut:
Lafaz niat solat Zuhur
Ini adalah lafaz niat solat Zuhur, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat, dijamakkan kepadanya Asar, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Ini adalah lafaz niat solat Asar, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat, dijamakkan kepada Zuhur, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Maghrib
Inilah lafaz niat solat Maghrib, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepadanya Isyak, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Di bawah ini merupakan lafaz niat solat Isyak, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat, dijamakkan kepada Maghrib, jamak takdim kerana Allah Taala.”
2. Tertib
Tertib maksudnya mengerjakan solat yang terdahulu waktunya, kemudian melakukan solat yang berikutnya. Umpamanya seseorang yang hendak menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, maka hendaklah dia melaksanakan solat Zuhur terlebih dahulu, kemudian barulah menunaikan solat Asar.
3. Muwalat (berturut-turut)
Setelah mengerjakan solat yang pertama, hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua iaitu dengan tidak diselingi (dipisahkan) oleh sesuatu perbuatan mahupun perkataan walaupun sekadar untuk membaca tasbih, kecuali untuk mengambil wuduk sekiranya wuduknya batal.
Syarat jamak ta’khir
Adapun syarat jamak takhir, hendaklah berniat dalam hati ketika masuk waktu solat yang pertama, bahawa dia akan melakukan solat itu secara jamak, atau menghimpunkan solat itu ke dalam waktu yang kemudian. Inilah pendapat kalangan Syafi’iyah dan Hanabilah.
Jika jamak itu dilakukan kerana musafir, maka hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam solat jamak ta’khir ini tidak dikehendaki tertib, kerana Rasulullah s.a.w pernah menjamak solat Zuhur ke dalam waktu Asar (jamak ta’khir) dan beliau melakukan solat Asar terlebih dahulu.
Lafaz niat solat Zuhur (jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Zuhur, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat, dijamakkan kepada Asar, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar(jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Asar, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat, dijamakkan kepadanya Zuhur, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Maghrib jamak ta’khir
Di bawah ini lafaz niat solat Maghrib, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepada Isyak, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Isyak, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat, dijamakkan kepadanya Maghrib, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Solat Qasar serta Jamak
Bagi orang yang dalam perjalanan, selain dibolehkan menjamak dan mengqasar solatnya, boleh juga melakukan solat secara qasar dan jamak sekaligus. Letak perbezaannya ialah apabila seseorang hanya mengqasar solatnya sahaja, maka dia mesti melakukan solat itu pada waktunya, tetapi apabila seseorang melaksanakan solat itu secara qasar serta jamak sekaligus, maka solat tersebut boleh dihimpunkan waktunya dan dipendekkan rakaatnya, yakni masing-masing solat dijadikan dua rakaat.
Umpamanya, seseorang hendak menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, dia mesti mengerjakan solat itu sebanyak lapan rakaat dalam waktu yang sama. Tetapi apabila dia menjamak serta qasar, maka dia hanya perlu mengerjakan solat itu sebanyak empat rakaat, yakni dua rakaat solat Zuhur dan dua rakaat solat Asar, kerana solat tersebut telah diqasar atau diringkaskan. Untuk lebih lengkapnya, baiklah kami terangkan kedudukan solatnya yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini, iaitu:
1. Solat yang boleh dijamak ialah solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
2. Solat yang boleh diqasar ialah solat yang empat rakaat sahaja, iaitu solat Zuhur, Asar dan Isyak.
3. Solat yang boleh dijamak sahaja ialah solat Maghrib. Maksudnya Maghrib tidak boleh diqasar, tetapi hanya boleh dijamak.
4. Solat yang boleh dijamak dan diqasar sekaligus ialah Zuhur, Asar dan Isyak.
5. Solat yang tidak boleh dijamak mahupun diqasar ialah solat Subuh.
Adapun contoh lafaz niat solat qasar serta jamak ini adalah sebagai berikut:
Lafaz niat solat Zuhur
Niat qasar dan jamak Zuhur:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepadanya Asar, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Niat qasar dan jamak Asar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Zuhur, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Niat qasar dan jamak Isyak:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Maghrib, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Zuhur
Niat qasar dan jamak Zuhur:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, dijamakkan kepada Asar, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Niat qasar dan jamak Asar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan kepadanya Zuhur, jamak ta ’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Niat qasar dan jamak Isyak:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Maghrib, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Kesimpulan penulis Sebenarnya tidak perlu terlalu terikat dengan niat qasar, niat jamak dan juga qasar serta jamak yang disebutkan sebelum ini. Menurut
pengamatan penulis, ramai yang bingung dan disusahkan oleh niat ini. Ramai yang tidak solat dalam perjalanan kerana tidak pandai mengqasar atau menjamak. Mereka lebih suka mengqada solat setelah sampai di rumah, semuanya disebabkan masalah niat ini.
Padahal solat mesti dikerjakan (tidak boleh mengqada), sama ada dalam keadaan musafir, dalam keadaan perang, dalam keadaan sakit dan lain sebagainya. Orang yang sudah bertaraf ustaz pun agak keberatan kalau diikutkan aneka ragam niat
seperti yang telah disebutkan tadi. Ini juga menurut pengamatan dan juga menurut pengalaman penulis.
Kalau sudah menyusahkan, menurut penulis lebih baik diikut mazhab atau cara yang lebih mudah. Seperti telah diterangkan pada pembahasan yang lalu, ada pendapat yang mengatakan tidak perlu bermacam-macam niat. Untuk lebih jelasnya baiklah kita kutip lagi pendapat ulama seperti berikut:
”Menurut jumhur fuqaha (ahli fikah), niat tidak disyaratkan dalam solat jamak dan qasar. Ibnu Taimiah berkata: ”Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan solat jamak dan qasar bersama para sahabatnya, beliau tidak ada menyuruh mereka untuk meniatkan jamak dan qasar.
”Bahkan beliau keluar dari Madinah ke Makkah, beliau solat dua rakaat tanpa menjamaknya, kemudian beliau solat Zuhur dengan mereka di Arafah dan tidak memberitahu mereka bahawa beliau bermaksud solat Asar sesudahnya. Setelah itu beliau mengerjakan solat Asar bersama mereka (pada waktu itu juga), dan
mereka tidak berniat jamak, padahal ini jamak takdim. Begitu juga pada waktu beliau keluar dari Madinah, beliau solat Asar bersama para sahabatnya di Zul Hulaifah dan tidak menyuruh mereka untuk meniatkan qasar.”
Dan menyambungkan (dengan segera) di antara dua solat itu pun tidak disyaratkan menurut qaul yang sahih, sesuai dengan kata Ibnu Taimiah, sama ada pada waktu pertama atau kedua, kerana tidak ada diatur oleh syarak. Dan kalau terpaksa demikian bererti memberatkan.
Bererti kalau ada orang yang solat Zuhur seperti biasa, kemudian dia berdiri lagi untuk mengerjakan solat Asar, maka solatnya sah dan dia telah dianggap menjamak antara Zuhur dengan Asar. Begitu juga kalau dia tangguhkan sampai waktu Asar. Pada waktu Asar dia kerjakan Zuhur seperti biasa, kemudian dia berdiri lagi untuk mengerjakan solat Asar seperti biasa, maka solatnya sah dan dia telah dianggap menjamak solat Zuhur dan Asar.
Kalau mengqasar sahaja mungkin tidak susah. Oleh itu kita ikutlah niat-niat seperti di atas tadi.
Kalau masih susah menyebut Usolli atau Arabnya, maka kita pakai terjemahnya sahaja.
Contohnya kalau kita ingin mengqasar solat Zuhur, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kalau kita ingin mengqasar solat Asar, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Asar dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kalau kita ingin mengqasar solat Isyak, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiyat solat qasar
Cara atau kaifiyat mendirikan solat qasar sebenarnya sama dengan kaifiyat solat-solat lainnya. Yang berbeza hanyalah niat dalam hati, iaitu niat mengerjakan solat qasar semata-mata kerana Allah SWT.
Namun demikian untuk lebih jelasnya dan tidak menimbulkan keragu-raguan dalam pelaksanaannya, kami tunjukkan kaifiyat pelaksanaannya sebagai berikut:
Kalau anda sudah berwuduk dengan sempurna, telah menutup aurat dengan sempurna, maka mulailah mengerjakan solat qasar itu dengan cara:
1. Bersiap dan berniat Berdiri lurus menghadap kiblat. Muka agak ditundukkan dan mata melihat ke tempat sujud. Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri.
Kemudian berniatlah mengerjakan solat qasar dengan lafaz niat:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, kerana Allah Taala.”
2. Takbiratul Ihram
Lafaz takbiratul ihram:
”Allah Maha Besar.”
Takbiratul ihram dibaca sambil mengangkat kedua belah tangan setentang dengan bahu, sementara jari-jari tangan sej ajar (setentang) dengan kedua telinga (daun telinga), kedua-dua telapak tangan menghadap ke arah kiblat. Takbir ini dinamakan dengan takbiratul ihram (takbir iftitah), dilafazkan dengan ringkas dan sederhana, tidak dipanjang-panjangkan. Ketika mengucapkan takbiratul ihram itu diniatkan dalam hati niat solat qasar seperti di atas tadi. Namun seandainya berniat ketika berdiri lurus menghadap kiblat, yakni sebelum melafazkan takbir, boleh juga. Ertinya ketika membaca takbiratul ihram itu kita tidak berniat apa-apa, tetapi kita hanya mengingat kebesaran Allah SWT.
3. Menurunkan tangan dari takbiratul ihram
Tangan diturunkan setelah membaca takbiratul ihram, kemudian diletakkan telapak tangan kanan di atas punggung telapak tangan kiri dengan menggenggam sedikit persendian pergelangan tangan kiri dan meletakkannya di atas pusat dan di bawah dada serta agak ke kiri sedikit.
4. Membaca doa Iftitah Kemudian kita membaca doa iftitah, iaitu:
”Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan segala puji bagi Allah sebanyakbanyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan langit dan bumi. Aku cenderung untuk berserah diri kepada Allah; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.
5. Membaca Ta’awwuz
Sunat membaca ta’awwuz atau isti’azah sebelum membaca fatihah. Lafaznya ialah:
”Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
6. Membaca Al-Fatihah
Kemudian bacalah surah Al-Fatihah:
”Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan
hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orangorang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (AlFatihah: 1-7)
7. Membaca Amin
Selepas membaca Al-Fatihah disunatkan membaca:
”Amin”
”Ya Allah, perkenankanlah permintaan hamba-Mu.”
8. Membaca surah Al-Quran
Boleh membaca surah yang mana sahaja pun daripada surah-surah yang ada di dalam AlQuran. Dalam solat qasar bolehlah dibaca surah
yang pendek sahaja, misalnya:
a. Surah Al-Masad (rakaat pertama)
Surah Al-Masad ialah:
”Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.” (AlMasad: 1-5)
b. Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Pada rakaat kedua dibaca surah Al-Ikhlas:
”(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; ”Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan; ”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)
9. Membaca takbir
Membaca takbir sambil mengangkat kedua tangan untuk berpindah ke rukuk. Bertakbir seperti biasa:
”Allah Maha Besar.”
Bacaan takbir ini disunatkan pada setiap kali badan bergerak atau bertukar rukun fill (gerakan). Misalnya dari iktidal bergerak ke sujud, dari sujud berpindah ke duduk antara dua sujud dan seterusnya.
10. Rukuk Rukuk dengan cara melempangkan (meratakan) tulang punggung kita dengan leher kita. Dalam keadaan memegang kedua lutut dengan kedua telapak tangan. Pandangan mata tertuju ke tempat sujud, sambil membaca:
”Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dan segala puji bagi-Nya.”
Tasbih itu dibaca tiga kali.
11. Iktidal Iktidal dengan mengangkat kepala dari rukuk dan berdiri lurus kembali, dengan mengangkat kedua tangan sambil mengucapkan:
”Allah mendengar orang yang memujiNya. ”
Setelah berdiri iktidal (lurus), meneruskan bacaan:
”Wahai Tuhanku, segala puji bagi-Mu.”
12. Sujud
Kemudian turun untuk sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Turun dan sujudlah. Ketika sujud itu letakkan kedua lutut anda dan kedua telapak kaki anda di atas tanah (lantai), kemudian kedua tangan, kemudian hidung dan dahi anda, dengan menghadapkan hujung jari-jari kaki dan jari-jari kedua tangan anda ke arah kiblat, serta merenggangkan tangan dari kedua lambung anda dengan mengangkat siku anda. Bacaan sujud seperti yang biasa dibaca:
”Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya.”
Ini pun dibaca tiga kali.
13. Duduk antara dua sujud Kemudian mengangkat kepala dari sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Dan duduk antara dua sujud dengan tenang dan berdoa:
”Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmati aku, cukupkanlah keperluanku, angkatlah darjatku, berikanlah rezeki kepadaku, tunjukilah aku, afiyatkan aku dan maafkanlah aku.”
Sikap dan cara duduk antara dua sujud ini sama dengan duduk tahiyat awal, iaitu duduk Iftirasy.
14. Sujud kedua
Sujud lagi untuk sujud yang kedua sambil mengucapkan:
”Allah Maha Besar.”
Ketika sujud baca lagi tasbih atau doa seperti pada sujud yang pertama, iaitu:
”Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya.”
15. Bangkit dari sujud kedua Kemudian mengangkat kepala dari sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Kemudian bangunlah berdiri untuk rakaat yang kedua dengan bertelekan pada tanah atau berpegang di atas lutut. Ketika bangun dari sujud, duduk dahulu sebentar sebelum berdiri untuk rakaat yang kedua. Duduk ini dinamakan duduk istirahah (istirehat). Duduknya hanya sebentar, iaitu lamanya seperti membaca Subhanallah (bukan dibaca).
16. Rakaat kedua
Kerjakanlah pada rakaat kedua seperti yang anda lakukan pada rakaat yang pertama. Tetapi tidak membaca doa iftitah lagi. Anda terus sahaja membaca Fatihah dan salah satu surah Al-Quran yang anda sukai. Lebih panjang surahnya sudah tentu lebih baik.
Sekali lagi ditegaskan bahawa membaca surah yang mana sahaja pun dibolehkan, tidak diharuskan membaca surah tertentu. Kemudian rukuk, iktidal dan sujud seperti pada rakaat yang pertama dengan bacaan semuanya sama.
17. Duduk tahiyat
Pada rakaat kedua, yakni setelah bangkit dari sujud yang kedua, hendaklah duduk untuk bertahiyat. Kerana solat qasar ini hanya dua rakaat, maka tahiyat ini dianggap sebagai tahiyat akhir atau tahiyat panjang menurut istilah masyarakat kita. Bacaan tahiyat akhir:
”Segala kehormatan, segala keberkatan,
segala selawat (selawat, doa), segala kebaikan, itu semua adalah kepunyaan Allah. Kesejahteraan, rahmat Allah dan berkat-Nya tetap kepadamu wahai Nabi. Kesejahteraan juga semoga tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh-soleh..”
”Aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau telah mengurniakan kesejahteraan kepada Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan atas keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”
18. Memberi salam
Selesai membaca tahiyat, ucapkanlah salam dengan berpaling ke kanan pada salam yang pertama, dan berpaling ke kiri pada salam yang kedua, sehingga kelihatan putih pipi anda oleh orang yang berada di belakang anda. Ucapan salam itu seperti yang biasa kita baca ialah:
”Selamat sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah.”
Ahad, 13 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan