Sebelum melakukan perjalanan jauh (safar) ada beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan atau dilakukan oleh orang musafir. Ini termasuklah memikirkan perlu atau tidaknya pergi musafir, menyelesaikan segala sesuatu dengan orang lain, menyiapkan segala perbekalan dan sebagainya.
Untuk lebih jelasnya yang perlu diperhatikan oleh seseorang, bahkan ini termasuk di antara adab-adab musafir ialah:
Solat Istikharah
Orang yang ingin mengadakan perjalanan jauh disunatkan mengerjakan solat istikharah terlebih dahulu. Istikharah dengan maksud meminta pertimbangan kepada Allah dan juga memohon supaya ditunjuki jalan yang terbaik, supaya hati orang yang musafir tetap dan dijauhkan daripada ragu-ragu.
”Ya Allah, aku mohon pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, aku mohon petunjuk dengan kudrat-Mu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. ”
”Ya Allah, jika menurut pengetahuan-Mu bahawa urusan ini .... (sebutkan hajat dalam hati) berguna bagiku, baik untuk agama, dunia mahupun akhiratku, baik untuk kepentingan sekarang atau nanti, maka takdirkanlah ia bagiku, mudahkanlah bagiku, dan kemudian berikanlah berkat.”
”Ya Allah, sebaliknya jika menurut pengetahuan-Mu, bahawa urusan ini
(sebutkan hajat dalam hati) membawa
bencana bagiku, sama ada untuk agama, dunia mahupun akhiratku, untuk kepentingan sekarang atau nanti, maka singkirkanlah ia daripadaku, dan hindarkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah untukku kebaikan di mana pun ia berada, kemudian jadikanlah hatiku reda menerimanya.”
Sebaiknya solat istikharah itu dikerjakan dua atau tiga kali. Kalau menurut pengetahuan Allah kita baik untuk pergi musafir, maka hati kita terasa kuat untuk berangkat. Kalau menurut Allah tidak baik, mungkin dijadikan-Nya hati kita merasa berat atau malas berangkat.
Menunaikan amanah
Apabila Allah telah membukakan hati kita untuk musafir sesudah solat Istikharah itu, maka yang pertama sekali harus kita lakukan ialah membayar hutang-hutang kita kepada orang yang berhak menerimanya, iaitu tempat kita berhutang, kemudian mengembalikan amanah kepada pemiliknya.
Firman Allah:
”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” (An-Nisa’: 58)
Setelah menyelesaikan kedua-dua perkara di atas, maka sampailah waktunya mempersiapkan segala sesuatu yang perlu dibawa dalam perjalanan, terutama surat-surat penting dan juga wang. Tentang wang ini lebih baik dibawa lebih daripada yang diperlukan kerana kita tidak tahu apa-apa yang terjadi dalam perjalanan. Di samping itu hendaklah ditinggalkan perbelanjaan yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.
Mengerjakan solat safar
Sejurus sebelum berangkat eloklah mengerjakan solat sunat safar. Yang dimaksud dengan solat safar ialah solat yang didirikan kerana akan
melakukan perjalanan. Solat safar boleh juga disebut solat musafir, yakni solat kerana mahu pergi musafir.
Dari Al-Mat’am bin Al-Maqdam, katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Tidak ada sesuatu yang paling baik ditinggalkan oleh seseorang yang hendak musafir selain daripada solat dua rakaat.”
Solat sunat musafir dikerjakan dua rakaat. Niatnya ialah:
”Sahaja aku solat sunat dua rakaat untuk musafir kerana Allah Taala. ”
Cara mengerjakannya dan juga bacaannya sama seperti solat-solat lainnya, akan tetapi lebih baik surah yang dibaca pada rakaat pertama surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua surah Al-Ikhlas.
Setelah selesai mengerjakan solat sunat musafir, berdoalah dengan doa yang kita
kehendaki, termasuk supaya selamat di perjalanan. Namun sebenarnya ada doa khusus untuk orang yang mahu pergi musafir seperti berikut
”Ia Allah kami memohon kepada-Mu dalam perjalanan kami ini kebaikan dan takwa serta amal perbuatan yang Engkau redai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkan perjalanan yang
jauh. Ya Allah, Engkau adalah yang menyertai dalam bepergian dan pelindung terhadap keluarga yang ditinggalkan. Ya Allah kami berlindung kepada-Mu dan kesukaran dalam bepergian, penampilan yang buruk, berlindung dari kepulangan yang menyusahkan dalam hubungan dengan harta benda, mahupun keluarga dan anak.”
Membawa isteri
Orang yang sudah berkahwin (lelaki) lebih baik membawa isteri ikut bersamanya supaya ada kawan berbincang dan juga dapat mengekang nafsunya sepanjang perjalanan atau ketika musafir. Seperti kita ketahui banyak fitnah dan godaan bagi kaum lelaki yang melancong, terutama ketika menginap di hotel. Godaan iman itu semakin berat lagi bagi kaum lelaki yang sudah lama berpisah dari isterinya.
Dari Aisyah r.a, katanya Rasulullah s.a.w apabila bermaksud musafir, baginda mengadakan pengundian di antara isteri-isterinya lebih
darrakt, maka siapa yang keluar namanya dialah yang ikut menemani Rasulullah s.a.w.
Wanita tidak boleh musafir sendirian
Wanita tidak boleh bepergian seorang diri kerana besar kemungkinan jika seorang perempuan musafir tanpa teman akan berdepan dengan pelbagai kesusahan. Terutama sekali kerana diri kaum wanita itu sendiri mudah terdedah kepada pelbagai macam kemungkinan timbulnya fitnah.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tidak dibenarkan seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian melakukan perjalanan yang jauhnya sampai memakan masa sehari semalam, melainkan dia ditemani seorang mahram baginya.”
Mencari kawan yang soleh
Orang yang pergi musafir tidak baik pergi sendirian, tetapi hendaklah berusaha mencari
kawan dalam perjalanan itu. Kawan yang dimaksud bukanlah sembarang kawan, tetapi berusaha memilih orang yang soleh. Sebab, orang yang soleh dapat membantunya dalam kebaikan dan mencegahnya daripada berbuat
kejahatan.
Sebenarnya banyak kebaikan berkawan dengan orang soleh. Di antaranya mungkin kita terpengaruh dan ikut seperti cara pengamalannya. Orang yang soleh, kalau kita mengerjakan yang mungkar, mungkin dia akan menegur kita kerana tidak menginginkan kita terjerumus ke lembah kehinaan.
Kalau kita memerlukan pertolongan, dia akan menolong kita dengan ikhlas. Kalau kita mempunyai aib atau sesuatu yang memalukan, dia akan menutupinya, dan banyak lagi sebenarnya kebaikan berkawan dengan orang yang soleh.
Seperti diterangkan sebelumnya, tidak baik pergi musafir sendirian. Dari Ibnu Umar, katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Kalaulah manusia mengetahui tentang bersendirian sebagaimana yang aku ketahui, sudah pasti tidak seorang penunggang pun yang mahu bepergian seorang diri pada waktu malam.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Said bin Musayyab, katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Syaitan sangat berminat dengan orang yang bersendirian dan berdua-duaan, namun apabila mereka terdiri daripada tiga orang, ia tidak berani lagi mendekati mereka.”
Diriwayatkan daripada Amr bin Suaib, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Seorang penunggang adalah satu syaitan, dua orang penunggang adalah dua syaitan dan jika terdiri daripada tiga orang penunggang, maka itulah perjalanan yang benar.”
Melantik ketua rombongan
Apabila sekumpulan orang hendak melakukan perjalanan jauh (musafir), hendaklah mereka memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi ketua rombongan. Ini maksudnya supaya ada yang bertanggung jawab menguruskan segala keperluan dan juga mengatasi permasalahan mereka selama dalam safar itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Apabila tiga orang pergi musafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang untuk menjadi ketua dari kalangan mereka.”
Orang yang paling layak dipilih untuk menjadi ketua rombongan adalah orang yang paling banyak ilmunya di antara mereka, yang paling baik akhlaknya, yang paling bijaksana dalam menyelesaikan segala permasalahan, khususnya dalam permasalahan yang bakal dihadapi dalam perjalanan itu.
Mengangkat seorang ketua dalam perjalanan adalah suatu yang amat penting kerana dalam pperjalanan jauh secara berkumpulan sudah pasti banyak permasalahan yang akan dihadapi. Ini sesuai dengan kata-kata Imam Al-Ghazali:
”Orang yang pergi musafir secara berkumpulan, terkadang berlaku perselisihan pendapat dalam menentukan tempat menginap, dalam menentukan jalan yang akan dilalui atau keperluan-keperluan yang lain. Kalau terjadi scperti itu, sudah pasti keadaan akan menjadi kacau dan tidak teratur jika masing-masing mempertahankan pendapatnya. Dalam waktu seperti inilah pentingnya seorang ketua. Ketua rombongan akan memilih cara terbaik dan dia yang berhak memberikan keputusan.
”Alam yang kita tempati ini nampak indah dan teratur kerana ada ketua atau penguasa tunggal (Yang Maha Esa), iaitu Allah SWT. Seandainya tidak ada yang mengatur atau ada berbilang tuhan, maka kacau-bilaulah alam ini. Setelah kuasa mengatur diberikan kepada seorang yang layak untuk mengendalikan, maka wujudlah keteraturan. Tetapi jika semua orang ingin mengatur, maka tidak satu urusan pun akan
dapat diselesaikan dengan baik. Ini sebenarnya sama sahaja ketika mukim atau musafir.
”Oleh itu di setiap penjuru bumi yang didiami manusia perlu ada seorang ketua, sama ada ketua pada sebuah kampung, rumah tangga dan lain sebagainya. Adapun dalam musafir yang tidak ada ketentuan siapa yang akan menjadi ketua kalau tidak diadakan pemilihan di antara mereka, supaya dapat menyatakan pendapat yang banyak.”
Ketua rombongan mestilah bertanggungjawab memberikan khidmat terbaik untuk anggota rombongan. Setiap keputusan yang diberikan mestilah untuk kebaikan bersama, hingga memberikan kepuasan kepada semua anggotanya berdasarkan keadilan, walaupun kadang-kadang merugikan atau mengorbankan kepentingannya sendiri.
Abdullah Al-Maruziy pernah ditemani oleh Abu Ali Ar-Rabitiy dalam suatu perjalanan (safar). Abu Ali bertanya kepadanya: ”Siapa di antara kita yang menjadi ketua, tuan atau saya?” Abdullah Al-Maruziy menjawab: ”Engkau
sahajalah.”
Bererti dalam perjalanan itu Abu Ali yang menjadi ketua. Selama dalam perjalanan itu Abu Ali yang membawa perbekalan mereka berdua. Pada suatu malam hujan turun dengan lebatnya, maka Abu Ali mesti berdiri di atas kepala temannya sepanjang malam, sementara tangannya memegang pakaian mengelakkan jangan sampai terkena air hujan. Abdullah tilangkali berkata kepada Abu Ali: ”Tak perlu cngkau lakukan seperti itu!”
Abu Ali menjawab: ”Bukankah tuan telah mengatakan bahawa akulah ketua? Oleh itu jangan memerintah aku dan jangan ingkari perkataanku.”
Mengucapkan selamat tinggal
Disunatkan bagi orang yang hendak musafir mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan kawan-kawannya. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda
yang maksudnya:
Diriwayatkan daripada Anas, katanya: ”Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w kemudian berkata: ”Saya ingin musafir ya Rasulullah, berikanlah kepadaku perbekalan.” Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w berkata:
”Semoga Allah membekalimu dengan takwa.”
Lelaki itu berkata: ”Tambah lagi wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata:
”Dan Dia mengampuni dosamu. ”
Lelaki itu berkata: ”Tambah lagi ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata:
”Dan memudahkan kebaikan bagimu di manapun engkau berada. ”
Berdasarkan riwayat itu, bererti elok juga dibacakan ini semua kepada orang yang ingin musafir, iaitu:
”Semoga Allah membekalimu dengan takwa, Dia mengampuni dosamu dan memudahkan kebaikan bagimu di mana pun engkau berada.”
Dari Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: ”Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ini hendak musafir, maka berilah wasiat kepadaku.” Rasulullah s.a.w bcrkata: ”Bertakwalah kepada Allah dan bertakbirlah pada tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Setelah lelaki itu berangkat, Rasulullah berdoa untuknya. Doa yang dibaca Rasulullah
ialah:
”Ya Allah, dekatkanlah yangjauh baginya dan mudahkan perjalanannya.”
Menurut Anas pula Rasulullah s.a.w membacakan doa seperti di bawah ini kepada orang yang hendak musafir:
”Dalam pemeliharaan dan pertolongan Allah, mudah-mudahan Allah membekali engkau dengan takwa, diampuni-Nya dosamu dan memalingkan engkau kepada kebaikan ke mana sahaja engkau menghadap.”
Menolong kawan
Dari Said, katanya Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: ”Sesiapa yang lebih kuat. maka hendaklah dia menolong kawannya yang lemah. Dan sesiapa yang mempunyai lebih perbekalan daripada yang diperlukannya, maka hendaklah dia memberikannya kepada kawannya yang kurang perbekalannya.”
Kata Said lagi: ”Kemudian Rasulullah menyebutkan macam-macam daripada harta yang mana kami mengambil kesimpulan daripadanya bahawa tidak seorang pun di kalangan kami berhak atas yang lebih daripada yang kami perlukan.”
Dari Jabir r.a, katanya Rasulullah s.a.w hendak pergi berperang kemudian berkata: Wahai kaum Muhajirin dan Ansar, sesungguhnya terdapat di antara saudara-saudara kamu orang yang tidak memiliki harta dan keluarga, maka hendaklah salah seorang kamu mengumpulkan kepadanya dua atau tiga lelaki.”
Kata Jabir lagi: ”Kemudian aku himpunkan kepadanya dua lelaki atau tiga, dan sesudah itu mengiringi mereka seperti mengikutinya salah seOrang mereka di belakang untaku.”
Memberitahu kepulangan
Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah apabila pulang dari berperang atau musafir, maka jika sampai pada waktu petang, beliau tidak masuk rumah sampai pagi. Apabila beliau sampai sebelum Subuh, beliau tidak masuk ke rumah sehingga esoknya. Baginda bersabda: ”Tangguhkanlah dahulu supaya isteri kamu ada masa untuk berhias dan mencukur bulu ari-ari.”
Dari Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu pulang dari musafir, maka jangan kamu datangi keluarga kamu pada malam hari, supaya keluarga kamu sempat menghias diri secukupnya, kemudian hendaklah segera menggaulinya.”
Menurut riwayat lain Rasulullah melarang mereka mendatangi isteri mereka pada malam hari supaya mereka tidak mengkhianati isteri dan membukakan rahsia mereka.
Menurut riwayat lain lagi beliau bersabda: ”Jangan kamu masuk kepada isteri kamu yang sudah lama ditinggalkan kerana syaitan mengalir
pada diri salah seorang dari kamu sebagaimana darah mengalir.” Kemudian kami tanya: ”Dan tuan juga?” Beliau menjawab: ”Aku juga, tetapi Allah memeliharaku daripadanya sehingga aku terselamat.”
Menyambut kepulangan orang musafir
Sudah menjadi amalan yang menggembirakan menyambut kepulangan orang yang pulang dari musafir, sama ada pada zaman dahulu hingga zaman sekarang. Yang demikian sangat digalakkan kerana ia dapat memupuk rasa kasih mengasihi di antara anggota masyarakat yang beriman.
Diriwayatkan daripada As-Sya’biy, beliau berkata: ”Rasulullah s.a.w bertemu dengan Jakfar bin Abi Talib kemudian Rasulullah memeluknya dan mencium antara dua matanya.”
Dari Saib bin Yazid, beliau berkata: ”Kami menyambut kepulangan Rasulullah s.a.w bersama kanak-kanak di Thani’ah Al-Wida’ \ aktu kepulangannya dari perang Tabuk.”
Ketika menyambut kepulangan orang musafir, kita disuruh membacakan doa:
”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan engkau, segala puji bagi Allah yang telah mengumpulkan perpaduan dengan kedatanganmu.”
Sabtu, 12 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan