Sabtu, 12 Disember 2009

KISAH NABI ADAM AS

Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi AdaM AS. Maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat:

”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka buMI.” (Al-Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khalifah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam AS. Ada yang mengatakan bahawa dia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama datang ke bumi, di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan bahawa dia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa dia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan segala titah perintah dan hukum-hukum-Nya, kerana dia adalah utusan Allah yang pertama.

Abu Dzar RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Nabi Adam AS ”Apakah dia sebagai Nabi yang diutus?”

Rasulullah SAW menjawab: ”Benar!”

Rasulullah SAW ditanya lagi: ”Dia menjadi Rasul bagi siapa? Sedangkan di bumi tidak ada seorang pun?”

Rasulullah SB menjawab: ”Dia menjadi Rasul bagi anak-anaknya.”

Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ”Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi, orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Allah berfirman:

”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 30)

Para mufasirin memberikan pelbagai pendapat berkenaan ayat tersebut. Dalam tafsir Al-Manar disebutkan: Sesungguhnya ayat-ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, dilihat dari ketentuan percakapan ia mengandungi dialog dari Allah SWT.

Di samping itu, ia juga mengandungi pemberitahuan Allah SWT kepada para malaikat, yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya. Adalah lebih wajar untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada sesuatu yang lain.

Manakala dalam tafsir Al-Jami’li Ahkamil Quran disebutkan: Sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah.”

berfirman:

”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Al-Baqarah: 30)

Mereka bertanya: ”Apakah ini khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, atau adakah khalifah selainnya?”

Dalam tafsir Fi Zhilalil Quran disebutkan: Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang suci, yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian. Mereka mengira bahawa tasbih dan memuji Allah SWT adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini wujud dengan adanya mereka. Manakala pertanyaan mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apapun juga.

Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada mereka. Kedalaman AlQuran sangat mengkagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya percakapan, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat.

Allah SWT berfirman:

’Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: ”Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan rela hati atau terpaksa. ”Keduanya menjawab: ”Kami Jatang dengan rela hati.” (Fussilat: 11)

Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, lantas bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi percakapan ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya percakapan hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatik dalam kisah Nabi mengisyaratkan makna yang dalam.

Kita membayangkan bahawa ketika menetapkan penciptaan Nabi Allah SWT memberitahu kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka sujud kepadanya, bukan dengan tujuan meminta pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahu mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi. Juga, bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cicit, di mana mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya.

Lalu para malaikat yang suci merasa bingung. Bukankah mereka sentiasa bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut dan apa hikmah Allah SWT dalam masalah ini?

Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapat kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang penghormatan kepada Adam AS serta masih banyak pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri.

Firman Allah SWT:

”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. ”(Al-Baqarah: 30)

Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya percakapan antara

dan para malaikat sebagai bentuk pengabdian terhadap Allah SWT dan penghormatan terhadap para malaikat-Nya. Kita meyakini bahawa percakapan terjadi dalam diri malaikat berkenaan dengan keinginan mereka untuk menjadi khalifah di muka bumi. Kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk perkara tersebut.

Sesungguhnya tasbih kepada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah sangat mulia di alam wujud, namun khalifah di muka bumi bukan hanya melakukan hal itu. Ia memerlukan perwatakan yang lain. Suatu perwatakan yang dahagakan ilmu pengetahuan dan patut baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, adalah percakapan yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam AS. Semua ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun.

Sebab, meskipun mereka menyembah dan dekat dengan Allahife serta penghormatan Allah SWT kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab kewujudan sesuatu.

Setelah beberapa ketika, para malaikat memahami bahawa Nabi Adam AS adalah ciptaan baru. Dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan AllaH SWT. Dia juga berbeza dengan haiwan-haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya, yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam AS akan menjadi ciptaan baru dan kewujudannya disertai dengan hikmah yang tinggi, yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56)

Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: ”Liya’rifuun” (agar mereka mengenal Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Abduh: ”Percakapan yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa percakapan


tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama manusia.”

Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahu bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus sujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah

berfirman: -

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ”Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan-Ku), hendaklah kamu bersyukur dengan sujud kepadanya.” Lalu seluruh malaikat itu sujud semuanya, kecuali iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir.” (Sod: 71-74)

•Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi. Di dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki pelbagai warna kulit. Allah SWT mencampurkan tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS. Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh di dalamnya. Kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam AS dan tanda kehidupan telah bermula di dalamnya.

Selanjutnya, Nabi Adam AS membuka kedua matanya dan melihat para malaikat semuanya sujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri. Dia tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu sujud itu. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS di dalam beberapa surah.

Firman Allah swt:

berfirman: ”Hai iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?” Iblis berkata: ’Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, manakala

dia Engkau ciptakan dari tanah.” Allah SWT berfirman: ”Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai haripembalasan.” Iblis berkata: ”Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.” Allah SWT berfirman: ”Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).” Iblis menjawab: ”Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Sod: 75-83)

Nabi Adam AS menyaksikan peristiwa yang terjadi di depannya. Dia merasakan suasana cinta, rasa takut dan kebingungan. Nabi Adam ASS sangat cinta kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat untuk sujud kepadanya. Dia juga merasa takut melihat Allah SWT murka terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Dia merasa kebingungan ketika melihat makhluk yang membencinya, padahal belum mengenalinya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam AS, padahal tiada bukti yang menunjukkan salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain.

Alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapat ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah serta mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.

Dari percakapan tersebut, Nabi Adan AS mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memiliki keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai tiba ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam AS mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat dan mengusir iblis dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam AS mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam AS bingung dengan sifat nekad musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.

Barangkali ada yang bertanya, mengapa tidak meyakini terjadinya percakapan antara Allah SWT dan para malaikat-Nya. Atau cenderung mentakwilkan ayat-ayat tersebut dan menerima adanya percakapan antara Allah SWT dan iblis Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Adalah mustahil terjadinya percakapan antara Allah SWT dan para malaikat-Nya kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa serta keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan fitrah penciptaan mereka, maka mereka adalah makhluk yang setia dan mulia.

Adapun iblis, ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama dan sifatnya sebagai jin mendekati sifat jenis ciptaan Nabi Adam AS Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah.

Maka dari sinilah terjadi percakapan. Percakapan di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya, manakala tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Setelah penciptaannya, Nabi Adam AS menyaksikan secara langsung kadar kebebasan yang Allah^ berikan Kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Kejadian yang disaksikan oleh Nabi Adam^i ini mengandungi maksud yang dalam.

tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam^, AllahtSI mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam AS dan akan menentang-Nya.

Boleh saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah, namun Allah SWT memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggungjawab. Allah SWT memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka boleh saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa lingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada-Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya. Begitu juga sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat, tidak bererti menambahkan kebesaran serta kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka sebagai makhluk-Nya.

Adam AS menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu.

Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam AS mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT, iaitu ilmu. Nabi Adam AS mengetahui bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana dia juga mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara dia masih belum mengenali dirinya ketika itu. Kemudian Allah SWT memberitahunya tentang hakikat dirinya, hikmah penciptaannya dan rahsia penghormatan baginya.

Allah SWT berfirman

”Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk mengenal sesuatu dalam simbolsimbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarnya untuk menamakan benda-benda: burung, bintang, pokok, awan dan lain-lain. Nabi Adam AS mempelajari semua nama-nama tersebut. Maksud nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam SWT dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak-anak Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam AS dan inilah rahsia di sebalik penghormatan para malaikat kepadanya.

Setelah Nabi Adam AS mempelajari nama benda-benda, pengkhususan dan manfaatnya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berfirman:

”Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.” (Al-Baqarah: 31)

Apa yang dimaksudkan adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat memerhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya.

Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:

”Maha Suci Engkau.... ” (Al-Baqarah: 32)

Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.

”Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ” (Al-Baqarah: 32)

Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman kepada Adam:


”Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.” (Al-Baqarah: 33)

Kemudian Nabi Adam AS memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya

”Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman:

Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang
yang benar.” Mereka menjawab: ”Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami
Ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Allah SWT berfirman:

Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.” Maka
setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah SWT
berfirman: ”Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan
apa yang kamu sembunyikan?” (Al-Baqarah: 31-33)

Allah SWT mahu menjelaskan kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan Dia juga mengetahui kemaksiatan dan keingkaran yang disembunyikan oleh iblis.

Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam AS adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah sesuatu yang sangat mulia. Para malaikat mengetahui, mengapa Allah SWT memerintahkan mereka untuk sujud kepada Adam AS sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi. Dia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Iaitu, pengetahuan terhadap Allah SWT Yang Maha Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat juga mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi, pengubahan dan penguasaannya, serta semua perkara berkenaan dengan ilmu-ilmu di muka bumi.

Kesempurnaan manusia tidak akan wujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Allah SWT Yang Maha Pencipta dan ilmu-ilmu berkenaan dengan alam. Jika manusia berjaya di satu segi, namun gagal di segi > ang lain maka dia laksana burung yang terbang dengan satu sayap di mana setiap kali dia terbang, sayap yang lain mencegahnya.

Nabi Adam AS mengetahui semua nama-nama dan terkadang berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat sibuk dengan ibadah kepada Allah SWT Oleh

9

kerana itu, Adam AS merasa kesepian. Kemudian Adam AS tidur dan tatkala bangun, dia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah dan tampak penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah percakapan di antara mereka:

Adam berkata: ”Apakah kamu berada di sini sebelum aku tidur.”

Perempuan itu menjawab: ”Ya!”

Adam AS berkata: ”Kalau begitu, kamu datang di tengah-tengah tidurku?”

Dia menjawab: ”Ya!”

Adam bertanya: ”Dari mana kamu datang?”

Dia menjawab: ”Aku datang dari dirimu. Allah SWT menciptakan aku darimu ketika kamu tidur.”

Adam AS bertanya: ”Mengapa Allah SWT menciptakan kamu?”

Dia menjawab: ”Agar engkau merasa tenteram denganku.”

Adam berkata: ”Segala puji bagi Allah SWT. Aku memang merasa kesepian.”

Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: ”Namanya Hawa.”

Mereka bertanya: ”Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?”

Adam AS berkata: ”Kerana dia diciptakan dariku ketika aku dalam keadaan hidup.”

Nabi Adam AS adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Dia mengajar pengetahuannya kepada Hawa, di mana dia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya.

Allah SWT berfirman:

”Dan Kami berfirman: ”Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan janganlah kamu dekati pokok ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. ” (Al-Baqarah: 35)

10

Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berpendapat itu adalah syurga yang nantinya dihuni oleh manusia (jannah AlMa’wa) dan tempatnya di langit. Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah Al-Ma’wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya.

Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia adalah syurga lain, yang Allah SWT ciptakan untuk Nabi Adam ASS dan Hawa. Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima .iyat tersebut seadanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kita perlu sependapat dengan usul ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya, tidak sedikit pun menyamai pelajaran
• yang dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.

Nabi Adam ASS dan Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasai kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam AS dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tidak terbatas. Nabi Adam AS mengetahui makna kebahagiaan yang dia rasakan sewaktu berada di syurga bersama Hawa. Dia tidak lagi mengalami kesepian. Dia banyak menjalin perhubungan dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai dan irama alam sebelum mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pokok, yang barangkali ia adalah ’pokok’ penderitaan atau pengetahuan.

Allah SWT berfirman kepada mereka sebelum memasuki syurga:

Dan janganlah kamu dekati pokok ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 35)

Nabi Adam AS dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pokok ini. Namun Nabi Adam AS adalah manusia biasa dan sebagai manusia dia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya amat lemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam AS dan mengumpulkan segala dengki yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan was-was dalam diri Nabi Adam ASS. Apakah ’pokok’ itu menunjukkan pokok xeabadian dan kekuasaan yang tidak akan hilang? Nabi Adam ASS bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya dia memakan buah tersebut.

11

Barangkali itu benar-benar pokok keabadian. Nabi Adam memang ingin untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasainya di syurga.

Waktu terus berlalu. Nabi Adam AS dan Hawa sibuk memikirkan pokok itu Kemudian pada suatu hari, mereka menetapkan untuk memakan buah dari pokok itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam AS menghulurkan tangannya ke pokok itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.

Allah SWT berfirman:

”Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia.” (Thaha: 121)

Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam AS yang menyebabkannya makan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun menyebut Nabi Adam AS sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah syaitan disalahkan dan Nabi Adam jUga disalahkan kerana kesombongan. Salah satu dari mereka menghina manusia dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan dan keabadian.

Belum pun habis Nabi Adam AS memakan buah tersebut, dia merasakan penderitaan, kesedihan dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarnya dan berhentilah irama indah yang memancar dari dalam dirinya. Dia menyedari bahawa dia bertelanjang. Demikian juga isterinya. Akhirnya, dia mengetahui bahawa dia seorang lelaki dan isterinya seorang wanita. Dia dan isterinya memetik daun-daun pokok untuk menutup tubuh mereka. Kemudian Allah SWT memerintahkan mereka keluar dari syurga.

Nabi Adam SWT dan Hawa turun ke bumi setelah keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-henti menangis. Kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahu bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli. Mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan

Allah SWT berfirman:

”Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu (pula kamu akan dibangkitkan. ” (Al-A ’raf: 25)

12

Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperolehi Nabi Adam selama berada di syurga dan setelah keluar darinya dan turun ke
bumi.

Allah berfirman:

Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: ”Sujudlah kamu kepada Adam. ” maka mereka sujud kecuali iblis. Ia membangkang. Maka Kami berkata: ”Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan ditimpa panas matahari di dalamnya. ” Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata: ”Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pokok khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?” Maka keduanya memakan buah dari pokok itu, lalu nampaklah aurat bagi keduanya dan mulailah keduanya menutupinya dengan Jaun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: ”Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. ” (Thaha: 115-123)

Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam AS keluar dari syurga kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam AS di mana Dia berkata kepada malaikat: ”Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Allah SWT tidak mengatakan kepada mereka: ”Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga.”

Turunnya Nabi Adam AS ke bumi bukan sebagai penghinaan tetapi merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam AS dan Hawa akan memakan buah itu dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa syaitan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam AS dan Hawa mengetahui begitu juga keturunan mereka) bahawa syaitan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilalui dengan ketaatan kepada Allah SWT dan memusuhi syaitan.

13

Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa. Bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasa kebebasan sepenuhnya, yang kerananya dia bertanggungjawab atas perbuatannya. Beliau derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya. bahkan kewujudannya yang asli bersandar kepada kebebasannya.

Akhirnya, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah memberikan kebebasan kepada hambahamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu adalah dengan hikmahNya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khahfah di dalamnya.

Nabi Adam SWT memahami pelajaran ketiga Dia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti dia mengerti bahawa iblis adalah penyebab dia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Dia mengerti bahawa Allah akan menyeksa seseorang jika berbuat maksiat dan jalan menuju ke syurga dapat dilalui dengan ketaatan kepada Allah SWT. Dia memahami bahawa Allah menerima taubat, memaafkan, menyayangi dan memilih.

Allah SWT mengajar mereka agar beristighfar dan mengucapkan:

”Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. ” (Al-A ’raf: 23)

Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi Nabi Adam AS adalah Rasul pertama bagi manusia. Bermulalah kehidupan Nabi Adam AS di bumi. Dia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi. Kemudian dia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dan kalangan Nabi. Sehingga setiap Nabi memulakan dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Nabi Adam AS keluar dari syurga sebelum kenabiannya. Manakala di bumi, para Nabi biasanya keluar (hijrah) setelah kenabian mereka.

Nabi Adam mengetahui bahawa dia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi, dia harus menghadapi penderitaan dan pergulatan. Dia harus

14

menanggung kesulitan agar dapat makan. Dia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Selain itu, dia harus meneruskan pertempurannya dengan punca kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, iaitu syaitan.

D. bumi, syaitan membuat was-was kepadanya dan kepada anak-anaknya hingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan xebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk Allah, dia tidak akan merasai ketakutan dan kesedihan. Barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api (iblis), maka dia akan bersamanya di neraka.

Nabi Adam mengerti semua ini. Dia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah bahawa dia menjadi penguasa di bumi. Dia harus menundukkannya, memakmurkannya dan membangunkannya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan. Pada perut berikutnya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam AS membesar dan bernikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.

Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan,
iaitu iblis. Sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama sekali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya
sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik.

Allah berfirman:

”Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).” (Al-Ma’idah: 27)

Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan qurban lalu setiap dari mereka menghadirkan qurban yang dimaksudkan.

15

Allah SWT menerima qurban seorang dari mereka dan menolak qurban yang lain:

”Dia (Qabil) berkata: ”Aku pasti membunuhmu. ” Berkata Habil: ”Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertaqwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. ” (Al-Ma’idah: 27-28)

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat-kalima yang diucapkan oleh anak Nabi Adam SWT yang terbunuh sebagai syahid, dan dia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh.

Si pembunuh mengangkat tangannya sambil pembunuhan itu berkata dengan tenang:
mengancam, namun mangsa

”Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka. dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim.’’ (Al-Ma’idah: 29)

Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang baik beberapa ketika. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pokok. Di hutan itu, keldai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang-temulang berserakan di tanah.

Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu dia mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak lelaki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah memercik darinya, lalu dia bangun. Dia bermimpi ketika tidur. Lalu si pembunuh menghentam saudaranya sehingga tidak nampak lagi gerakan tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan mangsa dengan tenang dan berwajah pucat.

Rasulullahbersabda: ”Setiap orang yang membunuh jiwa yang tidak berdosa, maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana dia yang pertama sekali mengajar pembunuhan.”

Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya kepada Nabi Adam jika dia bertanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa dia kembali sendirian. Seandainya dia menafikan membunuh



saudaranya itu, maka di manakah dia dapat menyembunyikan mayatnya. Di mana dia dapat membuangnya?

Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama sekali mati di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang maati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tibatiba keheningan itu dipecahkan dengan suara burung yang berbunyi sehingga dia aerasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemui seekor burung gagak ang berbunyi di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup neletakkan bangkai burung gagak yang mati di atas tanah lalu ia mula menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya di dalam lubang itu lalu menimbusnya dengan tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berbunyi.

Si pembunuh berdiri dan mengangkat mayat saudara kandungnya dan kemudian berkata:

Berkata Qabil: ”Aduhai, celaka aku. Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti mining gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?” (Al-Maidah:
31)

Dia mula merasa kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya. Dia segera menyedari bahawa dia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Dia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam AS berkurangan satu dan iblis berjaya mencuri seorang anak Nabi Adam AS Gementarlah tubuh si pembunuh dan dia mula menangis dengan kuat lalu menggali kubur saudara kandungnya.

Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:

”Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata. ” (Al-Qasas: 15)

Nabi Adam merasa kesedihan yang mendalam atas kehilangan anaknya. Salah seorang dari mereka mati dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam solat untuk anaknya yang mati dan kemudian dia kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Nabi Adam AS adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anak dan cucu-cucunya serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka dan meminta mereka agar berhati-hati. Diceritakan juga pengalaman peribadinya bersama iblis kepada mereka dan menceritakan
kehidupannya bersama anaknya yang sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri.

Nabi Adam telah menjadi tua. Tahun demi tahun datang silih berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi. Lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang dan bergoncanglah daun-daun pokok tua yang ditanam oleh Nabi Adam AS. Dahan-dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Ketika pokok itu menjadi tegak setelah berlalunya angin air mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pokok itu sedang memisahkan diri dari air dan menangis. Pokok itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit kelihatan bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos bilik Nabi Adam sehingga cahaya itu menerangi wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dar lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan wafat.

Di dalam bilik yang sederhana, Nabi Adam terbaring dengan janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pokok dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam AS berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan bagi manusia dan hanya ada satu senjata yang dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu adalah kalimat-kalimat AllahSWT. Nabi Adam menenangkan anak-anaknya. Dia menerangkan bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para Nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para Nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat dan mukjizat-mukjizat yang berbeza. Namun mereka dipertemukan dengan satu tugas, iaitu mengajak manusia untuk menyembah Allah SWT.

Demikianlah wasiat Nabi Adam AS kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam AS menutup kedua matanya, lalu para malaikat memasuki biliknya dan mengelilinginya. Hati Nabi Adam AS bahagia ketika mendapatkan kata salam yang dalam dan rohnya mencium bau wangian syurga.

Tiada ulasan: