Teks Ucapan Semasa Membahas Bajet 2010 Untuk Kementerian Wilayah Persekutuan. Isu
Campurtangan Di Dalam Pengurusan DBKL Oleh Mr Political Toll!
December 7, 2009 by
weechookeong
TEKS UCAPAN YB TUAN WEE CHOO KEONG, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU, PADA 7HB DECEMBER
2009 DALAM PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA BAJET 2010.
Datuk Pengurusi,
Saya bangun untuk mebahas mengenai
Maksud Bekalan 32, Butiran 01000 Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan WP dan 060000
DBKL
sekaligus.
Saya diberitahu oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat dari Titiwangsa bahawa Datuk
Bandar KL ada hadir di Parlimen hari ini. Selamat datang ke Parlimen Datuk Bandar.
Ini adalah amalan yang amat baik sebab sebelum taida Datuk Bandar yang lain datang
ke sini kerana mereka menangapkan mereka adalah maharaja. Kehadiran datang Datuk
Bandar KL adalah baik kerana beliau dapat tahu bagaimana keadan song sang dalam DBKL
dan amalan-amalan rasuah di DBKL.
Pada 5hb November 2009 semasa perbahasan Baget 2010 peringkat dasar saya telah membangkitkan
beberapa perkara untuk perhatian YB Senator Menteri dan penjelasan. Tetapi YB Menteri
tidak memberi apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang penting. Iaitu isu bercampur
tangan setiausaha politik PM, Datuk Shafie Abdullah a.k.a
“Mr Political Toll”
dalam pentadbiran DBKL dari gerai haram ke Development Order dan projek-projek tertentu
di bawah kawalan DBKL. Perkara campurtangan Datuk Shafie telah jadi satu rasiah terbuka
di DBKL. Saya berharap Datuk Bandar mengambil perhatian terhadap kegiatan Mr Political
Toll ini di dalam DBKL pentadbiran and pengurusan DBKL. Semua kakitangan tangan
DBKL telah tahu dengan teliti perkara ini kecuali PM kerana beliau terlampau sibut
dengan pentadbiran Negara. Keadaan ini adalah di sifatkan sebagai “harap pagar pagar
makan padi”. Saya akan memberi lebih banyak bukti mengenai dengan kegiatan “Mr Poltical
Toll” ini.
Datuk Pengurusi,
Kenapa YB Senator Menteri buat tidak tahu langsung dan tidak mahu memberi apa-apa
penjelasan tentang cmapurtangan setiausaha politik PM dalam pentadbiran DBKL. Restoran
Ras Hastini (bukan gerai kerana perluasannya lebih daripada 10 kaki 30 kaki) yang
melangar semua undang-undang yang sedia ada dan ia meletakan diatas tanah kerjaan.
Sebelum ini di tapak yang sama telah ada gerai (bukan rstoran) dan DBKL merobohkan
gerai tersebut kerana ia melangar undang-undang DBKL dan mengunakan tanah rezab kerajaan.
Sekrang DBKL tidak berani merobohkan Restoran ini walaupun ia menjejaskan keselamatan
awam keranan gerai ini pun digunakan semua kaki lima. YB Senator Menteri pun takut
menyetuh perkara yang terlibat Mr Poltical Toll. Ini kah bernaksud “1Malaysia” dan
“Rakyat Didahulukan”
? Silar menukarkan slogan ini kepada “UMNOputras Didahulukan”!
Saya tahu bahawa YB Senator Menteri pun tahu Restoran Rashatini ini dimiliki oleh
Pengurusi Persatuan Penjaja Melayu WP yang bernama En Rashid, sahabat karib Mr Poltical
Toll. Saya juga dimaklumkan bahawa kerusi dan meja di Restoran Ras Hastini ada cop
miliki DBKL. Bagaimanakah kerusi dan meja miliki DBKL boleh digunakan oleh Restoran
tersebut? Samada Restoran Ras Hatini ini adalah satu bahagian dalam DBKL ataupun
pegawai DBKL ada kepentignan dalam Restoran tersebut?
Saya berharap MACC menyiasat samada En Rashid ini telah memebri rasuah keapada pegawai
DBKL untuk mendapat dengan percuma meja dan kerusi miliki DBKL untuk Restoran nya
ataupun pegawai DBKL atau Mr Political Toll ada kepentingan dalam ekuiti nya?.
Datuk Pengurusi,
TUGAS-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri,
menjaga kepentingan politik kerana kita percaya mereka sibuk degan tugas masing-masing,sebab
itulah diwujudkan jawatan itu.
Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah
lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai setaiuasa politik dengan mengaut
keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL dan
apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun
Menteri?
Seperti kacauganggu ataupun campurtangan setiauasaha politik Perdana Menteri, Mr
Political Toll, Datuk Shafie Abdullah, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan
DBKL untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti
yang saya sebutkan sebelum ini iaiatu Up Town di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini
di Seksyen 2 Wangsa Maju.
Datuk Pengurusi,
Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.
Datuk Shafie ini bukanya campurtangan dalam DBKL sahaja. Dia bercampurtangan dalam
perlantikan ahli-ahli jawatankuasa dalam
Surau Al-Ehsaniah
, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.
Mr Political Toll memberi senarai 29 ahli-ahli untuk menjadi jawatankuasa surau tersebut
dan ia diterima dengan penuh oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Saya tidak
percaya bahawa PM berminat dalam urusan demikian.
Penduduk-penduduk di rumah pangsa Danau Kota amat marah tetang campurtangan Mr Political
Toll ini tetapi anduan mereka tidak ditimbang oleh Jabatan Agama Islam WP?
Datuk Pengurusi,
Saya masih nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, apakah keistimewaan yang dimiliki
oleh Mr Political Toll sehingga semua orang termasuk Jabatan Agama Islam WP, Datuk
Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan, tidak berani membantah apa sahaja arahan
dari Mr Political Toll? Mr Political Toll telah menggunakan kedudukannya sebagai
setiauasaha politik Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan sewenang-wenangnya.
Saya tidak mahu sama sekali nama Perdana Menteri di jaja semau-maunya dan ini boleh
memburukkan lagi reputasi dan keperibadi Perdana Menteri dan kita mahu Perdana Menteri
mengambil tindakan serius terhadap setiausaha politiknya, Dato Safie Abdullah (Mr
Political Toll) bukan sahaja mengarahkan supaya dia tidak memcampurtangan tetapi
memecatnya sebagai setiuasaha poltik kerana ternyata beliau telah banyak menyalahgunakan
kuasanya.
Saya sekali lagi nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, adakah Mr Political Toll
ini sebenarnya de facto Datuk Bandar dan kalau benar, usaha Perdana Menteri untuk
melanjutkan gagasan beliau iaitu
“Rakyat Didahulukan”
hanyalah sekadar omongan kosong, penyedap bibir dan nak mengkelabukan mata rakyat
semata-matanya.
Mengapa YB Senator Menteri WP dan Perdana Menteri berdiam diri? Apakah YB Senator
Menteri WP juga ada kepentingan? Apakah wujud kepentingan peribadi ataupun tindakan2
dan kacauganggu dibuat itu adalah atas arahan dan pengetahuan YB Senator Menteri
Wilayah dan Perdana Menteri?
Minggu lepas ada satu tangkapan dibuat oleh MACC ke atas seorang setiausaha poltik
kepada Menteri kewangan, pada saya ini kes ikan bilis sahaja kerana ada lagi kes2
lebih besar melibatkan setiuasaha poltiik Perdana Menteri, Dato Shafie Abdullah.
Yang gagal disiasat secara telus demi kepentingan awam, saya percaya
sindrom Tingkat Empat melibatkan ramai lagi.
Saya nak tanya apa kepentingan Mr Political Toll dalam syarikat
Evergreen Sdn Bhd
melalui pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana
Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan? Saya tahu bahwa dia adalah sahabat karib
En John Tee, MD Evergreen Sdn Bhd? Apa kepentingan dia dalam
Bukit Kiara Development Sdn Bhd
melalui nama isterinya sebagai Lembaga Pengarah, dan apa kaitan dia dengan
Maju Bangun Sdn Bhd
syarikat yang mendapat kontrak melalui Khazanah Holding? Apa pula kepentingan yang
dia perolehi dengan mendapat 30 lot tapak pasar malam Up Town Danau Kota sedangkan
500 penduduk-penduduk telah menandatangani satu petisyen untuk meminta Datuk Bandar
memindah pasar malan tersebut ke kawasan yang jauah dari kawasan kediaman? Takkan
Perdana Menteri pun ada kepentingan dalam soal ini. Samada Mr Political Toll terlibat
dalam kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang
tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas?
Datuk Pengurusi,
Perkara-perkara tersebut adalah yang diketahui, saya percaya ada banyak lagi projek-projek
di bawah kawalan DBKL dan Jabatan-jabatan yang lain yang ada hubungkait dengan Datuk
Shafie, Mr Political Toll. Saya berharap Mr Political Toll
“lay off your unseen hand in DBKL”
dengan izin dan jagalah toll ke Pejabat PM dan Kemenetrian Kewangan dengan baik
untuk kepentigan anda!
Apakah MACC tidak berani bertindak kerana beliau adalah Setiausaha Poltiik Perdana
Menteri? Ataupun MACC tunduk kepada arahan-arahan daripada pihak yang berkuasa atau
“the power that be”?
Saya dimaklumkan bahawa Mr Political Toll ini
“is also living in style beyond his means”
dengan izin dan kedudukannya lebih kurang bersama atau mungkin lebih hebat daripada
setiausaha politik Timbalan Menteri Kewangan, YB Tasek Gelugor.
Datuk Pengurusi,
Pada 13 hb Ogos 2008, En Ahmad Zaidi Ramlan telah membuat satu laporan rasuah terhadap
Datuk Shafie Abdullah kepada MACC / SPRM tetapi tiada tindakan diambil terhadap Datuk
Shafie. Ini membuktikan dengan jelas kenapa YB Senator Menteri, Datuk Bandar KL,
agensi kerajaan, DBKL dan lain-lain amat dengan takut Datuk Shafie kerana dia adalah
kebal dari tidnakan.
Walaubagaimanpun, saya berharap MACC yang tidak lama lagi diketuai oleh Yg Bhg Datuk
Abu Kassim akan memain peranan yang bebas dan menyiasat perkara-perkara yang yang
telah dibangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini terhadap Mr Political Toll. Dan saya
juga berharap PM akan mengambil tindakan yang serius terhadap setiausaha politik
beliau yang memcemarkan nama baik beliau.
Datuk Pengurusi,
KEBERSIHAN KL
Saya amat tertarik dengan pengistiharan Timbalan Menteri WP bahawa Kementerian ingin
membersihkan KL. Sehinggah kini saya tak nampak kebersihan KL telah bertambah baik.
Saya contoh lagi omong kosong BN seperti “Rakyat Didahulukan”.
Walaubagaimanpun, saya meminta penjelasan daripada YB Senator Menteri bahawa apakah
tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dan DBKL untuk membersihkan KL
“in the real sense of the word”, dengan izin.
Apakah tindakan Kementerian dan DBKL telah mengambil untuk mengurangkan kadar jenayah
yang semakin hari semakin naik di KL? Saya berharap Kementerian dan DBKL insaf bahawa
mengawal jenayah bukanlah tangung jawab pihak polis sahaja.
Apakah tindak Kemeterian dan DBKL telah mengambil untuk berhentikan aktiviti-aktiviti
perjudian di cyber café di Wangsa Maju yang telah diakui oleh pegawai DBKL di kawasan
Wangsa Maju dan juga di seluruh KL?
Datuk Pengurusi,
Deraf Pelan Kuala Lumpur 2020
Tempat Ibadat churches dan temples atau kuil-kuil untuk orang-orang bukan Islam
Dalam Deraf Plan KL 2020 tiada ada kawasan yang direzabkan untuk tempat ibadat warganegara
Tiong Hua dan India. Kalaulah PM dengan ikhlas ingin mencapai “1Malaysia” maka dalam
Deraf Plan tersebut mestilah ada kawasan-kawasan rezeb untuk tempat ibadat (churches
dan temples) untuk orang-orang Tiong Hua dan India kerana orang Tiong Hua dan India
juga perlu tempat sembahyang juga. Kegiatan sembahyang oleh semua kaum mestilah
dipertahankan dan digalakan oleh Kerajaan. Kegiatan sembahyang adalah memberikan
nilai murni yang baik untuk warganegara.
Atas pendirian saya tersebut saya sebagai seorang bukan Islam saya pun mempertahankan
tempat ibadat shabat-sahabat saya yang berugama Islam. Walaupun YB Senator Menteri
membantah semasa saya membangkit isu tanah yang di gazetkan untuk membina sebuah
Masjid Desa Sri Hartama, saya masih menbantah tanah tersebut telah dijual oleh Majlis
Ugama Islam WP kepada Glomac untuk membina shopping complex dan DBKL memluluskan
Developmetn Order walaupun ia sedar bahawa tanah tersebut telah direzabkan untuk
Masjid tersebut. Kemungkinan Mr Political Toll ada terlibat dalam kelulusan tersebut.
Saya merayu kepada jasa baik YB Senator Menteri untuk mengkaji semula Deraf Plan
tersebut untuk merezabkan tempat-tempat ibadat untuk warganegara yang bukan Islam.
Saya meminta penjelasan daripada YB Senator Menteri samada beliau akan mengambil
tindakan dengan segara untuk merezabkan tempat-tempat terntentu untuk tempat ibadat
orang bukan Islam “in conjunction with the slogan of “1Malaysia” dengan izin?
Datuk Pengurusi,
Tanah Rezeb Orang Melayu di 7 Kampung
Isu yang terakhir dan penting untuk sahabat-sahabat saya yang telah dilupakan oleh
Kerajaan di 7 buah kampung Tradisi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu
Kampung Puah Seberang, Kampung puah, Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung
Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Sungai Mulia
. Berani saya mengatakan disini bahawa tiada ada lagi kampung tradisi sebegini di
Wilayah Persekutuan.
Saya minta penjelasan daripada YB Senator Menteri sama ada kerajaan melalui DBKL
masih ingin meneruskan rancangan Draf Plan Bandaraya 2020 walaupun ada bantahan KERAS
dari pemilik tanah kerana tindakan ini akan
mengambil/merampas
kesemua tanah milik orang-orang Melayu di 7 kampung tersebut yang telah di
gazette
kan sebagai Tanah Rezab Melayu yang dilindungi dibawah Artikel 89 dan 90 Perlembagaan
Persekutuan.
Pengambilan tanah oleh DBKL ini juga adalah bertentangan dengan 7 WASIAT Raja – Raja
Melayu yang di titahkan oleh DYMM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah yang menetapkan
dan mengistiharkan supaya di simpan untuk orang-orang melayu tanah simpanan melayu
sehingga 50 peratus
SOALAN-SOALAN
1. Adakah kerajaan telah mencapai matlamat 50 peratus daripada keseluruhan keluasan
131.681 kilometer persegi tanah Semenanjung Malaysia di gazette kan sebagai Tanah
Rezab Melayu seperti yang di wasiatkan oleh Raja- Raja Melayu.
2. Tidak kah tindakan melalui DBKL ini bersifat MENDERHAKA kepada Raja-Raja Melayu?
3. Berapa luas Tanah Rezab Melayu itu sekarang berbanding 52 tahun yang lalu? Iaitu
3 juta hekta sejak merdeka tahun 1957, tetapi keluasan Tanah Rezab Melayu ini telah
mengecil atau susut kepada 1.7 juta hekta sahaja pada tahun 1995?
4. Bukan kah telah ada peraturan supaya setiap inci Tanah Rezab Melayu yang di ambil
MESTI DI GANTI denga jumlah keluasan yang sama ( menerusi pemberian hak milik baru)
DI INGATKAN KEPADA KERAJAAN
1. Tidak mengambil semula Tanah Rezab Melayu dalam apa jua keadaan (Right of first
refusal mesti diberi kepada pemilik tanah rezab melayu)
2. Tidak usik atau ganggu masjid, madrasah, surau, sekolah agama dan Tanah Wakaf.
3. Memberi kemudahan awam di kesemua 7 buah kampong yang di ketogorikan sebagai kampong
tersusun iaitu HAKMILIK KEKAL bagi orang melayu di WPKL.
4. Kalau hendak buat pindaan kepada Enakmen Tanah Simpanan Melayu (FMS Cap 142) Ia
mesti MENGAMBILKIRA SEJARAH TANAH REZAB MELAYU.
Sekian, Terima Kasih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan