Nabi Ibrahim A.S mendapat tempat khusus di sisi Allah S.W.T serta termasuk salah seorang Rasul Ulul Azmi di antara lima Nabi, di mana Allah S.W.T mengambil dari mereka satu perjanjian yang berat.
Kelima Rasul Ulul Azmi itu adalah Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S, dan Nabi Muhammad S.A.W sesuai dengan giliran diutuskan mereka. Nabi Ibrahim A.S adalah seorang Nabi yang diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian yang jelas iaitu ujian di atas kemampuan manusia biasa. Meskipun menghadapi ujian dan tentangan yang berat, Nabi IbrahimA.S tetap menunjukkan sifat sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang menepati janjinya dan selalu menunjukkan sikap terpuji.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji.” (An-Nqam: 37)
Allah S.W.T menghormati Nabi Ibrahim A.S dengan penghormatan yang khusus Allah S.W.T menjadikan agamanya sebagai agama tauhid yang murni dan suci dari pelbagai kotoran dan Dia menjadikan akal sebagai alat penting dalam meneliti kebenaran bagi orang-orang yang mengikuti agama-Nya.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia benar-benar termasuk orang yang soleh.” (Al-Baqarah: 130)
Allah S.W.T memuji Nabi Ibrahim A.S dalam firman-Nya:
”Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).” (An-Nahl: 120)
Keutamaan yang Allah S.W.T berikan kepada Nabi Ibrahim A.S adalah menjadikannya sebagai imam bagi manusia dan menganugerahkan pada keturunannya kenabian dan penerimaan kitab (wahyu). Oleh kerana itu, kita dapati bahawa setiap Nabi setelah Nabi Ibrahim A.S adalah anak-anak dan cucu-cucunya. Ini semua merupakan bukti janji Allah S.W.T kepadanya, di mana Dia tidak mengutus seorang Nabi kecuali datang dari keturunannya.
Demikian juga kedatangan Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah sebagai wujud dari terkabulnya doa Nabi Ibrahim^ yang diucapkannya kepada Allah S.W.T di mana dia meminta agar diutus di tengah-tengah kaum yang ummi seorang Rasul dari mereka. Ketika kita membincangkan keutamaan Nabi Ibrahim A.S dan penghormatan Allah S.W.T kepadanya, nescaya kita akan mendapati perkara-perkara yang menakjubkan.
Kita mengenalinya sebagai seorang manusia yang berhati suci. Manusia yang beretika, diperintahkan untuk menyerah diri, dia pun segera berkata bahawa dia telah menyerahkan diri kepada Allah Maha Pencipta alam semesta. Dia adalah seorang Nabi yang pertama sekali menamakan kita sebagai Al-Muslimin (orang-orang yang menyerahkan diri). Seorang Nabi yang doanya terkabul dengan diutuskan Muhammad bin Abdullah S.A.W. Dia adalah seorang Nabi yang merupakan datuk dan ayah Nabi-nabi yang datang selepasnya. Dia seorang Nabi yang penuh cinta kasih kepada manusia dan selalu kembali kepada jalan kebenaran.
Allah S.W.T berfirman:
Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.” (Hud: 75)
”Iaitu): Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” (As-Shaffat: 109)
Demikianlah Allah S.W.T sebagai Pencipta memperkenalkan hamba-Nya, Ibrahim A.S. Tidak kita temukan dalam kitab Allah S.W.T penyebutan seorang Nabi yang Allah S.W.T angkat sebagai kekasih-Nya kecuali Ibrahim A.S. Hanya dia yang Allah S.W.T khususkan dengan firman-Nya:
”Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (An-Nisa’: 125)
Para ulama’ berkata bahawa maknanya adalah rasa cinta yang bersangatan. Demikianlah pengertian dari ayat tersebut. Allah S.W.T mengangkat Ibrahim A.S sebagai kekasih-Nya. Ini merupakan suatu kedudukan yang mulia dan sangat tinggi. Di hadapan kedudukan yang tinggi ini, Ibrahim A.S duduk dan merenung diri. Dia telah memperolehi apa yang diperolehi.
Hati apakah yang ada di dalam diri Nabi Ibrahim A.S. Rahmat apa yang diciptakan Kemuliaan apa yang dibentuk dan cinta apa yang diberikan. Sesungguhnya puncak harapan para pejalan rohani dan tujuan akhir para sufi adalah ’merebut cinta Allah S.W.T. Bukankah setiap orang membayangkan dan berangan-angan untuk mendapatkan cinta dari Allah S.W.T? Demikianlah harapan setiap manusia.
Nabi Ibrahim A.S adalah seorang hamba Allah S.W.T yang berhak diangkat-Nya menjadi Al-Khalil (kekasih Allah S.W.T). Itu adalah darjat dari darjat-darjat kenabian yang tidak kita ketahui nilainya. Kita juga tidak mengetahui bagaimana kita menyifatkannya. Berapa banyak pernyataan-pernyataan manusia berkaitan dengan hakikat tersebut, namun rasa-rasanya ia laksana penjara yang menggelapkannya Kita di hadapan kurniaan besar Allah S.W.T yang terpancar dari cahaya langit dai bumi. Adalah hal yang sangat mengkagumkan bahawa setiap kali Nabi Ibrahim A.S mendapat ujian dan kesedihan, beliau menciptakan permata. Adalah hal yang sangat menghairankan bahawa hati yang suci itu menjadi matang sejak usia kecil.
Al-Quran tidak menceritakan tentang proses kelahirannya dan masa kecilnya. Kita mengetahui bahawa di zaman Nabi Ibrahim A.S manusia terbahagi kepada tiga golongan. Golongan pertama menyembah patung-patung yang diperbuat dari kayu dan batu. Golongan kedua menyembah bulan dan bintang. Golongan ketiga menyembah raja-raja atau penguasa. Di zaman itu, cahaya akal telah padam sehingga kegelapan memenuhi segala penjuru bumi.
Akhirnya, kehausan bumi untuk mendapatkan rahmat dan kelaparannya terhadap kebenaran semakin meningkat. Dalam suasana yang demikianlah Nabi Ibrahim A.S dilahirkan. Dia dilahirkan dari keluarga yang mempunyai kepakaran membuat patung atau berhala. Disebutkan bahawa ayahnya meninggal sebelum dia dilahirkan. Kemudian dia diasuh oleh bapa saudaranya yang menduduki kedudukan ayahnya. Nabi Ibrahim A.S memanggilnya dengan sebutan-sebutan yang biasa ditujukan kepada seorang ayah. Ada juga yang mengatakan bahawa ayahnya tidak meninggal dan Azar adalah ayahnya yang sebenar. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa Azar adalah nama salah satu patung buatan ayahnya yang cukup terkenal. Apa yang jelas, Ibrahim A.S berasal dari keluarga yang seperti itu.
Ketua keluarga Ibrahim A.S adalah salah seorang seniman yang mahir mengukir patung-patung sehingga kerjaya si ayah mendapat kedudukan istimewa di tengah-tengah kaumnya. Keluarga Nabi Ibrahim A.S sangat dihormati. Dalam bahasa kini zaman ini, boleh disebut sebagai keluarga aristokrat. Dari keluarga sebegini, lahir seorang anak yang mampu menentang penyelewengan keluarganya sendiri. Menentang sistem masyarakat yang rosak serta melawan pelbagai macam ramalan para dukun. Menentang penyembahan berhala dan bintang, serta segala bentuk kesyirikan. Akhirnya, beliau mendapat ujian berat apabila dimasukkan ke dalam api dalam keadaan hidup-hidup.
Kita tidak ingin mendahului peristiwa tersebut. Kita ingin memulakan kisah Nabi Ibrahim A.S sejak masa kecilnya. Nabi Ibrahim A.S adalah seseorang yang cemerlang akalnya sejak berusia muda. Allah S.W.T menghidupkan hati dan akalnya serta memberinya hikmah sejak masih kecil lagi.
Sejak kecil, Nabi Ibrahim A.S mengetahui bahawa ayahnya seorang pembuat patung-patung yang unik. Pada suatu hari, dia bertanya tentang ukiran ayahnya. Kemudian ayahnya memberitahu bahawa itu adalah patung-patung dari tuhan-tuhan. Nabi IbrahimA.S sangat hairan melihat hal tersebut. Lantas menerusi Ketajaman akalnya, timbul dalam dirinya rasa penolakan terhadapnya.
Anehnya, Nabi Ibrahim A.S bermain-main dengan patung itu sejak masih kecil, bahkan terkadang dia menunggang patung-patung itu seperti orang-orang yang biasa menunggang keldai dan binatang tunggangan. Pada suatu hari, ayahnya melihat Ibrahim A.S menunggang patung yang bernama Mardukh. Ayahnya marah dan memerintahkan Ibrahim A.S agar tidak bermain-main dengan patung itu lagi.
Ibrahim A.S bertanya: ”Patung apakah ini wahai ayahku? Kedua telinganya besar, lebih besar dari telinga kita.”
Ayahnya menjawab: ”Itu adalah Mardukh, tuhan para tuhan, wahai anakku. Kedua telinga yang besar itu sebagai simbol kecerdasan yang luar biasa.”
Ibrahim A.S ketawa dalam dirinya. Dia tahu patung itu bukan tuhan, walaupun waktu itu dia baru berusia tujuh tahun.
Nabi Ibrahim A.S pernah berhujah dengan ayahnya ketika beliau masih kecil. Suatu hari, Ibrahim A.S bertanya kepada ayahnya: ”Siapa yang menciptakan manusia, wahai ayahku?”
”Manusia! Kerana akulah yang membuatmu dan ayahku yang membuat aku,” Jawab ayahnya.
Tidak begitu, wahai ayah. Aku pernah mendengar seorang tua berkata: ”Wahai Tuhanku! Mengapa Engkau tidak memberi aku anak,” tingkah Ibrahim A.S.
Si ayah berkata: ”Benar, wahai anakku. Allah S.W.T yang membantu manusia untuk membuat manusia namun Dia tidak meletakkan tangan-Nya di dalamnya. Oleh kerana itu, manusia harus menunjukkan kerendahan di hadapan Tuhannya dan memberikan qurban untuk-Nya.”
Kemudian Ibrahim A.S bertanya lagi: ”Berapa banyak tuhan-tuhan itu, wahai ayahku?”
Si ayah menjawab: ”Tidak ada jumlahnya, wahai anakku.”
Ibrahim A.S berkata: ”Apa yang patut aku lakukan, wahai ayahku. Jika aku mengabdi pada satu tuhan, lalu tuhan yang lain membenciku kerana aku tidak mengabdi pada-Nya? Bagaimana terjadi persaingan dan pertikaian di antara tuhan? Bagaimana seandainya tuhan yang membenciku itu membunuh tuhanku? Boleh jadi ia akan membunuhku juga.”
Si ayah menjawab dengan ketawa: ”Kamu tidak perlu takut, wahai anakku, Kerana tidak ada permusuhan di antara sesama tuhan. Di dalam tempal penyembahan yang besar, terdapat ribuan tuhan dan sampai sekarang telah berlangsung tujuh puluh tahun. Meskipun demikian, belum pernah kita mendengar satu tuhan memukul tuhan yang lain.”
”Kalau begitu terdapat suasana harmoni dan kedamaian di antara mereka,’ tingkah Ibrahim A.S.
Si ayah menjawab: ”Benar, wahai anakku.”
”Dari apa tuhan-tuhan itu diciptakan?” Ibrahim A.S bertanya lagi.
”Ini dari kayu-kayu pelepah kurma, itu dari zaitun dan berhala kecil itu dari gading. Lihatlah, alangkah indahnya. Cuma, ia tidak memiliki nyawa,” jawab orang tua itu.”
Ibrahim A.S berkata: ”Jika para tuhan tidak memiliki nyawa, maka bagaimana mereka dapat memberikan nyawa? Jika mereka tidak memiliki kehidupan bagaimana mereka memberikan kehidupan? Wahai ayahku, pasti mereka semua bukan Allah!”
Mendengar ucapan itu, si ayah menjadi berang dan marah lalu berkata ”Seandainya engkau sudah dewasa, nescaya aku pancung dengan kapak ini!”
Ibrahim A.S berkata: ”Wahai ayahku, jika para tuhan membantu dalam penciptaan manusia, maka bagaimana mungkin manusia menciptakan tuhan? Jika para tuhan diciptakan dari kayu, maka membakar kayu merupakan kesalahan besar. Tetapi katakanlah, wahai ayahku. Bagaimana engkau menciptakan tuhan-tuhan dan membuat baginya tuhan yang cukup baik. Namun bagaimana tuhan-tuhan membantumu untuk membuat anak-anak yang cukup banyak sehingga engkau menjadi orang yang paling kuat di dunia?”
Selesailah percakapan antara Ibrahim A.S dan ayahnya dengan tindakan si ayah memukul Ibrahim A.S kerana sangat marah.
Kemudian berlalulah hari demi hari dan Ibrahim A.S menjadi a nak muda remaja. Sejak usia kanak-kanak, hati Ibrahim A.S menanam rasa benci terhadap patung-patung yang dibuat oleh ayahnya sendiri. Dia tidak mengerti, bagaimana manusia yang berakal, membuat patung-patung dengan tangannya sendiri, kemudian setelah itu dia sujud dan menyembah terhadap apa yang dibuatnya.
Ibrahim A.S memerhatikan bahawa patung-patung tersebut tidak makan dan minum dan tidak mampu berbicara. Bahkan seandainya ada orang yang menterbalikkannya, ia tidak mampu bangkit dan berdiri sebagaimana asalnya. Bagaimana manusia membayangkan bahawa patung-patung tersebut dapat mendatangkan bahaya dan memberikan manfaat? Pemikiran ini amat merisaukan Ibrahim A.S dalam tempoh yang lama. Apakah mungkin semua kaumnya bersalah sementara hanya dia yang benar? Bukankah yang demikian ini sangat menghairankan?
Kaum Nabi Ibrahim A.S mempunyai tempat penyembahan yang besar dan dipenuhi pelbagai macam berhala. Di tengah-tengah tempat penyembahan itu terdapat mihrab yang diletakkan di dalamnya patung-patung yang paling besar. Ibrahim A.S mengunjungi tempat itu bersama ayahnya sewaktu dia masih kecil. Ibrahim A.S memandang berhala-berhala yang diperbuat dari batu dan kayu itu dengan pandangan hina, benci dan jijik. Tindakan ini sangat menghairankan masyarakat pada masa itu. Kerana apabila memasuki tempat penyembahan itu, mereka tunduk hormat di hadapan patung-patung. Bahkan mereka menangis dan memohon pelbagai macam hajat. Seakan-akan patung-patung itu mendengar apa yang mereka keluhkan dan bicarakan.
Mula-mula pemandangan tersebut membuat IbrahimA.S ketawa. Kemudian, lama kelamaan timbul rasa marah. Dia sangat marah melihat manusia-manusia itu semuanya tertipu. Lebih merumitkan masalah adalah ayah Ibrahim A.S ingin agar dia menjadi dukun setelah dewasa. Ayah Ibrahim A.S tidak inginkan apa-apa kecuali anaknya memberikan penghormatan kepada patung-patung itu, namun Ibrahim A.S menentang dan menghina patung-patung itu.
Pada suatu hari Ibrahim A.S bersama ayahnya masuk di tempat penyembahan. Ketika itu berlangsung suatu pesta dan perayaan di hadapan patung-patung. D: tengah-tengah perayaan tersebut terdapat seorang tokoh dukun yang memberikan arahan tentang kehebatan tuhan berhala yang paling besar. Dengan suara yang penuh penghayatan, dukun itu memohon kepada patung agar menyayangi kaumnya dan memberi mereka rezeki.
Tiba-tiba keheningan suasana dipecahkan oleh suara Ibrahim A.S yang ditujukan kepada tokoh dukun itu: ”Hai tukang dukun, ia tidak akan pernah mendengarmu. Apakah engkau meyakini bahawa ia mendengar?”
Ketika itu manusia mulai cemas. Mereka mencari dari mana suara itu. Ternyata mereka mendapati bahawa itu suara Ibrahim A.S. Lalu tokoh dukun itu mula menampakkan kerisauan dan kemarahannya. Tiba-tiba si ayah berusaha menenangkan keadaan dan mengatakan bahawa anaknya sakit dan tidak mengetahui apa yang dikatakan.
Lalu keduanya keluar dari tempat penyembahan itu. Si ayah menemani Ibrahim A.S menuju tempat tidurnya dan meninggalkannya setelah itu. Namun Ibrahim A.S tidak dapat tidur ketika melihat kesesatan yang menimpa manusia. Beliau segera bangkit dari tempat tidurnya. Dia bukan seorang yang sakit. Di merasa dirinya berdepan dengan peristiwa yang besar. Baginya. adalah mustahil patung-patung dari kayu-kayu dan batu-batuan itu menjadi tuhan bagi kaumnya.
Ibrahim A.S keluar dari rumahnya menuju ke gunung. Beliau berjalan sendirian d tengah kegelapan. Dipilihnya salah satu gua di gunung, lalu merehatkan tubuhnya dalam keadaan duduk termenung. Dia memerhatikan langit lantaran mulai bosan memandang bumi yang dipenuhi dengan suasana jahiliyah serta penyembahan berhala.
Tidak lama Nabi Ibrahim^ memerhatikan langit, kemudian dia memerhatikan pelbagai bintang yang disembah oleh kaumnya di bumi. Ketika itu hati Nabi IbrahimA.S merasa teramat sedih. Lalu dia melihat apa yang ada di sebalik kejadian bulan dan bintang. Hakikat itu sangat mengkagumkannya. Mengapa manusia menyembah ciptaan Tuhan? Bukankah semua itu muncul dan tenggelam dengan izin-Nya. Nabi Ibrahim A.S berhujah dalam dirinya.
Allah S.W.T menceritakan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud:
”Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: ”Wajarka kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi dan Kami (memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin. Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebutir bintang (lalu) berkata: ”Inilah Tuhanku.” Tetapi tatkala bintang itu tenggelam, iia berkata: ”Aku tidak suka kepada yang tenggelam.” (Al-An’am: 74-76)
Al-Quran tidak menceritakan kepada kita peristiwa atau suasana yang dialami Ibrahim ketika menyatakan sikapnya dalam soal itu. Namun kita merasa (dari konteks ayat tersebut) bahawa pengumuman ini terjadi di antara kaumnya. Kelihatan bahawa kaumnya merasa puas dengan perkara tersebut.
Mereka menyangka bahawa Ibrahim A.S menolak penyembahan berhala dan cenderung pada penyembahan bintang. Kita ketahui bahawa di zaman Nabi Ibrahim A.S manusia menjadi tiga golongan. Sebahagian mereka menyembah berhala, sebahagian lagi menyembah bintang dan sebahagian lain menyembah para raja.
Namun ketika pagi, Nabi Ibrahim A.S mengingatkan kaumnya dan membuat mereka terkejut di mana bintang-bintang yang diyakininya kini telah tenggelam. Ibrahim A.S mengatakan bahawa dia tidak menyukai tuhan yang tenggelam.
Allah S.W.T berfirman:
”Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebutir bintang (lalu) berkata: ”Inilah Tuhanku.” (Al-An’am: 76)
Pada malam kedua, Ibrahim A.S kembali merenung dan memberitahu kaumnya bahawa bulan adalah tuhannnya. Kaum Nabi Ibrahim A.S tidak mengetahui atau tidak memiliki kewarasan logik atau kecerdasan akal yang cukup, bahawa sebenarnya Ibrahim^ ingin menyedarkan mereka dengan cara sangat lembut dan penuh cinta. Bagaimana mereka menyembah tuhan yang terkadang tersembunyi dan terkadang muncul atau terkadang terbit dan terkadang tenggelam. Mula-mula kaum Nabi Ibrahim A.S tidak mengetahui yang demikian itu. Pertama sekali Ibrahim A.S menyanjung bulan, tetapi ternyata bulan seperti bintang yang lain, ia muncul dan tenggelam.
Allah S.W.T berfirman:
”Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit, dia berkata: ”Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: ”Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.” (Al-An’am: 77)
Kita perhatikan di sini bahawa dia berbicara dengan kaumnya tentang penolakan penyembahan terhadap bulan. Ibrahim A.S berjaya ’merobek’ keyakinan terhadap penyembahan bulan dengan penuh kelembutan dan ketenangan.
Bagaimana manusia menyembah tuhan yang terkadang tersembunyi dan terkadang muncul. Sungguh, sebagaimana kata Ibrahim A.S Betapa sukar untuk membayangkan apa yang terjadi jika Tuhan tidak membimbing manusia. Nabi Ibrahim A.S mengisyaratkan kepada mereka bahawa dia memiliki Tuhan, bukan seperti tuhan-tuhan yang mereka sembah. Namun mereka belum mampu menangkap isyarat Nabi Ibrahim A.S. Beliau pun kembali menggunakan hujah untuk menundukkan kelompok pertama dari kaumnya, iaitu penyembah bintang.
Allah S.W.T berfirman:
”Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: ”Inilah Tuhanku Inilah yang lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: ”Ha kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukanla) termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (Al-An ’am: 78-79)
Ibrahim A.S berhujah dengan penyembah matahari. Beliau memberitahu bahawa matahari adalah tuhannya kerana dia yang terbesar. Sekali lagi Ibrahim A.S berusaha menggugat fikiran mereka. Para penyembah matahari tidak mengetahui bahawa mereka menyembah makhluk. Jika mereka menganggap matahari itu besar, maka Allah S.W.T Maha Besar.
Setelah Ibrahim A.S memberitahu bahawa matahari adalah tuhannya, beliau menunggu saat yang tepat sehingga matahari itu tenggelam. Ternyata benar, ia bagaikan sembahan-sembahan yang lain, yang suatu ketika akan tenggelarm Setelah itu Ibrahim A.S mengisytiharkan bahawa beliau bebas dari penyembahan bulan, bintang, matahari dan sebagainya.
Ibrahim A.S mulai memandang dan memberikan penerangan kepada kaumnya bahawa ada Tuhan Yang Maha Pencipta seisi langit dan bumi. Hujah Ibrahim A.S mampu memunculkan kebenaran, tetapi sebagaimana biasa, kebatilan tidak tunduk begitu saja. Mereka mula menampakkan taringnya dan mula menggugat ajaran Ibrahim A.S. Mereka mula membantah, menentang bahkan mengancam Nabi Ibrahim A.S.
Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
“Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata: ”Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku. Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahansembahan yang kamu persekutukan dengan Allah, kecuali jika Tuhanku menghendaki sesuatu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran
daripadanya)? Bagaimana aku takut kepada sembahan-sembahan yang kamu persekutukan (dengan Allah) padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan hujah kepadamu untuk mempersekutukan-Nya. Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?” (Al-An’am: 80-81)
Kita tidak mengetahui sampai sejauh mana pertelingkahan antara Nabi Ibrahim A.S dan kaumnya serta bagaimana cara mereka mengancam Nabi Ibrahim A.S. AlQuran tidak menyentuh hal tersebut. Namun yang jelas, mereka yang penuh kebatilan itu mampu dilumpuhkan oleh Al-Quran. Dari cerita tersebut, Al-Quran mengemukakan bahawa Nabi Ibrahim A.S menggunakan logik seorang yang berfikiran waras. Dalam menghadapi pelbagai tentangan dan ancaman kaumnya, Nabi Ibrahim A.S malah mendapat kedamaian dan tidak takut kepada mereka.
Allah S.W.T berfirman:
”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-An ’am: 82)
Allah S.W.T selalu memberikan hujah yang kuat kepada Nabi Ibrahim A.S sehingga beliau mampu menghadapi kaumnya.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan siapa yang Kami kehendaki beberapa darjat. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Al-An ’am:
83)
Ibrahim A.S didukung oleh Allah S.W.T dan diperlihatkan kerajaan langit dan bumi. Demikianlah Nabi Ibrahim terus melanjutkan penentangan pada penyembahan berhala. Pertikaian antara beliau dan kaumnya semakin meluas. Beban yang paling berat adalah ketika berhadapan dengan ayah nya, di mana kerjaya si ayah dan rahsia kedudukannya merupakan punca utama dari segala penyembahan yang diikuti majoriti kaumnya.
Nabi Ibrahim A.S berdakwah kepada kaumnya dengan berkata:
”Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?” Mereka menjawab: ”Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya.” Ibrahin berkata: ”Sesungguhnya kamu dan bapa-bapamu berada dalam kesesatan yang nyata.” Mereka menjawab: ”Apakah kamu datang kepada kami sungguh sungguh ataukah kamu termasuk orang yang bermain-main?” Ibrahim berkata ”Sebenarnya tuhan kamu adalah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu.” (Al-Anbiya’: 52-56)
Maka mulalah terjadi pertelingkahan antara Nabi Ibrahim A.S dan kaumnya. Tentu sekali orang yang paling menentang dan marah kepada sikap beliau itu adala! ayahnya. Akhirnya, si ayah dan si anak terlibat dalam pertelingkahan yang sengit di mana kedua-duanya dipisahkan oleh prinsip yang berbeza. Si anak berada d puncak kebenaran bersama Allah S.W.T manakala si ayah berdiri bersama kebatilan.
Si ayah berkata kepada anaknya:
”Sungguh besar ujianku kepadamu, wahai Ibrahim. Engkau telah khianat kepadaku dan bersikap tidak terpuji kepadaku.” Ibrahim menjawab: ”Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak dapat mendengar, tidak dapat melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun? Wahai bapah sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu. Maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Wahai bapah sesungguhnya aku khuatir kamu akan ditimpa azab Tuhan Yang Maha Pemura maka kamu menjadi kawan bagi syaitan.” (Maryam: 42-45)
Ayahnya segera bangkit dan dia tidak kuasa lagi untuk meledaki kemarahannya kepada Ibrahim A.S.
”Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti maka nescaya kamu akan aku rejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama.” (Maryam: 46)
”Jika engkau tidak berhenti dari dakwahmu ini, sungguh aku akan merejamm. Aku akan membunuhmu dengan pukulan batu. Demikian balasan sesiapa yang menentang tuhan. Keluarlah dari rumahku! Aku tidak ingin lagi melihatmu. Keluar!” Ayahnya menghalau Nabi Ibrahim A.S.
Akhirnya, pertikaian itu membawa kepada pengusiran Nabi Ibrahim A.S dari rumahnya. Beliau juga diancam bunuh. Meskipun demikian, sikap Nabi ibrahim A.S tidak pernah berubah. Dia tetap menjadi anak yang baik dan Nabi yang mulia. Dia bercakap kepada ayahnya dengan menggunakan adab para Nabi. Ketika mendengar penghinaan, pengusiran dan ancaman bunuh dari ayahnya, beliau berkata dengan lembut:
”Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu. Aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah. Dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.” (Maryam: 47-48)
Nabi Ibrahim A.S pun keluar dari rumah ayahnya. Dia meninggalkan kaumnya dan sembahan selain Allah S.W.T. Dia menetapkan suatu urusan dalam dirinya. Dia mengetahui ada pesta besar yang diadakan di tepi sungai di mana manusia berbondong-bondong menuju ke sana. Dia menunggu hingga tiba waktu perayaan itu. Ketika itu kota menjadi sunyi kerana ditinggalkan oleh manusia dan mereka menuju ke tempat pesta. Jalan-jalan menuju tempat penyembahan menjadi sepi dan tempat penyembahan pun ditinggalkan oleh penjaganya. Semua orang mengikuti pesta itu.
dengan penuh hati-hati, Ibrahim A.S memasuki tempat penyembahan dengan membawa kapak yang tajam. Ibrahim A.S melihat patung-patung yang diukir dari batu-batu dan kayu-kayu. Ibrahim A.S juga melihat makanan yang diletakkan oleh manusia di hadapannya sebagai hadiah dan nazar. Ibrahim A.S mendekati patung-patung itu.
Dengan nada ejekan dia berkata kepada salah satu patung itu:
”Makanan yang ada di depanmu telah sejuk. Mengapa engkau tidak memakannya?” Namun patung itu tetap membisu. Ibrahim A.S pun bertanya kepada patung-patung lain di sekitarnya.
Kemudian dia pergi dengan diam-diam kepada berhala-berhala mereka, lalu dia berkata: ”Mengapa kalian tidak makan?” (As-Shaffat: 91)
Ibrahim A.S mengejek patung-patung itu. Dia mengetahui bahawa patung itu nemang tidak boleh makan. Dia bertanya kepada patung-patung itu:
”Mengapa kamu tidak menjawab?” (As-Shaffat: 92)
Ibrahim A.S pun teras mengangkat kapak dan mulai menghancurkan tuhan-tuhan palsu yang disembah oleh manusia. Dia menghancurkan seluruh patung-patung itu dan hanya membiarkan satu patung berhala besar. Lalu dia menggantungkan kapak itu di leher berhala. Setelah melaksanakan tugas itu, dia pergi menuju ke gunung. Dia telah bersumpah untuk membawa suatu bukti yang jelas tentang kebodohan kaumnya dalam menyembah selain Allah S.W.T.
Akhirnya, pesta perayaan itu selesai dan manusia kembali ke tempat masing masing. Ketika salah seorang masuk ke tempat sembahan itu, dia pun berteriak. Orang ramai datang kepadanya kerana ingin mengetahui apa sebab teriakan itu. Mereka terkejut melihat berhala-berhala semuanya telah hancur. Cuma sebuah berhala besar masih tinggal. Mereka mulai berfikir siapa penyebab semua ini. Akhirnya mereka sepakat menuduh Ibrahim A.S yang mengajak mereka untuk menyembah Allah S.W.t.
”Mereka berkata: ”Kami dengar ada seorang pemuda bernama Ibrahim yang mencela berhala-berhala ini.” (Al-Anbiya’: 60)
Mereka segera memanggil Ibrahim A.S untuk bertanya tentang hal itu.
”Mereka bertanya: ”Apakah benar engkau yang melakukan semua ini terhadap tuhan kami, wahai Ibrahim?” (Al-Anbiya’: 62)
Nabi Ibrahim A.S menafikan tuduhan mereka. Dengan senyuman, dia menuding jari kepada berhala besar yang di lehernya tergantung sebilah kapak.
”Ibrahim menjawab: ”Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berkata-kata.” (Al Anbiya’: 63)
Para dukun berkata: ”Siapa yang haras kita tanya?”
”Tanyalah kepada tuhan kalian,” jawab Ibrahim A.S.
”Bukankah engkau mengetahui bahawa tuhan-tuhan itu tidak bercakap,” soal mereka.
Ibrahim membalas: ”Mengapa kalian menyembah sesuatu yang tidak mampu berbicara, sesuatu yang tidak mampu memberi manfaat dan mudharat. Tidakka kalian mahu berfikir. Di mana letaknya akal kalian. Sebenarnya tuhan-tuhan kalian telah hancur, sementara tuhan yang paling besar hanya berdiri dan memandang. Tuhan-tuhan itu tidak mampu menghindari gangguan terhadap mereka. Bagaimana mereka dapat mendatangkan kebaikan buat kalian. Tidakkah kalian mahu berfikir sejenak. Kapak itu tergantung di leher tuhan yang paling besar, tetapi anehnya ia tidak dapat menceritakan apa yang terjadi. Ia tidak mampu berbicara, tidak mendengar, tidak bergerak, tidak melihat, tidak memberi manfaat dan tidak membahayakan. Ia hanya sekadar batu, lalu mengapa manusia menyembah batu? Di mana letak akal fikiran yang waras?”
Allah S.W.T menceritakan peristiwa tersebut di dalam firman-Nya:
”Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui keadaannya.
Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: ”Patung-patung itu, apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?” Mereka menjawab: ”Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya.” Ibrahim menjawab: ”Sesungguhnya kamu dan bapa-bapamu berada dalam kesesatan yang nyata.” Mereka menjawab: ”Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?” Ibrahim berkata: ”Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya, dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas apa yang demikian itu. Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya.” Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain, agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata: ”Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim.” Mereka berkata: ”Kami mendengar ada seorang pemuda bernama Ibrahim yang mencela berhala-berhala ini.” Mereka berkata: ”(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang ramai, agar mereka menyaksikannya.” Mereka bertanya: ”Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?” Ibrahim menjawab: ”Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara.” Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka lalu berkata: ”Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri).” Kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): ”Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahawa berhalaberhala itu tidak dapat berbicara.” Ibrahim berkata: ”Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun, tidak dapat pula memberi mudharat kepada kamu?” Ah! (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?”
Mereka berkata: ”Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kami jika kamu benar-benar hendak bertindak.” (Al-Anbiya’: 51-68)
Nabi Ibrahim A.S mampu mengalahkan mereka dengan hujah dan logik akal yang waras. Tetapi mereka membalasnya dengan hukuman membakarnya. Ini sungguh amat menghairankan. Suatu hukuman ngeri di mana si tertuduh akan dihukum bakar hidup-hidup.
Demikianlah masalah pertelingkahan antara pemikiran, nilai-nilai atau prinsip yang selalu terjadi di tengah masyarakat. Nabi Ibrahim A.S sudah berusaha untuk menggugat hati dan fikiran, ketika dia menuduh berhala yang paling besar menghancurkan tuhan-tuhan yang lain. Nabi Ibrahim A.S meminta mereka untuk bertanya kepada tuhan itu, tentang siapa yang membuatnya hancur. Tetapi tuhan itu tidak mampu bercakap. Lalu mengapa manusia menyembah sesuatu yang tidak mampu berkata dan tidak mengerti apa-apa.
Ketika Nabi Ibrahim A.S berjaya merobohkan kepercayaan mereka, maka orang-orang yang sombong bangkit untuk menentang. Para penentang itu tidak mahu manusia akan menyembah Allah S.W.T. Mereka memutuskan tindakan menggantung dan membakar Ibrahim A.S hidup-hidup. Nabi Ibrahim A.S pun ditangkap lalu disiapkanlah tempat pembakaran. Para penentang itu berkata kepada pengikutnya ”Bakarlah Ibrahim A.S dan tolonglah tuhan kalian jika kalian benar-benar menyembahnya.” Mereka pun terpengaruh dengan ucapan tersebut lalu menyiapkan peralatan untuk membakar Nabi Ibrahim A.S.
Tersebarlah berita itu ke seluruh negeri. Maka, manusia-manusia pun datang dari pelbagai pelosok, dari gunung-ganang, dari pelbagai desa dan kota, untuk menyaksikan hukuman ke atas orang yang berani menentang tuhan, dan; menghancurkannya.
Mereka menggali lubang besar yang dipenuhi kayu-kayu, batu-batu dan pokok-pokok lalu mereka menyalakan api di dalamnya. Kemudian mereka membawa manjaniq, iaitu alat untuk melempar Nabi Ibrahim A.S ke dalam api, sehingga jatuh ke dalam lubang api. Mereka meletakkan Nabi Ibrahim A.S setelah mengikat kedua tangan dan kakinya pada alat itu.
Api pun mulai marak dan asapnya membumbung ke langit. Manusia yang melihat peristiwa itu berdiri agak jauh dari unggun api yang marak itu kerana terlalu panas. Lalu, seorang tokoh dukun memerintahkan agar Ibrahim A.S dihumban. dalam api yang marak menyala.
Tiba-tiba malaikat Jibril A.S berdiri di hadapan Nabi Ibrahim A.S dan bertanya kepadanya: ”Wahai Ibrahim, tidakkah engkau perlukan apa-apa?”
Nabi Ibrahim A.S menjawab: ”Aku tidak memerlukan sesuatu darimu.”
Nabi Ibrahim A.S pun dihumban dan terjatuh ke dalam kubangan api yang marak. Api pun mulai menjilat tubuhnya. Lalu Allah S.W.T menurunkan perintah kepada api:
”Kami berfirman: ”Wahai api, jadilah engkau dingin dan membawa keselamatan kepada Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69)
Api pun tunduk kepada perintah Allah S.W.T sehingga ia menjadi dingin dan membawa keselamatan bagi Nabi Ibrahim A.S. Api hanya membakar tali-tali yang mengikat tubuhnya. Dia dengan tenang berada di tengah-tengah marak api bagaikan duduk di tengah-tengah taman. Beliau memuji dan mengagungkan Allah S.W.T dan yang ada di dalam hatinya hanya cinta kepada Allah S.W.T.
Nabi Ibrahim S.W.T tidak merasa takut, menyesal atau berkeluh-kesah. Yang ada dalam hatinya hanya cinta kepada Allah S.W.T semata-mata. Api pun menjadi damai dan dingin. Sesungguhnya orang-orang yang cinta kepada Allah S.W.T tidak akan merasai ketakutan.
Para pembesar dan para dukun mengamati dari jauh betapa panasnya api itu. Bahkan api terus menyala dalam tempoh yang lama, sehingga orang-orang kafir mengira bahawa api itu tidak akan pernah padam.
Ketika api itu padam, mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim A.S keluar dari kubangan api dalam keadaan selamat. Wajah mereka menjadi hitam kerana jelaga api, sementara wajah Nabi Ibrahim A.S berseri-seri diliputi cahaya kebesaran Allah S.W.T. Bahkan pakaian yang dipakai Nabi Ibrahim A.S tidak terbakar dan beliau tidak disentuh sedikit pun oleh api. Nabi Ibrahim A.S pun keluar dari api itu bagaikan keluar dari taman. Lalu orang-orang kafir pun berteriak kehairanan. Mereka merasa kekalahan dan kerugian.
Allah S.W.T berfirman:
”Mereka hendak berbuat zalim terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling rugi.” (Al-Anbiya’: 70)
Al-Quran tidak menceritakan kepada kita tentang usia Nabi Ibrahim A.S ketika menghancurkan berhala-berhala kaumnya. Al-Quran juga tidak menceritakan berapa usia beliau apabila memikul tanggungjawab dakwah dan menyeru di jalan Allah S.W.T Melalui nas-nas dapat diketahui bahawa Nabi Ibrahim^ masih muda belia ketika melakukan peristiwa besar itu. Buktinya adalah ketika kaumnya berbincang tentang peristiwa kehancuran berhala.
”Mereka berkata: ”Kami mendengar ada seorang pemuda bernama Ibrahim yang mencela berhala-berhala ini.” (Al-Anbiya’: 60)
Ada kisah yang menceritakan bahawa Nabi Ibrahim A.S menghancurkan patung-patung sebelum Allah S.W.T mewajibkannya berdakwah. Diceritakan bahawa Nabi Ibrahim A.S mendengar suara memanggilnya.
Dia bertanya: ”Siapa yang memanggilku?”
Nabi Ibrahim A.S mendengar suara berkata: ”Aku adalah malaikat Jibril A.S”
Nabi Ibrahim A.S menjadi takut, tetapi malaikat itu segera menenangkannya sambil berkata: ”Jangan takut, hai Ibrahim, kerana engkau adalah kekasih Allah S.W.T. Ketika engkau menghancurkan berhala-berhala sembahan manusia, Allah S.W.T memilihmu sebagai pemimpin para malaikat dan para Nabi.”
”Apa yang harus aku lakukan untuk menyembah Tuhan para malaikat dan para Nabi?” Nabi Ibrahim A.S bertanya.
”Pergilah mendaki gunung sehingga datang seruan Allah S.W.T.” jawab Jibril A.S.
Kemudian Nabi Ibrahim^ mendaki gunung, lalu Allah S.W.T menyerunya: ”Aku adalah Tuhanmu, hai Ibrahim!”
Nabi Ibrahim A.S gementar ketakutan dan sujud di atas bumi dan beliau berkata: ”Wahai Tuhanku, hamba-Mu mendengar seruan-Mu.”
Allah S.W.T telah memilih Ibrahim sebagai hamba-Nya dan Dia telah memberkatinya serta orang-orang yang mengikutinya.
Riwayat tersebut menentukan waktu pemilihan Nabi Ibrahim A.S dan waktu pengangkatannya tatkala beliau menghancurkan berhala sembahan manusia.
Demikianlah yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah S.W.T berfirman:
”Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: ”Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: ”Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.” (Al-Baqarah: 131)
N’abi Ibrahim mampu memberikan hujah yang sangat bernas untuk menghancurkan dakwaan para penyembah berhala. Beliau juga mampu menghancurkan hujah para penyembah bintang. Hanya tinggal satu hujah yang perlu disampaikan kepada para penguasa dan raja-raja. Dengan demikian, orang-orang kafir telah mendapat seluruh hujah kebenaran.
Nabi Ibrahim A.S akhirnya terlibat dalam perdebatan dengan raja yang menyangka bahawa dirinya adalah tuhan kaumnya. Raja itu menyuruh mereka menyembahnya. Dalam menjaga kepentingannya, boleh jadi memang dia menyangka bahawa dirinya tuhan. Allah S.W.T telah memberikannya suatu kerajaan yang besar hingga dia lupa bahawa dia hanya manusia biasa. Perdebatan di antara keduanya menyebabkan jatuhnya hujah orang kafir.
Allah S.W.T menceritakan peristiwa tersebut dengan firman-Nya:
”Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan
(kekuasaan).. Ketika Ibrahim mengatakan: ”Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.” Orang itu berkata: ”Aku dapat menghidupkan dan mematikan.” Ibrahim berkata: ”Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.” Lalu terdiamlah orang kafir itu dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 258)
Allah S.W.T sengaja tidak menyebut nama raja itu kerana dianggap tidak pen ting, sebagaimana Al-Quran juga tidak menyebut percakapan panjang yang terjadi antara Nabi Ibrahim A.S dan raja.
Menurut kisahnya, raja itu berkata kepada Nabi Ibrahim A.S: ”Aku mendengar bahawa kamu mengajak manusia untuk menyembah Tuhan yang baru dan meninggalkan tuhan yang lama.”
Tiada Tuhan selain Allah S.W.T Yang Maha Esa,” jawab Nabi Ibrahim A.S.
Raja berkata: ”Apa yang dilakukan oleh tuhanmu yang tidak dapat aku lakukan?”
Raja yang terkena penyakit sombong dan bongkak itu adalah raja yang tidak sedar diri. Penghormatan manusia kepadanya telah meningkatkan kesombongannya. N’abi Ibrahim A.S mendengar apa yang dikatakan oleh si raja. Nabi Ibrahim A.S mengetahui segala sesuatunya.
Nabi Ibrahim A.S berkata dengan lembut:
”Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.” (Al-Baqarah: 258)
Raja itu membalas:
”Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan.” (Al-Baqarah: 258)
Nabi Ibrahim A.S tidak bertanya bagaimana si raja boleh menghidupkan dan mematikan. Dia tahu bahawa sebenarnya raja berbohong.
Raja berkata: ”Aku mampu menghadirkan seseorang yang sedang berjalan lalu aku membunuhnya. Pada kesempatan yang lain, aku mampu memaafkan orang yang sudah dipastikan untuk dihukum gantung, lalu aku menyelamatkannya dari kematian. Dengan demikian, aku mampu memberi kehidupan dan kematian.”
Mendengar kebodohannya itu, Nabi Ibrahim A.S ketawa dan pada ketika yang sama, dia merasa sedih. Tetapi Nabi Ibrahim A.S ingin mematahkan hujah raja yang mengatakan dia mampu menghidupkan dan mematikan, padahal sebenarnya dia tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan dengan izin Allah S.W.T jua.
Nabi Ibrahim A.S berkata:
”Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.” (Al-Baqarah: 258)
Mendengar hujah Nabi Ibrahim A.S itu, raja menjadi terpaku dan terdiam. Dia tidak mampu berkata-kata lagi. Nabi Ibrahim A.S berkata kepada raja bahawa Allah S.W.T mampu mendatangkan matahari dari timur. Apakah raja mampu mendatangkan matahari dari barat?
Tentu raja tidak mampu melakukannya. Alam mempunyai aturan dan undangundang yang diciptakan oleh Allah S.W.T, di mana tiada makhluk yang mampu mengubahnya. Jika raja mendakwa dia benar-benar tuhan, maka tentu dia dapat mengubah hukum alam. Si raja merasa tidak mampu memenuhi cabaran itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Setelah orang-orang kafir diam membisu, Nabi Ibrahim A.S meninggalkan istana raja. Kemudian kebenaran Nabi Ibrahim S.W.T tersebar di segala penjuru negeri. Masyarakat mulai membicarakan mukjizatnya serta keselamatannya dari api. Mereka bercerita bagaimana sikap raja ketika mendengar hujah Nabi Ibrahim A.S. Bagaimana si raja menjadi bisu dan terpaku, tidak tahu apa yang harus dikatakan.
Nabi Ibrahim A.S tetap melanjutkan dakwahnya di jalan Allah S.W.T. Dia mencurahkan sepenuh daya upaya untuk membimbing kaumnya. Nabi Ibrahim’ A.S berusaha menyedarkan mereka dengan pelbagai cara. Meskipun beliau sangat cinta dan menyayangi mereka, namun mereka marah kepadanya, malah mengusirnya. Tiada yang beriman bersamanya kecuali seorang perempuan dan seorang lelaki. Perempuan itu bernama Sarah yang kemudian menjadi isterinya manakala lelaki itu adalah Lut yang kemudian menjadi Nabi.
Ketika Nabi Ibrahim A.S mengetahui bahawa tidak seorang pun beriman selain kedua orang itu, dia menetapkan untuk berhijrah. Sebelum berhijrah, dia mengajak ayahnya beriman. Kemudian Nabi Ibrahim A.S mengetahui bahawa ayahnya adalah musuh Allah S.W.T dan dia tidak akan beriman. Nabi Ibrahim A.S pun berlepas diri darinya dan memutuskan hubungan dengannya.
L’ntuk kedua kalinya dalam kisah para Nabi, kita mendapati perkara yang menyedihkan. Dalam kisah Nabi Nuh A.S kita menemukan kisah si ayah seorang Nabi, sementara isteri dan anaknya kafir. Manakala dalam kisah Nabi Ibrahim A.S pula adalah sebaliknya. Si ayah menjadi kafir dan anaknya seorang Nabi. Dalam kedua kisah tersebut kita mengetahui bahawa seorang mukmin berlepas diri dari musuh Allah S.W.T, meskipun dia adalah ibu, ayah, anak, isteri atau keluarga.
Melalui kisah tersebut, Allah S.W.T memberitahu kita bahawa hubungan yang harus dipelihara di antara manusia adalah hubungan iman, bukan hubungan darah.
Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
”Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri darinya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (At-Taubah: 114)
Nabi Ibrahim A.S keluar meninggalkan negerinya dan memulakan perjuangannya dalam hijrah. Nabi Ibrahim A.S pergi ke kota Aur dan ke kota Haran. Kemudian beliau pergi ke Palestin bersama isterinya, satu-satunya wanita yang beriman kepadanya. Dia juga disertai Lut, satu-satunya lelaki yang beriman kepadanya.
Allah S.W.T berfirman:
”Maka Lut membenarkan (kenabiannya. Dan berkatalah Ibrahim: ”Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku kepadaku), sesungguhnya Dialah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Ankabut: 26)
Setelah ke Palestin, Nabi Ibrahim A.S pergi ke Mesir. Selama perjalanannya Nabi Ibrahim A.S mengajak manusia untuk menyembah Allah S.W.T, bahkan berjuang dengan gigih. Dia membantu orang-orang yang tidak mampu dan lemah. Menegakkan keadilan di tengah-tengah manusia dan menunjukkan kepada mereka jalan yang benar.
Isteri Nabi Ibrahim A.S, Sarah, tidak melahirkan anak. Raja Mesir memberikan seorang pembantu yang dapat membantunya. Nabi Ibrahim^ telah menjadi tua dan rambutnya memutih. Sepanjang usianya digunakan hanya untuk berdakwah di jalan Allah!!
Sarah meyakini bahawa dia dan Nabi Ibrahim A.S tidak akan mempunyai anak. Dia terfikir, bagaimana seandainya wanita pembantunya yang bernama Hajar itu dapat menjadi isteri kedua suaminya. Akhirnya, Sarah menikahkan Nabi Ibrahim A.S dengan Hajar. Menerusi pernikahan itu, Hajar melahirkan anak yang dinamakan Ismail A.S. Ketika itu, Nabi Ibrahim A.S telah berada dalam usia yang sangat tua ketika mendapat anak pertamanya, Ismail A.S.
Nabi Ibrahim A.S hidup di bumi Allah S.W.T dengan sentiasa menyembah-Nya. bertasbih dan mengagungkan-Nya. Kita tidak mengetahui, jarak yang ditempuh Nabi Ibrahim A.S dalam perjalanannya. Beliau adalah seorang musafir di jalan Allah S.W.T. Seorang musafir di jalan Allah S.W.T menyedari bahawa hari-hari di muka bumi sangat cepat berlalu.
Pada suatu hari hati Nabi Ibrahim A.S dipenuhi rasa damai, cinta dan keyakinan Beliau ingin melihat kebesaran Allah S.W.T Yang Maha Pencipta. Beliau ingin melihat hari kiamat sebelum terjadinya.
Allah S.W.T menceritakan keinginan itu menerusi firman-Nya, bermaksud:
”Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: ”Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman: ”Belum yakinkah kamu?” Ibrahim menjawab: ”Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku).” (Al-Baqarah: 260)
Hasrat Nabi Ibrahim A.S terhadap perkara tersebut dipengaruhi oleh keimanan yang luar biasa; keimanan yang dipenuhi cinta kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
”(Kalau demikian), ambilah empat ekor burung dan cincanglah semuanya. Lalu letakkanlah di atas bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera; dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah: 260)
Nabi Ibrahim A.S melakukan perintah Allah S.W.T. Dia menyembelih empat ekor burung lalu memisahkan bahagian anggota badannya di atas gunung. Kemudian dia memanggilnya dengan nama Allah S.W.T. Tiba-tiba bulu-bulu dan seluruh anggota badan burung-burung itu bangkit dan bergabung dengan sayap-sayapnya. Kemudian dada burung itu mencari kepalanya. Akhirnya, bahagian-bahagian badan burung yang terpisah kembali bergabung. Burung-burung itu pun kembali hidup lalu terbang dengan cepat ke pangkuan Nabi Ibrahim A.S.
Para ahli tafsir Al-Quran meyakini bahawa kejadian ini berpunca dari sifat dahagakan ilmu yang ada pada Nabi Ibrahim A.S. Sebahagian lagi mengatakan bahawa dia ingin melihat kebesaran Allah S.W.T apabila menciptakan makhluk-Nya. Dia memang sudah mengetahui hasilnya, tapi tidak melihat cara penciptaan makhluk. Sebahagian mufasir lain mengatakan bahawa beliau merasa puas atas apa yang dikatakan oleh Allah S.W.T dan beliau tidak jadi menyembelih burung.
Bagi kita, kejadian ini menunjukkan tingkat cinta tertinggi yang dicapai oleh seorang musafir dan pejuang di jalan Allah S.W.T, iaitu Nabi Ibrahim A.S. Bagi seorang pencinta, akan selalu timbul dalam dirinya hasrat cinta serta rasa tunduk patuh dan keinginan untuk menambah cintanya. Demikianlah cinta Nabi Ibrahim A.S. Inilah perjuangan Nabi Ibrahim A.S. Setiap kali dia melalui perjalanannya, maka kehausan cintanya pun meningkat.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim A.S meminta isterinya, Hajar, membawa anak mereka untuk melalui perjalanan panjang. Setelah menyediakan segala persiapan, maka bermulalah perjalanan Nabi Ibrahim A.S bersama isteri serta anak mereka, Ismail A.S yang masih menyusu pada ibunya.
Nabi Ibrahim A.s serta isteri dan anaknya berjalan melewati pelataran, gurun dan gunung-ganang. Kemudian mereka memasuki tanah Arab. Nabi Ibrahim A.S menuju ke suatu lembah yang di dalamnya tiada tanaman, tiada buah-buahan, tiada pokok, tiada makanan dan tiada air. Lembah itu kosong dan langsung tiada tanda-tanda kehidupan di situ.
Nabi Ibrahim A.S sampai ke suatu lembah, lalu turun dari haiwan tunggangannya. Dia menurunkan isteri dan anaknya lalu meninggalkan mereka. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan dan air yang hanya cukup untuk kegunaan selama dua hari.
Ketika dia berlalu meninggalkan tempat itu, isterinya berkata: ”Wahai Ibrahim, ke mana engkau pergi? Mengapa engkau tinggalkan kami di lembah ini, padahal di sini tidak terdapat sesuatu apapun.”
Nabi Ibrahim A.S tidak menjawab dan terus berlalu pergi. Hajar kembali mengulangi pertanyaan, namun Nabi Ibrahim A.S tetap diam. Akhirnya, Hajar memahami bahawa Nabi Ibrahim A.S tidak bersikap demikian kecuali mendapat perintah Allah S.W.T.
Kemudian Hajar bertanya: ”Apakah Allah perintahkan sedemikian ini?”
”Benar,” jawab Nabi Ibrahim A.S.
Isteri yang beriman itu berkata: ”Kalau begitu, kita tidak akan disia-siakan.”
Nabi Ibrahim^ menuju ke suatu tempat di atas gunung lalu mengangkat kedua tangannya berdoa kepada Allah S.W.T:
”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman, dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati.” (Ibrahim: 37)
Ketika itu Baitullah belum dibina. Terdapat hikmah yang tinggi dalam perjalanan yang penuh misteri. Ismail A.S ditinggalkan bersama ibunya di tempat itu, Ismail A.S akan bertanggungjawab bersama ayahnya dalam pembangunan Ka’abah. Hikmah Allah S.W.T menentukan terbinanya bangunan mulia di lembah itu dan di dalamnya terdapat Baitullah, qiblat umat Islam ketika solat.
Nabi Ibrahim A.s meninggalkan isterinya dan anaknya yang masih menyusu di gurun pijar. Hajar yang menyusukan Ismail A.S mulai merasa kehausan. Matahari bersinar sangat panas dan membuatkan Hajar sering merasa haus. Setelah dua hari, habislah air dan keringlah susu si ibu. Hajar dan Ismail A.S merasa haus dan lapar, namun tiada makanan atau minuman. Mereka mengalami kesukaran yang luar biasa. Ismail A.S menangis kehausan dan ibunya berusaha untuk mencari air.
Hajar berjalan dengan cepat hingga sampai di suatu tempat bernama Safa. Dia mencari sumber air atau orang yang dapat menolongnya. Namun semua harapannya itu gagal. Dia segera bergerak dari Safa dan berlari menuju suatu tempat bernama Marwah. Namun dia kecewa kerana tiada sumber air atau sesiapa yang boleh membantunya. Si ibu kembali ke tempat anaknya ditinggalkan. Anaknya masih menangis kerana haus dan lapar yang makin bertambah. Hajar segera berlari menuju ke Safa dan berdiri di situ. Kemudian dia berlari menuju ke Marwah untuk meninjau sumber air atau bantuan. Dia berlari berulang-alik antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Oleh kerana itulah, orang-orang Islam yang mengerjakan ibadah haji berlari-lari anak antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Ini adalah sebagai peringatan terhadap ibu mereka yang pertama, Hajar dan Nabi mereka yang agung, iaitu Ismail A.S.
Setelah putaran ketujuh, Hajar kembali dalam keadaan letih dan duduk di sisi anaknya yang masih menangis. Di tengah-tengah keadaan yang menyayat itu, Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya. Ismail A.S menguis-nguis kakinya di atas tanah dalam keadaan menangis, lalu memancarlah di bawah kakinya mata air yang mencurah. Pancuran air membentuk telaga zam-zam. Hajar dan Ismail A.S minum sehingga hilang dahaga dan mereka pun terselamat dari maut. Hajar bersyukur kepada Allah S.W.T, Sungguh benar apa yang dikatakannya bahawa Allah S.W.T tidak akan membiarkan mereka yang berada di jalan-Nya.
Kehidupan mula tumbuh dan makmur di kawasan itu. Kafilah musafir mulai singgah untuk mengambil air dari telaga zam-zam. Manusia semakin ramai menetap di sekitar kawasan itu. Nikmat kehidupan mulai menjalar dan melebar.
Hari demi hari terus berkisar. Ismail A.S pun semakin membesar. Nabi Ibrahim^! menumpahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anaknya. Kemudian, Allah S.W.T menurunkan ujian yang berat.
Allah S.W.T menceritakan ujian tersebut di dalam firman-Nya yang bermaksud:
”Dan Ibrahim berkata: ”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia menjawab: ”Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya) dan Kami panggilah dia: ”Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (iaitu) kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (As-Shaffat:
99-111)
Perhatikanlah, bagaimana Allah S.W.T menguji hamba-Nya. Renungkanlah bentuk ujian tersebut. Kita mengenali seorang Nabi yang hatinya paling lembut dan paling penyayang di muka bumi. Hatinya penuh dengan cinta kepada Allah S.W.T dan cinta kepada makhluk-Nya. Nabi Ibrahim A.S mendapat anak ketika usia tua. padahal sebelumnya dia tidak membayangkan akan memperolehi anak.
Nabi Ibrahim A.S tidur dan bermimpi melihat dirinya sedang menyembelih satusatunya anak yang dimiliki serta dicintainya sepenuh hati. Timbullah pergolakan besar dalam dirinya.
Sungguh salah kalau ada orang mengira bahawa tiada pergolakan dalam dirinya. Nabi Ibrahim A.S benar-benar diuji dengan ujian yang berat. Ujian yang langsung berhubungan dengan emosi kebapaan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Nabi Ibrahim A.S berfikir dan merenung.
Kemudian datanglah jawapan bahawa Allah S.W.T mengisyaratkan kepadanya bahawa mimpi para Nabi adalah mimpi kebenaran. Dalam mimpinya, Nabi Ibrahim A.S melihat dia menyembelih anak tunggalnya. Ini adalah wahyu Allah S.W.T dan perintah dari-Nya untuk menyembelih anak yang dicintainya.
Sebagai pencinta sejati, Nabi Ibrahim A.S tidak merasa gelisah atau membantah perintah. Allah Nabi Ibrahim A.S adalah penghulu para pencinta. Nabi Ibrahim A.S berfikir tentang apa yang patut dikatakan kepada anaknya ketika membaringkan anaknya dan kemudian menyembelihnya. Lebih baik baginya untuk memberitahu anaknya tentang suruhan itu agar lebih tenang hatinya.
Akhirnya, Nabi Ibrahim A.S pergi menemui anaknya, Ismail A.S.
”Ibrahim berkata: ”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” (As-Shaffat: 102)
Perhatikanlah bagaimana kasih sayang Nabi Ibrahim A.S dalam menyampaikan perintah kepada anaknya. Dia menyerahkan urusan itu kepada anaknya sama ada anaknya akan mentaati perintah tersebut. Bukankah perintah tersebut adalah perintah dari Tuhannya? Ismail^ menjawab sama seperti jawapan ayahnya itu bahawa perintah itu datangnya dari Allah S.W.T. Maka, kerananya si ayah harus segera melaksanakannya:
”Dia menjawab: ”Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (AsShaffat: 102)
Perhatikan pula jawapan si anak. Dia mengetahui dirinya akan disembelih sebagai pelaksanaan perintah Tuhan. Namun dia menenangkan hati ayahnya bahawa dirinya akan bersabar. Itulah puncak dari kesabaran. Barangkali si anak akan merasa berat untuk disembelih sebagai pelaksanaan perintah Allah S.W.T. Tetapi Nabi Ibrahim A.S merasa tenang ketika mendapati anaknya rela dan menunjukkan kecintaan kepada Allah S.W.T.
Kita tidak mengetahui perasaan sesungguhnya Nabi Ibrahim A.S ketika mendapati anaknya menunjukkan kesabaran yang luar biasa. Allah S.W.T menceritakan kepada kita bahawa Ismail A.S tertidur di atas tanah dan mukanya tersembam di atas tanah sebagai bentuk hormat kepada Nabi Ibrahim A.S supaya apabila dia menyembelihnya Ismail A.S tidak melihatnya, atau sebaliknya. Kemudian Nabi Ibrahim A.S mengangkat pisaunya sebagai melaksanakan perintah Allah S.W.T:
”Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya).” (As-Shaffat: 103)
Al-Quran menggunakan ungkapan tersebut ketika keduanya menyerahkan diri terhadap perintah Allah Ini adalah wujud Islam yang hakiki. Hendaklah memberikan segalanya untuk Islam sehingga tiada suatu pun yang tersisa. Pada saat pisau tajam sedia untuk digunakan sebagai perintah dari Allah S.W.T, Allah S.W.T memanggil Ibrahim A.S. Selesailah ujian dan Allah S.W.T menggantikan Ismail A.S dengan seekor haiwan qurban yang besar.
Peristiwa tersebut kemudian diperingati sebagai hari raya oleh umat Islam, bagi mengingatkan tentang Islam hakiki yang dibawa dan diamalkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Ismail A.S.
Nabi Ibrahim A.S meninggalkan anaknya dan kembali berdakwah di bumi Allah S.W.T. Dia berhijrah dari tanah Kaldanin, tempat kelahirannya di Iraq dan melalui Jordan lalu tinggal di negeri Kan’an. Tatkala berdakwah, dia tidak lupa bertanya tentang kisah Lut A.S, orang pertama yang beriman kepadanya. Allah S.W.T telah memberinya pahala dan mengutusnya sebagai Nabi kepada kaum yang menentang kebenaran.
Nabi Ibrahim A.S duduk di kediamannya dan memikirkan tentang anaknya Ismail A.S serta kisah mimpinya dan tentang tebusan dari Allah S.W.T berupa haiwan qurban yang besar. Hatinya penuh dengan gelora cinta. Nabi Ibrahim A.S tidak mampu menghitung pujian yang harus ditujukan kepada Allah S.W.T. Air matanya berlinangan sebagai bukti rasa terima kasih dan syukur kepada Allah S.W.t. Nabi Ibrahim A.s
mengenang Ismail A.S dan mulai rindu kepadanya.
Dalam keadaan itu, turunlah malaikat Jibril A.S, Israfil A.S dan Mikail A.S ke bumi. Mereka wujud menjadi manusia yang tampan bagi melaksanakan tugas khusus Mereka berjalan di hadapan Nabi Ibrahim A.S dan menyampaikan berita gembira kepadanya. Mereka akan mengunjungi kaum Nabi Lut A.S dan memberi hukuman atas kejahatan kaumnya.
Melihat wajah-wajah yang bersinar itu, Nabi Ibrahim A.S tercengang dan mengangkat kepalanya. Nabi Ibrahim A.S tidak mengenali mereka. Mereka terlebih dahulu mengucapkan salam dan Nabi Ibrahim A.S membalas ucapan salam mereka. Nabi Ibrahim A.S bangkit dari tempatnya dan menyambut mereka lalu mempersilakan mereka masuk ke dalam rumahnya. Nabi Ibrahim A.S mengira bahawa mereka adalah tetamu asing. Nabi Ibrahim A.S mempersilakan mereka duduk dan kemudian meminta izin kepada mereka untuk beredar seketika. Sarah, isterinya, bangun ketika Nabi Ibrahim A.S masuk menemuinya. Waktu itu Sarah sudah tua dan rambutnya mulai memutih.
Nabi Ibrahim berkata kepada isterinya: ”Aku dikunjungi oleh tiga orang asing.”
”Siapakah mereka?” soal Sarah.
”Aku tidak kenal mereka. Sungguh wajah mereka sangat aneh. Tidak ragu lagi. mereka pasti datang dari tempat yang jauh, tetapi pakaian mereka tidak menunjukkan mereka berasal dari daerah yang jauh. Apakah ada makanan yang dapat kita berikan kepada mereka?” ujar Nabi Ibrahim A.S.
”Ada sedikit daging sapi (lembu),” jawab Sarah.
Nabi Ibrahim^ berkata: ”Kalau begitu, kita sembelih seekor sapi yang gemuk. Mereka adalah tetamu istimewa. Mereka tidak memiliki haiwan tunggangan atau makanan. Barangkali mereka lapar, atau mereka orang-orang yang tidak mampu.”
Nabi Ibrahim A.S memilih seekor sapi besar dan disembelih serta menyebut nama Allah ketika menyembelihnya. Kemudian disiapkanlah makanan. Setelah siap, Nabi Ibrahim A.S memanggil tetamunya untuk makan. Isterinya membantu melayani mereka dengan penuh hormat. Nabi Ibrahim A.S menyebut nama Allah S.W.T, kemudian dia mula makan dan menjemput mereka makan.
Nabi Ibrahim A.S adalah orang yang sangat dermawan dan mengetahui bahawa Allah S.W.T pasti membalas orang-orang yang dermawan. Di rumahnya tiada haiwan selain sapi itu, tetapi kerana sifat pemurahnya, dihidangkan sapi itu untuk tetamunya. Nabi Ibrahim A.S memerhatikan tetamunya, namun tidak seorang pun menghulurkan tangan.
Nabi Ibrahim A.S mendekatkan makanan itu kepada mereka sambil berkata: Mengapa kalian tidak makan?”
Setelah makan, Nabi Ibrahim kembali ke tempatnya sambil mencuri pandang. Namun para tetamunya masih tidak makan. Waktu itu Nabi Ibrahim A.S mula merasa takut.
Dalam tradisi kaumnya diyakini bahawa tetamu yang enggan makan hidangan yang disajikan oleh tuan rumah, bererti ada berniat jahat pada tuan rumah. Nabi Ibrahim A.S berfikir dengan penuh kehairanan melihat sikap tetamunya.
bagaimana tetamu itu secara mendadak menemuinya.
Dia tidak pernah melihat mereka sebelumnya kecuali setelah berada di hadapannya. Mereka tidak memiliki binatang tunggangan yang menghantar mereka. Mereka juga tidak membawa bekalan. Wajah-wajah mereka sangat aneh baginya. Mereka adalah para musafir, tetapi anehnya tiada bekas debu perjalanan. Kemudian apabila diajak makan, lalu mereka duduk tetapi mereka tidak makan sedikit pun. Maka bertambahlah ketakutan Nabi Ibrahim A.S.
Beliau mengangkat pandangannya. Kelihatan isterinya, Sarah berdiri di hujung bilik. Melalui pandangan, Nabi Ibrahim A.S ingin mengatakan bahawa dia merasa takut terhadap tetamunya, namun Sarah tidak memahaminya. Nabi Ibrahim A.S berfikir bahawa tiga orang tetamu itu masih muda, manakala dia sudah tua.
Para malaikat itu dapat membaca fikiran yang bergolak dalam diri Nabi Ibrahim A.S. Salah seorang malaikat berkata kepadanya: ”Janganlah engkau takut.”
Nabi Ibrahim A.S mengangkat kepalanya dan dengan penuh kejujuran berkata: Aku mengakui bahawa aku merasa takut. Aku telah menyambut kedatangan dan mengajak kalian makan, tetapi kalian enggan makan. Apakah kalian mempunyai niat buruk kepadaku?”
Salah seorang malaikat tersenyum dan berkata: ”Kami tidak makan, wahai Ibrahim A.S kerana kami adalah para malaikat Allah S.W.T dan kami telah diutus kepada kaum Lut A.S.”
Mendengar semua itu, isteri Nabi Ibrahim A.S tersenyum. Dia berdiri mengikuti percakapan antara suaminya dan para malaikat. Salah seorang malaikat menoleh kepadanya dan memberi khabar gembira dari Allah S.W.T tentang kelahiran Ishak A.S. Wanita tua itu dengan penuh kehairanan berkata:
”Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sangat tua pula?” (Hud: 72)
Dan salah seorang malaikat berkata kepadanya:
”Dan sesudah Ishak (lahirpula) Ya’qub. ” (Hud: 71)
Bergolaklah pelbagai perasaan dalam hati Nabi Ibrahim A.S dan Sarah. Suasana pun berubah dan hilanglah rasa takut, sebaliknya hati mereka dipenuhi dengan kegembiraan. Sarah yang mandul berdiri dalam keadaan gementar, kerana berita gembira yang dibawa oleh para malaikat itu cukup menggoncangkan jiwanya. Dia adalah wanita tua dan mandul. Suaminya juga lelaki tua. Maka bagaimana mungkin dapat melahirkan anak.
Di tengah berita yang cukup menggemparkan itu, Nabi Ibrahim A.S bertanya:
”Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut. maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini?” (Al-Hijr: 54)
Para malaikat menegaskan padanya bahawa mereka membawa berita gembira yang penuh dengan kebenaran.
”Mereka menjawab: ”Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.” (AlHijr: 55)
”Ibrahim berkata: ”Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.” (Al-Hijr: 56)
Para malaikat tidak memahami perasaan kemanusiaannya. Maka mereka melarangnya agar jangan sampai berputus asa. Nabi Ibrahim A.S menjelaskan bahawa dia tidak berputus asa tetapi sekadar menunjukkan kehairanan dan kegembiraan.
Kemudian isteri Nabi Ibrahim A.S turut serta dalam perbualan bersama mereka. Dia bertanya dengan penuh kehairanan: ”Apakah aku akan melahirkan anak sedangkan aku wanita yang sudah tua. Sungguh, hal ini sangat menghairankan.”
”Para malaikat itu berkata: ”Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul-bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah.” (Hud: 73)
Berita gembira itu sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan Nabi Ibrahim A.S dan isterinya. Dia tidak mempunyai anak kecuali Ismail A.S yang tinggal di tempat jauh di jazirah Arab. Selama puluhan tahun bersama isteri pertamanya, Sarah namun tidak mempunyai anak. Sarah sendiri menikahkan Nabi Ibrahim A.S dengan Hajar. Maka dari perut Hajar lahirlah Ismail A.S, manakala Sarah tidak memiliki anak. Oleh kerana itu, Sarah amat inginkan anak.
Para malaikat menyatakan bahawa sesungguhnya itu terjadi dengan kehendak Allah S.W.T. Demikianlah yang ditakdirkan-Nya buat Sarah dan suami. Dalam usia tua, Sarah mendapat khabar gembira bahawa dia akan melahirkan seorang anak. Malah para malaikat juga menyampaikan berita kepadanya bahawa anaknya nanti akan mempunyai anak (cucunya) dan dia pun akan menyaksikannya.
Wanita itu telah bersabar menanti kelahiran anaknya dalam tempoh cukup lama sehingga dia memasuki usia senja. Lalu datanglah rahmat Allah S.W.T dengan tibatiba dan menghapuskan semua derita. Air matanya berlinang kerana terlalu gembira. Sementara itu Nabi Ibrahim A.S merasa hatinya dipenuhi dengan kasih sayang. Dia mengetahui bahawa dirinya berada dalam nikmat yang dia sendiri tidak tahu bagaimana harus mensyukurinya.
Nabi Ibrahim A.S segera sujud. Ketika itu kelihatan anaknya Ismail, berada agak jauh darinya. Ismail A.S ada di sana atas perintah Allah S.W.T. Allah S.W.T juga telah memerintahkan Ibrahim A.S untuk membawa Ismail A.S bersama ibunya, Hajar lalu meninggalkan mereka di suatu lembah yang tidak memiliki tumbuhan dan air. Demikianlah perintah itu, tanpa ada keterangan yang lain. Nabi Ibrahim A.S melaksanakan perintah tersebut dengan tulus. Dia hanya berdakwah dan menyembah Allah S.W.T. Lantas Allah S.W.T memberi khabar gembira ketika dia sampai usia tua, dengan kelahiran Ishak A.S dari isterinya Sarah. Setelah kelahiran itu, disusuli pula dengan kelahiran Ya’kub A.S.
Nabi Ibrahim A.S bangun dari sujud lalu pandangannya tertumpu kepada makanan. Dia merasa tidak mampu lagi untuk makan kerana terlalu gembira. Dia menyuruh supaya makanan diangkat lalu menoleh kepada para malaikat. Hilanglah rasa takut Nabi Ibrahim A.S dan hatinya menjadi tenang.
Kemudian, Nabi Ibrahim A.S mengetahui maksud pengutusan para malaikat kepada Nabi Lut A.S dan kaumnya. Ini bererti akan terjadi suatu hukuman yang mengerikan. Sifat Nabi Ibrahim A.s yang penyayang dan lembut menjadikannya tidak mampu menahan sedih melihat kehancuran suatu kaum. Barangkali kaum Nabi Lut A.S akan bertaubat dan beriman serta mentaati perintah Rasul mereka, fikirnya.
Nabi Ibrahim A.S mulai berhujah kepada para malaikat tentang kaum Lut A.S. Dia menyatakan bahawa boleh jadi mereka akan beriman dan keluar dari kesesatan. Namun para malaikat menegaskan bahawa kaum Lut A.S adalah orang-orang jahat dan tugas mereka adalah mengirim batu-batuan panas dari sisi Tuhan bagi orangorang yang melampaui batas.
Nabi Ibrahim A.S kembali berbicara tentang orang-orang mukmin dari kaum Lut A.S. Dia bertanya kepada malaikat: ”Apakah kalian akan menghancurkan suatu desa yang di dalamnya terdapat tiga ratus orang mukmin?”
Para malaikat menjawab: ”Tidak!”
Nabi Ibrahim A.S mengurangkan jumlah orang-orang mukmin dan bertanya lagi: ”Apakah desa itu akan dihancurkan sementara masih ada sejumlah orang-orang mukmin ini.”
Para malaikat menjawab: ”Kami lebih mengetahui siapa orang-orang yang ada di dalamnya.”
Kemudian malaikat menjelaskan bahawa perkara tersebut telah ditetapkan. Allah S.W.T telah menetapkan bagi kehancuran kaum Nabi Lut A.S dan perintah-Nya untuk mendatangkan azab tidak dapat ditolak.
Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran, yang bermaksud:
”Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira. Mereka mengucapkan: ”Salamun!”(selamatlah), maka tidak lama kemudian Ibrahim menghidangkan daging anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: ”Janganlah kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Lut.” Dan isterinya berdiri (di balik tirai) lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya khabar gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya’kub. Isterinya berkata: ”Sungguh menghairankan, apakah aku akan ’nelahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh.” Para malaikat itu berkata: ”Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlul-bait! Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Terpuji! Maka tatkala rasa takut itu hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Lut. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat Jitolak.” (Hud: 69-76)
Pemyataan malaikat itu sebagai isyarat untuk mengakhiri keraguan. Nabi Ibrahim A.S pun terdiam. Dia sesungguhnya dapat meyakini betapa setiap kejadian itu adalah di atas Qudrat dan Iradat Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.
Sabtu, 26 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan