Tips Memilih dan Membeli Laptop
Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang
bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu
dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah
apa-apa. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter
kedai komputer.
Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kena lah membeli laptop yang
betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu. Tak gitu?
Artikel ini ditulis bagi membolehkan anda mempunyai sedikit idea tentang
tips memilih dan membeli laptop
. Saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis
laptop.
1. Model laptop
alienware, alienware notebook, alienware laptop, gaming laptop, coolest laptop, gaming notebook
Laptop ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer, Compaq/HP,
Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling ramai
orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna.
Rajin2kan diri berkunjung ke kedai komputer berhampiran atau jika tinggal area KL
boleh berkunjung ke plaza lowyat untuk survey model2 laptop yang sedang laris di
pasaran. Atau anda boleh membuat survey secara online dengan berkunjung ke
blog
dan forum komputer untuk mendapatkan senarai harga dan juga membaca reviu dari pengguna.
Saya cadangkan beberapa link di bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai
laptop.
-
Lowyat.net (check bahagian pricelist)
-
Lowyat.net (Mobile Computing)
-
Lowyat.net (Notebook Garage Sales)
-
PC Depot (pricelist)
Masa pc fair juga banyak jenis model laptop akan dijual dengan harga yang lebih murah
dari biasanya. Oleh itu, jika ada masa anda boleh berkunjung juga ke pc fair untuk
membuat survey laptop.
2. Spesifikasi Laptop
Untuk apa anda gunakan laptop? Sekadar kerja menaip, surfing, dengar lagu dll? Atau
untuk kerja berat seperti
photoshop
dan 3d gaming? Anda perlu memilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan tahap penggunaan
laptop anda. Jika sekadar untuk kerja pejabat tidak perlulah membeli laptop dengan
processor dan graphic yang canggih dan mahal. Cukuplah sekadar menggunakan low end
to mid end laptop sahaja.
a. Processor
intel core i7, i7, core i7, intel chip, microchip, microprocessor
Contoh processor ialah – Intel Core 2 Duo Processor T6400 (2mb L2 Cache, 2.00 GHZ,
800 MHZ FSB) dan AMD Turion X2 Dual-Core Mobile Processor RM-75).
Apa yang penting ialah clock speed dan jumlah l2 cache. Secara teorinya, processor
dual core 2.20GHZ sudah tentu lebih laju dari processor dual core 1.9GHZ. Jika anda
perlukan processor yang laju sekurang2nya pilih processor dengan clock speed 2.00GHZ
ke atas.
Processor intel ada beberapa jenis, antara Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2
Solo, Core 2 Quad, Core i7 dll. Jika menggunakan laptop untuk tujuan kasual memadailah
dengan memilih processor pentium dual core dan core 2 duo. Manakala core 2 quad dan
core i7 pula sangat mahal dan biasanya pengguna kasual tidak memerlukannya, melainkan
hardcore gamers dan geng2 developer.
Kelebihan memilih processor jenis AMD Turion X2 pula ialah harga jauh lebih murah
dan biasanya ada onboard ATI Radeon graphics. Sesuai untuk gamers. Kebanyakan laptop
menggunakan processor intel lebih mahal dan biasanya mempunyai graphic intel graphics
media accelerator (GMA).
b. Ram – random access memory
Ram laptop model sekarang biasanya mempunyai ram sekurang2nya 1 gig atau 2gig. Contoh,
compaq presario cq20-317tu mempunyai system memory 2048MB (800MHZ) ddr2/max 4gig.
Mempunyai kapasiti ram yang lebih tinggi sememangnya lebih baik kerana ia menjamin
kelajuan laptop dan laptop juga akan menjadi lebih “responsive”.
Windows
XP – sekurangnya2 anda perlu ada ram 1 gig ke atas
Windows Vista – sekurangnya anda perlu ada ram 2gig ke atas
Windows Seven – sekurangnya anda perlu ada ram 1 gig ke atas
Kebanyakan laptop anda boleh free upgrade kepada kapasiti tertentu contohnya 3gig
ddr2 800mhz dan juga 4gig ddr 800mhz. Atau jika tiada free upgrade, anda boleh beli
laptop ram dan pasang sendiri di laptop anda. Ram 1gig anda boleh dapat dalam lingkungan
rm60+- dan ram 2gig anda boleh dapat dalam rm100+-.
c. Graphics
Kebanyakan laptop mempunyai chip intel graphics media accelerator (gma) dan sesetengah
laptop mempunyai chip Nvidia dan ATI. Laptop dengan chip Nvidia dan ATI biasanya
digunakan untuk tujuan gaming dan mempunyai harga lebih mahal dari laptop dengan
chip graphic intel.
Sekiranya anda pengguna kasual anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan
laptop dengan chip Nvidia/ATI. Ini kerana laptop dengan chip intel graphics sudah
lebih daripada cukup untuk kegunaan kasual anda. Dengan intel graphics model baru
anda sudah mampu menonton video HD dan bermain game2 pc juga.
Sekiranya anda kurang pasti dengan kemampuan chip graphic laptop anda boleh google,
contohnya – ATI Radeon HD 3540 gaming performance, Intel GMA 4500M HD benchmark,
Nvidia Geforce 9600M vs ATI Radeon HD dll.
d. Lain2 spesifikasi teknikal
Hard disk, Sound, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak
mempengaruhi performance sesebuah laptop. Untuk mengetahui kualiti sound misalnya,
minta tokey kedai untuk membuat demo kepada anda terlebih dahulu barulah anda dapat
tahu tahap kebagusan sound sesebuah laptop itu.
Biasanya laptop mempunyai hard disk 160gig, 250gig dan 320 gig. Jika anda rasa space
tidak cukup anda boleh beli notebook hard disk atau beli usb external hard disk.
Bateri laptop juga mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika
inginkan bateri yang tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell.
e. Sistem Operasi / Operating System (OS)
windows 7 activation, windows 7 crack, windows 7, windows 7 ultimate, windows 7 wallpaper, windows 7 oem, windows 7 screenshot,
Jika anda tengok laptop itu mempunyai freedos, itu bermaksud laptop itu tidak mempunyai
sebarang sistem operasi. Anda boleh install sendiri windows xp atau vista. Sesetengah
laptop juga dijual dengan OS
linux
seperti Ubuntu dan Linpus.
Laptop model baru biasanya mempunyai sistem operasi Windows Vista. Windows XP pula
jarang digunakan oleh OEM sekarang. Jika ingin membeli laptop dengan OS Vista, jangan
lupa tanya pada tokey kedai, ada tak free upgrade kepada windows seven. Kalau ada
free upgrade kepada windows seven itu sangat bagus lah, tak perlu susah2 anda beli
dvd baru untuk upgrade nanti.
Jangan lupa tanya tokey ada tak cd
driver
untuk laptop anda, nanti senang hendak format tak perlu lah anda cari secara manual.
3. Warranty
Biasanya laptop ada 2 jenis warranty iaitu International Warranties dan Local Warranties.
Tempoh warranty pula biasanya 1 tahun sahaja. Kalau boleh anda cuba dapatkan warranty
yang lebih lama sehingga 2 atau 3 tahun dengan cara free upgrade atau bayar lebih
harga laptop.
Warranty penting, kerana jika ada apa2 berlaku pada laptop anda bolehlah anda hantar
repair atau tukar baru secara percuma. Manalah tahu, tengah minum kopi sambil menulis
blog tiba2 tertumpah air kopi ke atas laptop dan laptop tiba2 tak hidup terus. Untungnya
kalau laptop anda ada warranty masa tu kan?
4. Notebook vs Netbook
acer, acer notebook, acer laptop, komputer acer, acer computer, acer komputer
Acer Notebook
acer, acer notebook, acer laptop, komputer acer, acer computer, acer komputer, acer netbook, netbook acer
Acer Netbook
Notebook ialah nama lain bagi laptop. Komputer riba yang biasa anda gunakan itu ialah
notebook, dan anda tidak boleh confius dengan netbook.
Netbook ialah laptop mini dan keupayaannya cukup untuk anda melayari
internet
, mendengar lagu, kerja2 microsoft
office
dll. Netbook mempunyai saiz lcd yang kecil, kebiasaannya menggunakan processor intel
atom.
Kebaikan menggunakan netbook ialah ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja serta mempunyai
ketahanan bateri yang lebih berbanding laptop biasa. Akan tetapi, disebabkan netbook
biasanya mempunyai processor dan kapasiti ram yang rendah maka ianya tidak mampu
digunakan untuk membuat multi-tasking dan kerja2 berat.
Antara model netbook popular ialah Asus Eeepc, Acer Aspire One dll. Harga netbook
biasanya antara rm1000-rm2000 bergantung kepada spesifikasi.
5. Model laptop pilihan
Compaq Presario CQ40-504AU, compaq cq-40, compaq laptop, compaq notebook, compaq netbook
Compaq Presario CQ40-504AU
– RM 1899
AMD Turion 64X2 Dual-core RM-75,
freedos,
2048mb 800MHz ddr2 ram, 250GB hard disk, 14” widescreen,
Ati Radeon HD 3200 graphics,
DVD-RW Double Layer,
Integrated Webcam,
Wireless 802.11 b/g
dell inspiron 14. dell notebook, dell laptop, dell netbook
Dell Inspiron 14 – RM2399
Intel Core 2 Duo Processor T6500 (2.10GHZ)
Genuine Vista Home Premium
3GB DDR2 SDRAM
14.0” HD LED Display
Intel GMA 4500HD
1 Year limited
hardware
warranty
Acer Aspire 4535-751G25MN, acer 4535, acer timeline, acer malaysia, acer laptop, acer netbook
Acer Aspire 4535-751G25MN – RM1799
AMD Turion X2 RM-75 (2.20GHZ 1MB l2 Cache)
1 Gig RAM (Max 4gig)
ATI Radeon HD 3200 Graphics 256MB
14” LED Display
250GB Sata HDD
1 Year limited warranty (can add 2nd and 3rd Years local warranty)
Toshiba Satellite L510 – S431, toshiba laptop, toshiba notebook, toshiba netbook
Toshiba Satellite L510 – S431 – RM2499
Intel Core 2 Duo T6500 (2.1GHZ, 2MB l2 Cache)
2GB DDR2 RAM, 320GB Sata HDD
Intel GMA 4500M HD – up to 829MB
Genuine Vista Home Premium SP2
1 Year limited warranty
ASUS k40AB, asus laptop, asus notebook, asus netbook
ASUS k40AB – RM2XXX
AMD Athon64 X2 QL64 2.1GHz 1MB total L2 cache
OS: Red Flag Linux (optional Windows Vista)
2GB DDR2-667 stock, up to 4GB
ATI Mobility Radeon™ HD4570 with 512MB DDR2 VRAM 680Mhz core 500MHz memory with onboard
HD 3200 via PowerXpress
Chipset: AMD 780G northbridge + SB700 southbridge
Display: 14” HD LED-backlit LCD 1366×768 resolution
Hard Disk Drive: 250GB Hitachi SATA 5400rpm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan