Sabtu, 29 Ogos 2009

KIRA BORONG SAJA LA!

Pagi ni awal-awal lagi aku dah buka komputer, entah macam mana terbuka pula Utusan Malaysia Online; satu suratkhabar yang paling aku benci ... Apa pun bukan salah ibu mengandung tapi salah anak yang dikandung sebab tak ikut ajaran yang betul dalam dunia kewartawanan. Buka punya buka, kisah hangat dalam politik Malaysia. Kisah ni kisah panas, mendidih dan ibarat orang sedang memasak, wapnya meluwap-luwap. Kisah ni kisah orang buang orang dari kumpulan orang pandai-pandai dan orang ada kuasa tinggi la.

Tak lama dulu suratkhabar ni kata bulan dah terbelah, bukan kerana jari nabi, sebab mu'jizat tu anya berlaku 1400 tahun lebih yang lalu, tapi terbelah kerana ada dua puak bijak pandai dalam lingkungan bulan iaitu puak nak puasa tengok anak bulan dengan puak nak raya guna kira-kira. Macam-macam dicanang, kononnya satu pihak kata bulan nak kawan dengan keris dan satu lagi kata bulan tak boleh kawan dengan keris.

Dalam hikayat lain pula, roket patah sayap nak pergi bulan sebab bulan ditutup awan. Lagi pun kan bulan dah pecah dua, kalau roket terus nak pergi bulan, buatnya dia lalu celah-celah bulan yang pecah tu, nanti telajak dan roket sampai ke mana pulak? Silap-silap roket meletup sebab lepas bulan ada matahari yang panas tu. Roket ada sayap ke?

Tersebut juga alkisah bulan sabit pun buat hal, macam-macamlah dia buat, itu ini, itu ini, bulan dan roket pun pening kepala. Inilah kerja Utusan Malaysia.

Tup, tup penuh dalam Utusan Online hari ni parti kawan keris buang orang dia, orang nombor dua pula tu. haa! macam-macamlah komen. Kawan pada kawan keris pula, kerislah tu, baru tenggelam dalam pasir 4551 kaki ke dalam, nak mati la tu. Kawan pada kawan keris yang satu lagi nak buat pemilihan, bising macam cara dialaaah, tunggu je la keputusan.

Kira-kira kita tangkap borong saja la, 2113 roket bawa bulan sabit pergi nbulan dan cahaya bulan terang di bumi Malaysia. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Tiada ulasan: