Hari ini kita telah berada pada hari kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setelah setahun kita meninggalkan atau ditinggalkan oleh Ramadhan, kini Allah memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan1430 dengan keazaman untuk mendapat yang terbaik pada Ramadhan kali ini, kerana mungkin Ramadhan lalu telah kita persiakan tanpa atau dengan sedar. Bagi muslim/mukmin, Ramadhan adalah sesuatu yang terlalu berharga dan tidak akan mungkin dapat dinilai dengan apa yang ada di dunia ini dan kehadiran Ramadhan akan dinanti dengan air mata gembira dan kesyukuran.
Sesungguhnya, Bulan Rejab telah disabdakan Rasulullah sebagai bulan Allah, Bulan Sya'ban pula adalah bulanku (yakni nulan Nabi Muhammad SAW) sedang bulan ini Yakni Ramadhan adalah bulan umatku (bulan umat Nabiu Muhammad SAW). Begitulah mulianya umat Muhammad SAW di sisi Allah SWT sehingga menganugerahkan kita hadiah yang begitu berharga dan teramat bernilai dan amat rugilah kepada mereka yang dengan sengaja membiarkan bulan ini berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang pengisian.
Kita pasti menemui dan melihat apa yang ada pada bulan Ramadhan di negara kita. Persiapan orang Melayu dalam menghadapi bulan mulia ini memang menakjubkan. Masuk sahaja bulan Rejab, kita pasti akan mendapati cerita-cerita persiapan Syawal. Kebanyakan dari kita akan dihulurkan sampel-sampel kuih hari raya yang berbagai. Gedung-gedung perniagaan pula begitu ghairah membuat pelbagai promosi hari raya. Pesta hari raya telah dirasai pada bulan Rejab lagi sedang suasana Ramadhan tidak begitu terasa hingglah ke hari melihat anak bulan. Nampak juga keadaan seolah-olah mesyarakat begitu tak kisah dengan kehadiran Ramadhan.
Di hari-hari Ramadhan pula, kita dapati keadaan berpesta makanan pula berlaku. Apabila petang, pergi sahaja ke mana-mana di negara ini, kita akan dapati bazar Ramadhan begitu banyak sekali. Di bazar ini kedapatan pelbagai juadah untuk berbuka puasa dan hari raya, kuih raya, baju raya dan pelbagai raya lagi. Bila direnung keadaan ini, di manakah letaknya keindahan Ramadhan yang sebenar?
Memanglah kita disuruh bekerja seperti biasa pada bulan Ramadhan ini sekali pun kita berpuasa tetapi apakah suasana yang ada di bazar tersebut benar-benar boleh membuat kita tenang dalam menjalani ibadah puasa? Sudahlah kita berhadapan dengan pelbagai juadah, kita juga dihidangkan dengan pemandangan indah (yang haram) dan bukankah keadaan ini boleh mencacatkan puasa kita yang telah kita lakukan sejak awal pagi. Seharian kita berlapar dahaga dan menahan dari melakukan segala perkara yang membatalkan puasa, tiba-tiba apabila sampai ke penghujungnya kita merosakkan amalan puasa kita begitu saja. Bukankah di hujung puasa Allah amat menanti doa kita dan doa dihujung puasa akan dimakbulkan oleh Allah kerana waktu hampir berbuka adalah antara waktu-waktu yang baik untuk berdoa?
Persoalannya, sampai bila kita harus berada dalam suasana yang begini? Ramadhan datang dan Ramadhan pergi, namun akhlak kita masih tetap tidak berubah dalam memanfaatkan kelebihan Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah. 11 bulan kita mengisinya dengan keperluan dunia, apakah Ramadhan dengan iblis dirantai, kita jadikan medan mengumpul dunia juga. Kalau begitu siapalah kita sebenarnya di sisi Allah?
Ahad, 23 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan