BEKU SIASAT ORANG POLITIK: CARI UNTUNG POLITIK?
Tindakaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan siasatan terhadap kes-kes yang melibatkan orang politik adalah amat tidak wajar dan BEGITU mendukacitakan. Sebagai sebuah badan atau institusi yang begitu penting dalam pembinaan sebuah negara seperti Malaysia, tindakan ini boleh menjatuhkan maruah kita pada kaca mata antara bangsa. Sebenarnya orang politiklah yang paling terdedah dengan aktiviti-aktiviti rasuah dan oleh kerana orang politik mempunyai kuasa yang cukup besar maka aktiviti rasuahnya juga cukup besar. Lantaran itu SPRm amat diperlukan dalam membenteras rasuah yang sememangnya cukup jijik dan membahayakan negara.
Namun begitu seperti ada yang tidak kena dalam keputusan yang dibuat oleh SPRM ini. Jika difikirkan secara waras dan dengan pertimbangan ikhlas sebagai rakyat yang mana anggota SPRM juga merupakan rakyat Malaysia, keputusan ini amat ganjil sekali.. Anggota-anggota SPRM sudah tentu terdiri dari kalangan yang mempunyai profesionalisma yagn tinggi dan berdasarkan etika dan profesionalisma mereka, tindakan seperti ini tidak akan diambil melainkan ada agenda lain di sebaliknya..
Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat oleh pegawai berkenaan dalam SPRM, beberapa kenyataan media telah dibuat oleh beberapa menteri dan juga timbalan perdana menteri. Yang jelas saya telah berkesempatan mendengar kenyataan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin, Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Nazri dan timmbalan perdana menteri sendiri. Bila dirujuk kepada kenyataan-kenyataan mereka kita akan dapati kenyataan mereka lebih bersifat kenyataan politik yang memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka begitu menyalahkan parti-parti pembangkang (dalam konteks Malaysia) seolah-olah tindak tanduk parti pembangkanglah yang membuatkan SPRM bertindak sedemikian. Bukankah ini menunjukkan tindakan SPRM lebih didorong oleh kerja-kerja politik yang mana lebih bertujuan untuk menjatuhkan pandangan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat. Mungkin juga tindakan ini lebih bertujuan untuk mereka berhadapan dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.
SPRM yang merupakan sebuah badan bebas dalam menangani persoalan rasuah seharusnya terlepas dan bebas dalam erti kata yang merujuk kepada undang-undang mengenai mereka dan juga perlembagaan Malaysia. kita amat yakin, sekiranya badan ini diberi peluang untuk bertugas dalam bidang kuasanya tanpa ada ganguan-gangguan luar, SPRM mampu menunjukkan taringnya yang sebenar. Mereka memang mempunyai anggota yang cekap dan kepakaran yang mencukupi serta peruntukan undang-undang yang jelas dalam menjalankan tugasan mereka kepada majikan mereka yang sebenar iaitu rakyat Malaysia. Tidak ada sebab sama sekali untuk mengumumkan pengumuman yang begitu mengecewakan ini.
Di pihak SPRM, rakyat memerlukan anda bukan sahaja kelihatan dan dilihat bersih serta bebas tetapi membuktikan dengan pasti bahawa anda benar-benar bersih dan bebas dari mana--mana kuasa di balik tabir. Selagi mana keadaan ini tidak dapat dilakukan rasanya agak sukar untuk rakyat menerima yang SPRM itu benar-benar bebas. Rakyat amat mengharap yang terbaik dari anda dan di bahu anda terpikulnya beban dan tanggung jawab untuk membebaskan rasuah di negara tercinta ini. Semoga pengumuman untuk membekukan siasatan terhadap orang politik dan kes-kes politik ini ditarik balik.
Di satu pihak lagi yang cuba menggunakan SPRM untuk mencari keuntungan politik, anda mungkin tersilap kerana cara anda adalah cara yang tidak boleh diterima oleh rakyat sama sekali. Rakyat hari ini adalah rakyat yang mampu menilai dan membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan mereka sendiri.
Kepada rakyat marilah sama-sama kita dengan kuasa yang ada pada kita, kita kembalikan dan pertingkatkan kewibaan SPRM dengan menolak mereka yagn menggunakan SPRM sebagai alat mencari keuntungan politik murahan. Satu undi adalah penentu survival kita bersama.
Isnin, 17 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan