Khamis, 20 Ogos 2009

SHAHDU RAMADHAN

Malam ini lebih kurang 8.25 malam, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu telah mengisytiharkan bahawa tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Ogos, 2009.

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa" Al-Baqarah 183.

Saya bersama keluarga dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan marilah kita mengejar kelebihan-kelebihan Ramadhan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi ramadhan terbaik untuk kita berbanding Ramadhan sebelumnya. Matlamat kita adalah untuk mendapat rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka dan apabila tibanya Syawal nanti kita akan menjadi hamba yang benar-benar dalam keadaan fitrah.

Selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini.

Tiada ulasan: