Pagi ini aku tidak pergi ke pejabat kerana isteri dan anak-anakku minta aku bercuti untuk meraikan hari jadi bapanya. Setelah solat subuh aku mendengar tajuk-tajuk berita dalam surat khabar yang dibacakan oleh TV 3 (Tv Tipu, Tv temberang dan TV Tutup kebenaran). Aku memang menyaangka yang tajuk-tajuk utamanya adalah berkenaan demonstrasi hari Sabtu lalu. Bila sangkaan ku benar maknanya demontrasi itu memang ada kesannya cuma bagi orang yang kemaruk kuasa mereka tidak menunjukkan kegusaran mereka terhadap apa yang berlaku. Sebaliknya mereka telah membuat pelbagai kenyataan-kenyataan yang negatif terhadap demontrasi dan pendemonstran.
Antara yang biasa disebut dan diulang-ulang adalah demonstrasi-demonstrasi seperti itu akan menyebabkan pelabur akan berfikir dua kali untuk datang ke Malaysia. Demonstrasi seperti itu hanya mencacatkan jenama Malaysia kononnya. Persoalannya, berapa pelabur yang lari dari Korea Selatan, Thai Land, Amerika Syarikat, Britain, Prancis dan banyak negara lagi? Para pelabur yang datang membawa pelaburan bukan hanya menilai banyaknya demonstrasi itu sebagai kayu ukur untuk membuat keputusan. Apakah mungkin pelabur akan datang melabur sekiranya sesebuah negara tidak ada demonstrasi tetapi kerajaannya menyalahgunakan kuasa, rasuah, kadar jenayah tinggi dan berbagai masalah lagi. Kadang-kadang para pelabur mungkin boleh menerima demonstrasi sebagai yang menjadi nilai tambah kepada keputusan pelaburan mereka kerana dengan adanya demonstrasi maka mereka melihat bahawa rakyat negara tersebut mengamalkan chek and ballence terhadap kerajaan mereka.
BUDAYA LUAR
Demonstrasi dikatakan bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia adalah merupakan budaya luar. Kalau berdemonstrasi merupakan budaya luar maka apakah pilihanraya itu merupakan budaya tempatan? Apakah politik wang, zalim kepada tahanan ISA, menangani demonstrasi dengan keganasan, merampas kerajaan dengan cara yang hina, menghina ulama, mengagungkan artis berlebih-lebihan, pendedahan aurat di sana sini, membina kemewahan ketika berkuasa, mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dan entah berapa banyak lagi yang boleh disebut yang menjadi amalan rakyat Malaysia adalah merupakan budaya Malaysia? Andai inilah yang diakui sama ada secara sedar atau tidak sedar maka aku amat bimbang akan keputusan Allah.
Bagi mereka yang membela ISA cukuplah keadaan ini dibayangkan:
1. Apa perasaan kita sebagai suami kalau dituduh ada hubungan dengan perempuan lain dan isteri kita tidak memberi peluang untuk membela diri? Begitu juga sebaliknya kalau isteri dtuduh curang oleh suami dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
2. Majikan kita menuduh dan memecat kita kerana telah melanggar disiplin pejabat tanpa diberitahu secara jelas apa kesalahan kita dan tidak ada langsung peluang untuk membela diri.
3. Secara tiba-tiba kita dipukul oleh orang yang tidak kita kenali.
Tiga keadaan dtu adalah contoh kecil kecewanya kita kalau ia berlaku pada diri kita. Maka cubalah kita bayangkan apa yang akan dirasai oleh tahanan ISA dan keluarga mereka bila mereka ditahan tanpa ada peluang untuk dibicarakan.
Apa pun sedang aku menaip posting ini tiba-tiba aku terdengar berita tentang PM yang berkata dia akan mengeratkan lagi hubungannya dengan TPM. Ini mesti ada apa-apa? kalau tak ada orang tak kan pokok bergoyang
Isnin, 3 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan