H1N1
Angka semakin meningkat, tak ada tanda pun nak kurang. Selak surat khabar, dengar radio, tonton tv, buka berita internet; H1N1 makin naik. Apa yang berlaku adalah semata-mata pertambahan bukan pengurangan. Malah di Pulau Pinang dikatakan oleh menteri kesihatan 5 juta akan dijangkiti H1N1 di Malaysia. Kempen di media macam bersungguh-sungguh tapi hasilnya "rakyat seolah-olah tak memandang serius dalam berhadapan dengan H1N1". Rakyat juga yang salah.
Penyakit influenza A H1N1 ini merupakan sejenis penyakit yang berjangkit kononnya dari selsema babi. Maknanya babi yang selsema tapi manusia yang demam dan mati. Islam telah mengharamkan babi dari menjadi bahan makanan manusia tapi manusia yang degil masih nak makan juga. Sekarang babi yang selsema tu dah bersin di Maxico jangkitannya merebak ki seluruh dunia. Itulah kuasa dari yang paling berkuasa.
Hari jumaat baru ni, pihak masjid tempat aku solat Jumaat telah membuat pengumuman yang solat hajat akan diadakan selepas solat jumaat untuk memohon perlindungan dan pertolongan Allah dalam menghadapi wabak seperti ini. Malangnya ramai juga manusia yang merasa dirinya handal tidak bersama-sama memohon dari Allah untuk mendapat perlindunganNya. Ya, mungkin sibuk kerana kerja selepas solat jumaat telah menunggu. Kan Allah berfirman yang maksudnya lebih kuran "bertibaranlah kamu di mukabumi untuk mencari rezeki" tapi bukankah kalau kita meminta tanda kita memerlukan dan adat orang memerlukan dia akan merayu. Adat orang merayu pula dia merintih hingga menangis atau setidak-tidaknya meratap keadaan dan mengadu pada pihak yang boleh menolong. Kalau kita tak nak merayu, merintih dan memohon maknanya kita tidak memerlukan dan kalau kita tidak memerlukan maknanya kita sempurna dan kalau kita sempurna maknanya kita hebat dan dengan kehebatan itu kita jadi sombong. Kalau kita dah sombong maknanya kita merampas hak Allah kerana Allah yang berhak untuk sombong kerana Dialah yang memiliki segala kesempurnaan. Jadi, kalau kita tak nak minta maka kalau Allah tak nak beri pertolonganNya maknanya kitalah yang sebenarnya zalim pada diri kita sendiri. Oleh itu, kalau 5 juta jadi kenyataan itu adalah akibat kesombongan kita.
Persoalannya pihak yang nak anjur solat hajat yakni kerajaan nak kempen solat hajat malu-malu, gah lagi kempen jualan mega dan kempen 1 Malaysia. Jangan 1 Malaysia kena selsema babi sudah lah.
Sedang seronok menaip posting ini dengarlah MB Perak marah pada orang yang letak tahi pada kerusi timbalan speaker merangkap ADUN Jelapang. "Kurang ajar, biadab", itulah perkataan yang terhambur dari mulut Zamri Mamak tu. Dia tak sedar bila dia kata macam tu dia sedang menepuk air ke mukanya sendiri. Agaknya masa dia tengok air yang jernih, dia ternampak mukanya, tu yang buat dia tepuk air tu. Hai! melalut pula pula saya ni, dari selsema babi pergi ke perangai buruk MB haram Perak.
Dah lah aku nak berhenti.
Kata Nabil "lu fikirlah sendiri!"
Ahad, 16 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan