TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA
Hari ini 1 Malaysia menjadi saksi bagaimana jahanamnya "1 Malaysia" laungan Najib selama ini. Slogan laungan Najib itu hari ini terkubur dengan ratusan orang ditahan di Kuala Lumpur. "Kuasa didahulukan, keganasan diutamakan" menjadi amalan dan jumlah penangkapan yang begitu ramai dan keganasan yang melampau adalah pencapaian KPI Hishamuddin.
Kepada rakyat Malaysia tahniah diucapkan. Anda adalah wira sebenar dalam mempertahankan keadilan dan kebenaran. Anda kental jiwa, kuat semangat dan benar-benar menyayangi Malaysia tercinta kerana anda tidak mengharapkan apa-apa imbuhan dari penyertaan anda dalam perhimpunan ini. Apa yang anda harapkan hanya keadilan dan terkuburnya kezaliman.
Kepada GMI diucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan perhimpunan ini dengan jayanya dan yang paling penting telah menyediakan platform untuk rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap akta zalim ini. Terima kasih rakyat Malaysia, terima kasih GMI.
Kini, tugas menanti di Permatang Pasir. Jadikan kejayaan himpunan hari ini sebagai membakar semangat untuk menghilangkan deposit UMNO dan BN di Permatang Pasir.
Selamat Berjuang.
Sabtu, 1 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan