Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor P94 telah pun hampir ke garis permulaannya. Para peserta yang dikatakan akan mewakili pasukan masing-masing telah pun berada di balapan, di garis permulaan dengan starter blok masing-masing, hanya menunggu pelepas melepaskan tembakan yang dijadualkan 17 April kira-kira jam 11.30 pagi. Apa pun bahangnya telah pun amat dirasai oleh bukan sahaja penduduk di Hulu Selangor malah di seluruh negara.
Barisan Nasional telah pun mengumumkan calonnya semalam dan P Kamalanathan telah terpilih untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Pakatan Rakyat pula telah meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan membawa cabaran untuk berdepan dengan BN. Sebaik saja kedua-pihak telah mengenal pasti siapa lawan masing-masing maka kini bermulanya pertarungan sebenar antara BN dan PR.Namun begitu, terdapat khabar yang mengatakan akan ada calon bebas yang akan menyerahkan borang pencalonan esok dan jika ini berlaku maka tak dapatlah kita melihat pertandingan satu lawan satu. Walau pun mungkin kehadiran calon bebas tidak begitu mewarnai suasana pilihanraya itu tetapi sekurang-kurangnya ia akan menjejaskan jumlah undi yang mungkin boleh diterima oleh calon BN dan PR. harap-harap janganlah jadi macam bukit Selambau.
Melihat kepada proses mengemukakan calon ini, kita dapati dua keadaan yang berbeza antara PR dengan BN. Pakatan Rakyat kelihatannya tidak banyak menghadapi masalah untuk mencalonkan Datuk Zaid. Nama beliau telah disebut-sebut dari awal lagi dan sehingga pengumuman rasmi dibuat tidak terdengar kenyataan-kenyataan tidak berpuashati dari kalangan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mahu pun komponen Pakatan Rakyat yang lain. Komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat nampaknya begitu menghormati dan memahami sesama mereka akan statusqo yang ada dan langsung tidak mempersoalkannya. Mereka juga tidak mencampuri urusan parti yang berhak untuk mengemukakan calon dan menerima hakikat bahawa penentuan adalah hak mutlak parti berkenaan.
Sebaik saja nama Datuk Zaid diumum, respon yang diterima amat membanggakan. kesemua kepimpinan parti dalam pakatan Rakyat menunjukkan rasa gembira dan puas hati mereka. Di peringkat ahli dan penyokong pun nampaknya amat berpuas hati dan ada yang meluahkan kegembiraan mereka di ddalam blog dan perbualan sesama rakan masing-masing. Di khabarkan juga, UMNO mendapat tempiasan kesan dari pencalonan Datuk Zaid sehingga UMNO Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar.
Berbeza pula dengan Barisan Nasional. Kelihatannya mereka menghadapi masalah yang amat tenat dan sukar untuk diselesaikan walau pun mereka seolah telah mencapai kompromi semalam. Suasana yang ada tidak begitu memperlihatkan behawa pergelotan mereka telah benar-benar selesai. Ia bermula sebaik Yang Berhormat Datuk Zainal meninggalkan kita. MIC seolah tidak langsung memiliki kesabaran dengan gelohohnya tanpa menunggu lama telah menyatakan keinginan untuk bertandin di kerusi tersebut dan secara terang-terang ingin meletakkan timbalan presidennya sebagai calon. Tak lama itu tatkala Parti Keadilan masih belum bercakap soal calon kerana menghormati pemergian Allahyarham Datuk Zainal, UMNO Hulu Selangor pula menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan kerusi tersebut dengan mempromosi Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai bakal calon. Mereka menganggap bahawa kejayaan Barisan Nasional di Bagan Pinang akan dapat diulangi sekiranya kaedah yang sama diguna di Hulu Selangor dengan menurunkan Tan Sri Mad Taib. Tindakan UMNO Hulu Selangor ini ibarat menjolok sarang tebuan. MIC yang sejak kekalahan dalam pilihanraya umum ke-12 lalu telah berada umppama melukut ditepi gantang dalam Barasan Nasional, sebenarnya sedang menunggu peluang untuk mengembalikan maruah yang tercalar oleh kerana perangai pemimpin-pemimpin UMNO. Walau pun MIC agak lembut dalam menghadapi kegetiran dalam BN sepanjang tempoh paling menyakitkan ini, tidak seperti GERAKAN yang begitu lantang menyalahkan UMNO, tetapi ahli dan pemimpin MIC juga punya perasaan. Mereka juga punya maruah yang mesti dipertahankan. Mereka sudah tentu tidak rela dianggap sebagai tebu yang telah hilang manis dan sepahnya hendak dibuang. Ketika mereka mampu memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional selama 50 tahun mereka disanjung dan dipuji tetapi bila mereka kalah teruk mereka langsung tidak mendapat belas kasihan dari UMNO. Kemuncak dari semua itu adalah apabila Najib sanggup melancarkan parti baru iaitu parti Makkal Sakthi (yang kini hidup segan mati tak mahu). Bayangkanlah apa perasaan kita kalau kita telah berbudi dengan kawan kita tiba-tiba kawan kita mencari kawan baru setelah kita pula berada dalam keadaan susah dan tenat.
Sesungguhnya, adanya pilihanraya kecil di hulu Selangor telah dapat dihidu peluangnya oleh Datuk Sri Samy yang cukup berpengalaman dalam sepak terajang politik. Inilah masanya untuk beliau mengembalikan maruah MIC dan sebab itulah beliau awal-awal lagi dalam keadaan seolah-olah orang gelojoh menyatakan yang MIC akan bertanding dalam kawasan Hulu Selangor ini. UMNO yang tidak bijak membaca politik Samy Velu ini telah melatah dan itulah yang diambil kesempatan oleh MIC untuk mencapai hasrat dan sekaligus mengembalikan maruahmya. Maka berlakulah pergelotan politik sesama komponen BN untuk merebut kerusi di Hulu Selangor itu.
Pergelotan yang berlaku itu bukan mudah untuk diselesaikan. Di peringkat awal, kedua-kedua pihak nampak begitu keras dengan keinginan masing-masing yang kemudiannya membawa kepada pertikaian dalam media dan akhirnya sampai ke tahap ugutan untuk memulau dan memcat. Di tahap ini, timbullah calon yang dosokong atau direstui oleh Samy Velu dan calon mIC yang disokong dan direstui oleh UMNO. Nama Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sudah tenggelam dalam pergelotan itu. Di tahap ini nampaknya UMNO telah pun kalah. Setelah bergelot dan bergelot akhirnya lahirlah apa yang diumumkan semalam dengan UMNO mengatakan itu adalah satu keputusan menang-menang. Hakikatnya, UMNO tidak mendapat apa-apa pun dalam pergelotan itu sebaliknya Datuk Sri Samy telah menggunakan segala pengalaman politiknya untuk menewaskan Tan Sri Muhyiddin. Dalam erti kata mudah MIc menang 5-0.
1. Calon BN dari MIC.
2. Timbalan Presiden Mic akan jadi senator.
3. Dia juga dijanjikan timbalan menteri.
4. Dia mendapat jaminan akan mendapat kerusi selamat untuk ditandingi (kerusi siapa yang akan jadi korban; sekali lagi kerusi UMNO).
5. Di sini Najib boleh mengukur sejauh mana kemampuan Muhyiddin dan buat Najib “tepuk dada tanya selera”.
Akhirnya, UMNO terus menggigit jari kerana tak dapat bertanding di Hulu Selangor dan insya Allah mereka akan terus gigit jari pada 25 April ini. Hakikatnya di pihak MIC pun bukan semua berpuas hati dengan pencalonan P Kamalanathan ini dan ini mungkin akan menimblkan protes dalaman ketika menjelang hari kempen secara rasmi esok. Samy Velu dikatakan mungkin tidak cukup masa untuk memujuk ahli-ahli MIC dalm keadaan ini.
Jadi, buat Pakatan Rakyat, eksploytasikanlah semua peluang ini untuk mencapai kemenangan minggu ddepan. Pastikan kemenangan ini bukan untuk Pakatan Rakyat semata-mata tetapi yang lebih penting kemenangan yang akan ditempa kelak adalah kemenangan yang kebaikan dan keuntungannya akan kembali kepada rakyat Hulu Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Selamat berjuang. Reformasi! eformasi! reformasi!. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan