Jumaat, 5 Februari 2010

BILA TIUB BERBUNYI TIIIIIIIIIISSSSSSSSSSSS

Bagi sebuah kereta, walau berapa pun harganya, walau apa pun jenamanya, kereta tidak akan berfungsi sebagai sebuah kereta seandainya ada komponen-komponennya yang tidak berfungsi dengan sempurna. Salah satu komponen terpenting dalam sebuah kereta dan kereta tidak akan boleh bergerak seandainya tidak ada komponen ini adalah “roda”.

Dalam sebuah roda yang diperbuat daripada getah dan besi kita akan mendapati empat komponen terpenting iaitu tayar, tiub, angin dan rim. Dalam zaman ini sejajar dengan perkembangan teknologi dan citarasa penggemar kereta, roda ini akan diukir dengan pelbagai rekaan menepati kehendak cita rasa dan minat penggemar kereta.

Biar cantik mana sebuah kereta dan gah mana pun jenama dan rekaan roda yang digunakan oleh pemilik kereta, ada satu komponen yang tidak kelihatan pada mata tapi amat penting peranannya. Ia ada lah tiub dan angin. Apabila tiub dimasukkan ke dalam tayar yang kemudiannya diikat kepadan rim, maka perkara yagn harus dilakukan setrusnya adalah memasukkan angin ke dalam tiub. Ketika angin dimasukkan maka kita akan mendengar bunyi “tis, tis, tis, tis, tis, tis” sehinggalah angin penuh dalam tiub. Dengan komponen jitu dan sepadu tayar, tiub, angin dan rim maka bergerraklah kereta membawa penumpangnya ke mana sehaja mengikut kehendak pemandu dan penumpangnya.

Sepanjang perjalanan “kereta” ini, pemandu akan memberhentikan kereta di tempat mengisi angin bagi menstabilkan tekanan angin agar kereta sentiasa berada dalam keadaan baik untuk menjalankan peranannya untuk membawa pemandu dan penumpangnya ke mana-mana destinasi yang mereka kehendaki. Tapi malang, entah di mana silapnya, entah apa yang difikir oleh pemandu kereata yang diamanahkan oleh penumpang ketika berbincang untuk memilih pemandu, pemandu telah membuat kerja gila dengan menekan punat pada roda sehingga kedengaran bunyi tiiiiiisssssss yang berpanjangan sehingga tis itu berhenti dengan sendiri. Apabila berhenti bunyi tis maka habislah angin dalam tiub.

Dalam keadaan tiub kehabisan angin, nampaknya kereta itu masih terus hendak dipandu. Pemandu pula cuba menyembunyikan kepada kita, penumpang bahawa tayar telah kehabisan angin. Sebenarnya andai kereta ini terus berjalan rim akan rosak dan kereta akan jahanam.

Buat teman-teman cari kereta itu dan tolong kita sama-sama baiki keadaan kereta itu dan kalau perlu buang pemandu buanglah. Buat pemandu kereta kalau nak mati biarlah pemandu mati sendiri, jangan ajak penumpang mati bersama.

Tiada ulasan: