Setelah dua hari bercuti ditambah dengan satu hari bersempena hari Mauludul Rasul, nampaknya berarak tak berarak dalam “sambutan” atau “keraian” majlis Mauludul Rasul masih menjadi perbincangan di dalam akhbar yang mendakwa akhbar itu adalah akhbar arus perdana. Hari ini tersiar dalam akhbar yang semua orang tahu namanya itu berkenaan khutbah Jumaat seorang ahli parlimen yang tiba-tiba mendapat liputan meluas dalam dada akhbar dan siaran tv. Pemimpin Islam jadi balaci Tak sangka pula khutbah Y.B ini boleh disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Sebenarnya, bukan senang seorang Y.B dari Pakatan Rakyat (ikut istilah UMNO dan BN pembangkang) mendapat liputan yang begitu sekali, khutbah pula tu. Jangankan khutbah Tok Guru Nik Aziz atau Khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Hutbah rasmi negara di masjid negara pun tak pernah disiarkan dalam akhbar tersebut. Maknanya Y.B ni, (sebut je lah) Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru lebih hebat dari para ulama yang ada di Malaysia ini sehingga khutbahnya perlu disiarbaca oleh seluruh rakyat Malaysia.
Isu perarakan Mauludul Rasul yang menjadi perbahasan sekarang telah menjadi begitu penting dalam sambutan Mauludul Rasul tahun ini. Pembatalan perarakan (memang tiada pembatalan pun) telah membuat Orang Melayu dikejutkan dari lamunan dan mimpi lantas bingkas bangun mempertahankan tradisi dan syiar Islam. Ketua Menteri Pulau Pinang dianggap tidak memahami tradisi Orang Melayu dan Islam. Perjuangan itu pula mendapat sokongan dan dukungan dari seorang mufti yang tersohor di antero dunia (UMNO je lah) dan beliaulah yang menyebut soal kefahaman tradisi Orang Melayu tanpa mengemukakan sepotong nas pun. Kita harus berbangga kerana kegagalan mufti tersebut bercakap secara ilmiah Islam dalam memnbicarakan isu perarakan ini.
Apa pun, Y.B ini cukup hebat sehingga memanggil pemimpin Islam yang setuju dengan pembatalan perarakan itu sebagai “balaci” dan “bajingan”. Saya memang faham dengan perkataan “balaci” tapi masih tak merasa apa kerana yang menyebutnya juga balaci tetapi “bajingan” amat menyakitkan hati saya. Saya orang jawa dan cukup tahu dengan perkataan “bajingan” yang dari perkataan jawa ini. Siapakah kamu untuk meletakkan orang lain balaci atau bajingan. Apakah kamu itu sendiri bukan “bajingan” kepada pihak tertentu sehingga sanggup menjual muka dingan harga sekeping suratkhabar. Bukankah kamu dalam kuliah-kuliah kamu pernah mengatakan bahawa orang berarak dalam Mauludul Rasul sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Kenapa bila ada tindakan (yang bukan tindakan) dari Kerajaan Pulau Pinang) tiba-tiba anda menuduh pemimpin Islam yang menyokong sebagai balaci dan bajingan.
Satu lagi, Zulkifli Nordin boleh menggunakan perkataan seumpama itu dan sanggup disiarkan oleh akhbar, Cuba bayangkan seandainya Zulkifli Nordin menggunakan perkataan yang sama dengan suara sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, dengan menyebut “bajingan” atau “balaci” kepada pemimpin UMNO pastinya akhbar tersebut akan membuat ulasan yang menarik seperti sebulum-sebelumnya sebagaimana yang dilakukan terhadap pemimpin PAS dan PKR apabila menggunakan istilah yang agak tidak sesuai bagi Utusan Malaysia. Kadang-kadang pemimpin UMNO pun tak ambil kisah sangat dengan istilah-istilah ini tapi Utusanlah lebih sudu dari kuah. Jadi, bila Zulkifli Nordin boleh dapat tinta emas di Utusan Malaysia maka sebenarnya kita tahu siapalah yang sebenarnya balaci dan bajingan.
Sifat seekor bajing, dia akan melompat dari satu dahan ke satu dahan dan bajin Kulim Bandar Baru ini takut untuk melompat kerana belum disuruh melompat. Bila balaci disuruh lompat baru dia akan melompat macam “bajing”. Bajing adalah perkataan jawa yang bermakna tupai dalam bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan