Ahad, 7 Februari 2010

BILA ZAHID HAMIDI BERCAKAP

Setiap manusia dibekalkan oleh penciptanya suatu perasaan yang cukup halus, seni, lembut dan mudah tersentuh bila sesuatu berlaku kepada diri atau yang ada kena-mengena dengan diri, keluarga, bangsa atau negaranya. Sejahat mana pun manusia itu, apabila mendapat tahu yang keluarga atau bangsa atau negaranya, hatinya pasti akan tersentuh dan kadang-kadang mungkin sampai ke tahap menitiskan air mata. Itulah kelebihan dan keistimewaan seorang manusia dan perasaan sayan terhadap sesuatu itulah juga yang membuat hidup kita terasa bermakna.

Seandainya hidup ini tidak mempunyai perasaan kasih sayag dan cinta kepada sesuatu pastinya hidup ini merasa kosong dan tidak bererti. Islam juga datang ke dunia ini adalah untuk memupuk perasaan kasih sayang sesama manusia dan bukan itu saja; malah lebih dari itu; perasaan kasih sayang itu dikembangkan kepada binatang, tumbuhan dan seluruh alam.

Allah sendiri mengajar kita dengan lafaz "dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" pada setiap perkara yang hendak kita lakukan agar ianya dimulai dengan lafaz kasih sayang itu. Ini menunjukkan betapa perasaan kasih sayang adalah anugerah Allah kepada kita dan Allah sendiri adalah tuhan yang paling penyayang berbanding dengan semua makhlukNya kerana pada kasih sayang Allah itulah sebahagian kesempurnaan dari segala kesempurnaan yang ada padaNya sedang kita walau pun memiliki perasaan kasih sayang ia masih tidak sempurna.

Oleh yang emikian, perasaan sayang kepada bangsa adalah suatu perasaan yang fitrah kepada semua manusia. Oran Melayu akan kasih dan sayang kepada bangsanya. Orang Cina juga begitu dan orang India demikianlah juga keadaannya. Begitu juga fitrah Allah ini akan berlangsung pada bangsa-bangsa lain tanpa mengira mereka itu orang besar atau kecil, ahli politik atau koperat, artis atau ahli sukan, miskin atau kaya.

dalam mempertahankan bangsa ini manusia sering melakukan pelbagai tindakan yang kadang-kadang sampai ke tahap mengorbankan harta dan nyawa. Sejarah manusia dan perjuangan bangsa ini telah berlangsung sejak manusia mula wujud di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Kadang-kadang kerana mempertahankan bangsa, kebenaran dan keadilan sanggup diketepikan. Peperangan-peperangan yang berlaku di Yathrib sebelum penghijrahan Rasulullah, adalah sebahagian kecil dari pertarungan manusia untuk mempertahankan bangsa. Harta, darah dan nyawa seolah-olah begitu murah ketika itu, asalkan bangsa dapat dipertahankan.

Bangsa Melayu juga tidak terlepas dari keadaan yang begitu. Apabila Melayu bertahun-tahun dijajah oleh bangsa Eropah dan Jepun serta Siam, anak-anak bangsa Melayu juga turut bangkit menentang penjajahan demi mempertahankan kemuliaan dan jati diri bangsa Melayu. Ketika itu umat Melayu rasa maruahnya tercabar, harga dirinya diperkotak-katikkan oleh bangsa-bangsa lain. Lantas lahirlah pemimpin Melayu yang memimpin gerakan mempertahankan Bangsa Melayu sehingga akhirnya mencapai kemerdekaan.

Kini, setelah 50 tahun merdeka, Bangsa Melayu sekali lagi dikatakan sedang dihina, diabai dan ditindas oleh bangsa lain. Natijahnya, berlakulah pelbagai bantahan di sana sini dalam tanah air menuntut agar hak Melayu dikembalikan. Slogan-slogan "jangan hina Melayu", "jangan cabar Melayu", "sabar Melayu ada batasnya" dan berbagai lagi terdengar di mana-mana.

Terbaru, himpunan sedemikian berlaku di Pulau Pinang pada jumaat 5 Februari 2010 dengan tuduhan kerajaan Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat yang kebetulannya berketua menterikan seorang dari bangsa Cina telah mengabaikan orang Melayu.

Yang menjadi persoalan, Apakah semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang benar-benar terbela? Apakah ketika itu Pulau Pinang benar-benar di bawah pemerintahan Orang Melayu? Adakah Koh Soo Koon orang Melayu? Kenapa mereka yang berdemonstrasi Jumaat lalu tidak pernah sekali mengangkat sepanduk ketika Barisan Nasional memerintah dulu?

Apa pun yang dikata tentang perhimpunan bantahan Jumaat lalu yang kononnya untuk mempertahankan Bangsa Melayu; hari ini Naip Presiden UMNO yang paling berkuasa kerana mendapat undi tertinggi ketika pemilihan UMNO Mac 2009 lalu iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh BERNAMA TV dalam siaran berita pukul 1.00 tengah hari tadi yang mana beliau telah berkata bahawa keadaan itu memang telah diketahui dan dia berharap agar perkara yang sama berlaku di negeri-negeri lain yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO memang bermain dengan api perkauman dan apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah cubaan-cubaan untuk menyalakan api perkauman. Kenyataan itu juga menunjukkan bahawa perkara sedemikian akan mungkin berlaku di negeri-nejeri lain di bawah Pakatan Rakyat atau sememangnya telah berlaku seperti di Selangor dengan pelbagai peristiwa termasuk mengarak kepala lembu, membakar gereja dan melontar kepala babi ke dalam masjid.

Sesungguhnya perasaan cintakan bangsa yang sebiginilah, perasaan ingin mempertahankan bangsa sebiginilah yang mendapat tentangan dari Rasulullah dan Rasulullah SAW tidak mengaku golongan berkenaan sebagai umatnya.

Tiada ulasan: