Jumaat, 26 Februari 2010

KELAHIRAN RASULULLAH : SAMBUTAN ATAU ANUTAN

1431 dicampur dengan lima puluh tahun yang lalu, ketika manusia berada dalam kegelapan hati dan nafsu menjadi sandaran dan matlamat diri sehingga zaman itu digelar sebagai zaman jahiliah, Pada 12 Rabiul-Awal, di satu pagi Ithnin yang indah lahirlah seorang putera yang hebat yang kemudiannya dinamakan Muhammad. Peristiwa ini walau pun secara biologinya sama seperti kelahiran-kelahiran lain dan bukan kelahiran yang luar biasa seperti Nabi Isa, Adam dan Hawa, tetapi kelahiran ini punya makna besar dalam tamadun manusia dan alam seluruhnya. Kelahiran ini merupakan kelahiran agung yang merubah seluruh kemusnahan dan kehancuran kehidupan kepada satu tamadun yang gemilang, hebat, agung, ulung dan sebenarnya tiada perkataan tepat untuk menggambarkan kelahiran putera ini. sebenarnya baginda membina segala legasinya berdasarkan aqidah tauhid, akhlak dan fitrah.

 

Beberapa peristiwa yang berlaku di Kota Mekah sebelum kelahiran Rasulullah pada tarikh ini mungkin merupakan tanda awal yang diberi Allah kepada manusia bahawa orang-orang yang ditunggu oleh kalangan ahli kitab akan muncul. Seumpama suatu pengajaran yang harus dicari oleh kita Umat Islam, dalam keadaan Mekah yang Ka’bah berada di dalamnya tiba-tiba diserang oleh satu ketumbukan tentera yang hebat diketuai oleh Abrahah. Sesungguhnya sesuatu peristiwa yang berlaku memang pasti ada tujuannya kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Kehadiran tentera Abrahah ini seolah-olah tidak mungkin akan dapat dihalan oleh penduduk Mekah. Keadaan ini jelas dapat diperhatikan apabila Abdul Mutalib pergi menemui Abrahah dan dia hanya meminta agar dipulangkan unta-unta mereka sahaja.

 

Abrahah menjadi kehairanan dengan sikap Abdul Mutalib kerana tenteranya datang untuk menghancurkan Ka’bah sedang penduduk Mekah hanya memikirkan soal unta mereka. Abdul Mutalib memaklumkan kepada Abrahah bahawa unta-unta itu adalah milik merreka sedang Ka’bah ada pemilikNya dan terpulanglah kepada tuanNya untuk menjaganya. Abrahah dengan rakus meneruskan hasratnya untuk menghancurkan ka’bah dan akhirnya ketentuan Allah pun datang dengan Ababil yang membawa batu-batu dari api neraka untuk menhancurkan Abrahah dan pasukannya. Pentingnya peristiwa ini sehingga tahun itu dinamakan “Tahun Gajah” dan pada tahun gajah inilah Muhammad SAW dilahirkan dan sering disebut bahawa Rasulullah lahir pada 12 Rabiul-Awal Tahun Gajah.

 

Di kalangan orang-orang Yahudi pula, seperti yang dinyatakan di atas memang amat ditunggu-tunggu. Perihal Ahmad (Muhammad) SAW ini telah diketahui oleh mereka melalui Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa lebih awal lagi. Betapa mereka ini cukup tahu akan kelahiran dan kehadirin Muhammad SAW sehingga dikatakan mereka mengenali Muhammad lebih dari anak mereka sendiri. Namun begitu mereka tidak pasti Muhammad ini akan lahir dari bangsa apa dan mereka begitu berharap agar baginda lahir dalam kalangan kaum mereka (Yahudi) tetapi Allah yang menjadi pemilik kepada segala-galanya dan mengatur kesumua urusan manusia telah melahirkan Muhammad dalam Bangsa Arab, satu bangsa yang telah rosak, punah dari segi budaya, sosial dan peradaban.

 

Di kalangan Bangsa Arab pula kaum Quraisy adalah kaum yang terpilih untuk lahirnya Rasulullah dan suku Bani Hasyim adalah suku yang memiliki Muhammad. Kelahiran baginda tanpa ayah itu telah disambut dengan begitu gembira oleh bapa saudaranya Abu Jahal. Beliau telah mengadakan sambutan yang begitu hebat dan meriah atas hari kelahirannya. Jamuan diadakan di Mekah bagi menyambut kelahiran baginda. Mekah seumpama berpesta dengan peristiwa kelahiran itu.

 

Perancangan Allah terus berjalan mengikut kehendakNya dan Muhammad kemudiannya mengalami pembesaran sebagai manusia dengan lindungan Allah. Di usia 40 tahun Muhammad telah menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’ (ayat 1-5: surah Al-Alaq) yang tak lama kemudian turun pula ayat-ayat dalam surah Al-Mudathir sebagai pengesahan yang baginda menerima tanggungjawab besar sebagai nabi dan rasul akhir zaman yang kemudian membina manusia atas dasar aqidah dan syari’ah.

 

Di sinilah juga bermulanya penentangan yang begitu hebat dari keluarganya, kaumnya dan bangsanya. Abu Jahal dan rakan-rakannya yang ketika lahirnya Muhammad yang menjadikan Mekah tempat pesta kini menjadi pemuka yang utama menentang Muhammad SAW. Begitu Muhammad SAW meneruskan langkahnya lantas begitulah juga Abu Jahal, Abu Lahab mengatur penentangan dan permusuhan. Namun, kebenaran adalah untuk semua dan ia milik Allah, maka akhirnya Islam menang dengan kegigihan Rasulullah, para sahabat dan pastinya semua adalah kehendakNya jua.

 

Melihat kepada semua di atas, hari ini kita akan melihat masyarakat Malaysia khususnya akan mengadakan, menganjurkan, meraikan dan menyambut kelahiran dengan nama maulidul rasul. Atur caranya bukan sekadar di peringkat surau atau masjid malah ia juga disambut hingga keperingkat kebangsaan. Untuk menunjukkan betapa masyarakat Melaysia benar-benar menghayati (mungkin) peristiwa kelahiran ini maka cuti umum diisytiharkan di seluruh negara pada 12 Rabiul-Awal pada tiap-tiap tahun.

 

Persoalan kini, apakah sambutan yang kita adakan ini seiringan dengan anutan kita terhadap ajaran Rasulullah melalui Al-Quran yang diwahyukan kepadanya dan hadith-hadith sabdaannya. Berbaloikah jumlah yang dikeluarkan untuk sambutan ini kalau kita hanya sekadar berarak, berselawat dan berkumpul di masjid-masjid dan surau-surau sedang maksiat begitu berleluasa di depan mata. Perintah-perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran bukan sekadar terabai dan tidak dilaksanakan, malah ianya kini telah menjadi modal dan perdeatan politik yang tidak berkesudahan.

 

Dalam soal solat dan aurat, bagaimana keadannya? Riba dan arak bagaimana suasananya Hiburan dan sukan apakah mengikut tenjuk ajar baginda. Hudud, apakah sikap kita? Kita sanggup berkelahi kerana perarakan sedang ia bukan pun wajib, sunat, harus, bahkan mungkin haram kalau salah pengendaliannya. Maulidul Rasul juga telah menjadi isu politik untuk mereka mempertahankan atau merebut kuasa yang telah hilang. Kalau inilah sikap kita, inilah penentangan kita, apa bezanya kita denganAbu Jahal, Abu Lahab dan orang-orang Yahudi? Jadi, dengan akal yang diberi Allah, mari kita sama-sama menilai dengan jujur apakah kita cinta kepada RasulullahSAW atau kkita hanya mempersenda Rasulullah.

 

Selamat memperingati  hari kelahiran Rasulullah dan harus diingat bahawa pada hari ini juga Rasullah wafat. Marilah kita banyakkan berselawat ke atas baginda.

Tiada ulasan: