Sewaktu saya bersekolah rendah dahulu, apabila ada pengawas atau ketua darjah yang melakukan kesilapan (bukan disiplin) yang agak tidak sesuai dilakukan oleh mereka, maka guru kami yang mengajar Bahasa Malaysia (sekarang Bahasa Melayu), guru Tata Rakyat (sekarang Siviks), Guru Tawarikh (sekarang sejarah) dan beberapa guru lain akan berkata kepada mereka sema ada dalam perhimpunan atau klas (bergantung kepada tahap atau jenis kesilapan) dengan kata-kata “kamu ni janganlah jadi ketam. Ketam suruh anak-anaknya jalan lurus tapi dia jalan bengkok.”
Sebaik sahaja perhimpunan atau nasihat seupama itu selesai diberi oleh guru kami dan guru kami berlalu dari perhimpunan atau klas, Kami akan memanggil pengawas atau ketua klas itu “ketam”. Namun begitu, gelaran itu tak lama kerana apabila ada pengawas atau ketua klas yang melakukan kesilapan baru maka gelaran “ketam” akan berpindah kepada pesilap yang baru pula. Kini, minggu ini, bukan hari ini, rupanya “ketam” yang saya kenal dari guru kami itu ada dalam Barisan Basional (BN), parti yang Ngsedang dalam perubahan atau telah berubah sekarang.
Sebaik sahaja berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 di mana ketika itu terpelantingnya Pak Lah dari jawatan Presiden UMNO dan kemudiannya Perdana Menteri Malaysia dan tertabal pula Presiden yang baru dan tak lama lepas itu menduduki kerusi tertinggi di Putrajaya, kita dapati juak-juak UMNO mengatakan bahawa UMNO sedang menuju kepada perubahan malah ada yang lebih berani dengan mengatakan bahawa yang UMNO telah berubah. Juak-juak umno ini sama ada yang dimodali oleh pemegang-pemegang saham seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian atau yang menggunakan keringat dan titik peluh rakyat seperti RTM telah berdendang di seluruh Negara akan perkembangan ini.
Kebetulan pula ketika itu, MCA, MIC, GERAKAN dan PPP sedang dilanda masalah yang seolah tidak berkesudahan. Mereka menghadapi krisis kepimpinan yang cukup teruk dalam sejarahnya. Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh juak-juak UMNO ini termasuk beberapa orang pemimpin UMNO dengan mencadangkan agar parti-parti komponen dalam BN mencontoi UMNO yang sedang dalam perubahan atau sedang berubah.
Tak cukup dengan itu, juak-juak ini mencadangkan agar UMNO melalui orang-orang tertingginya menjadi orang tengah dalam krisis MCA. Lebih hebat lagi mereka dikatakan menaja penubuhan parti baru Kaum India iaitu Makkal Sakthi.
Dalam keadaan mereka terus menjaja kehebatan UMNO, mereka juga secara tidak beretika telah menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan bermasalah. Perselisihan pandangan dan pendapat antara komponen pakatan dan perselisihan dalaman parti-parti dalam pakatan itu digunakan semahu-mahunya untuk menjatuhkan imej PR dan parti-parti gabungannya.
Apa yang terjadi, saya, akibat hati terluka dengan gelagat juak-juak dan pemimpin UMNO ini memang sering mendoakan agar Allah memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan UMNO. Rasanya bukan saya seorang yang berbuat demikian kerana biar pedih mana pun hati kami tidak ada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan melainkan kepada Allah S.W.T. Mungkin ini adalah hasil dari doa-doa kami yang daif ini.
Tiba-tiba dalam satu mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO, terpacul satu usul agar ketuanya meletakkan jawatan. Usul itu dikatakan datang dari salah seorang exconya iaitu Mohd Hishamuddin Yahaya yang dilaporkan membentangkan beberapa bukti menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak
berminat untuk membantu parti dan kerajaan bagi menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.
Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan
Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.
Sungguh pun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan
semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.
Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa
itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan
Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.
Kita sering mendengar kata-kata “pemuda harapan bangsa”. Golongan pemuda adalah golongan yang belum mempunyai benyak kepentingan. Dengan kurangnya kepentingan ini mereka biasa akan mampu meletakkan kepentingan Parti jauh lebih tinggi berbanding dengan orang-orang yang lebih senior kerana golongan senior ini telah mempunyai komitmen, kuasa dan pengaruh. Seharusnya golongan muda inilah yang akan jadi pengimbang dalam proses “chek and ballence” terhadap perjalanan parti.
Namun malanglah bagi UMNO kalau apa yang terjadi ini gagal diselesaikan. Ia akan menggambarkan kalau pemuda pun bermasalah dalam organasisasi, maknanya yang tua pasti lebih teruk lagi.
Buat Khairi, Ketua Pemuda UMNO, anda jangan mengalah kerana kalau anda tidak mengalah tentu perpecahan akan lebih teruk lagi. Sekarang ini di peringkat bahagian pemuda dan cawangan pemuda, anggotanya tentu sedang berkira-kira laba yang akan mereka perolehi dengan krisis ini.
Insya Allah, Hasil dari kezaliman kamu terhadap Orang Melayu dan Umat Islam, kini kamu sedang menuai hasilnya. Kami memang berhasrat sangat agar UMNO menjadi bahan sejarah di dalam muzium hati rakyat Malaysia.
Ahad, 31 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan