Sabtu, 30 Januari 2010

AKAL YANG DITUNDUKKAN NAFSU

Perbezaan antara manusia dan haiwan memang cukup jelas. Sebenarnya atas perbezaan itulah maka manusia debebankan dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi dengan peranannya sebagai khalifah. Allah telah menyediakan kepada manusia prasarana yang cukup untuk manusia menjalankan peranannya sebagai khalifah agar dengan peranan yang dimainkan itu akan membuatkan bumi dan isinya yang terdiri dari manusia dan lain-lain komponen seperti tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan apa sahaja akan mengecapi erti kemakmuran, keamanan, kebahagiaan dan ketenangan.

Tugas ini memang berat dan tidak dipikul oleh anggota bumi yang lain seperti bukit-bukau dan gunung-ganang yang fizikalnya kelihatan gagah dan kukuh sebaliknya dipikul oleh manusia yang fizikalnya cukup kecil dan lemah. Lemah tubuh manusia ini cukup dengan sebatang rotan untuk menyakitkannya. Namun, presarana yang Allah sediakan telah cukup sempurna untuk manusia menguasai selurah muka bumi.

Apa pun, alanhkah sedihnya bila manusia sudah tidak meletakkan dirinya hebat lagi bila sanggup mengenepikan segala keistimewaan yang dianugerahkan oleh Penciptanya hanya kerana mempertahankan sedikit kepentingan yang tak kekal. Manusia yang dilengkapi dengan akal fikiran, hati dan jiwa, perasaan dan emosi nampaknya tidak berguna kerana segalanya telah dikuasai nafsu serakah yang tidak berkesudahan. Kebenaran sudah tidak lagi menjadi pertimbangan akal, hati dan jiwa tetapi usaha menidakkan kebenaranlah yang dicari dengan cuba menundukkan akal, hati dan jiwa itu kepada nafsu.

Setelah mengikuti penjelasan yang diberikan oleh bekas Pengerusi PETRONAS Yang Berhormat Mulia Tengku Razaligh Hamzah mengenai royalty minyak bagi Negeri Kelantan, pihak kerajan pusat atau lebih tepat lagi UMNO nampaknya masih cuba menundukkan akal dan jiwa ke bawan nafsu mereka. Akal diguna untuk menjalankan usaha agar dapat dicari alas an untuk membenarkan tindakan nafsu. Walau apa pun, apabila kebenaran telah datang, ia akan tetap dapat mengatasi kesombongan nafsu.

Menurut kata seorang yang mungkin bergelar pakar undang-undang, Isu royalty minyak Kelantan ini tidak akan selesai melalui ceramah tetapi mestilah deselesaikan melalui mahkamah. Mereka tidak perlu mengupah orang untuk datang ke stadium. Begitu sekali penghinaan yang dilakukan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, Warisan dan (entah apa lagilah, Pangjang sangat Pot-foleo dia) Datuk Sri Utama Rais Yatim terhadap orang Kelantan dan Rakyat Malaysia. Apakah saya perlu mengulas kenyataan lepasan doctor Falsafah undang-undang ini? Atau pendahuluan saya sudah cukup sebagai ulasan terhadap orang seperti itu. Sesungguhnya beliau adalah gambaran yang boleh difikirkan berdasarkan pendahuluan saya itu.

Persoalan, Apakah kerajaan Negeri Kelantan menuntut sesuatu yang bukan haknya. Apakah sebelum ini Kerajaan negeri Kelantan membuat perjanjian dengan orang munafik? Atau memang UMNO dilahirkan untuk memungkiri janji kepada siapa sahaja yang berjanji dengannya atau wakil-wakilnya? Apakah sukar untuk memahami butir-butir perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sehingga Kerajaan Kelantan tidak tahu apa yang dibuat. Adakah KULI menandatangani perjanian kosong dengan Syed Nasir ketika itu sehingga Kerajaan Kelantan hari ini dikatakan cuba mempolitikkan isu royalty ini? Atau sebenarnya Rais dan UMNO adalah manusia yang hanya tahu merampas harta orang untuk perut sendiri. Yang pasti KULI punya prinsip untuk bertanggungjawab terhadap rakyat, diri, negeri dan Allah.

Kesimpulan, Rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya masih punya maruah dan harga diri. Kami bukan pengemis dalam tanah air kami. Kami menuntut hak kami yang kamu setuju melalui perjanjian yang kamu tandatangani dulu. Kalau betul Kelantan tak ada hak dengan royalty, kenapa bagi wang ehsan. Kami dari negeri lain pun nak wang ehsan itu. Tolong jangan tipu kami, dan kami bukan bodoh seperti yang kamyu sangkakan.

Tiada ulasan: