"Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu."
MEngambil semangat ayat tuan dalam baris terakhir posting berkenaan "gelagat gila dalam parlimen" ini, saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kecewa
saya terhadap sikap Orang Melayu hari ini.Selama ini saya tidak berkesempatan untuk mengikuti rancangan Aduan Rakyat tetapi entah macam mana semalam lebih kurang jam sembilan lebih sedikit saya
membuka siaran tv3 dan terpampang di skrinnya rancangan yang mencerita keadaan kubur yang tidak terurus di Sungai tua berkedudukan di jalan utama ke Ulu
Yam. Berdasarkan laporan tersebut, keadaan kubur itu amat menyedihkan sehingga ia dikatakan tidak lagi selamat untuk diziarahi dan sudah tidak berupa kubur
lagi.Laporan itu juga menyatakan bahawa pihak Majlis Perbadanan Selayaang tidak lagi menyelenggara kubur kubur lagi dan 16 kubur yang telah tidak diselenggara
lagi.Menurut pegawai Jabatan Agama islam Selangor yang dihubungi pula menyatakan sekiranya pihak Majlis Perbadanan Selayang tidak lagi menyelenggara kubur tersebut
maka tugas tersebut harus diambil alih oleh pihak masjid yang berkenaan.Setelah mengikuti laporan tersebut, saya berfikir sendiri kenapa perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam seperti masjid dan kubur ini sering menjadi
bahan perbalahan sehingga tergamak memanggil setesen tv untuk menyiarkannya. Berkenaan isu kubur ini khususnya, bukankah Islam telah mendidik umatnya melalui
apa yang dipanggil "fardu kifayah". Fardu kifayah adalah suatu kefarduan atau kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada umat Islam dan kepertanggungjawaban
ini akan hilang atau lupus setelah ada sebahagian dari umat Islam yang menunaikannya. Kini, pemahaman dan penghayatan fardu kifiyah itu seolah tidak lagi
wujud dalam hati umat Islam sehingga kubur pun telah tidak terurus dangan baik.Apakah semangat fardu kifayah ini sudah dilupai sama sekali oleh penduduk atau qariah masjid berkenaan? Apakah pihak masjid melalui jawatankuasanya tidak
boleh mengurus keadaan anak qariahnya sehingga akhirnya gagal melaksanakan kefarduan kifayah ini? Di mana kerja sama anak qariah dalam meimarahkan masjid
sehingga perkara seperti ini boleh timbul? Semua ini menjadi persoalan dan menggambarkan betapa rapuhnya persaudaraan sesama kita umat Islam.Menuduh jawatankuasa masjid pentingkan jawatan dan gila kuasa seperti yang dinyatakan oleh Raja Anuar semalam hanya sebenarnya memperlihatkan bahawa tidak
ada keharmonian dalam qariah tersebut. Kita memang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berdasakan laporan tersebut yang menunjukkan pertelingkahan
berlaku antara Raja Anuar dengan pihak masjid di depan Karam Singh Valya amat memalukan kita walau pun bukan kita yang terlibat dalam isu berkenaan.Satu lagi, bukankah kita orang Melayu ada semangat gotong-royong. Jadi, di manakah semangat itu di kawasan tersebut? Apakah kerana masyarakat pinggir bandar
seperti Sungai Tua ini telah begelar "golongan menengah" maka semua nilai-nilai murni agama dan bangsa harus diketepikan dan hanya melihat kepentingan
sendiri sahaja yang utama. Lantas, apabila berlaku sesuatu masalah di sesuatu tempat dan kawasan maka stesen tv dipanggil untuk menyelesaikan masalah.
Apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyiarkan perkara tersebut tidak langsung memberi kebaikan lebih-lebih lagi dalam isu seumpama ini yang menjatuhkan
maruah kita sendiri. Stesen tv atau akhbar mungkin boleh mennyelesaikan masalah tertentu tetapi ia tak kan mungkin dapat menyelesaikan semua masalah bahkan
ia mungkin hanya akan menyerabutkan keadaan dan memalukan umat keseluruhannya. Jadi, laporan itu hanya lebih untuk melanyak sesama Melayu.
Khamis, 18 Mac 2010
MELAYU MEMANG SUKA LANYAK MELAYU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan