Selasa, 30 Mac 2010

APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan

KUALA LUMPUR, 30 Mac:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani
perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum
konsep 1Malaysia diperkenalkan.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian
antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan
Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.
Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus
untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha
akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh
pegawai kerajaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan
APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan
sebagai mencalar maruah negara.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari
ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud)
di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat
minggu lalu.
Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk
merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai
salah satu daripada aturan mesyuarat.
APCO DI KUALA LUMPUR
Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya
sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd.
Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala
Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.
“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,”
kata Anwar.
Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan
untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.
"Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan
atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin
yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.
"Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan)
yang mempunyai rekod yang tidak baik," katanya.
Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya
Ehud Barak bagi menjayakan 'One Israel'.
Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran
kira-kira 20 juta ringgit.
BAGAIMANA APCO MASUK
Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui
sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.
"Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana
Menteri ambil alih jawatan.
"APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari
Najib seperti gagasan 1Malaysia," katanya lagi.
Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap
gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan
dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit;
peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka
memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar
penting terutamanya yang melibatkan rakyat.
"Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan
APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan
dengan APCO," katanya lagi.
Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon,
Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan
rejim Zionis.
Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi
Keselamatan Israel (Israel Security Agency).
Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah
bekas duta Israel ke Jerman.
Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh
paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.
MODUS OPERANDI APCO
Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma
pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan
dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang
berimej buruk ini.
Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata
rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia,
atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian
dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates)
di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.
"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh
Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan
Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
"Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO," tambahnya
lagi.
Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara
APCO dan kerajaan semata-mata.
Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan
jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.
Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero
Worldwide.
Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel
dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.
Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama
yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah
Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.
"Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang
dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri;
Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung
dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?
Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana
firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat
sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.
"Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang
menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.
"Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat
dengan akaun di Israel", jelasnya lagi.
Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai
rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.
APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin
sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.
Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator
di dalam senarai pelanggannya .
Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha,
Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan
mafia.
"Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui
umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO
sebagai perunding kerajaan?
"Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya
Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO
yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soalnya lagi.

Ahad, 28 Mac 2010

CIKGU JABAR GESA WAKIL RAKYAT “BEBAS” LETAK JAWATAN

Ismail Hashim      

SEPANG, 28 Mac:

 

Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat
parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula.

Beliau ketika ditemui di kediamannya di Batu Laut, dekat sini berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan
nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum
dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah
yang amat sukar dilakukan.

"Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka
pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik
di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar.

Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk
mereka memilih wakil rakyat baru.

Dalam pertemuan itu, beliau banyak menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat kepada rakyat dengan amanah tanpa mengira penduduk di kawasannya dari mana-mana
parti, semuanya akan dilayan sama rata dan paling utama adalah keikhlasan setulusnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka. 

Cikgu Jabar menghimbau kembali detik-detik bersejarah bagaimana beliau menyaksikan sikap Adun-Adun Umno ketika isu pemecatan Datuk Harun Idris sebagai Menteri
Besar Selangor ekoran beberapa isu yang menyelubungi suasana dan akhirnya Datuk Harun digugurkan begitu sahaja lantaran sikap dan penyakit bangsa Melayu
yang dipusakai sejak zaman Hang Tuah iaitu hasad dengki dan khianat.

"Kerana tiga penyakit inilah kita dapat saksikan bagaimana keadaan orang Melayu sekarang ini jadi begini... Hang Tuah yang kuat membodek diagungkan, Hang
Jebat yang membela kematian Hang Tuah pula yang menjadi mangsa konspirasi," jelasnya lagi serius.

Menurutnya, meskipun beliau Bebas tetapi kerana membela nasib Datok Harun di ketika itu, beliau telah didatangi oleh ketua siasatan dari cawangan khas polis
setiap minggu selama setahun.

Malah beliau juga mengakui tidak terlepas dari menjadi mangsa ugutan 'kerat, gunikan dan humbankan ke laut, langgar dan diracun' selepas menang penggal
pertama dan bersyukur kerana selamat dari semua ujian berat itu selama tiga penggal menjadi wakil rakyat Bebas.

Cikgu Jabar berharap semua rakyat khususnya orang Melayu akan segera menilai semula keadaan semasa dan perkembangan politik yang berlaku dalam negara dan
melakukan pilihan terbaik bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan keamanan sebenar dapat dijayakan selama-lamanya.

 

Artikal ini dipetik dari harakahdaily sebagai mengenang dan menghargai peranan Cikgu Jabar dalam menjalani kehidupan sebagai wakil bebas yang sebenar dalam erti kata dan hakikat bebasnya selama tiga penggal berturut-turut dan mungkin sukar untuk ditandingi oleh orang lain.

Jumaat, 26 Mac 2010

Bahaya muqabalah Umno-Yahudi

Mohd Rashidi Hassan
Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan
APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika
Syarikat, jelas amat membahayakan negara.
Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara
Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan
rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.
Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum
ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan
Islam dan anti-Zionis.
Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk
membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan
1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika
dahulu.
Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan
ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat
perunding Yahudi?
Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam
keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk
menyambung hayatnya dalam politik negara?
Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan
keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.
Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan
APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua
isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan
dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang
rakyat?
Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan
Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator
di Nigeria dan Kazakhstan.
Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat,
apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar
kepadanya.
Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan
oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat
jelata.
Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat,
22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi
bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.
"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata
kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."
Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis,
Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.
Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta
(RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan
Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.
Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana
mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis
koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.
Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi,
sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza
(The Butcher of Gaza).
Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi.
Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam
untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti.

Khamis, 25 Mac 2010

ZUL! AKU TETAP RAGU

mengikuti sedikit sebanyak perjalanan sidang parlimen kali ini jelas memperlihatkan betapa sikap ahli parlimen yang melompat itu seumpama layang-layang putus tali. keadaan ini tak terkecuali berlaku ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas. Gelagat seumpama telur separuh masak itu seolah menagih simpati memohon perhatian begitu berleluasa tanpa ada pertimbangan akhlak dan etika langsung.

 

Setelah minggu lepas Ahli Parlimen Bayan Baru mendedahkan apa yang hendak didedahkan, semalam tibalah giliran yang berhormat dari Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin yang merupakan guruku di surau RHB Bank pada waktu zuhur mengambil tempat untuk mengemukakan hujah-hujah untuk mendedahkan kewajarannya tindakan beliau berada di bangku wakil bebas di parlimen. Beliau telah mengambil jalan atau tindakan untuk membersihkan nama Najib dan Rosmah yang mana bagi sebahagian orang menganggapnya suatu tindakan yang berani dan boleh dipuji. Bagi saya, tindakan beliau memang terpuji dan boleh dipuji sekiranya ianya berlandaskan kebenaran tetapi sesungguhnya tindakan itu adalah tindakan yang amat keji dan perlu dikeji sekiranya ia adalah merupakan fitnah untuk menjatuhkan seseorang.

 

Sepanjang ingatan saya, wanita mongolia itu mati dibunuh pada bulan Oktober 2007. Sebaik sahaja kematian wanita itu menjadi liputan media dan perbualan umum maka nama Najib tidak semena-mena menjadi watak utama dalam perbincangan masyarakat sama ada di internet atau luar internet. Maknanya di sini seandainya orang hendak mengarahkan Saudara Zul untuk membuat satu konspirasi mengaitkan Najib dan Rosmah maka ia perlu dirancang dan dilakukan sebaik saja wanita Monggolia itu diketahui mati dibunuh. Ini perlu bagi memastikan agar sebaik umum mengetahui berita itu maka nama Najib dan Rosmah boleh dikaitkan. Di sinilah perlunya Saudara Zul menjawab beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan:

 

1. Pembunuhan itu memang diketahui oleh orang tertentu dan orang tertentu itu adalah orang yang mengarahkan Zul dengan ganjaran mengoncangkan iman untuk membuat konspirasi yang dimaksudkan oleh Saudara Zul. Maknanya di sini Zul mungkin tahu banyak tentang peristiwa tersebut kerana beliau tahu orang yang tahu akan pembunuhan tersebut.

 

2. Apa hubungan orang tersebut dengan najib, wanita Mongolia itu dan Zul sehingga dia boleh tahu akan pembunuhan tersebut dan mencari Saudara Zul untuk melaksanakan konspirasi berkenaan.?

 

3. Kalau Saudara berjaya mengelak diri dari melakukan konspirasi tersebut, kenapa Saudara Zul tidak mengambil tindakan yang perlu terhadap orang yang tahu akan pembunuhan tersebut seperti disoal siasat, didakwa atau menjadi saksi dalam kes perbicaraan ke atas beberapa orang kena tuduh di mahkamah tinggi Shah Alam tempoh hari?

 

4. Berdasarkan kenyataan Saudara Zul di Parlimen Malaysia semalam, ia menggambarkan perkara itu berlaku dan dilakukan oleh orang-orang dalam Parti Keadilan Rakyat. Oleh kerana saudara adalah seorang yang memperjuangkan keadilan dan ingin mempertahankan Islam maka kenapa saudara menerima pelawaan dari parti yang saudara tahu penuh dengan fitnah? Bukankah dengan menerima tawaran tersebut maka saudara akan dengan secara sedar menyokong perbuatan fitnah?

 

5. Sebagai seorang yang sering menhuraikan hadith berkenaan akhir zaman, Saudara Zul sepetutnya bukan sekadar menolak pelawaan untuk menjadi calon pilihanraya tetapi lebih dari itu patut meninggalkan Parti keadilan Rakyat awal-awal lagi, kenapa tidak saudara lakukan?

 

Zul, apa yang anda lakukan membuat saya semakin hilang hormat dengan saudara dan semua kenyataan anda penuh dengan keraguan. Maaflah.

Selasa, 23 Mac 2010

APA ORANG KATA< PAS DAN DAP BERTAUT JUGA

Subky Latif      

MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai  prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya
dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.

Tiada dihirau oleh PAS. Bertambah kerap gambar kelihatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang  bersama Lim Kit Siang. Dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak
berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu sangat gembira dengan hubungan yang ada kerana ia membuka ruang dakwah orang bukan Islam, malah beliau merasakan DAP sudah tidak
sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jalinan yang ada itu mulanya justeru politik yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bolehlah dikatakan peranan dan kebijaksanaan Anwarlah yang merapatkan
kedua parti itu boleh berada di bawah satu bumbung.

Dikenang kejadian lampau, seolah-olah tiada lorong bagi kedua parti pembangkang itu untuk bekerjasama malah untuk berdekat-dekat.

Pernah bertempur PAS pusat dengan Dewan Pemuda PAS pusatnya atas isu kemungkinan kerjasama PAS dan DAP. Di hujung kepimpinan Datuk Asri, pernah beliau
menyebut kemungkinan kerjasama kedua parti itu apabila soalan itu ditanya wartawan.

Pemuda menolak sekalipun kenyataan  Datuk Asri itu berlandas kepada teori kemungkinan. Bagi kumpulan popular PAS masa itu, teori kemungkinan tidak terpakai
dalam isu itu. Bahkan ia dikatakan suatu yang mustahil.

Malah DAP sendiri tidak boleh dilihat bersua dan bertemu PAS. Akan payah ia menghadapi situasi apabila masyarakat Cina menempelaknya sudah bersekongkol
dengan PAS.

Dalam majlis keramaian pemimpin DAP menjauhi pemimpn PAS dan pemimpin PAS mengelak dari berdekatan dengan DAP. Pemimpin kedua pihak hanya boleh berada
dalam satu pentas forum di universiti saja.

Apabila Tengku Razaleilgh Hamzah yang memimpin S46 mengadakan hubungan dengan PAS dan DAP, Ku Li mengadakan pertemuan yang berasingan.

Hubungan yang seperti itu pun menyebabkan PAS dan DAP terpaksa memahamkan orang ramai bagi menjernihkan keadaan. Terpaksa PAS mengeluarkan kenyataan menyamakan
keadaan itu seperti hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Singapura.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Singapura ada hubungan itu dengan Israel. Tetapi ia tidak menghalang Malaysia meneruskan hubungan dengan
Singapura.

DAP juga membuat penjelasan yang sama tetapi yang digunakan ialah hubungan Malaysia dengan Amerika. Boleh Malaysia mengadakan hubungan dengan Amerika sekalipun
Amerika bersaudara dengan Israel.

Itulah situasai politik yang disusun oleh UMNO selama-lamanya. Tetapi ia sudah berubah. Kedua-duanya sudah  bersama dan ziarah menziarahi. Adalah politik
yang menimpa Anwar membuka medan baru bagi kedua PAS dan DAP.

Dengan hubungan yang ada, kalau ditakdirkan PKR tidak ada seperti yang diinginkan oleh UMNO, maka sudah boleh keduanya tidak menggunakan khidmat pihak
ketiga.

Sekalipun yang terjadi pada Anwar itu satu musibah yang perit bagi Anwar dan ia satu tragedi kepada Malaysia, tetapi ia seperti memberi rahmat kepada PAS
dan DAP. Jika Anwar tidak dibuang Dr. Majathir dari UMNO dan kerajaan, maka tidak diketahui     apa yang memungkinkan PAS dan DAP berkawan seperti abang
adik?

Apa yang ditunggu bagi mendekatkannya sedang gandingan antara DAP dan PAS itu adalah satu tuntutan yang penting bagi politik Malaysia untuk keluar dari
kuasa politik satu parti?

Tidak tahu apa yang ada dalam otak Dr. Mahathir, dia membuang Anwar dari kumpulannya dan menyimpannya di Penjara Sungai Buluh. Apabila Anwar ditahan serta
beberapa orang lagi penyokongnya, Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika yang berada di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar (kini datuk) memanggil
saya.

Perintahnya supaya kami memanggil parti-parti politik dan individu yang terkemuka dalam masyarakat termasuk DAP. Datang Lim Kit Siang dalam satu perjumpaan
di Markaz Taman Melewar. Perjumpaan itu membentuk GERAK bagi menyatakan tentangan terhadap tindakan ke atas Anwar.

Geraklah yang menggerakkan permulaan hubungan antara DAP dan PAS. Markaz Tarbiyah itulah yang memainkan peranan tempat pertemuan kedua pihak dan nasib
malang Anwar yang menemukan mereka.

Tempoh berbulan madunya tidak lama. Probokasi Dr. Mahathir dan UMNO menyebabkan muafakat Barisan Alternatif PAS-DAP itu tidak lama. Tinggallah Barisan
Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM sedang Anwar terus terbelenggu di Sungai Buluh.

Setelah beberapa tahun mahkamah membebaskan Anwar. Apabila Anwar berada di luar penjara, dia memainkan peranan membawa semula DAP dan PAS dalam satu jalinan
baru bersama KeADILan yang sudah menjadi PKR.

Kerjasama ketiganya memukul terus Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 hingga BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, ia gagal menawan
Kelantan dan ia merudum pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia juga kecewa di Wilayah Persekutuan.

Ia masih tiga parti tetapi tidak berlawan sama sendiri dalam pilihan raya. Lepas itu baru mereka membentuk parti kumpulan kedua yang dinamakan Pakatan
Rakyat dan menjadikan Anwar sebagai ketua pembangkang pemimpin de fakto Pakatan itu.

Anwar cuba dibinasakan lagi sebagai usaha membinasakan Pakatan Rakyat. Peranan Anwar itu penting dan masih penting. Teori UMNO ialah jika Anwar binasa,
PKR binasa dan Pakatan Rakyat juga binasa. Tetapi peranan Anwar itu sudah merapat kukuh muafakat PAS dan DAP.

Jika ditakdir Anwar dibinasakan, ia tidak lebih dari pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Kit Siang, Ustaz Hadi, Tok Guru Nik Aziz juga boleh pergi,
tetapi PAS, DAP dan PKR sudah berada pada rel yang selesa. Rencana ini dipetik dari harakahdaily.

Ahad, 21 Mac 2010

Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan

shadow
Add Video to QuickList
1:31

How To Apply T

Bagi mereka yang ingin mendapatkan paparan dan penjelasan video berkanaan apa yang berlaku berkenaan tajuk diatas boleh kilik di sini.

BILA SUDAH BERCERAI

udah bercerai
Zukri Aksah      

Isteri saya seorang peguam syarie, yang beramal melalui firma guaman syarie miliknya sendiri. Antara kes terbanyak yang dibawanya adalah kes perceraian,
juga kes-kes selepas perceraian seperti tuntutan nafkah, anak dan harta sepencarian.

Sepanjang yang saya lihat biasanya perceraian berlaku kerana sebab-sebab semasa, bukan kerana ketidakpuashatian yang panjang dalam tempoh perkahwinan.
Contohnya seperti tiba-tiba diketahui suami berkahwin dua, suami hilang sumber pendapatan utama, pertengkaran, kehadiran pihak ketiga sama ada di pihak
isteri atau suami dan sebagainya.

Tetapi bila sudah masuk mahkamah panjang pula ceritanya. Kalau asalnya bekas isteri memohon cerai fasakh kerana suaminya berkahwin dua, bila dalam mahkamah
perinciannya menjadi panjang lebar, diungkit segala macam perkara yang berlaku dalam perkahwinan. Kononnya si suami tidak pernah memberi nafkah zahir kepadanya,
walhal dia datang ke mahkamah dengan keadaan fizikal yang cukup sihat walafiat, tiada pula tanda-tanda tidak cukup makan.

Maka dituntutlah macam-macam, tunggakan nafkah, nafkah edah, mutaah dan sebagainya. Si bekas suami pula, untuk mengelak dari dihukum bersalah dalam hal
ini, mendakwa si bekas isteri tiadalah berhak untuk mendapat semua ini, kerana si bekas isteri telah nusyuz kepadanya sewaktu dalam perkahwinan. Bukan
susah membawa cerita, diberitahulah pada satu malam dalam perkahwinan kerana tidak mahu lepas satu rancangan televisyen, si bekas suami melaung dari tengah
rumah, “Yang, buat kopi panas secawan!” Si isteri yang baru mahu duduk selepas meletak kain yang dilipat dalam almari sudah naik angin, “Uhhhh! Tangan
ada, sudu ada, gula ada, kopi ada, air ada, abang pergi buat sendirilah.”

Begitulah kisah selepas bercerai, semua keburukan mahu diungkit, padahal mereka bukan bercerai kerana itu, bukan kerana wang-ringgit, makan-pakai mahupun
kopi secawan. Perceraian bukan hanya berlaku dalam perkahwinan, ia juga berlaku dalam perhubungan politik. Bila perhubungan politik tercerai, maka sama
seperti perceraian perkahwinan, emosi marah membawa kepada terungkitnya cerita buruk dalam kelambu, dalam kain masing-masing.

Inilah yang kita saksikan mutakhir ini, kita dipersembahkan dengan gelagat buruk orang bercerai politik, seperti Salehuddin Hashim, Zahrain Hashim (maaf,
mereka bukan adik-beradik), Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng, seorang bekas Setiausaha Agung dan empat Ahli Parlimen dari PKR.

Biasalah selepas bercerai, semua tidak kena, semua tidak baik, diungkit segala serba mak nenek, seolah-olah parti yang mereka wakili selama ini tiada kebaikan
langsung, walaupun saya percaya setiap seorang dari mereka ini hanya ada satu sebab mengapa mereka bercerai dengan parti mereka. Dalam kelantangan dan
kelancangan mereka, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, mereka terlupa sekurang-kurangnya satu kebaikan bekas parti mereka itu, bekas parti merekalah
yang memberi peluang kepada mereka menjadi calon pilihanraya, Presiden bekas parti merekalah yang menyerahkan watikah bagi membenarkan mereka bertanding,
pekerja bekas parti dan parti sahabat merelah yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen sehinggalah meraih dan merayu undi untuk mereka
ketika hari pengundian, sampailah mereka menang dan bergelar Ahli Parlimen.

Biasalah juga selepas bercerai, bekas parti mereka ini dakwa mereka tiada jasa, buat apa mereka mahu letak jawatan, jawatan Ahli Parlimen mereka itu amanah
rakyat katanya. Amanah rakyat? Pooorahhh… Mereka lupa mereka mendapat kepercayaan rakyat dahulu sebab parti meletakkan mereka di situ sebagai calon. Sebelum
mereka mendapat kepercayaan rakyat, terlebih dahulu mereka mendapat kepercayaan parti. Lalu sebagai calon yang menang kemudiannya dan bergelar Ahli Parlimen,
mereka sebenarnya membawa dua amanah, amanah parti dan amanah rakyat. Ingat! Di kertas undi tempohari bukan hanya ada nama Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin,
Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng sahaja, tetapi di sebelah setiap nama mereka, ada lambang parti yang mereka wakili. Rakyat memberi amanah kepada
mereka atau kepada parti? Dan sekarang mereka khianat kepada siapa?

Sama seperti pasangan berkahwin yang bercerai, orang yang bercerai politik ini juga menuntut macam-macam, mendakwa macam-macam. Ada yang tuntut Anwar letak
jawatan sebagai Ketua Pembangkang, tuntut Wan Azizah letak jawatan, mendakwa Lim Guan Eng diktator, cauvinis dan komunis, peliknya di antara lima yang
keluar dari PKR, yang membuat tuduhan inilah yang keluar dengan imbuhan paling besar, keluar dengan gelaran Datuk Seri! Dan untuk mendapat gelaran tersebut,
namanya mestilah dicadang oleh Lim Guan Eng sendiri kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang!

Tidak cukup dengan ini, si Zahrain Hashim mengamuk pula di Parlimen, mendedahkan (kononnya) perancangan “rampasan kuasa” 16 September Anwar Ibrahim. Katanya
Anwar Ibrahim kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6, habis semua orang mahu dilibatkannya, Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Parlimen BN, tentera,
juga Yang DiPertuan Agung. Sikap ini samalah dengan sesetengah bekas suami atau isteri yang bercerai, kerana tidak puas-hati, semua mahu dikaitkannya,
adik-beradiklah, ipar-duai, sepupu-sepapat, ibubapa, mertua sampailah kaum-kerabat jauh dan dekat serta rakan dan sahabat.

Menguatkan hujahnya ini, Zahrain cakap sebab itulah nombor plet kereta Anwar 6. Ehhh… salahkah itu, kalau tidak silap ingatan saya, sewaktu kempen PRU2008
yang lalu, antara poster PKR yang paling banyak bertebaran adalah poster Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-6, ia senjata perang psikologi politik.
Saya percaya poster ini banyak tertampal di Parlimen Bayan Baru sewaktu Zahrain Hashim bertanding di sana. Mahu tidak mahu, Zahrain terpaksa mengaku yang
antara penyumbang kemenangannya di situ adalah kerana pengaruh psikologi poster tersebut. Untuk membuktikannya, Zahrain boleh sahaja menjadi politikus
budiman seperti Shahrir Samad yang berani meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Umno Johor Bharu, kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dan
menang. Apakah Zahrain percaya BEBAS boleh memberi pengaruh psikologi sehebat itu kepada pengundi Bayan Baru?

PKR pula dalam usaha mempertahankan diri, menganggap mereka yang bercerai dan dicerai dari parti ini adalah Ahli Parlimen dan bekas pemimpin parti yang
“nusyuz.” Sebahagiannya boleh dibuktikan kerana orang-orang seperti Zahrain, Zulkifli Noordin dan Tan Tee Beng sudah berlagak meninggikan suara sejak sebelum
menjadi bebas lagi. Orang nusyuz tidak berhak kepada harta, wa’ima tempat tinggal sekalipun. Tempat tinggal mereka sekarang, Bayan Baru, Kulim Bandar Baru,
Bagan Serai dan Nibong Tebal adalah tempat tinggal ketika mereka masih dalam PKR, Zulkifli Noordin yang sentiasa berkopiah itu mungkin boleh mengulas.

Cumanya, dalam kes perceraian perhubungan politik, tidak ada mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang boleh mengadilinya, yang ada cumalah mahkamah
rakyat, itupun bersidang lima tahun sekali.

 

Rencana ini dipetik dari harakahdaily.

Khamis, 18 Mac 2010

MELAYU MEMANG SUKA LANYAK MELAYU

"Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu."

MEngambil semangat ayat tuan dalam baris terakhir posting berkenaan "gelagat gila dalam parlimen" ini, saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kecewa
saya terhadap sikap Orang Melayu hari ini.

Selama ini saya tidak berkesempatan untuk mengikuti rancangan Aduan Rakyat tetapi entah macam mana semalam lebih kurang jam sembilan lebih sedikit saya
membuka siaran tv3 dan terpampang di skrinnya rancangan yang mencerita keadaan kubur yang tidak terurus di Sungai tua berkedudukan di jalan utama ke Ulu
Yam. Berdasarkan laporan tersebut, keadaan kubur itu amat menyedihkan sehingga ia dikatakan tidak lagi selamat untuk diziarahi dan sudah tidak berupa kubur
lagi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pihak Majlis Perbadanan Selayaang tidak lagi menyelenggara kubur kubur lagi dan 16 kubur yang telah tidak diselenggara
lagi.

Menurut pegawai Jabatan Agama islam Selangor yang dihubungi pula menyatakan sekiranya pihak Majlis Perbadanan Selayang tidak lagi menyelenggara kubur tersebut
maka tugas tersebut harus diambil alih oleh pihak masjid yang berkenaan.

Setelah mengikuti laporan tersebut, saya berfikir sendiri kenapa perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam seperti masjid dan kubur ini sering menjadi
bahan perbalahan sehingga tergamak memanggil setesen tv untuk menyiarkannya. Berkenaan isu kubur ini khususnya, bukankah Islam telah mendidik umatnya melalui
apa yang dipanggil "fardu kifayah". Fardu kifayah adalah suatu kefarduan atau kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada umat Islam dan kepertanggungjawaban
ini akan hilang atau lupus setelah ada sebahagian dari umat Islam yang menunaikannya. Kini, pemahaman dan penghayatan fardu kifiyah itu seolah tidak lagi
wujud dalam hati umat Islam sehingga kubur pun telah tidak terurus dangan baik.

Apakah semangat fardu kifayah ini sudah dilupai sama sekali oleh penduduk atau qariah masjid berkenaan? Apakah pihak masjid melalui jawatankuasanya tidak
boleh mengurus keadaan anak qariahnya sehingga akhirnya gagal melaksanakan kefarduan kifayah ini? Di mana kerja sama anak qariah dalam meimarahkan masjid
sehingga perkara seperti ini boleh timbul? Semua ini menjadi persoalan dan menggambarkan betapa rapuhnya persaudaraan sesama kita umat Islam.

Menuduh jawatankuasa masjid pentingkan jawatan dan gila kuasa seperti yang dinyatakan oleh Raja Anuar semalam hanya sebenarnya memperlihatkan bahawa tidak
ada keharmonian dalam qariah tersebut. Kita memang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berdasakan laporan tersebut yang menunjukkan pertelingkahan
berlaku antara Raja Anuar dengan pihak masjid di depan Karam Singh Valya amat memalukan kita walau pun bukan kita yang terlibat dalam isu berkenaan.

Satu lagi, bukankah kita orang Melayu ada semangat gotong-royong. Jadi, di manakah semangat itu di kawasan tersebut? Apakah kerana masyarakat pinggir bandar
seperti Sungai Tua ini telah begelar "golongan menengah" maka semua nilai-nilai murni agama dan bangsa harus diketepikan dan hanya melihat kepentingan
sendiri sahaja yang utama. Lantas, apabila berlaku sesuatu masalah di sesuatu tempat dan kawasan maka stesen tv dipanggil untuk menyelesaikan masalah.
Apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyiarkan perkara tersebut tidak langsung memberi kebaikan lebih-lebih lagi dalam isu seumpama ini yang menjatuhkan
maruah kita sendiri. Stesen tv atau akhbar mungkin boleh mennyelesaikan masalah tertentu tetapi ia tak kan mungkin dapat menyelesaikan semua masalah bahkan
ia mungkin hanya akan menyerabutkan keadaan dan memalukan umat keseluruhannya. Jadi, laporan itu hanya lebih untuk melanyak sesama Melayu.

Rabu, 17 Mac 2010

1 MALAYSIA: LARATKAH AKU MENDENGARNYA LAGI?

“Salam 1 malaysia” adalah satu kalimah yang tidak dapat untuk kita elak lagi dari mendengarnya. Saban hari apabila kita membuka siaran radio atau tv sama ada siaran radio swasta  atau radio kerajaan, kalimah itulah yang akan diucapkan oleh para penyiar dan pembaca berita. kalimah ini pula disekalikan dengan ucapan salam khususnya ketika pembaca berita memulakan siran warta berita setiap jam.

 

Memang ada suatu teori yang mengatakan bahawa sekiranya sesuatu itu diulang-ulang maka ia akan akhirnya dapat diterima oleh masyarakat atau golongan yang kita sasarkan. Sebagai contoh, Seorang pelajar boleh menghafal lagu negaraku, lagu sekolah dan lagu-lagu popular yang dimainkan dicorong-corong radio walau pun mereka tak pernah mencatat seni kata lagu-lagu tersebut dalam buku nota mereka. Ia hanya berlaku dengan proses pengulangan yang dilakukan oleh pihak sekolah atau siaran radio yang didengar oleh pelajar tersebut.

 

begitu juga keadaannya kepada seorang hafiz. Walau pun seseorang hafiz itu bukan dari kalangan yang berbangsa Arab, mereka mampu untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran sehingga ke 30 juzuk dengan lancar seolah-olah Bahasa Arab itu adalah bahasa mereka. Malahan, orang Arab sendiri pun ramai yang tidak dapat menghafaz Al-Quran walau pun bahasa Arab adalah Bahasa ibunda mereka. Sekali lagi kaedahnya adalah kaedah mengulangi bacaan Al-Quran berkali-kali dengan penuh kesungguhan  dan disiplin yang ketat.

 

Namun begitu, keadaan yang sama tidak boleh digunakan dengan slogan “1 Malaysia”. 1 malaysia bukanlah seumpama Lagu Negaraku, lagu sekolah, lagu pop atau menghafaz Al-Quran atau teori matematik atau kimia atau fizik atau yang lain-lain lagi. Sesungguhnya 1 malaysia adalah merupakan suatu konsep yang melibatkan bukan hanya sekadar satu seruan dari kalangan pemimpin, lebih jauh dari itu ia merupakan suatu gagasan yang perlu dirasa oleh rakyat akan keberadaannya. Apakah konsep 1 Malaysia ini benar-benar memperlihatkan satu suasana di mana kita secara hakikatnya dilayan sebagai rakyat Malaysia yang sebenar tanpa mengambil kira apa sahaja bentuk perbezaan sama ada ekonomi, budaya, agama, politik, bangsa dan lain-lain lagi.

 

Hari ini, apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh pihak mana pun sering dikaitkan dengan selogan 1 malaysia. Aktiviti dari pagi hingga ke petang cuba digambarkan yang aktiviti tersebut selaras atau selari dengan gagasan 1 malaysia. Berjumpa di kedai kopi, bermain di padang, berniaga di pasar, kenduri, berpesta, berkelah, berkeluarga, bekerja dan entah apa lagi aktiviti akan terus dilebel selaras, selari atau sesuai dengan kehendak perdana menteri dengan gagasan 1 malaysia.

 

kalau itulah jangkauan yang cuba digagau oleh Nagib Razak dalam hasratnya untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia, sebenarnya beliau hanya sekadar “melukut ditepi gantang” dengan mencupak kandungan di dalam gantang yang telah penat diisi oleh para petani sekian lama. Rakyat malaysia sebenarnya telah menerima konsep 1 malaysia sejak menrdeka lagi dan sesungguhnya kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 yang kemudiannya pembentukan Malaysia (1963) secara jelasnya adalah kerana perpaduan yang terbit dan tertegak hasil dari tolak ansur (give and take) pelbagai bangsa dan kaum yang mengamalkan pelbagai adat resam dan kepercayaan juga pelbagai budaya dan agama. Bukankah kita bangun dari peristiwa 13 Mei 1969 hasil dari semangat cintakan negara melebihi dari kepentingan bangsanya sendiri? Apakah kita boleh menidakkan semangat perpaduan dan cinta negara sehingga kita mampu mendepani ancaman komunis yang akhirnya mereka meletakkan senjata pada tahun 1989? Walau pun Parti Islam Semalaysia (PAS) pernah berdepan dengan pembunuhan kejam dalam peristiwa Memali, penangkapan pimpinan dan ahlinya dibawah ISA, pelbagai bentuk kezaliman ekonomi dan penindasan sosial, adakah ahli-ahli dan pemimpin PAS telah melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan negara atau PAS melalui ahli-ahlinya dan para pemimpinnya sebenarnya telah mengorbankan segala kepentingan demi Malaysia tercinta ini?

 

Hari ini kita melihat bagaimana rakyat meneruskan perpaduan dan persepakatan mereka ke arah Malaysia yang lebih cemerlang dan gemilang. Melayu, Cina dan India juga kaum-kaum lain sudah boleh dan mampu untuk tidak memandang parti-parti yang berdasarkan kaum atau bangsa sebagai pilihan mereka sebaliknya mampu bersatu dan membentuk kesatuan dan kesepakatan dalam merealisasikan bukan 1 Malaysia tetapi sebuah Malaysia yang menjadi milik bersama. Sesungguhnya 1 Malaysia telah dapat dirasai oleh rakyat Malaya lagi dan kini sepatutnya Malaysia adalah merupakan sebuah rumah yang di dalamnya dihuni oleh sebuah keluarga yang mesra dan bertanggung jawab agar rumah itu terus indah, teguh dan kukuh sebagai tempat berlindung dan tak kurang menjadi kunjungan tetamu di petang hari untuk berjamu teh atau malamnya untuk mengaji.

 

Malangnya, najib telah terlambat atau sudah bengkerap aidea sehingga mencetuskan 1 Malaysia di saat rakyat memang telah bersatu di bawah naungan langit Malaysia. Sebenarnya, segala ungkapan 1 malaysia ini memang boleh dirasai keikhlasannya kerana keikhlasan adalah sesuatu yang datang dari hati dan sesuatu yang datang dari hati hanya boleh dirasa oleh hati. Lantas tak perlu kita bertanya apakah kempen 1 Malaysia ini diterima oleh rakyat atau tidak. Biar seribu orang berkata yang kempen 1 Malaysia ini telah mula diterima oleh rakyat  tetapi hati-hati merekalah yang akan dapat menjawabnya kerana hati tak menipu hati. Pihak yang mengatakan “1 Malaysia ini telah boleh diterima” juga punya jawapanya di hati mereka.

 

Jadi, janganlah sampai “1 Malaysia” menjadi satu slogan yang membosankan rakyat untuk mendengarnya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk Najib turun dari gantang yang dilukut kerana “laratkah aku mendengar 1 Malaysia Lagi”?

Persaraan awal KPN ada kaitan dengan pembebasan Ramli Yussuf?

 

 

Al-Husseyn      

Musa Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 14 Sept 2006 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar. Beliau sepatutnya telah bersara lama sejak
dulu pada 14 September 2007.

Walaupun hebuh bergegar dan berdentum kerana adanya satu aduan rasuah yang dibuat oleh Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu terhadap
Musa tetapi kedudukan Musa tetap kebal dan tidak bergoyang.

Malah Pak Lah telah melanjutkan khidmatnya selama 2 tahun lagi secara kontrak bertujuan untuk membolehkan usaha Ketua Polis Negara bagi membanteras jenayah
dan rasuah, diteruskan.

Orang ramai semakin mempertikaikan kredibiltinya diatas kegagalannya melaksanakan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Diraja Polis dan Salah Laku Polis (IPCMC)
seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin.

Juga semakin meningkatnya kadar jenayah yang gagal dibendung ditambah pula kemunculan dakwaan bahawa wujud penglibatan Mafia Cina tempatan dalam mengatur
kenaikan pangkat pegawai polis , dan penglibatan Musa dengan sindiket pelacuran , namun, kontrak Musa , walaupun dibantah oleh ramai, dilanjutkan setahun
lagi sehingga 14 Sept 2010.

Kontrak Musa Hassan sepatutnya tamat pada 14 Sept 2010.Kini baru bulan Mac.Maknanya masih ada 6 bulan lebih bagi beliau untuk meneruskan khidmat sebagai
KPN.Tetapi kenapa tiba-tiba Musa Hassan diberitakan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dalam masa yang terdekat ini?

Adakah ini ada kaitan dengan kes dakwaan keatas Ramli yang dibebaskan dari dakwaan korupsi minggu lalu ?

Semua orang kampung tahu, bahawa KPN Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN meskipun dia sepatutnya bersara pada
Sept 2007.

Sebab kedua adalah kerana Ramli telah berjaya membongkar hubungan KPN dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi
gelap Cina. Sebelum ini, Malaysia Today sudah pun memaparkan lebih daripada dua belas Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh anggota kongsi gelap dan
juga pegawai polis, termasuklah ADC-nya sendiri.

Harus dingat bahawa KPN Musa Hassan adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan Ramli berkaitan dakwaan penyalahgunaan
kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.

Keterangan Musa penuh dengan putar belit hingga kan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya
telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Hakim boleh sebut kepada seorang berjawatan penting seperti itu sebagai penipu ? Tidakkah ini satu kemaluan yang amat besar bagi sebuah negara yang sedang
membangun ini?

Sangat mengaibkan.Tetapi entah tebal macam manalah kulit muka Musa ini.Apabila Datuk Ramli Yusuff dibebaskan daripada dakwaan tidak mendedahkan aset minggu
lalu, kini tidak ada jalan pilihan bagi Musa selain bersara dari jawatan tersebut.

Isnin, 15 Mac 2010

SEJARAH BARU BUAT ZUL

 

 

Hari ini adalah merupakan hari baru buat Zulkifli Nordin dan beberapa orang rakannya dalam parlimen. Mereka adalah orang yang bergelar ahli parlimen dengan titik peluh, air mata dan duit ringgit golongan marhain, hari ini mereka berpindah ke block baru kerana perkara yang lebih besar dari itu iaitu pastinya bukan keringat rakyat bawah, air mata duka rakyat dan perih jerih keringat rakyat. Rakyat sudah tentu bukan lagi jadi perhitungan mereka.

 

Kalau dulu mereka ini akan duduk di samping orang-orang yang sering mendapat gambaran buruk di dada akhbar dan kaca tv tetapi kali ini mereka sudah duduk di kerusi bebas dengan diketuai oleh Ibrahim Ali yang juga jadi ahli dewan dengan cara yang seumpama peminta sedekah. Tak sedar menumpang semasa nak menyebarang lautan tapi bila sudah sampai ke tepi tongkat di buang. Perangai kamu semua seumpama lagu Search “MENITI TITIAN USANG”.

 

Buat Zul, kuliah kamu sering aku ikuti sebelum ini tapi rupanya kamu menkhianati hadith-hadith nabi dan ayat-ayat Allah yang kamu hurai dalam kuliah kamu dulu. Tak mengapa Zul, kami mungkin tidak sealim kamu lantas kamu boleh permainkan kepercayaan kamu. Buat kamu tiada apa yang dapat kami katakan selain selamat menempoh sejarah baru dalam hidup kamu dan kami serahkan urusan kamu kepada Allah untuk diselesaikan. Sebenarnya tiada apa lagi untuk kamu selain pengkhianatan untuk dan terhadap kami.

 

 

Selamat jalan dan jangan datang lagi.

Selasa, 9 Mac 2010

Zul Nordin yang saya kenal


Zulkifli Sulong      
Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.
Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu
murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari
lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan
ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh
polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai
begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala
saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun,
kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung
Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri
Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih
kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya
arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari
dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri
di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari,
beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah
Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua
mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin
kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari
suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan
PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR.
Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan
itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota
Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan
Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau
telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang
bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari
dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan
polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin
sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan
muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang
tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

KALAU DAH NAK PERGI TU PERGI SAJA LAH

Hari ini khabarnya Yang Berhormat Zulkifli Nordin YB Kulim Bandar Baru telah mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr. Wan Azizah agar meletakkan jawatan dan bertanding menentang YB Zul di Kulim Bandar Baru. Bunyinya memang berani dan keras. yalah, nak tunjuk yang di betul dalam tindakannya sehingga dipecat dari menjadi ahli PKR. Bunyinya memang gah kerana disiarkan dalam akhbar yang dikatakan akhbar arus perdana (betul ke tak arus perdana tak taulah). Tambahan pula kini tindakan beliau pula disokong oleh juak-juak UMNO.

 

Namun begitu, tindakan YB ini nampak sangat seolah seorang yang dah gila talaq. Bila diumumkan yang beliau telah dipecat dan diberi tempoh 14 hari untuk merayu, beliau ni tak nak merayu pulak. kata orang, dah tak nak merayu tu duduklah diam-diam.

 

Wahai YB Zul, Tak tahukah anda yang Kak Wan sebenarnya tak boleh bertanding kerana beliau telah hilang kelayakan untuk bertanding akibat perletakan jawatan beliau pada Ogos 2008 lalu kerana hendak memberi laluan kepada Datuk Sri Anwar untuk masuk ke parlimen.

Beliau pun sebagai seorang peguam tak kan tak tahu kalau beliau nak bertanding dengan Kak Wan, YB ini perlu juga meletakkan jawatan dan bila beliau meletakkan jawatan maka beliau pun akan kehilangan kelayakan untuk bertanding. Akhirnya dua-dua tak boleh bertanding.

Satu lagi perkara yang menghairankan, kenapa beliau nak mencabar Kak Wan supaya meletakkan jawatan dari jawatan presiden parti. Kalau sebelum hari sabtu yang lalu memang beliau ada kelayakan untuk bercakap demikian tetapi kelayakan itu telah hilang kerana beliau bukan lagi ahli Parti Keadilan Rakyat. Jadi, diam-diam jelah macam saya ni yang pun bukan ahli Parti Keadilan Rakyat. Yang penting, kalau nak pergi tu pergi jelah.

PAGI YANG BARU

Pagi itu 9 Mac 2008 yang jatuh pada hari Ahad dan ulang tahunnya yang kedua hari ini 9 Mac 2010 adalah satu pagi yang cukup berbeza dan umpama satu pagi yang baru. Pagi itu adalah merupakan satu pagi yang tak pernah terjangkau oleh fikiran ini walau sebenarnya amat mendambakan pagi seperti itu. Buat diri ini, aku benar-benar rasa bertuah dan amat bersyukur akan kehadiran pagi itu yang memberi harapan baru kepada yang menharapkan perubahan.

Pagi itu aku bangun seperti biasa dengan tugasan pertama sebagai muslim dengan menunaikan solat subuh. Bangunnya aku pagi itu dengan penuh kesegaran dan tenaga baru walau pun pada malam sebelumnya aku telah tidur agak lewat kerana mengikuti suatu perkembangan yang cukup menguja aku dan ramai lagi rakyat Malaysia. Kicauan burung yang kudengar, dingin pagi yang kemudiannya bertukar hangat sedikit demi sedikit oleh panas mentari yang menerikkan bumi, hilai tawa anak-anak dan lembut bicara isteri di pagi itu cukup bermakna dan cukup berbeza. Segalanya terasa amat indah, gembira, bahagia dan ia adalah satu perasaan yang tidak tergambar dan tak mampu untuk digambarkan. Rasanya pagi itu adalah pagi yang cukup besar maknanya bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dan cukup pahit kepada sebahagian yang bukan kecil yang juga rakyat Malaysia.

Seperti pagi-pagi yang lain, aku akan membuka radio untuk mendapatkan halua telinga sambil mengisi pagi ahadku bersam-sama anak-anak dan isteri di rumah. Maklumlah aku bukanlah oran besar.

Sebaik aku membuka siaran radio dan memang tabiatku suka mengalih siaran radio, aku dapati siaran pada hari itu cukup berbeza. Beberapa stesyen radio RTM hanya menyiarkan lag-lagu semata-mata tanpa ada kandungan lain seperti ahad-ahad sebelumnya. Siaran pada pagi itu seolah-olah berada dalam keadaan ada kematian pembesar atau raja. Seadanya ada kemangkatan sultan punmesih ada siaran berita tetapi Radio Selangor hilang segala-galanya melainkan lagu.

Sambil membeli makanan untuk sarapan pagi aku tercari-cari Suratkhabar Utusan Malaysia atau Berita Harian tapi tak seperti biasa edaran akhbar pada pagi itu. Ia seolah hari gelap untuk industri persuratkhabaran bagi Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sesungguhnya pagi itu adalah satu pagi yang cukup bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana pada pagi itu sebuah rejim yang sombong, sebuah doktrin yang gah, sebuah metos yang gila, sebuah fahaman yang songsang dan sebuah parti yang lupa akan kekuasaan hakiki tiba-tiba tertiarap tanpa mampu untuk menyarap. “hanya UMNO yang mampu memerintah”, “hanya UMNO-BN saja yang akan menjadi kerajaan”, “Buatlah apa pun rakyat akan memilih UMNO-BN”, “pembangkang tak mampu”, “pembangkang hanya mpandai bercakap”, “pembangkang tak mungkin bersatu” dan banyak lagi gambaran buruk tentang pembangkang dan cerita baik tentang UMNO-BN akhirnya tumbang dan tersungkur oleh hebatnya kebangkitan satu kuasa yang tak boleh ditahan lagi. Di saat itu, di hari itu jelas memperlihatkan apabila rakyat menunjukkan kuasanya, tidak ada apa lagi yang boleh menahannya. Setelah lama rakyat memberi isyarat melalui demontrasi, yang kadang-kadang menumpahkan darah, tak kurang peristiwa yang mengorbankan nyawa, akhirnya hari sebelum pagi itu rakyat telah memberi keputusannya dengan kuasa yang ada biar pun rakyat ditekan, dihinjak, disekat, diikat, ditutup, dihambat dan segalanya semacam tindakan primitive binatang liar dalam hutan dengan menolak kesombongan, kebongkakan, kejahatan, kezaliman dan memilih harapan baru yang di bawa oleh PAS, DAP DAN PKR yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat dengan menjunjung amanah rakyat.

Kini telah dua tahun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di beberapa negeri dengan penuh eltizam dan komited untuk memenuhi janji sebelum pilihan raya. Biar pun menghadapi pelbagai hambatan dari dalam dan luar pakatan tapi ia terus mara dan insya-Allah akan terus membawa keadilan untuk semua dengan “sepakat menjunjung amanah rakyat”.

Jumaat, 5 Mac 2010

PENGARAH RADIO IKIM DIPAKSA LETAK JAWATAN

Herman Shamsuddin
Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM,
Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela.
Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan
setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik
kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.
Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan
berikutan  tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran
IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah
dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa
Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM.
Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh
jadi saksi.
Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun
dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.
Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari
beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan
akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di
IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.
Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun
dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau
mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan
menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang
kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan
perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama
agar mereka meletakan jawatan.
Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti
mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal
itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya
bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan
masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!
Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan
sampai bila-bila.

Khamis, 4 Mac 2010

CERITA KOMPUTER LAMA DAN KOMPUTER BARU

Ibarat komputer lama, yang berfungsi hanya dengan alat pemproses 186 atau lebih rendah dari itu (kalau ada)dengan cakera kerasnya berrsaiz hanya diukur dengan kilo atau mega bait, apakah komputer itu mampu untuk berfungsi pada hari ini dan kalau pun boleh berfungsi secara mesinnya apakah ia boleh berfungsi untuk menyenangkan penggunanya atau komputer ini hanya menyusahkan pemilik dan penggunanya semata-mata.

 

Tambahan pula diskade yang diguna untuk menyimpan maklumat telah tiada dalam pasaran. Komputer lama ini pula telah diserang dengan pelbagai virus pada setiap komponennya yang lebih menjahanamkan komputer. Jadi, apa yang patut kita lakukan dengan komputer ini melainkan dibuangkan dan ganti saja yang baru. Maklumlah komputer ini sudah berusia terlalu tua dan buruk. Komputer lama inilah Barisan Nasional.

 

Kini telah ada komputer baru, dengan alat pemprosesnya berkelajuan 3.0 Ghz, cakera kerasnya menjangkau ratusan giger bait sedang remnya pula juga diukur dengan giger bait. Iapula dilengkapi dengan perkakasan yang benar-benar hidup dalam penggunaannya sehingga kita terasa dalam suasana sebenar dalam memnggunakannya.

 

Komputer baru ini pula masih kosong. Masih banyak perisian yang belum dipasang untuk kemudahan penggunanya lantas satu usaha yang bersepadu harus dilakukan untuk memasangan perisian yang bermanfaat kepada 27 uuta penggunanya. Dengan komputer baru ini perancangan, perlaksanaan dan penerimaan faedah dan manfaat akan dapat dilakukan dengan berkesan insya Allah. Komputer inilah Pakatan Rakyat. Kini terpulanglah kepada kita untuk memilih komputer atau kekal menggunakan komputer lama.

Selasa, 2 Mac 2010

Warkah buat saudara Anwar

Zukri Aksah
Saya tidak pasti apakah surat terbuka saya ini akan dibaca oleh saudara atau tidak.
Putri sulung saudara, Nurul Izzah Anwar dalam satu kesempatan pertemuan di Parlimen
tidak lama dahulu, ketika saya ke sana atas urusan kerja, memberitahu saya yang banyak
tulisan saya yang mengkritik saudara telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap
keluarga saudara. Atas sebab itu, saya tidak kecil hati jika saudara tidak mahu membaca
tulisan ini.
Sebagai seorang yang tidak pernah bergelar ahli Umno, sebelum dan selepas, dahulu,
kini dan selamanya, percayalah, segala apa yang disebut orang sebagai kritikan, komen
atau kupasan saya tentang saudara adalah datang dari seorang kawan, bukan seorang
musuh! Cuma mungkin, saya bukanlah kawan saudara seperti Zahrain Hashim ataupun Nallakarupan,
saya tidak kenal saudara berpuluh tahun dan saya juga tidak kaya seperti mereka.
Saya tidak pernah terlibat dengan reformasi 1998, tetapi saya antara yang hadir dan
mengisi borang keahlian bila Parti Keadilan Nasional (PKN - sekarang PKR) dilancarkan
pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, ketika saudara
sedang hangat memimpin massa menggoncang pemerintahan Mahathir, yang kemudiannya
popular dengan nama gerakan reformasi, saya telah ke UUM Kedah melawat junior-junior
saya yang masih ada di sana. Dalam perjalanan pulang, saya telah singgah di Kulim,
di rumah ayah angkat saya, Ustaz Wahab, seorang pendakwah bebas, juga ahli jawatankuasa
Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang ketika itu. Rumahnya di Jalan Ayer Merah, berhampiran
dengan Kolej Matrikulasi MARA Kulim, tempat pengajian saya sebelum ke UUM.
Dalam kesempatan pertemuan itu, Ustaz Wahab telah bercerita tentang saudara kepada
saya, tentang pertemuannya dengan saudara di rumah saudara di Bukit Damansara sebelum
saudara ditangkap. Bersandarkan keperibadiannya yang saya kenal, saya percaya apa
yang dia percaya, iaitu saudara tidak bersalah! Bahkan Ustaz Wahab telah membawa
saya melihat rumah saudara di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, sebuah rumah tipikal
orang utara, rumah kayu bertiang tinggi yang mana bahagian bawah kemudiannya diubahsuai
menjadi tingkat bawah rumah, jadilah ia rumah dua tingkat, keseluruhan rumah saudara
dicat warna putih.
Ustaz inilah, ayah angkat saya inilah yang membawa saya menyertai PKN @ PKR, sehinggalah
saya berjaya mendaki tangga kepimpinan parti, menjadi Exco AMK selama dua penggal,
sebelum saya mengambil keputusan mengucap sayonara pada bulan Julai 2007. Dahulu
saya menyertai parti ketika saudara menghadapi pertuduhan liwat kali pertama, saya
cukup percaya saudara dizalimi, sampai hari ini pun...
Ketika saya meninggalkan parti dahulu, saya ada mengatakan yang parti sudah rosak
akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin-pemimpin besar tertentu
dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu. Hari
ini ia semakin menampakkan kebenarannya, pemimpin-pemimpin besar inilah, yang kebanyakannya
diangkat saudara sendiri, semakin meninggalkan saudara. Tidak kiralah Zahrain Hashim,
Nallakarupan dan Datuk Nasha yang hanya seminggu bersama saudara, semuanya dari air
tangan saudara. Yang lain termasuklah silver frog dari Perak, Jamaluddin Md Radzi
dan Osman Jailu yang berdosa meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di sana.
Ketika saudara mengangkat Zahrain Hashim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau
Pinang, semata-mata kerana dia adalah sahabat saudara puluhan tahun, tindakan saudara
telah ditentang hebat oleh AMK Pulau Pinang yang ketika itu di bawah teraju Amizuddin
Ahmat, tetapi saudara pertahankan keputusan saudara. Saudara lihat sekarang, Amizuddin
memang seorang yang lantang dan kadang-kadang lepas cakap, tetapi dia kekal setia
dengan perjuangan keadilan, sedangkan yang kononnya "sahabat 30 tahun" saudara itu,
Zahrain Hashim meninggalkan saudara setelah berjaya mendapat gelaran Datuk Seri,
tentulah harganya menjadi semakin mahal sekarang ini.
Atas kerisauan yang sama, walaupun telah meninggalkan PKR ketika itu, saya menulis
mempersoalkan tindakan saudara melantik Datuk Fauzi Abd Rahman sebagai Pengerusi
Perhubungan PKR Negeri Pahang (sekarang Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang).
Sumpah, saya menulis itu bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan Datuk Fauzi,
bahkan anaknya adalah rakan baik saya. Saya cuma prihatin dan bimbang, kata orang
tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain! Saya bimbang dengan bekas elit
Umno yang biasa dengan kemewahan, yang biasa dengan kereta menjalar, rumah dan pejabat
besar, apakah mereka betah untuk kehilangannya? Apakah pula cita-cita mereka, adakah
hanya kerana "sahabat" Anwar seperti Zahrain dan Nallakarupan  tadi?
Dalam tulisan Sayonara saya dahulu, saya turut mengatakan yang agenda rakyat sudah
terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan
penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan
slogan. Ketika itu ada kalangan angkatan muda yang pernah bersama saya mempersoalkan
hujah saya ini. Hari ini, kalaupun tidak sepenuhnya, sebahagiannya telah terbukti
betul. Orang-orang seperti Zahrainlah, seperti Nallakarupan, seperti Jamaluddin dan
Osman Jailu yang ucapannya berdegar-degar, kononnya bercakap soal perjuangan telah
membenarkan apa yang saya tulis. Tiada gerakan penentangan di bawah pimpinan mereka
yang boleh disenaraikan, bahkan yang bercakap berdegar-degar inilah yang akhirnya
menjadi petualang perjuangan.
Ramai orang menelah, terutama dari kalangan Umno, Ezam adalah trojan horse ketika
dia mengambil keputusan menyertai Umno. Namun apa yang jelas hari ini, trojan horse
ini lebih ramai di dalam PKR, seperti Zahrain, seperti Jamaluddin, seperti Osman
Jailu, dan mungkin juga seperti Zulkifli Noordin. Kebanyakan yang menjadi trojan
horse di dalam PKR ini pula adalah "orang pilihan" saudara.
Ada juga cerita tentang "orang pilihan" saudara ini dalam PKR Pahang. Umum mengetahui
wujudnya krisis kepimpinan di sini, terutama di antara Datuk Fauzi dengan Azan Ismail,
Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orang bertanya saya, siapa cantas siapa ini? Saya kata
susah mahu cakap, sebab dua-dua "orang Anwar."
Dalam keadaan PKR sedang berhadapan dengan krisis kesetiaan yang teruk inilah, saudara
dihadapkan pula dengan kes pertuduhan liwat versi kedua. Orang yang menuduh saudara
namanya Saiful Bukhari Azlan, nama yang saya tidak pernah jumpa ketika masih aktif
dalam AMK dahulu. Saya tertanya-tanya, berdasarkan latar belakangnya, mengapakah
dia yang saudara pilih untuk bekerja dengan saudara, sedangkan AMK dari seluruh negara
mempunyai ribuan calon yang berkelayakan, bahkan ramai dari mereka sanggup bersukarela
tanpa dibayar sesen pun, asal sahaja makan minum mereka terjaga.
Masalah ini belum lagi dicampur dengan krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan
Rakyat yang lain seperti PAS yang masih belum kebah dari dihantui dengan pertembungan
kumpulan pro perpaduan dan pro pakatan. Saya faham dalam hal parti lain, saudara
hanya mampu memberi nasihat dan pandangan, bukan memberi arahan. Bagi saya, ia sudah
satu kejayaan besar jika saudara mampu menyelesaikan masalah pertuduhan liwat kali
kedua ini dan paling penting, masalah dalaman PKR yang belum berubat itu.
Untuk kali kedua inipun, saya tetap percayakan kata-kata ayah angkat saya dahulu,
yang saudara tidak bersalah dan dizalimi. Saya meninggalkan parti dahulu bukan kerana
saya percaya apa yang Ezam percaya, tetapi kerana saya cemuih (kata orang utara)
dengan politiking dalaman parti, lebih dari itu saya tidak nampak aura perjuangan
di wajah bekas-bekas elit Umno yang saudara angkat sebagai pemimpin PKR, sepertimana
saya sudah tidak percayakan Ruslan Kassim bila saya bersalam dengannya ketika dia
menjadi calon dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang lama dahulu, dia bersalam tidak
melihat muka orang! Yang saya nampak adalah mata yang mengintai peluang kekuasaan,
pangkat dan kedudukan, mata yang sedang mabuk kepayang.
Atas sebab karamah insaniyah, apakah sekali lagi saya harus bangkit membela saudara?
Saudara sendiri lihat, yang tidak ramai lagi reformis yang mengikuti perbicaraan
saudara yang kali kedua ini. Saya yakin, mereka juga seperti saya, masih percaya
yang saudara tidak bersalah dan dizalimi, soalnya ke mana mereka? Saya rasa sebelum
terlambat, saudara mesti berbuat sesuatu.
Saya berani mengatakan yang kesalahan saudara adalah kerana saudara tidak mencuba
untuk berkenalan dengan mereka, mendalami kelebihan dan pemikiran mereka. Mereka
mungkin bukan "sahabat" saudara puluhan tahun, mereka juga mungkin bukan teman bermain
tenis saudara, mereka bukan dari kalangan saudagar kaya-raya. Mereka sudah tentu
tidak mampu menyumbang harta-benda, tetapi percayalah, mereka adalah pejuang paling
setia. Walaupun hari ini mereka tidak lagi menghurungi mahkamah setiap kali perbicaraan
saudara berlangsung, tetapi dari jauh mereka tetap menyokong dan berdoa untuk saudara.
Mulai sekarang, saudara sudah patut memulakan langkah baru, membina persahabatan
baru, dengan anak-anak muda yang tidak pandai berbatik dan berkot ini, di sebalik
ini, kebanyakan dari mereka sebenarnya berpendidikan tinggi.
Dari segi ini, penghormatan saya jauh lebih besar terhadap Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
isteri saudara, berbanding dengan saudara sendiri. Wan Azizah benar-benar membawa
sosok pejuang dari kaum ibu. Sewaktu saudara masih di dalam penjara, saya banyak
kali singgah di rumah saudara di Bukit Damansara dan berceramah di sana. Dia seorang
ibu sejati, cuba mengenali, cuba memahami, cuba mengambil tahu, siapa anak muda yang
tiba-tiba muncul di sekeliling perjuangan ini. Bahkan saya sampai menyimpulkan yang
sokongan terhadap saudara tidak pernah surut ketika itu walaupun saudara merengkok
di Sungai Buloh adalah kerana tarikan sikap keibuan Wan Azizah (entah kebetulan entah
tidak, nama ibu saya juga Azizah).
Sekali lagi perlu saya tegaskan, saya tidak pernah membenci, tidak pernah memusuhi
saudara. Biasalah bila orang muda menegur, bahasanya panas dan pedas. Di sebalik
itu, sampai hari ini saya masih tetap mendoakan kerahmatan hidup saudara sekeluarga.