Jumaat, 28 Mei 2010

PERTIS: APA NAK JIDI 2

(PERLEMBAGAAN PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS), BAB IV, PERKARA 7, (5), MESYUARAT AGUNG TAHUNAN HENDAKLAH DIADAKAN TIDAK
LEWAT DARIPADA 30 JUN PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN OLEH JAWATANKUASA PUSAT.)

Perlemnagaan PERTIS adalah merupakan satu dokumen rasmi pertubuhan yang telah dipersetujui secara bersama oleh semua ahli PERTIS sama ada di peringkat penajaan mahu pun selepas pertubuhan ini diterima pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan dan dokumen ini merupakan undang-undang tertinggi dalam pertubuhan ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab semua ahli tanpa mengira kedudukan mereka dalam pertubuhan untuk mematuhi segala peruntukan yang tercatat di dalamnya. Kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan dalam perlembagaan ini adalah suatu pengengkarian yang amat serius dan perlu dielakkan.

Sedang perlembagaannya adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam pertubuhan, mesyuarat agung tahunan pula merupakan badan tertinggi dalam pertubuhan dan kuasanya melangkaui semua kuasa yang ada dalam pertubuhan termasuk jawatankuasa pusat. Di dalam mesuarat agung tahunan kedudukan semua ahli adalah sama tanpa mengira sama ada mereka adalah berjawatan atau hanya sekadar ahli biasa. Dalam keadaan tertentu, mesyuarat agung tahunan ini telah diberi kuasa oleh perlembagaan untuk meminda perlembagaan itu sendiri. Ini bermakna secara institusinya mesyuarat agung tahunan adalah kuasa tertinggi dalam pertubuhan mengatasi perlembagaan itu sendiri.

Begitu pentingnya dan besarnya mesyuarat agung tahunan, maka keperluan mengadakannya adalah tidak boleh dianggap tidak perlu atau boleh dikesampingkan seperti aktiviti lainnya. Ia harus mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan PERTIS. Notis mesyuarat, agenda mesyuarat, minit mesyuarat, laporan aktiviti, laporan kewangan tahunan dan usul-usul perlu disediakan menepati kehendak perlembagaan agar ia dapa berjalan dengan lancar.

Hari ini, ketika posting ini dicatat, adalah hari Jumaat 28 Mei, 2010. Sehingga kini notis mesyuarat belum dikeluarkan. Tarikh 30 jun semakin menghampiri kita. Perlembagaan PERTIS mengkehendaki agar Mesyuarat Agung Tahunan diadakan sebelum 30 Jun.

(BAB iv, PERKARA 7, (7) memperuntukkan (Pengumuman awal kerana mesyuarat Agung Tahunan yang menerang tarikh, waktu dan dan tempat dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan yang hendak dibincangkan dan cadang-cadangan untuk meminda undang-undang hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung tidak lewat dari 45 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermusyuarat.). Di sudit ini sahaja nampaknya Setiausaha Agung telah melanggar perlembagaan ini. Dengan hari yang tak sampai pun 35 hari, apakah mungkin mesyuarat Agung Tahunan ini akan diadakan bukan pada bulan Jun. Seandainya ini berlaku, nampaknya ini adalah tahun yang pertama di mana PERTIS melakukan sesuatu yang tidak wajar dilakukan dan amat dikesali.

Sekiranya benar mesyuarat ini diadakan lewat dari kadar masa yang diperuntukan maka persoalan berikut harus dijawab dengan jujur oleh Jawatankuasa Pusat PERTIS. Persoalan paling pokok adalah peruntukan manakah yang mereka gunakan untuk menangguhkan mesyuarat kali ini? Di dalam perlembagaan PERTIS tidak terdapat mana-mana peruntukan yang membolehkan Yang dipertua, atau Yang Dipertua bersama Setiausaha Agung, atau Yang Dipertua bersama Setiausaha Agung dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS, atau Yang Dipertua bersama Satiausaha Agung dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan ahli atau beberapa orang ahli atau semua ahli, atau ahli atau beberapa orang ahli atau semua ahli sesama mereka atau bersama mana-mana Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS menanggguhkan mesyuarat agaung ke tarikh yang mereka sukai. Oleh yang demikian, seandainya mesyuarat ini diadakan di luar tarikh yang ditetapkan maka ia boleh menimbul masalah kepada PERTIS kemudian hari. Ya, mungkin kebenaran boleh dipohon dari pihak pendaftar Pertubuhan tetapi harus diingat bahawa pendaftar Pertubuhan hanya sekadar sebuah organisasi yang menentukan perjalanan pertubuhan berjalan mengikut peruntukan undang-undang negara dan perlembagaan pertubuhan. seandainya terdapa ahli-ahli yang mempertikaikan penangguhan ini maka ia akan menimbulkan masalah dan pihak Pendaftar Petubuhan tidak membantu ketika itu. Ingat, kuasa mutlak terletak di tangan ahli pertubuhan.

Kalau terdapat di antara kita ingin menjadikan kesibukan aktiviti di bulan Jun sebagai alasan, maka ia merupakan satu alasan yang cukup dangkal. Banyak majlis perkahwinan, Mesyuarat Agung SBM, Mesyuarat Lepasan St. Nicolas dan beberapa perkara lain mungkin dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan penangguhan ini maka persoalannya adalah Jun bukan datang tiba-tiba. Sejak mesyuarat agung yang lalu anda mempunyai 12 bulan untuk membuat persediaan, kenapa anda bertindak seolah seperti tak pernah melihat Jun sebelum ini. Kalau sebelum ini kita pernah mengadakan mesyuarat pada penghujung bulan Mei, kenapa ia tidak dilakukan untuk tahun ini. Bukankah telah menjadi amalan kita untuk sekian tahun, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Sabtu Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung, kenapa budaya ini tidak diteruskan?

Ada juga terdengar perkhabaran yang mengatakan bahawa ILIM tidak mempunyai tempat atau ruang untuk kita bermusyuarat di sana
kerana ILIM telah penuh ditempah. Adakah Perlembagaan PERTIS hanya membenarkan kita bermusyuarat di ILIM semata-mata? Apakah sudah kekurangan dewan di Kuala Lumpur atau Lembah Klang atau di Malaysia sehingga kita tidak mengadakan mesyuarat di dewan-dewan lain? Adakah Dewan Kompleks MAB sudah tidak menerima lagi tempahan dari PERTIS untuk kita gunakan untuk bermusyuarat sedang esok ada aktiviti PERTIS di sana?

Atau, Sebenarnya PERTIS mempunyai masalah yang hendak dilindungi dari pengetahuan ahli-ahli mereka lantas semua ini berlaku. Saya berharap agar posting ini yang akan saya e-mailkan secara terbuka akan dapat merungkai apa yang sebenarnya menghambat PERTIS. Sesungguhnya kami memang mengesyaki ada yan tak kena dalam PERTIS. Mungkin tindakan saya ini akan menjatuhkan nama PERTIS tetapi mungkin sudah sampai masanya tindakan ini perlu diambil. Tegur sudah, nasihat pun sudah. yang belum "belasah".

Saya ingin memohon maaf atas tindakan ini tetapi demi kebaikan PERTIS saya rela diambil tindakan disiplin oleh pihak PERTIS.

Sabtu, 22 Mei 2010

PERTIS: APA NAK JADI 1

(PERLEMBAGAAN PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS), BAB IV, PERKARA 7, (5), MESYUARAT AGUNG TAHUNAN HENDAKLAH DIADAKAN TIDAK LEWAT DARIPADA 30 JUN PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN OLEH JAWATANKUASA PUSAT.)

Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang sah di sisi undang-undang dan telah didaftar dan diterima pendaftarannya dengan dan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Bagi mendaftarkan sesebuah pertubuhan atau persatuan, jawatankuasa penaja ketika peringkat awal penubuhan harus membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan setelah Berjaya mengumpulkan sejumlah ahli yang bersetuju untuk menubuhkan sesuatu pertubuhan itu. Dalam permohonan yang dikemukakan itu, salah satu dokumen penting yang harus dikemukakan dan mesti mendapat kelulusan ahli-ahli yang bersetuju untuk menubuhkan persatuan berkenaan adalah perlembagaan pertubuhan. Pihak Pendaftar Pertubuhan akan meneliti dokumen berkenaan (perlembagaan pertubuhan) dan setelah berpuashati barulah pertubuhan boleh diluluskan dan diberi sijil pendaftaran.

Perlembagaan ini terpakai dalam semua urusan Pertubuhan berkenaan sama ada dari segi keahlian, pentadbiran, kegiatan dan lain-lain lagi yang berkenaan. Semua penjawat jawatan dalam pertubuhan dan ahli-ahlinya bertanggung jawab untuk mematuhi apa sahaja yang dikehendaki oleh perlembagaan.

Sebenarnya, sebaik sahaja seseorang itu bersetuju untuk menjadi ahli dan kemudiannya menandatangani borang keahlian dan setelah diluluskan permohonan itu maka ahli berkenaan telah bersedia untuk diikat dan terikat dengan dan kepada perlembagaan pertubuhan berkenaan. Seharusnya dan sewajarnya, seseorang yang memohon untuk menjadi ahli harus terlebih dahulu didedahkan kepada perlembagaan pertubuhan berkenaan agar mereka dapat menilainya sebelum membuat keputusan untuk menandatangani borang keahlian. Ini bagi memastikan individu berkenaan benar-benar faham dan tahu akan peranan dan tanggung jawab sebagai ahli dan segala-gala berkenaan perjalanan pertubuhan. Keadaan ini perlu bagi mengawal ketulusan dan keharnonian dalam berpersatuan dan yang paling penting untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli.


Kegagalan mematuhi atau mentaati mana-mana perkara dalam perlembagaan sesebuah pertubuhan hanya akan menimbulkan perkara yang boleh mengkucar-kacirkan sesuatu pertubuhan itu. Pertelingkahan dalaman, ketidakpuasan hati, kemarahan, fitnah-memfitnah dan berprangsangka buruk sesama ahli akan berlaku akibat dari kegagalan mematuhi kehendak-kehendak perlembagaan. Pertubuhan atau persatuan boleh menerima padah yang serius termasuk tindakan undang-undang dan pembubaran akibat kegagalan mematuhi perlembagaan. Perkara-perkara inilah yang dibimbangi berlaku dalam PERTIS sekarang.

(Bersambung)

Jumaat, 21 Mei 2010

USTAZ ASHAARI MUHAMMAD DALAM KENANGAN

Biar apa pun pandangan siapa terhadap Ustaz Ashaari Muhammad, saya tetap tegas dengan posting saya sebelum ini berkenaan beliau. Miski pun kini terdapat pelbagai berita dalam akhbar berkenaan beliau, yang pergi tetap pergi dengan segala yang pernah dilakukan. Kini, beliau sedang menerima apa yang sepatutnya diterima setelah meninggalkan alam yang fana ini. Kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan roh beliau bukan melakukan perkara yang menyusahkan beliau di alam barzah. Beliau sudah pasti dengan apa yang diterimanya tetapi kita bagaimana. Beliau pergi dengan seribu jasa sedang kita akan pergi nanti dengan seribu apa. Langkah beliau langkah pejuang islam, langkah kita langkah apa.

Ya, mungkin beliau tersasar di sini atau di sana tapi beliau adalah manusia biasa dan bukan ma'sum. Apakah hak kita untuk meletakkan begitu dan begini kerana itu semua adalah hak Allah. Beliau telah pergi dan hanya akan bangkit kiembali bersama kita nanti di Alam Mahsyar tapi bukan di sini kerana dunia untuk kita dan bukan untuk orang yang telah pergi. Betapa besar rindu kita hakikat hidup adalah bukan milik kita tetapi mati adalah perjanjian yang pasti. Al-Fatihah.

Selasa, 18 Mei 2010

Sultan Kelantan orangnya pintar

Subky Latif   
DYMM Sultan Kelantan yang terlantar gering sejak setahun lalu dan tidak lagi mudah berkomunikasi seperti biasa malah dengan orang yang dekat dengan baginda
bagi saya adalah seorang yang pintar.

Apa pun orang kata, pada saya semasa sihatnya baginda adalah orang yang pintar.

Allahyarham Haji Idris Othman meninggal awal 2000 adalah penasihat undang-undang Negeri Kelantan yang baginda rundingi bagi mengeluarkan motokar mewah
Lamborghini dari simpanan kastam di Subang untuk dibawa ke Kelantan.

Baginda telah menggemparkan negara kerana dapat mengeluarkan motokar itu tanpa menjelaskan cukai besar yang dikenakan dalam tahun 90an dulu dan selamat
dibawa ke Kelantan dan bebas digunakan di Kelantan saja.

Apa pun orang kata tentang  kejadian, tetapi bagi saya ia adalah perancangan pintar baginda dengan Haji Idris hingga kastam dan polis tidak menduga ia
berlaku dan dapat dilakukan jika tiada pelan yang pintar.

Mungkin orang boleh berkata macam-macam atas kejadian itu tetapi saya yang mencintai kepintaran, sayang dan mengkagumi kepintaran itu.

Sebelum terbentuk muafakat antara PAS dengan Team B UMNO pimpinan Tengku Razaleigh, saya bertemu dengan Setiausaha Sulit baginda di Kota Bharu yang saya
tidak ingat namanya.

Pegawai itu baru membeli motokar baru. Baginda datang menegok kereta itu. Baginda menceritakan tentang enjin motokar itu begitu dan begini yang pegawai
itu sendiri tidak tahu sangat tentng injin motokarnya.

Kata pegawai itu, sebut saja apa jenis motokar, Tuanku dapat menyebutkan tentng enjinnya satu persatu. Justeru itu orang-orang yang tahu tentang injin
motokar yang hendak mengadap baginda mesti bersedia tentang maklumat berbagai jenis injin kerana baginda nanti akan bertanya sesuatu tentang enjin.

Begitu juga tentang senapang dan pistol. Baginda amat meminati hal ehwal senjatapi dan membaca semua tulisan  tentang senjata. Sekalian panglima tentera
yang mengadap mesti bersedia dengan berbagai maklumat terbaru mengenai senjatapi kerana baginda.

Saya tanya pegawai itu tentang tugas hariannya dengan Tuanku? Pagi-pagi lagi Tuanku sudah membaca kebanyakan surat khabar. Tidak lama selepas masuk pejabat,
Tuanku mesti bertanya sudah dia membaca rencana dan berita itu dan ini.

Termasuk yang baginda tanya tulisan saya di Harakah. Biasanya pegawai memberitahu dia belum membacanya. Baginda suruh dia membaca rencana-rencana itu.
Kalau rencana itu sudah dibacanya, baginda akan tanya pandangannya tentang rencana itu. Mana-mana rencana baik dari akhbar Melayu dan Inggeris yang baginda
suruh baca, mesti dibacanya segera kerana tidak lama selepas itu baginda akan bertanya tentang rencana itu.

Beliau tidak menceritakan tentang reaksi Sultan tentang pandangannya terhadap rencana-rencana itu. Tetapi saya percaya tentulah ada perbincangan baginda
dengannya atas rencana itu.

Satu hal dirasanya berat tetapi sudah biasa baginya, biasanya baginda kalau tidak ke mana-mana akan ke pejabatnya sekitar pukul 10 pagi. Baginda membawa
satu buku yang sudah dibacanya. Disuruhnya pegawai itu membacanya. Sebelah petang nanti baginda akan minta apa pandangannya tentang kandungan buku itu?

Pegawai itu tidak boleh temberang kerana baginda tahu kandungannya. Kadang-kadang berturut-berturut hari. Pegawai itu mesti membaca cepat dan mesti selesai
sebelum petang  dan sebelum satu buku baru yang akan diserahkan kepadanya.

Saya tanya, adakah Tuanku kuat kembaca? Jawabnya, ulat buku.

Jika begitu keadaannya, padanlah Sultan Kelantan itu seorang yang pintar.

Tentang motokar Lamborghini yang mahal itu tinggi pula cukai kastam. Baginda pernah dikenakan cukai mudah atas kereta mewah lain sebelum itu. Maka cukai
mudah itu tidak diberikan lagi. Motokar itu tidak boleh dikeluarkan selagi cukainya tidak dijelaskan.

Bagaimana baginda hendak mengeluarkannya?

Hal ini tidak boleh dirunding dengan ramai orang. Baginda berbincang dengan Haji Idris saja. Haji Idris dapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Lalu
baginda pun pergi melihat motokar itu. Dengan pengetahuan mengenai enjin baginda bolehlah bercakap tentang enjinnya. Baginda cuba menaiki motokar.

Baginda pun minta mencuba pandu sendiri di kawasan berdekatan. Kastam membenarkannya tetapi tidak boleh pergi jauh sangat kerana minyak tidak cukup. Apabila
baginda memandu motokar itu, baginda terus ke  stesyen minyak dan dari situ memandunya hingga ke Istana Kelantan di Kuala Lumpur.

Hebohlah kastam kerana motokar mewah bercukai tinggi itu sudah dilarikan. Motokar itu tidak boleh diambil dari kawasan istana. Kalau ia keluar dari kawasan
istana, ia akan diambil balik.

Bagaimana hendak mengeluarkan motokar itu dari istana?

Haji Idris mendapatkan maklumat tentang perjalanan dari Kuala Lumpur ke sempadan Pahang dan Kelantan. Masa mana tiada rondaan polis sepanjang perjalanan
itu? Biasanya waktu panas terik tengah hari polis membuat kerja lain.

Kata Haji Idris, dia memastikan stesyen minyak di Benta antara Raub dan Kuala Lipis ditutup sejam bagi membolehkan motokar itu tidak terhalang mengisi
minyak. Motokar itu tidak boleh berhenti di tengah jalan dan tidak boleh berhenti lama semasa mengisi minyak. Bimbang nanti dikesan polis.

Dan motokar itu mesti dipandu oleh baginda sendiri. Kalau terserempak polis, mungkin polis segan silu dengan Sultan.

Seperti yang dirancang motokar baru yang belum ada air-con itu dipandu dalam keadaan panas hingga ke Benta. Merah menyala wajah Raja oleh panas di luar
motokar dan di dalam motokar. Bayangkan suasana yang baginda tidak pernah alami.

Selepas Benta motokar itu dipandu orang lain segera menuju sempadan dan di Kelantan ia terjamin selamat. Sultan menaiki kereta rasmi lain di belakang motokar
itu hingga ke sempadan.

Begitulah hebat dan pintarnya Sultan semasa sihat dulu.

Isnin, 17 Mei 2010

Sibu: Sokongan Melayu untuk Pakatan meningkat

ANALISIS KUALA LUMPUR, 17 Mei: Menjelang pilihan raya kecil Sibu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin dengan bongkaknya berkata, PKR bermakna
Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar
pengundi Sibu menolak BN.

Cakap sombong Muhyidin ditempelak pengundi Sibu beberapa jam sahaja selepas itu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya  kecil ini.
BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robert Lau Senior menang dengan  majoriti lebih 3200 undi.

"Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu  swing
yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.

Yang menarik juga dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa
Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.

Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan
raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.

Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah
undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini  amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap
Pakatan.

Di peringkat Pusat, Perkasa memainkan peranannya. Di Terengganu pula Gertak pula memainkan peranannya untuk memainkan sentimen perkauman Melayu Umno melalui
program 13 Mei yang telah dibatalkan selepas didedahkan PAS.

Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan
peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.

Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya  Rejang Park
iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.

DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan
yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki
rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, petugas PAS sendiri terasa sekatan ini apabila bilik yang disewa petugas PAS telah ditarik balik.

"Apabila petugas kita pergi untuk persiapan hari mengundi, ada pihak yang menyekat kita masuk ke rumah panjang itu walaupun kita sudah sewa salah satu
biliknya untuk petugas kita," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Mustafa telah berada di Sibu seawal hari pengenalan calon DAP lagi. Sejak itu, dia berulang
alik antara KL dan Sibu. Beliau baru sahaja pulang dari Sibu dan bertemu dengan Harakahdaily sehari selepas hari mengundi1.

Pada awalnya, Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Rahim yang mengetuai petugas PAS di sana namun selepas deman dan pulang ke Kota Bharu, Setiausaha
Jabatan Pilihan Raya PAS, Nasir Daud mengambil alih tugas beliau mengkoordinatorkan petugas PAS di sana.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mariah Mahmud kekal berada di Sibu sejak sebelum  hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Peranan
beliau bersama Muslimat PAS menganjurkan pelbagai jenis program diakui oleh jentera DAP sendiri.

Para pemimpin PAS pula silih berganti datang. Hanya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak dapat datang namun telah mengirimkan amanatnya. Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  pula diberikan tepukan gemuruh dan standing ovation oleh para pengundi ketika beliau berucap di majlis kempen
terakhir Pakatan.

Kesemua mereka berpusat di sebuah rumah yang dijadikan markas PAS di Kampung Hilir dalam Dun Nangka. Hampir semua pemimpin PAS, PKR da DAP ke rumah itu
memandangkan kedudukannya yang sangat strategik di Sibu.

Dengan kemenangan di Sibu, Mustafa yakin adalah sukar untuk mana-mana pihak memecahkan semangat setiakawan Pakatan khasnya antara DAP dan PAS.

"Pilihan raya Sibu telah menjadi sangat manis apabila melihat petugas kita menjalankan tugas dengan baik dan DAP pula memberikan sepenuh keyakinan kepada
mereka.

"Yang manis lagi, selepas berpenat lelah, kita diberikan kemenangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kini, tumpuan PAS adalah untuk menghadapi serangan Umno di kalangan orang Melayu pula. Mustafa sedar, Umno telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran
mereka.

"Umno nampaknya berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa politiknya dengan cara mendapatkan sokongan orang Melayu seramai mungkin hatta melalui tindakan
perkauman mereka walaupun boleh menyebabkan rakan-rakan mereka dalam BN hilang sokongan

"Kelebihan kita adalah kita berpolitik berasaskan Islam bukan Melayu. Bila Islam, kita konsisten dalam menentukan sikap. Umno pula membuat sikap politik
berdasarkan Melayu," kata Mustafa mengulas isu nama Allah yang turut menjadi isu panas di Sibu.

PAS kini sedang membuat persiapan untuk membuat retreat khas bagi membincangkan isu pengundi Melayu ini. Mereka yakin, sokongan pengundi Islam akan kekal
bersama PAS kerana terbukti Umno hanya mahu mengekalkan kuasa semata-mata sebagaimana di Sibu.

Tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan juta untuk pengundi Cina tetapi mengabaikan begitu sahaja pengundi Melayu di Sibu membuktikan
perkara ini.

"Sebab itu saya katakan kepada pengundi Sibu, jika mereka inginkan pembangunan kalahkan BN. Ketika itu mereka akan datang dan berbuat apa sahaja untuk
dapatkan kembali sokongan," kata Mustafa.

NAK MENANG; NAJIB BUAT PERJANJIAN SAMPAI GADAI MARUAH NEGARA

"Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000
hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya
diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat
Cina ini.

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.

Inilah maruah Perdana Menteri Malaysia hari ini. Apakah janji ini hanya dipandang sepi oleh pelabur luar? Apakah rakyat masih boleh berperdana menterikan dengan melihat perjanjian seperti ini.

Ahad, 16 Mei 2010

Sifir politik negara maju

Selepas berjaya mewujudkan kerajaan campuran di UK, David Cameron dan sekutunya Nick Clegg mula mengorak langkah yang meyakinkan. Gandingan pemimpin muda
(PM termuda dalam sejarah UK. David Cameron, 43 tahun dan Nick Clegg, 42 tahun).

65 tahun lalu, kerajaan campuran UK (coalition government) disebut national government. Kerajaan campuran UK hari ini disebut sebagai kerajaan stabil dan
responsibiliti. Atau mungkin kerajaan perpaduan. Itu hanya cap. Brand. Yang pentingnya, bagaimana kerajaan itu diterjemahkan dalam kehidupan rakyat.

Musuhnya musuh adalah kawanku. Begitulah sifir dalam politik. Nick dan David banyak tidak sehaluan. Tetapi politik itu menyatukan. Bukan memecahkan. Yang
berpecah adalah mereka yang dangkal berpolitik. Politik haiwan. Membunuh musuh bagai mangsa yang rangup.

Perbincangan utama dalam rangka mewujudkan kerjasama antara Konservatif dan Lib Demokrat, isunya adalah mengurus perbezaan manifesto. Bukannya berapa banyak
kerusi kabinet yang bakal diperoleh. Memang ada manifesto yang terpaksa digugurkan.

Parti yang besar tidak cuba menarik ahli parlimen yang menang untuk melompat ke dalam parti mereka demi menubuhkan kerajaan. Mereka bincang antara parti
dengan parti. Bukan antara pemimpin parti dengan pemimpin politik. Tidak seperti senaif idea 16 September atau coup d etat Perak. Politikorup.

Bahasa yang retorik tidak lagi penting untuk dinilai keupayaan dan kesungguhan. Masyarakat menilai bahasa badan pemimpin.

Gordon Brown balik kampung di Scotland. Orang kampungnya pun dah tolak dia. Brown kata, dia nak penuh kehidupan peribadinya. Letak jawatan Perdana Menteri
dan ketua Parti Buruh. Biarlah pemimpin muda lain yang memimpin parti untuk membawa cabaran masa hadapan.

Sekali lagi, berilah peluang kepada orang muda.

Orang muda!

Oleh: maju
Muhaimin Sulam,UK

Dipetik dari:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26560:-sifir-politik-negara-maju&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Beginilah Kita Berpolitik Dalam Masjid|

Soalan: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus ? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?

Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin.

Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya
rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah
(s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai
satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat
pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya.

Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau
berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan
yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!”

Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!”

Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata
pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur
dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah.

Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca
khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam,
mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.  

Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling
mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.  

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ?” Sedangkan mereka bergelumang
dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada
di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan
dan mengenepikan halal dan haram.

Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan
di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak
dan sistem hidup yang lengkap.

Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya
yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah
manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman
di dalam sabdanya ;

الدين النصيحة : قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وإمامهم

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?”

Sabdanya: “Bagi Allah, Kitab وRasul, dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan
daripada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.):

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan kamu beriman kepada ALLah.” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat.

Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya.
Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan
rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.

Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:

Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam.
Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka
dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat,
memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.

Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.

Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan.

Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan.

Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama
ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan
syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.

Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.

Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada
taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai
kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya
dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah
hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa
perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.”
(Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang
beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.

Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan.  

Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah
kepada jalan Allah.  

Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.

 

OLEH:

Nasrudin Hassan at-Tantawi

 

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

 

Dipetik dari Beginilah Kita Berpolitik Dalam Masjid, harakahdaily.net|

Sabtu, 15 Mei 2010

ASHAARI MOHAMMAD DALAM KENANGAN

Saya masih ingat lagi, ketika itu saya masih berada dalam darjah enam. Pada suatu hari masjid di kampung saya menganjurkan satu majlis ceramah atau lebih tepat tazkirah lepas maghrib. Majlis ini lebih merupakan usaha anak koriah dan bukannya dari jawatankuasa masjid kerana pakcik yang menjemput penceramah memang tak pernah menjadi ahli jawatankuasa masjid di kampung saya iaitu Kampung Delek Kanan. Sebenarnya penceramah tersebut adalah Ustaz Ashaari Mohamad dari Darul Arqam yang mana nama beliau memang telah menjadi sebutan di kampung saya sebelum itu lagi.

Saya tidaklah mengikuti ceramah tersebut, maklumlah kanak-kanak yang nakal. Kalau pergi ke masjid dengan kawan-kawan sebaya ketika itu pun lebih bertujuan untuk bermain dan mencari makan percuma. Bayangkan masa solat kami boleh cuit-mencuit dan tolak-menolak. Namun begitu, pentadbir masjid di kampungku memang agak terbuka dan tidak menghalang kehadiran kanak-kanak untuk berada di masjid pada bila-bila masa. Kami juga mendapat beberapa keistimewaan di mana walau pun masjid kami kecil tapi kami masih disediakan ruang khas dan ruang ini tidak boleh digunakan oleh orang dewasa lebih-lebih lagi pada masa hendak menunaikan solat hari raya. Hanya untuk solat jumaat sahaja ruang ini boleh debenarkan kepada orang dewasa.

Berbalik kepada ceramah Ustaz Ashaari, memang saya tidak mengetahui kandungan ceramah tersebut. Namun begitu, apa yang pasti selepas dari ceramah tersebut hampir setiap minggu iaitu pada hari Rabu malam Khamis, ayah saya bersama rakan-rakannya akan ke Sungai Pencala untuk mengikuti kuliah yang diberi oleh Ustaz-ustaz dari Al-Arqam termasuk Ustaz Ashaari. Sungai Pencala adalah sebuah perkampungan yang dibina oelh anggota-anggota Jemaah Al-Arqam dan perkampungan tersebut memang cukup popular.

Satu perkara yang bernar-benar bererti kepada saya adalah apabila setiap kali ayah saya pulang dari Sungai Pencala dia akan membawa oleh-oleh untuk kami di rumah iaitu keset-keset ceramah Ustaz Ashaari. Di situlah bermulanya kami sekeluarga dan kebanyakan orang-orang sebaya kami mungkin mengenal dan mendengar ceramah melalui keset. Keset yang sebelum itu hanya dikenali untuk mendengar muzik, kini telah dieksploytasikan oleh Al-Arqam sebagai cara baru untuk menyampaikan da'wah dan mesej Islam. Kaedah ini memang cukup popular dan begitu mudah diterima ramai mungkin kerana harganya yang murah dan mudah didapati.

mungkin saya tidak silap kalau mengatakan bahawa Al-Arqam adalah kumpulan pertama yang meneroka penggunaan keset sebagai medium menyampaikan da'wah di Malaysia. Sesungguhnya mereka yang menimbulkan idea sehingga lahirnya penggunaan keset tersebut memang berjas besar terhadap Islam kerana kaedah ini bukan saja digunakan oleh Al-Arqam, malah ia juga telah memberi naras baru kepada para penda'wah dan persatuan-persatuan Islam seperti ABIM, PAS dan penceramah-penceramah bebas untuk menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat. Orang ramai telah mula mendengar ceramah bukan hanya di masjid dan surau tetapi telah boleh mendengar kuliah, tazkirah dan ceramah Islam di dalam kereta masing-masing sehingakan pada tahun 1985 terdapat pihak yang membuat kajian terhadap keadaan artis-artis yang tidak mendapat jualan yang menggalakkan walau pun pengimpotan keset begitu banyak dalam pasaran. hasil dari kajian tersebut menjelaskan bahawa selain dari masalah cetak rompak, keset-keset yang banyak itu sebenarnya telah pergi ke medan da'wah. Ia juga telah memberi sumber pendapatan baru kepada para peniaga kecil kerana mereka dapat dan boleh menjual keset ceramah tanpa perlu membayar royalti kepada pencaramah kerana para penceramah alhamdulillah tidak menimbulkan isu tersebut. Semoga keadaan tersebut akan memberi keberkatan kepada kehidupan para penceramah kerana menghalalakan ilmu disibarkan melalui keset-keset untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Kalau mereka menuntut royalti nescaya ramai di antar ustaz dan pencaramah boleh menjadi jutawan.

Al-Arqam juga telah meneroka satu bidang baru bagi menyediakan pilihan kepada penggemar hiburan tak kira muda atau tua. Mereka telah menubuhkan kumpulan nasyit yang dikenali dengan kumpulan Nada Murni. Kumpulan ini telah melahirkan lagu-lagu nasyit yang cukup berqualiti sama ada dari segi lirik, melodi, gubahan dan susunan muzik, qualiti rakaman audio yang mana hasil kreativiti mereka setanding dengan keset-keset keluaran EMI, WEA, POLIGRAM dan banyak syarikat muzik lain. Nasyit yang mereka dendangkan memang begitu diterima oleh semua golongan masyarakat tak kira usia, kelompok mesyarakat dan status masyarakat. Lagu-lagu mereka benar-benar menginsafkan kita dan kadang-kadang meronton hati sehingga mengalirkan air mata kerana memikirkan kelemahan diri. ArQamlah yang meneroka pendekatan baru dalam dunia da'wah selain dari ceramah, mereka telah menggunakan nasyit dan nasyit adalah serampang dua mata dalam usaha da'wah; iaitu hiburan alternatif dan kaedah menyampaikan mesaj Islam yang baru. Tentu kita tidak lupa dengan seorang tokoh nasyit yang telah pergi meninggalkan kita tak berapa lama sebelum Ramadhan iaitu Ustaz Asri. Beliau adalah bakat yang lahir atau dicungkil dari kumpulan Nada Murni ini. Lanjutan dari itu, ia juga telah menbuka dimensi baru dalam industri muzik dan hiburan tanah air di mana nasyit telah manjadi satu zonra yang sudah tidak boleh dipinggirkan dalam kesibukan artis memburu kepopularan dan nama. Kalau artis lain sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak, golongan nasyit inilah diharap dapat mempertahankan saksiah dan akhlak Isalm dalam suasana fitnah pada hari ini. Moga kumpulan nasyit ini akan dapat mengimbangi kemungkaran yang dilakukan oleh artis-artis dari zonra yang lain.

Kicap, mee, sabun, sos cili, sos tomato, biskut, pewangi, syampu, minyak rambut, pakaian islam adalah senarai kecil yang berjaya dikeluarkan oleh kumpulan Al-Arqam. Di tahun 80-an dan 90-an walau pun tiada kempen besar-besaran tentang industri halal, tak ada pun halah hub, tapi atas rasa tanggung jawab sesama muslim Arqam telah mengeluarkan produk-produk yang berqualiti dan boleh bersaing dengan jenama lain dalam pasaran. Mudah sekali ketika itu, kalau nak cari keperluan keluarga dan diri yang tidak menimbulkan keraguan dari segi halal haramnya pegi saja ke kedai Arqam. Kita yang membeli barang-barang dari kedai Arqam tidak merasa tertipu dan tak pernah merungut pun mengenai kesuciannya. Hari ini, walau pun ada HIDC (perbadanan Industri Halal), sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri namun masyarakat begitu mempertikaikan kesahihan halal sesuatu produk. Mungkin apabila sesuatu itu diasaskan dengan iman dan rasa ukhwah serta dibajai dengan keikhlasan, ketenangan akan dapat dirasai oleh penjual dan pembelinya kerana Allah memberkati usaha tersebut. Sebenarnya penglibatan Arqam bukan sahaja setakat dalam perniagaan runcit semata-mata, malah mereka juga terlibat dalam sektor koperat dan begitu berjaya pencapaiannya.

Namun langit tidak selalu cerah. Hati orang melayu memang sentiasa disaluti dengan perasaan dengki dan khianat. Akhirnya pada tahun 1995 terjadi apalah yang terjadi. Arqam diperlakukan seperti penjanayah dan sememangnya di Malaysia ini pejuang Islam memang akan diperlakukan seperti penjenayah termasuk peristiwa Memali. Arqam juga tidak terlepas dari fitnah itu dengan mereka telah dituduh mengamalkan ajaran sesat. Mungkin betul mereka telah mengamalkan ajaran sesat dan kita pun sebenarnya tidak jelas apakah kesesatan yang telah mereka lakukan. Apa yang dihebahkan dalam media adalah Arqam adalah sesat.

Bagi saya, kalau pun benar Arqam mengamalkan ajaran sesat cukuplah diperbetulkan aqidah mereka. Kenapa sampai seluruh aktiviti Arqam yang banyak memberi manfaat kepada umat Islam dimusnahkan. Atas dasar inilah saya meletakkan dakwaan bahawa apa yang berlaku kepada Arqam adalah lebih kepada dengki dan khianat bangsa melayu kepadan bangsanya sendiri kerana kalau mereka memahami Islam dengan sebenarn mereka tidak akan tegamak melekukan apa yang telah mereka lakukan 15 tahun yang lalu.

Saya tidak mahu bercakap berkenaan ajaran sesat kerana saya tidak layak untuk berbicara tentang itu. Namun, satu perkara yang telah berjaya ditinggalkan oleh Ustaz Asyaari adalah nilai ukhwah. Dengan nilai ukhwah yang ada inilah walau pun Arqam telah diharamkan, Arqam tetap hidup di hati para pengikutnya dan memang boleh dilihat dalam masyarakat hari ini. Untuk mengenalinya cukuplah saya berkata "hanya jauhari yang mengenal menikam".

Kini, Pengasas Darul Arqam telah pergi meninggalkan kita pada hariKhamis yang lalu membawa bersama jasa yang bukan sedikit terhadap Islam di Malaysia. Dengan segala kekangan dan serba kekurangan, rintangan dan halangan yang cukup hebat Arqam tetap tidak mati dari ingatan rakyat Malaysia. Di Kampung Delek, mereka yang saban minggu mengikuti kuliah di Sungai Pencala kemudiannya terus ke Masjid Mujahiddin di Damansara pada tahun 1979 hingga tahun 1982 akhirnya telah menjadi aktivis PAS yang cukup aktif. Dari tidak memiliki harta, PAS cawangan Kampung Delek telah kini mempunyai beberapa cawangan lain dan harta yang bernilai jutaan ringgit. Kemuncaknya, PAS Kampung Delek telah mendapat penghargaan apabila menjadi cawangan PAS terbaik di Malaysia dalam muktamar tahun lalu yang diadakan di Shah Alam.

Buat Ustaz Ashaari, Sekalung terima kasih buatmu. Enkau telah pergi membawa bersama jasa, budi, amal, dan kenangan. Andai ada dosamu moga akan diampunkan Allah dan segala jasa akan diterima Allah sebagai amal seorang pejuang Islam. Al-Fatihah!

PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

Dipetik dari http://www.mohamadsabu.com

Ahad, 9 Mei 2010

BILA HATI DAH KOTOR, SUKAN PUN JADI JUDI

Saya memang terlupa siapakah tokoh berkenaan tapi kisahnya memang amat diketahui kerana peristiwa tokoh ini sering diceritakan oleh ramai penceramah lebih-lebih lagi bila bercakap tentang hati. Saya kurang pasti sama ada Lukman Al-Hakim atau Harun Al-Rashid. Andai ada sesiapa yang boleh membuat pembetulan silakan.

 

Dalam satu peristiwa tokoh tersebut telah meminta pembantunya mendapatkan bahagian daging yang paling baik dan yang paling buruk untuk dimasak dan dimakan dan tidak dimasak dan tidak dimakan. Pembantunya adalah seorang yang berilmu dan tinggi taqwanya tehadap Allah. Beliau cukup amanah dalam menjalankan permitaan tuannya itu. Bagi pembantu itu pastinya beliau tidak mengenal atau beramal dengan amalan khianat dalam hidupnya. Orang-orang seperti itu tidak akan mencari redha manusia melainkan redhai Allah adalah di atas segala-galanya. Baginya, andai dia mendapat pujian atau kemarahan dari tuannya biarlah kemarahan dan pujian itu didasarkan atas redha Allah.

 

Bagi memenuhi kedua-dua permintaan tuannya itu beliau telah membawa bahagian hati sebagai bagagian yang terbaik dan terburuk di hadapan tuannya itu. Tuannya juga merupakan seorang yang hebat taqwanya terhaddap Allah. Beliau tidak akan bertindak mengikut perasaan dan tinddakannya tuan itu sering didorong atas rasa tanggung jawab terhadap Allah dan sesama manusia. Tuan tersebut pun bertanya kepada pembantunya: kenapa engkau menbawa bahagian yang sama untuk kedua-dua permintaanku.

 

“Bahagian inilah yang menentukan buruk baiknya seseorang manusia itu” kata pembantu itu.

 

“Kalau baik bahagian ini maka baiklah manusia itu tapi kalau sebaliknya maka sebalaiknyalah” tambahnya.

 

Merujuk kepada cerita ini, sesungguhnya itulah besarnya peranan hati. Kebersihan hatilah yang akan menentukan buruk baik baiknya seseorang manusia itu. Dari situlah juga yang akan memandu kita ke arah jalan yang benar atau tidak. Segala tindakan yang diambil oleh setiap orang dalam apa keadaan sekali pun amat didorong oleh kebersihan hati termasuklah memberi lesen kepada perjudian untuk pertandingan bolasepak piala dunia di Afrika Selatan pada Jun ini.

 

Sepangjang hidup yang pernah saya lalui, sukan sering digambar sebagai satu kegiatan yang cukup positif. Banyak perkara baik yang dapat diperolehi dari sukan. Guru-guru sukan kita di sekolah dari darjah satu sehingglah ke tingkatan lima kemudian ke tingkatan enam, guru-guru cukuplah menggalakkan kita bersukan. Kalau terdapat murid-murid yang tidak berminat dengan sukan akan dipujuk oleh guru untuk sedikit sebanyak terlibat dengan sukan sekurang-kurangnya ia akan membantu kecergasan badan dan kecerdasan otak.

 

Melalui sukan juga kita diajar dan dididik dengan semangat setia kawan, kerja berpasukan dan mengawal tekanan dan cabaran. Ahli sukan juga diajar dengan semangat kepimpinan yang cukup tinggi.

 

Sukan juga mengajar kita untuk tidak berlebihan dengan kegembiraan bila menang. jangan menyakiti hati pihak yang kalah. Bila kalah pula kita diajar untuk menerima kekalahan dengan hati yang terbuka dan mengucapkan tahniah kepada yang menang. Kemudian belajar dari kekalahan untuk mencari kemenangan pada pertandingan yang akan datang. Itulah pengertian sukan yang ada pada sebahagian besar dari kita.

 

Bertolak dari semangakt sukan yang dididik dengan penuh dedikasi oleh para guru, lantas kita pun bersukan dari sekolah hingglah ke peringkat universiti dan alam pekerjaan. Malah kalau dilihat kepada masyarakat, sukan memang menjadi pilihan mereka untuk beriadah sama ada bersama rakan atau pun keluarga. Mereka juga sanggup berbelanja besar untuk bersukan walau pun hanya untudiri sendiri dan tak terlibat pun dengan pertandingan besar. Kebanyakan majikan khususnya syarikat-syarakat besar atau yang berkemampuan dan jabatan-jabatan kerajaan memang menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk pekerjaannya bersukan. Walau pun kedapatan majikan yang agak sukar untuk melepaskan kakitangannya untuk terlibat dengan sukan berprestasi tinggi seperti bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan apatah lagi antara bangsa kerana pelbagai alasan khususnya kewangan dan kos, namun mereka masih menyediakan peruntukan yang bukan kecil untuk kakitangannya bersukan. Ini menunjukkan bahawa sukan memang diiktiraf dan diakui umum benyak memberi manfaat sosial dan ekonomi kepada jabatan, syarikat, masyarakat dan negara walau pun mereka bersukan bukan untuk merebut pingat atau ganjaran.

 

Sukan juga  sebenarnya mampu membentuk qualiti kepimpinan kepada ketua jabatan atau bahagian, meningkatkan kerja sama sesama kaki tangan, menimbul kemesraan seumpama sekeluarga, meningkatkan kecergasanfizikal dan mental, menyerap tekanan kerja dan belajar menerima kegagalan untuk meraih kejayaan yang lebih bersar di masa depan. Semua keadaan itu memang memberi kebaikan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

 

Semangat sukan, bersukan dan kesukanan ini juga amat besar peranannya dalam memdidik ahli politik khususnya dalam politik hari ini di Malaysia. Gerak kerja kempen dalam pemilihan parti atau pilihanraya dan menerima kekalahan atau kemenangan dalam pemilihan danpilihanraya amat bergantung besar kepada sejauh mana kita menghayati semangat ketika kita bersukan. Akibat dari tidak ada semangat kesukanan atau kegalan akibat kelemahan diri semasa bersukan inilah yang menyebabkan politik negara kita jadi seperti hari ini. Pihak yang selama ini berkuasa merasakan bahawa kemenangan adalah milik mereka secara mutlak ibarat orang jadi juara selama 50 tahun berturut-turut tiba-tiba kejuaraan itu dirampas oleh oran lain pada kejohanan ke lima puluh satu tahun. mereka menjadi sombong dan cukup angkuh dengan kemenangan dulu sehingga kekalahan yang dihadapi dianggap bukan kerana kegagalan mereka tetapi kerana kejahatan oeran lain. Pada golongan seperti ini kekalahan memang tidak ada dalam kamus hidup mereka sebab itu walau pun kejohanan telah berakyir dan juara pun sudah ditentukan mereka masih ingin mencuri piala kemenangan dari pihak yang menang lantas dilakukanlah apa yang telleh mereka lakukan di Perak dan akan terus mereka lakukan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan. Mereka akan tetap berusaha untuk mencuri piala kemenangan dan jika mereka berjaya mencuri mereka akan berkata bahawa  pengadil telah memberi kemenangan kepada mereka. Inilah kekotoran hati yang ada pada mereka yang salah satunya berpunca dari kegagalan menghayati semangat kesukanan.

 

Kini, lebih malang lagi, mereka yang hatinya kotor telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk turut sama mengotori kesucian dunia sukan. Sukan yang boleh memberi banyak kebaikan dan boleh menjadi alat kepada perpaduan kini telah dinodai dengan kekotoran dan kejidikan judi. kabinet Najib melalui KementerianKewangan Malaysia dengan jurucakapnya timbalan menteri kewangan sendiri yang beragama Islam dari Kelantan telah menyatakan bahawa perjudian bola sepak piala dunia Afrika Selatan Jun ini akan diberi lesen. Alasannya, sekiranya tidak diberi lesen orang ramai akan tetap berjudi secara tidak sah dan sekurang-kurangnya dengan pemberian lesen ini maka pihak kerajaan akan dapat memhungut hasil dari cukai perjudian dan pendapatan-pendapatan lain yang berkaitan dengan perjudian itu. Hasil dari pendapatan ini boleh digunakan untuk pembangunan sukan itu sendiri.

 

Bijak, cerdas dan hebat penjelasan yang diberi oleh seorang yang memiliki kedoktoran dalam bidang ekonomi itu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan betapa mereka tidak memikirkan tentang keburukan yang akan timbul hasil dari tindakan mereka itu. Tidak seorang pun pakar sosialogi yang boleh memberi pengakuan kepada dunia ekedemik bahawa judi tidak akan memberi masalah kepada masyarakat. Sama ada berdasarkan pengalaman mahu pun secara akedemik yang saintifik (kerana akedemik dan saintifik adalah pilihan orang pandai-pandai), tidak ada seorang dari mereka akan mengatakan bahawa judi lebih memnbawa kebaikan kepada institusi keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Institusi keluarga akan musnah, struktur sosial akan punah dan negara juga akan rebah jika sebahagian besar rakyatnya terlibat dengan perjudian. Golongan ini tidak akan menerima sama sekali pandangan yang begitu sebaliknya berapa yang boleh diraih dalam ringgit, itulah yang menjadi pertimbangan dan perkiraan mereka. Agama dan budaya hanya dipersetankan oleh golongan ini kerana mungkin bagi mereka agama dan budaya adalah candu yang boleh menjahanamkan survival politik dan kuasa mereka. Kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat bukanlah keutamaan mereka.

 

Sebenarnya haramnya judi memang cukup jelas dalam agama Islam dan penolakan terhadap judi juga memang cukup kuat dalam amalan agama dan budaya lain. Ini semua tidak pernah diambol kira oleh kerajaan dalam membuat keputusan mereka. Rasanya apa yang diambil kira oleh mereka adalah apakah tindakan yang dibuat atau diambil boleh menjatuhkan mereka atau tidak. Mungkin perkiraan mereka, dengan kemenangan yang tidak seberapa dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan bahawa apa pun yang mereka buat rakyat tetap mengundi mereka maka sebab itulah mereka berani mengambil tindakan ini. Mereka yakin dengan lesen judi ini hasilnya akan boleh digunakan sebagai gula-gula dalam pilihanraya umam ke-13 nanti untuk rakyat mengundi mereka lagi.

 

Oleh kerana perjudian haram gagal dibenteras maka ia dilesenkan. Jadi< kenapa tidak dadah yang telah sekian lama gagal dibenteras juga turut dilesenkan? Kenapa tidak perzinaan juga dilesenkan krana setelah 50 tahun merdeka pelacoran masih juga berleluasa sama ada pelacoran itu kelas bawah yang dilanggan oleh orang biasa atau kelas atas yang pelanggannya adalah para VIP.. Kenapa tidak merempit itu dilesenkan kerana pihak polis gagal membenteras secara berkesan aktiviti tersebut dan dengan itu yuran rempit boleh dipungut dan digunakan untumenambah kemudahan perempitan agar ramai lagi anak muda mampus di tengah jalan agar kurang penyokong pumuda dan puteri UMNBO.

 

Apa pun segalanya bertolak dari hati.
Terserahlah pada pemilik hati sama ada mereka ingin hati mereka bersih yang kemudiannya mampu membersihkan diri mereka atau mereka mahu terus kekal dengan kekotoran hati yang ada pada mereka dan dengan itu akan bertindak atas kekotoran hati mereka. Pilihan tetap di tangan kita tapi kita juga akan bertanggung jawab dengan pilihan kita itu.

Rabu, 5 Mei 2010

BRRILLE DAN AUDIO BUAT OKU PENGLIHATAN

Maklumat dan pengetahuan (yakni ilmu) adalah asas kepada kehidupan hari ini tanpa mengira siapa, bagamana atau apa juga berapa kita dan kedudukan kita dalam struktur masyarakat. Dalam suasana yang sebegini, golongan orang kelainan (lebih tepat lagi kurang) upaya atau singkatannya oku penglihatan juga tidak terkecuali dari menempoh perubahan ini. Golongan ini harus meletakkan diri mereka seiring dengan perubahan agar tidak tersisih atau dipinggirkan oleh kemajuan dan kemodenan.

Bagi golongan oku penglihatan, penemuan kaedah brille oleh Perkins Brriller adalah suatu anugerah yang cukup hebat dan tidak tergambar nilainya. Briller (suatu alat untuk menulis) bagi oku penglihatan adalah ibarat pena yang telah Berjaya mengubah corak kehidupan dan membuat golongan oku penglihatan mampu bersaing dalam masyarakat. Lebih dari itu, terdapat bukan sedikit kalangan oku penglihatan yang mampu memberi sumbangan ke arah pembamgunan dan kemajuan sebuah Negara.

Di samping kaedah brrille, terdapat satu lagi kaedah yang digunakan dan menjadi pilihan kebanyakan dari kalangan oku penglihatan ini iaitu penggunaan teknologi audio. Teknologi ini mula popular sejak adanya alat perakam keset (tape recoder) yang mana harganya pun ketika itu cukup munasabah untuk dimiliki oleh golongan ini. Perakam keset ini sering digunakan dalam klas, kuliah, pejabat atau berhibur. Kini, apabila teknologi semakin berkembang dan dengan kelahiran computer, peranan brriller dan perakam keset ini telah diambil alih oleh computer. Ianya telah banyak menyelesaikanpelbagai masalah dan kekangan yang timbul sewaktu mana brriller dan perakam keset menjadi medium golongan ini mendapatkan maklumat dan pengetahuan.

Persoalannya, biar pun sejarah penggunaan kaedah brrille dan peralatan audio Berjaya dicatat dengan tinta emas, namun bagaimanakah sebenarnya kedua-dua kaedah ini telah benar-benar mampu mengintergrasikan golongan oku penglihatan dalam masyarakat. Apakah kedua-dua kaedah ini benar-benar membantu kea rah pengintergrasian tersebut atau ia hanya sekadar suatu kehebatan yang digembar-gembur sedang golongan oku penglihatan selaku pengguna tidak mendapat manfaat secara hakiki.

Menelusuri kepada keadaan sebenar golongan oku penglihatan yang mengkhusus di Malaysia, kehadiran kaedah brrille dan teknologi audio memang telah memberi impak yang bukan sedikit dan impak-impak tersebut dapat dilihat dalam pelbaggai bidang kehidupan yang Berjaya diterokai oleh kalangan oku penglihatan. Masyarakat juga telah bolehmenerima kehadiran golongan ini dalam pelbagai sector berdasarkan pencapaian dan keperluan.

Salah satu pencapaian besar hasil penggunaan kaedah brrille dan peralatan audio di Malaysia adalah lahirnya bukan sedikit hafiz dari kalangan oku penglihatan. Walau pun kebanyakan dari mereka tidak memiliki pencapaian akedemik yang tinggi, namun mereka mampu membuktikan bahawa mereka punya semangat dan keyakinan diri sehingga akhirnya Berjaya meletakkan ayat-ayat Al-Qur’an dalam dada mereka. Kejayaan ini juga telah meletakkan mereka sebaris dengan imam-imam yang ada di Malaysia apabila ada di antara mereka hamper setiap tahun menjadi imam jemputan di masjid-masjid khususnya di sepanjang Bulan Ramadhan. Sistem brrille dan peralatan audio yang ada pada masa tersebut sebenarnya telah memungkinkan pencapaian hafiz-hafiz berkenaan sekali pun mereka tinggal jauh di pedalaman.

Bagi pelajar-pelajar sekolah dan penuntut di universiti, system brrille dan alat perakam merupakan keperluan yang amat penting dan asas sekali. Bagaimana orang lain memerlukan pena begitulah pelajar oku penglihatan memerlukan brriller dan alat perakam /pemain keset. Sesungguhnya, berbekalkan peralatan tersebutlah para pelajar ini menempuh hari-hari sebagai pelajar. Alat-alat tersebut telah digunakan untuk mengambil nota, menyiapkan latihan dan kerja sekolah, mentelaah dan menghadapi peperiksaan.

Para pelajar ini bukan sekadar berusaha mencapai kecemerlangan dalam korikulum malah mereka juga begitu aktif dalam kegiatan-kegiatan ko-korikulum. Berbalas pantun, syarahan, perbahasan dan mengarang adalah antara aktiviti-aktiviti yang cukup popular di kalangan mereka. Ada juga di antara mereka yang memegang jawatan dalam persatuan di sekolah dan universiti. Kesemua perkara itu memerlukan maklumat dan pengetahuan bagi menjayakannya dan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan ini maka kaedah brrille dan peralatan audio adalah merupakan penyelesaiannya.

Hasilnya, beberapa orang oku penglihatan telah Berjaya mencapai tahap tertinggi dalam akedemik dengan memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang masing-masing sama ada dari universiti tempatan atau luar negeri. Kemuncaknya, berdasarkan kebolehan, kemampuan dan pencapaian, Allahyarham Datuk Dr Ismail Salleh telah dilantik sebagai senator pada Disember 2007. Hakikatnya beliau bukan saja seorang yang telah mengangkat martabat golongan oku penglihatan malah jauh dari itu beliau adalah seorang tokoh ekonomi yang banyak menyumbang untuk kepentingan rakyat dan negara ini tanpa mengira mereka sempurna atau tidak.

Hasil dari perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ict), kini peranan system brille dan peralatan audio telah diambil alih oleh computer. Sebenarnya computer telah melakukan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding dengan system brrille dan peralatan audio konvensional. Komputer, walau pun kos untuk memilikinya di peringkat awal mahal tetapi ia mampu menjimatkan masa, ruang dan memudahkan tugasan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kerja-kerja yang dilakukan dengan computer beraudio ini menghasilkan kerja yang sama dengan kerja-kerja orang biasa. Golongan oku penglihatan kini mampu menyiapkan kerja-kerja seperti minit mesyuarat, laporan kewangan dan aktiviti, kertas kerja, kertas seminar, kertas persidangan, menghantar dan menerima e-mail, mengisi borang dan banyak lagi sama seperti orang biasa tanpa mendapat pertolongan dari orang biasa. Perkara-perkara tersebut dapat dolakukan secara tidak bergantung dengan orang lain. Dalam erti kata mudah, pembangunan perisian-perisian computer seperti pembaca skrin (screen reader) dan pembaca brrille (brrille display) telah mampu membuat sebahagian besar dari golongan oku penglihatan lebih berdikari.

Dalam kehidupan hari ini, masyarakat amat dahagakan maklumat dengan cepat. Membaca suratkhabar online, mengikuti turun naik pasaran saham, perkembangan politik dalam dan luar negeri, bersimbang secara maya, menyertai laman-laman social seperti facebook dan myspace, menjalankan urusniaga perbankan melalui internet, membaca novel cinta atau buku mengenai perjalanan cakerawala dan banyak lagi adalah aktiviti harian masyarakat hari ini dan ia tidak terkecuali kepada golongan oku penglihatan. Kini, dengan adanya pembaca skrin yang lebih bersifat audio dan pembaca brrille yang menjurus kepada system brrille maka segala yang tersebut telah boleh dilakukan oleh oku penglihatan tanpa merugikan mana-mana pihak. Kadang-kadang ketika bersimbang secara maya, teman simbang kita pun tidak tahu yang bersimbang dengannya adalah orang buta.

Bermula dari titik-titik timbul penemuan Perkins Brriller yang kemudiannya terus berkembang sehingga kepada apa yang ada pada hari ini, ternyata brrille dan peralatan audiotelah Berjaya mengintergrasikan golongan oku penglihatan ke dalam masyarakat agar sama-sama dapat mengecapi kemajuan dan kemodenan. Kedua-dua kaedah ini juga telahmemberi dan membuka ruang serta peluang untuk orang-orang oku penglihatan berbakti kepada masyarakat dam megara atau setidak-tidaknya berbakti kepada diri sendiri. Sekali pun kita (oku penglihatan) tidak mampu untuk menolong orang lain tetapi janganlah sampai kita (oku penglihatan) menyusahkan orang lain. Suasana ini boleh dicapai dengan adanya kaedah brrille dan peralatan audio. Oleh yang demikian, usaha kea rah memperkasakan kaedah brrille harus dipertingkatkan dan usaha untuk mengabaikannya harus disanggah habis-habisan. Hakikatnya titik dan bunyi adalah teman paling rapat buat orang buta