Ahad, 19 Julai 2009

BICARA PERISTIWA

ISRA' MIKRAJ

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya dari sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." AL ISRAA' AYAT 1.

Setelah Rejab hampir melabuhkan tirainya, Sya'ban pula bakal mendatangi kita, sebagai tanda Ramadhan hampir tiba. Dengan doa yang diajar kepada umat ini:

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan."

bagi orang beriman Ramadhan yang bakal tiba itu akan dinanti dengan ketidak sabaran kerana itulah satu-satunya bulan yang merupakan hadiah Allah kepada umat Islam. Pada bulan Ramadhan umat ini akan dianugerahkan dengan pelbagai ganjaran dan keberkatan lebih-lebih lagi pada 1 malam yang mulia iaitu malam Al Qadar. Namun saya bukan hendak berbicara tentang Ramadhan kerana sesuai dengan masa ini dan maksud ayat yang dibentangkan di atas tadi maka eloklah kalau saya berbicara tentang Isra' Mikraj.

Di hujung-hujung Rejab begini yang pasti banyak mesjid dan surau, tak kurang NGO-NGO yang menganjurkan majlis-majlis memperingati Isra' dan Mikraj. Majlis-majlis seperti ini perlu dianjurkan kerana inilah mungkin cara untuk mendekatkan masyarakat kepada aktiviti agama. Namun begitu, satu cara baru yng lebih inovatif dalam menganjurkan majlis-majlis seperti ini hendaklah difikirkan bagi menarik minat masyarakat bagi menghampiri Masjid dan surau. Sekali pun ceramah merupaakan cara yang biasa namun penggunaan teknologi baru harus diusahakan bagi menambah minat masyarakat mendekatkan diri pada agama.

Di saat masyarakat memandang sepi terhadap majlis-majlis agama seperti majlis mamperingati Isra' Mikraj ini, tiba-tiba muncul segolongan manusia yang dengan berpandukan akal cuba untuk mempersoalkan akan kewajaran menganjurkan majlis seumpama ini. pada mereka majlis-majlis seperti ini tidak pernah diadakan oleh Rasulullah SAW. Golongan ini juga mengatakan bahawa aktiviti-aktiviti sedemikian adalah bid'ah. Mereka juga dengan berlandaskan akal mereka mengemukakan hujah yang berlandaskan akal yang kadangkala dangkal dan bertentangan dengan semangat da'wah itu sendiri.

Golongan ini begitu bersemangat menolak majlis-majlis agama seperti ini tetapi mereka tak pernah pula mempergikaikan majlis-majlis yang memang bercanggah sama sekali dengan aqidah dan syari'at Islam. Berapa banyak program yang berlandaskan semangat untuk membantu rakyat Palastin tetapi lebih bersifat hiburan yang melampau. Khalayak yang hadir tidak langsung merasai keperitan rakyat Palastin tetapi seolah berpesta atas kesengsaraan Umat Palastin. Masjidil Aqsya yang menjadi destinasi Isra' Nabi Muhammad SAW tidak langsung menjadi kepedulian program seperti itu.

Oleh yang demikian, dalam susana ada pihak yang masih bersedia untuk menganjurkan majlis seperti ini pun ada orang yang begitu jauh dengan agamanya, apalah yang akan terjadi pada umat ini seandainyan tidak ada lagi majlis-majlis memperingati peristiwa-peristiwa besar dalam agama seperti Isra' Mikraj, Maulidul Rasul dan lain-lain lagi.

(Bersambung)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Terima kasih atas ingatan dan kaedah yang saudara gunakan ini. Setidak-tidaknya, ia suatu wasilah dalam mendekatkan diri kita yang bertahap "insan 'awam" ini dengan-Nya. Malah, kita juga dapat saksikan kecenderungan pertubuhan politik, khasnya di negara kita ini, menggunakan ICT untuk tujuan masing-masing. Justeru, kita juga tidak patut ketinggalan, malah sepatutnya memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan seperti yang saudara sebutkan.

Ya, sememangnya dunia Islam pada hari ini seolah-olah gelap; gelap dengan akhlaq dan syakhsiah Islamiyah, tetapi terang-benderang dengan maksiat dan mungkar tajaan para penentang Allah. Inilah puak-puak pengeliru dalam masyarakat; mereka sudahlah merosakkan aqidah, iman dan akhlaq kebanyakan ahli komuniti, malah boleh pula disanjung lagi dianugerahkan dengan seribu satu macam anugerah ... Oleh itu, marilah kita meneruskan israk (perjalanan) perjuangan kita ini meskipun dihalang lagi dicabar dengan pelbagai godaan dan halangan sepertimana Nabi SAW sepanjang perjalanan israk Baginda antara dua daerah suci tersebut. Walaupun kita mungkin kelihatan kalah hari ini, namun, yaqinlah, Allah bersama kita. Bukankah Allah pernah berfirman, antara lain: "Berapa ramai golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah?"?