Dalam menjalani kehidupan harian bersama isteri dan anak-anak, menelusiri perjalanan harian yang lebih kurang sama setiap hari, menempuh permasalahan yang mendatang dan membuatkan kadang-kadang hilang tumpuan lantaran ujian darimasalah itu dan melihat rezeqi yang diturunkan oleh Allah dengan sifat Rahman dan Rahimnya kepada keluarga, diam tak diam, mahu tak mahu, kini, blog ini yang lahirnya kerana hasrat yang selama ini sukar untuk dipenuhi telah menjangkau satahun. Hari ini genaplah setahun usia dan saya amat berpuashati dengan kehadiran blog ini dalam hidup saya dengan izin Allah.
Sejarah awal saya mengenali blog adalah bermula dari hasrat ingin tahu beberapa perkembangan dan issu yang sukar dicari jawapan dalam media konvensional sedia ada seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar harian yang bersepah di dalam pasaran yang bagi saya sering menimbulkan hasrat untuk mencari kebenaran dan tidak pernah ditemui di dalamnya. Antara blog awal yang sering saya kunjungi dan sehingga kini menjadi kunjungan wajib bagi saya adalah Roslan SMS Corner, MSO Melayu, Datuk A. Kadir Jassin, Nubisha dan beberapa lagi. Roslan SMS Corner adalah blog pertama yang saya kunjungi dan blognya telah benar-benar membuat saya ingin berblog sama.
Kini, setelah setahun saya berblog, saya benar-benar mendapat kepuasan dalam meluahkan apa-apa yang terpendam dan terbuku dalam benak untuk kepentingan bersama. Sekali pun apa yang saya tulis tidak disenangi oleh orang-orang tertentu namun itu adalah lumrah biasa kerana tiada kesempurnaan dari yang menulis atau yang menbaca. Selama mana saya tidak menyerang peribadi individu tertentu dan tulisan-tulisan berkenaan adalah datangnya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang di dalamnya saya cuba letakkan keikhlasan maka di situlah nilai yang ada yang saya yakin perlu untuk saya teruskan.
Di sini, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini dan terima kasih juga di atas teguran-teguran yang anda berikan. Insya Allah saya akan terus menulis berdasarkan apa yang saya rasa nak tulis kerana blog ini adalah milik peribadi saya yang kandungannya saya izinkan untuk dikongsi bersama. Sebarang ketidakpuasan bolehlah diluahkan di dalam ruangan komen yang memang saya benarkan dan kalau boleh janganlah menumpang kekuatan orang lain untuk memperkecilkan pandangan saya. Gunakanlah kekuatan anda sendiri yang dikurniakan oleh Allah kerana sifat sedemikian sama seperti Orang-orang Israel yang berani berhadapan dengan Palastin hanya bila berada dibelakang kereta kebal dan perisai sahaja. Saya bukanlah oran hebat seperti anda kerana anda dan anda memiliki kehebatan yang tak sepatutnya pengecut kerana anda boleh menggunakan kelebihan akedemik sama ada bergelar sarjana muda, sarjana sejarah dalam bidang sejarah yang mengkaji khusus berkenaan sejarah perhutanan.Anda hebat sedang saya kerdil. Inilah kemuncak kepada penghinaan terhadap hak saya sedang sedikit pun saya tidak pernah dan tidak berhasrat untuk menyerang mana-mana peribadi dalam tulisan saya. Hanya menuntut hak penjelasan secara perlembagaan maka saya telah dilayan dengan cara yang cukup profesional, akademik, ilmiah dan jelas melambangkan keunggulan ilmu dan kehebatan ilmuwan berkenaan dan individu berkenaan wajar untuk diangkat ke persada kuasa agar menerima yang terbaik dari kekuasaan Allah. Sesungguhnya andai saya yang tersilap sehingga saya dihina sedemikian maka saya memohon keampunan dari allah tetapi seandainya ia semata-mata bertujuan untuk memalukan saya kerana dengki dan dendam, saya berda agar Allah akan memalukannya sebelum dia menemui ajalnya.
Demikianlah secebis pengalaman pahit yang saya alami dalam berblog ini dan moga ia akan memberi pengajaran kepada semua. Ingatlah, yang kelihatan hebat tidak semestinya hebat tetapi hakikatnya kehebatan itu datangnya dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan