Setelah sekian lama menganggotai PERTIS, tidak pernah terbayang PERTIS mampu melakar suatu kebanggaan yang bukan mudah dikecapi. PERTIS yang telah berusia lebih 20 tahun (termasuk tempoh pengharaman dan pemulihan) telah menempoh dan menempa pelbagai pengalaman sama ada pahit mahu pun manis, berdepan dengan pahit jerih perjuangan, dibebani dengan kesempitan kewangan, tak kurang juga dengan kerenah ahli yang berbagai ; kini telah mampu memperlihatkan pencapaian yang begitu membanggakan. PERTIS bukan lagi satu pertubuhan atau persatuan pingitan atau pencilan yang hanya di pandang sepi dan sebelah mata (oleh orang-orang yang memang memandang dan tak sudi memandang) tetapi telah mampu berada dalam arus perdana perjauangan untuk membela golongan cacat penglihatan muslim khususnya dan orang-orang buta lain amnya. Berdasarkan pencapaian inilah yang memungkinkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengurniakan anugerah tokoh OKU kepada Saudara Abu Hassan Aashari Razak yang merupakan Setia Agung PERTIS selama 6 tahun (maaf kalau tersilap).
Sepanjang 6 tahun beliau menjawat jawatan setia usaha agung, andai direnung dengan mata dan hati keikhlasan, kita akan dapat melihat begitu banyak pencapaian yang cemerlang hasil dari kerja gigih beliau. Program yang menyeluruh, aktiviti-aktiviti yang tersusun, urus tadbir yang teratur, sumber kewangan yng nampak kukuh dan tak kurang juga hubungan luar yang mantap adalah kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh beliau dalam menjalankan tugasannya. Mungkin ketokohan yang ada pada beliau membuatkan ahali-ahli mudah untuk memberi kerja sama terhadap semua aktiviti PERTIS dan ini telah memudahkan lagi kejayaan ini dicapai.
Beliau merupakan seorang yang memegang jawatan selaku juru teringkas dalam sektor awam yang telah beberapa kali menerima anugerah jabatan dan pernah terdengar ke telinga saya pujian-pujian dari pegawai kanan kerajaan mengenai kebolehan istimewa Saudara Abu, pernah juga memegang jawatan-jawatan dalam persatuan-persatuan lain,maka mungkin pengalaman beliau ini telah digunakan untuk membangunkan PERTIS sehingga ke pencapaian yang ada pada hari ini. Dari sumber dalaman, saya juga mendapat meklumat yang beliau merupakan seorang pentadbir PERTIS yang begitu dedikasi dengan kerja, mengorbankan tenaga dan masa tak mengira kepentingan diri bagi menyiapkan tugasan-tugasan PERTIS yang bukan sedikit sekarang. Sebenarnya semakin banyak pencapaian maka semakin banyak tugasan yang harus dipikul oleh pentadbir sesebuah persatuan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjawatan setia usaha.
Namun begitu, saya amat terkilan apabila mendapati penganugerahan ini tidak disiarkan dalam talian maklumat PERTIS yang terkini iaitu 12 Oktober. Oleh kerana apa yang dicapai ini merupakan suatu anugerah yang membanggakan, adalah tidak adil jika ianya tidak dirasai bersama dengan ahli melalui talian maklumat. Saya pun memdapat tahu perkara ini melalui akhbar tempatan.
Seperkara lagi, terdapat soksek-soksek di belakang yang mempertikaikan kelayakan Saudara Abu menerima anugerah tersebut atas perkara yang melibatkan kesilapan-kesilapan beliau yang rasanya bukan dilakukan di dalam PERTIS. Harus diingat bahawa anugerah ini diberi kerana pencapaian Saudara Abu dalam PERTIS dan juga pihak yang memberi anugerah juga hanya memandangnya dari penelitiannya terhadap PERTIs dan dari perspektif PERTIS. Pihak JAWI juga sebenarnya tidak perlu melihat sesuatu itu jauh dari konteks sebenar anugerah tersebut melainkan Saudara Abu telah desabitkan dengan kesalahan jenayah. Kita juga harus menilai perkara ini dengan secara adil dan bertanggung jawab dan bukan mengikut perasaan yang tak tentu arah sehingga melibatkan dengki dan cemburu. Kita perlu realistik dan menerima kenyataan bahawa Abu Hassan Ashari Razak adalah "THE BEST" setia Agung yang pernah dimiliki oleh PERTIS. Harus diingat, andai kata beliau sudah tidak memberi khidmatnya dengan PERTIS dan intulah perkhabarannya tahun depan, maka siapa yang mampu untuk mengganti dan menandingi beliau. Andai ada pihak-pihak yang masih soksek-soksek tentang Saudara Abu Hassan, maka pesan saya pada Abu agar melepaskan jawatan dan minta orang itu duduk di kerusi Setia Usaha PERTIs. Saya cabar anda untuk duduk di kerusi setia usaha agung dan buktikan kehebatan anda yang sebenar, jangan pandai bercakap sahaja andai anda merupakan manusia muslim yang bertangggung jawab. Janganlah perlakukan Abu Hassan seperti penyokong bola sepak yang sering menyalahkan penjaga gol sekiranya sesuatu pasukan itu kalah. Selama 89 minit seorang penjaga gol beraksi cemerlang tapi pada minit yang ke 89 30 saat dia tergelincir dan gagal menangkap bola dengan kemas maka kekalahan dikatakan berpunca dari kesilapan penjaga gol. Adilkah itu? Andai benar ada kesalahan beliau yang dilakukan tetapi bukan dengan PERTIS maka itu adalah urusan beliau dengan pihak yang berkenaan tetapi jangan kita cuba menafikan kebaikan dan jasa yang telah ditabur dalam PERTIS.
Buat Abu, sekalung tahniah atas penganugerahan tersebut dan awak memang layak menerimanya. Sekali pun saya memang ada perasaan tersinggung terhadap awak dalam urusan PERTIS tapi itu adalah urusan peribadi dan awak adalah Setia Usaha Agung PERTIS yang terbaik yang pernah dimiliki oleh PERTIS. Tahniah Abu.
Rabu, 14 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan