Ahad, 18 Oktober 2009

FORUM PERDANA DI SUARASA

Malam ini jam 9.35 malam saya telah membuka siaran TV9 dan saya tidak menyangka yang rancangan halakah malam ini tiba-tiba mengingatkan saya pada rancangan yang cukup popular 15 tahun yang lalu iaitu Forum Perdana Ehwal Islam. Kalau tak silap saya, rancangan itu telah mendapat rating yang tinggi dan bukan sahaja ditonton oleh penonton di Malaysia, ia juga ditonton oleh penonton-penonton di Singapura dan Brunai. Rancangan itu yang pada mulanya disiarkan pada pukul 10.30 malam telah ditukar pada pukul 9.00 malam atas permintaan ramai.

Berbalik pada rancangan halakah tadi, apa yang membuat saya merasa rancangan hari ini agak istimewa adalah kehadiran Yang Berhormat Datuk Dr. Hassan Ali sebagai ahli panelnya. Sememangnya format rancangan halakah ini seakan-akan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang dinyatakan di atas tadi. Cuma bezanya pada kali ini Bang Berhormat Datuk Dr. Hassan bukan menjadi modiratornya tetapi menjadi ahli penel. Beliau juga ditemani dua ahli panel lain iaitu Ustaz Zawawi dan Uztaz Roslan dari Universiti Malaya. Entahlah, saya tak tahu bagai mana saya boleh dengan tiba-tiba teringat kepada zaman kecemerlangan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam.

Setahu saya, sejak Selangor bertukar tangan pentadbirannya dari BN kepada PR dan Yang Berhormat Datuk Dr. Hassan Ali menjadi exco kerajaan negeri yang bertanggung jawab berkenaan dengan hah ehwal Agama Islam, beliau dengan kerja sama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan agensi- kerajaan negeri yang lain termasuk kerajaan-kerajaan tempatan memang telah beberapa kali mengadakan program Forum Perdana seumpama itu. Namun begitu, program tersebut hanya diadakan di tempat-temp at terbuka dan stadium-stadium tanpa mendapat liputan meluas dari media arus perdana. Saya sendiri pernah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Stadium Selayang yang mana beliau sendiri adalah penerusinya dan ahli panelnya adalah Ustaz Yahya Hashim, Ustaz Roslan dan saya lupa siapa seorang lagi.

Sesungguhnya, saya tidak sama sekali menyangka bagaimana Yang Berhormat Dr. Hassan Ali akan berada dalam siaran langsung TV seumpama itu. Ternyata aura rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah disiarkan belasan tahun lalu cukup memberi kesan kepada ramai dari kita. Siaran Ehwal Islam yang ada pada hari ini sama sekali tidak setanding dengan yang lalu. Andainya forum itu dapat diadakan kembali dengan roh dan suasana yang lama pastinya akan mendapat sambutan dan mendapat rating yang tinggi. Hakikatnya, semua kerja Islam yang kita lakukan kalau dilakukan dengan ikhlas akan pasti mendapat pertolongan Allah jua, dalam suasana RTM menolak tokoh yang dikatakan diband tiba-tiba Suarasa pula memberi ruang.

Tiada ulasan: