Ahad, 18 Oktober 2009

KENAPA LAGU ROCK DIKETEPIKAN?

Walau pun Syawal telah sampai ke penghujungnya namun majlis rumah terbuka nampaknya masih rancak dianjurkan sekali pun mungkin di luar dari bulan Syawal. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa sebab yang hanya penganjur sahaja yang tahu dan ia bukanlah satu masalah besar selama semangat untuk mempertingkatkan silatulrahim dapat dipenuhi. Memang telah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia, meraikan Syawal sehingga sebulan dan kadang-kadang jika perlu sambutan itu dilanjutkan ke Bulan Dzulkaidah.

Begitu juga dengan Pertubuhan Orangorang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang akan menganjurkan majlis Hari rayanya pada minggu depan iaitu pada 25 November di perkarangan Kompleks MAB. Menganjurkan majlis hari raya adalah perkara biasa tetapi saya terpanggil untuk membuat sedikit komentar terhadap salah satu dari aktiviti dalam majlis tersebut iaitu pertandingan karaokay lagu-lagu hari raya. Pertandingan itu juga bukanlah satu masalah dan tidak pun menjadi kesalahan asal ia diadakan dalam aturan dan peradaban syari'ah. Namun, apa yang memusykilkan saya ialah kenapa lagu rock hari raya dan yang sewaktu dingannya tidak dibenarkan.

Muzik rock adalah sekadar satu zonra yang ada dalam dunia muzik sama seperti pop, klasik, asli, jezz, blues, r&b, regeh, dangdot, balada dan banyak lagi. Apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada penganjur dengan muzik rock sehingga irama ini tidak boleh dinyanyikan oleh peserta dan apakah istimewanya zonra-zonra lain. Apa pula yang dimaksudkan dingan "sewaktu dengannya"? Muzik bagaimanakah yang dimaksudkan itu. Kalau seandainya muzik rock itu dikatakan tidak boleh didendangkan kerana kebisingannya, adakah muzik-muzik lain tidak bising? Bukankah banyak lagu rock yang telah disusun muziknya begitu indah sekali dan dikuatkan pula dengan senikata yang mampu mengusik hati dan akal untuk memikirkan akan kehidupan dan ketuhanan? Jadi di manakah salahnya zonra ini pada kaca mata penganjur sehingga tidak dibenarkan untuk dinyanyikan dalam pertandingan tersebut.

Apa pun ini hanya sekadar pandangan saya mengenainya dan saya pun tidak berhajat untukmembahaskan dengan serius kerana banyak lagi perkara serius yang perlu kita fikirkan. Posting ini sekadar meluahkan kemusykilan saya yang terkilan dengan apa yang dicadangkan itu untuk diadakan pada majlis hari raya PERTIS. Keputusan tetap ditangan penganjur. Jumpa disana!

Tiada ulasan: