Sabtu, 31 Oktober 2009

LEGANYA HATI INI

Telah hampir dua minggu saya tidak mengisi blog ini dengan apa-apa posting (catatan). Ini adalah kerana sedikit kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Andai ada teman-teman yang mengunjungi blog ini dan mendapati tiada sebarang kemas kini ribuan kemaafan dipinta.


Appa pun keadaannya, saya terus juga mengunjungi blog dan laman web yang berkaitan dengan perkembangan semasa lebih-lebih lagi perkembangan politik. Bagi saya, dua minggu terakhir ini adalah mingu-minggu yang benar-benar membuat saya tidak lena tidur. Pergolakan yang begitu nampak besar dalam PAS benar-benar membuat saya agak cemas dan bimbang kiranya sesuatu yang buruk akan menimpa PAS. Isu yang pada mulanya ditimbulkan oleh seorang professor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah kemudiannya menjadi suatu perkara yang begitu mencemaskan bila Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz sendiri memberi kenyataan yang tidak disangka akan keluar dalam blognya. pelbagai andaian telah dikemukakan oleh pelbagai pihak hasil dari kenyataan Murshidul Am PAS itu. Beliau yang mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas bagi memilih semula kepimpinan PAS dan mempersoalkan kewibaan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS khususnya presiden, timbalan presiden dan pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Keadaan ini benar-benar membimbangkan kerana apakah sebenarnya terdapat krisis antara Mursyidul Am dengan Presiden itu sendiri dan mungkinkah krisis ini sudah ke tahap yang begitu serius sehingga Tok guru bertindak sedemikian rupa terhadap Tuan Guru.


Hasil dari keadaan ini, kita dapati pihak-pihak yang akan gembira jika PAS berpecah telah memainkan jarumnya. Lebel-label golongan ulama dan profesional dimainkan kembali. Pro UMNO dan Pro PKR terdengar kembali. Uniti government mula menghiasi dada akhbar murahan UMNO. Berkatalah pemimpin UMNO dengan pelbagai kata, "sedia membuka pintu rundingan", "kita nak tunggu PAS pulih baru nak berunding", "mereka kata UMNO sekarang kena pada diri mereka sendiri" dan banyak lagi kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin negara dan UMNO untuk menangguh di air keruh.


Di pihak PAS pula kita mendangar pelbagai kenyataan yang dibuat oleh para pemimpinnya. Selain dari kata-kata Tok Guru dalam blognya, beliau juga kemudiannya menukar cadangannya dari EGM kepada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau sendiri bersedia untuk hadir. Presiden pula meminta ahli-ahli agar bertenang dan bersabar dalam menghadapi keadaan ini. Ketua penerangan PAS pula menasihatkan orang ramai agar jangan terpengeruh dengan ciber troop UMNO yang bergerak aktif dengan menggunakan internet dan blog untuk memainkan jarumnya.

Bila kita membuka blog pula maka kita akan dapat membaca pelbagai pandangan yang memberi semangat, menyakitkan hati, menimbulkan keresahan, memberi harapan dan tak kurang juga maklumat-maklumat baru yang membolehkan kita membuat satu dua kesimpulan tentang parti dan individu-individu tertentu dalam parti. Benarlah, keupayaan para blogger dalam menentukan arah dan suasana politik memang tidak dapat dinafikan lagi. Kegagalan media-media utama sama ada cetak mahu pun elektronik telah benar-benar dimanfaatkan oleh blogger dalam membentuk suatu penguasaan baru dalam mencetus pemikiran dan pandangan rakyat. Buktinya apabila melompatnya seorang ADUN PKR dari DUN Pelabuhan Klan tidak langsung memeranjatkan malah keadaan tersebut memang telah lama dijangka dan ditunggu oleh rakyat khususnya rakyat Negeri Selangor. Perangai ADUN tersebut telah lama terhebah dan dihebahkan dalam banyak blog, tak tahulah, UMNO kemaruk sampai boleh menerima sampah macam tu.

Keresahan kegelisahan, kebimbangan, harapan dan kelegaan dapat dirasai apabila kita membuka pelbagai glog dengan pelbagai pandangan, ulasan, penilaian dan kritikan yang dalam pelbagai bentuk sama ada serius, sinis atau santai. Rakyat tidak lagi begitu mengharap perkembangan sesuatu perkara dalam politik sama ada politik Pakatan Rakyat mahu pun BN melalui media arus perdana tetapi bloglah menjadi tempat mereka mengemaskini maklumat. Hakikatnya nak tahu keputusan pemilihan UMNO pun blog menjadi rujukan. Sebenarnya ramai juga teman-teman yang telah lama tidak membuka siaran berita jam lapan di mana-mana siaran tv dan bagi mereka menonton siaran berita tv hanya sekadar membuat keadaan semakin keliru.

Namun begitu, segalanya telah selesai apabila pada 29 Oktober, 2009, kira-kira pukul 1.30 pagi setelah bermusyuarat selama lebih kurang 4 jam suatu sidang akhbar telah diadakan oleh Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi menaklumkan keputusan mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mesyuarat itu telah dihadiri oleh pemimpin tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Tiga ketetapan telah diambil dalam mesyuarat tersebut iaitu EGM tidak akan diadakan sebaliknya diganti dengan satu seminar khas pada 7 November akan datang, soal kerajaan perpaduan ditutup rapat dari perbincangan dan menyiasat PAS Selangor. Keputusan-keputusan itu telah benar-benar melegakan hati kerana para pemimpin yang dikasihi sebenarnya masih boleh meneduhkan ahli dan mempunyai pertimbangan yang boleh dicontohi dan sama sekali tidak mementingkan diri mereka sendiri. Kepentingan jamaah dan parti telah menjadi keutamaan dan dari situ ahli dan penyokong masih boleh terus berpayung dan mendapatkan bimbingan mereka. Sekali lagi. Bila buka blog memmang ada yang kecewa dengan perkembangan itu dan yang kecewa itu adalah merupakan musuh sejati PAS. Sipakah mereka; cari sendiri. Terima kasih tok guruku dan tuan guruku.

Ahad, 18 Oktober 2009

FORUM PERDANA DI SUARASA

Malam ini jam 9.35 malam saya telah membuka siaran TV9 dan saya tidak menyangka yang rancangan halakah malam ini tiba-tiba mengingatkan saya pada rancangan yang cukup popular 15 tahun yang lalu iaitu Forum Perdana Ehwal Islam. Kalau tak silap saya, rancangan itu telah mendapat rating yang tinggi dan bukan sahaja ditonton oleh penonton di Malaysia, ia juga ditonton oleh penonton-penonton di Singapura dan Brunai. Rancangan itu yang pada mulanya disiarkan pada pukul 10.30 malam telah ditukar pada pukul 9.00 malam atas permintaan ramai.

Berbalik pada rancangan halakah tadi, apa yang membuat saya merasa rancangan hari ini agak istimewa adalah kehadiran Yang Berhormat Datuk Dr. Hassan Ali sebagai ahli panelnya. Sememangnya format rancangan halakah ini seakan-akan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang dinyatakan di atas tadi. Cuma bezanya pada kali ini Bang Berhormat Datuk Dr. Hassan bukan menjadi modiratornya tetapi menjadi ahli penel. Beliau juga ditemani dua ahli panel lain iaitu Ustaz Zawawi dan Uztaz Roslan dari Universiti Malaya. Entahlah, saya tak tahu bagai mana saya boleh dengan tiba-tiba teringat kepada zaman kecemerlangan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam.

Setahu saya, sejak Selangor bertukar tangan pentadbirannya dari BN kepada PR dan Yang Berhormat Datuk Dr. Hassan Ali menjadi exco kerajaan negeri yang bertanggung jawab berkenaan dengan hah ehwal Agama Islam, beliau dengan kerja sama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan agensi- kerajaan negeri yang lain termasuk kerajaan-kerajaan tempatan memang telah beberapa kali mengadakan program Forum Perdana seumpama itu. Namun begitu, program tersebut hanya diadakan di tempat-temp at terbuka dan stadium-stadium tanpa mendapat liputan meluas dari media arus perdana. Saya sendiri pernah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Stadium Selayang yang mana beliau sendiri adalah penerusinya dan ahli panelnya adalah Ustaz Yahya Hashim, Ustaz Roslan dan saya lupa siapa seorang lagi.

Sesungguhnya, saya tidak sama sekali menyangka bagaimana Yang Berhormat Dr. Hassan Ali akan berada dalam siaran langsung TV seumpama itu. Ternyata aura rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah disiarkan belasan tahun lalu cukup memberi kesan kepada ramai dari kita. Siaran Ehwal Islam yang ada pada hari ini sama sekali tidak setanding dengan yang lalu. Andainya forum itu dapat diadakan kembali dengan roh dan suasana yang lama pastinya akan mendapat sambutan dan mendapat rating yang tinggi. Hakikatnya, semua kerja Islam yang kita lakukan kalau dilakukan dengan ikhlas akan pasti mendapat pertolongan Allah jua, dalam suasana RTM menolak tokoh yang dikatakan diband tiba-tiba Suarasa pula memberi ruang.

KENAPA LAGU ROCK DIKETEPIKAN?

Walau pun Syawal telah sampai ke penghujungnya namun majlis rumah terbuka nampaknya masih rancak dianjurkan sekali pun mungkin di luar dari bulan Syawal. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa sebab yang hanya penganjur sahaja yang tahu dan ia bukanlah satu masalah besar selama semangat untuk mempertingkatkan silatulrahim dapat dipenuhi. Memang telah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia, meraikan Syawal sehingga sebulan dan kadang-kadang jika perlu sambutan itu dilanjutkan ke Bulan Dzulkaidah.

Begitu juga dengan Pertubuhan Orangorang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang akan menganjurkan majlis Hari rayanya pada minggu depan iaitu pada 25 November di perkarangan Kompleks MAB. Menganjurkan majlis hari raya adalah perkara biasa tetapi saya terpanggil untuk membuat sedikit komentar terhadap salah satu dari aktiviti dalam majlis tersebut iaitu pertandingan karaokay lagu-lagu hari raya. Pertandingan itu juga bukanlah satu masalah dan tidak pun menjadi kesalahan asal ia diadakan dalam aturan dan peradaban syari'ah. Namun, apa yang memusykilkan saya ialah kenapa lagu rock hari raya dan yang sewaktu dingannya tidak dibenarkan.

Muzik rock adalah sekadar satu zonra yang ada dalam dunia muzik sama seperti pop, klasik, asli, jezz, blues, r&b, regeh, dangdot, balada dan banyak lagi. Apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada penganjur dengan muzik rock sehingga irama ini tidak boleh dinyanyikan oleh peserta dan apakah istimewanya zonra-zonra lain. Apa pula yang dimaksudkan dingan "sewaktu dengannya"? Muzik bagaimanakah yang dimaksudkan itu. Kalau seandainya muzik rock itu dikatakan tidak boleh didendangkan kerana kebisingannya, adakah muzik-muzik lain tidak bising? Bukankah banyak lagu rock yang telah disusun muziknya begitu indah sekali dan dikuatkan pula dengan senikata yang mampu mengusik hati dan akal untuk memikirkan akan kehidupan dan ketuhanan? Jadi di manakah salahnya zonra ini pada kaca mata penganjur sehingga tidak dibenarkan untuk dinyanyikan dalam pertandingan tersebut.

Apa pun ini hanya sekadar pandangan saya mengenainya dan saya pun tidak berhajat untukmembahaskan dengan serius kerana banyak lagi perkara serius yang perlu kita fikirkan. Posting ini sekadar meluahkan kemusykilan saya yang terkilan dengan apa yang dicadangkan itu untuk diadakan pada majlis hari raya PERTIS. Keputusan tetap ditangan penganjur. Jumpa disana!

Rabu, 14 Oktober 2009

UMNO YANG HITAM

Sah, memang permainan UMNO sehingga jatuhnya Kerajaan PR di Perak. Sila baca artikal di
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22824&Itemid=1
dan itulah hitamnya hati UMNO.

PERTIS : SATU KEBANGGAAN DAN SATU PERSOALAN

Setelah sekian lama menganggotai PERTIS, tidak pernah terbayang PERTIS mampu melakar suatu kebanggaan yang bukan mudah dikecapi. PERTIS yang telah berusia lebih 20 tahun (termasuk tempoh pengharaman dan pemulihan) telah menempoh dan menempa pelbagai pengalaman sama ada pahit mahu pun manis, berdepan dengan pahit jerih perjuangan, dibebani dengan kesempitan kewangan, tak kurang juga dengan kerenah ahli yang berbagai ; kini telah mampu memperlihatkan pencapaian yang begitu membanggakan. PERTIS bukan lagi satu pertubuhan atau persatuan pingitan atau pencilan yang hanya di pandang sepi dan sebelah mata (oleh orang-orang yang memang memandang dan tak sudi memandang) tetapi telah mampu berada dalam arus perdana perjauangan untuk membela golongan cacat penglihatan muslim khususnya dan orang-orang buta lain amnya. Berdasarkan pencapaian inilah yang memungkinkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengurniakan anugerah tokoh OKU kepada Saudara Abu Hassan Aashari Razak yang merupakan Setia Agung PERTIS selama 6 tahun (maaf kalau tersilap).

Sepanjang 6 tahun beliau menjawat jawatan setia usaha agung, andai direnung dengan mata dan hati keikhlasan, kita akan dapat melihat begitu banyak pencapaian yang cemerlang hasil dari kerja gigih beliau. Program yang menyeluruh, aktiviti-aktiviti yang tersusun, urus tadbir yang teratur, sumber kewangan yng nampak kukuh dan tak kurang juga hubungan luar yang mantap adalah kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh beliau dalam menjalankan tugasannya. Mungkin ketokohan yang ada pada beliau membuatkan ahali-ahli mudah untuk memberi kerja sama terhadap semua aktiviti PERTIS dan ini telah memudahkan lagi kejayaan ini dicapai.

Beliau merupakan seorang yang memegang jawatan selaku juru teringkas dalam sektor awam yang telah beberapa kali menerima anugerah jabatan dan pernah terdengar ke telinga saya pujian-pujian dari pegawai kanan kerajaan mengenai kebolehan istimewa Saudara Abu, pernah juga memegang jawatan-jawatan dalam persatuan-persatuan lain,maka mungkin pengalaman beliau ini telah digunakan untuk membangunkan PERTIS sehingga ke pencapaian yang ada pada hari ini. Dari sumber dalaman, saya juga mendapat meklumat yang beliau merupakan seorang pentadbir PERTIS yang begitu dedikasi dengan kerja, mengorbankan tenaga dan masa tak mengira kepentingan diri bagi menyiapkan tugasan-tugasan PERTIS yang bukan sedikit sekarang. Sebenarnya semakin banyak pencapaian maka semakin banyak tugasan yang harus dipikul oleh pentadbir sesebuah persatuan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjawatan setia usaha.

Namun begitu, saya amat terkilan apabila mendapati penganugerahan ini tidak disiarkan dalam talian maklumat PERTIS yang terkini iaitu 12 Oktober. Oleh kerana apa yang dicapai ini merupakan suatu anugerah yang membanggakan, adalah tidak adil jika ianya tidak dirasai bersama dengan ahli melalui talian maklumat. Saya pun memdapat tahu perkara ini melalui akhbar tempatan.

Seperkara lagi, terdapat soksek-soksek di belakang yang mempertikaikan kelayakan Saudara Abu menerima anugerah tersebut atas perkara yang melibatkan kesilapan-kesilapan beliau yang rasanya bukan dilakukan di dalam PERTIS. Harus diingat bahawa anugerah ini diberi kerana pencapaian Saudara Abu dalam PERTIS dan juga pihak yang memberi anugerah juga hanya memandangnya dari penelitiannya terhadap PERTIs dan dari perspektif PERTIS. Pihak JAWI juga sebenarnya tidak perlu melihat sesuatu itu jauh dari konteks sebenar anugerah tersebut melainkan Saudara Abu telah desabitkan dengan kesalahan jenayah. Kita juga harus menilai perkara ini dengan secara adil dan bertanggung jawab dan bukan mengikut perasaan yang tak tentu arah sehingga melibatkan dengki dan cemburu. Kita perlu realistik dan menerima kenyataan bahawa Abu Hassan Ashari Razak adalah "THE BEST" setia Agung yang pernah dimiliki oleh PERTIS. Harus diingat, andai kata beliau sudah tidak memberi khidmatnya dengan PERTIS dan intulah perkhabarannya tahun depan, maka siapa yang mampu untuk mengganti dan menandingi beliau. Andai ada pihak-pihak yang masih soksek-soksek tentang Saudara Abu Hassan, maka pesan saya pada Abu agar melepaskan jawatan dan minta orang itu duduk di kerusi Setia Usaha PERTIs. Saya cabar anda untuk duduk di kerusi setia usaha agung dan buktikan kehebatan anda yang sebenar, jangan pandai bercakap sahaja andai anda merupakan manusia muslim yang bertangggung jawab. Janganlah perlakukan Abu Hassan seperti penyokong bola sepak yang sering menyalahkan penjaga gol sekiranya sesuatu pasukan itu kalah. Selama 89 minit seorang penjaga gol beraksi cemerlang tapi pada minit yang ke 89 30 saat dia tergelincir dan gagal menangkap bola dengan kemas maka kekalahan dikatakan berpunca dari kesilapan penjaga gol. Adilkah itu? Andai benar ada kesalahan beliau yang dilakukan tetapi bukan dengan PERTIS maka itu adalah urusan beliau dengan pihak yang berkenaan tetapi jangan kita cuba menafikan kebaikan dan jasa yang telah ditabur dalam PERTIS.

Buat Abu, sekalung tahniah atas penganugerahan tersebut dan awak memang layak menerimanya. Sekali pun saya memang ada perasaan tersinggung terhadap awak dalam urusan PERTIS tapi itu adalah urusan peribadi dan awak adalah Setia Usaha Agung PERTIS yang terbaik yang pernah dimiliki oleh PERTIS. Tahniah Abu.

Isnin, 12 Oktober 2009

BAGAN PINANG : RENUNGAN

Saya amat tertarik dengan ulasan yang diberi oleh seorang non-muslim dalam harakah berkaitan dengan kekalahan PAS dalam pilihanraya N31 Bagan pinang yang amat bermanfaat untuk kita renungkan. Bagi saya kita harus mengambil iktibar dari artikal ini dan menganggap ini adalah teguran yang amat membina untuk PAS mendepani suasana dalam pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Saya percaya bahawa kekalahan ini amat bermakna dalam mengajar PAS khususnya dalam menangani suasana rakyat yang amat mengharap agar PAS dapat memimpin mereka ke arah Malaysia yang sejahtera dan bagi muslim pula mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.

PAS tidak seharusnya memcari alasan atas kekalahaan ini tetapi sebaliknya mencari jalan untuk bangkit semula sebagai sebuah parti yang bersedia untuk bermuhasabah diri dengan merenung ke dalam diri dan melakukan perubahan di mana perlu. Hubungan sesama pemimpin, hubungan sesama ahli, hubungan sesama komponen PR tidak ada kompromi lagi melainkan diperteguh dan diperkasa. Sila baca artikal ini di


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22802&Itemid=1#


ini dan renungkanlah bersama dan pelajarilah segala kesilapan untuk membina kecemerlangan di masa depan.

Ahad, 4 Oktober 2009

TERKINI BAGAN PINANG : AWANG MERAPU LAGI

Hari ini pagi-pagi lagi saya telah membuka ruangan Awang Selamat. Bukan apa, suka tengok Awang merapu dan kadang-kadang merapu orang ni nampak dia tak pandai tapi nak juga tunjuk dia ni pandai walau pun telah banyak kali ditegur oleh banyak pihak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Sekurang-kurangnya orang yang dicerita itu nak juga guna Al-Qur'an sebagai hujah walau pun dia bukan Islam. Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang menggembirakan kita bila Qur'an telah menjadi rujukan orang-orang bukan Islam juga walau pun ia adalah petunjuk pada orang-orang bertaqwa. Mana tahu dengan kesediaan orang itu membaca Al-Qur"an akan memungkinkan satu hari nanti beliau menjadi pejuang Islam yang ulung dan membuat beliau menerima anugerah syahid insya Allah maka itulah kejayaan baginya yang paling besar. Awang tak nak ke itu terjadi? Awang tak takut ke akibat awang memperlekeh orang lain baca Qur'an yang merupakan kitab Allah nanti Allah tutup hati Awang dari hidayah Al-Qur'an. Jang an begitu Awang.

Sabtu, 3 Oktober 2009

PR LAWAN BN

Sahlah sudah sekarang bahawa sesungguhnya pertarungan bermakna di selatan tanah air iaitu Kawasan Bagan Pinang adalah antara Pakatan Rakyat (pr) dengan Barisan Nasional (BN). Bn telah mempertaruhkan bekas menteri besar Negeri Sembilan yang telah disabitkan rasuah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO yang kemudiannya terpaksa menerima hukuman penggantungan keahlian selama tiga tahun dan melepaskan semua jawatan dalam politik dan kerajaan iaitu Tan Sri Isa Samad dari UMNO. Akibat dari penggantungan tersebut calon BN ini tidak bertanding dalam pilihanraya ke-12 yang lalu dan nampaknya cuba membuat "come back" ketika berlakunya pemilihan Bahagian UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO tahun lalu.PR pula mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calonnya iaitu Ustaz Zulkifli Omar.

Bagi kedua-dua pakatan iaitu Pr dan (yang tak pernah mengaku yang mereka juga berupa pakatan) BN, pertarungan ini adalah pertarungan pertama di luar Utara Semenanjung Tanah Melayu yang mana PR telah menyapu bersih ke semua pilihanraya kecil di sana. Suasana inilah yang membuatkan pilihanraya DUN Bagan Pinang ini nampak istimewa. Ia akan menjadi kayu ukur sama ada rakyat sebenarnya secara merata memang menolak BN atau hanya di bahagian tertentu semenanjung sahaja yang bersikap sedemikian.

Apa pun Presiden PAS Tuan Guru Datuk
Seri Haji Hadi Awang telah dengan tegas menyatakan bahawa Pas menyertai pilihanraya Bagan Pinang ini bukan bertujuan untuk mengurangkan majoriti tetapi sebaliknya ingin mencapai kemenangan. Sebenarnya sasaran PAS itu adalah realistik kerana kawasan ini bukanlah kawasan seperti Permatang Pasir yang mana pada pilihanraya umum yang lalu Almarhum Datuk Hamdan telah mencapai kemenangan yang begitu besar sedang pada pilihanraya umum ke-11 BN hanya menang dengan majoriti yang terlalu kecil iaitu lebih kurang 500 undi. BN di Bagan Pinang pula hanya menang dengan majoriti 2333 undi sahaja pada pilihanraya umum lalu jsedang jika diselak ke belakang lagi BN menang dengan majoriti lebih 6000 undi pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004. Maknanya pada PRU ke-12 BN telah kehilangan majoriti sebanyak hampir 4000. Jadi, 4000 undi majoriti PR boleh ketepikan pada PRU lalu, maka memang tidak mustahil sama sekali untuk PR meraih lebih kurang 1500 undi tambahan bagi memenangi pilihanraya ini. Apa yang penting pada pendukung PAS dan penyokongnya adalah doa yang tidak putus dari Allah dan kepada semua pendukung dan penyokong PAS/DAP/PKR yang tergabung dan tertaut dalam Pakatan Rakyat adalah usaha yang lebih gigih dan mematuhi arahan pimpinan yang pastinya telah terselaras oleh barisan tertinggi Pakatan Rakyat.

D pihak BN pula, mereka memang berada dalam keadaan defensif untuk ke sekian kalinya. Pemilihan Tan Seri Isa sebenarnya sekali lagi akan menjadi liabiliti kepada BN bukan sekadar pada pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ia pasti menjadi momokan ngeri kepada BN untuk semua pilihanraya kecil (jika ada) yang akan datang lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke-13. Sebenarnya Tan Seri Isa dengan sejarahnya adalah modal besar kepada PR untuk mempertikaikan sejauhmana kesungguhan BN amnya dan UMNO khususnya dalam melawan rasuah dan membersihkan parti mereka. Sebenarnya tidak ada bezanya antara Rohaizat di Permatang Pasir dan Isa di Bagan Pinang melainkan Isa adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan dulu dan bekas Naip Presiden UMNO. Sebagai orang besar seperti itu, pengikutnya sudah tentu bukan sedikit dan inilah yang ada dan digunakan oleh Isa untuk mendapatkan tempat dalam meraih kedudukan sebagai calon di Bagan Pinang dan pastinya ini merupakan langkah terancang beliau untuk kembali ke pejabat menteri besar tak lama lagi.

Berdasarkan kepada jangkaan itu, seandainya Isa berjaya memenangi pilihanraya kecil ini tak mustahil Negeri Sembilan akan menjadi seperti Trengganu. Bila itu berlaku, Insya Allah pada PRU ke-13 nanti Negeri Sembilan akan menjadi negeri seterusnya menjadi kawan Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Rasanya Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat juga. Atas keadaan itulah BN terpaksa menggunakan segala kuasa yang ada untuk meletakkan kelebihan kepada BN dan kekurangan kepada Pr. Pihak BN boleh masuk ke dalam kem tentera dengan jadual yang tersusun sedang PR lansung tidak mempunyai akses terhadap para anggota tentera. Jadual kempen BN boleh didapati di

http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com/

sedang Pr tidak langsung memiliki jadual seperti itu di dalam kem-kem tentera.

Apa pun rakyatlah penentu segala-galanya kerana rakyat Bagan Pinang akan memilih wakil mereka pada 11 Oktober ini. Semoga rakyat Bagan Pinang akan memilih berdasarkan keperluan rakyat yang inginkan keadilan, ketulusan dan perpaduan bukannya pemimpin yang rasuah dan hanya pandai berjanji dan bercakap tetapi rakyat akhirnya menjadi mangsa kerakusan mereka. Perpaduan semakin rapuh, keadilan tidak langsung kelihatan dan ketulusan entah mana perginya.

Selamat mengundi

Jumaat, 2 Oktober 2009

STREAMING RADIO

Syawal telah pun sampai ke pertengahannya dan majlis-majlis rumahterbuka semakin rancak diadakan oleh masyarakat. Kadang-kadang kita pun tak sempat untuk melayani jemputan rumah terbuka yang dianjurkan namun oleh kerana majlis ini merupakan satu-satunya cara yang boleh menghimpunkan saudara mara dan sahabat handai maka menghadiri jemputan amatlah baik dan menepati dengan kehendak hadith yang menyatakan bahawa wajibnya kita menghadiri jemputan selagi mana majlis tersebut tidak berunsurrkan maksiat.

Dalam kemeriahan ini, terdapat beberapa orang teman telah meneroka sesuatu yang baik dalam penggunaan teknologi comunikasi dan maklumat ini. Dalam diam mereka telah mempunyai siaran radio internet sendiri dan telah membuat beberapa siaran percubaan.

Dengan pencapaian ini maka banyak manfaat yang mungkin boleh diterokai selepas ini. Salah satu siaran radio online ini adalah Radio PERTIS dan anda boleh melayarinya melalui http://pertis.listen2myradio.com/. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang meneroka perkara ini dan semoga usaha ini dapat mempertingkatkan qualiti pelbagai aktiviti golongan orang kurang (bukan kelainan) upaya (oku) cacat penglihatan dalam kerja-kaerja yang bermanfaat.

Apa kata kalau PERTIS atau mana-mana kepimpinannya membuat majlis rumah terbuka maka majlis itu disiarkan oleh salah satu dari radio tersebut. Kalau boleh biarlah majlis rumah terbuka Besi Waja yang mendahulukannya. Jangan marah Besi Waja.