Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian anak kecil dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum ’Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi-lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala. Kemudian Allah mengutuskan Nabi Soleh A.S kepada mereka.
Nabi Soleh A.S berkata kepada kaumnya:
”Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selainNya.” (Hud: 61)
Kalimat yang sama disampaikan oleh setiap Nabi dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Soleh A.S terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah S.W.T.
Dakwah Nabi Soleh cukup menggemparkan masyarakat. Nabi Soleh A.S terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah S.W.T mengutusnya dan memberikan wahyu padanya untuk berdakwah kepada mereka.
Kaum Nabi Soleh A.S berkata:
”Hai Soleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan. Apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapa-bapa kami? Dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami.” (Hud: 62)
Renungkanlah bagaimana pandangan orang-orang kafir dari kaum Nabi Soleh A.S. ”Sesungguhnya engkau sangat kami harapkan kerana keluasan ilmumu kematangan akalmu, kejujuranmu dan kebaikanmu. Kemudian hilanglah harapan kami terhadapmu. Apakah engkau akan melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh datuk-datuk kami. Alangkah celakanya! Kami tidak berharap engkau mencela tuhan-tuhan kami, yang kami dapati orang tua-orang tua kami menyembahnya.’’
Demikianlah kaum Nabi Soleh A.S merasa bingung di hadapan kebenaran dan mereka hairan terhadap saudara mereka, Soleh yang mengajak mereka untuk menyembah Allah S.W.T. Mengapa? Kerana mereka tidak memiliki alasan dan pemikiran yang benar. Mereka hanya beralasan bahawa datuk-datuk mereka menyembah tuhan-tuhan ini.
Demikianlah anggapan yang menyebabkan manusia terjerumus dalam kesesatan. Nabi Soleh A.S datang untuk menghilangkan taklid buta ini. Aqidah tauhid disebarkan sebagai dakwah untuk membebaskan fikiran dari segala belenggu, iaitu suatu dakwah yang membebaskan akal manusia dari belenggu taklid, khurafat, mitos orang-orang terdahulu dan khayalan tradisi yang kuat. Inilah dakwah tauhid yang menyuarakan kebebasan akal dan segala bentuk kebebasan lainnya.
Dakwah tersebut tidak akan ditentang kecuali oleh orang-orang yang akalnya terpasung oleh pemikiran orang-orang terdahulu dan khayalan orang-orang tua. Meskipun dakwah Nabi Soleh A.S disampaikan dengan penuh ketulusan, namun kaumnya tidak mempercayainya. Malah mereka meragukan dakwahnya. Mereka mengira bahawa Nabi Soleh A.S ahli sihir. Mereka meminta kepadanya agar mendatangkan mukjizat yang membuktikan bahawa dia memang utusan Allah S.W.T. Begitupun, Allah S.W.T berkehendak untuk memakbulkan permintaan mereka. Kaum Tsamud mengukir rumah-rumah besar dari gunung. Mereka menggunakan batubatu besar untuk membangun. Mereka adalah orang-orang yang kuat dan Allah S.W.T membuka pintu rezeki bagi mereka dari segala hal. Mereka datang setelah kaum ’Ad lalu mereka tinggal di bumi dan memakmurkannya.
Nabi Soleh A.S berkata kepada kaumnya ketika mereka meminta diperlihatkan mukjizatnya:
”Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu. Sebab itu biarkanlah dia makan di bumi Allah dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat.” (Hud: 64)
Maksud ayat dalam surah tersebut adalah mukjizat. Diriwayatkan bahawa unta itu merupakan mukjizat. Ini kerana, pada suatu hari batu gunung terpecah dan keluar unta darinya. Kemudian di belakangnya keluar anaknya yang kecil. Ia lahir melalui cara yang ajaib dalam proses kelahiran.
Diriwayatkan juga bahawa ia merupakan mukjizat kerana minum air yang terdapat di sumur-sumur pada suatu hari, lalu binatang-binatang lain tidak berani mendekati air itu pada hari tersebut. Ada riwayat lain mengatakan bahawa ia merupakan mukjizat kerana mengeluarkan susu yang mencukupi untuk diminum oleh seluruh manusia, di hari ia minum seluruh air sehingga tidak ada sedikit pun yang tersisa darinya.
Unta itu merupakan mukjizat di mana Allah S.W.T menyifatkannya dengan sebutan naqatullah (unta Allah). Itu bererti bahawa unta tersebut bukan unta biasa tetapi merupakkan mukjizat dari Allah S.W.T. Allah S.W.T menurunkan perintah kepada Nabi Soleh A.S agar beliau melarang kaumnya untuk mengganggu atau membunuh untanya. Beliau memerintahkan mereka untuk membiarkannya, makan di bumi Allah S.W.T dan tidak menyakitinya. Beliau mengingatkan mereka bahawa ketika mereka cuba untuk mengganggunya, maka mereka akan mendapatkan seksaan dalam waktu terdekat.
Mula-mula kaum Tsamud sangat hairan ketika melihat unta lahir dari bebatuan gunung. Ia adalah unta yang diberkati di mana susunya cukup untuk ribuan manusia. Jika unta itu tidur di suatu tempat, maka binatang-binatang lain akan menjauhinya. Jelas sekali ia bukan unta biasa, namun ia merupakan tanda-tanda kebesaran dari Allah S.W.T. Unta itu hidup di tengah-tengah kaum Nabi Soleh A.S. Berimanlah orang-orang yang beriman di antara mereka dan sebahagian besar mereka tetap berada dalam penentangan dan kekafiran.
Kebencian terhadap Nabi Soleh A.S berubah menjadi kebencian kepada unta yang diberkati itu. Mulalah mereka membuat persekongkolan untuk menghapuskan unta itu. Orang-orang kafir sangat membenci mukjizat yang agung itu dan mereka membuat rancangan jahat untuk melenyapkannya. Sebagaimana biasanya, para tokoh-tokoh kaumnya berkumpul untuk membuat onar.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Soleh. Dia berkata: ”Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selainNya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu. Maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu d, waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ’Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana d, tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi dengan membuat kerosakan.” Pemuka-pemuka (pembesar) yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: ”Tahukah kamu bahawa Soleh diutus (menjadi Rasul) oleh Tuhannya?” Mereka menjawab: Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yang Soleh diutus untuk menyampaikannya.” Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: ”Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu.” (Al-A’raf: 73-76)
Nabi Soleh A.S menyeru kaumnya dengan penuh kasih sayang dan cinta. Dia mengajak mereka untuk hanya menyembah Allah S.W.T dan mengingatkan mereka bahawa Allah S.W.T telah mengeluarkan mukjizat bagi mereka, iaitu unta. Mukjizat itu sebagai bukti akan kebenaran dakwahnya. Dia memohon kepada mereka agar membiarkan unta itu makan dari hasil bumi dan setiap pelosok bumi adalah milik Allah S.W.T. Beliau juga mengingatkan mereka agar jangan sampai mengganggunya kerana dikhuatiri akan mendatangkan azab bagi mereka. Bahkan beliau mengingatkan mereka dengan nikmat-nikmat Allah S.W.T yang turun kepada mereka. Bagaimana Allah S.W.T menjadikan mereka penguasa-penguasa yang datang setelah kaum ’Ad. Dia memberi mereka istana dan gunung-gunung yang berukir serta pelbagai kenikmatan dan kekuatan.
Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Soleh A.S namun kaumnya menjawab dengan jawapan yang aneh. Mereka tidak menghiraukan nasihat Nabi mereka. Mereka menemui orang-orang yang beriman kepada Nabi Soleh A.S. Mereka bertanya dengan pertanyaan yang bertujuan untuk merendahkan dan mengejek: ”Apakah kalian mengetahui bahawa Soleh seorang yang diutus dari Tuhannya?”
Pertanyaan ini tidak wajar dikemukakan setelah mereka melihat mukjizat unta. Apa yang jelas, mereka merendahkan pengikut Nabi Soleh A.S dan mengejeknya.
Segolongan kecil yang beriman kepada Nabi Soleh A.S berkata: ”Sesungguhnya kami percaya dengan apa yang dibawa oleh Nabi Soleh A.S.”
Perhatikanlah jawapan orang-orang mukmin. Jawapan tersebut sangat bertentangan dengan jawapan para pembesar dari kaum Nabi Soleh A.S. Para pembesar itu meragukan kenabian Soleh A.S manakala orang-orang mukmin itu menegaskan kepercayaan mereka terhadap kebenaran yang dibawa oleh Nabi Soleh».
Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Soleh tidak berhubungan dengan unta itu, namun berhubungan dengan dakwah dan ajarannya. Mereka mengatakan bahawa mereka mengimani apa yang dibawa oleh Nabi Soleh A.S Mereka tidak mengatakan beriman kepada untanya. Mereka tidak mengatakan bahawa unta itu yang menetapkan kenabian Soleh A.s. Orang-orang mukmin lebih memerhatikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Soleh A.S, bukan memerhatikan mukjizat yang luar biasa itu. Melalui percakapan tersebut kita dapat melihat sikap orang orang kafir di mana mereka merasa mulia dengan penentangan terhadap kebenaran.
Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: ”Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu.”.
Demikianlah penghinaan, kesombongan dan kemarahan mereka. Rasa-rasanya adalah sia-sia untuk mencari dalil yang dapat memuaskan orang-orang kafir bila bercakap-cakap dengan mereka. Mereka selalu menolak kebenaran, padahal mereka orang-orang yang merdeka dalam memilih kebenaran itu.
Malam mulai menyelimuti kota Tsamud. Gunung-ganang yang kukuh menjulang melindungi rumah-rumah yang terukir di dalamnya. Dinyalakanlah lampu-lampu dalam istana yang terukir di gunung itu. Gelas-gelas minuman diputarkan d antara mereka. Tidak ada seorang pun dari tokoh-tokoh kaum yang tidak hadir d pertemuan penting itu. Bermulalah acara pertemuan dan terjadilah percakapan.
Salah seorang kafir berkata:
”Bagaimana kita akan mengikuti saja seorang manusia (biasa) di antara kita. Sesungguhnya kalau kita begitu, benar-benar dalam keadaan sesat dan gila.’ (Al-Qamar: 24)
Sementara yang lain pula, menjawab:
”Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong.” (Al-Qamar: 25)
Gelas-gelas minuman kembali diputar di antara mereka dan pemicaraan beralih dari Soleh ke unta Allah S.W.T. Salah seorang kafir berkata: ”Jika datang musin panas, maka unta itu mendatangi lembah yang dingin sehingga binatang-binatang ternak yang lain lari darinya dan kepanasan.”
Seorang kafir lain berkata: ”Jika datang musim dingin, unta itu mencari tempa hangat. Lalu ia istirehat di situ sehingga binatang-binatang ternak kita lari darinya dan menuju tempat yang dingin sehingga diancam kematian.”
Gelas-gelas minuman kembali diputar dan bergoyang di tangan orang-orang yang meminumnya. Salah seorang memerintahkan agar perempuan penyanyi berhenti menyanyi kerana dia sedang berfikir. Kemudian kesunyian menghantui segala penjuru. Orang itu mulai berfikir sambil minum dua gelas arak. Lalu dengan suara perlahan dia berkata: ”Hanya ada satu cara.”
Orang-orang yang duduk di sekitarnya bertanya: ”Bagaimana jalan keluarnya?”
Tokoh mereka berkata: ”Kita harus melenyapkan Soleh dari jalan kita. Maksudku adalah untanya. Kita harus membunuh untanya dan setelah itu kita akan membunuh Soleh.”
Begitulah cara yang dilakukan orang-orang kafir sepanjang sejarah. Demikianlah senjata yang digunakan oleh mereka dalam menghadapi kebenaran. Mereka tidak menggunakan akal waras atau hujah, tetapi menggunakan kekuatan fizikal. Bagi mereka, ini adalah cara yang paling aman. Pembunuhan akan menyelesaikan masalah.
N’amun salah seorang di antara mereka berkata: ”Bukankah Soleh mengingatkan kita akan azab yang keras jika kita menyakiti unta itu.”
Bagaimanapun, orang-orang yang duduk di majlis itu segera memadamkan suara orrang itu dengan dua gelas arak.
Kemudian percakapan dilanjutkan tentang Nabi Soleh A.S. ”Berapa kali kita putus asa dan kecewa olehnya. Sebaik-baik jalan adalah membunuhnya. Mula-mula kita membunuh untanya. Setelah itu kita akan membunuh Soleh. Namun, siapa gerangan yang berani membunuhnya?”
Pertanyaan itu mencetuskan keheningan di antara mereka. Setelah beberapa ketika, salah seorang dari mereka mengangkat suara: ”Aku mengenali seseorang yang dapat membunuhnya.”
Lalu nama demi nama berputar di antara mereka sehingga mereka menyebut seorang penjahat yang selalu membuat kerosakan di muka bumi dan dia suka mabuk. Dia juga mempunyai kelompok penjahat di kota.
Dan di kota itu ada sembilan orang lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (An-Naml: 48)
Mereka adalah alat-alat kejahatan. Mereka adalah penjahat-penjahat kota yang terkenal. Mereka sepakat untuk melaksanakan kejahatan. Kegelapan semakin menyelimuti gunung. Kemudian datanglah malam tragedi. Unta yang diberkati itu sedang tidur dan mendakap anaknya yang kecil di dadanya. Anaknya yang kecil itu merasa kedinginan dan mendapat kehangatan di sisi ibunya. Sembilan orang penjahat tersebut telah menyiapkan senjata mereka. Mereka keluar di kegelapan malam dan pemimpin mereka banyak minum arak sehingga dia hampir tidak melihat apa yang ada di hadapannya.
”Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya.” (Al-Qamar: 29)
Sembilan lelaki menyerang unta itu. Lalu ia bangkit dan bangunlah anaknya dalam keadaan takut. Akhiranya, darah unta itu terpancut dan anaknya pun terbunuh. Nabi Soleh A.S mengetahui apa yang terjadi, lalu beliau keluar dalam keadaan marah untuk menemui kaumnya. Beliau berkata kepada mereka ”Bukankah aku telah mengingatkan agar kalian jangan mengganggu unta itu.”
Mereka menjawab: ”Kami memang telah membunuhnya, maka datangkanlah seksaan kepada kami jika engkau mampu. Bukankah engkau berkata bahawa engkau termasuk utusan Tuhan?”
Nabi berkata kepada kaumnya: ”Bersukarialah kamu sekalian di rumah selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan.” (Hud: 65)
Setelah itu, Nabi Soleh A.S meninggalkan kaumnya. Kemudian datanglah janji Allah S.W.T untuk menghancurkan mereka setelah tiga hari. Berlalulah tiga hari seksaan atas orang-orang kafir dan mereka menunggu-nunggu azab yang datang Maka pada hari keempat langit terpecah melalui tempikan yang kuat di mana tempikan itu menghancurkan gunung dan membinasakan segala yang ada d dalamnya. Kemudian bumi bergoncang dan menghancurkan apa saja yang terdapat di atasnya. Itu cuma satu tempikan saja yang membuat kaum Nabi Soleh A.S hancur berantakan.
Allah S.W.T berfirman:
”Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah (tindakan) mereka dan bersabarlah. Dan beritakanla kepada mereka bahawa sesungguhnya air itu terbahagi antara mereka (dengan unta betina itu) tiap-tiap giliran minum dihadiri (oleh yang punya giliran). Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya. Alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” (Al-Qamar: 27-31)
Mereka semuanya hancur sebelum mengetahui apa yang terjadi. Manakala orang:orang yang beriman bersama Nabi Soleh A.S , telah meninggalkan tempat tersebut sehingga mereka selamat atas kehendak Allah S.W.T.
Ahad, 20 Disember 2009
KISAH NABI HUD
Sebilangan besar kaum Nabi Nuh A.S yang mendustakan ajarannya telah dihancurkan oleh taufan dan banjir besar. Manakala sekumpulan kecil di antara mereka kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari Sunatullah dan janji Allah S.W.T.
Manakala janji Allah S.W.T kepada Nabi Nuh A.S adalah:
”Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang taqwa.” (Al-Qasas:
83)
Begitu juga firman Allah S.W.T kepada Nabi Nuh A.S:
”Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan Junia) kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami.” (Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan dan datanglah janji Allah S.W.T Setelah datangnya taufan dan banjir besar, tiada manusia yang tersisa di muka bumi kecuali orang-orang yang beriman. Tiada satu hati yang kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai tewas dalam perjuangan.
Berlalulah tahun demi tahun, lantas matilah para orang tua dan anak-anak, serta datanglah anak dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh A.S dan mereka kembali menyembah berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata untuk Allah S.W.T. Akhirnya, tipu daya syaitan berulang kembali.
Para cucu kaum Nabi Nuh A.S berkata: ”Kita tidak ingin melupakan datuk kita yang Allah S.W.T selamatkan dari taufan dan banjir besar.” Oleh kerana itu, mereka membuat patung-patung orang-orang yang selamat itu agar dapat mengingatkan mereka dengannya. Pengagungan ini semakin berkembang generasi demi generasi, hingga akhimya penghormatan itu berubah menjadi pemujaan. Patung-patung itu berubah (dengan bisikan syaitan) menjadi tuhan selain Allah Maka bumi kembali dilanda kegelapan. Lalu Allah mengutus Nabi Hud A.S di tengah-tengah kaumnya.
Al-Quran menyingkap cerita setelah Allah utuskan Nabi Hud A.S untuk membawa agama kepada manusia. Nabi Hud A.S berasal dari kabilah yang bernama ’Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang bernama Al-Ahqaf. Ia adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan kelihatan lautan dari puncaknya. Adapun tempat tinggal mereka berupa khemah besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. Kaum ’Ad terkenal dengan kekuatan fizikal. Mereka juga memiliki tubuh yang amat tinggi dan tegap, sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran.
”Mereka berkata: ”Siapakah yang lebih kuat dari kami.” (Fussilat: 15)
Tiada seorang pun di masa itu yang dapat menandingi kekuatan mereka. Meskipun mereka memiliki kebesaran tubuh, namun mereka memiliki akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya bahkan mereka sedia berperang atas namanya. Malah mereka menuduh Nabi mereka dan mengejeknya, Selama mereka menganggap bahawa kekuatan adalah sesuatu yang patut dibanggakan, maka seharusnya mereka melihat bahawa Allah S.W.T yang menciptakan mereka adalah lebih kuat dari mereka. Sayangnya, mereka tidak melihat selain sifat bongkak mereka.
Nabi Hud A.S berkata kepada mereka:
”Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selainNya.” (Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang sama diucapkan oleh seluruh Nabi dan Rasul. Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah berkurangan dan tidak pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya: ”Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu ini? Imbuhan apa yang engkau inginkan?”
Nabi Hud A.S memberitahu mereka bahawa dia hanya mengharapkan balasan dari Allah S.W.T Beliau tidak inginkan apa-apa dari mereka selain agar mereka menerang akal dengan cahaya kebenaran. Dia mengingatkan mereka tentang nikmat Allah S.W.T terhadap mereka. Bagaimana Allah S.W.T menjadikan mereka sebagai khalifah setelah Nabi Nuh A.S Bagaimana Allah S.W.T memberi mereka kekuatan fizikal. Allah S.W.T menempatkan mereka di bumi yang penuh dengan kebaikan Allah S.W.T menurunkan hujan lalu menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Nabi Hud A.S membuat kerosakan dan menganggap bahawa mereka orang-orang yang terkuat di muka bumi, sehingga mereka menampakkan kesombongan dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata kepada Nabi Hud A.S: ”Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami, yang kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?”
Nabi Hud A.S menjawab: ”Sungguh orang tua kalian telah berbuat kesalahan.”
Kaum Nabi Hud A.S berkata: ”Apakah engkau akan mengatakan bahawa setelah
kami mati dan menjadi tanah yang berterbangan di udara, kami akan kembali hidup?”
Nabi Hud A.S menjawab: ”Kalian akan kembali pada hari kiamat dan Allah S.W.T akan bertanya kepada kalian tentang apa yang kalian lakukan.”
Setelah mendengar jawapan itu, meledaklah hilai tawa mereka. ”Alangkah anehnya pengakuan Hud!”
Demikianlah orang-orang kafir mengutuk di antara mereka. ”Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya akan rosak. Ketika jasadnya rosak, ia akan menjadi tanah. Kemudian akan dibawa oleh udara dan tanah itu akan berterbangan. Lalu bagaimana semua ini akan kembali ke asalnya? Kemudian apa pengertian adanya hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit dari kematiannya?”
Nabi Hud A.S menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran yang mulia. Kemudian dia mula menerangkan pada kaumnya keadaan hari kiamat. Dia menjelaskan kepada mereka bahawa kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah satu perkara yang penting. Ianya berhubungan dengan keadilan Allah S.W.T, bagaimana ianya juga sesuatu yang penting serta saling berhubungan dengan kehidupan manusia.
Nabi Hud A.S menerangkan kepada mereka sebagaimana yang diterangkan oleh semua Nabi berkenaan dengan hari kiamat. Sesungguhnya hikmah Allah Yang Maha Pencipta tidak menjadi sempurna dengan sekadar memulakan penciptaan, kemudian berakhirnya kehidupan para makhluk di muka bumi ini. Lalu setelah itu tiada lagi hal yang lain. Ini adalah masa yang pertama dari ujian dan ujian tidak selesai dengan hanya menyerahkan lembar jawapan. Harus juga disertai dengan pembetulan terhadap lembar jawapan itu. Memberi nilai dan menjelaskan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal.
Selama hidup di dunia, manusia tidak hanya mempunyai satu tindakan. Ada yang berbuat kezaliman. Ada yang membunuh dan ada yang melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang zalim bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup ramai orang-orang jahat, namun mereka mendapat kehidupan mewah dan penghormatan serta kekuasaan. Ke mana pula orang-orang yang teraniaya akan mengadu dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan meminta?
Logik keadilan menuntut adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang dalam kehidupan, bahkan terkadang pasukan kejahatan berjaya membunuh dan memperdayakan para pejuang kebenaran. Lalu, apakah kejahatan akan berlalu begitu saja tanpa mendapat balasan? Sungguh suatu kezaliman besar terhampar seandainya kita menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah S.W.T telah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya sendiri dan Dia juga mengharamkannya terjadi di antara hamba-hamba-Nya. Maka adanya hari kiamat, hari perhitungan, hari pembalasan, adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah S.W.T. Sebab, hari kiamat adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di hadapan Allah S.W.T dan akan di tinjau kembali. Maka Allah S.W.T akan memutuskan hukuman-Nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang berhubungan langsung dengan keadilan Allah S.W.T.
Ada kepentingan lain berkenaan hari kiamat, yang berhubungan dengan perilaku manusia. Bahawa keyakinan adanya hari akhir, mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan pahala dan seksa dan kemudian masuk syurga atau neraka, adalah perkara-perkara yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia. Di mana penumpuan manusia dan had mereka akan tertumpu dengan alam lain setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan terbelenggu oleh kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya dan nafsu untuk menguasainya. Mereka tidak perlu gelisah apabila tidak berjaya melihat balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan terbatas. Dengan demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang menjadi asal penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali persimpangan jalan antara tunduk terhadap imaginasi dunia, nilainilainya, pertimbangan-pertimbangannya dan pergantungan dengan nilai-nilai Allah S.W.T yang tinggi, akan wujud dengan adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi Hud A.S telah membicarakan semua ini dan mereka telah mendengar, namun mereka mendustakannya.
Allah S.W.T menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:
”Dan berkatalah pemuka-pemuka (pembesar) yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan pertemuan dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia: ”Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu. Dia makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, nescaya bila demikian itu, kamu benar-benar menjadi orang-orang yang rugi. Apakah dia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)? Jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu. Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini. Kita mati dan hidup, dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi.” (Al-Mu’minun: 33-37)
Demikianlah kaum Nabi Hud A.S mendustakan Nabinya. Mereka berkata kepadanya: ”Tidak mungkin! Tidak mungkin!”
Mereka kehairanan ketika mendengar bahawa Allah S.W.T akan membangkitkan orang-orang yang berada di dalam kubur. Mereka bingung ketika diberitahu bahawa Allah S.W.T akan mengembalikan penciptaan manusia setelah berubah menjadi tanah, meskipun sebelumnya Dia telah menciptakan manusia dari tanah. Seharusnya para pendusta hari kebangkitan itu merasa bahawa mengembalikan penciptaan manusia dari tanah dan tulang lebih mudah dari penciptaannya pertama kali.
bukankah Allah S.W.T telah menciptakan semua makhluk? Maka apa pula susahnya untuk Dia mengembalikannya. Kesulitan itu disesuaikan dengan bandingan manusia yang tersembunyi dalam ciptaan. Maka perbandingan atau jangkaan manusia tidak dapat diterapkan kepada Allah S.W.T. Kerana Dia tidak mengenali kesulitan atau kemudahan.
Ketika Allah S.W.T ingin membuat sesuatu, maka Dia hanya sekadar mengeluarkan perintah:
”Allah Pencipta langit dan bumi dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ”Jadilah!” Lalu jadilah ia.” (Al-Baqarah: 117)
Kita juga perlu memerhatikan firman Allah S.W.T:
”Dan berkatalah pemuka-pemuka (pembesar) yang kafir di antara kaumnya.”
(Al-Mu’minun: 33)
Al-Mala’ ialah para pembesar. Mereka dinamakan Al-Mala’ kerana mereka suka berbicara dan mempunyai kepentingan dalam kesinambungan keadaan yang tidak baik. Kita akan menyaksikan mereka dalam setiap kisah para Nabi. Kita akan melihat para pembesar, orang-orang kaya dan orang-orang bangsawan di antara mereka yang menentang para Nabi.
Allah S.W.T menggambarkan mereka dalam firman-Nya:
”Dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia.” (Ah Mu’minun: 33)
Kerana pengaruh kekayaan dan kemewahan hidup, lahirlah keinginan untuk meneruskan kepentingan-kepentingan khusus. Dari pengaruh kekayaan dan kekuasaan, muncullah sikap sombong. Para pembesar itu menoleh kepada kaumnya sambil bertanya: ”Tidakkah Nabi ini manusia biasa seperti kita? Dia makan dari apa yang kita makan dan minum dari apa yang kita minum? Bahkar barangkali kerana kemiskinannya, dia makan sedikit dari apa yang kita makan dan dia minum menggunakan gelas-gelas yang kotor, sementara kita minum dari gelas-gelas yang diperbuat dari emas dan perak. Maka bagaimana dia mengakui berada dalam kebenaran dan kita dalam kebatilan? Ini adalah manusia biasa, maka bagaimana kita mentaati manusia biasa seperti kita? Kemudian, mengapa Allah S.W.T memilih manusia di antara kita untuk mendapatkan wahyu-Nya?”
Para pembesar kaum Nabi Hud A.S berkata: ”Bukankah aneh, Allah S.W.T memilih manusia biasa di antara kita untuk menerima wahyu dari-Nya?”
Nabi Hud A.S berhujah: ”Apa keanehan dalam hal itu? Sesungguhnya Allah S.W.T mencintai kalian dan oleh kerana itu Dia mengutus aku kepada kalian untuk mengingatkan kalian. Sesungguhnya perahu Nuh dan kisah Nuh tidak jauh dari ingatan kalian. Janganlah kalian melupakan apa yang telah terjadi. Orang-orang yang menentang Allah S.W.T telah dihancurkan dan begitu juga orang-orang yang akan mengingkari-Nya pun akan dihancurkan, sekuat mana pun mereka.”
Para pembesar kaum berkata: ”Siapakah yang dapat menghancurkan kami, waha Hud?”
Nabi Hud A.S menjawab: ”Allah”
Orang-orang kafir dari kaum Nabi Hud A.S berkata: ”Tuhan-tuhan kami akan menyelamatkan kami.”
Nabi Hud A.S memberitahu mereka, bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah itu dengan maksud untuk mendekatkan mereka kepada Allah S.W.T pada hakikatnya menjauhkan mereka dari Allah A.S. Dia menjelaskan kepada mereka bahawa hanya Allah S.W.T yang dapat menyelamatkan manusia, manakala kekuatan lain di bumi tidak dapat mendatangkan mudharat dan manfaat.
Pertarungan antara Nabi Hud A.S dan kaumnya semakin sengit. Setiap kali pertarungan berlanjutan dan hari berlalu, kaum Nabi Hud A.S meningkatkan kkesombongan, bangkangan dan pendustaan kepada Nabi mereka. Mereka mula
- menuduh Nabi Hud A.S sebagai seorang dungu dan gila.
Pada suatu hari mereka berkata kepadanya: ”Sekarang kami memahami rahsia kegilaanmu. Sesungguhnya engkau menghina tuhan kami dan tuhan kami telah marah kepadamu. Maka kerana kemarahannya engkau menjadi gila.”
Allah S.W.T menceritakan apa yang mereka katakan, di dalam firman-Nya:
”Kaum ’Ad berkata: ”Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu.” (Hud: 53-54)
Sampai pada batas inilah penyimpangan telah terjadi pada diri mereka. Sehingga ada batas mereka menganggap bahawa Nabi Hud A.S telah gila kerana salah satu tuhan mereka murka kepadanya sehingga dia terkena penyakit gila. Nabi Hud A.S tidak membiarkan anggapan mereka bahawa dia gila, namun dia tidak bersikap emosi tetapi menunjukkan sikap tegas ketika mereka mengatakan: ”Dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu.”
Setelah tentangan ini, tiada lain bagi Nabi Hud A.S kecuali memberikan tentangan yang sama. Dia hanya pasrah kepada Allah S.W.T dan hanya memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang yang mendustakan dakwahnya.
Nabi Hud A.S berkata:
Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai saksiku. Dan saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan dari selain-Nya. Sebab itu, jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan -inganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah nenyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikannya) kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepadaNya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.” (Hud: 54-57)
Manusia akan merasa hairan terhadap penentangan kepada kebenaran ini. Seorang lelaki menghadapi kaum yang kasar dan keras kepala serta bodoh. Mereka menganggap bahawa berhala-berhala dari batu dapat memberikan gangguan. Manusia sendiri mampu menentang orang zalim dan melumpuhkan keyakinan mereka, serta berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. Bahkan dia sedia menentang mereka dan menghadapi segala bentuk ancaman mereka. Dia juga sedia berperang dengan mereka dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Allah Maha Kuat dan Maha Benar. Dialah yang menguasai setiap makhluk di muka bumi. baik berupa binatang, manusia, mahupun makhluk lain. Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah S.W.T.
Dengan keimanan kepada Allah S.W.T dan kepercayaan pada janji-Nya serta merasa tenang dengan pertolongan-Nya, Nabi Hud A.S menyeru orang-orang kafir dari kaumnya. Nabi Hud A.S melakukan sedemikian meskipun dia sendirian dan lemah. Ini adalah kerana dia mendapat keamanan yang hakiki dari Allah S.W.T. Dalamr. pemicaraannya, Nabi Hud A.S menjelaskan kepada kaumnya bahawa dia melaksanakan amanat dan menyampaikan agama. Jika mereka mengingkari dakwahnya, nescaya Allah S.W.T akan menggantikan mereka dengan kaum selain mereka. Ini bererti bahawa mereka sedang menunggu azab. Demikianlah Nabi Hud A.S menjelaskan kepada mereka, bahawa dia berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. Dia bertawakkal kepada Allah S.W.T yang menciptakannya.
Nabi Hud A.S mengetahui bahawa seksaan akan turun di antara para pengikutnya yang menentang. Beginilah hukum kehidupan di mana Allah S.W.T menyeksa orang-orang kafir meskipun mereka sangat kuat atau sangat kaya. Nabi Hud A.S dan kaumnya menunggu janji Allah S.W.T. Kemudian terjadilah musim kemarau di muka bumi di mana langit tidak lagi menurunkan hujan. Matahari menyengat sanga kuat hingga laksana percikan-percikan api yang menimpa kepala manusia.
Kaum Nabi Hud A.S segera menuju kepadanya dan bertanya: ”Mengapa terjadi kekeringan ini, wahai Hud?”
Nabi Hud A.S berkata: ”Sesungguhnya Allah S.W.T murka kepada kalian. Jika kalian beriman, maka Allah S.W.T akan rela terhadap kalian dan menurunkan hujan serta menambah kekuatan kalian.”
Namun kaum Nabi Hud A.S mengejeknya, malah semakin menentangnya. Maka masa kemarau semakin meningkat dan menguningkan pokok-pokok yang hijau dan matilah tanaman-tanaman.
Lalu datanglah suatu hari di mana terdapat awan besar yang menyelimuti langit. Kaum Nabi Hud A.S begitu gembira dan mereka keluar dari rumah sambil berkata: Hari ini kita akan dituruni hujan.”
Tiba-tiba udara yang sangat kering dan panas berubah menjadi sangat dingin. Angin mulai bertiup dengan kencang. Semua benda menjadi bergoyang. Angin terus-menerus bertiup malam demi malam dan hari demi hari. Setiap saat rasa dingin makin bertambah.
Kaum Nabi Hud A.S mula lari ketakutan. Mereka segera menuju khemah dan bersembunyi di dalamnya. Angin bertiup kian kencang dan menghancurkan khemah. Angin menghancurkan pakaian dan menghancurkan kulit. Setiap kali angin bertiup, ia menghancurkan dan membunuh apa saja yang ada di depannya. Angin bertiup selama tujuh malam dan lapan hari serta memusnahkan kehidupan junia. Kemudian angin berhenti dengan izin Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman:
”Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: ”Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.” (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (iaitu) angin yang mengandungi azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya.” (Al-Ahqaf: 24-25)
”Yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus-menerus, maka kamu lihat kaum ’Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pokok kurma yang telah kosong (lapuk).” (Al-Haqqah: 7)
Tiada yang tinggal dari kaum Nabi Hud A.S kecuali pokok-pokok kurma yang lapuk. Nabi Hud A.S dan orang-orang yang beriman kepadanya selamat, manakala orang-orang yang menentangnya habis binasa, dengan izin Allah S.W.T.

Sabtu, 19 Disember 2009
INDAHNYA PAKATAN RAKYAT
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal
Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama
Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja
duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul
Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang
bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik
Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok
Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh
dari para perwakilan.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini
mencatat satu sejarah baru politik negara.

Jumaat, 18 Disember 2009
KISAH NABI NUH A.S
Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam A.S. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pokok-pokok dan batu-batuan tampak tidak bermaya. Banyak perkara berubah di muka bumi. Sesuai dengan hukum alam, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam A.S. Kesalahan yang pernah berlaku dahulu, kembali berulang. Kesalahan dalam bentuk kealpaan, meskipun kali ini berulang dengan cara berbeza.
Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh A.S, telah hidup lima orang soleh dari datuk nenek kaum Nabi Nuh A.S Mereka hidup selama beberapa zaman, kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Vasr. Setelah kematian mereka, orang ramai membuat patung-patung dari mereka, sebagai menghormati mereka dan menjadi peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu dan orang-orang yang mengukir patung itu mati. Lalu datanglah inak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati dan datanglah cucu-cucu mereka. Kemudian timbullah pelbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia, di mana dikatakan bahawa patung-patung itu memiliki kuasa dan kekuatan khusus.
Di sinilah iblis laknatullah memanfaatkan kesempatan membisikkan kepada manusia bahawa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya, sehingga akhirnya manusia menyembah berhala-berhala itu. Kita tidak mengetahui sumber yang sahih bagaimana bentuk
kehidupan ketika penyembahan berhala bermula di bumi. Namun kita mengetahui hukum umum yang tidak pernah berubah ketika manusia mulai cenderung kepada syirik. Dalam situasi seperti itu, kejahatan akan memenuhi bumi dan akal manusia akan kalah, serta akan meningkatnya kezaliman dan ramainya orang-orang yang teraniaya. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Apa yang jelas, kehidupan manusia semuanya akan berubah menjadi neraka Jahim.
Keadaan sedemikian ini pasti terjadi ketika manusia menyembah selain Allah S.W.T, baik yang disembah itu berhala dari batu, anak lembu dari emas, penguasa dari manusia, sistem dari pelbagai sistem, mazhab dari pelbagai mazhab, atau kubur seorang wali. Sebab, satu-satunya yang menjamin persamaan di antara manusia adalah, mereka hanya menyembah Allah S.W.T dan Dia diakui sebagai Pencipta mereka dan yang membuat undang-undang bagi mereka. Tetapi apabila jaminan ini hilang, lalu ada seorang yang mendakwa, atau ada sistem yang mendakwa memiliki kuasa ketuhanan, maka manusia akan binasa dan akan hilanglah kebebasan mereka sepenuhnya.
Penyembahan kepada selain Allah S.W.T bukan hanya sebagai tragedi yang boleh menghilangkan kebebasan, namun pengaruh buruknya dapat menusuk ke dalam akal manusia dan dapat mengotorinya. Sebab, Allah S.W.T menciptakan manusia agar dapat mengenali-Nya dan menjadikan akalnya sebagai permata yang bertujuan untuk memperoleh ilmu. Ilmu yang paling penting adalah kesedaran bahawa hanya Allah S.W.T sebagai Pencipta, dan selain-Nya adalah makhluk. Ini adalah asas penting dan dasar pertama yang harus ada sehingga manusia berjaya sebagai khalifah di muka bumi.
Ketika akal manusia kehilangan peranannya dan berpaling kepada selain Allah S.W.T maka manusia akan ditimpa kesalahan. Terkadang seseorang mengalami kemajuan secara material kerana berjaya melalui jalan-jalan kemajuan, meskipun dia tidak beriman kepada Allah S.W.T. Namun kemajuan material yang tidak disertai dengan pengenalan kepada Allah S.W.T akan menjadi seksaan yang lebih keras dari seksaan apa pun, kerana ia pada akhirnya akan menghancurkan manusia itu Ketika manusia menyembah selain Allah S.W.T maka akan meningkatlah penderitaan hidup dan kefakiran manusia. Terdapat hubungan kuat antara kehinaan manusia dan kefakiran mereka, serta tidak berimannya mereka kepada AllahS.W.T.
Allah S.W.T berfirman:
”Seandainya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)
Demikianlah, bahawa kufur kepada Allah S.W.T atau syirik kepada-Nya akan menyebabkan hilangnya kebebasan dan hancurnya akal serta meningkatnya kefakiran, serta kosongnya kehidupan dari tujuan yang mulia. Dalam keadaan seperti ini, Allah S.W.T mengutus Nabi Nuh A.S untuk membawa ajaran Allah kepada kaumnya. Nabi Nuh A.S adalah seorang hamba yang akalnya tidak terpengaruh oleh kebiasaan umat manusia yang menyembah selain Allah S.W.T. Allah S.W.T memilih hamba-Nya, Nuh A.S dan mengutusnya di tengah-tenga kaumnya.
Nuh A.S membuat revolusi pemikiran. Beliau berada di puncak kemuliaan dai kecerdasan. Dia merupakan manusia terbesar di zamannya. Dia bukan seoran raja di tengah-tengah kaumnya, bukan penguasa mereka dan bukan juga orang paling kaya di antara mereka. Kita mengetahui bahawa kebesaran tidak selalu berhubungan dengan kerajaan, kekayaan dan kekuasaan. Tiga perkara tersebut biasanya dimiliki oleh jiwa-jiwa yang hina. Namun kebesaran terletak pada kebersihan hati, kesucian nurani dan kemampuan akal untuk mengubah kehidupan di sekitarnya. Nabi Nuh A.S memiliki semua itu, bahkan lebih dari itu. Nabi Nuh A.S adalah manusia yang mengingati dengan baik perjanjian Allah S.W.T dengan Nabi Adam A.S dan anak-anaknya, ketika Allah S.W.T menciptakan mereka.
Berdasarkan fitrah, dia beriman kepada Allah S.W.T sebelum pengutusannya pada manusia. Semua Nabi beriman kepada Allah S.W.T sebelum mereka diutus. Di antara mereka ada yang ’mencari’ Allah S.W.T seperti Nabi Ibrahim A.S. Ada juga di antara mereka yang beriman kepada-Nya dari lubuk hati yang paling dalam, seperti Nabi Musa A.S, dan di antara mereka juga ada yang beribadah kepada-Nya dan menyendiri di gua Hira’, seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat sebab lain berkenaan dengan kebesaran Nabi Nuh Ketika bangun, tidur, akan, minum, atau mengenakan pakaian, masuk atau keluar rumah, dia selalu bersyukur kepada Allah S.W.T dan memuji-Nya, serta mengingati nikmat-Nya dan selalu bersyukur kepada-Nya.
Oleh kerana itu, Allah S.W.T berfirman tentang Nabi Nuh A.S:
”Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (Al-Isra’: 3)
Alah S.W.T memilih hamba-Nya yang bersyukur dan mengutusnya sebagai Nabi kepada kaumnya. Nabi Nuh A.S keluar menuju kaumnya dan memulakan dakwahnya:
”Wahai kaumku, sembahlah Allah. Ssekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya. Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar.” (Al-A’raf: 59)
Dengan kalimat yang singkat tersebut, Nabi Nuh A.S meletakkan hakikat
ketuhanan dan hari kebangkitan kepada kaumnya. Hanya ada satu Pencipta yang berhak disembah. Di sana terdapat kematian, kemudian kebangkitan, kemudian hari kiamat. Hari yang besar yang di dalamnya terdapat seksaan yang besar.
Nabi Nuh A.S menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Dia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa syaitan telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan penipuan itu. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah S.W.T telah memuliakan manusia. Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki dan menganugerahkan akal kepada mereka. Manusia mendengar dakwahnya dengan penuh khusyu’. Dakwah Nabi Nuh A.S cukup menggoncangkan jiwa mereka. Laksana tembok yang akan roboh yang ketika itu ada seorang yang tertidur dan digoyang tubuhnya agar dia bangun. Barangkali dia akan takut dan marah meskipun bertujuan untuk menyelamatkannya.
Akar umbi kejahatan yang ada di bumi mendengar dan merasa ketakutan. Tunjang-tunjang kebencian terancam dengan cinta ini yang dibawa oleh Nabi Nuh A.S. Setelah mendengar dakwah Nabi Nuh A.S, kaumnya terpecah menjadi dua kelompok. Pertama, kelompok orang-orang lemah, orang-orang fakir dan orang orang yang menderita, di mana mereka merasa dilindungi dengan dakwah Nabi Nuh A.S. Manakala kelompok yang kedua adalah kelompok orang-orang kaya orang-orang kuat dan para penguasa di mana mereka menghadapi dakwah Nabi Nuh A.SS dengan penuh keraguan. Bahkan ketika mereka mempunyai kesempatan mereka mulai melancarkan serangan untuk melawan Nabi Nuh A.S.
Mula-mula mereka menuduh bahawa Nabi Nuh A.SS adalah manusia biasa seperti mereka.
”Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: ”Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami.” (Hud: 27)
Dalam tafsir Al-Qurthubi disebutkan: Masyarakat yang menentang dakwahnya adalah para pembesar dari kaumnya. Mereka dikatakan Al-Mala’ kerana mereka seringkali berkata, misalnya mereka berkata kepada Nabi Nuh A.S: ”Wahai Nuh. engkau adalah manusia biasa.” Padahal Nabi Nuh A.S juga mengatakan bahawa dia memang manusia biasa. Allah S.W.T mengutus seorang Rasul dari manusia ke bumi kerana bumi dihuni oleh manusia. Seandainya bumi dihuni oleh para malaikat. nescaya Allah S.W.T mengutus seorang Rasul dari malaikat.
Berlanjutlah peperangan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh A.S. Mula-mula. rejim penguasa menganggap bahawa dakwah Nabi Nuh A.S akan mati dengan sendirinya. Namun ketika mereka melihat bahawa dakwahnya menarik perhatian orang-orang fakir, orang-orang lemah dan masyarakat sederhana, mereka mulai menyerang Nabi Nuh A.S.
Mereka menyerang Nabi Nuh A.S melalui pengikutnya dan mereka berkata kepadanya: ”Tiada yang mengikutimu selain orang-orang fakir dan orang-orang lemah serta orang-orang hina.”
Allah S.W.T berfirman:
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): ”Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku khuatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan.” Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: ”Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikutimu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang berdusta.” (Hud: 25-27)
Demikianlah telah berlanjutan pertarungan antara Nabi Nuh A.S dan para bangsawan dari kaumnya. Orang-orang kafir itu menggunakan dalih persamaan dan mereka berkata kepada Nabi Nuh A.S: ”Dengarkan wahai Nuh, jika engkau ingin kami beriman kepadamu maka usirlah orang-orang yang beriman kepadamu. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang lemah dan orang-orang yang fakir, sementara kami adalah kaum bangsawan dan orang-orang kaya di antara mereka. Dan mustahil engkau menggabungkan kami bersama mereka dalam satu majlis.”
Nabi Nuh A.S mendengar apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir dari kaumnya. Dia mengetahui bahawa mereka menentang. Meskipun demikian, dia menjawabnya dengan baik. Dia memberitahu kepada kaumnya bahawa dia tidak dapat mengusir orang-orang mukmin, kerana mereka bukanlah tetamunya, tetapi mereka adalah tetamu Allah S.W.T. Rahmat bukan terletak dalam rumahnya di mana masuk di dalamnya orang-orang yang dikehendaki dan terusir darinya orang-orang yang tidak dikehendaki. Sebaliknya rahmat terletak dalam rumah Allah S.W.T di mana Dia menerima siapa saja yang dikehendaki-Nya untuk berada di dalamnya.
Allah S.W.T berfirman:
”Berkata Nuh: ”Hai kaumku, bagaimana fikiranmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberi-Nya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya?” Dan (dia berkata): ”Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.” Dan (dia berkata): ”Hai kaumku, siapakah yang dapat menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran? Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui hal yang ghaib, dan tidak pula aku mengatakan sesungguhnya aku adalah malaikat, dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatannya sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada mereka. Sesungguhnya aku, kalau begitu, benar benar termasuk orang-orang yang zalim.” (Hud: 28-31)
Nabi Nuh A.S mematahkan semua hujah orang-orang kafir dengan logik para Nabi yang mulia. Iaitu, logik pemikiran yang bebas dari kesombongan peribadi dan kepentingan-kepentingan khusus. Nabi Nuh A.S berkata kepada mereka bahawa Allah S.W.T telah memberinya agama, kenabian dan rahmat. Manakala mereka tidak melihat apa yang diberikan Allah S.W.T kepadanya. Selanjutnya, dia tidak memaksa mereka untuk mempercayai apa yang disampaikannya sehingga mereka membenci. Kalimat tauhid (tiada Tuhan selain Allah) tidak dapat dipaksakan atas seseorang. Dia memberitahu mereka bahawa dia tidak meminta imbuhan dari mereka atas dakwahnya. Dia tidak meminta harta dari mereka sehingga memberatkan mereka. Sesungguhnya dia hanya mengharapkan pahala dari Allah S.W.T. Hanya Allah yang memberi pahala kepadanya.
Nabi Nuh A.S menerangkan kepada mereka bahawa dia tidak dapat mengusir orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Meskipun sebagai Nabi, dia memiliki keterbatasan. Dia tidak diberikan hak untuk mengusir orang-orang yang beriman kerana dua alasan. Bahawa mereka akan bertemu dengan Allah S.W.T dalam keadaan beriman kepada-Nya, maka bagaimana dia akan mengusir orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Kemudian, seandainya dia mengusir mereka, maka mereka akan menentangnya di hadapan Allah S.W.T. Ini akibat pemberian pahala dari Allah S.W.T atas keimanan mereka dan balasan-Nya atas siapa pun yang mengusir mereka. Maka siapakah yang dapat menolong Nabi Nuh A.S dari seksa Allah S.W.T seandainya dia mengusir mereka?
Demikianlah Nabi Nuh A.S menunjukkan bahawa permintaan kaumnya agar mengusir orang-orang mukmin adalah tindakan bodoh dari mereka. Nabi Nuh A.S kembali menyatakan bahawa dia tidak dapat melakukan sesuatu yang di luar kekuasaannya. Dia memberitahu mereka akan kerendahannya dan kepatuhannya kepada AllahS.W.T. Dia tidak dapat melakukan sesuatu yang merupakan bahagian dari kekuasaan AllahS.W.T iaitu pemberian nikmat-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Dia tidak mengetahui ilmu ghaib, kerana ilmu ghaib hanya khusus dimiliki oleh Allah S.W.T Dia juga memberitahu mereka bahawa dia bukan seorang raja, yakni kedudukannya bukan seperti kedudukan para malaikat. Sebahagian ulama’ berhujah dari ayat ini bahawa para malaikat lebih utama daripada para Nabi. - (sila rujuk tafsir Al-Qurthubi)
Nabi Nuh A.S berkata kepada mereka: ”Sesungguhnya orang-orang yang kalian pandang sebelah mata dan kalian hina orang-orang mukmin yang kalian remehkan itu, sesungguhnya pahala mereka itu tidak hilang dan tidak berkurangan dengan penghinaan kalian terhadap mereka. Sungguh Allah S.W.T lebih tahu terhadap apa
yang ada dalam diri mereka. Dialah yang membalas amal mereka. Sungguh aku telah menganiaya diriku sendiri seandainya aku mengatakan bahawa Allah S.W.T tidak memberikan kebaikan kepada mereka.”
Kemudian rejim penguasa mulai bosan dengan hujah yang disampaikan oleh Nabi Nuh A.S. Allah S.W.T menceritakan sikap mereka terhadap Nabi Nuh A.S dalam firmanNya:
”Mereka berkata: ”Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dann kamu telah memanjangkan bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” Nuh menjawab: ”Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu. Dialah Tuhanmu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Hud: 32-34)
Nabi Nuh A.S menambahkan bahawa mereka tersesat dari jalan Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu, namun mereka memperolehi kesesatan disebabkan oleh ikhtiar mereka, kebebasan mereka serta keinginan mereka.
Suatu ketika dahulu, iblis laknatullah pernah berkata:
”Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat....” (Al-A’raf: 16)
Secara zahir nampak bahawa makna ungkapan itu bererti Allah S.W.T yang menyesatkannya, padahal hakikatnya adalah bahawa Allah S.W.T telah memberinya kebebasan dan kemudian Allah S.W.T akan meminta pertanggungjawabannya.
Kita tidak sependapat dengan pandangan Al-Qadhariyah, Al-Mu’tazilah dan
Al-Imamiyah. Mereka berpendapat bahawa keinginan manusia cukup sebagai kekuatan untuk melakukan perbuatannya, baik berupa ketaatan mahupun maksiat. Kerana bagi mereka, manusia adalah pencipta perbuatannya. Dalam hal itu, ia tidak memerlukan Tuhannya. Kita tidak mengambil pendapat mereka secara mutlak. Kita berpendapat bahawa manusia memang menciptakan perbuatannya namun dia memerlukan bantuan Tuhannya dalam melakukannya.
Apa yang jelas, Allah S.W.T mengerahkan setiap makhluk sesuai dengan arah penciptaannya, baik arah itu menuju kebaikan atau keburukan. Ini termasuk kebebasan sepenuhnya. Manusia memilih dengan kebebasannya, kemudian Allah S.W.T mengerahkan jalan menuju pilihannya itu. Iblis memilih jalan kesesatan maka Allah S.W.T mengerahkan jalan kesesatan itu padanya. Manakala orang-orang kafir dari kaum Nabi Nuh A.S memilih jalan yang sama, maka Allah S.W.T pun mengerahkan jalan itu pada mereka.
Peperangan pun berlanjutan dan perdebatan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh A.S semakin melebar. Sehingga ketika hujah-hujah mereka dipatahkan dan mereka tidak dapat mengatakan sesuatu yang bernas, mereka mulai keluar dari batas-batas adab dan berani mengejek Nabi Allah.
”Pemuka-pemuka (pembesar) dari kaumnya berkata: ”Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata.” (Al-A ’raf: 60)
Nabi Nuh A.S menjawab dengan sikap sopan-santun para Nabi yang agung.
”Nuh menjawab: ”Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amana amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah, apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-A ’raf: 61-62)
Nabi Nuh A.S tetap menjalankan dakwah di tengah-tengah kaumnya, waktu demi waktu, hari demi hari dan tahun demi tahun. Berlalulah masa yang panjang itu namun Nabi Nuh A.S tetap mengajak kaumnya. Nabi Nuh A.S berdakwah kepada mereka siang dan malam, dengan sembunyi-sembunyi dan terang-terangan Bahkan dia juga memberikan contoh-contoh pada mereka. Beliau menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T dan kekuasaan-Nya di dunia Namun setiap kali dia mengajak mereka untuk menyembah Allah S.W.T, mereka lari darinya. Setiap kali dia mengajak mereka beriman agar Allah S.W.T mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka di telinga dan mereka menampakkan kesombongan di depan kebenaran.
Allah S.W.T menceritakan apa yang dialami oleh Nabi Nuh A.S di dalam firman-Nya:
”Nuh berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampun mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke muka) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan keterlaluan. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara yang terang-terangan, kemudian aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka: ”Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan nembanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 5-12)
Namun apakah pula tindakan kaumnya?
Nuh berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Mereka telah melakukan tipu daya yang amat besar. Dan mereka berkata: ”Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali meninggalkan penyembahan) wadd, suwa, yaghuts, yauq dan nasr. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim itu selain kesesatan.” (Nuh: 21-24)
Demikianlah, Nabi Nuh A.S tetap melanjutkan dakwah di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal di antara mereka seribu tahun, kurang lima puluh tahun.” (Al-Ankabut:
14)
Sayangnya, jumlah kaum mukmin tidak bertambah manakala jumlah kaum kafir kian bertambah. Nabi Nuh A.S sangat sedih namun tidak sampai kehilangan harapan. Beliau sentiasa mengajak kaumnya dan berhujah dengan mereka. Namun kaumnya selalu menghadapinya dengan kesombongan, kekufuran dan penentangan. Nabi Nuh A.S tetap memegang harapan selama 950 tahun. Nampak bahawa usia manusia sebelum datangnya taufan, cukup panjang. Barangkali usia panjang bagi Nabi Nuh A.S merupakan mukjizat khusus baginya.
Datanglah hari di mana Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S bahawa orang-orang yang beriman dari kaumnya tidak akan bertambah lagi. Allah S.W.T mewahyukan kepadanya agar tidak bersedih atas tindakan mereka.
Maka pada ketika itu, Nabi Nuh A.S berdoa agar orang-orang kafir dihancurkan. Dia berkata:
“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.” (Nuh: 26)
Nabi Nuh A.S membenarkan doanya dengan alasan:
”Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu dan mereka tidak akan melahirkan selain ona yang berbuat maksiat dan kafir.” (Nuh: 27)
Allah S.W.T berfirman:
”Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (Hud: 36-37)
Kemudian Allah S.W.T menetapkan hukum-Nya atas orang-orang kafir, iaitu datangnya taufan. Allah S.W.T memberitahu Nabi Nuh A.S bahawa dia akan membuat perahu dengan ’pengawasan Kami dan wahyu kami’ yakni dengan ilmu Allah S.W.T dan pengajaran-Nya, serta sesuai dengan arahan-Nya dan bantuan para malaikat.
Allah S.W.T menetapkan perintah-Nya kepada Nabi Nuh A.S
”Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (Hud: 37)
Allah menenggelamkan orang-orang yang zalim, biar apa pun kedudukan dan pertalian mereka dengan Nabi Nuh A.S. Allah S.W.T melarang NabiNya untuk bercakap-cakap dengan mereka atau menegah urusan mereka. Nabi Nuh A.S mula; menanam pokok untuk membuat perahu darinya. Dia menunggu beberapa tahun kemudian memotong pokok yang ditanamnya dan mula membinanya. Akhirnya jadilah perahu yang besar, tinggi dan kuat.
Para mufasir (ahli tafsir Al-Quran) berbeza pendapat tentang besamya perahu itu bentuknya, masa pembuatannya, tempat pembuatannya dan lain-lain. Berkenaan hal tersebut Fakhrur Razi berkata: ”Ketahuilah bahawa pembahasan ini tidak menarik bagiku kerana ia merupakan hal-hal yang tidak perlu diketahui. Aku kini mengetahui hal tersebut hanya mendatangkan manfaat yang sedikit.”
Mudah-mudahan Allah S.W.T merahmati Fakhrur Razi yang menyatakan kebenaran dengan kalimatnya itu. Kita tidak mengetahui hakikat perahu itu, kecuali apa yang telah Allah S.W.T ceritakan kepada kita tentang hal itu. Misalnya, kita tidak mengetahui di mana ia dibuat, berapa panjang atau lebarnya dan kita secara pasti tidak mengetahui selain tempat yang ditujunya setelah ia berlabuh.
Allaht S.W.T tidak memberikan keterangan secara terperinci berkenaan hal tersebut yang tidak memberikan kepentingan pada kandungan cerita dan tujuannya yang penting. Nabi Nuh A.S mula membina perahu, lalu orang-orang kafir lalu di depannya ketika dia tekun membuat perahu. Ketika itu, cuaca atau udara sangat kering dan tidak terdapat sungai atau laut yang dekat.
Bagaimana perahu ini akan belayar, wahai Nuh? Apakah ia akan belayar di atas tanah? Di manakah air yang memungkinkan bagi perahumu untuk belayar? Sungguh Nuh telah gila!” Orang-orang kafir ketawa terbahak-bahak dan semakin kuat mengejek Nabi Nu A.S.
Puncak pertikaian dalam kisah Nabi Nuh A.S kelihatan dalam masa ini. Kebatilan mengejek kebenaran dan cukup lama mentertawakan kebenaran. Mereka menganggap bahawa dunia adalah milik mereka dan bahawa mereka akan selalu mendapatkan keamanan dan bahawa seksaan tidak akan terjadi. Namun anggapan mereka itu tidak terbukti. Datangnya angin taufan meranapkan semua perkiraan mereka. Ketika itu, orang-orang mukmin mengejek balik orang-orang kafir dan ejekan mereka adalah kebenaran.
Allah S.W.T berfirman:
”Dan mulailah Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: ”Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) akan mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakan dan yang akan ditimpa azab yang kekal.” (Hud: 38-39)
Setelah selesai membuat perahu, Nabi Nuh A.S duduk menunggu perintah Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S bahawa jika ada yang mempunyai dapur, maka ini sebagai alat melihat petanda bermulanya angin taufan. Disebutkan bahawa tafsiran dari at-tannur ialah alat untuk memanggang roti yang ada di dalam rumah Nabi Nuh A.S. Jika air keluar darinya maka itu merupakan perintah bagi Nabi Nuh A.S untuk bergerak.
Maka pada suatu hari tannur itu mulai menunjukkan tanda-tandanya dari dalaim rumah Nabi Nuh A.S lalu Nabi Nuh A.S segera membuka perahunya dan mengajak orang-orang mukmin untuk menaikinya. Nabi Nuh A.S membawa burung, binatang buas, binatang yang berpasang-pasangan, sapi, gajah, semut dan lain-lain. Dalam perahu itu, Nabi Nuh A.S telah membuat kandang binatang buas.
Jibril A.S turun ke bumi dan mengiringi setiap dua binatang yang berpasangan agar setiap jenis binatang tidak punah dari muka bumi. Ini bererti bahawa angin taufan dan banjir besar telah menenggelamkan bumi semuanya. Kalau tidak demikian. maka buat apa diangkut jenis binatang-binatang itu. Binatang-binatang mulai menaiki perahu itu serta orang-orang yang beriman dari kaumnya. Jumlah orangorang mukmin sangat sedikit.
Allah S.W.T berfirman:
”Hingga apabila perintah Kami datang dan tannur telah memancarkan air, Kami berfirman: ”Muatkanlah di dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman, dan tidak beriman bersama Nuh itu, kecuali sedikit.” (Hud: 40)
Isteri Nabi Nuh A.S tidak beriman kepadanya sehingga tidak ikut menaiki perahu. Salah satu anaknya menyembunyikan kekafirannya dengan menampakkan keimanan di depan Nabi Nuh, dan dia pun tidak ikut menaikinya. Majoriti manusia ketika itu tidak beriman sehingga mereka tidak turut belayar. Hanya orang-orang mukmin yang mengharungi lautan bersamanya.
Ibnu Abbas R.A berkata: ”Terdapat lapan puluh orang dari kaum Nabi Nuh A.S yang beriman kepadanya.”
Air yang keluar dari celah-celah bumi mulai meninggi. Tiada satu celah pun di bumi kecuali keluar air darinya. Sementara dari langit turunlah hujan yang sangat lebat. Belum pernah turun hujan mencurah seperti itu di bumi dan tidak akan ada hujan seperti itu sesudahnya. Lautan semakin bergolak dan ombaknya menerpa apa saja dan menyapu bumi. Perut bumi bergerak dengan gerakan yang tidak sempurna sehingga bumi untuk pertama kalinya tenggelam dalam air.
Allah S.W.T berfirman:
”Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air, maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku.” (Al-Qamar: 11-13)
Air meninggi di atas kepala manusia dan melampaui ketinggian pokok, bahkan puncak gunung. Akhirnya, permukaan bumi diselimuti dengan air. Ketika mula-mula datang taufan, Nabi Nuh A.S memanggil puteranya. Puteranya itu berdiri agakjauh darinya.
Nabi Nuh A.S memanggilnya dan berkata:
”Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.” (Hud: 42)
Anak itu menjawab ajakan ayahnya:
”Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air nanti.” (Hud: 43)
Nabi Nuh A.S kembali menyerunya:
”Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain orang yang dirahmati-Nya.” (Hud: 43)
Selesailah percakapan antara Nabi Nuh A.S dan anaknya.
Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (Hud: 43)
Perhatikanlah kisah yang tercatat di dalam Al-Quran. Betapa gelombang menjadi penghalang antara keduanya. Ombak tiba-tiba mengakhiri percakapan mereka. Nabi Nuh A.S mencari namun dia tidak menemui anaknya. Dia tidak menemui selain gunung ombak yang semakin meninggi dan meninggi bersama perahu itu. Nabi Nuh A.S tidak dapat melihat segala sesuatu selain air.
Allah S.W.T berkehendak (sebagai rahmat dari-Nya) untuk menenggelamkan si anak jauh dari penglihatan si ayah. Inilah kasih sayang Allah S.W.T terhadap si ayah. Anak Nabi Nuh A.S mengira bahawa gunung akan mencegahnya dari kejaran air, namun dia pun tenggelam. Angin taufan dan banjir besar terus berlanjutan dan membawa perahu Nabi Nuh A.S. Setelah berlalu beberapa ketika, pemandangan tertumpu kepada bumi yang telah musnah sehingga tiada kehidupan, kecuali sebahagian kayu yang darinya Nabi Nuh membuat perahu yang menyelamatkan orang-orang mukmin serta pelbagai binatang yang ikut bersama mereka. Adalah sukar bagi kita untuk membayangkan dahsyatnya bencana itu. Yang jelas, ia menunjukkan kekuasaan Allah Maha Pencipta. Perahu itu belayar dalam ombak yang tinggi laksana gunung. Sebahagian ilmuan meyakini bahawa terpisahnya beberapa benua dan terbentuknya bumi dalam rupa seperti sekarang adalah sebagai akibat dari bencana terdahulu.
Bencana yang dialami oleh Nabi Nuh A.S terus berlanjutan dalam beberapa zaman di mana kita tidak dapat mengetahui batasnya. Kemudian datanglah perintah Allah S.W.T agar langit menghentikan hujannya dan bumi tetap tenang menelan air itu. Juga, agar kayu-kayu perahu berlabuh di Al-Judi, iaitu nama suatu tempat di zaman dahulu. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah gunung yang terletak di Iraq. Dengan perintah Allah, bumi kembali tenang dan air menjadi surut. Taufan dan banjir besar telah membasuh dan menyucikan bumi.
berfirman:
”Dan Allah berfirman: ”Hai bumi, telanlah airmu! Hai langit, (hujan) berhentilah! Dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi. Dan dikatakan: ”Binasalah orang-orang yang zalim.” (Hud: 44)
Maka air pun disurutkan. Yakni air berkurangan dan kembali ke celah-celah bumi. Segala urusan telah diputuskan dan orang-orang kafir telah hancur sepenuhnya. Dikatakan bahawa Allah S.W.T memandulkan rahim-rahim wanita selama empat puluh tahun sebelum datangnya taufan. Kerana itu tidak ada seorang pun bayi atau anak kecil yang terbunuh.
Maka bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, yakni ia berlabuh di atasnya. Disebutkan bahawa hari itu bertepatan dengan hari Asyura (hari kesepuluh dari bulan Muharam). Lalu Nabi Nuh A.S berpuasa dan memerintahkan orang-orang yang bersamanya untuk turut berpuasa.
Binasalah orang-orang yang zalim, yakni kehancuran bagi mereka. Taufan menyucikan bumi dari mereka dan membersihkannya. Lenyaplah peristiwa yang mengerikan dengan lenyapnya taufan. Dan berpindahlah pergulatan dari ombak ke jiwa Nabi Nuh A.S. Dia mengenang anaknya yang tenggelam. Nabi Nuh^ tidak mengetahui bahawa anaknya menjadi kafir. Dia menganggap bahawa anaknya sebagai seorang mukmin yang memilih untuk menyelamatkan diri dengan cara berlindung kepada gunung. Namun ombak telah mengakhiri percakapan keduanya sebelum mereka menyelesaikannya. Nabi Nuh A.S tidak mengetahui berapa jauh bahagian keimanan yang ada pada anaknya. Lalu bergeraklah naluri kasih sayang dalam hati si ayah.
Allah berfirman:
”Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau adalah yang benar. Dan Engkau adalah hakim yang seadil-adilnya.” (Hud: 45)
Nabi Nuh A.S ingin berkata kepada Allah S.W.T bahawa anaknya termasuk dari keluarganya yang beriman dan Allah S.W.T berjanji untuk menyelamatkan keluarganya yang beriman.
Allah S.W.T berfirman dan menjelaskan kepada Nabi Nuh A.S keadaan sebenar anaknya:
”Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan). Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.” (Hud: 46)
Al-Qurthubi R.A berkata (menukil ajaran guru-gurunya dari kalangan ulama’) ini adalah pendapat yang kita dukung. Anaknya berada di sisinya (yakni bersama Nabi Nuh A.S dan dalam anggapannya dia seorang mukmin). Nabi Nuh A.S tidak berkata kepada Tuhannya: ”Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku.” Kecuali kerana dia memang menampakkan hal yang demikian kepadanya. Sebab, mustahil dia meminta kehancuran orang-orang kafir kemudian dia meminta agar kebahagian mereka diselamatkan.
Anaknya menyembunyikan kekufuran dan menampakkan keimanan. Lalu Allah S.W.T memberitahu Nabi Nuh A.S ilmu ghaib yang khusus dimilikiNya. Yakni Alllah memberitahunya keadaan sebenarnya anaknya. Allah S.W.T menasihatinya agar jangan sampai dia menjadi orang-orang yang tidak mengerti. Allah S.W.T mahu Nabi Nuh A.S menghilangkan anggapan bahawa anaknya beriman kemudian mati bersama orang-orang kafir.
Terdapat pelajaran penting yang terkandung dalam ayat-ayat yang mulia itu, yang menceritakan kisah Nabi Nuh A.S bersama anaknya. Allah S.W.T mahu berkata kepada Nabi-Nya yang mulia bahawa anaknya bukan termasuk keluarganya kerana dia tidak beriman kepada Allah S.W.T. Hubungan darah bukanlah hubungan hakiki di antara manusia. Anak seorang Nabi adalah anaknya yang meyakini aqidah, iaitu mengikuti Allah S.W.T dan Nabi. Bukan anak yang menentangnya, meskipun berasal dari sulbinya. Jika demikian, seorang mukmin harus menghindari kekufuran. Di sini juga harus diteguhkan hubungan aqidah di antara orang-orang mukmin.
Adalah tidak benar jika hubungan sesama mereka dibangunkan berdasarkan darah, keturunan, warna kulit atau tempat tinggal.
Nabi Nuh A.S memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Kemudian Allah S.W.T merahmatinya dan memerintahkannya untuk turun dari perahu dalam keadaan dipenuhi dengan keberkatan dari Allah S.W.T dan penjagaan-Nya:
”Nuh berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi.” Allah berfirman: ”Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu.’’ (Hud: 48)
Nabi Nuh A.S turun dari perahunya. Lalu dia melepaskan burung-burung dan binatang-binatang buas sehingga mereka tersebar ke pelosok bumi. Setelah itu. orang-orang mukmin juga turun. Nabi Nuh A.S meletakkan dahinya ke atas tanah dan sujud. Ketika itu bumi masih basah kerana pengaruh taufan. Nabi Nuh A.S bangkit setelah solatnya dan menggali tapak untuk membangunkan tempat ibadah yang agung bagi Allah S.W.T. Orang-orang yang selamat menyalakan api dan duduk di sekelilingnya. Sebelumnya dilarang menyalakan api di dalam perahu kerana khuatir api akan menyentuh kayu-kayu dan membakarnya. Tidak seorang pun di antara mereka yang memakan makanan yang panas selama masa bencana.
Berlalulah hari puasa sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. Al-Quran tidak lagi menceritakan kisah Nabi Nuh A.S setelah bencana itu, sehingga kita tidak mengetahui bagaimana peristiwa yang dialami Nabi Nuh A.S bersama kaumnya. Apa yang kita ketahui adalah bahawa sebelum wafat, Nabi Nuh A.S mewasiatkan kepada putera-puteranya agar mereka hanya menyembah Allah S.W.T.

Rabu, 16 Disember 2009
RAGAM MANUSIA
Salam,
Ketika orang ramai terpaksa mengikat perut untuk mencukupkan keperluan
harian dengan rezeki yang semakin berkurangan, ada sekelompok manusia
terus bersenang-lenang di hotel paling mewah di dunia. Pihak hotel tidak
berdepan dengan masalah mendapatkan tempahan bagi bilik masing-masing.
Malah, ada antaranya menaikkan kadar sewa dua kali ganda kepada RM229,483
satu malam.
Hotel yang dimaksudkan adalah 10 hotel termahal dan termewah di dunia.
Cuba kita lihat senarai 10 hotel termahal di dunia seperti yang tersenarai
dalam kaji selidik tahunan Wealth Bulletin di bawah ini:
1. Royal Penthouse Suite, Hotel President Wilson (Geneva) – RM229,483 satu
malam
Dilengkapi lounge koktail, suite ini hanya boleh ditempah melalui
pengerusi hotel. Ia terletak di tingkat teratas bangunan dan hanya boleh
dimasuki menggunakan tangga bergerak persendirian.
Empat bilik di dalamnya menghadap Tasik Geneva dan Mont Blanc - gunung
tertinggi di Alps dan Eropah Barat.
Ia juga dilengkapi enam bilik mandi, manakala kemasan luarnya menggunakan
kaca kalis peluru.
Biasanya menjadi tempat penginapan ketua kerajaan, selebriti atau diplomat.
2. Penthouse Ty Warner, Hotel Four Seasons (New York) – RM123,567 satu malam
Seorang jurucakap Hotel Four Seasons berkata, bisnes mereka tidak pernah
terjejas sejak suite itu dibuka pada 2007.
Mempunyai sembilan bilik, hiasan dalamannya diserikan dengan ribuan
mutiara, selain taman persendirian, bilik spa peribadi dihiasi pokok buluh
dan perpustakaan.
Satu piano besar diletakkan di tengah suite ini.
3. Suite Presidential Suite, Hotel Cala di Volpe (Costa Smeralda,
Sardinia) – RM120,000 satu malam
Ketika cuti musim panas mencapai kemuncaknya, sewaan suite ini boleh
meningkat kepada RM158,873 untuk satu malam.
Terletak di bangunan menara hotel, bilik ini seluas lebih 232 meter
persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur, tiga bilik mandi, gimnasium
persendirian, bilik wap dan koleksi wain mahal.
Di bahagian luar, penyewa boleh menikmati kolam renang air masin terbuka.
4. Suite Villa La Cupola Suite, Westin Excelsior (Rome) – RM109,446 satu
malam
Ruang penginapan di Westin Excelsior menampilkan hiasan era Roman dan
jacuzzi ala zaman Pompeii, lukisan dinding dan siling, serta kaca berhias
digandingkan dengan seni reka moden.
Terletak di tingkat lima dan enam, suite ini mempunyai luas hampir 567
meter persegi, tidak termasuk 168 meter persegi balkoni dan kawasan rehat
memandang ke arah Via Veneto - jalan paling terkenal dan mewah di Itali.
5. Suite Presidential Suite, Ritz-Carlton (Tokyo) – RM88,162 satu malam
Terletak di tingat teratas bangunan tertinggi di ibu negara Jepun,
penghuni suite ini boleh menikmati pemandangan Gunung Fuji dan Roppongi,
serta suasana bandar raya Tokyo.
Ia berkeluasan 220 meter persegi.
Penginap juga dihidangkan arak Martini, Diamonds-Are-Forever bernilai
lebih RM63,000 yang berisi sebutir berlian di dasarnya.
6. Suite The Bridge, The Atlantis (Bahamas) – RM77,615 satu malam
Suite 10 bilik ini sebenarnya jambatan yang menghubungkan dua menara Hotel
Atlantis.
Terletak di tingkat 23, suite ini dihiasi lantai marmar, sebuah piano bear
dan lampu gantung bertatah emas 22 karat.
Sebelum ini, premis itu digelar Suite Michael Jackson kerana pernah
menjadi tempat penginapan kegemarannya.
Suite The Bridge sangat eksklusif sehinggakan hotel terbabit tidak pernah
mengiklankannya kepada umum.
7. Suite Imperial, Park Hyatt Vendôme, (Paris) – RM70,560 satu malam
Suite ini berkonsepkan spa dalam bilik dengan bilik mandi dan spa bersama
tab whirlpool, bilik wap dan meja urut.
Memiliki keluasan 232 meter persegi, ruang tamunya sangat luas, selain
ruang makan, dapur dan pejabat yang selesa.
8. Suite Diraja, Burj al-Arab (Dubai) – RM69,148 satu malam
Sejak dibina pada pertengahan 1990-an, Burj al-Arab menjadi satu daripada
hotel paling cepat terkenal di dunia, antara lain kerana reka bentuknya
yang amat unik.
Suite Diraja di tingkat 25 menara Burj al-Arab dihiasi anak tangga marmar
bertatah emas, permaidani kulit corak harimau bintang, lif persendirian
dan katil berbumbung berputar.
9. Suite Royal Armleder, Le Richemond (Geneva) – RM66,679 satu malam
Bilik ini dinamakan sempena keluarga kaya yang pernah memiliki hotel ini
sebelum ia berpindah tangan kepada Rocco Forte pada Ogos 2004.
Suite tiga bilik tidur ini memiliki keluasan 232 meter persegi terletak di
tingkat tujuh, selain beranda seluas lebih 90 meter persegi menghadap
pemandangan Tasik Geneva.
Cerminnya pula adalah daripada jenis kalis peluru.
10. Suite Ritz-Carlton, The Ritz-Carlton (Moscow) – RM58,212 satu malam
Dihiasi reka bentuk zaman silam Russia, suite seluas 220 meter persegi ini
menghadap pelbagai tapak terkenal di Moscow, termasuk Kremlin dan Medan
Merah.
Ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan memenuhi kehendak jutawan Russia,
iaitu bilik berkubu dengan kemudahan elektrik dan telekomunikasi
tersendiri.

Isnin, 14 Disember 2009
SENYUMAN DARI LAUS, KEGIRANGAN DI KUALA LUMPUR
Setelah sekian lama kita tidak dihidangkan dengan berita gembira dalam kancah bola sepak lebih-lebih lagi di luar negara, hari ini kita dapat mengecapi nikmat kemenangan di kampung orang. Kalau sebelum ini apabila Malaysia bertanding apa yang terbayang dalam pemikiran kita adalah berapa banyak kita akan kalah walau pun di tempat sendiri tetapi hari ini kita boleh merasa amat gembira kerana kemenangan ini dicapai di tempat orang dan di depan penyokong orang. Tahniah Malaysia, semoga kita akan terus berjaya di masa depan dan FAM harus berusaha dengan lebih bersungguh lagi dan biarlah malam ini adalah hari pertama FAM mengorak langkah ke arah kejayaan yang lebih tinggi.
Ahad, 13 Disember 2009
SOLAT QASAR DAN JAMAK
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Orang yang akan berangkat musafir disuruh mengerjakan solat safar, boleh mengqasar atau meringkaskan solat dan juga boleh menjamaknya. Di sini diterangkan pengertian qasar dan jamak, syarat rukun, dasar hukumnya, jarak yang boleh mengqasar, cara pelaksanaannya dan sebagainya.
Pengertian qasar dan jamak
Qasar ertinya pendek. Yang dimaksud dengan solat qasar ialah solat yang dipendekkan. Maksudnya memendekkan atau meringkaskan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Jamak ertinya mengumpul atau menghimpunkan. Yang dimaksud dengan solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya solat Zuhur dan Asar dikerjakan pada waktu Zuhur. Dan boleh juga kedua-duanya dikerjakan pada waktu Asar.
Solat yang boleh diqasar hanyalah solat yang empat rakaat, yakni solat Zuhur, solat Asar dan solat Isyak. Sedangkan solat yang boleh dijamak atau dihimpunkan ialah solat Zuhur dengan Asar, begitu juga antara solat Maghrib dengan solat Isyak.
Bererti solat Subuh memang tersendiri. Ia tidak boleh diqasar kerana memang sudah keadaannya dua rakaat. Solat Subuh juga tidak boleh dijamak dengan solat lain.
Dasar hukum solat qasar
Mengqasar solat adalah dibolehkan ketika safar berdasarkan Al-Quran dan sunah.
Firman Allah:
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ”mengasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. (An-Nisa’: 101)
Ayat tersebut merupakan dalil bolehnya mengqasar solat ketika takut kepada sesuatu, manakala dalil yang mengatakan dibolehkannya — mengqasar ketika aman ialah sunah Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ya’la bim Umayyah bahawa beliau berkata kepada Umar bin Khattab: ”Apakah kami dibolehkan mengqasar ketika aman?”
Umar berkata: ”Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w kemudian beliau menjawab: ”ya qasar) adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah pemberian-Nya itu
Dari Ibnu Umar, beliau berkata: ”Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w dalam suatu perjalanan, maka dalam safar itu beliau solat tidak lebih daripada dua rakaat. Abu Bakar,
Umar dan Usman pun mengerjakan cara seperti itu.”
Hukum mengqasar solat
Kita tahu bahawa orang yang dalam perjalanan jauh (musafir) dibolehkan mengqasar solat. Namun hukumnya apakah wajib, sunat, mubah dan sebagainya? Tentang mengqasar solat ini ada empat qaul (pendapat) ulama.
Menurut Abu Hanifah dan sahabatsahabatnya, begitu juga menurut ulama Kufah, mengqasar adalah wajib bagi orang musafir jika musafirnya itu merupakan kerja yang ditugaskan baginya.
Menurut Imam Syafii, menurut riwayatnya yang paling masyhur, mengqasar adalah rukhshah (kelonggaran). Sedangkan menurut sebahagian mazhab Syafii mengqasar (solat dua rakaat) dan menyempurnakan (solat empat rakaat) adalah solat fardu yang boleh dipilih sesuka hati di antara kedua-duanya.
Sedangkan menurut Imam Malik, yakni menurut riwayatnya yang paling masyhur, hukum mengqasar solat bagi orang musafir adalah sunat.
Sesungguhnya Imam Hanafi dan orang-orang yang sependapat dengannya mempunyai dalil yang kuat mengatakan bahawa mengqasar itu wajib. Mereka mengemukakan hujah dari beberapa hadis seperti di bawah ini.
Pertama: Umar bin Khattab berkata: ”Solat dalam musafir adalah dua rakaat, dan menyempurnakan (empat rakaat) bukanlah mengqasar seperti dikatakan Nabi kamu (Muhammad s.a.w.).”
Kedua: Aisyah r.a berkata dalam Al-Sahih: ”Diwajibkan solat itu dua-dua rakaat lalu ditambah rakaatnya bagi orang yang muqim (bukan musafir), dan ditetapkan dua rakaat bagi orang musafir.
KeTiga: Bahawa Nabi s.a.w sentiasa mengqasar dalam semua musafir beliau. Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: ”Adalah Rasuluilah s.a.w apabila keluar musafir, beliau solat dua rakaat sehingga beliau pulang.”
Bahkan menurut Imam Hanafi dan orangorang yang sama mazhab dengannya, kita wajib mencontoh dan mengikut cara Rasulullah mengerjakan solat. Baginda sendiri ada mengatakan dalam sabdanya:
”Solatlah kamu sebagaimana melihat aku mengerjakan solat.”
Menurut mazhab Hanafi lagi, jika Rasulullah s.a.w solat dua rakaat ketika musafir, maka yang demikian menunjukkan bahawa kita pun mesti mengerjakannya dua rakaat ketika dalam musafir.
Sedangkan menurut mazhab Syafii, tidak wajib mengqasar solat ketika dalam perjalanan (musafir). Ertinya boleh solat seperti biasa dan boleh juga mengqasar. Mereka mengemukakan beberapa dalil seperti di bawah ini:
Pertama: Firman Allah yang bermaksud:
”Bukanlah merupakan dosa atas kamu mengqasar solat.” Ini sudah jelas menunjukkan tidak wajib mengqasar. Sebab kalau disebut tidak berdosa mengerjakannya memberi pengertian boleh mengerjakan (mubah), bukan menunjukkan wajib mengamalkannya. Sekiranya qasar itu wajib, maka akan lain pula lafaz suruhannya. Mungkin bunyinya begini: ”Maka wajib atas kamu mengqasar solat.” Atau bunyinya begini: ”Qasarlah solat kamu.”
Kedua: Merujuk kepada tafsir Fakhrur Razi yang menyebutkan bahawa Aisyah r.a. melakukan umrah bersama Rasulullah s.a.w dari Madinah ke Makkah. Ketika sudah sampai di Makkah, maka Aisyah berkata: ”Ya Rasulullah, saya mengqasar solat dan menyempurnakan (tidak mengqasar), aku juga berpuasa dan tidak berpuasa.” Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w berkata: ”Bagus wahai Aisyah.”
Maksudnya sepanjang perjalanan atau safar mereka itu ada solat yang dikerjakan oleh Aisyah seperti biasa dan ada juga yang beliau qasar. Begitu juga tentang puasa, kebetulan waktu itu bulan Ramadan, terkadang Aisyah berpuasa dan terkadang tidak.
Setelah diceritakan kepada Rasulullah beliau mengatakan bagus. Bererti orang yang musafir boleh berpuasa dan boleh tidak, begitu juga tentang solat, boleh dikerjakan sempurna dan boleh juga diqasar.
Ketiga: Usman bin Affan, ketika dalam safar, menyempurnakan solat dan mengqasarnya. Ternyata tidak seorang pun di antara sahabat yang mengkritik atau menegur beliau. Ini semua menunjukkan bahawa mengqasar solat ketika safar tidaklah wajib tetapi sekadar rukhshah atau keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Syarat mengqasar
Syarat mengqasar ada lima:
1, Niat musafir. Tidak sah mengqasar kecuali setelah berniat musafir.
2. Tahu tentang hukum-hukum qasar dalam perjalanan itu
Orang yang tidak tahu demikian tidak boleh mengerjakanmya.
3. Safar atau perjalanannya itu sudah bermula dan dia tidak sedang bermukim. Safar sudah bermula maksudnya dia sudah keluar dari rumah, bahkan sudah keluar dari kampungnya atau kawasan tempat tinggalnya. Orang yang sudah berniat safar tetapi masih berada di rumah atau kampungnya belum boleh mengqasar solat.
4. Orang musafir tidak boleh berimam kepada orang bermukim (bukan musafir). Seandainya dia mengikut juga kepada orang yang bukan musafir, maka dia pun wajib menyempurnakan solat seperti mereka. Menurut riwayat Ahmad, Ibnu Abbas pernah ditanya tentang keadaan orang musafir yang solat sendiri dua rakaat, dan empat rakaat apabila mengikut bagi orang yang bermukim Menurut beliau yang demikian itu memang sumiah.
5. Yang diqasar itu mestilah yang empat rakaat. Solat yang empat rakaat diringkaskan menjadi dua. Solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasar kerana Subuh itu dua rakaat dan Maghrib tiga rakaat.
Musafir yang boleh mengqasar
Khilaf (berbeza pendapat) ulama tentang musafir yang boleh mengqasar solat. Ertinya tidak semua safar yang dibolehkan mengqasar solat, tetapi ada syarat tertentu, seperti bukan perjalanan untuk tujuan maksiat.
Menurut Abu Hanifah, Daud dan As-Sauri, boleh mengqasar bagi orang musafir, sama ada musafir dengan tujuan yang baik atau tujuan maksiat. Misalnya pergi musafir untuk pergi menyamun, menjual barang-barang terlarang dan sebagainya.
Alasan mereka kerana qasar itu merupakan fardu ain bagi orang musafir, sepertimana yang disebut dalam hadis Aisyah r.a. yang lalu, iaitu; pada mulanya diwajibkan solat adalah dua-dua rakaat, kemudian ditambah bagi orang yang bermukim. Di dalam Al-Quran tidak ada ditentukan jenis musafirnya. Bererti dengan semata-mata musafir, tidak kira apakah ianya untuk urusan yang dibolehkan syarak atau sebaliknya, boleh mengqasar solat.
Adapun menurut jumhur fuqaha (ahli-ahli fikah), hanya musafir tertentu sahaja yang dibolehkan mengqasar solat. Iaitu safar atau perjalanan yang dibolehkan syarak dan bukan tujuan untuk mengerjakan maksiat. Safar yang dibolehkan syarak, bahkan dianggap sebagai tujuan yang baik, seperti pergi untuk mengerjakan haji, menuntut ilmu, berjihad dan seterusnya.
Di antara kedua-dua pendapat itu yang paling kuat adalah pendapat jumhur ulama. Allah SWT berfirman:
”Dan janganlah kamu bantu membantu untuk dosa dan bermusuh-musuhan.” (AlMa’idah: 2)
Apalagi kalau kita sesuaikan dengan keadaan masyarakat sekarang, rasanya pendapat jumhur ulama itu yang lebih tepat. Sekarang ramai orang yang pergi melancong untuk tujuan maksiat Ada yang pergi ke luar negara untuk mengadakan kegiatan bisnis terlarang, ada yang pergi untuk bermain judi, mencuri, melacur, membunuh orang dan sebagainya.
Kita yakin orang seperti ini mungkin tidak solat sepenjang dalam permusafirannya. Kalau ada yang mengerjakan solat pun, mereka memang tidak layak diberi keringanan atau mengqasar solat.
Jarak perjalanan yang dibolehkan mengqasar
Jarak perjalanan yang boleh mengqasar tidak boleh kurang daripada 16 (enam belas) farsakh perginya sahaja. Satu farsakh adalah tiga batu dan satu batu 6,000 hasta. Jarak ini lebih kurang
81 kilometer. Inilah mazhab Imam Malik, Syafii dan Ahmad Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat ukuran safar yang boleh mengqasar adalah 24 (dua puluh empat) farsakh. Ini lebih kurang 121 kilometer.
Permulaan dan penghabisan masa mengqasar
Orang yang musafir tidak boleh mengqasar solatnya kecuali setelah meninggalkan kampungnya. Para ulama berbeza pendapat tentang masa bolehnya mengqasar bagi orang yang sudah sampai ke suatu negeri.
Menurut pendapat Imam Ahmad, orang musafir yang berniat akan tinggal lebih daripada empat hari mesti menyempurnakan solatnya dan kalau kurang dari empat hari boleh mengqasar solat.
Menurut Imam Malik dan Syafii, jika seseorang itu ingin bermukim atau tinggal di suatu tempat selama empat hari, mesti menyempurnakan solatnya dan kalau tidak sampai empat hari boleh mengqasar.
Menurut Imam Abu Hanifah dan As-Sauri, jika seseorang ingin tinggal di suatu tempat selama 15 hari mesti menyempurnakan solatnya dan jika kurang dari itu boleh mengqasar.
Sebab terjadinya perbezaan pendapat, sesuai dengan kata Ibnu Rusydi, kerana perkara ini tidak disebutkan secara terperinci dalam AlQuran dan hadis, sedangkan mengqiaskan untuk membatasinya daif menurut mereka.
Namun demikian ulama yang empat sependapat bahawa orang yang tinggal di suatu tempat kerana keperluan dan dia meniatkan dalam hatinya, ”Saya akan pulang esok,” maka dia boleh mengqasar selama-lamanya.
Kecuali pendapat Syafii dalam salah satu qaulnya, menurut beliau mengqasar sampai 17 atau 18 hari dan tidak boleh lagi sesudah itu. Ibnu Al-Munzir berkata dalam Al-Isyraf, ”Telah sependapat ahli-ahli ilmu bahawa orang musafir boleh mengqasar selama dia tidak bermaksud mukim (menetap di suatu tempat). Dia boleh terus mengqasar walaupun sampai setahun.
Ibnu Qayyim berpendapat, orang yang bermukim dalam keadaan musafir tidak keluar daripada hukum musafir, sama ada lama atau sebentar, selama dia tidak bermustautin (menjadi penduduk) pada tempat bermukim itu. Alasan beliau kerana Rasulullah s.a.w bermukim di Tabuk selama 20 hari dan beliau mengqasar solat serta tidak berkata, ”Seseorang itu tidak boleh mengqasar solat apabila bermukim lebih daripada masa itu.”
Miswar bin Makhramah berkata, ”Kami bermukim bersama Saad di suatu perkampungan Syam selama 40 malam. Selama waktu itu Saad mengqasar solat dan kami menyempurnakan.”
Nafi’ berkata: ”Ibnu Umar bermukim di Azerbaijan selama enam bulan. Selama bermukim itu beliau mengqasar solat yang kebetulan waktu itu musim salji.”
Anas berkata: ”Sahabat-sahabat Nabi bermukim di Ram Harmuz selama tujuh bulan dan mereka mengqasar solat.”
Hasan berkata: ”Saya bermukim bersama Abdul Rahman bin Samurah di Kabil selama dua tahun. Selama waktu itu beliau (Abdul Rahman) mengqasar solat dan tidak menjamaknya.”
Hikmah solat Qasar
Alah SWT membolehkan kita mengqasar, iaitu memendekkan atau meringkaskan solat ketika musafir kerana ada hikmahnya, iaitu untuk meringankan orang yang dalam perjalanan. Kita tahu bahawa orang yang sedang musafir menghadapi banyak kesusahan dan sibuk bahkan terdedah kepada bahaya.
Memang ada orang yang mengatakan bahawa musafir sekarang tidak lagi menghadapi kesusahan seperti dahulu. Orang dahulu berjalan kaki membawa barang keperluan dan singgah di tengah padang pasir atau hutan. Kata mereka zaman sekarang tidak semua musafir dibolehkan solat qasar.
Menurut saya tidak perlu dibezakan dan setiap musafir dibolehkan untuk mengqasar solat. Allah SWT membuat hukum seperti itu kerana melihat musafir pada umumnya mendatangkan kesusahan. Sehingga ada yang berkata:
”Sesungguhnya musafir adalah sebahagian daripada azab.”
Ada juga yang mengatakan: ”Sesungguhnya azab itu sebahagian daripada musafir.” Apa yang pasti, orang yang berada dalam perjalanan akan menghadapi masalah dan tidak sama dengan keadaan di rumahnya.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:
”Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.”
Dalam hadis disebutkan bahawa Ya’la bin Umayyah bertanya kepada Umar bin Khattab tentang ayat ini. Maksudnya mengapa masih dibolehkan mengqasar solat sedangkan keadaan sudah aman.
Umar bin Khattab menjawab: ”Aku juga hairan seperti kamu akhirnya aku tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Kata Rasulullah ini
adalah suatu sedekah dari Allah yang patut kita terima dengan rasa syukur. Oleh itu Rasulullah s.a.w mangqasar solat dalam musafir, sama ada ketika aman atau takut. Ini termasuk berita mutawatir.
Bahkan menurut sebahagian ulama mengqasar solat bagi orang musafir boleh juga bagi mereka yang musafir kerana maksiat, sehingga kalau dia menyempurnakannya (tidak mengqasar) dia berdosa.
Adapun hikmah demikian, kalau orang yang berbuat maksiat itu jelas orang yang mengetahui ukuran maksiat, dia juga tahu bahawa qasar dalam musafir itu adalah rahmat daripada Allah, maka diharapkan dengan demikian hatinya menjadi lembut dan timbul kesedaran serta meninggalkan maksiat.
Hikmah solat dua rakaat
Ketahuilah bahawa solat difardukan ketika Rasulullah s.a.w masih berada di Mekah dan belum berhijrah ke Madinah. Setelah berhijrah ke Madinah, solat yang dua rakaat dijadikan empat rakaat.
Dalam hukum mengqasar kita lihat solat yang empat rakaat saja dipendekkan menjadi dua. Sementara solat yang tiga rakaat dan dua rakaat tetap dan tidak dipendekkan.
Hikmah dijadikan seperti itu kerana solat yang empat rakaat boleh dibahagi dua. Sedangkan solat yang tiga rakaat tidak mungkin dibahagi dua.
Dalam riwayat dikatakan bahawa solat Maghrib adalah witir atau tepi siang, iaitu jatuh di hujung siang, walaupun sudah masuk waktu malam. Oleh itu jika bilangan tiga itu ditukar, bererti tidak witir lagi. Sedangkan dibahagi dua pun tidak sesuai.
Aisyah r.a. berkata: ”Difardukan solat itu dengan masing-masing dua rakaat, maka ditetapkan solat dalam musafir dua rakaat dan ketika bukan musafir ditambah menjadi empat rakaat.”
Ibnu Abbas berkata: ”Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan, melalui lisan Nabi kamu, solat orang mukim empat rakaat dan solat orang musafir dua rakaat.”
Solat Subuh yang bilangannya dua rakaat tidak dipendekkan lagi ketika musfir kerana dua rakaat dianggap munasabah. Ini adalah mengqasar secara hukmi, bukan hakiki, ertimya walaupun dua rakaat, pahalanya sama dengan empat rakaat.
Niat solat qasar Zuhur
Inilah lafaz niat solat Zuhur, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, kerana Allah Taala. ”
Asar
Inilah lafaz niat solat Asar, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, kerana Allah Taala.”
Isyak
Inilah lafaz niat solat Isyak, yakni solat qasar:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, kerana Allah Taala. ”
Solat Jumaat bagi orang musafir
Ramai yang menganggap tidak boleh musafir pada hari Jumaat. Sebenarnya boleh musafir pada hari Jumaat selama belum masuk waktu solat. Menurut satu riwayat, Umar bin Khattab mendengar seorang lelaki berkata: ”Kalau bukan kerana hari Jumaat, saya sudah berangkat hari mi.” Mendengar yang demikian Umar berkata: ’’Pergilah kerana Jumaat tidak menghalang seseorang untuk berangkat (musafir).”
Pada suatu hari, Imam Az-Zuhri bermaksud musafir. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat.
Mengetahui hasratnya yang ingin berangkat pada hari itu, ramai orang yang mengkritik atau menegurnya. Kemudian beliau berkata: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w pun musafir pada hari Jumaat.”
Apabila orang musafir itu sampai di tempat tujuan pada waktu orang sedang iqamat, yakni untuk mengerjakan solat fardu Jumaat, maka dia tidak wajib solat Jumaat menurut jumhur ulama kerana Rasulullah musafir dan tidak mengerjakan solat Jumaat. Ertinya beliau hanya mengerjakan solat Zuhur.
Pada waktu haji Wada’ di Arafah, tepat pada hari Jumaat, beliau menjamak Zuhur dengan Asar dan tidak mengerjakan solat Jumaat. Begitu jugalah yang diamalkan oleh para khalifah dan zaman sesudah mereka.
Menjamak dua solat
Menjamak dua solat maksudnya mengumpul-kan dua solat, seperti mengerjakan solat Zuhur dan Asar secara jamak takdim atau secara jamak ta’khir. Solat jamak takdim ertinya mengerjakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur. Solat jamak ta’khir ertinya mengerjakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar.
Begitu jugalah menjamak solat Maghrib dengan Isyak. Jika solat Maghrib dan Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib, maka dinamakan jamak takdim dan jika kedua-duanya dikerjakan pada waktu Isyak maka dinamakan solat jamak ta’khir.
Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi SAW pada waktu peperangan Tabuk. Apabila tergelincir matahari sebelum keberangkatannya, beliau menjamak Zuhur dengan Asar pada waktu Zuhur. Apabila berangkat sebelum tergelinicir matahari, beliau melambatkan Zuhur sampai waktu Asar, yakni dikerjakan secara jamak ta’khir. Begitu juga Maghrib, apabila terbenam matahari sebelum keberangkatannya, beliau mengumpulkan Maghrib dengan Isyak dan beliau menjamak kedua-duanya pada waktu Maghrib.
Ibnu Abbas r.a. berkata: ”Perlukah aku ceritakan kepada kamu cara solat Rasulullah s.a.w pada waktu musafir?” ”Tentu sahaja”, kata mereka.
Katanya lagi: ”Apabila tergelinicir matahari di tempat kediamannya, beliau mengumpulkan (menyembahyangkan) Zuhur dan Asar sekaligus sebelum berangkat. Dan apabila belum tergelincir, beliau berjalan sampai masuk waktu Asar. Setelah masuk waktu Asar barulah beliau menjamak di antara kedua-duanya. Apabila masuk waktu Maghrib sebelum keberangkatannya, beliau mengumpulkannya dengan Isyak pada waktu Maghrib. Apabila belum masuk waktu, beliau terus sahaja berjalan sehinggalah masuk waktu Isyak. Apabila masuk waktu Isyak, beliau mengumpulkan keduanya pada waktu Isyak dan inilah yang kita kenal sekarang dengan istilah jamak ta’khir.
Menurut jumhur fuqaha, niat tidak disyaratkan dalam solat jamak dan qasar. Ibnu Taimiah berkata: ”Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan solat jamak dan qasar bersama para sahabatnya, beliau tidak ada menyuruh mereka untuk meniatkan jamak dan qasar. ”Bahkan beliau keluar dari Madinah ke Makkah, beliau solat dua rakaat tanpa menjamaknya, kemudian beliau solat Zuhur dengan mereka di Arafah dan tidak memberitahu mereka bahawa beliau bermaksud solat Asar sesudahnya. Setelah itu beliau mengerjakan solat Asar bersama mereka (pada waktu itu juga), dan mereka tidak berniat jamak, padahal ini jamak takdim. Begitu juga pada waktu beliau keluar dari Madinah, beliau solat Asar bersama para sahabatnya di Zul Hulaifah dan tidak menyuruh mereka untuk meniatkan qasar.”
Dan menyambungkan (dengan segera) di antara dua solat itu pun tidak disyaratkan menurut qaul yang sahih, sesuai dengan kata Ibnu Taimiah, sama ada pada waktu pertama atau kedua, kerana tidak ada diatur oleh syarak. Dan kalau terpaksa demikian bererti memberatkan.
Namun menurut mazhab Hanafi tidak boleh menjamak antara dua solat dalam satu waktu, sama ada waktu musafrr atau mukim, kerana uzur apa sahaja pun, kecuali pada dua tempat:
1. Menjamak Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur, jamak takdim di Arafah.
2. Menjamak antara Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak, jamak ta’khir di Muzdalifah.
Mereka beralasan dengan perkataan Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: ”Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, Rasulullah s.a.w tidak pernah solat di luar waktunya kecuali dua solat, iaitu beliau menjamak solat Zuhur dan Asar di Arafah serta menjamak Maghrib dan Isyak di Muzdalifah.
Sebab-sebab boleh menjamak
Adapun sebab-sebab yang membolehkan kita menjamak atau menghimpunkan dua solat ialah:
1. Kerana berada di Arafah dan Muzdalifah
Para ulama sependapat, bahawa menjamak solat Zuhur dengan solat Asar secara jamak takdim di Arafah dan menjamak solat Maghrib dengan Isyak di Muzdalifah adalah sunat hukumnya.
2. Kerana musafir
Menurut sebahagian ulama, menjamak solat kerana musafir adalah mubah (harus) hukumnya, sama ada solat itu dilakukan ketika sedang berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.
Inilah pendapat Imam Syafii, Malik dan Ahmad bin Hanbal. Sedangkan Imam Abu Hanifah tidak membolehkan solat jamak kerana safar, kecuali jamak antara solat Zuhur dengan Asar secara takdim di Arafah dan menjamak solat Maghrib dengan Isyak secara jamak ta’khir di Muzdalifah.
3 Kerana hujan lebat
Al-Athram meriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, katanya: ”Termasuk sunah Nabi s.a.w ialah menjamak solat Maghrib dengan Isyak apabila hari hujan.”
Selain itu Imam Bukhari pula meriwayatkan hadis seperti berikut: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w menjamak antara solat Maghrib dengan Isyak pada suatu malam kerana hujan lebat.”
Demikian pula keterangan yang diterima dari Ibnu Abbas, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
”Pernah Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Zuhur dengan Asar, begitu juga solat Maghrib dengan Isyak secara jamak, bukan kerana takut dan bukan pula kerana safar.”
Berkata Malik: ”Saya berpendapat, bahawa hal itu adalah kerana hujan turun pada waktu itu.”
Para ulama Syafi’iyah mengharuskan seseorang yang sedang bermukim (bukan musafir) menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, begitu juga antara solat Maghrib dengan Isyak, secara jamak takdim, apabila hujan turun ketika mengangkat takbiratul ihram dalam solat pertama hingga selesai, sementara itu masih berterusan ketika memulai solat yang kedua.” Contohnya kita ingin mengerjakan solat Maghrib sedangkan waktu itu hujan turun. Ketika kita salam, hujan belum juga berhenti dan kita tidak tahu bila ia akan berhenti. Dalam keadaan seperti itu bolehlah kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat Isyak. Bererti Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib secara jamak takdim.
Menurut Imam Malik, boleh mengerjakan solat Maghrib dengan Isyak secara jamak takdim di dalam masjid, disebabkan adanya hujan yang telah atau akan turun. Tetapi beliau memakruhkan menjamak solat Zuhur dengan solat Asar.
Sedangkan menurut mazhab Hanbali yang dibolehkan hanya menjamak antara solat Maghrib dengan solat Isyak sahaja, sama ada secara takdim mahupun ta’khir, disebabkan adanya lumpur, salji, cuaca yang amat sejuk serta hujan ribut. Keringanan ini khusus bagi orang yang berjemaah di masjid yang datang dari jauh, hingga keadaan ini dapat menghalanginya dalam perjalanan.
4. Kerana sakit atau uzur
Orang yang ditimpa sakit teruk, seperti sakit kepala, sakit perut atau cirit birit, sehingga penyakit yang menimpanya itu menghalanginya daripada menunaikan solat pada waktunya, maka bolehlah dia menjamak solatnya. Imam Ahmad, Qadhi Husain, Al-Khattabiy dan Al-Mutawalliy dari kalangan Syafi’iyah membolehkan seseorang menjamak solat kerana sakit atau uzur syar’iy, sama ada secara takdim mahupun secara ta’khir. Alasannya kata mereka kerana kesusahan yang diakibatkan penyakit lebih teruk daripada kesukaran yang diakibatkan oleh huj an. Di dalam kitab Al-Mughni dinyatakan, bahawa sakit yang membolehkan seseorang menjamak solatnya ialah apabila solat itu dikerjakan pada waktunya, akan menyebabkan kesukaran dan lemahnya badan. Para ulama bermazhab Hanbali pula membolehkan seseorang menjamak solat, sama ada takdim mahupun ta’khir, kerana pelbagai macam halangan dan kerana ketakutan. Mereka juga membolehkan perempuan yang menyusukan anaknya untuk menjamak solat apabila ada SOLAT QASAR DAN JAMAK
kesukaran untuk mencuci kain setiap kali ingin mengerjakan solat.
Mereka juga membolehkan wanita yang istihadah (darah keluar secara berterusan), begitu juga wanita yang silsilatulbaul (berterusan keluar air kencing) untuk menjamak solatnya. Begitu juga orang yang tidak dapat bersuci dan orangorang yang khuatir akan ditimpa bahaya.
5. Kerana ada keperluan Dalam kitabnya Syarah Muslim, Imam Nawawi mengatakan sebagai berikut: ”Beberapa imam membolehkan untuk menjamak solat bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itu dij adikannya kebiasaan.” Misalnya orang yang bertugas dari waktu Zuhur hingga Asar dan dia susah meninggalkan tugasnya. Orang seperti itu bolehlah menjamak Zuhur dan Asar.
Demikian juga pendapat Ibnu Sirin, Al Khattabiy, Al-Qaffal, bahkan pendapat ini pulalah yang dipilih oleh Ibnul Munzir.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang bermaksud: ”Sesungguhnya Nabi s.a.w solat di Madinah sebanyak tujuh dan lapan rakaat, yakni masing-masing menjamak solat Zuhur dengan Asar serta solat Maghrib dengan Isyak.”
Syarat-syarat solat jamak Seperti diterangkan sebelumnya bahawa jamak itu ada jamak takdim dan ada jamak ta’khir.
Syarat jamak takdim Jamak takdim mempunyai beberapa syarat seperti berikut:
1. Meniatkan jamak Apabila seseorang ingin mendirikan solat jamak takdim, hendaklah dia meniatkan dalam hatinya untuk melakukan solat secara jamak pada waktu solat yang terdahulu. Adapun lafaz niatnya adalah seperti berikut:
Lafaz niat solat Zuhur
Ini adalah lafaz niat solat Zuhur, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat, dijamakkan kepadanya Asar, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Ini adalah lafaz niat solat Asar, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat, dijamakkan kepada Zuhur, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Maghrib
Inilah lafaz niat solat Maghrib, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepadanya Isyak, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Di bawah ini merupakan lafaz niat solat Isyak, yakni jamak takdim:
”Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat, dijamakkan kepada Maghrib, jamak takdim kerana Allah Taala.”
2. Tertib
Tertib maksudnya mengerjakan solat yang terdahulu waktunya, kemudian melakukan solat yang berikutnya. Umpamanya seseorang yang hendak menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, maka hendaklah dia melaksanakan solat Zuhur terlebih dahulu, kemudian barulah menunaikan solat Asar.
3. Muwalat (berturut-turut)
Setelah mengerjakan solat yang pertama, hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua iaitu dengan tidak diselingi (dipisahkan) oleh sesuatu perbuatan mahupun perkataan walaupun sekadar untuk membaca tasbih, kecuali untuk mengambil wuduk sekiranya wuduknya batal.
Syarat jamak ta’khir
Adapun syarat jamak takhir, hendaklah berniat dalam hati ketika masuk waktu solat yang pertama, bahawa dia akan melakukan solat itu secara jamak, atau menghimpunkan solat itu ke dalam waktu yang kemudian. Inilah pendapat kalangan Syafi’iyah dan Hanabilah.
Jika jamak itu dilakukan kerana musafir, maka hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam solat jamak ta’khir ini tidak dikehendaki tertib, kerana Rasulullah s.a.w pernah menjamak solat Zuhur ke dalam waktu Asar (jamak ta’khir) dan beliau melakukan solat Asar terlebih dahulu.
Lafaz niat solat Zuhur (jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Zuhur, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat, dijamakkan kepada Asar, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar(jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Asar, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat, dijamakkan kepadanya Zuhur, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Maghrib jamak ta’khir
Di bawah ini lafaz niat solat Maghrib, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepada Isyak, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak jamak ta’khir)
Di bawah ini lafaz niat solat Isyak, yakni jamak ta’khir:
”Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat, dijamakkan kepadanya Maghrib, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Solat Qasar serta Jamak
Bagi orang yang dalam perjalanan, selain dibolehkan menjamak dan mengqasar solatnya, boleh juga melakukan solat secara qasar dan jamak sekaligus. Letak perbezaannya ialah apabila seseorang hanya mengqasar solatnya sahaja, maka dia mesti melakukan solat itu pada waktunya, tetapi apabila seseorang melaksanakan solat itu secara qasar serta jamak sekaligus, maka solat tersebut boleh dihimpunkan waktunya dan dipendekkan rakaatnya, yakni masing-masing solat dijadikan dua rakaat.
Umpamanya, seseorang hendak menjamak antara solat Zuhur dengan Asar, dia mesti mengerjakan solat itu sebanyak lapan rakaat dalam waktu yang sama. Tetapi apabila dia menjamak serta qasar, maka dia hanya perlu mengerjakan solat itu sebanyak empat rakaat, yakni dua rakaat solat Zuhur dan dua rakaat solat Asar, kerana solat tersebut telah diqasar atau diringkaskan. Untuk lebih lengkapnya, baiklah kami terangkan kedudukan solatnya yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini, iaitu:
1. Solat yang boleh dijamak ialah solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
2. Solat yang boleh diqasar ialah solat yang empat rakaat sahaja, iaitu solat Zuhur, Asar dan Isyak.
3. Solat yang boleh dijamak sahaja ialah solat Maghrib. Maksudnya Maghrib tidak boleh diqasar, tetapi hanya boleh dijamak.
4. Solat yang boleh dijamak dan diqasar sekaligus ialah Zuhur, Asar dan Isyak.
5. Solat yang tidak boleh dijamak mahupun diqasar ialah solat Subuh.
Adapun contoh lafaz niat solat qasar serta jamak ini adalah sebagai berikut:
Lafaz niat solat Zuhur
Niat qasar dan jamak Zuhur:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepadanya Asar, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Niat qasar dan jamak Asar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Zuhur, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Niat qasar dan jamak Isyak:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Maghrib, jamak takdim kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Zuhur
Niat qasar dan jamak Zuhur:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, dijamakkan kepada Asar, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Asar
Niat qasar dan jamak Asar:
”Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan kepadanya Zuhur, jamak ta ’khir kerana Allah Taala.”
Lafaz niat solat Isyak
Niat qasar dan jamak Isyak:
”Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan bersama Maghrib, jamak ta’khir kerana Allah Taala.”
Kesimpulan penulis Sebenarnya tidak perlu terlalu terikat dengan niat qasar, niat jamak dan juga qasar serta jamak yang disebutkan sebelum ini. Menurut
pengamatan penulis, ramai yang bingung dan disusahkan oleh niat ini. Ramai yang tidak solat dalam perjalanan kerana tidak pandai mengqasar atau menjamak. Mereka lebih suka mengqada solat setelah sampai di rumah, semuanya disebabkan masalah niat ini.
Padahal solat mesti dikerjakan (tidak boleh mengqada), sama ada dalam keadaan musafir, dalam keadaan perang, dalam keadaan sakit dan lain sebagainya. Orang yang sudah bertaraf ustaz pun agak keberatan kalau diikutkan aneka ragam niat
seperti yang telah disebutkan tadi. Ini juga menurut pengamatan dan juga menurut pengalaman penulis.
Kalau sudah menyusahkan, menurut penulis lebih baik diikut mazhab atau cara yang lebih mudah. Seperti telah diterangkan pada pembahasan yang lalu, ada pendapat yang mengatakan tidak perlu bermacam-macam niat. Untuk lebih jelasnya baiklah kita kutip lagi pendapat ulama seperti berikut:
”Menurut jumhur fuqaha (ahli fikah), niat tidak disyaratkan dalam solat jamak dan qasar. Ibnu Taimiah berkata: ”Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan solat jamak dan qasar bersama para sahabatnya, beliau tidak ada menyuruh mereka untuk meniatkan jamak dan qasar.
”Bahkan beliau keluar dari Madinah ke Makkah, beliau solat dua rakaat tanpa menjamaknya, kemudian beliau solat Zuhur dengan mereka di Arafah dan tidak memberitahu mereka bahawa beliau bermaksud solat Asar sesudahnya. Setelah itu beliau mengerjakan solat Asar bersama mereka (pada waktu itu juga), dan
mereka tidak berniat jamak, padahal ini jamak takdim. Begitu juga pada waktu beliau keluar dari Madinah, beliau solat Asar bersama para sahabatnya di Zul Hulaifah dan tidak menyuruh mereka untuk meniatkan qasar.”

Bererti kalau ada orang yang solat Zuhur seperti biasa, kemudian dia berdiri lagi untuk mengerjakan solat Asar, maka solatnya sah dan dia telah dianggap menjamak antara Zuhur dengan Asar. Begitu juga kalau dia tangguhkan sampai waktu Asar. Pada waktu Asar dia kerjakan Zuhur seperti biasa, kemudian dia berdiri lagi untuk mengerjakan solat Asar seperti biasa, maka solatnya sah dan dia telah dianggap menjamak solat Zuhur dan Asar.
Kalau mengqasar sahaja mungkin tidak susah. Oleh itu kita ikutlah niat-niat seperti di atas tadi.
Kalau masih susah menyebut Usolli atau Arabnya, maka kita pakai terjemahnya sahaja.
Contohnya kalau kita ingin mengqasar solat Zuhur, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kalau kita ingin mengqasar solat Asar, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Asar dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kalau kita ingin mengqasar solat Isyak, maka niatnya: ”Sahaja aku mengqasar solat Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiyat solat qasar
Cara atau kaifiyat mendirikan solat qasar sebenarnya sama dengan kaifiyat solat-solat lainnya. Yang berbeza hanyalah niat dalam hati, iaitu niat mengerjakan solat qasar semata-mata kerana Allah SWT.
Namun demikian untuk lebih jelasnya dan tidak menimbulkan keragu-raguan dalam pelaksanaannya, kami tunjukkan kaifiyat pelaksanaannya sebagai berikut:
Kalau anda sudah berwuduk dengan sempurna, telah menutup aurat dengan sempurna, maka mulailah mengerjakan solat qasar itu dengan cara:
1. Bersiap dan berniat Berdiri lurus menghadap kiblat. Muka agak ditundukkan dan mata melihat ke tempat sujud. Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri.
Kemudian berniatlah mengerjakan solat qasar dengan lafaz niat:
”Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, kerana Allah Taala.”
2. Takbiratul Ihram
Lafaz takbiratul ihram:
”Allah Maha Besar.”
Takbiratul ihram dibaca sambil mengangkat kedua belah tangan setentang dengan bahu, sementara jari-jari tangan sej ajar (setentang) dengan kedua telinga (daun telinga), kedua-dua telapak tangan menghadap ke arah kiblat. Takbir ini dinamakan dengan takbiratul ihram (takbir iftitah), dilafazkan dengan ringkas dan sederhana, tidak dipanjang-panjangkan. Ketika mengucapkan takbiratul ihram itu diniatkan dalam hati niat solat qasar seperti di atas tadi. Namun seandainya berniat ketika berdiri lurus menghadap kiblat, yakni sebelum melafazkan takbir, boleh juga. Ertinya ketika membaca takbiratul ihram itu kita tidak berniat apa-apa, tetapi kita hanya mengingat kebesaran Allah SWT.
3. Menurunkan tangan dari takbiratul ihram
Tangan diturunkan setelah membaca takbiratul ihram, kemudian diletakkan telapak tangan kanan di atas punggung telapak tangan kiri dengan menggenggam sedikit persendian pergelangan tangan kiri dan meletakkannya di atas pusat dan di bawah dada serta agak ke kiri sedikit.
4. Membaca doa Iftitah Kemudian kita membaca doa iftitah, iaitu:
”Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan segala puji bagi Allah sebanyakbanyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan langit dan bumi. Aku cenderung untuk berserah diri kepada Allah; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.
5. Membaca Ta’awwuz
Sunat membaca ta’awwuz atau isti’azah sebelum membaca fatihah. Lafaznya ialah:
”Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
6. Membaca Al-Fatihah
Kemudian bacalah surah Al-Fatihah:
”Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan
hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orangorang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (AlFatihah: 1-7)
7. Membaca Amin
Selepas membaca Al-Fatihah disunatkan membaca:
”Amin”
”Ya Allah, perkenankanlah permintaan hamba-Mu.”
8. Membaca surah Al-Quran
Boleh membaca surah yang mana sahaja pun daripada surah-surah yang ada di dalam AlQuran. Dalam solat qasar bolehlah dibaca surah
yang pendek sahaja, misalnya:
a. Surah Al-Masad (rakaat pertama)
Surah Al-Masad ialah:
”Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.” (AlMasad: 1-5)
b. Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Pada rakaat kedua dibaca surah Al-Ikhlas:
”(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; ”Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan; ”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)
9. Membaca takbir
Membaca takbir sambil mengangkat kedua tangan untuk berpindah ke rukuk. Bertakbir seperti biasa:
”Allah Maha Besar.”
Bacaan takbir ini disunatkan pada setiap kali badan bergerak atau bertukar rukun fill (gerakan). Misalnya dari iktidal bergerak ke sujud, dari sujud berpindah ke duduk antara dua sujud dan seterusnya.
10. Rukuk Rukuk dengan cara melempangkan (meratakan) tulang punggung kita dengan leher kita. Dalam keadaan memegang kedua lutut dengan kedua telapak tangan. Pandangan mata tertuju ke tempat sujud, sambil membaca:
”Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dan segala puji bagi-Nya.”
Tasbih itu dibaca tiga kali.
11. Iktidal Iktidal dengan mengangkat kepala dari rukuk dan berdiri lurus kembali, dengan mengangkat kedua tangan sambil mengucapkan:
”Allah mendengar orang yang memujiNya. ”
Setelah berdiri iktidal (lurus), meneruskan bacaan:
”Wahai Tuhanku, segala puji bagi-Mu.”
12. Sujud
Kemudian turun untuk sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Turun dan sujudlah. Ketika sujud itu letakkan kedua lutut anda dan kedua telapak kaki anda di atas tanah (lantai), kemudian kedua tangan, kemudian hidung dan dahi anda, dengan menghadapkan hujung jari-jari kaki dan jari-jari kedua tangan anda ke arah kiblat, serta merenggangkan tangan dari kedua lambung anda dengan mengangkat siku anda. Bacaan sujud seperti yang biasa dibaca:
”Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya.”
Ini pun dibaca tiga kali.
13. Duduk antara dua sujud Kemudian mengangkat kepala dari sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Dan duduk antara dua sujud dengan tenang dan berdoa:
”Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmati aku, cukupkanlah keperluanku, angkatlah darjatku, berikanlah rezeki kepadaku, tunjukilah aku, afiyatkan aku dan maafkanlah aku.”
Sikap dan cara duduk antara dua sujud ini sama dengan duduk tahiyat awal, iaitu duduk Iftirasy.
14. Sujud kedua
Sujud lagi untuk sujud yang kedua sambil mengucapkan:
”Allah Maha Besar.”
Ketika sujud baca lagi tasbih atau doa seperti pada sujud yang pertama, iaitu:

15. Bangkit dari sujud kedua Kemudian mengangkat kepala dari sujud dengan bertakbir:
”Allah Maha Besar.”
Kemudian bangunlah berdiri untuk rakaat yang kedua dengan bertelekan pada tanah atau berpegang di atas lutut. Ketika bangun dari sujud, duduk dahulu sebentar sebelum berdiri untuk rakaat yang kedua. Duduk ini dinamakan duduk istirahah (istirehat). Duduknya hanya sebentar, iaitu lamanya seperti membaca Subhanallah (bukan dibaca).
16. Rakaat kedua
Kerjakanlah pada rakaat kedua seperti yang anda lakukan pada rakaat yang pertama. Tetapi tidak membaca doa iftitah lagi. Anda terus sahaja membaca Fatihah dan salah satu surah Al-Quran yang anda sukai. Lebih panjang surahnya sudah tentu lebih baik.
Sekali lagi ditegaskan bahawa membaca surah yang mana sahaja pun dibolehkan, tidak diharuskan membaca surah tertentu. Kemudian rukuk, iktidal dan sujud seperti pada rakaat yang pertama dengan bacaan semuanya sama.
17. Duduk tahiyat
Pada rakaat kedua, yakni setelah bangkit dari sujud yang kedua, hendaklah duduk untuk bertahiyat. Kerana solat qasar ini hanya dua rakaat, maka tahiyat ini dianggap sebagai tahiyat akhir atau tahiyat panjang menurut istilah masyarakat kita. Bacaan tahiyat akhir:
”Segala kehormatan, segala keberkatan,
segala selawat (selawat, doa), segala kebaikan, itu semua adalah kepunyaan Allah. Kesejahteraan, rahmat Allah dan berkat-Nya tetap kepadamu wahai Nabi. Kesejahteraan juga semoga tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh-soleh..”
”Aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau telah mengurniakan kesejahteraan kepada Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan atas keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”
18. Memberi salam
Selesai membaca tahiyat, ucapkanlah salam dengan berpaling ke kanan pada salam yang pertama, dan berpaling ke kiri pada salam yang kedua, sehingga kelihatan putih pipi anda oleh orang yang berada di belakang anda. Ucapan salam itu seperti yang biasa kita baca ialah:
”Selamat sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah.”

Langgan:
Catatan (Atom)