Anak bulan Syawal telah tidak kelihatan pada hari yang ditetapkan untuk melihatnya, maka dengan itu 1 Syawal telah jatuh pada hari Ahad bersamaan 20 September 2009. Jadi, berpisahlah kita dengan Ramadhan dan apa yang ada hanya doa pada pemilik diri kita dan Ramadhan agar kita akan diketemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Bagi merekaa yang berjaya menerima apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya pada 1 Syawal maka beruntung yang teramat sangatlah mereka tetapi bagi mereka yang meninggalkan Ramadhan dengan kehinaan kerana Ramadhan tidak langsyng memberi apa-apa perubahan dan pernertian dalam diri mereka maka celakalah keadaannya. Apa pun bagi mereka yang mencari keuntungan duniawi dengan kehadiran Aidil Fitri seperti yang kita lihat di siaran-siaran tv tepuk dada tanya iman masing-masing, sampai bila anda harus menjadi sedemikian? tergamak anda merosakkan diri anda dan orang lain pada hari yang penuh kemuliaan di sisi Allah hanya kerana menncari seringgit dua. Amaran ini saya tujukan khas kepada golongan artis yang begitu melampau dalam kegiatan mereka sepanjang tempoh berhariraya walau pun telah ditegur bukan sekali tetapi hampir setiap kali hari raya oleh para ulama.
Menyorot kembali bagai mana tahun ini saya berhariraya memang ada kisah suka dukanya. Saya telah bertolak balik ke Kedah untuk berhariraya bersama ibu mertua dan adik-beradik isteri saya pada hari Jumaat 18 September bersamaan 28 Ramadhan. Sesungguhnya ini adalah kali pertama kami berhariraya tanpa ayah mertua saya yang telah memenuhi perjanjiannya dengan pemiliknya pada hari Datuk Sri Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Saya tidak boleh membayangkan langsung bagaimanakah keadaannya nanti kalau berhariraya tanpa dia yang amat kami kasihi.
Pada malam sebelum perjalanan saya telah mengambil keputusan untuk tidak tidur langsung dengan melakukan apa yang patut saya lakukan agar saya boleh tidur dalam perjalanan kelak. alhamdulillah, hasratku menjadi kenyataan. Sebaik kami menaiki bas di Hentian Duta kira-kira jam 10 pagi, dengan tidak berdepan dengan kerenah anak-anak yang juga berpuasa kerana mereka juga mengantuk, maka kamni dapat melelapkan mata sejurus perjalanan bermula. Sepanjang perjalanan yagn lebih kurang 5 atau 6 jam itu kami hanya tersedar beberapa kali dan yang paling saya ingat adalah tersedar ketika berada di tempat rihat, entah pukul berapa saya pun tak tahu. Saya hanya terdengar suara pemandu memberitahu tempoh rihat hanya selama 15 minit sahaja. Kemudian saya terlena lagi.
Saya tersedar kembali setelah tiba di Alor Star. Saya amat bersyukur kerana hasrat saya untuk tidur dalam perjalanan tercapai dan apa yang berlaku itu jelas mengajar diri ini akan pentingnya dan nikmatnya tidur. Kalau peristiwa Al-kahfi diingat kembali maka terjawablah kita bahawa tidur adalah satu cara Allah memberi kerihatan dan perlindungan kepada hambanya. Pemuda Al-kahfi tertidur beratus tahun kerana Allah hendak menyelamatkan aqidah mereka, tetapi andainya dan sememangnya tidur saya tidak setaraf dengan tidurnya pemuda Al-kahfi tapi moga Allah dapat memberi rahmat ke atas tidur saya sekeluarga dalam perjalanan itu.
Apabila melihat jam sebaik sahaja tersedar di Alor
Star, ketika itu sudah menghampiri 4 petang. Ini bermakna perjalanan kami tidak tersangkut langsung dalam kesesakan jalanraya kerana hari raya. Kami terus menaiki teksi untuk meneruskan perjalanan ke Pendang. Ketika kami berbual-bual dalam teksi, Radio Malaysia Kedah FM (lein menteri lain nama radio: ikut suka dia oranglah) telah menyiarkan satu berita kemalangan yang meragut 4 nyawa dalam sebuah kereta yang merempoh sebuah trela dengan muatan barang-barang elektronik yang terbalik. Kami mendengar berita tersebut dengan keadaan beristrfar dan terkejut. Sesampai di Rumah ibu mertua saya, tiba-tiba kami diberitahu jiran ibu mentua saya adalah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. keadaannya agak parah dengan pehanya patah.
Selang lebih kuran 2 jam waktu berbuka pun tiba. Kami seluruh keluarga bersama ibu mertua dan adik-adik ipar saya berada di depan juadah untuk menanti masuknya waktu berbuka. Kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berbeza. Namun saya amat teringat kepada ayah mertua saya yang tak pernah terlupa mempelawa saya untuk berbuka puasa bila sahaja hampir masuk waktu berbuka. "Man, jum buka". Itulah kata-katanya selama 14 tahun saya menjadi menantunya bila mana kami sekeluarga berbuka di rumahnya tetapi pelawaan dan sapaan itu sudah tidak saya dengar lagi sampai bila-bila.
Apabila tibanya hari raya kami bersalam-salaman namun tidak ada seorang pun yang mengungkapkan apa-apa tentang ayah mertua saya. ya, mungkin kami tidak mahu memulakan kesidihan dalam hati kami lebih-lebih lagi ibu mertua saya. Namun yang pasti setiap dari kami yang dalam rumah itu pasti terlalu rindu padanya, seorang ayah yang mengerti akan kerenah anak-anak dan menantunya dan tak pernah sekali pun kami terguris hati dengan sikap dan tindakannya.
"ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, sejahterakanlah rohnya di sisi orang-orang yang engkau redhai."
Buat teman-teman yang mengunjungi blog ini diucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya dan seisi keluarga. Jemputlah datang rumah. Boleh hubungi talian 0132277026.
Khamis, 24 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan