Ketika artikal ini ditulis, umat Islam di Malaysia kebanyakannya telah selesai menunaikan solat sunat tarawih untuk malam yang ke-27 dan ini bermakna kita hanya tinggal dua atau tiga malam lagi untuk berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Dengan itu, kita ahanya menunggu dua atau tiga hari lagi untuk berada dalam bulan Syawal yang penuh kebahagiaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah benar-benar berjaya dalam menghadapi madrasah atau universiti Ramadhan yang disediakan oleh Allah untuk mentarbiyah dan mendidik kita agar menjadi orang-orang bertaqwa kerana matlamat berpuasa adalah "moga-moga engkau bertaqwa".
Setelah 27 hari kita berpuasa, sebenarnya dengan kejujuran yang ada pada kita, kita boleh mengukur dan memuhasabah diri dan seterusnya merenung sedalam-dalamnya apakah kita telah mencapai matlamat puasa yang sebenarnya. Di saat penting inilah kita harus bertafakur dan mengenal diri bagi menyedarkan diri kita apakah kita benar-benar layak untuk bergelar hamba yang fitrah pada 1 Syawal nanti. Apakah hadiah Idil Fitri yang diberi kepada orang-orang yang beriman dan berpuasa layak untuk kita terima atau kita hanya menumpang kebahagiaan mu'minin yang lain meraikan kejayaan mereka?
Sebagai seorang muslim yang faham akan perintah berpuasa ini, sudah tentu kita cuba sedaya upaya kita untuk melakukan yang terbaik dalam berpuasa tetapi kita juga tahu akan kelemahan kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Berapa banyakkah dari perangai buruk yang ada pada kita dapat kita buang dari diri kita? Apakah kita mampu meninggalkan kejahatan mata, telinga, mulut dan seluruh anggota yang ada pada diri kita yang hakikatnya merupakan pinjaman dari Allah? Bukankah sepanjang bulan Ramadhan tahun ini masih banyak amalan-amalan buruk yang terus kita kekalkan sekali pun syaitan telah dipenjarakan? Kalau itu lah keadaan kita, ditambah pula dengan kurang kita melakukan ibadah sunat di malam-malam ramadhan, mana mungkin kita akan mendapat kemenangan pada pagi Syawal.
Hadiah Idil fitri bukanlah diberi kepada orang-orang yang berpuasa sebagaimana sering kita dengar di sana sini dan menjadi bahan bicara di tv dan radio olehdj-dj yang ... tetapi idil fitri adalah untuk mereka yang berpuasa dangan puasa yang mempu membentuk hati agar tunduk kepada perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Andai hati kita masih keras dan degil dengan hukum dan sunah dalam Islam maka maknanya puasa dalam bulan Ramadhan dan idil fitri di bulan Syawal yang kita lakukan dan raikan tidak memberi apa-apa erti dalam diri dan kita hanya menyambut nya sebagai adat dan bukan ibadat dan tak kan mungkin menjamin kita dalam kehidupan yang akan datang iaitu di akhirat. Oleh yang demikian, dengan baki yang bersisa ini mari kita cuba memanfaatkan masa yang ada untuk mempertingkatkan usaha kita ke arah mendapat keredhaan Allah di Ramadhan ini kerana kita belum tentu bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Rabu, 16 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan