ANAK BULAN DAH NAMPAK!!!الله أكْبَر ، الله أكْبَر ، الله أكْبَر، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُ أَكْبَرْ وَلِلَّهِ الْحَمْد.
Terasa begitu pantas masa berlalu dan kita sudah berada di penghujung Ramadhan dan 1 Syawal menggamit kita sekali lagi. Diriwayatkan daripada Anas (ra) bahawa apabilaRasulullah sampai ke Madinah, Baginda melihat penduduk Madinah menyambut 2 pesta dan mereka menyambut kedua-dua pesta secara besar-besaran. Lalu Rasulullah bersabda:“Sesungguhnya Allah (SWT) telah menggantikan 2 perayaan yang sedang kamu sambut dengan 2 hari yang lebih baik daripada kedua-duanya; Aidil Fitri and Aidil Adha” (Riwayatal Bukhari).
Aidil Fitri bermaksud “kepulangan atau kembali kepada fitrah”. Justeru, Aidil Fitri harus disambut dengan kaedah dan pengisian yang selari dengan maksud dan falsafahnya yang sebenar. Ramai di antara kita yang seolah-olah “melepas geram” apabila menyambutAidil Fitri dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan kesucian fitrahnya dan ‘mengenyangkan’ nafsunya.Aidil Fitri adalah hari KEMENANGAN selepas sebulan lamanya kita bersungguh-sungguh mendidik diri sepanjang Ramadhan. Sebagai tanda kesyukuran menyambut kemenangan ini,Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan takbir sebagai suatu syiar dan lambang kemenangan dan kesyukuran tersebut. Allah berfirman: “Dan cukupkan tempoh kamu berpuasadan perbesarkanlah Allah di atas segala anugerah yang dikurniakan kepadamu, semogakamu bersyukur” (Surah al Baqarah: 185)
Selain bertakbir, antara perkara-perkara lain yang sangat dituntut untuk dizahirkanpada hari Aidil Fitri adalah:
1. Mengucapkan ucapan tahniah sesama Muslim atas kejayaan melepasi ujian selamasebulan dalam Ramadhan. Antara lafaz tahniah dan doa yang diamalkan oleh para sahabatadalah ”Taqabballah minni wa minkum” (Semoga Allah menerima amalan saya dan amalankamu) atau dengan ucapan-ucapan lain.
2. Mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri dan mendengar khutbah Aidil Fitri bersama masyarakat setempat sama ada di masjid, surau atau kawasan lapang.
3. Makan sedikit sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa kita telah selesai berpuasa dan mengalas perut sebelum bersolat.
4. Mandi sunat Aidil Fitri, memakai pakaian yang cantik dan memakai bau-bauan yang harum.5. Kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi saudara mara, jiran tetangga danrakan taulan.
6. Bermaaf-maafan antara Muslimin selari dengan keberkatan Aidil Fitri.
Selain perkara di atas, terdapat pula perkara-perkara yang perlu dijauhi apabilakita menyambut Aidil Fitri:
1. Elakkan pembaziran dalam setiap persiapan menyambut hari lebaran yang mulia.Janganlah keghairahan untuk menyambut hari raya menyebabkan kita berbelanja sehinggamelepasi kemampuan diri dan pada masa yang sama elakkan pembaziran khususnya dalammenyediakan juadah aidil fitri.
2. Satu lagi budaya yang tidak sihat yang berlaku saban aidil fitri adalah kita menjadi hamba kepada rancangan televisyen dari pagi sehinggalah ke malam hari. Secara prinsipnya, Islam tidak melarang umatnya berhibur sempena Aidil Fitri, tetapi janganlah melampau sehingga mengabaikan perkara-perkara lebih patut kita lakukan.
3. Di sebalik kegembiraan bertemu sanak-saudara, sahabat handal, jiran tetangga,rakan dan taulan, janganlah sehingga mengenepikan batas-batas pergaulan antara lelakidan wanita yang bukan mahram. Batas-batas ini tidak boleh dilanggar sama sekali walaupundi atas nama mengeratkan silaturrahim sempena Aidil Fitri.
Akhirnya, marilah kita berazam untuk memastikan momentum Iman yang dibaja sepanjangRamadhan akan berkekalan dan terus bersemarak!
Salam Aidil Fitri!
**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledgeand understanding**
Noornawal binti Othman
Dipetik dari kiriman e-mail dalam group OKU
Jumaat, 18 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan