Sabtu, 14 Ogos 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Hari ini merupakan hari keempat umat Islam di Malaysia dan negara-negara yang sewaktu dengannya melaksanakan tuntutan Ramadhan sebagaimana yang telah difardhukan oleh Allah SWT seperti yang terkandung dalam Surah Albaqarah. Biar hebat dan gah mana pun kita, di sisi Allah kita adalah hamba. Oleh yang demikian, atas nama sebagai hamba dan sifatnya pun sebagai hamba maka tiada seorang pun dari umat Islam yang berani menyanggah perintah Allah ini walau pun ia mungkin tidak gembira dengan keadaan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa ini. Rata-rata umat Islam yang ditemui akan cuba menunjukkan yang mereka benar-benar gembira melaksanakan kewajipan berpuasa ini.

Teringat saya kepada satu hadith Rasulullah SAW dalam kita menjalani ibadah berpuasa ini di mana baginda bersabda yang maksudnya lebih kuran "begitu ramai mereka yang berpuasa sedang mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga". Hadith ini bagi saya benar-benar membuat kita perlu berfikir sedalam-dalamnya agar kita tidak tergolong dalam golongan berkenaan iaitu mereka yang berpuasa tetapi hanya beroleh lapar dan dahaga semmata-mata.

Pertama sekali, kita harus bertanya kepada diri kita sejauh mana kita benar-benar faham akan tuntutan puasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Untuk itu, apakah kita telah benar-benar faham akan syarat-syarat sah dan batal, wajib dan haramk, sunat dan makruh serta keharusan-keharusan dalam menjalani ibadat ini. Adakah kita juga benar-benar faham akan matlamat sebenar melaksanakan ibadat puasa atau kita hanya sekadar berpuasa kerana adat atau berpuasa kerana teman-taman ramai yang berpuasa atau kerana menunggu hari raya semata-mata. Jadi, Apa yang boleh dinyatakan di sini adalah apakah kita telah benar-benar bersedia dari segi ilmu untuk menempoh hari-hari dalam bulan ramadhan ini kerana kita tidak mahu pastinya berada dalam keadaan pekerjaan yang sia-sia sedang kita telah mengenepikan keinginan asasi kita selama 30 hari.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berdoa dan berusaha agar Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan paling baik untuk kita di sisi Allah dan berpeluang masuk ke syurganya melalui pintu ar-Rayan. Insya Allah.

Apa pun kenapa Ramadhan tak nak menyapa Muharam ya? Kasihan Ramadhan. Selamat burpuasa Ramadhan! Muharam tetap ingin menyapa Ramadhan walau pun Ramadhan dah tak sudi menyapa Muharam dalam keadaan bulan-bulan lain disapa oleh Ramadhan.

Tiada ulasan: