Sabtu, 19 Disember 2009

INDAHNYA PAKATAN RAKYAT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal
Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama
Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja
duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul
Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang
bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik
Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok
Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh
dari para perwakilan.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini
mencatat satu sejarah baru politik negara.

Tiada ulasan: