Selasa, 24 November 2009

USIA

Anual Bakri Haron
Makhluk bernama usia penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik
yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah
perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.
Adakala, ia tersangkut awal dan boleh kekal terhenti. Ada masanya, ia boleh terhenti
sementara dan mengalir lagi untuk juga berhenti di tengah. Hanya orang yang ditakdirkan
panjang usianya saja yang akan terus mengalir, rapat hingga kehujung. Hujung boleh
bermakna 100 tahun misalnya.
Dalam perjalanan merempuh tebing dan melayan selekoh di liku-liku cabaran hidup itulah
orang yang berusia mengumpul garam.Garam itulah yang mengasingkan antara orang yang
bijaksana dengan yang kurang. Tentu sekali air yang dalam lebih jernih.
Dalam banyak hal, kematangan banyak tertakluk kepada usia. Jika tidak, masakan junjungan
besar kita Nabi Muhamad s.a.w. dilantik dalam usia 40 tahun. Jika itulah had minimum
bermulanya usia kepimpinan yang sihat maka itulah dalilnya.
Namun, ini tidak bermakna yang pemimpin tidak boleh lahir lebih awal. Namun, jika
kita bercakap soal “
bench marking
” dari isyarat yang digaris oleh langit, maka inilah idealnya. Bermula dari usia
itu, Rasulullah s.a.w. menerima wahyu-wahyu suci. Di sana kita dapat saksikan betapa
faktor kewarasan memainkan peranan.
Dalam usia awal dewasa yakni antara umur 20-39 tahun atau disebut juga sebagai zaman
vicenarian/tricenarian
ini, manusia terlalu tinggi digerakkan oleh nafsu ammarah,emosi dan kecintaan untuk
memenuhi kegelojohan cita-cita.
Dunialah, apa lagi! Tanpa perimbangan dan kawalan agama, tamaknya akan sering melanggar
tebing. Ia kerap terbabas.
Jika dia seorang pemimpin parti atau organisasi dan kurang berhati-hati, dia akan
banyak merempuh tembok amanah dan melanggar pelbagai disiplin yang barangkali dia
sendiri yang rangkakan.
Kadangkala, atas nama ghairah berdakwah, dia terlalu rajin mengingatkan anak buah
tetapi dialah orang yang pertama melanggari kata-kata dari kuliahnya. Kemudian, dia
lazimnya sibuk dan banyak membakar masa produktifnya untuk mempertahankan kesalahan
diri dari kubu persembunyiannya yang bernama ego. Dalam mabuk kuasa dan populariti
itulah, dia memalukan dirinya. Ini akan terbukti dalam jangka panjang.
Manakala, usia pertengahan dewasa antara 40-59 tahun atau disebut sebagai tahap
quadragenarian/quinquanarian pula adalah usia pembenihan dan pertumbuhan bakat kepimpinan
yang terbaik.
Zaman yang dikenali sebagai renaissance kewarasan ini adalah zaman yang subur dengan
gelora sumbangan. Dengan bekal taqwa, ilmu dan keikhlasan, seorang mukmin sejati
akan dapat disaksikan kegemilangan akhlaknya yang terpuji sewaktu menangani apa jua
isu seputar amanah yang dipikulnya. Dia lazimnya berprestasi tinggi.
Bagaikan kemuliaan seekor penyu, dia akan menelurkan ribuan jasa tanpa diriuhinya
akan kehadiran "sayanya." Dia adalah air yang senuh setin. Keakuan dan ketrampilannya
dipendamkan serahsia mungkin tetapi di sana orang seakan-akan tahu dia adalah sebutir
geliga yang tergilap.
Tanpa mengocak loceng kehadiran, sentuhannya masih terasa. Tangannya mungkin tidak
kelihatan tetapi cakar-cakar amal yang mulia dari sentuhan dan tinggalan jasanya
ada di terkesan di mana-mana.
Membelek muka surat profil Tok Guru Nik Aziz, kita boleh menemui catatan-cacatan
keajaiban seumpama ini di sana sini. Sejak tahun 1967, sewaktu parti saingan galak
menangkap ulama, berbekalkan keyakinan, keimanan dan keberanian, beliau telah mewaqafkan
usianya kepada gerakan Islam.
Jika PAS mengasaskan kepimpinan ulama seawal tahun 1982, maka dialah pancang dan
tunggulnya. Dan, dia masih unggul, tetap tercegat setia berdiri di situ hingga sampai
ke hari ini.
Demikian, sebuah nilai istiqomah. Sewaktu PAS berjalan di dalam pelita; di tengah-tengah
hembusan nafas pihak musuh yang sentiasa termuncung-muncung, mahu memadamkan api
kebenaran itu, Tok Guru nekad membelah malam. Dia tetap tekun untuk sabar berperahu.
Dalam usia pertengahan dewasa yang di kategorikan oleh pengkaji sebagai usia gemilang
itulah, Tok Guru benar-benar menepati perjalanan teori. Akhirnya, dalam usia kira-kira
58 tahun, barulah beliau ditakdirkan oleh Allah menduduki kerusi menteri besar.
Rupanya, dari tahun 1967-1990, selama 23 tahun, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menjalani
satu tempoh tarbiyah amali penuh kepayahan memimpin jemaah sebelum beliau di lantik
CEO untuk sebuah kerajaan.
Sebelum kecemerlangan beliau terserlah, beliau dijeruk ke dalam tempayan ujian yang
cukup menguji terlebih dahulu. Beliau dihujani dengan lembing fitnah dan ungkit umpatan.
Beliau berembun di pelana pagi, setiap kembali dari kuliah di jauh malam.
Beliau cuma bermula dengan sebuah motor Honda Cub dan bukan dengan kenderaan 4WD.
Inilah yang dikatakan sebagai proses perjalanan usia. Kewarasan kepemimpinannya tidak
datang percuma. Tidakkah hikmah itu barang yang hilang.
Lazimnya, apa yang hilang perlu di cari?
Sesungguhnya, di sana ada sebuah madrasah yang bernama "the making of Nik Abdul Aziz."
Jika orang mahu naik dengan sekedar bersandar dibahunya atau berkonspirasi untuk
menjatuhkannya, maka percayalah. Orang atau orang-orang itu tidak akan kekal lama
justeru ia menyalahi segala hukum dan protokol pembikinan biasa kelahiran seorang
pemimpin. Kata pepatah Inggeris, "
Usually a true leader is not born. It is made.
"
Jika kita semak kisah Nabi Allah Yusuf Alaihissalam misalnya, kita akan cepat menangkap
keunikan Yusuf yang didewasakan melalui pelbagai ujian. Usialah yang menjadi latar
tempat dan masa bagi tumbuhnya benih kepimpinan. Sekurang-kurangnya, Nabi Yusuf
a.s. telah diuji dalam sembilan keadaan iaitu:
a) Menjadi sasaran kebencian saudara-saudaranya.
b) Berpisah dengan keluarga.
c) Dibuang ke sumur dalam usia 12 tahun.
d) Dijual dan menjadi hamba sahaya.
e) Digoda dan dirayu wanita.
f) Dituduh memperkosai isteri perdana menteri.
g) Dipenjara selama 9 tahun.
h) Mendapat kekayaan dan kenikmatan yang melimpah.
) Memaafkan saudara-saudaranya.
Menyemak sejarah Mahatma Gandhi, kita boleh temui proses kematangan yang dilalui
beliau melalui lorong usia yang hampir sama. Mari kita amati fakta-fakta ini.
a) Dalam usia 13 tahun, beliau dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan bernama
Kasturba.
b) Dalam usia 19 tahun beliau meninggalkan tanah air bagi menyempurnakan ijazah Undang-Undang.
c) Beliau berjanji pada ibunya untuk tidak minum arak, berzina, dan tetap menjadi
Vegetarian sepanjang menimba ilmu di London.
d) Pada tahun 1891, beliau kembali ke tanah air dan memulakan langkah permulaan kerjayanya
di Bombay dan Rajkot.
e) Pada tahun 1893, beliau telah berhijrah ke Selatan Afrika untuk menegakkan keadilan
di sana. Beliau menetap di sana selama 12 tahun dan menubuhkan satu parti Natal India
Congress untuk memulihkan kehidupan rakyat India di sana mengikut hak-hak keadilan
dan tanpa pencabulan hak asasi manusia.
f) Pada 1914, beliau kembali ke tanah air, dan menubuhkan Satyagraha Ashram berhampiran
Ahmedabad. Dipengerusikan oleh G.K. Gokhale dan Lokmanya Tilak, beliau telah menjelajah
ke seluruh pelusuk negara untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh golongan
professional. Selepas itu, beliau mulalah menjejakkan kaki dalam kancah politik.
g) Beliau memperkenalkan tiga gerakan dengan satu matlamat untuk bebas daripada peraturan
dan undang-undang British. Yang pertama ialah Non-Cooperation Movements, objektif
penubuhannya adalah untuk mengembalikan keamanan di tempat itu melalui pemboikotan
barangan-barangan yang diimport, mahkamah British dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran
British, dan menggalakkan penggunaan barangan tempatan.
h) Yang kedua, ialah dengan menggerakkan Civil Disobedience Movement yang telah ditubuhkan
pada 6 April 1930. Sebagai permulaannya Gandi March atau Satyagraha telah digunakan
untuk menentang Undang-Undang Garam British; dan beliau mengarahkan pengikutnya untuk
menghasilkan garam sendiri.
i) Yang ketiga, beliau telah menubuhkan Quit India Movement pada tahun 1942, dengan
mendesak pihak British berundur dari negara itu. Selepas pihak British berundur,
India telah mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.
j) Pada 30 Januari 1948, beliau berakhir di muncung senapang seorang communalist.
Merumuskan kepimpinan Gandhi, Pandit Jawaharlal Nehru sempat berkata begini: "
The light has gone out of our lives and there is darkness everywhere
."
Kembali kepada kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau kini dicadangkan oleh Zaid
Ibrahim, pengerusi penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) untuk mempengerusikan PRM
bagi mencontohi sifat kepemimpinan Gandhi.
Zaid melihat kualiti yang ada pada Tok Guru melangkaui sempadan usia, batas agama,
dan tembok kaum.
Sejurus setelah Zaid membuat cadangan banci sokongan yang dibuat oleh NTV7 pada malamnya
benar-benar mengesahkan kredibiliti Tok Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru memborong 44
peratus sokongan sementara Anwar mendapat 43 peratus.
Pendek kata, walaupun Tok Guru Nik Aziz sedang dikepung oleh isu di sekitar tajaan
untuk mengerjakan haji, dan hingusan isu yang keluar dari bersin menantunya di PMBK,
beliau tetap sabar bersahaja.
Terkini pula, ada tanda-tanda kerusi pesuruhjaya negeri beliau mahu digugat oleh
seorang pemilik blog (mungkin atas suruhan) tetapi beliau masih tetap selamba kerana
duri di hutan tidak siapa pun pernah menajamnya.
Melalui proses usia dan pengalaman yang panjang Tok Guru Nik Aziz yang kini berusia
78 tahun, sudah masak dengan sepak terajang. Sungguhpun beliau boleh dilihat perlahan
kerana sedang berada dalam zaman
septuagenarian yakni antara usia 70-79 tahun tetapi beliau masih dilihat utuh.
Mari kita tumpang keutuhan beliau bersaksikan kata-kata ini:
"Saya telah tua sekarang ini, dan hanya boleh membaca kepala angin samada ribut atau
hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya. Saya boleh baca contohnya jika air
berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak
mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu
juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu.
Orang lainlah yang perlu melakukannya. Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin.
Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya
yang ada."
Sebetulnya, proses usia adalah proses perjalanan kematangan. Jauhi dari tabiat tidak
sabar. Usah dipaksa kematangan itu datang dengan menjolok durian yang lambat gugur.
Laluilah denai pengalaman melalui urutan proses kematangan yang normal sebelum duduk
di kerusi kemudi.
Biar ia berlaku secara natural.
Jika tidak, usah disalahkan orang apabila orang menamakan kita sebagai budak awang
yang belum
mumayyiz
. Jangan karier kita berakhir, mati muda dalam malu, terhingguk-hingguk di kerusi
malas.
Penulis adalah setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat.

Ahad, 22 November 2009

BICARA TANPA TAULIAH

28 Zulqaedah 1430
16 Nov 2009
#############################
AGAMA BUKAN CANDU
Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Walaupun saya mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu,
namun saya akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan
politik. Ini bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan
yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.
Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan
pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan
PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik
negara.
PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang
sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia.
Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak
langsung.
Bisikan Halus
Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang
dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan
datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi
pihak-pihak tertentu.
‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan
atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik
ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada
PAS.
Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh diramakan seakan sudah tamat, tetapi
bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa
hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan,
kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.
Hikmah
Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah
pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu. Pendapat atau
pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi
semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam
setiap pendapat.
Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan,
ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan
emosi semata.
Sudi Menerima Pandangan
Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif
jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur
mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak
atasan PAS.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap
pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz
Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS
itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang
tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.
Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi
menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.
Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua
hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan
pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak
keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut.
Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa
ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau
Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya
tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya
hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh
dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub
atau gaya bahasa yang lebih terhormat.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang
awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang
ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah
dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan
luar.
Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
* Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik
yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
* Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak
langsung dalam PAS selama ini?
* Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu
adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
* Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan;
manakah yang patut diutamakan?
* Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
* Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
* Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama
dengan UMNO?
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM

BINCANG SIDANG

ANTARA PERJANGIAN DAN KEZALIMAN

Dalam kehidupan ini, kita sering dipaksa atau terpaksa membuat pilihan yang kadangkala pilihan itu amat menyakitkan untuk diputuskan. Kesukaran dalam membuat pilihan ini jelas digambarkan dalam pepatah Melayu yang cukup diketahui umum iaitu “ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Kita juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW seandainya kita berada dalam persimpangan dan begitu sukar untuk membuat pilihan agar menunaikan solat sunat istaharah memohon agar Allah memberi petunjuknya dan keputusan yang kita ambil itu benar-benar tepat dan tidak akan menimbulkan penyeselan di masa depan.

Pada hari Khamis yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mendengar siaran langsung persidangan parlimen. Alhamdulillah dengan kelebihan yang ada pada dunia tanpa sempadan ini telah membuat kita berkesempatan dalam kesempitan ruang demokrasi untuk mengikuti perdebatan dalam Dewan Rakyat, suatu perdebatan yang sepatutnya menjadi tontonan awam kerana anggota dalam dewan tersebut termasuk perdana menteri dipilih oleh rakyat. Seharusnya apabila rakyat yang memberi mereka kerja maka kepada rakyatlah segala aktiviti harus dilaporkan kerana rakyat adalah mejikan mereka. Namun begitu bukanlah soal demokrasi dan parlimen yang saya berhajat untuk bincangkan di sini tetapi ia hanya sekadar mengambil kesempatan dalam “kesempitan” yang ada tadi untuk meluahkan isi hati.

Dalam perbahasan belanjawan yang melibatkan Kementerian Luar Negeri di peringkat jawatankuasa salah seorang ahli dewan dari Pakatan Rakyat(PR) iaitu wakil dari Kawasan Ipoh Barat telah menyentuh persoalan kenapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia kerana Malaysia adalah tanah airnya. Chin Peng yang telah lanjut usia kini tidak mahu yang lain kecuali untuk kembali ke kampongnya dan ingin mati dan dikebumikan di situ. Di sinilah bagi saya timbulnya konflik antara “janji” dan “zalim’. Apakah kerana satu perjanjian lantas segala kezaliman yang pernah dilakukan harus diketepikan? Atau apakah kerana marah dan dendam yang tidak berkesudahan hasil kezaliman yang pernah dilakukan maka janji harus dimungkiri?

Bagi rakyat Malaysia yang tahu sejarah dan kenal erti penderitaan dan kemanusiaan, tidak siapa pun yang mungkin boleh menerima kezaliman yang pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya di zaman “DARURAT” sejak tahun 1948 hingga 1960. Kezaliman ini sebenarnya bukan bermula dari zaman darurat itu tetapi lebih awal dari itu dan ramai yang mesih ingat dengan Bintang Tiga sebaik Jepun menyerah diri pada Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat. Pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan oleh PKM sepanjang mereka berada di puncak kekuatan. Pengurus dan pekerja ladang dibunuh, oran-orang kampong diganggu dan terganggu ketenteramanya, makanan terpaksa dicatu, perjalanan keretapi ditembak secara rambang, makanan orang kampong dirampas dan kegagalan membekalkan mereka makanan akan dibunuh, isteri-isteri dan anak-anak anggota keselamatan menjadi balu dan yatim dan seribu satu mecam lagi kezaliman yang tidak terbayang oleh kita yang masih ada erti kemanusiaan. Filem Peristiwa Bukit Kepong arahan Datuk Jin Shamsudin adalah sekelumit gambaran kekejaman PKM yang dapat difilemkan dan apakah mereka yang menonton filem ini tidak timbul sedikit pun rasa marah dan geram terhadap PKM yang Chin Peng ini menjadi ketuanya. Sesungguhnya terlalu sukar untuk memaafkan segala kezaliman PKM dan kekejaman itu memang di luar batas dan tamadun kemanusiaan. Kekejaman itu pula tidak berakhir dengan berakhirnya darurat tetapi berlanjutan hingga ke tahun lapan puluhan.

Satu perkara yang menghairankan kita adalah perjuangan PKM itu sendiri yang kononnya berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Bukankah Malaya ketika itu dan Malaysia kemudiannya telah merdeka pada tahun 1957 lagi dan andai kata perjuangan untuk merdeka dari penjajah itulah matlamat PKM maka 31 Ogos 1957 itu sepatutna perjuangan PKM sudah ditamatkan.

Sejarah tetap tidak dapat diubah, yang berlaku telah berlaku dan PKM telah mengangkat senjata sehingga penghujung dekad lapan puluhan. Di sini jelas memperlihatkan bahawa PKM bukan ingin menghalau penjajah tetapi merekalah sebenarnya ingin menjadi penjajah seterusna ke atas Malaysia. Dari itu tindakan rakyat Malaysia secara kolektif melancarkan peperangan habis-habisan terhadap PKM adalah amat tepat sekali dan di sinilah keadaan yang menyukarkan untuk kita menerima kembali Chin Peng untuk balik dan mati di Negara ini.

Apa pun keadaannya, biar marah macam mana pun kita kepada Chin Peng, satu hakikat yang menjadi persoalan adalah perjanjian yagn ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thai dan PKM sehingga membawa kepada perletakkan senjata oleh PKM pada penghujung tahun 1989 (kalau tak silap). Menurut perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang berada di sempadan Malaysia-Thai boleh memilih untuk tinggal di Malaysia atau Thai Land dan tidak akan diambil apa-apa tindakan undang-undang kepada mereka atau dalam erti kata lain mereka ini dimaafkan. Kalau itulah status perjanjian ini maka di sinilah timbulnya masalah kerana Chin Peng harus diberi peluang untuk pulang ke tanah airnya. Seandainya kita gagal untuk memberi hak kepada Chin Peng sebagai mana butiran dalam perjanjian itu maka kerajaan Malaysia akan dipandang sebagai sebuah kerajaan yang tidak berpegang pada janji di peringkat antarabangsa. Andai kata perjanjian itu hanya melibatkan Kerajaan Malaysia dan PKM semata-mata ia mungkin tidak begitu besar kesannya tetapi ini merupakan perjanjian antara dua Kerajaan dan PKM. Walau pun pulangnya Chin Peng bukannya Masalah Thai Land tetapi ini adalahsoal “perjanjian” dan dalam apa keadaan pun janji amat penting untuk dipatuhi. Kata orang, sekali orang tak percaya, sampai mati orang tak kan percaya. Di sinilah letaknya persimpangan yang harus dipilih oleh kerajaan Malasia. Kerajaan dan rakyat harus menerima hakikat bahawa perjanjian itu telah ditandatangani dan di waktu yang sama Chin Peng dan kezalimannya adalah hempedu yang cukup pahit untuk ditelan.

Dalam kehidupan manusia ada yang berkata kemaafan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan banyak masalah tapi ada juga yang berkata “hutang nyawa dibayar nyawa, hutang darah dibayar darah”. Ole yang demikian, pihak kerajaan harus mencari jalan agar masalah ini tidak akan menimbulkan penyesalan kepada kita buat selama-lamanya. Kalau boleh hati rakyat tidak terluka dan kerajaan pula tidak dianggap sebagai pemungkir janji.

Khamis, 19 November 2009

MEMAHAMI SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI IBADAT

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengenali serba sedikit mengenai perbincangan ibadat boleh berkunjung ke http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ dan pautan ini juga saya pautkan di heading blogger.

PENILAIAN UMUM BUAT PERTIS

Sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai ramai ahli, Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang kini telah menjangkau usia melebihi dua dekad harus mempunyai satu penilaian terhadap pencapaiannya. Penilaian itu pula harus dilakukan dengan penuh telus dan penuh rasaa tanggung jawab bagi semua pihak yang terlibat dengan PERTIS untuk memuhasabah diri.. Tempoh yang begitu panjang yang telah dianugerahkan oleh Allah selama ini, apakah telah benar-benar memberi manfaat kepada ahli PERTIS khususnya dan orang-orang cacat penglihatan yang lain amnya.

Berdasarkan kepada yang dinyatakan di atas, maka saya melalui blog ini cuba mengambil tanggung jawab untuk mengadakan sedikit tinjauan umum mengenai PERTIS. Di peringkat awal ini saya hanya akan cuba mendapatkan pandangan umum tentang penilaian mereka terhadap PERTIS itu sendiri sebelum saya menjurus kepada perkara-perkara yang lebih khusus andainya tinjauan ini mendapat sambutan. Oleh yang demikian, kepada mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini boleh terus ke heading di bawah catatan-catatan saya untuk membuat undian.

PERMATA TETAP PERMATA

Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz

Salma Husin

KOTA BHARU, 18 Nov
:
Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan
haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan
haji memudahkan kerja kami.
“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.
“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan
isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.
Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.
Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau
tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.
“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita
pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak
wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan
dengan rasuah.

Ahad, 15 November 2009

MASIHKAH KAU INGAT

20 ke 30 tahun dahulu, aku begitu tapi hari ini aku begini. 20 tahun hingga 30 tahun dahulu aku mungkin di situ tapi hari ini aku di sini. 20 tahun ke 30 tahun yang lalu, aku mungkin berfikir begitu dan begini tapi hari ini aku begini. Ternyata 20 tahun ke 30 tahun lalu tidak memberi aku bayangan yang aku akan ada seperti hari ini.

Bagi mereka yang punya penglihatan, 20 hingga 30 tahun dahulu mungkin boleh dikenang dengan melihat gambar-gambar lama tetapi bagi mereka yang tidak ada penglihatan dan mereka yang tidak berkemampuan untuk memiliki kamera filem ketika itu sudah tentu lagu yang memungkinkan kita terkenang segala peristiwa silam bila mendengar atau terdangar lagu-lagu lama.

Bagi mereka yang berusia seperti aku, kita pasti membesar bersama dengan radio Rangkaian Nasional yang kemudian bertukar menjadi radio 1, bertukar lagi kepada Nasional FM dan kini dikenali dengan Klasik Nasional. Bagai mana berubahnya siaran radio ini mengikut perubahan masa begitulah kita akan mengikutinya dan kini kita telah menjadi dewasa dalam perjalanan hidup dengan pengalaman dan kehidupan.

Sesekali bila masa terluang dan dapat mengikuti rancangan Masihkah Kau Ingat benar-benar membuat aku melihat diri sendiri betapa kerdilnya aku di sisi kehidupan ini. Aku yang dulunya pernah berfikir begitu dan begini kini hanya mampu begini di ketika ini dengan bersyukur akan ketentuan ilahi terhadap diriku dan keluargaku. Betapa pun aku kecil pada kehidupan ini tetapi kehadiran ini moga tidak kecil di sisi Allah penciptaku.

Khamis, 12 November 2009

HANYA DIPERGUNA

Oleh Zukri Aksah
Ringkasnya begini, Muhammad Abdul Wahab yang dikatakan pengasas fahaman wahabi itu
adalah guru kepada Ibn Saud, pengasas kepada Kerajaan Arab Saudi yang ada sekarang,
sementara Muhammad Abdul Wahab ini pula berhukum fekahkan dengan tafsiran Ibn Taimiyyah,
seorang sarjana Sunni yang hebat, bermazhab Hanbali dan pernah beberapa kali keluar
masuk penjara kerana keteguhan pendiriannya.
Menariknya bila membaca abstrak biografi Ibn Taimiyyah, ia langsung mengingatkan
saya kepada Dr. Asri, mantan Sahibus Samahah Mufti Perlis. Ibn Taimiyyah pernah dituduh
menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan dan mempersoalkan ilmu kalam, beliau juga
mengutuk amalan melawat kubur orang alim. Apakah Ibn Taimiyyah wahabi? Amat tidak
masuk akal kerana Muhammad Abdul Wahab itu muncul terkemudian dari beliau.
Apa itu wahabi? Saya menolak wahabi sebagai satu mazhab, wahabi atau wahabisme cumalah
istilah yang digunakan orientalis bagi merujuk kepada gerakan yang dipelopori oleh
Muhammad Abdul Wahab, sama juga dengan sesetengah orientalis yang merujuk agama Islam
sebagai Muhammadainisme. Muhammad Abdul Wahab, mengikut sejarahnya adalah seorang
ulama pembaharuan dan ahli teologi Islam yang mengetuai gerakan salafiah yang sering
dilihat sebagai ultra-konservatif. Gerakan beliau adalah gerakan pembaharuan, bukan
satu mazhab!
Malangnya kita pula, umat Islam sendiri terikut-ikut dengan panggilan-panggilan dan
gelaran-gelaran orientalis. Kita yang Islam inilah yang sering menyebut wahabi sebagai
satu mazhab, mempersoalkan pula apakah ia termasuk dalam mazhab-mazhab ahli sunnah
wal jamaah. Padahal Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah mengisytiharkan yang
beliau membawa aliran mazhab baru, bahkan beliau seorang yang sangat dipengaruhi
oleh Ibn Taimiyyah dan Imam Hanbali, pengasas dari mazhab yang empat juga.
Kita kata bila kita ke Mekah menunaikan Haji, kita kena ikut wahabi, benarkah? Apakah
kita ikut wahabi? Tidak apalah bersentuh sesama bukan mahram ketika tawaf, tidak
batal wudhu, adakah itu ajaran wahabi? Bukankah itu doktrin mazhab Hanbali, imam
yang empat juga, yang menjadi ikutan Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab, yang
kononnya si “wahabi” itu?
Apakah menolak bidaah itu salah, walaupun dalam sesetengah keadaan caranya nampak
kasar? Kalau katakan saya tidak menyebut “saidina” ketika berselawat dalam tahyat
saya kerana bagi saya ia perkara tiada yang diadakan, apakah saya akan dikatakan
wahabi? Padahal himpunan hadis sahih Bukhari – Muslim ada menitipkan tentang perkara
ini.
Salahkah sebuah gerakan pembaharuan dalam Islam? Pembaharuan Islam bukan bermaksud
mewujudkan Islam yang baru seperti Islam Hadhari, sebaliknya adalah kerja mengilatkan
kembali Islam yang semakin dilekati dengan habuk-habuk asing, sebelum habuk-habuk
asing itu berisiko untuk dianggap dan diterima sebagai sebahagian dari amalan Islam.
Ia bukan kerja mudah, kerana seringkali mujaddid muncul dalam kerangka politik status
quo, politik kuasa faham Machiavelli. Tidak kiralah sama ada Ibn Taimiyyah, Muhammad
Abdul Wahab, atau Dr. Asri sendiri, mereka semua sudah menerima padahnya.
Oleh kerana politik jenis ini, akhirnya apa yang saya lihat adalah sesuatu yang menyedihkan,
mujaddid dipergunakan sebagai tunggangan politikus-politikus tertentu. Sudah jelas,
Muhammad Abdul Wahab dipergunakan oleh Ibn Saud dalam menguasai tanah arab yang kononnya
seperti dakwaan Ibn Saud, “dikuasai tanpa menumpahkan setitik darah dengan izin Allah.”
Hari ini kita lihat Arab Saudilah sekutu kuat Amerika Syarikat, negara yang telah
menumpahkan entah berapa juta darah umat Islam.
Menjadi mujaddid seringkali mengundang kontroversi, tetapi dalam masa yang sama mencipta
populariti, gabungan kedua-dua elemen ini bisa sahaja menjadi modal ampuh buat politikus
bernafsu kuasa. Dalam kerangka politik yang punya banyak suis halus dan tersembunyi,
sangat mudah bagi seseorang yang berkepentingan untuk menekan salah satunya bagi
memainkan satu drama, kali ini aktornya Dr. Asri, seorang mujaddid zaman ditunggang
tanpa sedarnya oleh orang yang mahu mengaut laba politik.
Betapa tidak! Anda bayangkan, JAIS yang bertaraf agensi sebuah negeri yang diperintah
oleh Pakatan Rakyat tiba-tiba memperoleh kerjasama yang begitu memberangsangkan dari
PDRM, sebuah agensi kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh BN. Dari video tangkapan
Dr. Asri yang saya lihat, tidak kurang 30 anggota PDRM terlibat! Kalau PDRM secara
biasanya memang memberi sokongan sehebat itu kepada penguatkuasa agama, saya jadi
tertanya-tanya mengapa Ayah Pin masih utuh beraja di Kerajaan Langit?
Peliknya, mengapa PDRM yang sama tidak pernah langsung memberikan dokongan sehebat
itu kepada Sivakumar dalam melaksanakan arahannya sama ada dari kamar Speaker, dari
Dewan Undangan Negeri Perak, atau dari Jawatankuasa Hak dan Kebebasan? Oh ya, tiada
yang menekan suis.

Selasa, 10 November 2009

UCAPAN RASMI PRESIDENT PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya
daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh
seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam
adalah sebenarnya.”
Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan
Jabatan IT PAS Pusat.
Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan
teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab
menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua
peringkat kepada Islam.
Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam
cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.
Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah
itu ke dalam hati manusia.
Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda
besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal
dunia.
Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan
peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.
Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid
mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.
Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat
untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.
Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang
digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan
kejahatan di muka bumi Allah SWT.
Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal
dengan akhlaq dan adab-adab Islam.
Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat
besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu
untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.
Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal
adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk
jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara
yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.
Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang
sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan
yang paling mahal harganya”.
Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu
orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan
dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan
kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya
sehingga hari kiamat.
Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan
yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.
Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan
yang sempit.
Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.
Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini,
kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.
Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang
kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.
Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum
orang itu.
Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila
buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.
Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi.
Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang
yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan
itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan
mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong
diseluruh pelusuk.
Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi
kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.
Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana
bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan
tugas.
Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara
kita.
Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan
dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil
dan lalai.
Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan
membawa kepada perubahan pemikiran.
Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan
bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .
Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan
dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai
ilmu pengetahuan.
Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone.
Itu hanyalah segelintir.
Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah
setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik
dalam negara.
Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan
dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.
Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi
kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.
Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk
parti BN yg memerintah.
Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung
dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.
Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak
seimbang.
Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih
banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.
Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu
daripada kekuatan”.
Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah
kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar
kemampuan yang ada pada kita.
Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan
apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.
Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari.
Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada
dalam hati sanubari kita.
Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS.
Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.
Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan
pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.
Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang
silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.
Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman
masyarakat terhadap kita lebih penting.
Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa
meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.
Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang
tersirat kurnia daripada Allah SWT.
Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka
peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.
Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk
ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara
dan lebih luas dan moden.
Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh
melihat yang lama sahaja.
Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan
itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.
Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat
bermakna kepada kita.
Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan
keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.
Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada
Allah”. Kita rasmikan majlis ini.
Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt
(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun unit ICT

TAZKIRAH JUMAAT

Tepat pukul 12.30, Jumaat yang lalu saya dan rakan-RAKAN dari HSBC pun pergi ke Masjid Jamik Dalan Bandar Kuala Lumpur untuk menunaikan Solat Jumaat. Seperti biasa pada hiri itu sebelum masuk waktu Zuhur satu majlis tazkirah telah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Mahfuz Muhammad kalau tak silap saya itulah nama dia. Dalam tazkirah tersebut beliau telah memberi penjelasan akan rasionalnya penangkapan Dr Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah memberi penjelasan atas kapasitinya sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pentauliahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam masa lebih kurang setengah jam, beliau telah menggunakan masa itu untuk menjelaskan kewajaran tindakan JAIS menangkap Dr Asri, pelbagai hujah telah dikemukakan dan saya tidak berhajat untuk menperincikan di sini kerana saya tidak mengambil sebarang nota atau rakaman kuliah beliau kerana saya memang tidak berminat dengan kuliah-kuliah beliau walau pun beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pentauliahan yang bertanggung jawab dalam mentauliahkan seseorang untuk memberi pengajaran di Negerti Selangor dan tanah jajahannya dan saya sendiri bukan orang yang layak untuk menulis hal tersebut. Nanti tak pasal-pasal ditangkap oleh beliau melalui JAIS. Sapa tahu kan?

Dalam banyak-banyak hujah yang hebat, bijak, ilmiah dan terbuka kononnya, tiba-tiba dalam mengiyakan yang Dr Asri itu Wahabi, beliau telah membuat kiasan yang cukup menarik dan paling beradab sebagai seorang yang berilmu dan berstatus pentauliah. Berikut adalah kata-kata "pentauliah" ini:

"Memang dia tak mengaku yang dia Wahabi, tapi tuan-tuan, kalau dah buah tu durian, kulit berduri, baunya bau durian, isinya isi durian, hanya orang buta sahaja yang mengatakan itu langsat, orang kata tu durian, tidak itu langsat." Itulah kata-kata seorang yang bertaraf pentauliah.

Fikir-fikir dan renungkanlah.

Anwar rakam terima kasih, puji cara PAS selesai masalah

Mohd Sabri Said


GEORGETOWN, 9 Nov:

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih dan

memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

Berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam, Anwar kagum dengan sikap PAS yang

matang membuat keputusan dan pandai menjaga setiakawan.

"PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani

permasalahan yang timbul.

"Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan

yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, " tegasnya.

Kepimpinan PKR katanya wajar mengambil tauladan sikap dan kebijaksanaan kepimpinan

PAS agar parti itu terus kuat untuk masa hadapan.

Anwar turut memuji sikap ahli PAS yang berdisiplin tinggi, bersungguh-sungguh, sanggup

berjuang bila-bila masa dan pandai membaca strategi musuh.

"Itulah kelebihan PAS, ia mampu mendidik ahli dengan displin yang tinggi, memupuk

kesungguhan, istiqamah dalam perjuangan dan lainya. Ia adalah berkat kematangan

kepimpinan parti yang mengutamakan perjuangan, " tambahnya.

Bagi memantapkan Pakatan Rakyat, beliau turut menasihatkan agar semua pihak dalam

pakatan tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain kerana ia memberi

ruang untuk musuh menyerang pakatan.

Sebaliknya mengeratkan jalinan permaufakatan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyatt

mampu menandingi BN yang kini semakin lemah dan sedang mengalami penyakit kronik

yang sukar diubati.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak,

Selangor dan Kelantan dinasihatkan agar mengukuhkan perpaduan dan sering turun padang

bertemu rakyat dengan mewujudkan program bersama mereka dan jangan bersikap ego atau

sombong.

"Kita baru nak mula bertapak khusunya di pantai barat semenanjung mesti kerja kuat

dan kepada kepimpinan PKR diingatkan tambahkan ahli serta perkuatkan jentera di akar

umbi, " kata Anwar.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu semua

parti dalam pakatan berusaha bersungguh sungguh ke arah persediaan menuju putrajaya.

"Untuk memenuhi hasrat kita ke Putrajaya apa yang penting ialah usaha gigih ke arah

itu disamping mencipta kesungguhan ahli dan jentera di akar umbi.

"Kegigihan itu harus dilaksanakan oleh semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat,

" tegas beliau seterusnya.

PAS OH PAS!

Setelah 50 tahun PAS berada dalam arena politik tanah air,, akhirnya pada pilihanraya ke-12 PAS berjaya mencapai prestasi yang cukup membanggakan dan amat tidak disangka. Ia bukan sahaja mampu bersama-sama parti-pembangkang yang lain dalam menafikan penguasaan dua pertiga Dewan Rakyat, malah ia juga telah berjaya bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan negeri di empat buah negeri dan mengekalkan dengan penuh bergaya kerajaan Negeri Kelantan. Pembentukan kerajaan-kerajaan negeri ini telah kemudiannya melahirkan satu gagasan yang dipanggil Pakatan Rakyat yang kini telah mula diterima rakyat. Pakatan ini begitu memberi saingan kepada Barisan Nasional dan jika segalanya berjalan lancar akan didaftarkan sebagai sebuah gabungan seumpama Barisan Nasional (satu perumpamaan yang benci untuk disebut tapi disebut juga untuk memudahkan pemahaman).

Sebenarnya kemenangan ini bukan sahaja kemenangan kerusi tetapi lebih jauh dari itu PAS telah mendapat kepercayaan yang bukan sedikit dari parti-parti DAP dan PKR dengan mengetuai kerajaan Negeri Perak dan memegang port-foleo yang amat penting di Selangor walau pun kerusi yang dimiliki oleh PAS di kedua negeri tersebut paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Di sinilah nampak yang PAS dipercayai oleh parti-parti politik dan juga rakyat yang mengharapkan keberadaan PAS dapat membela rakyat sebagaimana yang dilaungkan selama ini.

Apa pun panas seolah tak sampai ke petang, menjelang tengah hari awan mendung telah mula berarak dan kini gerimis mula menitik. Ahli PAS seolah tidak mampu bergembira dengan pencapaian ini. Kegembiraan hanya terasa tak sampai pun sebulan. Bagai satu kejutan, PAS seolah berhadapan dengan kesukaran dalam mengurus kemenangannya. Pelbagai perkara timbul yang masalah-masalah itu tidak pernah timbul sebelum ini. permasalahan yang timbul ini pula bukan semata-mata masalah yang melibatkan pentadbiran negeri tetapi lebih sedihh ia melibatkan pertelingkahan dalam parti sendiri. Kalau bertelagah dalam mentadbir negeri, itu boleh difahami kerana ia melibatkan parti-parti yang berbeza dasar dan pendekatan juga kepentingan parti masing-masing. Ini mungkin berlaku kerana masing-masing sedang dalam proses untuk mengenali sesama sendiri dan konflik seperti itu boleh sebenarnya mematangkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Namun begitu, di manakah kebaikannya kalau kita bertelagah sesama sendiri dalam parti dalam isu-isu yang sepatutnya telah lama diselesaikan berdasarkan ukhwah, tarbiyah dan wahdatul fik. Masalah-masalah ini pula bukan datangnya dari kalangan ahli diperingkat cawangan atau kawasan tetapi ia datang dari para yang berhormat yang sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat dan bukan mencipta masalah yang menyerabutkan pemikiran rakyat. Tindak tanduk mereka bukan sahaja menimbulkan keresahan di kalangan ahli malah ia begitu mengelirukan rakyat apatah lagi mereka yang baru nak mengenali PAS dan mereka dari kalangan bukan Islam yang cuba mendekati PAS melalui kelab penyokongnya.

Bermula dari masalah "unity government" (ug) hinggalah mesalah Muk'tamar Khas PAS (EGM) DENGAN TIDAK PAYAH MENGUNKIT kembali apa yang telah menjadi perbincangan dan perdebatan hangat selama setahun, tindakan PAS menganjurkan Seminar Memperkasakan PAS pada 7 November, 2009 lalu amat dialu-alukan dan bertepatan sekali. Walau pun saya tidak dapat menghadirinya namun dapat mengikuti seminar tersebut melalui internet dengan siaran terputus-putus dan sedikit sebanyak dapat memahami isi seminar tersebut. Sesungguhnya seminar tersebut jelas dapat menunjukkan kehebatan dan kebesaran jiwa yang ada pada pemimpin--pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk ditegur dan menegur dalam suasana ukhwah dan hikmah. Seminar yang dihadiri lebih dari seribu oran langsung tidak menimbulkan masalah kepada penganjur dan para panelis. Ahli-ahli panel dapat membentangkan hujah, kritikkan, pandangan dan cadangan dalam suasana yang begitu selesa tanpa ada tekanan dan mereka tidak teragak-agak untuk melakukannya dengan penuh wibawa dan diharap disertai juga dengan keikhlasan. Walau pun kedapatan peserta seminar yang agak emosi itu adalah perkara biasa dalam menerima kritikan dan keadaan itu memang ada di mana-mana dan ia adalah keadaan yang boleh dimaafkan. Semoga segala pandangan, cadangan, kritikan, kajian dan apa sahaja yang dilakukan oleh para ahli panel iaitu Prof. Dr. Aziz Bari, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man akan mendapat saham yang besar dalam kejayaan PAS di dunia dan akhirat dan diterima Allah sebagai sumbangan ke arah menyelamatkan sebuah gerakan Islam dan Islam itu sendiri.

Di pihak peserta seminar pula didapati mereka cukup berakhlak dalam mengemukakan hujah-hujah mereka. Kebimbangan-kebimbangan yang timbul sebelum seminar itu jelas tidak berlaku dan kelihatan sesuatu yang manis akan dapat dinatijahkan darinya. Di pihak pemimpin pula, adalah diharap agar semua pandangan tanpa mengira dari mana datangnya sama ada dari ahli-ahli panel yang diundang atau dari ahli-ahli sendiri hendaknya dijadikan input-input ke arah memperkasakan parti sebagaimana tujuan asal seminar tersebut. Kalau boleh dengan seminar ini akan membuatkan PAS lebih matang dalam mengurus kemenangan yang telah ada ditangan, Semoga biduk berlalu jauh meninggalkan kita dan PAS menjadi kiambang yang bertaut semula dengan limpahan iman di dada dan keikhlasan di jiwa. Usah dipeduli lagi dengan mainan media yang sememangnya akan cuba menggagalkan matlamat seminar ini dan sememangnya mereka telah memulakan jarum mereka sebaik saja seminar itu berakhir.

Ahad, 8 November 2009

INSTALL WINDOW XP GUNA USB DRIVE

Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya
saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya
adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows
kalau DVD drive tak boleh dipakai?
Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat
sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM
mahal pula.
Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru.
Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format
komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah
sekurang-kurangya bersaiz 2GB.
(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda
memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).
Software yang diperlukan
•PeToUSB
•BootSect
•usb_prep8
Saya dah sediakan ketiga-tiga software ini di sini. Download fail zip
tersebut dan extract ia ke dalam satu folder.
Langkah Pertama: PeToUSB
1.Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB.
Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
•Destination Drive: USB Removable•Enable Disk Format
•Quick Format
•Enable LBA (FAT 16X)
2.Klik pada butang Start untuk format USB drive.
3.Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.
4.Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan
keluar dengan mesej “Operation Completed Successfully”, klik OK pada
window tersebut.
Langkah Kedua: BootSect.exe
1.Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya
melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi
folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke
dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\
2.Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:
3.Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya.
Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan
Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
Langkah Ketiga: usb_prep8.exe
1.Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya
melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi
folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke
dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\
2.Kemudian, taipkan usb_prep8
3.Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang
pada keyboard.
4.Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
5.Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah
seterusnya.6.Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan
dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah
slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.
7.Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum
digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive
letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
8.Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi.
Oleh kerana USB drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.
9.Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format
USB drive dengan FAT 32.
10.Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on
Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
11.Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder
$WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
12.Klik Yes pada “Copy To USB-Drive – Start File Copy”
13.Klik Yes pada “Change Migrate.inf – USB-stick”
14.Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
15.Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di
dalamnya.Install Windows XP Menggunakan USB Drive
1.Sekarang, kita boleh gunakan USB drive ini untuk install Windows XP.
Cucuk USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah
ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.2.Taip 2 dan tekan Enter, iaitu
“TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
3.Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer
akan restart.
4.Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue
Setup + Start XP”
5.Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.Itu
sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan anda install
Windows XP melalui USB drive.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~

TAHNIAH BUAT PERTIS

Selepas mengikuti pengumuman yang disiarkan oleh PERTIS pada hari Rabu yang lalu, walau pun tarikhnya adalah pada hari Ithnin(yang mana satu yang terpakai, tarikh siaran atau tarikh pengumuman dinyatakan), saya amat berbangga dengan pengumuman ini.:

"2. KEAHLIAN KARYAWAN

Melalui satu perbincangan dengan Datuk Freddy Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan dan pemuzik tersohor tanah air, persetujuan telah dicapai bagi penubuhan Biro Karyawan OKU Penglihatan. Menerusi ruang dan peluang yang ditawarkan, ahli-ahli PERTIS yang berbakat boleh memperkembangkan minat juga bakat masing-masing dalam bidang kesenian, penulisan lirik lagu, penciptaan lagu dan sebagainya. Ahli-ahli PERTIS yang berminat bolehlah mendapatkan borang keahlian daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia. Borang-borang yang telah lengkap diisi beserta yuran keahlian tahunan RM10.00 seorang perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat PERTIS dengan secepat mungkin. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, ahli-ahli Persatuan bolehlah menghubungi En. CR. Mohd Hafiz bin Halim, Pengerusi Biro Kewangan dan Ekonomi PERTIS Pusat di talian, 013-340 0155."

Kalau kira-kira dua minggu yang lalu, PERTIS melalui dua orang ahlinya telah berjaya membuat siaran langsung life streaming radio di http://pertis.listen2myradio.com dalam majlis hari raya PERTIS walau pun siaran tersebut ada sedikit sebanyak kekurangan, namun ia tetap satu kejayaan maka berdasarkan pengumuman tersebut satu lagi kejayaan telah dapat digarap. Kejayaan ini sebenarnya mempunyai beberapa makna yang cukup significant kepada PERTIS dan orang-orang cacat penglihatan.

1) PERTIS dengan dua kejayaan ini telah membuktikan bahawa ia adalah satu persatuan yang bersedia menggerakan diri ke arah kemajuan untuk kepentingan PERTIS itu sendiri, ahli-ahlinya juga orang-orang cacat penglihatan yang lain. Kejayaan ini juga boleh mendekatkan PERTIS kepada khalayak yang mempunyai pelbagai keranah yang harus dihadapi dengan pelbagai kaedah.

2) Keikhlasan adalah modal besar kepada PERTIS dan modal ini harus jangan dipersiakan oleh PERTIS. Keikhlasan ini akan membawa PERTIS jauh ke depan dan juga mampu membina keutuhan dan kelangsungan PERTIS selagi ianya mendasari jiwa dan hati ahli-ahli. Namun begitu, jangan ada di antara kita yang cuba untuk meletakkan keikhlasan ahli untuk mencapai tuntutan dan kehendak diri sehingga akhirnya ahli yang ikhlas menjauhkan diri.

3) Apa yang berlaku ini juga memperlihatkan bahawa PERTIS mampu bertindak dan merangka perkara-perkara baru dan tidak terikat dangan amalan-amalan biasa yang saban waktu dihidangkan dalam laporan aktiviti dalam mesyuarat agung. Dengan adanya perkembangan seperti ini maka akan tercatat pembaharuan dalam menongkah perjalanan PERTIS yang masih panjang danbanyak yang perlu dilakukan.

Apa pun, kalau pencapaian dan pembaharuan ini boleh diibarat seperti hidangan, biarlah hidangan itu benar-benar sesuai untuk dihidangkan kepada ahli-ahli PERTIS. Kalau setandan pisang yang hendak dihidang, sebiji dua yang rosak dan tak boleh dimakan adalah perkara biasa tetapi kalau yang dihidang itu pisang mentah atau busuk, sanggupkah PERTIS bertanggungjawab. Kalau setandan biarlah setandan, jangan sesikat dua diberi kepada ahli dan yang lain tak tahu entah ke mana.

Andai hidangan adalah sedulang nasi berlauk, biarlah dulang tersebut dikelilingi oleh mereka yang nak makan dan jangan diganggu selera mereka. Jangan kerana yang makan itu orang buta maka ada orang lain yang menghulur senduk dan berkata dalam hati atau sesama penyenduk "dia orang buta, kita hulur senduk bukan dia orang tahu, masa hulur jaga-jagalah, jangan sampai terkena tangan dia orang, sudah la".

Sebenarnya mengurus kesenangan amat payah jika dibandingkan dari mengurus kesusahan. Lantaran itu, di samping kita berbangga dan bergembira dengan pelbagai pencapaian dan perkembangan, kita juga harus cekap dalam mengurus pencapaian dan perkembangan itu agar pencapaian dan perkembangan itu akan menjadikan PERTIS matang dan cemerlang bukan kecundang.

Sabtu, 7 November 2009

SIMBANG KEDAI KOPI

Rasanya telah lama saya tidak bercerita tentang perkara-perkara yang menjadi simbang ketika saya minum di kedai kopi bersama teman-teman di rumah atau tempat kerja. Kalau difikirkan memang banyak cerita yang menjadi bahan simbang di kedai kopi cumanya apakah cerita itu menberi manfaat kepada kita jika cerita-cerita itu diblogkan. Namun begitu ada satu cerita yang menjadi simbang kedai kopi saya yang mungkin menarik untuk dicatatkan dalam blog ini.

Isnin lalu, oleh kerana sedikit dahaga dan lapar kerana tidak mengambil makan tengah hari pada hari itu, saya telah mengambil keputusan untuk pergi minum petang di tempat biasa kami. Sesampai di sana saya mendapati dua orang teman telah sedia duduk di salah satu meja dan menunggu makan yagn ditempah. Saya pun mengambil tempat semeja dengan mereka dan membuat tempahan mee goreng dan teh-o-limau ais. Sementara menunggu makanan sampai saya dan seorang lagi teman telah menhidupkan api rokok yang ada pada kami dan seorang lagi rakan membelek akhbar kerana dia tidak merokok.

"Bodoh! bangang! tolol!" tiba-tiba terpacul dari mulut teman saya yang sedang membelek akhbar itu. Saya dan rakan yang seorang lagi terkejut dan bertanya "kenapa?!". "cuba engkau tengok ni." katanya sambil menunjuk ke arah satu berita dalam suratkhabar yang dibacanya. Teman saya membacanya dan memberitahu saya yang berita itu memberitahu ada NGO yang setuju dengan harga rokok RM30 sekotak. Selepas memberitahu saya dia terus bertanya kepada teman yang tidak merokok itu, "Kenapa engkau marah, kan engkau tak merokok?" "Mana aku tak marah, ini semua mengambil kesempatan atas ketagihan perokok untuk menyusahkan rakyt. NGO ni memang barua pada UMNO dan BN. Memang siallah NGO ni" marah sungguh rakan saya itu.

"Dia ingat dengan cara naikkan harga rokok macam tu akan menyelesaikan masalah, Masalah lain ptlak datang nanti. Peruntukan bulanan habis, Budak-budak mencuri nak beli rokok, engkau Man, Mid, mesti engkau pening kepala dengan harga macam ni/ Berhentilah Man, Mid." bicaranya panjang dan menasihat kami.

Kami berdua terdiam melihat kesungguhannya dan rasa kasih sayang terhadap kami rakannya.

"Masalah rokok bagi aku cuma ada dua pilihan, kerajaan sial ni kena pilih." marahnya memang tak berkesudahan.

"menteri-menteri nak rakyat dia sihat atau poket dia lebat. Kalau nak poket lebat, buatlah macam ni. lepas tu kira, kos jaga orang sakit kerana rokok dengan nilai cukai yang dia dapat, campur tolak, untung tak, bakinya boleh isi poket menteri tak? Kalau nak rakyat sihat haram je rokok macam dadah. susah ke? Babi punya UMNO. marahnya lagi.

Tiba-tiba makanan kami pun sampai dan kemarahannya teman saya itu reda. kami makan denganselera dan tenang.

Khamis, 5 November 2009

NVDA ii

Setelah menggunakan NVDA, saya terpanggil untuk memberi pandangan saya mengenainya. Dalam posting saya sebelum ini, saya telah menjelaskan kepada pengujung blog ini mengenai bagamana pengalaman saya pada mula-mula menggunakan perisian sehingga saya memikirkan untuk tidak mengambil tahu lagi mengenainya. Namun begitu setelah diberitahu oleh seorang teman mengenai NVDA dan kemudian mencubanya membuatkan segala tanggapan begatif mengenainya telah berubah sama sekali. Harus diingat bahawa perisian ini adalah perisian yang dibangunkan bukan atas landasan commersial maka ia harus diberi ruang dan peluang untuk perkembangannya kerana masalah kewangan adalah hempitan yang menjadi kekangan. Kini telah terbukti yang NVDA telah mencapai tahap yang amat membanggakan dan dalam keadaan tertentu lebih baik dari perisian yang dibangunkan secara komersial.

Antara ciri-ciri yang ada dalam NVDA berdasarkan pengalaman saya adalah:

1) boleh digunakan untuk window login screen. Kemudahan ini memang ada pada Jaws dan Window-eyes: kelebihannya anda boleh membuat semua seting pada masa ini seperti voice, syntersizer dan lain-lain lagi. Bagi Window-eyes dan Jaws kita hanya boleh menggunakan default setting yang disediakan sahaja.

2) Boleh membuat pilihan sama ada dimulakan secara automatik bila window bermula atau dimulakan secara manual. pilihan ini ada dalam window-eyes tetapi tidak ada dalam Jaws. Dalam Jaws, seandainya kita memilih untuk mengautomatikkan Jaw sewaktu login screen maka automatiklah Jaws ketika window bermula.

3) perkembangan peratusan ketika muat turun atau pemasangan diberi pilihan sama ada menyebut peratusan atau diikuti dengan bunyi beep.

4) Pilihan NVDA key yang pelbagai dan boleh dipilih mengikut keselesaan pengguna.

5) Pilihan eloquent yang banyak.

6) E-mail boleh dibaca secara automatik sebaik saja ia dibuka.

7) Bagi mereka yang biasa menggunakan Jaws ia memberi sedikit kelebihan kerana key stroknya lebih kurang sama.

8) Namun begitu bagi pengguna laptop ia mengkin agak sukar untuk menggunakan mouse pointer seperti we cursor atau Jaws cursor. Setakat ini saya belum jumpa caranya.

9) Amat selesa untuk menaip teks berbanding window-eyes.

10) Tidak ada buffer ketika loading. Dengan itu diada suara yagn tersangkut-sangkut.

Selamat mencuba.

Ahad, 1 November 2009

NVDA : "AMAZING!" ATAU "WAU!"

Beberapa tahun yang lalu, kalau tak silap saya dua tahun lepas iaitu penghujung tahun 2007, saya telah diperkenalkan oleh teman-teman dengan satu perisian pembaca skrin (Screen Reader) yang dikenali dengan nama NVDA. Saya sendiri tak pernah mencari apakah NVDA itu merupakan nama perisian tersebut atau singkatan kepada sesuatu nama Khas. Namun begitu pada masa itu saya memang ada menggunakan perisian tersebut sebaik sahaja diperkenalkan oleh teman saya itu.

Sebaik sahaja saya memuat turun perisian tersebut dari laman web yang berkenaan, saya telah memasangnya di komputer dan cuba menggunakannya. Saya telah mengambil masa lebih seminggu untuk menggunakannya dengan cuba memahami konsep dan kaedah serta teknik penggunaannya. Kadang-kadang sesuatu perkara baru itu pada mulanya sukar untuk diguna kerana kita tidak memahami konsep serta belum biasa dengan kaedah dan teknik penggunaannya. Banyaklah perkara yang membuat kita mengalami keadaan sedemikian. Antaranya adalah bila kita membeli peralatan elektrik yang baru, dapat kerja baru, tinggal di tempat yang baru dan banyak lagi pengalaman-pengalaman baru. Begitulah juga dengan NVDA ini. Harapan saya setelah menggunakannya selama seminggu saya akan dapat memahami dan boleh menggunakanya dengan baik kerana perisian ini adalah perisian percuma berbanding dengan Window-eyes dan Jaws.

Namun begitu apa yang diharap tidak menjadi kenyataan. Perisian ini amat mengecawakan kerana bagi saya perisian ini tidak langsung membantu saya dalam menggunakan komputer. Bukankah perisian pembaca skrin bertujuan untuk membolehkan kita menggunakan komputer dengan mudah dan optima? Pembaca skrin sepatutnya digunakan untuk kita memahami komputer bukan komputer digunakan untuk kita memahami pembaca skrin. Keperluan ini gagal dipenuhi oleh NVDA pada masa itu. Akibatnya saya telah mengambil keputusan untuk menyahpasangkan perisian tersebut dari komputer saya dan tidak lagi mengambil peduli tentang NVDA lagi.

Tidak semena-mena, pada Jumaat lepas seorang teman lain telah memberitahu saya yang NVDA telah mencapai kemajuan yang memberansangkan. Pelbagai pembaharuan telah diperkembangkan oleh pihak berkenaan bagi memperbaiki prestasi NVDA. Saya memang tidak begitu percaya kerana walau bagaimana tinggi pencapaiannya ia tak mampu menandingi perisian-perisian berbayar yang lain kerana NVDA adalah perisian percuma yang dibangunkan berdasarkan konsep open source. Menurut teman itu NCBM juga akan cuba menggalakkan orang-orang buta agar menggunakan perisian ini.

Terdorong dengan hasrat ingin tahu, saya telah melayari laman NVDA malam tadi dan membaca sedikit sebanyak maklumat yang terdapat di sana dan terus memuat turun perisian terkini yang ada dalam web tersebut. Saya telah memasangnya dalam komputer saya dan apa yang boleh saya katakan adalah "amazing!" atau "wauu!". Cuma janganlah kita membandingkannya dengan Window-eyes atau Jaws secara yang berlebihan kerana untuk mendapatkan Window-eyes atau Jaws kita terpaksa membelanjakan RM3000 sehingga RM5000 atau sanggup digelar "pengguna perisian haram". Bagi saya, dengan keadaannya percuma dan kita pun tidak digelar sebagai perompak harta intilek, apa yang mampu dipersembahkan oleh NVDA amat tidak mengecewakan dan boleh dikategorikan mengkagumkan.

Perisian NVDA ini mempunyai beberapa ciri yang boleh dikatakan setanding dengan perisian biasa lain yang digunakan oleh kebanyakan orang-orang buta di Malaysia seperti eloquent, dua puluh pilihan bahasa, sesuai dengan OS xp dan vista dan beberapa lagi. Sesuai dengan statusnya sebagai perisian dari konsep open source maka ia juga lebih sesuai digunakan dengan mozilla fire-fox 3.5 berbanding dengan internet explorer. Saya sendiri dalam menulis artikal ini sekarang sedang menggunakan NVDA ini.

Kepada yang berminat bolehlah mencubanya.