Rabu, 28 Julai 2010

Memulangkan air kepada rakyat

Dzulfikar Mashoor   


SESIAPAPUN yang memerintah sebuah kerajaan, mereka akan menguruskan ekonomi. Sebelum Umno menguruskan ekonomi negara, British lebih awal menguruskan ekonomi
pada era kolonialisme.

Kolonial menguasai segala kekayaan bumi. Mereka menguasai bahan mentah. Mereka menguasai tanah. Mereka menguasai istana. Mereka menguasai kuasa politik
negara. Kekuasaan mereka sehingga Cukai dan mufti ditentukan oleh mereka secara mutlak.

Berakhirnya era kolonialisme, rakyat tidak juga mewarisi negara. Boleh dikatakan semua kekayaan negara diwarisi oleh mereka yang dekat dengan Umno. Air
yang menjadi keperluan rakyat pun dikuasai oleh Umno.

Seperti di Kelantan, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) pada 25 Februari 1995 menyerahkan konsesi pengurusan air pada Syarikat Thames Water (STW) demi
menangani masalah berbangkit sejak Umno memerintah kerajaan negeri itu lagi.

Tetapi, dengan pegangan ekuiti 70 peratus dalam Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), syarikat milikan British itu masih menguasai air secara mutlak.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kemudiannya mahu kemudahan air ini kembali dinikmati oleh rakyat secara damai
dan murah.

Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri diarahkan menyelesaikan masalah penswastaan air di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) tidak boleh menguasai 30 peratus ekuiti saham semata-mata. Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu wajar menguasai
lebih dari itu.

Demi menjadikan air ini nadi rakyat, sebanyak RM50 juta dana kerajaan negeri terpaksa dikeluarkan untuk menebus keseluruhan ekuiti Syarikat Thames Water
supaya air kembali menjadi nadi hidup rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz bersama-sama Exco Kerajaan Negeri serta wakil rakyat PAS sanggup memotong sejumlah tertentu elaun dan gaji masing-masing
demi menjadikan air sebagai nadi rakyat.

Dalam suatu seminar empat tahun yang lalu, kata-kata Husam mungkin masih segar dalam kota fikiran kita yang sensitif dengan isu air ini.

“Penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali
yang kedua,” tegasnya dalam Seminar K-Ekonomi di Hilton Hotel, Subang Jaya.

Tarif air di negeri Kelantan akhirnya menjadi kedua termurah, selepas tarif air yang diselia oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kesempatan memerintah negeri Selangor, dikatakan idea Husam menstruktur semula pengurusan air Kelantan dipanjangkan dalam  agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat turut menyimpan cita-cita mahu membeli keseluruhan ekuiti Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan
beberapa syarikat air swasta yang lain.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu air kembali menjadi nadi rakyat. Kerajaan Pusat yang masih dikuasai oleh Umno menghalang usaha tersebut.
Hasrat itu turut dihalang oleh Exco tertentu dalam kerajaan negeri.

Bagi mereka, lebih baik Syabas ini terus dikuasai oleh seorang anak Melayu bernama Tan Sri Razali Ismail berbanding kerajaan negeri yang nyata mahu rakyat
menikmati anugerah air secara mutlak.

Mereka yang terbabit dikatakan bimbang, penstrukturan semula itu mengakibatkan kuasa menguruskan perkhidmatan air negeri jatuh ke tangan mereka yang  ‘tidak
cukup Melayu’.

Atau lebih parah sekiranya konsesi air itu diuruskan oleh seorang pengurusan yang baru, yang nyata mampu menawarkan tarif air yang jauh lebih rendah dari
apa yang dinikmati sekarang.

Dengan kekal pada pengurusan yang sedia ada, sekurang-kurangnya rakyat boleh berbangga bahawa seorang anak Melayu menikmati gaji RM425,000 sebulan atau
RM5.1 juta setahun.

Mungkin air tidak relevan lagi untuk dijadikan nadi rakyat, maka orang-orang Melayu atau mungkin bukan Melayu wajar berbangga dengan semua ini.

Walhal, nikmat air di sisi Islam adalah barang keperluan yang tidak boleh diperdagangkan secara komersial. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

“Manusia berkongsi tiga perkara (iaitu) air, rumput dan api...” (Hadith Sahih)

Dari ini, Islam membenarkan penswastaan air dari segi pengurusan sahaja atau Iqtha’u al-Intifa’.  Islam turut melarang penswastaan air dari segi pemilikan
mutlak atau iqtha’u at-tamlik.

Usaha memiliknegerikan air oleh Nik Aziz dan Husam di Kelantan adalah sesuatu yang selari dengan Islam. Usaha yang sedang diperjuangkan oleh Khalid juga
adalah sesuatu yang dekat dengan Islam.

Usaha mereka yang menentang Nik Aziz, Husam dan Khalid itu pula adalah bertentangan dengan Islam.

Tentu bersebab apabila Allah menghalalkan penswastaan dari segi pengurusan dan mengharamkan penswastaan dari segi pemilikan.

Bagaimana mungkin Allah adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sekiranya Dia lebih mengasihi serta melimpahkan nikmat-Nya kepada pihak tertentu
sahaja, pada masa yang sama Dia menafikan hak rakyat baik orang-orang Melayu ataupun bukan Melayu untuk menikmati anugerah air sebagai nadi hidup rakyat?

Sebab itu, ketetapan Allah pun menolak penguasaan kekayaan hasil bumi sebagaimana pada era kolonialisme British dan era kepemimpinan Umno menguasai ekuiti
dalam pengurusan air seperti sekarang.

Mungkin terdetik di kalangan kita bahawa monopoli air yang dilakukan oleh pemimpin tertentu yang dekat dengan Umno ini tidak sama dengan monopoli kekayaan
negara pada era penjajahan British.

Syabas dikuasai oleh seorang pengurus Melayu, kekayaan yang dinikmatinya tentu akan mengalir pada rakyat melalui zakat atau sedekah.

Persoalannya, adakah dosa seseorang pengurus Melayu yang mengeluarkan zakat dan sedekah itu mudah-mudah diterima oleh Allah yang Maha Adil, sedangkan mereka
nyata merampas kedamaian hidup rakyat secara melata dengan nikmat air ini?

Allah bersama kita. Allah pun mahu rakyat hidup dalam keadaan damai dan boleh menikmati air dengan harga yang murah.

Allah pun mahu rakyat menolak sesiapa sahaja yang merampas nikmat air yang selama ini wajar menjadi nadi rakyat.

Sebab itulah, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “...Supaya perbendaharaan negara tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya dalam kalangan kamu (rakyat)...”
(Surah al-Hasyr: 7)

“AIR NADI RAKYAT, SAMBUT SERUAN ALLAH, TOLAK PEMIMPIN KHIANAT”

Ahad, 25 Julai 2010

Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana

 Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan
tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria
dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:

1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’
dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam.

2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus
berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam.
Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.

3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat
besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah
status Umno pada pandangan mereka.

4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah
Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu
seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat.

Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun
ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat
yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku.

Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh
kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah
kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah.

Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum
ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan
ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata.

Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat
rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama.

Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan,
saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan
soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang
berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri.

Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan
PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki
sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme.

Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan
Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi.
Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,

Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia.  

Sabtu, 24 Julai 2010

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli
Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu  daripada “engagement” sedemikian
yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat 
Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali  mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan
beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman
yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul
Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan  tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas
itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah  diminta
mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah
diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.
Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum  Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama
lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

FIKIR PAGI SABTU

MUFTI! KENAPA HANYA PAS DENGAN UMNO SAHAJA?

Nabi Adam dengan Azazil (iblis), Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Ibrahim dengan Namrud, Nabi Muhammad SAW dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, Saidina Ali dengan Muawiyah, Yazid dengan Hussin, Sunnah dengan Syiah, Datuk Maharaja Lela dengan Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim dengan Long Jaafar dan kini PAS dengan UMNO. Melihat semua itu, saya melihat perpecahan dan pertelingkahan adalah merupakan suatu yang telah menjadi sunatullah bagi mengukur sejauh mana keimanan hamba-hambanya dalam konteks membuat pilihan. Iman tidak boleh diukur dengan banyak mana solat, puasa dan amalan-amalan lain semata-mata malah ia juga akan diuji secara objektif dalam membuat pilihan antara kebenaran dan kepalsuan, haq dan batil dan seumpamanya termasuk antara PAS dan UMNO.

Apa yang berlaku kini dan hari ini yang melibatkan Tan Sri Mufti Perak adalah sesuatu yang sebenarnya amat pahit buat PAS. PAS diperlakukan dalam keadaan yang begitu sukar untuk membuat pilihan dengan serangan dari semua sudut dan bertali arus. Serangan mereka pula lengkap dengan segala keperluan logistic dan tektik sedang PAS berada dalam keadaan yang handicapnya berbeza dengan UMNO. UMNO menggunakan segala premis yang ada dan mereka miliki sedang PAS hanya mempu menggunakan alat dan organ parti.

Dalam hal ini, UMNO kelihatan akan mengasak PAS seganas mungkin kerana mereka yang memang sedar akan kedudukan hayat politik mereka, sesuatu tindakan perlu diambil untuk survival mereka. Bagi mereka juga kalau seandainya mereka tidak boleh survive lagi maka mereka lebih rela berputih tulang dari berputih mata. Maksudnya, seandainya mereka sudah tidak boleh berkuasa maka PAS harus tidak akan berkuasa juga.

Kini, UMNO sekurang-kurangnya telah Berjaya membuat PAS dalam keadaan serba salah. PAS bolehlah dikatakan berada dalam keadaan “diluah mati bapak, ditelan mati emak”. Seandainya PAS menolak tawaran perpaduan, PAS akan dianggap oleh orang Melayu sebagai parti yang khianat kepada bangsanya sendiri. Lebih teruk lagi PAS akan dianggap sebagai parti munafik kerana tidak melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam sebagaimana yang diperjuangkannya. Keadaan ini memang diharap oleh UMNO dan instrument yang ada pada UMNO akan digunakan semeksima mungkin untuk menggambarkan kejijikan PAS yang hipokrit, khianat Melayu, lebih utamakan orang cina dan india dan lain-lain lagi bagi meletakkan PAS berada di tahap seburuk itu.

Sekiranya PAS bertindak sebaliknya yakni menerima tawaran perpaduan UMNO, PAS pula akan menerima tamparan dahsyat dari kalangan orang bukan Islam. Pas akan dianggap orang yang tidak boleh dipercayai persahabatannya. Pas akan dianggap sebagai pihak yang memusnahkan impian Malaysia baru. Pas juga akan dianggap sebagai orang yang memungkiri janji.

Hasrat untuk menarik sokongan orang bukan Islam bukan baru semalam diutarakan. Impian itu telah lahir dari pimpinan awal PAS lagi sepertiProf. Zulkifli Muhammad. Settelah lima puluh tahun berjuang barulah kini PAS boleh diterima dengan baik tanpa prasangka oleh orang-orang bukan Islam. Kesediaan mereka bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS tanpa mengira cina, india dan lain-lain adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir 20 atau 30 tahun dahulu. Jadi, wajarkah PAS mempersia-siakan anugerah besar hasil kerja hebat PAS sendiri yang akhirnya telah dimakbulkan oleh Allah itu? Tergamakkah PAS memusnahkan kepercayaan orang bukan Islam terhadap Islam yang didukung oleh PAS? Kita amat pasti yang orang bukan Islam memilih PAS bukan kerana individu dalam PAS atau PAS itu sendiri tetapi keindahan Islamlah yang telah membuat mereka tertarik dengan PAS. Kini, ruang untuk PAS menyampaikan dakwahnya telah semakin luas dengan kehadiran mereka ke dalam PAS.

Sesuatu yang menyedihkan bagi saya adalah penglibatan institusi agama dalam pertarungan politik ini. Semua orang tahu yang isu ini bukan sesuatu yang baru dan sebenarnya telah lama menjadi permainan UMNO bila terdesak. UMNO memang akan menggunakan segala yang ada untuk kepentingan mereka termasuk mufti. Kita memang tidak mampu meneropong jauh ke dalam hati Tan Sri Mufti dan hasrat yang diluahkan oleh Mufti Perak itu adalah sesuatu yang murni dan cukup dituntut dalam Islam. Namun, apakah orang Melayu hanya ada dalam PAS dan UMNO sahaja? Bagaimana dengan Orang Melayu dalam Parti Keadilan dan seorang dua yang ada dalam DAP dan Gerakan? Adakah mereka ini terpinggir dari arus perpaduan Melayu? Bagaimana pula dengan Melayu yang tidak berparti yang pastinya bukan sedikit? Kenapa golongan ini tidak menjadi perhatian Mufti Perak? Kenapa hanya PAS dan UMNO sahaja yang mesti ditawarkan untuk terlibat dalam soal perpaduan sedang perpaduan adalah milik semua orang Melayu kalau nak bercakap soal perpaduan Melayu.

Walau pun PAS menolak soal perpaduan Melayu PAS-UMNO namun PAS tidak menolak perundingan yang bersifat G to G. Apabila berlaku pernincangan antara kerajaan dengan kerajaan, siapakah yang akan berunding kelak? Sudah tentu pemimpin tertinggi kerajaan yang pastinya pemimpin tertinggi Parti masing-masing. Apabila telah duduk semeja dan membuat perbincangan tak kan tidak ada ruang langsung untuk berseloroh? Gunakanlah peluang itu untuk menjaya hasrat politik masing-masing. Seorang ahli politik yang bijak adalah mereka yang tahu mengambil kesempatan apabila kesempatan datang. Jadi PAS telah memberi kesempatan, maka gunakanlah.

Akhirnya, rasanya cukuplah isu ini setekat ini sahaja. Untuk pemimpin PAS rasanya cukuplah sekadar dengan satu kenyataan rasmi yang tegas dan muktamat. Pemimpin lain tak perlu membuat sebarang ulasan lagi selepas kenyataan rasmi dikeluarkan. Biarlah UMNO berkokok memberitahu orang bahawa hari nak siang sedang sebenarnya mereka tertipu oleh cahaya lampu kalimatang di tengah malam. Biarlah mimpi indah orang-orang UMNO terganggu oleh kokokan ayam di tengah malam itu kerana sebenarnya pagi mungkin sudah tiada untuk UMNO lagi.

Ahad, 18 Julai 2010

SIMBANG HARI MINGGU

MELAYU MACAM AYAM DI KEPOK, ITIK DI KOLAM

Dua hari lepas saya terbaca dalam harakahdaily yang Tok Guru Nik Aziz ada berkata yang UMNO selalu minta tolong PAS sedang PAS tak pernah minta tolong UMNO. Hari ini dalam Utusan Online yang dikemaskini pukul 6 pagi telah menyalahkan pelbagai kesalahan kepada PAS dalam suasana "orang Melayu berpecah". Mugti Perak, pakar sejarah, Bekas naib presiden Parti Keadilan, Naib presiden UMNO adalah antara individu-individu ternama dalam negara yang cuba meletakkan PAS sebagai kalau pun bukan punca kepada perpecahan tetapi sebagai golongan yang sentiasa menolak kepada perpaduan Melayu. Pas dikatakan sebagai orang degil untuk berbincang dengan UMNO demi menyatukan orang Melayu.

Sejak UMNBO kehilangan majoriti di dalam Dewan Rakyat dan empat buah negeri serta terus gagal merampas Negeri Kelantan, ayat-ayat seperti "Melayu akan hilang kuasa", "Melayu akan terus terpinggir", "melayu harus bangkit", "Apa lagi yang orang Cina nak di Malaysia?" dan banyak lagi sering kedengaran. Kelahiran pelbagai NGO-NGO Melayu diketuai oleh PERKASA yang kononnya ingin membela Melayu jelas memperlihatkan keadaan yang kononnya gawat ini. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bantahan, panndangan dan cemohan terhadap Pakatan Rakyat atas kegagalan mereka membela orang Melayu. "PAS alat DAP" dan "Tan Sri Khalid dengar kata DAP" sering menjadi lagu dendangan UMNO dalam membuktikan kebenaran dakwaan mereka dan ingin mencuri hati orang Melayu. Lantas, mereka pun mencipta pelbagai keadaan bagi menggambarkan keadaan tersebut adalah benar.

Peristiwa isu kalimah Allah, isu kepala lembu, membaling kepala babi di tempat ibadat orang Islam dan membakar gereja adalah antara rintitan peristiwa yang menggambarkan kegawatan itu. Tak cukup dengan itu, UMNO dan NGO-NGO yang kononnya mempertahankan Melayu cuba pula membentuk fikiran rakyat seolah-olah Pakatan Rakyat adalah golongan yang menderhaka kepada sultan dan mencabar juga menghina institusi raja.

Pakatan Rakyat secara jelas dikatakan telah tidak menghormati titah sultan dalam isu rampasan yang menghinakan di Negeri Perak dan berpolitik di dalam masjid. Orang-orang Cina melalui DAP pula mula mempertikaikan perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan seperti perkara 151, 152 dan 153. Biasiswa, dasar ekonomi dan bahasa Melayu dikatakan telah dipertikaikan oleh orang-orang Cina khususnya DAP. Maka kesimpulan yang mereka buat dan kemudian dijaja kepada seluruh orang Melayu adalah “Melayu kini terancam dan terhempit serta terpinggir”. Mereka pun diseru untuk bangkit dan bersatu dengan kata-kata “Melayu harus bangkit dengan bersatu tanpa mengira fahaman politik” sedang pada waktu yang sama PAS terus diserang dengan pelbagai tuduhan yang menyakiti hati ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya. Suasana yang kondusif langsung tidak diwujudkan oleh UMNO untuk melahirkan suatu situasi yang membolehkan ahli-ahli PAS tenang untuk menerima sebarang perbincangan dengan UMNO.

Ahli-ahli PAS sebenarnya masih diselubungi dengan peristiwa lama yang mememdihkan hati. Bayangkan saya yang ketika peristiwa PAS ditendang dari Barisan Nasional pada tahun 1977 yang ketika itu baru berumur 10 tahun bila mengetahui peristiwa sedih itu turut merasa marah dan sakit hati, bagaimana pula perasaan pemimpin-pemimpin PAS yang mengalami peristiwa pahit itu di depan mata mereka sendiri? Itu belum lagi peristiwa Memali, penafian hak oleh kerajaan persekutuan terhadap kerajaan PAS di Trengganu dan Kelantan, serangan yang tidak berkesudahan di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat hingga ke hari ini dan isu Bahasa Malayu yang belum selesai sepenuhnya.

Sebenarnya apa yang jadi kepada bangsa Melayu yang seperti digambarkan oleh UMNO jika benar berlaku adalah ibarat ayam di kepok mati kelaparan dan itik di kolam mati kehausan. Sejak 1955 apabila pilihanraya pertama diadakan hinggalah kini UMNO adalah pemilik kuasa mutlak dalam pentadbiran di pusat dan hamper semua negeri di Tanah Melayu dan Sarawak. Hanya Kelantan dan Sabah sahaja yang bertukaar tangan dalam pentadbiran negeri. Ini bermakna orang melayu adalah orang yang menpunyai kuasa politik dalam lageslatif dan eksekutif. Maka segala dasar dan perlaksanaan dasar terletak sepenuhnya di tangan orang Melayu.

Hakikat ini dapat kita lihat dengan jelas di mana ahli Dewan Rakyat, barisan cabinet, pegawai tadbir dan diplomatik, setiausaha-setiausaha kementrian, pengarah-pengarah jabatan, menteri-menteri besar dan majlis-majlis mesyuarat negeri mereka, setiausaha-setiausaha kerejaan negeri, pegawai-pegawai undang-undang dan kewangan negeri, pegawai-pegawai daerah dan penolong-penolong pegawai daerah, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong dan banyak jawatan lagi dari peringkat yang tertinggi hingga yang terrendah dianggotai oleh orang UMNO dan orang-orang Melayu. Ini belum diambil kira lagi kedudukan orang Melayu di dalam agensi-agensi kerajaan seperti MARA, FELDA, KWSP dan lain-lain lagi. Ia ditambah lagi kedudukan orang Melayu yang begitu istimewa dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti MAYBANK, TELEKOM, TNB dan banyak lagi. Keadaan yang begini ebat sebenarnya memang meletakkan orang Melayu berada seperti ayam yang berada di kepok atau itik yang berada dikolam. Persoalannya, kenapa ayam yang berada di kapok dan itik yang berada di kolam ini boleh mati kelaparan dan kehausan.

Sebenarnya sepanjang lima puluh tahun ini, walau pun ayam dan itik berada di kepok dan kolam namun ketua-ketua ayam dan itik telah menghalang ayam-ayam mendapat beras yang ada di dalam kepok dan menghalang itik-itik mendapat air di kolam dengan sewajarnya. Ketua-ketua ayam dan itik telah mengambil beras dan air di kapok dan di kolam untuk keselesaan dan kesenangan mereka. Beras telah dibahagi-bahagikan sesama kawan ketua-ketua ayam dan ketua ayam sendiri. Berras itu pula ada yang dijual oleh ketua-ketua ayam untuk mendapat keuntungan peribadi. Air pula telah digunakan oleh ketua-ketua itik umtuk membina kolam renang peribadi bagi keluarga dan kawan-kawan ketua itik berenang dan minum. Akhirnya, Matilah ayam lain yang berada di kepok dan itik yang berada dikolam. Maka, wajarkah ketua ayam dan itik menyalahkan anjing dan musang kerana kematian ayam-ayam dan itik-itik di kapok dan kolam mereka sendiri. Itulah persoalan yang harus dijawab oleh pemimpin UMNO dari presiden hingga ke ahli biasa mereka sebelum menyalahkan PAS, DAP dan PKR atau Cina dan India sebagai punca kelemahan orang Melayu. Justru, mendedahkan kedudukan orang Melayu kini hanya membuka pekung di dada UMNO sendiri.

Kini, UMNO memang berada dalam bayingan kesalahan yang mereka buat sendiri dan bagi menutup ketakutan pada bayang mereka itu maka mereka cuba untuk mengajak PAS untuk menemani mereka. Kelihatan UMNO kini seolah-olah orang yang takut dengan hantu dan mencari teman agar boleh menghilangkan sedikit ketakutan itu. Mungkin UMNO tidak sedar bahawa yang membayangi mereka kini bukannya hantu tapi bayangan kesalahan mereka sendiri dan kalau itulah yang berlaku PAS memang tidak mampu untuk menemani UMNO. Lagi pun mungkin juga Izrail sedang menunggu masa untuk menjalankan tugasnya terhadap UMNO dan UMNO sebenarnya sedang berada di hujung usia atau hari-hari akhir mereka. Sebab itu kesalahan silam sedang bermain di mata UMNO kerana nazak telah hamper tiba. PAS hanya mampu untuk mentalkinkan UMNO bila nazak nanti atau bila selesai pengkebumiannya.

Sabtu, 17 Julai 2010

CELOTEH PAGI SABTU

KISAH BEROK MAIN BOLA

Baru-baru ini dikatakan parlimen Malaysia telah gempar apabila seorang ahli Parlimen bebas (tapi pinjam lambang orang) telah mencadangkan agar berok bermain bola. Kisah ini telah dipanjangkan ke dalam satu kumpulan e-mail dan saya pula telah mengusik kumpulan tersebut dengan bertanya "ini bukan cerita politik ke?". Natihahnya telah menimbulkan pelbagai pandangan walau pun sebenarnya niat saya hanya ingin mengusik pengirim dan moderator kumpulan e-mail tersebut.

Berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kepada kita bahawa politik adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari manusia. Sesungguhnya ilmu politik adalah satu disiplin ilmu yang membincangkan tentang pengurusan dan pentadbiran manusia dan orang politik adalah orang orang atau kelompok orang yang berfikir untuk mengurus dan mentadbir manusia. Setiap manusia akan telibat dalam politik sekurang-kurangnya politik pada diri sendiri dan pada keluarganya. Kegagalan memiliki kesedaran dan kefahaman politik adalah suatu kegagalan yang boleh menghancurkan institusi keluarga, masyarakat dan juga negara.

Walau pun dalam kisah yang terbawa ke dalam kumpulan e-mail tersebut adalah merupakan kisah berok main bola namun kalau diperhatikan dalam keseluruhan konteks perbincangan ahli-ahli parlimen yang terheret ke dalam perbincangan tersebut jelas menampakkan yang ia merupakan cerita politik. Ahli Parlimen Pasir Mas ini merupakan seorang ahli parlimen yang sudah tidak mendapat tempat lagi dalam kalangan parti-parti pembangkang juga pemerintah. Sikapnya dalam berpolitik menyebabkan beliau tidak laku lagi dan kini beliau terpaksa mencari tempat untuk survival politiknya.

Oleh yang demikian, apa sahaja yang di bawa oleh ahli parlimen ini akan lebih kepada mencari keuntungan politik. Dulu,beliau pernah bercakap soal proto-type roket (pr), kambing dan kini berok main bola pula. Dalam cerita berok main bola ini nampaknya beliau boleh berbangga kerana provokasinya mendapat layanan istimewa ahli-ahli dewan sama ada dari Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional. Apakah ia merupakan suatu keseriusan dalam memberi cadangan atau sekadar untuk melepaskan tekanan dalam persidangan itu adalah persoalan nombor dua kerana bagi seorang ahli politik seperti beliau (beliau sahaja) mencari keuntungan politik adalah jauh lebih penting dari kepentingan rakyat. Jelas, beliau memang berjaya kerana tindakan beliau telah dilayang begitu istimewa oleh ahli-ahli dewan yang lain dan kemudiannya telah mendapat liputan di dalam akhbar tempatan. Cerita beliau mencadangkan agar berok main bola telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Di sinilah keuntungan politik yang dicari oleh beliau.

Adalah sesuatu yang tidak seharusnya menjadi amalan kepada manusia dengan menghalang perkembangan kesedaran dan kefahaman politik. Ayat-ayat seperti "anda dilarang menyentuh isu-isu politik, agama dan perkauman", "perbincangan kita harus tidak menjurus kepada persoalan politik dan isu-isu sensetif", "perkara politik tidak dibenarkan di sini bagi menjaga keharmonian" dan "persatuan ini tidak membenarkan semua aktiviti bercorak politik, agama dan perkauman kerana kita lebih mementingkan perpaduan dalam persatuan" adalah merupakan yang menjadi halangan kepada kesedaran dan kefahaman berpolitik. Sesungguhnya proses berpolitik adalah satu proses murni bagi menjaga dan mengurus manusia agar sentiasa tebbela dan terlindung dari pelbagai anasir yang boleh mengganggu manusia dan kemanusiaan. Proses berpolitik ini akan melibatkan perbincangan, mesyuarah, teguran, bantahan, kritikan, dialog, perdebatan dan pelbagai lagi yang lebih bertujuan untuk memperbaiki lagi kehidupan manusia yang terlibat dalam proses politik berkenaan.

Persoalannya, pihak-pihak yang bercakap tentang ketidak bolehan berpolitik dalam organisasi mereka sering berpolitik lebih dahsyat dari parti-parti politik sendiri. Mereka akan menggunakan segala keadaan yang ada untuk menjatuhkan lawan masing-masing khususnya ketika berlaku pemilihan jawatan dalam persatuan. Ketika ini mereka lupa akan segala larangan berpolitik yang mereka buat sendiri malah aktiviti mereka dengan menganjurkan majlis makan, berbincang di kedai kopi, terserempak di dalam bas atau lrt akan diguna untuk menonjolkan diri agar terpilih sebagai pemimpin yang layak. Bila ini berlaku maka satu persoalan yang bermain di benak kita adalah apakah mereka ini faham atau tidak berkenaan politik sehingga mereka membuat peraturan untuk dilanggar.

Rasulullah SAW sendiri dalam sirah perjuangan baginda penuh dengan kebijaksanaan politik. Allah sendiri mengatur sirah baginda melalui pelbagai peristiwa yang boleh diambil pengajaran politik darinya untuk kita gunakan dalam kita berpolitik pada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat atau negara. Peristiwa-peristiwa besar seperti mengangkat hajar aswad ke tempat asalnya setelah Kakbah diperbaiki semula, pertemuan dengan pendita yang menasihatkan bapa saudaranya untuk menjaga muhammad SAW dengan baik agar tidak terserempak dengan Yahudi dalam perjalanan urusniaganya, perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah, Pertemuan dengan pendita buta iaitu Warkah bin Naufal selepas mendapat wahyu. perisytiharan da'wah secara terbuka di Mekah, hijrah nabi ke Madinah, Peparangan-peperangan yang berlaku selepas lahirnya negara madinah dan begitu banyak lagi peristiwa adalah segalanya ada nilai politik di dalamnya yang harus menjadi penduan kepada kita dalam meredah hutan dan rimba kehidupan ini.

Kurangnya kesedaran dan kefahaman politik merupakan suatu masalah yang boleh meruntuhkan sesuatu tamadun kepada sesuatu bangsa. Keadaan ini mengakibatkan masyarakat hilang daya juang untuk mempertingkat dan mempertahankan kejayaan sesuatu bangsa itu. Kerosakan-kerosakan yang ada dalam masyarakat tidak mendapat teguran dari rakyat dan mengakibatkan sang penguasa menjadi lalai dengan segala kerosakan-kerosakan itu. Di pihak musuh pula mereka akan dengan mudah menyerang bangsa yang lemah pollitiknya itu dengan berbagai cara yang halus dan nyata. Rakyat akan tidak mampu menilai apa yang datang kepada mereka sama ada datangnya dari penguasa atau anasir luar itu merupakan kebaikan atau kehancuran. Akhirnya, peristiwa seperti yang berlaku di Bosnia, Iraq dan banyak tempat lagi akan menimpa bangsa yang lemah daya berpolitiknya.

Hakikatnya, Musuh-musuh sesuatu bangsa itu juga berpolitik untuk menghancrkan kita. Perhatikan sahaja bagaimana Amerika Syarikat dan Israel berpolitik dalam isu Palastin. Mereka menggunakan semua kekuatan yang ada pada mereka untuk melindungan negara haram Israel dan kekuatan utama mereka adalah merupakan kekuatan politik di peringkat antarabangsa melalui PBB dan seumpamanya. Ia termasuk juga dengan apa yang berlaku di Iran dan Afghanistan serta semua negara di dunia ini. Amerika Syarikat dan Isrrael seolah menjadi pemilik dunia ini dengan menjadikan orang lain sebagai bahan ratahan mereka.

Kini, lihat pula bagamana kesedaran politik yang ada pada penduduk Ghaza. Kekuatan iman, kesatuan aqidah, wala kepada kepimpinan ulama yang ada di Palastin membuat mereka benar-benar manusia yang hebat. Walau pun mereka secara zahir menderita dan terjajah oleh kezaliman Amerika Syarikat dan Israel namun jiwa mereka merdeka sehinggakan mereka mampu hidup di atas segala kepungan dunia. Penyerahan mereka bulat kepada Allah yang maha Gagah lagi Perkasa. Dengan kekuatan yang ada pada mereka itulah, mereka berjaya membentuk kesedaran politik yang tinggi sehingga mampu menolak kereta kebal Israel dengan anak-anak batu.

Bagi kita pula, semoga kisah berok main bola ini akan dapat mengubah persepsi kita tentang politik. Ingat, kita harus meninggalkan warisan kepada anak-anak bukan meninggalkan igauan buat mereka.

Isnin, 12 Julai 2010

Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi

Subky Latif   


SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula  meninggal.


Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama
negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin
Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan
pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin
PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.

Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.

Sebagai pensyarah universiti banyak pantang larang untuk bergiat dalam politik, apa lagilah dalam PAS yang menjadi penentang utama  UMNO. Ruang tidak mengizinkannya
untuk bergiat cergas dalam PAS, tetapi ruang yang terbuka dalam dakwah ialah dalam Abim. Di sinilah bakat pimpinannya terselah.

Walau pun tidak menjadi pemimpin utama Abim tetapi beliaulah penasihat utama Anwar Ibrahim yang memimpin Abim yang kepimpinannya terserlah ke seluruh alam.

Dari Abim inilah UMNO menonjolkan bakatnya untuk menjadi pemimpin PAS dari hujung tahun 70an hingga awal tahun 2000. Bukan kerana UMNO sayang kepadanya
mahu beliau menjadi parti seterunya, tetapi dera yang UMNO kenakan kepadanya menyebabkan beliau menjadi pemimpin PAS dan menjadi penentang utama politik
UMNO.

Banyak pantang larang berpolitik bagi pensyarah. Larangan itu menyebabkan para pensyarah Islam yang memimpin berundur dari pimpinan kerana dikehendaki
menumpukan tugas di universiti saja. Pantang larang inilah yang menghalang Ustaz Fadzil untuk bergerak cergas.

Tetapi dalam pilihan raya umum 1978, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah dan kalah. Tindakannya itu bertentangan dengan
kemahuan UMNO. Dengan pengaruh yang ada pada UMNO, UTM memecatnya.

Jika beliau diberi amaran saja, mungkin beliau akan mematuhi larangan berpolitik seperti lain-lain penyarah yang meninggalkan pimpinan PAS untuk memberi
penuh masa mengajar universiti. Bukan senang bagi seseorang untuk meninggalkan   gaji besar di universiti semata-mata untuk berpolitik yang tiada janji
berjaya.

Tetapi UTM memilih untuk memecatnya. Beliau yang biasa bergaji besar tiba-tiba jadi penganggur. Bagi mengisi masa menganggur inilah Ustaz Fadzil diberi
sebuah bilik di Pejabat Agung PAS dan menggunakan sepenuh masanya untuk menjelajah seluruh negara berceramah di pentas PAS.

Keperluan hidup Ustaz Fadzil ditanggung oleh kawasan-kawasan PAS yang mengundangnya berceramah dan bantuan rakan-rakannya.

Ketika yang sama beliau memfailkan saman kepada UTM atas pemecatannya. Beberapa tahun kemudian beliau memenangi perbicaraannya dan disambung semula perkhidmatannya.
Mahkamah memerintahkan dibayar gajinya selama tempoh penganggurannya.

Ustaz Fadzil yang sudah sekian lama merasa bebas, terasa terikat  apabila terpaksa ke kampus semula. Tidak dapat berceramah lagi.

Oleh kerana beliau sudah tahu bagaimana hendak hidup tanpa gaji semasa penganggurannya dulu, maka beliau tidak takut untuk tidak bekerja semula. Beliau
berhenti dari universiti untuk bergerak sepenuh masa dalam politik.

Keadaan inilah membuka jalan baginya untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan menjadi jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik, beliau menjadi Naib Presiden,
Timbalan Presiden dan akhirnya menjadi Presiden dan anggota Majlis Syura Ulama.

Jika beliau tidak dipecat, saya tidak dapat membayangkan beliau akan meninggalkan tugasnya di universiti. Seperti lain-lain pensyarah masa mereka untuk
terjun aktif dalam PAS ialah setelah bersara. Orang bersara adalah orang tua yang tenaga pun sudah tidak kuat. Sudah tidak banyak masa dan tenaga yang
dapat diberikan kepada PAS.

Kerana Ustaz Fadzil dipecat dalam usia 40an, masih belia yang bertenaga, maka pengalaman itu mengajarnya untuk berdikari, maka beliau memanjat tangga pimpinan
PAS dan terbukti beliau muncul sebagai seorang pimpinan gerakan Islam yang disegani olah kawan dan lawan.

Di  zaman pimpinannya beliau membuka semula peranan Muslimat untuk menjadi calon. Dan peranan luas yang diisi oleh Muslimat sekarang dimulai di zamannya.

Beliau mengambil masa untuk mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Tetapi persetujuannya untuk membentuk CCC, kumpulan komuniti Cina untuk
bekerjasama dengan PAS dalam tahun 1986, membuka kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam dan muafakat dengan DAP dan lain-lain badan bukan Islam secara
terbuka.

Ia adalah antara peninggalan pimpinannya.

Rabu, 7 Julai 2010

IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir   

Kemunculan IKRAM yang mendakwa sebagai sebuah gerakan dakwah cawangan Ikhwan baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak. Mungkin jika tidak muncul isu
Dr. Asri dan gerombolan ilmuannya menyertai UMNO, IKRAM mungkin menjadi pilihan pengulas politik untuk melihat kewujudan sebuah faksi Islam yang menyertai
atau sekurang-kurangnya lunak dengan UMNO.

Dakwaan IKRAM menyertai politik atau secara khususnya UMNO mungkin terlalu awal atau dangkal untuk dianalisis dalam sebuah kertas kerja. Tetapi bagi mereka
yang sangat berpengalaman dengan sebuah gerakan yang mendakwa mempunyai akarnya kepada kepada Ikhwan Muslimin (Alami) Mesir, ia bukanlah suatu yang rumit
untuk melihat ke manakah arah dan haluan yang akan ditempa oleh gerakan ini. Walaupun ia mendakwa untuk menumpukan fokusnya sebagai sebuah gerakan dakwah
yang terbuka, ia tidak terlepas dari kaitannya dengan politik semasa.

Perlu difahami bahawa IKRAM bukan sebuah pertubuhan dakwah seperti Jemaah Tabligh Perkim, Yadim, Hikmah atau agensi kerajaan yang lain. Ia bukan gerakan
dakwah yang hanya bergiat dalam ertikata dan aktiviti yang sempit seperti kebajikan dan pendidikan semata-mata. Fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin
menegakkan tuntutan Islam yang syumul khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif pelaksanaan Islam dengan lebih berkesan.

Oleh itu, samada suka atau tidak, terbuka atau berselindung gerakan ini tidak dapat lari dari hakikat terlibat dalam politik. Justeru apakah kehadiran mereka
ini akan menambah kekuatan force politik gerakan Islam atau sebaliknya melemahkannya lagi. Jika ianya positif apakah potensi yang dapat dikembangkan, jika
sebaliknya apakah kehadirannya akan dapat menyaingi gerakan Islam semasa dan seterusnya dimanipulasi oleh musuh gerakan Islam bagi memecahbelahkan kebangkitan
Islam itu sendiri.

Bagi mereka yang baru dalam dakwah dan ingin melihatnya sebagai suatu perkembangan biasa, ia bukanlah suatu isu. Tetapi bagi aktivis gerakan Islam, gerakan
ini mempunyai kaitan sejarah yang agak kontroversi khususnya di mata pendokong ABIM dan PAS. ABIM dan PAS yang sangat terkesan ekoran dari infiltrasi yang
dilakukan oleh IRC. Semua ini dilakukan oleh IRC yang menjadi root kepada kebangkitan baru ini di atas nama dakwah dan tarbiyyah. Dakwah dan tarbiyyah
adalah lebih utama dan aula dari perjuangan politik kepartian. Hal yang sama juga dilakukan oleh Arqam apablia menyatakan apakah perjuangan Islam ini dimonopoli
oleh gerakan politik sahaja. Tetapi mereka ini dilihat tetap mempunyai kecenderungan politik sehingga Abuya mendakwa bahawa beliau berhak dan berpotensi
bagi mengantikan kepimpinanan politik Malaysia malahan dunia suatu hari nanti.

Kedatangan Arqam menyukarkan PAS yang terpaksa menerima kritikan Abuya terhadap perkembangan Syiah di dalam parti itu. Ketika Arqam berpengaruh, PAS tidak
dilihat sebagai sebuah gerakan dakwah walaupun politik adalah memenuhi tuntutan makna dakwah Islamiah. PAS pula sukar menyatakan sokongannya secara terbuka
kepada Arqam justeru pembabitan gerakan itu dalam isu akidah dan sebagainya.

Apakah kehadiran IKRAM dalam bentuk sebuah gagasan yang memayungi beberapa gerakan seperti JIM, Haluan, Isma dan lain-lain tidak membayangkan IKRAM lebih
dominan dari PAS yang telah pun berusaha memayungi gerakan Islam menerusi naungan politiknya. Apakah naungan dakwah yang diusahakan oleh IKRAM itu lebih
ampuh dan mampu merentasi perbezaan politik antara PAS dan UMNO atau hanyalah sebuah retorik semata-mata kerana perbezaan ideologi politik inilah yang
membezakan status mereka sebagai sebuah gerakan Islam atau sebaliknya. Apakah percubaan ini tidak dilihat sebagai ulangan cadangan penyertaan ahli-ahli
IRC ke dalam PAS dan UMNO bagi menguasai kepimpinan kedua-duanya, tetapi dalam bentuk  yang lebih terbuka bagi mengelakkan prasangka.

Dakwaan afiliasi IKRAM dengan Ikhwan juga dipertikaikan PAS justeru Ikhwan tidak pernah mempunyai cawangannya secara rasmi di negara ini. Faksi Ikhwan Alami
yang kononnya mewakilkan IKRAM sebagai cawangnnya di negara ini hanyalah pandangan segelintir pihak di dalam Ikhwan. Secara rasminya Ikhwan mempunyai hubungan
baik dengan PAS dan mendapat restu untuk bergerak dalam politik justeru ruang luas yang milikinya berbanding gerakan itu di Mesir. Apakah IKRAM masih sanggup
menggunakan logo Ikhwan bagi menjustifikasikan keutamaan dakwah berbanding politik dan seterusnya menyaingi PAS dalam arus kebangkitan Islam di negara
ini.

Semua ini walaupun dapat dijawab oleh pimpinan IKRAM seperti melalui hujah harus berbilang-bilang jemaah atau Adab Ikhtilaf dan lain-lain, ia tidak dapat
mengelakkan diri dari menjadi saingan PAS. Mungkin dalam masa lima tahun atau setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh mengistiharkan
dirinya sebagai sebuah parti politik atau menjadi afiliasi politik kepada mana-mana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan
PAS. PAS pastinya tidak mahu sebuah organisasi yang mempunyai matlamat yang sama dengannya kerana ia lebih banyak menyukarkan parti itu dari menyenangkannya.
Setidak-tidaknya ia menyukarkan proses kaderisasi di kalangan penuntut Institusi pengajian tinggi oleh PAS. Hal ini telah lama berlaku kepada ABIM yang
sehingga kini telah kehilangan penguasaannya di univerisiti tempatan. Itu belum dikira lagi dengan saingan dari Kelab UMNO atau aliran fahaman mazhab dan
gerakan Islam luar negara turut mengintai peluang.

Hal ini telah dijawab dengan mudah oleh kepimpinan PAS seperti Mursyid Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa parti Islam itu boleh bubar jika apa yang diperjuangkannya
boleh dipenuhi oleh UMNO. Tidak timbul isu PAS ingin menjadi penaung atau ketua dalam konteks politik malah apatah lagi dakwah. Politik tidak dapat dinafikan
lagi melibatkan persaingan hatta pada tahap dalaman sesebuah organisasi apatah lagi jika ia diwakili oleh parti yang berbeza ideologi atau pendekatan.

Cadangan Adab Ikhtilaf bagi mengatasi masalah ini di kalangan gerakan Islam sehingga kini nampaknya tidak berkesan. Ia mungkin boleh diwar-warkan di peringkat
teori namun amalannya sangat kurang apatah lagi gerakan Islam masih jarang duduk semeja membincangkan masalah mereka secara terbuka. Mungkin ini boleh
menjadi fokus utama IKRAM dalam merealisasikan pendekatan ummah centric yang mereka dakwa lebih utama dari dari parti centric yang menjadi amalan PAS.
Jika ini dapat diusahakan oleh IKRAM ia akan dilihat bermakna dalam konteks islah di negara ini. Jika ia merelakan dirinya dijadikan wadah bagi melindungi
penyelewengan dan kepalsuan politik menerusi program-program dakwahnya, niat IKRAM untuk menerajui kebangkitan Islam menerusi gagasan dakwah tidak akan
ke mana-mana. Sejarah silam perlu dijadikan renungan oleh IKRAM dalam menempatkan dirinya di kancah perjuangan Islam yang tulin di negara ini. 

Ahad, 4 Julai 2010

MELAYU TAK NAK MENGUNDI?

"1.9 juta orang Melayu tak mendaftar sebagai pemilih baru" dan "nisbah orang Melayu dan bukan Melayu adalah satu nisbah empat puluh" adalah perkara yang menjadi perbincangan dalam media massa sama ada dalam media cetak atau elektronik. Pelbagai pandangan telah dilontarkan sama ada dari kalangan orang politik mahu pun golongan akedemik berkenaan perkara ini.

Mendengar pandangan dari kalangan orang akedemik yang dihubungan oleh berita radio, rata-rata mereka telah meletakkan kesalahan kepada golongan muda orang Melayu atas berlakunya fenomena ini. Golongan ini dikatakan begitu selesa sehingga tidak menyedari kepentingan mendaftar menjadi pemilih baru. Mereka merasa begitu yakin yang orang Melayu akan terus berada dalam kuasa orang Melayu dan sedikit pun tidak gusar sekiranya kuasa itu akan hilang.

Di pihak anak muda pula menganggap bahawa kehadiran mereka dalam politik tidak perlu lagi kerana mereka punya banyak kerja lain yang lebih penting berbanding dengan memikirkan tentang mengundi. Malah ada di kalangan mereka yang tidak tahu pun tentang pendaftaran pemilih baru dan di mana mereka harus pergi untuk mendaftar. Terdapat pula mereka yang berfikiran bahawa mengundi adalah kerja politik dan mereka tidak terlibatu dalam politik dan biarlah politik diserahkan kepada oran politik yang berpengalaman semata-mata.

Perkara ini sebenarnya titimbulkan oleh Pemuda UMNO awal minggu yang lalu. Merekalah yang mengemukakan nisbah satu nisbah empat puluh ini. Sebenarnya kita tidak tahu angka itu benar atau tidak melainkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya sendiri yang mengeluarkan data-datanya. Saya memang percaya seandainya orang bukan Melayu lebih ramai dari orang Melayu mendaftar sebagai pengundi baru namun untuk mempercayai nisbah yang diberi itu agak sukar. Apa pun halnya, orang bukan Melayu lebih ramai dari orang Melayu yang menjadi pengundi baru dalam pilihanraya akan datang.

Bila keadaan ini berlaku, sebenarnya apakah puncanya. Adakah adil untuk kita mengatakan yang orang muda Melayu khususnya tidak perihatin, tidak peka dan seumpamanya terhadap negara sendiri. Atau adakah ada sebab lain yang besar sehingga keadaan ini berlaku. Malaysia telah merdeka selama lebih lima puluh tahun. Sistem pendidikan dan persekolahan ddalam tempoh itu tidak pernah diurus oleh orang lain melainkan UMNO yang menggantikan jawatan menteri pelajaran yang kemudiannya menteri pendidikan dan kini menteri pelajaran kembali dari seorang menteri kepada seorang menteri. Sukatan pelajaran dan pendidikan ditentukan oleh kementerian ini bersama pihak kabinet. Maka bagi saya, UMNO sebenarnya ibarat seorang pengurus ladang yang telah menbuka ladang lima puluh tahun yang lalu dan ladang yang mereka buka itu hari ini sedang mengeluarkan hasilnya. UMNO kini sedang menuai hasil dari usaha mereka sendiri dan mereka tidak perlu berkata hasil ini buruk atau baik kerana segala hasil yang dituai ini adalah dari kerja-kerja mereka membaja, merumput dan menanam tempoh hari. Seandainya hasil yang mereka perolehi ini tidak menepati kehendak mereka sehingga tidak laku dalam pasaran malah busuk tidak boleh dimakan dan hakikatnyha tidak langsung menguntungkan mereka, sebenarnya tiada kata-kata kesal patut dihamburkan dari mulut mereka. Kata orang Melayu tua-tua, "nasi sudah menjadi bubur".

Seingat saya sewaktu di sekolah dulu saya tidak pernah diajar secara jelas mengenai kepentingan mengundi. Walau pun kita diwajibkan melafazkan ikrar rukunegara setiap hari Isnin pagi (kalau tak hujan), seingat saya kami sekadar hafal rukunegara bukan faham pun maksud dantuntutannya. Yang penting bagi kami ketika itu adalah asal boleh jawab soalan siviks dalam peperiksaan cukuplah tu.

Kadang-kadang bila kami bercakap sedikit tentang UMNO dan PAS dalam kelas dan didengar oleh guru maka cikgu akan berkata "kemu kecil lagi, belajar dulu, dah kerja nanti baru boleh berpolitik". Di rumah pun ibu bapa pesan begitu. "kalau dah ada ijazah nanti terpulanglah, nak politik, politiklah", begitulah kata emak dan ayah kepada kebanyakan kami. Bagi mereka yang berjaya masuk ke universiti pula, mereka diikat dengan pelbagai peraturan untuk tidak memahami politik khususnya politik kepartian. Ugutan dan amaran sering diberi kepada para pelajar kalau mereka berminat kepada dunia politik. Antara ugutan yang biasa kedengaran di kalangan pelajar ketika itu adalah akan diambil tindakan buang universiti, gantung universiti, tarik biasiswa atau diambil tindakan undang-undang.

Sebenarnya perkara di atas adalah punca terrencatnya kami dalam memahami kepentingan untuk menjadi pemilih dan apa pentingnya mengundi. Bagi kebanyakan kami, tak mengundi pun tak ada masalah. Kami tetap bekerja, kami tetap boleh makan dan kami tetap hidup seperti nbiasa. Hakikatnya kami tidak memahami akan keperluan uengundi yang sebenar. Kadang-kanang kewujudan parti-parti politik pun tidak kami fahami mengapa. yang pasti mereka yang jadi orang kuat parti akan jadi orang berkuasa. Mereka ini pula menyeleweng bila ada kuasa yang mereka perolehi dari undi yang mereka terima. Jadi, kalau inilah gambaran yang ada dalam pemikiran dan pemerhatian orang Melayu maka apa guna kita menjadi pemilih untuk memberi undi bagi orang kuasa dan kemudian mereka makan kita balik.

Buat UMNO, bukankah masyarakat yang mandul pengetahuan politik begini yang mereka kehhendaki sejak dulu lagi? Bukankah kejahilan dan kemiskinan adalah modal untuk UMNO-BN kekal berkuasa? Dengan kejahilan dan kemiskinan politik ini membuat orang Melayu tidak akan peka dengan semua perkara yang dilakukan oleh UMNO-BN dan dengan itu mereka tidak membantah dan menentang apasaja yang dilakukan oleh UMNO-BN.

Seandainya ada gerakan untuk memberi kefahaman dan kesedaran politik kepada rakyat, gerakan tersebut akan dilebel oleh UMNO-BN dengan pelbagai lebel dan tuduhan? Pelampau, pengganas, ekstrim, petualang, tidak petriotik, perkauman, pemecah-belah, ajaran sesat, komunis dan macam-macam lagi adalah gambaran yang sering diberi kepada pihak yang cuba membawa gerakan kefahaman dan kesedaran berkenaan demokrasi. Kini, rasanya kamu UMNO memang sedang merasai kelazatan buah yang kamu tanam sebelum ini di ladang-ladang kamu dan buah itu kini adalah buah beracun yang akan membuat kamu bertemu dengan malaikut maut tak lama lagi.

UMNO, untuk pengetahuan kamu, kami yang sedar akan kepentingan mengundi adalah kerana didikan yang kami cari sendiri dalam aktiviti kehidupan kami sejak kecil lagi. Kawan-kawan yang baik, majlis-majlis yang sihat yang kami hadiri dan yang paling penting agama yang kami anuti dan cinta pada negara ini adalah punca kenapa kami menjadi pemilih dan akan memang mengundi bukan UMNO-BN. Orang muda tidak menjadi pemilih kerana kamu yang nak mereka jadi bukan pemilih. Terima kasih UMNO.