Selasa, 5 Januari 2010

KISAH NABI SYU'AIB A.S

Ramai orang di zaman ini beranggapan bahawa agama hanya merupakan program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah keyakinan yang salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam kehidupan dan pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah. Oleh kerana itu, usaha memisahkan antara pemasalahan tauhid dan perilaku manusia dalam kehidupan sehari-hari, bererti memisahkan agama dari kehidupan dan mengubahnya menjadi adat-istiadat, tradisi dan acara-acara ritual yang kosong.

Kisah Nabi Syu’aib A.S menampakkan hakikat sedemikian secara jelas. Allah telah mengutuskan Nabi Syu’aib A.S kepada penduduk Madyan. Firman Allah S.W.T:

”Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu’aib. Dia berkata: ”Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.” (Hud: 84)

Ini adalah dakwah yang sama diserukan oleh setiap Nabi. Dalam hal ini, tiada perbezaan antara satu Nabi dan Nabi yang lain. Ia merupakan dasar aqidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan berdiri. Setelah peletakan bangunan tersebut, Syu’aib’M mula menyuarakan dakwahnya:

”Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat).” (Hud: 84)

Setelah menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu’aib A.S berpindah pada masalah mu’amalat (perniagaan) sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan keadilan.

Adalah amalan biasa bagi penduduk Madyan mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tindakan, sebagaimana menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.

Para penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah salah satu bentuk kepandaian dalam perniagaan. Kemudian Nabi mereka datang dan mengingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah hina dan dikira mencuri. Nabi Syu’aib A.S memberitahu mereka bahawa beliau khuatir jika mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab di mana manusia tidak akan dapat menghindari seksaan itu.

Perhatikanlah bagaimana pengajaran Islam melalui Nabi Syu’aib A.S yang diutus kepada manusia, di mana Islam mementingkan persoalan jual beli dan mengawasinya.

”Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.” (Hud: 85)

Nabi Syu’aib A.S meneruskan tugas dakwahnya. Beliau mengulangi nasihatnya kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan yang baik. Dia mengingatkan mereka untuk membuat timbangan dengan adil dan mengingatkan mereka agar jangan merampas hak-hak orang lain. Ianya tidak terbatas pada jualbeli saja, namun ia juga berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya. Beliau memerintahkan mereka untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan dari agama tauhid dan aqidah tauhid yang menyeru kejujuran dan keadilan.

Agama Islam memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama dalam kehidupan sehari-hari dengan cara bijaksana dan baik. Al-Quran menegaskan agar jangan merugikan manusia terhadap hak-hak mereka, dalam hal-hal yang bersifat material dan rohani. Allah S.W.T melarang segala bentuk kezaliman, sebab kezaliman terhadap manusia akan mencetuskan suasana buruk. Timbulnya penderitaan, sikap putus asa dan sikap tidak peduli, sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia tidak harmoni dan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan.

Oleh itu, Al-Quran mengingatkan agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:

”Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu.” (Hud: 85-86)

Nabi Syu’aib A.S menyeru kaumnya agar tidak membuat kerosakan di muka bumi. Apa yang ada di sisi Allah S.W.T adalah hal yang terbaik bagi orang-orang yang benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu’aib A.S memberitahu mereka bahawa dia tidak memiliki mereka dan tidak menguasai mereka. Beliau hanya sekadar seorang Rasul untuk menyampaikan ajaran Allah S.W.T.

Dengan cara demikian, Nabi Syu’aib A.S menjelaskan kepada kaumnya bahawa masalah yang mereka hadapi sangat penting, bahkan sangat berat. Beliau memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima jika membuat kerosakan.

Selesailah bahagian pertama dari percakapan Nabi Syu’aib A.S bersama kaumnya. Nabi Syu’aibSS telah mengemukakan pembicaraan dan kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya dan giliran kaumnya pula membuka pembicaraan.

”Mereka berkata: ”Hai Syu’aib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang berbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal.” (Hud: 87)

Para penduduk Madyan yang kafir, biasa merompak dan menyembah Al-Aikah, iaitu pokok yang dikelilingi dahan-dahan yang berputar di sekelilingnya. Mereka adalah orang-orang yang menjalin hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka mengurangi timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak menghiraukan kekurangannya.

Perhatikanlah percakapan mereka bersama Syu’aib A.S. Mereka menganggap Syu’aib A.S mentaati agamanya tanpa pertimbangan dan pemikiran. Sungguh dia telah berubah dengan agamanya itu, lalu menjadi alat yang bergerak tanpa sedar.

Demikianlah celaaan dan tuduhan keji kaum Nabi Syu’aibSS kepadanya. Mereka menganggap Nabi Syu’aib A.S telah gila dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka meninggalkan apa yang disembah oleh mereka dan datuk-datuk mereka selama ini. Datuk-datuk mereka telah menyembah pokok sementara agama Syu’aib A.S memerintahkan mereka untuk menyembah Allah S.W.T.

Nabi Syu’aib A.S menghadapi ejekan dan penghinaan mereka dengan tenang. Kemudian mereka kembali bertanya dengan penuh kehairanan dan nada mengejek: ”Apakah agamamu yang menyuruh kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami. Tidakkah engkau sedar bahawa agamamu mencampuri urusan keinginan kita dan cara kita menggunakan harta? Apakah hubungan keimanan dengan kebendaan?”

Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’aib A.S mengira bahawa mereka mencapai suatu tingkat kecerdasan akal. Mereka mengemukakan masalah keimanan. Mereka mengingkari adanya kaitan antara perilaku manusia, perniagaan mereka serta ekonomi mereka. Ini adalah masalah yang diungkap oleh kaum Nabi Syu’aib A.S di mana bagi mereka, agama tidak berkaitan dalam kehidupan sehari-hari dan cara mereka menggunakan harta. Mereka menganggap bahawa harta adalah suatu yang tidak berhubungan dengan agama dan ianya adalah kebebasan peribadi manusia.

Demikianlah pemahaman kaum Nabi Syu’aib A.S kepada Islam yang dibawa oleh beliau. Pemahaman itu tidak banyak berbeza dengan pemahaman masyarakat di zaman ini yang menganggap bahawa Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi manusia dan urusan ekonomi mereka. Oleh itu, manusia dapat menggunakan harta mereka mengikut kemahuan mereka. Zaman ini, segala undang-undang adalah mengikut acuan manusia dan tidak mengikut hukum Islam.

Kaum Nabi Syu’aib A.S mengatakan kepadanya bahawa jika dia seorang yang bijaksana dan berfikiran matang, nescaya dia tidak akan mengatakan apa yang telah dikatakan. Mereka mengejek Syu’aib A.S dan merendahkan dakwahnya.

Bagi kaum Nabi Syu’aib A.S, agama bukan sebagai sistem dalam kehidupan yang menjadikan hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan lebih sesuai bagi manusia sebagai khalifah di muka bumi. Bagi mereka, agama hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang baik.

Dengan pemahaman seperti ini, agama hanya sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang bodoh kerana Allah S.W.T mengutus para Nabi bukan untuk perhiasan dan main-main. Maha Suci Allah S.W.T dari semua itu. Allah S.W.T mengutus para Nabi-Nya dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, iaitu sistem yang mencakupi nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum dan mengatur kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama menjadi mulia dan benar.

Nabi Syu’aib A.S mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap agama tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun, dia menghadapi semua itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana yakin apa yang diserunya adalah kebenaran. Dia tidak peduli dengan ejekan mereka dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa beliau adalah seorang Nabi yang mengetahui kebenaran. Beliau menyampaikan seruan yang diperintahkan Allah S.W.T tanpa berniat meraih keuntungan peribadi. Beliau hanya sekadar seorang Nabi di mana dakwah setiap Nabi tergambar dalam seruannya.

Nabi Syu’aib A.S cuma inginkan Islah (usaha membuat pembaikan). Demikanlah kandungan dan intipati dakwah para Nabi yang sebenarnya. Mereka adalah AlMuslihun, iaitu orang-orang yang membuat pembaikan. Mereka memperbaiki akal, hati dan kehidupan yang umum serta yang khusus.

”Syu ’aib berkata: ”Hai kaumku, bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.” (Hud: 88)

Setelah Nabi Syu’aibS menjelaskan tujuan-tujuannya kepada mereka dan menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau mengungkapkan kepada mereka bagaimana orang-orang sebelum mereka dengan para Nabi sebelumnya, iaitu kaum Nabi Nuh A.S, kaum Nabi Hud A.S dan kaum Nabi Lut A.S yang zaman mereka tidak jauh dengan zaman Nabi Syu’aib A.S. Beliau mengingatkan mereka bahawa penentangan mereka akan mendatangkan seksaan bagi mereka.

Nabi Syu’aib A.S mengingatkan mereka bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:

”Hai kaumku, janganlah hendaknya pertikaian antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Soleh, sedang kaum Lut tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.” (Hud: 89-90)

Nabi Syu’aib A.S berdakwah kepada mereka agar mereka beriman kepada Allah S.W.T. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu’aib A.S memilih azab. Kekerasan hati mereka telah menyebabkan mereka menolak kebenaran.

”Mereka berkata: ”Hai Syu’aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu. Dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami. Kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami akan merejammu.” (Hud: 91)

Beliau dikatakan sebagai orang yang lemah kerana cuma orang-orang fakir dan yang tertindas sahaja yang beriman padanya, manakala orang-orang kaya dan para pembesar telah menentang. Demikianlah pertimbangan manusia yang tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu’aib A.S, di mana beliau dianggap sebagai orang yang lemah. Malah mereka mengancam untuk membunuh Nabi Syu’aib A.S.

Selanjutnya, mereka juga mempersoalkan kedudukan Nabi Syu’aib A.S. Bagi mereka beliau adalah orang yang hina dan tidak mempunyai kedudukan atau ketokohan. Mereka berkata:

”Sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.” Syu’aib menjawab: ”Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah.” (Hud: 92)

Mereka melupakan hakikat bahawa sesungguhnya hanya Allah S.W.T Yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa. Seharusnya mereka mengingati hakikat itu. Seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun selain Allah S.W.T dan tidak membandingkan kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa dan hanya Dia yang mengatur segala urusan hamba-hamba-Nya.

Dengan hujah-hujah bernas yang dikemukakan oleh Nabi Syu’aib A.S, maka kaumnya mula dapat melihat kebenaran. Mereka mula merasa insaf dan kesal dengan keangkuhan mereka. Namun para pembesar kaum masih tidak berganjak dari penentangan mereka. Lalu berkumpullah para pembesar kaumnya.

”Pemuka-pemuka dari kaum Syu’aib yang menyombongkan diri berkata: ”Sesungguhnya kami akan mengusir kamu, hai Syu’aib, dengan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami.” (Al-A’raf: 88)

Mereka mengancam Nabi Syu’aib A.S serta orang-orang beriman dengan ancaman
bunuh dan mengusir mereka jika tidak kembali kepada agama mereka yang menyembah pokok-pokok dan benda-benda mati. Nabi Syu’aib A.S menegaskan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menyelamatkan beliau dan orang-orang yang beriman dari kesyirikan dan kekufuran.

Demikianlah pertikaian antara Nabi Syu’aib A.S dan kaumnya semakin berlanjutan. Nabi Syu’aib A.S memegang arnanat dakwah untuk menghadapi para pembesar, para pendusta dan para penguasa kaumnya. Mereka tidak lagi memiliki harapan kerana telah berpaling dari Allah S.W.T.

Nabi Syu’aib A.S menyoal:

”Sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan (dia berkata): ”Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu.” (Hud: 92-93)

Nabi Syu’aib A.S berlepas diri dari mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah S.W.T bahkan telah mendustakan Nabi-Nya. Maka, mereka bebas melakukan apa saja yang diinginkan, tetapi tunggulah azab AllahS.W.T.

Kaum yang kafir itu mencemuh Nabi Syu’aib A.S Mereka meminta Nabi Syu’aib A.S untuk mendatangkan azab dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada angkuh, mereka berkata: ”Di mana azab itu, di mana seksaan yang dijanjikan itu? Mengapa ia lambat datang?”

Ejekan dan cabaran mereka dihadapi dengan tenang. Nabi Syu’aib A.S tidak bertindak balas meskipun mereka semakin kuat menentang dan mencela. Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Syu’aib A.S agar beliau keluar bersama orang-orang mukmin dari Madyan.

Akhirnya, Nabi Syu’aib keluar bersama para pengikutnya dan datanglah azab Allah:

”Dan takkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syu’aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami, dan orang-orang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah mendiami di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa.” (Hud: 94-95)

Satu dentuman bunyi guruh yang amat kuat, bergema dari celah-celah awan yang menyelimuti langit luas. Barangkali, mulanya mereka menyangka ia adalah guruh yang bakal membawa hujan. Namun akhirnya mereka yang kufur itu digemparkan dengan bencana yang amat besar. Dentuman guruh itu menghanguskan seluruh makhluk yang ada di Madyan. Orang-orang kafir itu tidak mampu bergerak atau menyelamatkan diri. Semuanya mati bergelimpangan.

Begitulah balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar. Tiada seorang pun orang-orang kafir itu yang dapat menyelamatkan diri dari bencana yang ditimpakan oleh Allah S.W.T.

Isnin, 4 Januari 2010

"ALLAH" DARI KACA MATA ISLAM

Sila ke alamat di bawah untuk mengikuti ucapan Ahli Parlimen Barling di Dewan Rakyat pada Mac yang lalu di mana Yang Berhormat telah memberi penjelasan berkenaan isu penggunaan perkataan "Allah" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

http://n32.blogspot.com/2009/03/taib-azamudden-bersyarah-dalam-parlimen.html

Bagi yang ingin mendapatkan audeo-videonya sila ke url di bawah

http://www.youtube.com/watch?v=BC9v7OeOyDU

Anda juga boleh berkunjung ke

http://n32.blogspot.com/

Di sini diperturunkan beberapa potong ayat Al-Qur'an buat renungan kita untuk tidak menjadi dayus dan mampu bertindak dengan berlandaskan ilmu bukan emosi. Tindakan kita juga haruslah kerana Allah bukan kerana meraih sokongan politik dan undi pilihanraya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"

("Say: He is Allah, the One and Only!" "Allah, the Eternal, Absolute" He begetteth not nor is He begotten. And there is none like unto Him." )

(al Ikhlas 1-4)

Allah swt berfirman dalam al Quran:

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari
Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku
ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada
diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan
kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka;
kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap
sesuatu."

("And (remember) when Allah says: "O 'Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary)! Did you say unto men: 'Worship me and my mother as two gods besides Allah?' "
He will say: "Glory be to You! It was not for me to say what I had no right (to say). Had I said such a thing, You would surely have known it. You know
what is in my inner-self though I do not know what is in Yours, truly, You, only You, are the All Knower of all that is hidden and unseen."

"Never did I say to them aught except what You (Allah) did command me to say: 'Worship Allah, my Lord and your Lord.' And I was a witness over them while
I dwelt amongst them, but when You took me up, You were the Watcher over them, and You are a Witness to all things.?

(al Maaidah 116-117)


Sebenarnya dalam bible, adakah mereka mengguna perkataan Allah merujuk kepada "god"? Apabila mereka mungguna perkataan"god" maka difinisi god adalah tuhan dan itulah yang mereka aplikasikan dari dulu hingga sekarang. kenapa kini mereka berya-ya hendak menggunakan perkataan "Allah"? Jelas, hanya iman dalam hati yang boleh menjawabnya.

Ahad, 3 Januari 2010

KISAH NABI AYUB A.S

Nabi Ayub A.S adalah tokoh manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran bagi seluruh manusia. Allah S.W.T telah memuji kesabarannya:

”Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (Sod: 44)

Nabi Ayub A.S selalu mengabdikan diri kepada Allah S.W.Ti dengan zikir, syukur dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperolehi keselamatan dan pujian Allah S.W.T.

Nabi Ayub A.S melalui penderitaan hidup dengan penuh kesabaran. Mula-mula dia kehilangan harta benda sehingga menjadi miskin. Kemudian dia kehilangan isteri dan anak-anak. Selanjutnya dia juga ditimpa penyakit. Al-Quran tidak menyebut secara khusus bentuk penyakitnya. Menurut riwayat, dikatakan bahawa beliau terkena sejenis penyakit kulit.

Allah S.W.T telah menguji Nabi Ayub A.S dengan kehilangan harta benda, anak, isteri dan menderita sakit. Namun imannya tetap kental dan sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Allah S.W.T.

Bagi Nabi Ayub A.S segalanya itu adalah ujian Allah S.W.T. Dia redha dengan segala takdir Allah S.W.T. Dialah yang mendatangkan manfaat dan mudharat. Dialah Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dia memuliakan dan menghina sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Ayub A.S. Firman Allah S.W.T:

”Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika dia menyeru Tuhannya: ”(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipatgandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.” (Al-Anbiya’: 83-84)

Nabi Ayub A.S adalah hamba Allah S.W.T yang soleh. Allah S.W.T mengujinya dalam hartanya, keluarganya dan badannya. Hartanya hilang sehingga dia menjadi orang fakir sedangkan sebelumnya dia orang yang paling kaya. Kemudian dia ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga dia hidup sendirian. Dia juga ditimpa penyakit dan menderita kerananya, tetapi dia tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syaitan cuba menggoda fikiran Nabi Ayub A.S agar dia hilang sabar dan berputus asa dari rahmat Allahi. Namun beliau mampu menghilangkan gangguan itu dan berkata: ”Keluarlah hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur dan beribadah.”

Nabi Ayub A.S amat marah kerana syaitan berani mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa syaitan berani menggodanya dengan memanfaatkan penderitaan dan penyakitnya itu.

Isteri Nabi Ayub A.S kembali dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub A.S dalam keadaan marah. Isterinya menutup kepalanya dengan kain. Isteri Nabi Ayub A.S menghidangkan makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub A.S bertanya dari mana dia mendapat makanan itu. Dia curiga makanan itu dari sumber yang tidak halal. Selain itu, kerana kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh isterinya juga, Nabi Ayub A.S telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan dengan tongkat jika beliau sembuh, tetapi sesungguhnya kesabaran beliau adalah sangat tinggi. Setelah mengetahui makanan yang dihidangkan itu halal, maka Nabi Ayub A.S memakannya. Kemudian Nabi Ayub A.S keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

”Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub ketika dia menyeru Tuhannya: ”Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan.” (Allah berfirman): ”Rendamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesugguhnya Kami mendapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya).” (Sod: 41-44)

Bagaimana kita memahami pernyataan Nabi Ayub A.S bahawa dia diganggu syaitan dengan kepayahan? Sebenarnya dia ingin mengadu kepada Allah S.W.T perihal keberanian syaitan mengganggunya. Nabi Ayub A.S tidak percaya bahawa sakit yang dideritainya adalah kerana pengaruh syaitan.

Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para Nabi dan kesempurnaan mereka. Allah S.W.T telah memerintahkan beliau mandi di salah satu mata air di gunung. Allah S.W.T juga memerintahkannya minum dari mata air itu. Kemudian Nabi Ayub A.S melaksanakan perintah itu sehingga beliau sembuh dari penyakitnya.

Allah S.W.T memberikan rahmat kepada Nabi Ayub A.S. Penyakitnya telah sembuh sepenuhnya. Dia bahagia dengan kehadiran isteri dan anak-anak di sisinya, sehingga dia tidak lagi sendirian. Dia juga bebas dari kefakiran setelah Allah S.W.T memberi kekayaan dan kemuliaan kepadanya.

Mengenai sumpahnya untuk memukul isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat setelah beliau sembuh, Allah S.W.T mengetahui beliau tidak bermaksud memukul isterinya. Namun Allah S.W.T memerintahkannya mengumpul seikat rumput dan memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong.

Demikianlah, kesabaran Nabi Ayub^S menghadapi ujian sesungguhnya adalah cerminan keimanannya terhadap Allah S.W.T.

KISAH NABI YUSUF A.S

Kisah Nabi Yusuf AS terdapat dalam satu surah penuh yang juga bernama surah Yusuf. Disebutkan bahawa sebab turunnya surah itu adalah kerana orang-orang Yahudi meminta Rasulullah S.A.W untuk menceritakan kepada mereka kisah Nabi Yusuf A.S. Kisah sebenar telah mengalami perubahan pada sebahagiannya dan terdapat penambahan pada sebahagiannya. Lalu Allah S.W.T menurunkan satu surah penuh yang secara terperinci menceritakan kisah Nabi Yusuf A.S.

Allah S.W.T berfirman:

”Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan AlQuran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahuinya.” (Yusuf: 3)

Para ulama’ berbeza pendapat dalam hal mengapa kisah ini disebut sebagai kisah yang terbaik? Ada yang mengatakan bahawa kisah ini memiliki keistimewaan dibandingkan dengan kisah-kisah Al-Quran yang lain, dilihat dari aspek kandungannya yang memuatkan pelbagai ungkapan dan hikmah. Ada yang mengatakan kerana Nabi Yusuf A.S mengampuni saudara-saudaranya dan bersikap sabar atas tindakan mereka. Ada pula yang mengatakan bahawa kerana di dalamnya terdapat kisah para Nabi dan orang-orang soleh.

Terdapat juga pelajaran tentang kehormatan diri dan adanya godaan, kehidupan para raja, lelaki dan wanita serta tipu daya kaum wanita. Di dalamnya disebut tentang aspek tauhid dan fiqh, juga tentang mimpi dan tafsirannya. Di samping itu, ia adalah surah yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dan perasaan atau cinta. Ada yang mengatakan bahawa ia disebut sebagai kisah yang terbaik kerana semua orang-orang yang disebut di dalamnya, pada akhirnya mendapatkan kebahagiaan.

Apa yang jelas, kita percaya bahawa terdapat sebab penting di sebalik keistimewaan kisah ini. Dari awal sampai akhir kita akan merasakan adanya kekuasaan Allah S.W.T dan pelaksanaan perintah-Nya, meskipun ramai manusia berusaha menentang.

”Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya.” (Yusuf: 21)

Nabi Yusuf a.s menerima pelbagai ujian dalam hidupnya. Beliau menghadapi pakatan jahat dari orang-orang yang dekat dengannya, iaitu saudara-saudaranya. Mereka merancang untuk membunuhnya sejak Yusuf A.S masih kecil.

Kemudian Yusuf A.S dijual di pasar hamba di Mesir lalu dia dibeli dengan harga yang sangat murah. Selepas itu, dia menghadapi godaan dari isteri seorang pembesar. Apabila dia menolak godaan wanita itu, dia pun disumbat ke dalam penjara. Dalam beberapa waktu, dia menjadi tahanan di penjara.

Meskipun mendapat pelbagai kehinaan, pada akhirnya dia menduduki tampuk kepimpinan di Mesir. Beliau menjadi pembesar dari raja yang pertama dan memulakan dakwahnya bagi melaksanakan perintah Allah S.W.T. Demikianlah kandungan dari kisahnya.

Kisah tersebut menggambarkan suatu rentetan peristiwa yang sangat mengkagumkan. Permulaan kisah itu adalah mimpi, di mana mimpi para Nabi pasti mengandungi kebenaran. Allah S.W.T menyingkapkan di dalamnya pelbagai peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Al-Quran menceritakan bagaimana Nabi Yusuf A.S menceritakan mimpinya kepada ayahnya, Nabi Ya’kub A.S:

”(Ingatlah), Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: ”Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” (Yusuf: 4)

Dengan gambaran ini, kisah Nabi Yusuf A.S dimulai, sebagaimana yang diceritakan oleh Allah S.W.T di dalam kitab-Nya.

”Ayahnya berkata: ”Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat onar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Yusuf: 5)

Si ayah mengingatkannya agar jangan menceritakannya kepada saudarasaudaranya. Sesungguhnya saudara-saudara Nabi Yusuf A.S membencinya dan dengki dengan perhatian ayah mereka kepada Yusuf A.S.

Yusuf bin Ya’kub bin Ishak bin Ibrahim. Salasilah suci dalam keturunan suci. Ketika mendengar mimpi anaknya, Nabi Ya’kub A.S merasa bahawa anaknya itu akan memikul suatu amanah besar. Sebahagian ulama’ berkata bahawa Nabi Ya’kub A.S merasa bahawa Allah S.W.T memilih Yusuf A.S melalui mimpi ini.

”Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkannya kepadamu sebahagian dari ta’bir mimpi-mimpi.” (Yusuf: 6)

Makna takwil atau ta’bir adalah mengetahui akhir dari sesuatu dan kemampuan untuk menyingkap suatu kesimpulan, juga mengetahui rahsia yang belum terjadi. Nabi Yusuf A.S mampu mentafsirkan mimpi serta petanda yang tersembunyi. Dia mampu melihat apa yang akan terjadi di masa depan. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Yusuf A.S mengetahui kesudahan dari suatu peristiwa, baik dari permulaannya atau akhirnya. Allah S.W.T akan memberikan ilham padanya sehingga dia dapat mentakwil mimpi.

”Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Yusuf: 6)

Pada akhir pembicaraannya, Nabi Yusuf A.S mengembalikan ilmu dan hikmah kepada Allah S.W.T. Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan bahawa ayat tersebut bukan termasuk sebahagian dari percakapan Nabi Ya’kub A.S bersama anaknya Yusuf, namun ia merupakan pujian Allah terhadap Yusuf. Perkataan tersebut dimasukkan dalam rangkaian kisah sejak permulaannya, padahal ia bukan sebahagian darinya. Jadi, sejak awal Nabi Yusuf dan Nabi Ya’kub’ A.S tidak mengetahui petanda dari mimpi itu. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Qurthubi dalam tafsirnya Al-Jami’li Ahkamil Quran.

Sesungguhnya Allah S.W.T menceritakan bagaimana Dia memilih Yusuf A.S. Ini bererti proses kenabian Yusuf A.S dan bukan mengajarnya untuk mentakwilkan mimpi serta memberitahu tentang hakikat simbol-simbol yang ada dalam kehidupan atau mimpi, selain mukjizat-mukjizatnya sebagai seorang Nabi. Allah S.W.T Maha Mengetahui kepada siapa agama-Nya diserahkan. Nabi Ya’kub A.S mendengar kisah mimpi anaknya dan mengingatkan agar jangan menceritakan kepada saudara-saudaranya. Yusuf A.S memenuhi permintaan ayahnya.

”Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya. (iaitu) ketika mereka berkata: ”Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita ada dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu (daerah yang tidak diketahui) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik.” Seorang di antara mereka berkata: ”Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dalam sumur, supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat.” (Yusuf: 7-10)

Saudara-saudaranya tetap merencanakan konspirasi dan niat jahat padanya. Salah seorang berkata: ”Mengapa ayah kita lebih mencintai Yusuf daripada kita?”

Saudara yang kedua berkata: ”Barangkali kerana ketampanannya.”

Saudara ketiga berkata: ”Yusuf dan saudaranya, kedua-duanya mendapat tempat di hati ayah.”

Salah seorang dari mereka mengusulkan: ”Kalau begitu, bunuhlah Yusuf!”

”Mengapa kita membunuhnya? lebih baik kita membuangnya di bumi yang jauh, lalu kita merasa tenang.” Salah seorang di antara mereka berkata.

”Kalau begitu, lebih baik kita membuangnya ke dalam sumur (perigi) yang menjadi tempat laluan para kafilah. Maka kafilah itu akan mengambilnya dan membawanya ke tempat yang jauh. Dengan jauhnya Yusuf A.S, maka tujuan kita akan tercapai. Kemudian setelah itu, kita bertaubat dari kejahatan dan kembali menjadi orang-orang baik,” usul yang lain pula.

Cadangan untuk membuang Yusuf A.S ke dalam perigi dianggap sebagai paling baik. Dari sini kita memahami bahawa saudara-saudara Yusuf A.S, meskipun penuh kejahatan dan sifat dengki, namun dalam hati mereka masih tersisa titiktitik kebaikan. Akhirnya, mereka sepakat untuk melaksanakan tindakan itu:

”Mereka berkata: ”Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang ingin kebaikan baginya. Biarkan dia pergi bersama kami esok pagi, agar dia (dapat) bersenang-senang dan (dapat) bermain-main. dan sesungguhnya kami pasti menjaganya.” Berkata Ya’kub: ”Sesungguhnya pemergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khuatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah darinya. Mereka berkata: ”Jika dia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), sesungguhnya kami kalau demikian, adalah orang-orang yang rugi.” (Yusuf: 11-14)

Begitulah percakapan mereka yang penuh kelembutan dan dendam tersembunyi. Mereka memujuk agar Nabi Ya’kub A.S mengizinkan Yusuf A.S pergi dengan mereka. Akhirnya, mereka berjaya meyakinkan si ayah yang sangat khuatir kalau-kalau Yusuf A.S dimakan oleh serigala.

”Kami sepuluh orang lelaki, maka tak mungkin kami yang ramai ini lalai darinya. Sungguh kami akan kehilangan sifat kejantanan seandainya terjadi peristiwa itu.

”Kami berjanji akan menjaga keselamatannya. Kerana itu, tiada yang perlu dikhuatirkan.” Begitulah janji mereka.

ayah pun mengizinkan Yusuf A.S pergi bersama mereka. Pada hari berikutnya

Mereka berangkat menuju tempat yang jauh. Belum pernah mereka berjalan
sejauh itu. Mereka mencari sumur yang sering dilalui para kafilah untuk
memasukan Yusuf A.S ke dalamnya. Allah S.W.T mengilhamkan kepada Yusuf A.S bahawa dia akan selamat, maka dia tidak perlu takut.

Tiba di suatu perigi, mereka pun melakukan rancangan jahat itu. Mereka memukul Yusuf A.S dan membuka bajunya, lalu mereka menghumbankan Yusuf A.S ke dalam perigi.

Kemudian Allah S.W.T mewahyukan kepada Yusuf A.S bahawa dia akan selamat dan tidak perlu takut. Di dalam perigi itu terdapat air, namun tubuh Nabi Yusuf A.S tidak terkena apa-apa yang membahayakan. Dia duduk sendirian di perigi itu.

Kemudian mereka datang kepada ayah mereka di senja hari sambil menangis. Mereka berkata: ”Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala; dan kamu sekali-kali tidak akan pernah percaya kepada kami, walaupun kami adalah orang-orang yang benar.” Mereka datang membawa bajunya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya’kub berkata: ”Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (Yusuf: 16-18)

Mereka melumurkan darah palsu iaitu darah binatang ke pakaian Yusuf AS tetapi mereka lupa untuk merobek-robek pakaian itu. Malah mereka membawa pakaian sebagaimana biasanya (masih utuh) tetapi hanya berlumuran darah.

Nabi Ya’kub A.S memegang pakaian anaknya dan memerhatikannya. Baju itu masih utuh dan tiada tanda-tanda cakaran atau robek. Serigala apa yang makan Yusuf? Apakah ia memakannya dari dalam pakaian tanpa merobek pakaiannya? Seandainya Yusuf mengenakan pakaiannya lalu dia dimakan oleh serigala, nescaya pakaian tersebut akan robek. Melalui bukti-bukti itu, Nabi Ya’kub A.S mengetahui bahawa Yusuf tidak dimakan oleh serigala. Si ayah mengetahui bahawa mereka berbohong. Ia mengungkapkan hal ini dalam perkataannya:

”Ya’kub berkata: ”Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku).

”Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (Yusuf: 18)

Demikianlah akhlak Nabi yang bijaksana. Dia meminta agar diberi kesabaran dan memohon pertolongan kepada Allah S.W.T atas apa yang mereka lakukan terhadap anaknya.

Selanjutnya, terdapat kafilah besar yang datang dari jauh menuju ke Mesir. Semua ahli kafilah itu menuju ke sumur (perigi) untuk berhenti rehat dan mengambil air. Seseorang menghulurkan timba ke dalam perigi itu, lalu Yusuf A.S bergantungan dengannya. Orang itu mengira bahawa timbanya telah penuh dengan air lalu menariknya. Tiba-tiba dia terkejut apabila menemui seorang budak di dalamnya.

Yusuf A.S dibawa pergi bersama mereka. Apabila sampai di Mesir, Yusuf A.S dijual di pasar hamba dengan harga yang sangat murah. Dia telah dibeli oleh seorang lelaki.

”Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang pengambil air, maka dia menurunkan timbanya, dia berkata: ”Oh! Khabar gembira, ini seorang anak muda!” Kemudian mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham saja, dan mereka tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: ”Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikianlah Kami berikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir) dan agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.” (Yusuf: 19-21)

Perhatikanlah bagaimana Allah S.W.T berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Yusuf A.S benar-benar diuji dengan ujian berat. Dia dimasukkan ke dalam sumur, dipisahkan dari ayahnya, kemudian dia diambil dari sumur lalu dijual di pasar. Selepas itu dia dibeli oleh seorang lelaki Mesir lalu menjadi seseorang yang dimiliki oleh lelaki itu. Demikianlah ujian demi ujian telah dialaminya. Yusuf A.S kelihatan tidak memiliki daya dan upaya, tetapi hakikat selalu berlawanan dengan prasangka. Itu adalah tragedi, ujian dan dugaan Allah S.W.T.

Yusuf A.S mendapat tempat di hati orang yang membelinya. Lelaki itu seorang yang berkuasa di Mesir dan bergelar Al-Aziz (bermaksud raja). Demikianlah Allah S.W.T memartabatkan Yusuf A.S di muka bumi. Al-Aziz berkata kepada isterinya: ”Hormatilah dia, kerana barangkali dia bermanfaat bagi kita atau kita dapat menjadikannya sebagai anak.”

Nabi Yusuf S.W.T adalah orang yang sangat tampan, di mana wajahnya mengundang kagum orang yang melihatnya. Sikapnya yang bersopan santun dan berakhlak mulia semakin menambah ketampanannya. Hari demi hari terus berlalu, Yusuf S.W.T pun semakin meningkat dewasa.

”Dan tatkala dia cukup dewasa Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat bait” (Yusuf: 22)

Yusuf A.S diberi kemampuan untuk menyelesaikan masalah serta pengetahuan tentang kehidupan dan peristiwa-peristiwanya. Dia juga diberi kebolehan bercakap yang dapat menarik hati orang yang mendengarnya. Yusuf A.S diberi kemuliaan sehingga menjadi tokoh yang agung. Tuannya mengetahui bahawa Allah S.W.T memuliakannya dengan mengirim Yusuf A.S. Dia mengetahui bahawa Yusuf A.S memiliki kejujuran, kemuliaan dan istiqomah (keteguhan).

Sementara itu, isteri tuannya itu selalu mengawasi Yusuf A.S. Dia suka duduk di samping Yusuf A.S dan berbual bersamanya. Dia mengamati kejernihan mata dan ketampanan Yusuf A.S. Akhirnya, kekaguman dan rasa cintanya semakin bertambah pada Yusuf A.S.

Al-Quran menceritakan kisah dari perjalanan cinta ini, di mana wanita itu (Zulaikha) mula menggoda Yusuf A.S.

”Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata: ”Marilah ke sini.” Yusuf berkata: ”Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan darinya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih.” (Yusuf: 23-24)

Zulaikha sangat mencintai Yusuf A.S. Dia merayu dengan cara terang-terangan lalu menutup pintu-pintu. Ini bererti bahawa terdapat peristiwa godaan sebelumnya di mana Yusuf A.S dapat menghindari. Peristiwa sebelumnya tidak disampaikan dengan cara terang-terangan seperti ini. Yusuf A.S telah terdidik di istana seorang pemerintah Mesir. Tinggal di lingkungan mewah, dikelilingi dengan wanitawanita cantik.

Bayangkanlah mereka berdua tinggal bersama di dalam satu rumah selama beberapa tahun. Wanita yang terbelenggu dengan hawa nafsunya, menggoda dan merayu Yusuf A.S, sementara Yusuf A.S masih bertahan dengan ketaqwaannya. Kemudian datanglah hari apabila wanita itu bosan dengan sikap tidak peduli dan keengganan Yusuf A.S melayaninya. Dia langsung mengubah perancangannya. Dia tidak lagi menggunakan isyarat, sebaliknya dia lebih berani memilih bahasa dan permintaan secara terang-terangan. Dia menutup semua pintu dan merayu tanpa rasa malu dengan hasrat menyatakan cinta dan memuaskan nafsunya.

Allah S.W.T berfirman: ”Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda (dan) Tuhannya.”

Para ahli tafsir sepakat tentang keinginan wanita itu untuk melakukan maksiat, manakala mereka berselisih pendapat tentang hasrat yang ada pada Nabi Yusuf A.S. Ada yang mengatakan bahawa wanita itu memang ingin melakukan maksiat dengannya dan Yusuf A.S pun memiliki perasaan sama, namun dia tidak sampai melakukannya. Ada yang mengatakan lagi bahawa wanita itu berhasrat untuk menciumnya dan Yusuf A.S berhasrat untuk memukulnya. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa hasrat ini memang terdapat di antara mereka sebelum terjadinya peristiwa itu. Ia merupakan pergolakan jiwa yang terdapat dalam diri Yusuf A.S ketika menginjak usia remaja, kemudian Allah S.W.T memalingkan kemungkaran darinya. Maka sebaik-baik tafsir, bahawa di sana terdapat pendahuluan dan pengakhiran dalam ayat tersebut.

Abu Hatim berkata: ”Aku membaca bahagian dari Al-Quran pada Abu Ubaidah dan aku sampai pada firman-Nya: ”Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda (dan) Tuhannya.”

Abu Ubaidah berkata: ”Ini berdasarkan pendahuluan dan pengakhiran. Dengan pengertian bahawa wanita itu benar-benar cenderung pada Yusuf A.S, dan seandainya Yusuf A.S tidak melihat tanda kebenaran dari Tuhannya nescaya dia pun akan cenderung padanya. Aku kira tafsir ini sesuai dengan kemaksuman para Nabi sebagaimana ia juga sesuai dengan maksud ayat yang datang sesudahnya: ”Demikianlah, agar Kami memalingkan darinya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih.”

Ayat tersebut menetapkan bahawa Nabi Yusuf A.S termasuk hamba-hamba Allah S.W.T yang ikhlas. Pada ketika yang sama, menetapkan juga kebebasannya dari pengaruh kekuasaan syaitan. Allah S.W.T berkata kepada iblis pada hari penciptaan:

”Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, iaitu orang-arang yang sesat.” (AlHijr:42)

Selagi Yusuf A.S termasuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas, maka dia akan suci dari pelbagai dosa. Ini tidak bererti bahawa dia tiada naluri kejantanan. Juga tidak bererti bahawa dia berada dalam kesucian para malaikat yang tidak terpengaruh dengan hawa nafsu. Namun beliau mempunyai keteguhan iman bagi menghadapi godaan yang cukup lama dan dia mampu untuk melawannya. Kemudian dia dibimbing dan ditenangkan oleh ketaqwaannya yang mampu melihat tanda-tanda kebenaran dari Tuhannya.

Zulaikha menghulurkan tangannya untuk memeluk tubuh Yusuf A.S. Dengan pantas Yusuf mengelak dan berlari menuju ke pintu. Wanita itu mengejar dan menarik pakaian Yusuf A.S. Kedua-duanya sampai ke pintu. Tiba-tiba pintu itu terbuka dan Al-Aziz (suami Zulaikha) datang bersama seorang ahli keluarganya.

”Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu.” (Yusuf: 25)

Wanita yang sedang mabuk cinta kepada Yusuf A.S itu melihat suaminya muncul tiba-tiba. Dia segera menggunakan helahnya. Yusuf A.S gementar dengan penuh rasa malu. Sebelum suaminya membuka mulutnya untuk berkata, wanita itu mendahuluinya dengan melontarkan tuduhan kepada Yusuf A.S.

Wanita itu berkata: ”Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan azab yang pedih?” (Yusuf: 25)

Zulaikha menuduh Yusuf A.S telah menggodanya dan cuba memperkosanya. Yusuf A.S memandang wanita itu dengan kesabaran. Sebenarnya dia berusaha menyembunyikan rahsia wanita itu, namun ketika dia dituduh, Yusuf A.S terpaksa mempertahankan dirinya.

”Yusuf berkata: ”Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya).” (Yusuf: 26)

Al-Aziz kebingungan cuba mencari kepastian tentang kejadian itu. Kemudian seorang ahli keluarga mengemukakan hujah yang boleh menghuraikan kekusutan itu. Menurutnya, kunci persoalan adalah terletak pada baju Yusuf A.S.

”Dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: ”Jika bajunya koyak di depan, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika bajunya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar.” (Yusuf: 26-27)

Mereka pun memeriksa pakaian Yusuf A.S dan mendapatinya dalam keadaan koyak dari belakang. Maka jelaslah bahawa Zulaikha yang cuba menggoda.

”Maka tatkala suami wanita itu melihat baju Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: ”Sesungguhnya (kejadian) itu adalah tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.” (Yusuf: 28)

Ketika si suami memastikan pengkhianatan isterinya, dia masih bertenang dan tidak menunjukkan emosi yang berlebihan. Dia menganggap apa yang dilakukan oleh isterinya sebagai tipu daya yang sangat besar (berbahaya). Kemudian dia menoleh kepada Yusuf A.S sambil berkata:

”Hai Yusuf! Berpalinglah dari ini, dan (kamu hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah.” (Yusuf: 29)

Al-Aziz mahu Yusuf A.S merahsiakan kejadian itu dan dia juga menyuruh isterinya meminta ampun dan bertaubat kerana melakukan dosa yang besar. Setelah pernyataan dan nasihat, Al-Aziz mengakhiri masalah tersebut.

Namun kejadian itu tidak berakhir begitu saja. Apa yang jelas, cerita itu akhirnya tersebar. Kemudian wanita-wanita yang tinggal di istana itu mula menjadikannya sebagai bahan cerita.

”Dan wanita-wanita di kota berkata: ”Isteri Al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata.” (Yusuf: 30)

Wanita-wanita itu mencerca Zulaikha sebagai sesat. Sedangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana tampannya wajah Yusuf A.S. Mereka tidak mengetahui kehebatan daya tarikannya.

Zulaikha merancang untuk mengenakan orang-orang yang mencercanya. Dia mengatur jamuan besar di istana dan mengundang wanita-wanita untuk hadir ke majlis itu. Mereka datang beramai-ramai dan jamuan itu berlangsung dengan cukup meriah. Zulaikha memanfaatkan majlis itu sebagai kesempatan untuk menunjukkan seorang pemuda yang paling tampan dan mengkagumkan.

”Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebilah pisau (untuk memotong buah) kemudian dia berkata (kepada Yusuf): ”Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka” Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: ”Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia.” Wanita itu berkata: ”Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia termasuk golongan orang-orang yang hina.” Yusuf berkata: ”Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.” Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Yusuf: 31-34)

Para tetamu wanita itu tercengang ketika menyaksikan wajah bercahaya yang menampakkan ketampanan luar biasa. Wanita-wanita itu pun terpaku dan mereka terus memotong buah yang ada di tangan mereka dengan pisau. Semua pandangan tertuju hanya kepada Yusuf A.S dan tidak melihat buah yang ada di tangan. Akhirnya, wanita-wanita itu memotong jari tangan sendiri namun mereka tidak merasa kesakitan. Sungguh kehadiran Yusuf di tempat itu sangat mengkagumkan sehingga tidak merasa sakit meskipun keluar darah dari luka jejari tangan mereka.

Kita tidak mengetahui secara pasti apa yang terjadi di tempat jamuan itu. Apa yang jelas, wanita-wanita yang hadir di majlis jamuan itu telah tergoda kepada Yusuf A.S. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar memalingkan tipu daya mereka darinya sehingga dia tidak cenderung kepada mereka dan kemudian menjadi orang yang bodoh. Allah S.W.T mengkabulkan doanya.

Akhirnya, wanita-wanita itu merasa putus asa untuk mendapatkan Yusuf A.S dan merasa bahawa rasa cinta mereka kepada Yusuf A.S adalah suatu keinginan yang mustahil untuk diwujudkan.

Wanita-wanita itu mula membicarakan tentang ketampanan luar biasa, pengaruh, kewibawaan dan kemuliaan Yusuf A.S. Mereka menceritakan bagaimana mereka memotong jejari mereka dengan pisau lantaran terlalu asyik ketika melihat Yusuf A.S. Akhirnya, berita itu tersebar dengan meluas.

Maka mulalah masyarakat merasakan bahawa Yusuf A.S seorang yang merbahaya dan wajar dikenakan sekatan. Selanjutnya dicadangkan agar Yusuf A.S dihukum penjara agar dia tidak dapat meninggalkan sebarang pengaruh ke atas sesiapa jua.

”Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.” (Yusuf:
35)

Di sinilah kewibawaan pemerintah dipertaruhkan dan menjadi pertimbangan. Lalu, rejim yang berkuasa menangkap Yusuf A.S dan dimasukkan ke dalam penjara untuk menutup cerita itu. Yusuf A.S telah berkata bahawa penjara baginya lebih disukainya dari memenuhi ajakan untuk melakukan kemungkaran. Maka Yusuf A.S dipenjarakan walaupun dia tidak bersalah.

Demikianlah ayat Al-Quran menggambarkan secara singkat suasana yang penuh dengan kekotoran dan kerosakan jiwa. Penjara menjadi jalan keluar yang dipilih oleh hukuman yang mutlak. Seandainya kita memerhatikan keadaaan masyarakat Mesir ketika itu, maka kita akan memahami mengapa kekuasaan mutlak itu dipergunakan. Orang-orang Mesir menyembah tuhan-tuhan yang beraneka ragam. Mereka menyembah sembahan selain Allah.

Meskipun Yusuf A.S sebagai seorang Nabi, beliau tetap dipenjarakan tanpa melalui proses pengadilan. Yusuf A.S masuk ke dalam penjara dengan hati yang tenang dan tidak menampakkan kesedihan. Baginya, penjara adalah suatu tempat yang damai, di mana di dalamnya dia mampu menenangkan diri dan berfikir tentang Tuhannya. Nabi Yusuf A.S memanfaatkan kesempatannya di penjara untuk berdakwah di jalan Allah S.W.T.

Di dalam penjara, beliau mendapati orang-orang yang tidak bersalah juga dimasukkan ke dalamnya. Ketika manusia dizalimi, maka hati mereka akan lebih mudah untuk menerima hidayah dan kebenaran. Memang hati orang-orang yang menderita dan teraniaya lebih terbuka untuk memenuhi panggilan Allah S.W.T.

Yusuf A.S bercerita kepada manusia tentang kebesaran, rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap makhluk-makhluk-Nya. Dia bertanya kepada mereka: ”Mana yang lebih baik. Apakah akal harus dikalahkan dan manusia menyembah tuhan yang bermacam-macam. Atau akal harus dimenangkan dan manusia menyembah Allah S.W.T Yang Maha Besar.”

Yusuf A.S menyampaikan hujah-hujah yang bernas melalui dakwahnya yang disampaikan dengan ketenangan dan kedamaian. Beliau berhujah dengan mereka secara baik serta niat yang tulus.

Kemudian, dua orang pemuda di dalam penjara bercerita tentang mimpi mereka kepada Nabi Yusuf A.S serta memintanya untuk mentafsirkannya. Yusuf A.S menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah.

Allah S.W.T berfirman:

”Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang di antara keduanya: ”Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku memerah anggur.” Dan yang lainnya berkata: ”Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung. Berikanlah kepada kami ta’birnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (menta’birkan mimpi).” Yusuf berkata: ”Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian. Dan aku mengikut agama bapa-bapaku iaitu Ibrahim, Ishak, dan Ya’kub. Tidaklah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia itu tidak mensyukuri(Nya). Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) namanama yang kamu dan nenek-nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Yusuf: 36-40)

Kedua orang pemuda itu pernah bekerja sebagai pembuat roti dan pelayan minuman raja di istana. Mereka menceritakan tentang mimpi masing-masing untuk mengetahui apakah petandanya.

Yusuf A.S berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian beliau memberitahu tukang roti itu, bahawa dia akan mati disalib dan pelayan minuman raja akan keluar dari penjara dan kembali bekerja di istana.

”Hai kedua penghuni penjara, adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar (arak); adapun yang seorang lagi, maka dia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya {kepadaku).” Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua: ”Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu.” Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.” (Yusuf: 41-42)

Akhirnya apa yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf A.S benar-benar terjadi. Tukang roti itu pun dibunuh manakala pelayan minuman raja dimaafkan dan kembali ke istana, tetapi syaitan telah membuatkannya lupa menyampaikan pesanan Yusuf A.S kepada raja.

Tahun demi tahun berlalu. Suatu hari si raja tidur dan bermimpi. Dalam mimpinya dia merasa dirinya berdiri di tepi Sungai Nil. Air sungai menjadi kering sehingga sungai itu menjadi tompokan tanah yang tandus. Kemudian ikan-ikan melompatlompat di tanah sungai. Lalu keluarlah dari sungai itu tujuh ekor sapi (lembu) yang gemuk dan tujuh ekor sapi yang kurus. Semua sapi yang kurus berubah menjadi binatang buas lalu menyerang dan membaham sapi-sapi yang gemuk. Raja berdiri dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan itu. Kemudian timbullah di tepi Sungai Nil tujuh tangkai hijau lalu tenggelam dalam tanah. Selepas itu, muncullah di tanah yang sama tujuh tangkai yang kering.

Tiba-tiba raja bangun dari tidurnya dalam keadaan takut. Raja menceritakan mimpinya kepada para penasihatnya dan meminta kepada mereka untuk mentafsirkan makna mimpinya itu. Para penasihat raja merasakan bahawa itu adalah mimpi yang aneh. Kemudian mereka bersepakat bahawa mimpi si raja tidak memiliki makna khusus dan hanya sekadar mainan tidur.

Berita tentang mimpi raja itu sampai ke pengetahuan pelayan minuman raja. Dia teringat kembali sewaktu di penjara, mimpinya pernah ditafsirkan oleh Yusuf A.S dan tafsirannya menepati kejadian yang berlaku. Dia juga teringat pesanan Yusuf A.S untuk memberitahu raja tentang dirinya di penjara. Dia segera menemui raja dan menceritakan peristiwa yang dialaminya bersama Yusuf A.S.

Firman Allah S.W.T:

”Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): ”Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir (gandum) yang hijau dan tujuh butir lainya yang kering. Hai orang-orang yang terkemuka, terangkanlah kepadaku tentang ta ’bir mimpiku itu jika kamu dapat menta ’birkan mimpi.” Mereka menjawab: ”(Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta ’birkan mimpi itu.” Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya: ”Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) menta ’birkan mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya).” (Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): ”Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir i gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya.” Yusuf berkata: ”Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur.” (Yusuf: 43-49)

Yusuf A.S menjelaskan kepada utusan raja bahawa negeri Mesir akan mengalami musim subur selama tujuh tahun di mana segala tanaman akan tumbuh segar. Maka dinasihatkan agar seluruh rakyat tidak melampaui batas memanfaatkan musim subur ini, kerana setelah itu akan disusuli pula dengan tujuh tahun kemarau. Pada musim itu, apa saja yang disimpan oleh penduduk akan habis. Oleh kerana itu, cara terbaik untuk menyimpan hasil tanaman mereka adalah dengan membiarkannya di tangkai agar tidak rosak.

Demikian takwil terhadap mimpi raja. Yusuf A.S menambah pembicaraan tentang keadaan setelah musim sulit itu. Ia merupakan tahun-tahun yang penuh rahmat kebahagiaan, di mana manusia mendapat kurniaan rezeki dengan banyaknya. Hujan kembali turun membasahi bumi, tanaman tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang melimpah-ruah. Kesuburan tanaman anggur mereka sehingga mereka memerah khamar darinya. Juga suburnya pohon zaitun dan mereka memerah minyak darinya.

Tahun kebahagiaan tidak terdapat dalam mimpi raja. Ia adalah ilmu khusus yang dimiliki Nabi Yusuf A.S. Dia menyampaikannya kepada utusan raja dan berpesan agar bahagian ini juga dikemukakan kepada raja dan masyarakat. Akhirnya, utusan itu kembali dan menceritakan semua yang didengarnya dari Yusuf A.S.

Raja menjadi hairan dengan cerita yang didengarnya. Dia kemudian berkata: ”Siapa gerangan orang yang dipenjarakan ini. Sungguh luar biasa. Dia menceritakan hal-hal yang akan terjadi serta cara-cara untuk mengatasi masalah tanpa meminta upah atau balasan.”

Kemudian raja mengeluarkan perintah agar Yusuf A.S dibebaskan dari penjara dan dipertemukan dengannya. Lalu seorang pembesar negara pergi ke penjara untuk menemui Yusuf A.S. Dia memerintahkan agar Yusuf A.S dibebaskan dari penjara untuk dibawa keluar dan dipertemukan dengan raja. Nabi Yusuf A.S telah bertahun-tahun berada dalam penjara itu serta hidup dalam seksaan dan penderitaan. Namun tawaran raja untuk membebaskannya tidak dipedulikannya.

Nabi Yusuf A.S menolak untuk bebas dari penjara kecuali semua tuduhan fitnah terhadapnya digugurkan. Apa yang jelas, pihak pemerintah yang berkuasa telah sewenangnya memfitnah Yusuf A.S dan menghukumnya secara zalim.

Sebagaimana kita ketahui, pihak pemerintah, pemimpin negara serta raja yang tidak beriman kepada Allah S.W.T sentiasa bersifat zalim dan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri. Memang, segala kemungkaran dan kezaliman raja atau para pembesar akan disokong oleh para pengampu mereka, tanpa memikirkan hukuman Allah S.W.T. Segala tindakan zalim raja atau pemerintah dianggap betul dan tepat oleh manusia yang tidak beriman. Kemungkaran dan kezaliman dilakukan secara berleluasa oleh raja yang hidup di istana kerana hukum yang dipakai di istana adalah hukum mutlak manusia yang didewakan oleh manusia. Malah biasanya raja akan didaulatkan dan disembah oleh manusia kerana terlalu taksub. Alangkah bodohnya. Lantaran itulah ada para ulama’ yang menganggap bahawa raja yang tidak beriman adalah bayangan iblis di dunia!

Nabi Yusuf A.S tidak mahu keluar dari penjara kecuali jika dibicarakan secara adil. Dia mahu kebenaran dapat ditegakkan agar dirinya yang menjadi mangsa fitnah akan terlepas dari segala tuduhan jahat lagi zalim itu.

”Raja berkata: ”Bawalah dia kepadaku.” Maka tatkala utusan itu datang kepada Yusuf, berkatalah Yusuf: ”Kembalilah kepada tuanmu dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya. Sesungguhnya Tuhanku, Maha Mengetahui tipu daya mereka.” (Yusuf: 50)

Utusan itu kembali kepada raja. Dia memaklumkan bahawa Yusuf A.S menolak untuk keluar dari penjara kecuali semua tuduhan terhadapnya dibicarakan. Maka raja memerintahkan agar kes godaan Zulaikha dan wanita-wanita yang terpotong jari (kerana terlalu asyik apabila melihat ketampanan Yusuf A.S) dibicarakan. Lalu berlangsunglah perbicaraan untuk mencari titik kebenaran.

Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): ”Bagaimana keadaanmu pendapatmu) ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?” Mereka berkata: ”Maha sempurna Allah, kami tiada mengetahui sesuatu Keburukan darinya.” Berkata isteri Al-Aziz: ”Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku) dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar.” Yusuf berkata: ”Yang Jemikian itu agar dia (Al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak khianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasannya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.” (Yusuf: 51-52)

Dengan pengakuan wanita-wanita yang telah menggoda Yusuf A.S itu, maka tersingkaplah kebenaran. Nabi Yusuf A.S didapati tidak bersalah lalu dibebaskan dari tuduhan yang mengaibkan itu.

Yusuf A.S akhirnya dapat membersihkan namanya yang dicemari fitnah. Dia bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah membebaskannya dari musibah. Begitu juga para wanita penggoda menginsafi di atas keserakahan nafsu mereka dan dengan berani telah membuat pengakuan terhadap kejahatan yang dilakukan sehingga Nabi Yusuf A.S dipenjarakan sekian lama.

”Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Yusuf: 53)

Melalui ayat Al-Quran, kita dapat mengetahui bahawa hati raja dan para wanita penggoda mula dijamah sinar hidayah untuk mengikuti agama tauhid yang didakwahkan oleh Nabi Yusuf A.S. Dengan izin dan rahmat Allah S.W.T, raja telah mengurniakan kepada Yusuf A.S kedudukan yang tinggi dalam kerajaan.

”Dan raja berkata: ”Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: ”Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.” Berkatalah Yusuf: ”Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.” Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana saja yang dia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa.” (Yusuf: 54-57)

Sesungguhnya Nabi Yusuf A.S tidak mencari keuntungan peribadi apabila memohon kepada raja agar dia dilantik menguruskan harta kekayaan negara. Dia juga bukan temberang dalam pengakuannya kepada raja bahawa dia mempunyai ilmu yang sangat luas. Sebaliknya, dia memohon untuk memikul amanah besar itu kerana Allah S.W.T semata-mata. Berbakti untuk kesejahteraan hidup manusia. Dia tidak sesekali akan menjadi penguasa yang mempermainkan rakyat.

Demikianlah Allah S.W.T memberi kedudukan kepada Yusuf A.S di Mesir. Raja pun melantiknya sebagai pembesar yang menguruskan hal-ehwal ekonomi serta perbendaharaan negara.

Nabi Yusuf A.S seorang yang bijaksana dan jujur. Oleh kerana itu, selama menduduki pemerintahan, ekonomi Mesir tidak perlu dikhuatirkan. Kemudian roda zaman berputar. Tahun-tahun kejayaan dan kesenangan berlalu dengan cepat, dan datanglah tahun-tahun kesulitan.

Al-Quran membentangkan suatu peristiwa yang dialami saudara-saudara Yusuf A.S, di mana mereka datang dari Palestin untuk membeli makanan di Mesir. Ketika itu makanan terpaksa dicatu. Oleh itu, tiada orang yang berkesempatan membeli makanan untuk disimpannya, sehingga orang lain akan mati kelaparan.

Dari jauh, saudara-saudara Yusuf A.S yang telah membuangnya ke dalam sumur telah datang. Anak-anak Nabi Ya’kub A.S itu berbaris dalam rombongan orang-orang yang memerlukan makanan. Yusuf A.S duduk di atas singgahsana Mesir sebagai seorang penguasa yang memerintah, dikelilingi para menteri, orang-orang penting dan bala tentera. Nabi Yusuf A.S segera mengenali saudara-saudaranya, manakala mereka tidak mengenalinya kerana telah terpisah cukup lama.

Terjadilah pertemuan antara Yusuf A.S dan saudara-saudaranya tanpa mereka mengenali Yusuf A.S. Saudara-saudara Yusuf A.S itu berjumlah sepuluh orang, namun mereka membawa sebelas ekor unta. Yusuf A.S bertanyakan tentang itu. Mereka mengatakan, seorang lagi adik mereka yang paling kecil (Bunyamin) tidak dapat datang. Maka, YusufM menetapkan bahawa bekalan yang diberikan adalah mengikut jumlah orang yang hadir. Lalu bekalan makanan mengikut sukatan yang sempurna dan adil diberikan kepada mereka.

Allah S.W.T berfirman:

”Dan saudara-saudara Yusuf datang (ke Mesir) lalu mereka masuk ke (tempat)nya. Maka Yusuf mengenali mereka, sedang mereka tidak kenal (lagi) kepadanya. Dan tatkala Yusuf menyiapkan untuk mereka bahan makanannya, dia berkata: ”Bawalah kepadaku saudaramu yang seayah dengan kamu (Bunyamin), tidakkah kamu melihat bahawa aku menyempurnakan sukatan dan aku adalah sebaik-baikpenerima tamu? Jika kamu tidak membawanya kepadaku, maka kamu tidak akan mendapatkan sukatan lagi daripadaku dan jangan kamu mendekatiku.” Mereka berkata: Kami akan memujuk ayahnya untuk membawanya (ke mari) dan sesungguhnya kami benar-benar akan melaksanakannya.” Yusuf berkata kepada bujang-bujangnya: ”Masukkanlah barang-barang (penukar kepunyaan-kepunyaan mereka) ke dalam karung-karung mereka, supaya mereka mengetahuinya apabila mereka telah kembali kepada keluarganya, mudah-mudahan mereka kembali lagi.” (Yusuf: 58-62)

Saudara-saudara Yusuf A.S pulang dan menemui ayah mereka. Sebelum menurunkan muatan yang dibawa, mereka menemui ayah mereka dan berkata: ”Sungguh kami tidak mendapatkan sukatan makanan (gandum) yang cukup. Ini terjadi kerana ayah melindungi adik kami (Bunyamin). Mereka tidak memberikan sukatan makanan kepada orang yang tidak hadir. Mengapa engkau tidak membenarkan kami membawanya dan sesungguhnya kami akan menjaganya.”

Jelas sekali alasan itu bertujuan untuk menyalahkan si ayah kerana kegagalan mereka memperolehi makanan. Namun, si ayah menjawab dengan menggunakan sopan santun para Nabi. Dia berkata bahawa dia bimbang akan berulang kejadian sebagaimana kehilangan Yusuf A.S dahulu.

Anak-anak itu membuka karung yang mereka bawa untuk mengeluarkan makanan yang ada di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati barang-barang mereka telah dikembalikan bersama makanan yang dibeli. Pengembalian itu menunjukkan semacam peringatan agar mereka kembali buat kali kedua untuk membayarnya.

Anak-anak itu segera memberitahu ayah mereka: ”Wahai ayah, kami tidak berbuat aniaya dan kami tidak berbohong kepadamu. Sungguh harga yang telah kami beli, dikembalikan kepada kami. Ini bererti bahawa mereka tidak menjual kepada kami kecuali jika saudara kami pergi bersama.”

Perbincangan dengan ayah mereka terus berlanjutan. Mereka menjelaskan bahawa kekhuatiran si ayah terhadap kehilangan seorang lagi anaknya, mengorbankan kepentingan mereka. Mereka ingin kembali ke Mesir bersama saudara termuda mereka (Bunyamin) untuk menambah bekalan makanan. Mereka berjanji akan menjaga saudara mereka itu. Percakapan tersebut berakhir dengan persetujuan si ayah terhadap keinginan mereka.

Allah S.W.T berfirman:

”Maka tatkala mereka telah kembali kepada ayah mereka (Ya’kub), mereka berkata: ”Wahai ayah kami, kami tidak akan mendapat sukatan (gandum) lagi, (jika tidak membawa saudara kami), sebab itu biarkanlah saudara kami pergi bersama-sama kami supaya kami mendapat sukatan, dan sesungguhnya kami benar-benar akan menjaganya.” Berkatalah Ya’kub: ”Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin) kepadamu, kecuali seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu dahulu? Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” Tatkala mereka membuka barang-barangnya, mereka menemukan kembali barang-barang (penukaran) mereka, dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata: ”Wahai ayah kami, apa lagi yang kita inginkan. Ini barangbarang kita dikembalikan kepada kita, dan kami akan dapat memberi makan keluarga kami, dan kami akan dapat memelihara saudara kami, dan kami akan mendapat tambahan sukatan (gandum) seberat beban seekor unta. Itu adalah sukatan yang mudah (bagi raja Mesir). Ya’kub berkata: ”Aku sekali-kali tidak akan melepaskannya (pergi) bersama-sama kamu, sebelum kamu memberikan kepadaku janji yang teguh atas nama Allah, bahawa kamu pasti akan akan membawanya kembali kepadaku, kecuali jika kamu dikepung musuh.” Tatkala mereka memberikan janji mereka, maka Ya’kub berkata: ”Allah adalah saksi terhadap apa yang kita ucapkan (ini).” Dan Ya’kub berkata: ”Hai anak-anakku, janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri.” Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkhan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiadalah melepaskan mereka sedikit pun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya’kub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, kerana Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” (Yusuf: 63-68)

Dengan restu si ayah, saudara-saudara Yusuf A.S pergi semula ke Mesir. Kali ini mereka datang seramai sebelas orang. Setelah sampai, mereka terus menuju ke tempat Nabi Yusuf A.S.

Firman Allah S.W.T:

”Dan tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf, Yusuf membawa saudaranya Bunyamin) ke tempatnya, Yusuf berkata: ”Sesungguhnya aku (ini) adalah saudaramu, maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Yusuf: 69)

Kisah di dalam Al-Quran tidak menyebut bagaimana selanjutnya suasana pertemuan atau percakapan Yusuf A.S dengan semua adik-beradiknya. Namun kita dapat merasai betapa Nabi Yusuf A.S menyayangi dan melindungi saudaranya serta menunjukkan rahsia keakraban keluarga.

Al-Quran selanjutnya mengungkapkan peristiwa tatkala mereka meninggalkan tempat itu. Yusuf A.S merancang sesuatu agar saudaranya yang kecil (Bunyamin) kekal bersamanya. Yusuf A.S sedar bahawa itu akan menimbulkan kesedihan ayahnya. Al-Quran menyentuh rahsia tersebut, iaitu bahawa Yusuf A.S bertindak di bawah bimbingan wahyu Ilahi agar Nabi Ya’kub A.S menerima ujian dan menjalani puncak penderitaan. Sesungguhnya Allah S.W.T menguji Nabi-Nya dengan pelbagai penderitaan dan berkat kesabaran atas ujian-Nya, Allah S.W.T akan mengembalikan kepadanya kedua orang puteranya serta memulihkan penglihatan matanya yang buta.

Yusuf A.S memerintahkan para pengawal meletakkan gelas emas milik raja di tempat simpanan saudaranya. Saudara-saudara Yusuf A.S bersiap-siap untuk pergi bersama saudara mereka yang kecil.

Kemudian pintu kota ditutup dan tiba-tiba seorang pengawal berteriak: ”Hai kafilah, kamu semua adalah pencuri.”

Teriakan itu menghentikan langkah mereka. Kini, mereka semua menjadi tertuduh.

”Barang apa yang hilang dari kamu?” tanya saudara-saudara Yusuf.

”Kami kehilangan gelas emas milik raja. Barangsiapa menemuinya, maka kami, akan memberikannya makanan,” ujar petugas itu.

Saudara-saudara Yusuf A.S yakin mereka tidak mencuri. Mereka menegaskan bahawa kedatangan mereka bukan untuk berbuat jahat, malah mereka adalah dari keturunan yang mulia.

Pengawal berkata (sebelumnya mereka telah mendapat arahan dari Yusuf): ”Hukuman apa yang kalian inginkan bagi pencuri?”

Saudara-saudara Yusuf A.S berkata: ”Dalam peraturan kami, orang yang mencuri akan menjadi budak suruhan bagi orang yang kehilangan barangnya.”

Petugas itu berkata: ”Kami akan menerapkan peraturan kalian. Kami tidak menggunakan undang-undang Mesir yang memenjarakan pencuri.”

Tawaran ini tentu rencana jitu Allah S.W.T di mana Yusuf A.S diberi ilham untuk membicarakan hal itu kepada pengawalnya. Seandainya bukan kerana rencana Ilahi, Yusuf A.S tidak akan dapat mengambil saudaranya.

Maka diarahkan semuanya menjalani pemeriksaan sambil diperhatikan oleh Nabi Yusuf A.S. Dia telah memerintahkan untuk bermula dengan memeriksa saudarasaudaranya dan hendaklah mereka tidak mengeluarkan gelas raja kecuali pada pemeriksaaan terakhir.

Kemudian selesailah pemeriksaan saudara yang pertama, kedua, sampai saudara yang kesepuluh dan tidak ditemui gelas emas itu. Saudara-saudara Yusuf merasa bahawa mereka terlepas dari tuduhan mencuri.

”Kami semua telah diperiksa kecuali saudara kami yang kecil,” ujar mereka.

”Dia tidak perlu diperiksa. Nampaknya dia bukan pencuri,” ujar Yusuf A.S.

Saudara-saudara Yusuf A.S berkata: ”Kami tidak akan meninggalkan tempat ini kecuali setelah dia diperiksa. Ini harus dilakukan agar hati kami menjadi tenang, begitu juga hati kalian. Sungguh, kami adalah anak-anak dari seorang tua yang baik dan kami bukanlah pencuri.”

Pengawal pun memeriksa tempat simpanan barang saudaranya yang ke sebelas dan menemui gelas raja di dalamnya. Saudara-saudara Yusuf A.S mencela saudara mereka itu dengan berkata: ”Jika dia mencuri, maka saudaranya yang dulu pun juga mencuri.”

Yusuf A.S merasa amat sedih mendengar tuduhan mereka namun dia berusaha menyembunyikan perasaannya.

Kemudian mereka mohon pertimbangan Nabi Yusuf A.S agar hukuman dipinda. Mereka berkata: ”Wahai orang mulia, wahai raja, sungguh dia mempunyai ayah yang sudah tua, maka ambilah salah seorang dari kami sebagai gantinya. Sungguh kami melihatmu sebagai seorang yang baik.”

Yusuf A.S berkata dengan penuh ketenangan: ”Bagaimana kami harus melepaskan seseorang yang kami temukan gelas raja di tempatnya, lalu kalian meminta seseorang yang lain sebagai gantinya? Ini adalah tindakan yang zalim dan kami tidak akan berbuat zalim.”

Saudara-saudara Yusuf A.S berusaha untuk merayu tetapi ditolak. Maka mereka mesti pulang dan meninggalkan saudara mereka menjalani hukuman. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan serta bagaimana mereka akan menghadapi ayah mereka untuk menceritakan apa yang terjadi.

Salah seorang saudara yang paling tua duduk di atas tanah dan berkata: ”Aku tidak akan bergerak dari tempatku. Kalian telah berbuat aniaya terhadap Yusuf A.S sebelum ini dan sekarang kalian berbuat aniaya terhadap saudaranya. Pulanglah kalian pada ayah tanpa aku dan ceritakan padanya apa yang terjadi.”

Allah S.W.T berfirman:

”Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka, Yusuf memasukkan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: ”Hai kafilah, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang mencuri.” Mereka menjawab, sambil menghadap kepada penyeru-penyeru itu: ”Barang apakah yang hilang dari kamu?” Penyerupenyeru itu berkata: ”Kami kehilangan piala raja, dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan (seberat) beban unta, dan aku menjamin terhadapnya.” Saudara-saudara Yusuf menjawab: ”Demi Allah, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa kami datang bukan untuk membuat kerosakan di negeri (ini) dan kami bukanlah para pencuri.” Mereka berkata: ”Tetapi apa balasannya jika kamu betul-betul pendusta?” Mereka menjawab: ”Balasannya, ialah pada siapa diketemukan (barang yang hilang) dalam karungnya, maka dia sendirilah balasannya (tebusannya). Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang zalim.” Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendakinya. Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki: Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. Mereka berkata: ”Jika dia mencuri, maka sesungguhnya telah pernah mencuri pula saudaranya sebelum itu.” Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya): ”Kamu lebih buruk dari kedudukanmu (sifat-sifatmu) dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu. Mereka berkata: ”Wahai Al-Aziz, sesungguhnya dia mempunyai ayah yang sudah lanjut usianya, lantaran itu ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya, sesungguhnya kami melihat kamu termasuk orang-orang yang berbuat baik.” Berkata Yusuf: ”Aku mohon perlindungan kepada Allah dari menahan seseorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim.” Maka tatkala mereka berputus asa daripada (keputusan) Yusuf mereka menyendiri sambil berunding dengan berbisik-bisik. Berkatalah yang tertua di antara mereka: ”Tidakkah kamu ketahui bahawa sesungguhnya ayahmu telah mengambil janji dari kamu dengan nama Allah dan sebelum itu kamu telah mensia-siakan Yusuf. Sebab itu, aku tidak akan meninggalkan negeri Mesir, sampai ayahku mengizinkan kepadaku (untuk kembali) atau Allah memberi keputusan terhadapku. Dan Dia adalah hakim yang sebaik-baiknya.” (Yusuf: 70-80)

Saudara-saudara Yusuf A.S pun berangkat pulang kembali tanpa saudara kandung mereka yang sulung dan yang bongsu. Sebaik sampai, mereka masuk menemui ayah mereka dan berkata: ”Wahai ayah, anakmu benar-benar telah mencuri.”

Nabi Ya’kub A.S amat terkejut dengan berita yang didengarnya: ”Apa yang kalian katakan ini?” soalnya kehairanan.

Mereka menceritakan apa yang telah terjadi. Nabi Ya’kub A.S amat sedih dan berkata: ”Hanya dirimu sendiri yang memandang baik perbuatan yang buruk itu. Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku. Mudah-mudahan Allah S.W.T mendatangkan mereka semuanya kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”

Nabi Ya’kub A.S bersabar dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Dia amat menderita dengan kehilangan Yusuf dan kini sekali lagi dia kehilangan anak.

Allah S.W.T berfirman: .

”Kembalilah kepada ayahmu dan katakanlah: ”Wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu telah mencuri; dan kami hanya menyaksikan apa yang kami ketahui dan sekali-kali kami tidak dapat menjaga (mengetahui) barang yang ghaib. Dan tanyalah (penduduk) negeri yang kami berada di situ, dan kafilah yang kami datang bersamanya, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.

Ya’kub berkata: ”Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Mudahmudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Dan Ya ’kub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: ”Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf.” Dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya).” (Yusuf: 81-84)

Tangisan yang cukup lama (kerana kehilangan Yusuf) menyebabkan beliau kehilangan penglihatan. Para Nabi adalah manusia yang memiliki perasaan paling besar dan sensitif terhadap penderitaan. Tangisan itu merupakan tingkatan dari cinta, juga merupakan bentuk pengaduan kepada Allah S.W.T. Nabi Ya’kub A.S menangis kerana beliau adalah seorang yang berjiwa besar. Beliau tidak menangis di hadapan orang. Tangisan beliau sekadar pengaduan kepada Allah S.W.T yang tiada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah S.W.T. Tangisan tersebut tidak difahami oleh anak-anak, di mana mereka menasihatinya agar berhenti menangis kerana itu akan menghancurkan dirinya sendiri.

”Mereka berkata: ”Demi Allah, sentiasa kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu mengidap penyakit yang berat atau termasuk orang-orang yang binasa.” Ya’kub menjawab: ”Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Yusuf: 85-86)

Nabi Ya’kub A.S menjawab anak-anaknya itu serta berusaha menunjukkan alasan dan hakikat dari tangisannya. Dia mengadukan penderitaannya kepada Allah S.W.T kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui terhadap banyak hal yang tidak mereka ketahui. Dia meminta mereka agar melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

”Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf:
87)

Di tengah kesedihan, Nabi Ya’kub A.S mengharapkan rahmat Allah S.W.T. Beliau mengetahui melalui ilham bahawa Yusuf A.S tidak mati. Oleh itu, dia menyuruh anak-anaknya pergi mencari Yusuf A.S.

Kafilah bergerak menuju ke Mesir. Saudara-saudara Yusuf A.S pergi menemui AlAziz. Kefakiran mereka, kesedihan ayah mereka dan penderitaan yang mengiringi mereka telah meruntuhkan kekuatan mereka. Kini mereka menemui Yusuf A.S dan membawa harta benda yang sangat sederhana.

Allah S.W.T berfirman:

”Maka ketika mereka masuk (ke tempat) Yusuf, mereka berkata: ”Hai Al-Aziz, kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami datang membawa barang-barang yang tidak berharga, maka sempurnakanlah sukatan untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami, sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersedekah.” (Yusuf: 88)

Mereka terpaksa meminta sedekah daripada Yusuf A.S dan mengingatkan bahawa Allah S.W.T akan membalas orang-orang yang bersedekah.

”Yusuf berkata: ”Apakah kamu mengetahui (kejelekan) apa yang telah kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika kamu tidak mengetahui (akibat) perbuatanmu itu?” Mereka berkata: ”Apakah kamu ini benar-benar Yusuf?” Yusuf menjawab: ”Akulah Yusuf dan ini saudaraku, sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami.” Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” Mereka berkata: ”Demi Allah, sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu atas kami, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa).” (Yusuf: 89-91)

Mereka telah membuat pengakuan atas pengkhianatan terhadap Yusuf A.S. Setelah tahun demi tahun berlalu, maka tersingkaplah tipu daya mereka. Allah S.W.T Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Masuknya Yusuf A.S ke dalam sumur merupakan awal dari kebangkitan untuk menduduki istana dan kekuasaan. Perpisahan beliau dengan ayahnya menjadi sebab bertambahnya cinta Nabi Ya’kub A.S kepadanya. Ini adalah tabir yang tersingkap di depan mereka.

Pengakuan mereka terhadap kesalahan yang dilakukan turut menyembunyikan kekhuatiran pada diri mereka. Mereka takut Yusuf A.S akan membalas dendam kepada mereka. Tubuh mereka mula gementar ketakutan. Melihat hal yang demikian itu, Yusuf menenangkan perasaan mereka.

”Dia (Yusuf) berkata: ”Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu, mudahmudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang. Pergilah kamu dengan membawa bajuku ini, lalu letakkanlah ke wajah ayahku, nanti dia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku.” (Yusuf: 92-93)

Tiada balas dendam, celaan dan tiada kebencian. Ini mengisyaratkan bahawa beliau mengampuni saudara-saudaranya itu. Nabi Yusuf A.S berdoa kepada Allah S.W.T agar Dia mengampuni mereka dan tentunya doa seorang Nabi akan dikabulkan. Ini adalah sikap beliau yang sangat terpuji. Setelah itu, Nabi Yusuf A.S mengalihkan pembicaraan kepada ayahnya. Beliau mengetahui bahawa mata ayahnya sudah buta dan dapat merasakan penderitaan ayahnya.

Kafilah pun kembali ke Palestin. Sementara itu, Nabi Ya’kub A.S duduk di dalam biliknya dalam keadaan kedua matanya memutih (buta). Tiba-tiba dia bangkit dan nampak perubahan di wajahnya. Dia menyalin pakaian lalu keluar ke halaman rumah. Dia menghirap nafas dalam-dalam bagaikan sedang mencium sesuatu yang sangat harum. Dia juga mengangkat kepalanya memandang ke langit. Kemudian dia kembali ke dalam biliknya.

Salah seorang isterinya berkata: ”Hari ini Ya’kub keluar dari biliknya dan dia tidak seperti biasa. Dia tinggalkan persembunyiannya dan berdiri di halaman rumah. Dia melihat ke langit padahal dia buta. Tetapi aku telah melihat senyuman yang menghiasi wajahnya.”

Isteri-isteri lain bertanya: ”Kamu mengatakan bahawa dia memakai baju baru dan kamu mengatakan bahawa dia tersenyum?”

Keadaan itu menghairankan mereka. Isteri-isteri Nabi Ya’kub A.S menemuinya dan mereka nampak senyuman menghiasi wajahnya. Mereka bertanya: ”Apakah yang kamu rasakan, wahai orang yang mulia?”

”Aku mencium bau Yusuf,” jawab Nabi Ya’kub A.S.

Mendengar jawapan itu, mereka semua merasa jengkel. Lalu Nabi Ya’kub A.S menambah: ”Sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal, tentu kamu membenarkan aku.”

Mereka berlalu meninggalkan Nabi Ya’kub A.S sendirian. Mereka terus berbicara sesama sendiri tentang perubahan sikap Nabi Ya’kub A.S yang sangat ganjil itu.

Sementara itu, kafilah dari Mesir berjalan dengan membawa pakaian Yusuf A.S yang disembunyikan di bawah gandum. Dalam waktu yang sama, Nabi Ya’kub A.S solat dan mengangkat kedua tangannya ke langit dan menangis.

Sebaik kafilah dari Mesir tiba, mereka memberikan baju Yusuf A.S kepada ayah mereka. Dengan izin Allah A.S, Nabi Ya’kub A.S dapat melihat semula. Anak-anaknya memohon ampun di atas kesalahan mereka.

Firman Allah S.W.T:

”Tatkala kafilah itu telah keluar (dari negeri Mesir) berkata ayah mereka: ”Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal (tentu kamu membenarkan aku). Keluarganya berkata: ”Demi Allah, sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruanmu yang dahulu.” Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju itu ke wajah Ya ’kub, lalu kembalilah dia dapat melihat. Berkata Ya’kub: ”Tidakkah aku katakan kepadamu, bahawa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.” Mereka berkata: ”Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa). Ya’kub berkata: ”Aku akan memohon ampun bagimu kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 94-98)

Selanjutnya Nabi Yusuf A.S dapat menemui ibu dan ayahnya semula. Mereka telah dibawa ke Mesir untuk menemui anak yang telah sekian lama hilang. Inilah fasa terakhir dari kisah Nabi Yusuf A.S di mana kisahnya dimulai dengan mimpi dan terakhirnya menyebutkan takwil mimpi.

Al-Quran menyatakan kisah pertemuan mereka itu. Firman Allah:

”Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf, Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: ”Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya-Allah dalam keadaan aman.” Dan dia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya bersujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: ”Wahai ayahku, inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Yusuf: 99-100)

Dengan wujudnya kebenaran mimpi yang dialami, Nabi Yusuf A.S merasa amat bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Beliau berdoa:

”Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” (Yusuf: 101)

Demikianlah kisah Nabi Yusuf A.S putera Nabi Ya’kub A.S yang mulia. Sesungguhnya menerusi kisah ini terdapat pengajaran bagi orang yang berakal demi menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

KISAH NABI ISHAK DAN YA'KUB A.S

Al-Quran hanya menyebutkan sekilas tentang kisah Nabi Ishak A.S. Kelahiran Nabi ini membawa suatu kejadian yang luar biasa, di mana para malaikat menyampaikan berita gembira tentang kelahirannya.

Kelahiran Nabi Ishak A.S terjadi setelah beberapa tahun lahirnya Nabi Ismail A.S, abangnya. Hati Sarah sangat gembira dengan kelahiran Ishak A.S. Kita tidak mengetahui bagaimana kehidupan Nabi Ishak A.S dan bagaimana sikap kaumnya. Namun kita mengetahui bahawa Allah S.W.T memujinya sebagai seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.

Adapun Ya’kub A.S adalah Nabi pertama yang berasal dari sulbinya. Beliau adalah Ya’kub bin Ishak bin Ibrahim. Dia adalah seorang Nabi yang diutus bagi kaumnya. Allah S.W.T menyebutkan tiga bahagian dari kisahnya. Berita gembira tentang kelahirannya disampaikan oleh para malaikat kepada datuknya, Ibrahim A.S dan Sarah, neneknya. Allah S.W.T juga menyebutkan wasiat Nabi Ya’kub A.S dan menyebutkannya dalam kisah Nabi Yusuf A.S.

Melalui wasiatnya, kita dapat mengetahui tingkat ketaqwaannya. Kita mengetahui bahawa kematian adalah suatu kegetiran bagi manusia. Sewaktu ajal, manusia hanya ingat terhadap derita menghadapinya. Namun Nabi Ya’kub A.S tidak lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T sewaktu ajal menjemputnya.

Allah S.W.T berfirman:

”Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: ”Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab: ”Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 133)

Peristiwa ini terjadi antara Nabi Ya’kub A.S dengan anak-anaknya ketika menjelang ajalnya. Apakah yang memenuhi fikirannya tatkala menghadapi sakaratul maut? Apakah perkara penting yang harus disampaikan agar hatinya tenang? Apakah warisan yang ingin ditinggalkan kepada anak-cucunya? Apakah wasiat yang disampaikan sebelum kematiannya dapat menjamin keselamatan manusia?

Kita akan menemui jawapan dari semua pertanyaan itu, apabila beliau bertanya: ”Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?”

Persoalan itulah yang sangat merisaukan beliau ketika menghadapi sakaratul maut. Iaitu masalah keimanan kepada Allah S.W.T. ia adalah merupakan warisan hakiki.

Anak-anaknya berkata: ”Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim A.S, Ismail A.S dan Ishak A.S Iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kami akan berserah diri pada-Nya.”

Telah terdapat dalil yang kuat menunjukkan bahawa mereka diutuskan untuk menyebarkan Islam. Jika mereka keluar dari Islam, bererti mereka keluar dari rahmat Allah S.W.T. Jika mereka tetap mempertahankannya, maka mereka akan mendapat rahmat. Nabi Ya’kub A.S merasa tenang atas aqidah mereka.

Sebelum wafat, Nabi Ya’kub A.S mendapat ujian berat berkenaan dengan anaknya Yusuf A.S, yang juga merupakan seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah S.W.T.

Sabtu, 2 Januari 2010

NABI ISMAIL A.S

Ismail A.S masih kecil ketika memulakan perjalanannya menuju Allah S.W.T. Ibunya. Hajar membawa dan membaringkannya di atas tanah, iaitu tempat yang sekarang dikenali dengan nama telaga zam-zam di dalam Ka’abah. Ketika itu tempat tersebut sangat tandus. Nabi Ibrahim A.S meninggalkan isteri dan anaknya yang masih kecil.

”Wahai Ibrahim, ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering ini?” kata Hajar.

Hajar mengulang-ulang pertanyaannya. Manakala Nabi Ibrahim A.S cuma diam. AllahtH telah memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan penuh keimanan, Nabi Ibrahim A.S melaksanakan perintah Allah S.W.T. Ia adalah tugas murni yang mengandungi hikmah-Nya.

Hajar tinggal sendirian bersama anaknya di lembah yang terasing dan tandus. Dii tidak mengetahui keadaan tempat itu. Ketika inilah Ismail A.S yang masih menyusui ibunya memulakan perjalanannya menuju Allah S.W.T. Mengalami ujian sewaktu masih kecil. Ianya juga ujian bagi ayahnya yang mendapat seorang anak ketika sudah tua.

Nabi Ibrahim A.S menyedari bahawa manusia tidak memiliki sesuatu apa pun dalam dirinya. Seseorang yang cinta kepada Allah S.W.T akan memberikan dirinya serta segala apa jua kesayangannya kepada Allah S.W.T tanpa ragu. Itu adalah hukum cinta suci yang dalam. Allah S.W.T menurunkan perintah dan Ibrahim A.S mentaatinya. Di sinilah berlangsung ujian berat dan kesulitan. Di sinilah cinta paling murni diungkapkan dan disemai.

Allah S.W.T menguji kekasih-Nya Ibrahim®! dengan ujian yang sangat berat, di mana umumnya setiap ayah tidak akan sanggup melakukannya. Bukan bererti bahawa cinta Allah S.W.T kepada Ibrahim A.S dan cinta Ibrahim A.S kepada-Nya menjadikan Ibrahim A.S tidak memiliki perasaan kemanusiaan. Malah kekuatan cintanya kepada Allah S.W.T umpama lautan perasaan kemanusiaan yang tidak bertepi. Perasaan kasih sayang terhadap Ismail A.S lebih besar dari perasaan setiap ayah terhadap anaknya. Meskipun demikian, dia rela meninggalkan anaknya di gurun tandus kerana Allah S.W.T memerintahkan begitu. Terjadilah konflik dalam dirinya namun dia mampu melalui ujian dan memilih cinta Allah S.W.T.

Ketika Nabi Ibrahim A.S merasa kecintaan yang luar biasa kepada anaknya, maka Allah S.W.T memerintahkannya menyembelih anaknya itu, bagi membuktikan hanya kepada Allah S.W.T pusat cinta para Nabi-Nya. Barangsiapa yang mencintai Allah S.W.T, maka dia harus mencintai kebenaran. Orang yang mencintai kebenaran adalah orang memenuhi hatinya dengan cinta hanya kepada Allah S.W.T. Ismail A.S mewarisi kesabaran ayahnya.

Nabi Ibrahim A.S pernah berdoa kepada Allah S.W.T:

”Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” (As-Shaffat: 100)

Allah S.W.T membalas doanya:

”Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.” As-Shaffat: 101)

Kesabaran Ismair A.S sama seperti yang terdapat pada ayahnya. Begitu juga kebaikan, ketaqwaan dan adab kenabian, adalah sama sebagaimana ayahnya. Ismail A.S mendapat ujian pertama dan ujian itu berakhir apabila Allah S.W.T memancarkan mata air telaga zam-zam dari kedua kakinya. Kemudian Ismail A.S mendapat ujian kedua dalam hidupnya sewaktu meningkat usia remaja:

”Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu.” Dia menjawab: ”Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (As-Shaffat:
102)

Ismail A.S tidak bertanya tentang kebenaran mimpi itu, tetapi terus meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah S.W.T. Dia juga meminta ayahnya agar tidak gelisah dan sedih.

”Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang soleh.

Itulah puncak kesabaran dari seorang anak dan tentu ayahnya pula harus lebih bersabar. Ianya bagaikan ujian, siapa di antara mereka yang paling sabar. Ujian yang bertujuan meraih cinta Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang benar janjinya dan dia adalah seorang Rasul dan Nabi. Dan dia menyuruh keluarganya untuk bersolat dan menunaikan zakat, dan dia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya.” (Maryam: 54-55)

Ismail A.S hidup di semenanjung Arab, sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Dia suka memelihara kuda serta memanfaatkannya untuk keperluan. Manakala telaga zamzam sangat membantu orang-orang yang tinggal di daerah itu. Nabi Ismail A.S menjadi dewasa dan menikah.

Suatu hari Nabi Ibrahim A.S mengunjungi anaknya, ketika Ismail A.S tiada di rumah. Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada isteri Ismail A.S tentang kehidupan mereka. Isteri Ismail A.S mengadukan tentang kesempitan hidup dan kesulitannya.

”Jika suamimu pulang, maka perintahkan dia mengubah gerbang pintunya,” kata Nabi Ibrahim A.S.

Apabila Nabi Ismail A.S pulang, isterinya menceritakan perihal kedatangan seorang lelaki dan perintah yang disampaikan.

”Dia adalah ayahku dan dia memerintahkan aku untuk meninggalkanmu. Maka kembalilah engkau pada keluargamu,” ujar Nabi Ismail®!.

Kemudian Nabi Ismail A.S menikahi wanita kedua. Nabi Ibrahim A.S sekali lagi mengunjungi anaknya dan bertanya menantunya tentang keadaan hidup mereka. Lalu isteri kedua Ismail itu menceritakan bahawa mereka dalam keadaan baikbaik dan dikurniakan nikmat.

Nabi Ibrahim A.S berpuas hati terhadap isteri sebegini dan memang sesuai dengan anaknya. Nabi Ibrahim A.S menyiapkan Ismail untuk memikul beban tugas yang besar. Ia memerlukan kerja keras dan pengorbanan seluruhnya.

Ismail menjadi dewasa dan mencapai kematangannya. Nabi Ibrahim S.W.T datang menemuinya. Tibalah saat yang tepat untuk menjelaskan hikmah Allah S.W.T yang telah terjadi dari perkara-perkara yang samar.

Nabi Ibrahim A.S berkata: ”Wahai Ismail, sesungguhnya Allah memerintahkan aku dengan suatu tugas besar.”

”Laksanakanlah apa yang Allah perintahkan padamu,” jawab Ismail

”Apakah engkau akan membantuku?”

”Ya, aku akan membantumu,” tegas Ismail A.S.

”Sesungguhnya Allah S.W.T memerintahkan aku untuk membangunkan rumah di situ,” ujar Nabi Ibrahim A.S sambil mengisyaratkan dengan tangannya dan nenunjuk ke arah suatu bukit yang tinggi.

Demikianlah setelah pertemuan itu, masa pun terus berkisar. Akhirnya perintah Allah S.W.T telah dapat mereka laksanakan dengan sempurna. Selesailah pekerjaan mereka itu dengan terdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang pertama sekali dibangunkan untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di dalamnya manusia menyembah Allah S.W.T.

Oleh kerana Nabi Adam A.S adalah manusia yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya kembali padanya. Para ulama’ berkata bahawa sesungguhnya Nabi Adam A.S membangunkannya dan dia melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para malaikat yang tawaf mengelilingi Arsy Allah S.W.T.

Diriwayatkan Nabi Adam A.S membangunkan suatu rumah tempat dia beribadat kepada Allah S.W.T. Adalah hal yang biasa bagi Nabi Adam A.S membangunkan sebuah tempat untuk menyembah Allah S.W.T. Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian Nabi Adam A.S wafat dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang tanpa kesan.

Maka Nabi Ibrahim A.S mendapat perintah Allah S.W.t untuk membangunkan buat kedua kalinya, agar rumah itu tetap berdiri sampai hari kiamat, dengan izin Allah S.W.T. Nabi Ibrahim^ mulai membina Ka’abah dari batu yang tidak membahayakan dan tidak memberi manfaat. Ia tidak lebih dari sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam dan tempat ibadah kepada Allah S.W.T. Nabi Adam A.S memiliki tauhid yang tinggi dan mutlak. Nabi Ibrahim A.S juga termasuk seorang Islam yang tulus dan bukan seorang musyrik.

Batu-batu rumah itu telah dibangunkan dari ketenteraman hati Nabi Adam A.S, kedamaian Nabi Ibrahim A.S serta ketulusan cinta dan kesabaran Nabi Ismail A.S. Oleh kerana itu, ketika memasuki Masjidil-Haram kita akan merasakan suatu gelombang kedamaian yang amat mendalam. Ia membawa kita menginsafi diri dan sekaligus memuncakkan keimanan kepada Allah S.W.T. Inilah hikmah dari pembangunan Ka’abah.

Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran, yang bermaksud:

”Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): ”Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah: 127-129)

Ka’abah terdiri dari batu-batuan yang ada di bumi, di mana ia dijadikan asas oleh Nabi Ibrahim dan Ismail A.S. Sejarah menceritakan bahawa Ka’abah pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia telah beberapa kali dibangunkan semula. Ia tetap berdiri sejak zaman Nabi Ibrahim A.S hingga hari ini. Ketika Rasulullah S.A.W diutuskan (sebagai bukti makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S) Ka’abah dibangunkan buat kali terakhir.

Tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang membinanya di zaman Rasulullah s.a.w sangat terbatas, di mana mereka tidak menggali dasarnya sebagaimana Nabi Ibrahim A.S menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S telah mencurahkan tenaga yang tidak dapat ditandingi oleh ribuan lelaki. Rasulullah S.A.W telah menegaskan bahawa kalau bukan kerana pengaruh jahiliyah ke atas umatnya serta khuatir dengan pelbagai tuduhan (jika Ka’abah dihancurkan dan dibangunkan kembali), nescaya baginda ingin merobohkannya dan mengembalikannya kepada keadaan asal, sebagaimana yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Kedua Nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga luar biasa dalam membangunkan Ka’abah. Mereka berdua menggali tapak asas, memecahkan batubatuan dari gunung lalu memindahkan, meratakan serta membangunkannya. Tentunya usaha itu memerlukan tenaga ramai tetapi mereka berdua membangunkannya bersama-sama.

Kita tidak mengetahui berapa lama mereka bekerja untuk membangunkan Ka’abah sebagaimana kita tidak mengetahui waktu yang digunakan untuk membuat perahu Nabi Nuh A.S. Yang penting adalah perahu Nabi Nuh A.S dan Ka’abah sama-sama sebagai tempat perlindungan manusia yang membawa keamanan dan kedamaian. Ka’abah tetap kekal di muka bumi buat selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang inginkan keselamatan dari azab seksaan Allah S.W.T.

Allah S.W.T tidak menceritakan kepada kita tentang waktu pembangunan Ka’abah. Allah S.W.T hanya menceritakan perkara yang lebih penting dan bermanfaat, tentang kesucian jiwa orang-orang yang membangunkannya dan doa mereka ketika membangunkannya:

”Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 127)

Itulah puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang yang taat, ketakutan orang-orang yang takut dan kecintaan orang-orang yang mencintai.

”Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau.” (Al-Baqarah: 128)

Sesungguhnya orang beriman yang paling agung di muka bumi ketika itu, berdoa kepada Allah S.W.T agar menjadikan mereka orang-orang yang berserah diri padaNya. Mereka mengetahui bahawa hati manusia terletak sangat dekat dengan Allah S.W.T. Mereka tidak akan mampu menghindari ketentuan Allah S.W.T. Oleh kerana itu, mereka menampakkan kemurnian ibadah hanya kepada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan segala titah perintah Allah S.W.T serta meminta kepada-Nya agar menerima pekerjaan mereka.

Selanjutnya, mereka meminta Islam (penyerahan diri) dan rahmat yang turun pada mereka, di mana mereka memohon kepada Allah S.W.T agar memberi mereka keturunan dari umat Islam. Mereka ingin membanyakkan jumlah orang-orang yang beribadah, yang sujud dan ruku’. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menyingkap isi hati seorang mukmin. Mereka membangunkan Baitullah dan pada waktu yang sama, mereka disibukkan dengan urusan aqidah keyakinan). Itu menunjukkan bahawa Baitullah sebagai simbol aqidah.

”Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 128)

Mereka berdoa kepada Allah S.W.T:

”Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah: 129)

Akhirnya, doa itu termakbul ketika Allah mengutuskan Muhammad bin Abdullah S.A.W Doa tersebut makbul setelah melalui masa demi masa. Selesailah pembangunan Ka’abah dan Nabi Ibrahim A.S inginkan batu yang istimewa menjadi tanda khusus, di mana tawaf di sekitar Ka’abah akan dimulakan darinya. Ismail A.S telah mencurahkan tenaga di luar batas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan penuh azam sebagai wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim A.S telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.

”Siapakah yang mendatangkannya (batu) padamu, wahai ayahku?” soalnya.

”Jibril®! yang mendatangkannya,” jawab Nabi Ibrahim®!.

Selesailah pembangunan Ka’abah dan orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T mula bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim A.S berdoa agar Allah S.W.T menjadikan hati manusia cenderung kepada tempat itu.

”Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka.” (Ibrahim: 37)

Berkat pengaruh doa tersebut, umat Islam merasa rindu untuk mengunjunginya. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil-Haram akan sentiasa rindu pada tempat itu. Semakin jauh, semakin meningkat kerinduan. Semua itu adalah cinta yang mendalam terhadap Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman tentang Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S:

”Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali-Imran: 67)

Allah S.W.T memakbulkan doa Nabi Ibrahim A.S dan beliau yang pertama sekali menamakan kita sebagai orang-orang Islam. Allah S.W.T berfirman:

”Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu, Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Islam dan dahulu.” (Al-Hajj: 78)