Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan As
Syahid Osama Bin Laden oleh tentera Amerika kelmarin.
Kami juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut. Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang
jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.
Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim.
Operasi tersebut adalah gerakan asasinasi seorang sasaran secara uni-lateral (sebelah pihak )oleh Amerika untuk membunuh seorang yang diburu diluar tanah
Amerika yang boleh dianggap paling ganas dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Ternyata kerajaan Pakistan menjadi tali barut kepada Amerika untuk menjayakan operasi pembunuhan ini yang sama sekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.
Setelah 10 tahun Amerika mengguna seluruh kekuatan dan kapasiti perisikan dan operasi militerinya pada tahap maksima dan menelan belanja berbilion dolar
untuk mengesan As Syahid Osama Bin Laden, baru kini Amerika mendapatkan sasarannya.
Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun , As Syahid Osama percaya dan yakin bahawa sebesar dan sehebat manapun kekuatan
kuffar yang menzalimi umat Islam seluruh dunia , mereka tetap boleh dikalahkan.
Terbunuhnya As-Syahid Osama seperti yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Barack Obama, bukan suatu yang dapat dibanggakan oleh mereka.
AS dan seluruh kuasa Barat tahu ini bukan perjuangan seorang individu tetapi bersamanya adalah sebuah kepercayaan dan keyakinan yang utuh untuk melawan
bukan sahaja musuh Islam malah musuh kemanusian seluruhnya.
Kepercayaan dan keyakinan ini tersemat di dada setiap umat Islam yang menentang kezaliman dan cintakan kebenaran.
Syahidnya Osama akan melahirkan seribu Osama lagi. Ini pasti akan dilaungkan dan digemakan oleh anak muda yang melihat beliau sebagai pejuang yang dihormati
. Kata-kata “Sekarang Semua Kami adalah Osama” !!! pasti akan kedengaran di mana-mana.
Amerika sedia maklum isu sebenar kenapa pelbagai gerakan Islam di serata dunia mempunyai sikap menentang Amerika dan kenapa polisi luar Amerika Syarikat
ditolak sejak kejatuhan blok Komunis Russia.
Seluruh dunia arif tentang hegemoni politik-ekonomi dan militeri yang digerakkan oleh Amerika yang cuba menjadi polis dunia.
Rekod jenayah Amerika yang menggunakan operasi perisikan, penangkapan, penyiksaan dan pencerobohan menjadi punca kenapa As Syahid Osama dan seluruh pejuang
yang membela hak orang Islam tidak akan menyerahkalah.
Operasi tentera Amerika terhadap Iraq, Afghanistan, Pakistan dan sokongan bulatnya kepada Israel yang membunuh ratusan ribu umat Islam Palestin, serta
komplotnya mendokong semua pimimpin diktator di negara umat Islam adalah catatan berdarah yang menyebabkan As Syahid Osama tidak dapat berkompromi.
Alasan rakyat Amerika dan kerajaan Amerika untuk merayakan kemenangan di atas kematian As Syahid Osama kerana menuntut keadilan ke atas serangan September
11 itupun boleh dipertikaikan.
Kerana ramai yang mempersoalkan sumber maklumat mengenai punca dan kesohihan serangan September 11 adalah digerakkan oleh Al Qaeda pimpinan As Syahid Osama.
Malah banyak analisa pelbagai pakar seperti yang dokumen oleh pengkaji di Amerika sendiri mempersoalkan rumusan bahawa ia direncana dari luar.
As Syahid Osama membawa bersamanya sebuah iltizam yang berasaskan sikap Islamnya yang tegas dan tidak berkompromi. Beliau tahu benar bahawa yang dihadapi
bukan kekuatan militer tetapi sebenarnya ia berhadapan dengan tamadun salibi Barat bersama zionis Yahudi yang kini menguasai seluruh dunia.
As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni politik Barat yang sangat jelas ketika beliau membuat keputusan melancarkan perang ke atas segala
simbol kekuatan Barat terutama Amerika.
Untuk menuduh beliau secara simplistik sebagai pengganas adalah suatu penghinaan.
Seluruh dunia tahu Amerika, Israel, Perancis, Britain dan seluruh koaliasi mereka telah meluluskan tindakan ganas menyerang, mencerobah dan membunuh rakyat
negara lain kononnya di atas mandat PBB.
Keyakinan beliau untuk berdepan secara fizikal dan sanggup menyerah seluruh kekayaannya untuk berada di barisan depan berhadapan dengan kekuatan tentera
Barat adalah suatu pengorbanan yang tidak akan dipandang kecil oleh umat Islam.
Malah As Syahid Osama adalah mujahid Islam yang sangat inspirasional kepada seluruh pejuang yang lain walaupun dengan pendekatan yang berbeza.
Shura dan Mapim menganjurkan solat ghaib untuk jenazah As Syahid Osama di seluruh negara. Kami menyeru semua ulama, tuan guru, ustaz, aktivis Islam, pemimpin
NGO Islam, para imam untuk mengadakan solat ghaib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada.
Sementara itu Shura dan Mapim mengusulkan agar kerajaan Malaysia menyatakan sikap mengutuk serangan tentera Amerika tersebut tanpa rasa takut kerana kami
percaya umat Islam bersama dengan seluruh pejuang Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
Khamis, 5 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)