Ahad, 25 April 2010

hari terakhir di hulu selangor--debaran hulu selangor 2

Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor hari ini telah sampai ke penghujungnya. Setelah berhempas-pulas kedua-dua pihak mengerah segala yang ada dan dimiliki, hari ini mereka akan melihat sendiri hasilnya. Ibarat orang bersukan, setelah sekian lama berusaha melalui latihan dan pertandingan hari ini akan diketahuilah siapa uaranya.

Pelbagai analisa telah dibuat dan dibentangkan kepada umum berkenaan pilihanraya kecil ini. masing-masing dengan andaian dan ramalan mereka. Pelbagai fakta dan angka diguna bagi menyokong kekuatan dan ketepatan analisa dan kajian mereka. Namun, walau pun ada yang MENGATAKAN BAHAWA "statistic never lie" tetapi banyak juga peristiwa yang menunjukkan bahawa "statistic is always questionable" dan statistic juga sering menjadikan hidup kalang-kabut.

Sesungguhnya apa yang berlaku sepanjang kempen dalam pilihanraya kecil ini telah berlaku dan ia tidak boleh diubah dan diperbetulkan lagi. Maka bagi mereka yang menjalankan kerja-kerja dengan khianat atau amanah, hari ini akan dapat melihat hasil awalnya dan ketahuilah kerja-kerja anda tidak akan berakhir hanya setakat hari ini sahaja.

Setiap kebenaran yang ada dan didedahkan sepanjang kempen dalam pilihanraya ini yang cuba ditutup, disekat dan dihalang penyibarannya akan terbuka juga akan datang sekali pun ia tidak membantu pengundi untuk membuat keputusan pada hariini. Percayalah, seandainya kebenaran itu terbuka kepada umum, ketika itu pengundi tidak mampu dihalang untuk menjalankan tugasnya berdasarkan kebenaran itu lagi. mereka yang menghalang kebenaran akan ditimpa bala dan kecelakaan yang amat dahsyat dan apabila masa itu sampai penyesalan sudah tidak berguna lagi. Orang yang berada di pihak kebenaran dan keadilan akan pasti menang dengan kemenangan hakiki dan mutlak.

Bagi mereka yang menaja, mendukung dan mengangkat kepalsuan, anda mungkin hari ini, dalam pilihanraya kecil ini kelihatan hebat dan megah. Anda mungkin boleh mendabik dada atas kepalsuan yang anda bohongkan kepada pengundi sehingga memungkinkan untuk anda meraung seperti orang hilang akal dan melonjak seperti beruk di hutan Hulu Bernam malam nanti tetapi percayalah kami hanya akan melihat anda begitu untuk masa yang singkat sahaja. Selepas pilihanraya ini kepalsuan anda akan terdedeh dan tembelang anda juga akan pecah. ketika itu anda akan sekali lagi meraung dan melonjak tapi bukan seperti beruk di hutan Hulu Bernam tapi seperti orang yang kerasukan polong yang datang dari rimba di batang kali. Kepada mereka ini, tunggulah masa itu dan masa itu sudah tak lama lagi. Insya-Allah kami ketika itu tidak akan meraung dan melonjak tetapi kami akan sujud dan bertasbih kerana kemenangan adalah amanah dari Allah.

Apa yang berlaku di sepanjang hari pengundian hari ini sehingga ke malam keputusan malam nanti sebenarnya Pakatan Rakyat telah menang dalam pilihanraya ini. Para pengundi yang ada di Hulu Selangor seandainya dilayang secara adil oleh perjalanan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini dengan keikhlasan hati yang suci dan hati yang menagih harapan baru, majoriti mereka akan memilih Pakatan Rakyat. Sebenarnya hanya penipuan sahaja yang akan memenangkan UMNO-BN. Apa yang berlaku pada hari ini bukanlah penentuan kepada siapa yang sebenarnya menang tetapi ia adalah pembuktian bahawa adakah penipuan UMNO-BN serta juak-juak mereka akan berhasil atau tidak. Apakah tipu daya mereka mampu mengatasi kesucian dan harapan rakyat yang telah lama terabai di hulu Selangor.

Pastinya kita Pakatan Rakyat saama ada petugas yang bertungkus-lumus di Hulu Selangor, para pemimpinnya dan mereka yang memerhati dari luar Hulu Selangor sudah menerima dengan hakikat kemenangan atau kekalahan. Apa pun keputusannya malam ini akan tetapp disambut dengan kesyukuran dan bukannya dengan raungan serta lonjakan beruk di hulu Bernam atau rasukan polong yang datang dari hutan Batang kali.

Buat para pengundi atau mereka yang berpeluang untuk bertemu dengan pengundi dan sempat pada pagi ini membaca posting ini, dari saya tidak ada lain melainkan undilah pakatan Rakyat melalui wakilnya Datuk Zaid Ibrahim dengan tiket Parti Keadilan Rakyat atau seru teman, rakan, saudara dansiapa saja yang dekat dengan anda untuk mengundi Parti Keadilan Rakyat. "PR AKAN MENANG", REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

UMNO TIDAK MUSTAHIL UNTUK DITUMBANGKAN

Tun Telanai   

Semenjak zaman berzaman, setiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt.manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan yang memegang tampuk kekuasaan
dan terlalu angkuh dan sombong dengan kekuasaan yang dimilikinya, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya.

Nabi Ibrahim as terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa as terpaksa berdepan dengan Firaun yang
kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia.

Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya. Dan kita di Malaysia, terpaksa
berdepan dengan para IBLIS dalam UMNO yang seiras curak pemerintahannya mempunyai cirri-ciri pemerintahan Namrud, Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.

Demikianlah sunnahtullah yang berlaku. Sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para iblis-syaitan
dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi
sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.

Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah
telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para iblis-syaitan yang menjadi penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya
dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira
banyaknya. [Catatan: Istilah iblis-syaitan ini sangat popular digunakan oleh bekas PM terhadap bekas PM yang sering menganggu pentadbirannya sehingga beliau
terpaksa meletakkan jawatan melalui satu konspirasi politik yang jahat].

Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran telah berjaya
tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran–Shah Reza Phalavi. Manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran d mana masih segar diingatan kita
bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan tersebut.

Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan
Rakyat Iran telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya
melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut.

Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan
akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya. Kematiannya menerima kehinaan daripada Allah swt dan sampai
sekarang keturunannya merempat di Negara asing.

Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan
mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 di mana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan
demonstrasi menuntut beliau turun takhta.

Walaupun Tragedi Black September 1978 itu telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran
merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut.
Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran
pada 1979 dahulu.

Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lebih lalu. Dan jiran yang berhampiran dengan kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama
32 tahun. Suharto memerintah Indonesia dari tahun 1966 hingga 1998, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi
mengekalkan kekuasaannya.

Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto. Beribu-ribu rakyat Indonesia yang terkorban menentang regim
beliau yang memegang tampok kekuasaan. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit
itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan [disokong oleh pasukan tentera dan polis serta institusi-institusi Negara] demi memastikan
kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan
diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.

Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya
membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah
bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia
bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar
semangat rakyat.

Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti di mana inilah titik tolak yang telah memaksa
si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun. Akhirnya Allah swt menurunkan bala yang setimpal dengan dosanya terhadap rakyat Indonesia yang
tidak berdosa yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta untuk mencari kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Indonesia. Beliau
diserang angin ahmar menyebabkan beliau lumpuh tidak sedarkan diri dan hanya dibantu dengan bantuan pernafasan untuk terus hidup sehinggalah beliau menghempuskan
nafas terakhirnya pada 27 Januari 2008 lalu.

Saya percaya regim UMNO tidaklah terlalu kebal untuk ditumbangkan. UMNO dapat ditumbangkan apabila rakyat majoritinya sedar akan sandiwara UMNO selama
ini dan rakyat sanggup pula bertindak sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat Iran dan rakyat Indonesia. Untuk kegoyahan kekuasaan UMNO dalam Negara
ini seperti mana Shah Iran dan Suharto, rakyat Malaysia seluruhnya perlu bangkit bersama menentang regim UMNO yang zalim dan telah lari dari perjuangan
asalnya untuk membela nasib rakyat, tetapi sebaliknya mereka berjuang mencari kekuasaan, kedudukan dan kekayaan-kemewahan diri sendiri.

Bagi mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajahan British dan penjajahan UMNO
terhadap rakyat amat jauh bezanya. Penjajahan British walaupun kejam dan zalim terhadap rakyat yang menentangnya [yang tidak pro kepada amalan dan budaya
Inggeris], namun British memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk berkarya dan berdemontrasi menentang penjajahannya.

Kita dapat saksikan seluruh orang Melayu bangkit menentang British menuntut dimansohkan gagasan ‘Malayan Union’ yang menarik kuasa eksekutif Raja-raja
Melayu. Orang Melayu dari berbagai fahaman bersatu menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan melalui penulisan dan demontrasi. Setelah sekelian
banyak ulama dan tokoh-tokoh [wira] Melayu dikorbankan, akhirnya British terpaksa menyerah kalah tidak tahan dengan kebangkitan orang Melayu bertali arus
bergerak dari seluruh pelusuk Negara yang digerakkan oleh tokoh-tokoh yang cintakan agama dan bangsa. Akhirnya, Inggeris menyerah kalah dan memberi kemerdekaan
percuma kepada UMNO [pihak lain yang berkorban jiwa raga, tetapi UMNO menerimanya dalam tinta emas].

Berbeza dengan regim UMNO yang berkuasa sekarang. UMNO menutup semua ruang dan saluran untuk menyuarakan pandangan kedua. UMNO mengubal berbagai undang-undang
dan menggunakan institusi-institusi kerajaan tertentu bagi menyekat amalan demokrasi, memberhentikan dan mengekang gerakan parti pembangkang untuk menyuarakan
pandangan agar rakyat faham dan bijak dalam membuat pemilihan kepimpinan Negara yang akan menentukan arah tuju Negara masa depan.

Kerajaan [UMNO/BN] dan pembangkang [Pakatan Rakyat] mempunyai cita-cita yang sama dan mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan agama, bangsa dan
negara, tetapi masing-masing mengambil pendekatan berbeza.. UMNO memonopoli seluruh jentera Negara dan rangkaian media massa serta mengawal semua maklumat
melalui tindakan menghalang dan menyekat [melalui undang-undang] dan menyaring maklumat yang hendak sampaikan kepada rakyat. Rakyat hanya menerima maklumat
dari sebelah pihak sahaja, iaitu UMNO [kerajaan] menyebabkan rakyat menjadi bodoh. Dengan kebodohan tersebut, mereka tersalah memilih pemimpin. Mereka
memilih pemimpin yang korup yang menjadikan negera ini berada di ambang kemusnahan.

UMNO mengawal media sepertimana Adoft Hitler mengawal media di zaman Nazi berkuasa di German dulu. Hitler melantik Paul Joseph Geobbels sebagai menteri
propaganda. Disamping itu, Hitler juga mengubal berbagai undang-undang dan peraturan untuk menyekat perkembangan media massa bebas yang boleh memberi ancaman
terhadap parti dan kedudukannya. Geobbles sebagai menteri propaganda mengubal satu undang-undang yang mensyaratkan semua yang hendak diterbitkan mesti
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan wajib diluluskan oleh kerajaan Nazi di bawah Kementerian Propaganda.

Di Malaysia, kita juga mempunyai berbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal kebebasan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, OSA, Akta
Hasutan 1948 dan kini kebebasan menulis dalam internet pun mula disekat. Tujuan undang-undang ini digubal bagi membolehkan UMNO menguasai dan monopoli
keseluruhan media massa di Malaysia. Monopoli ini memudahkan UMNO untuk memutarbelitkan fakta untuk mencipta pembohongan, fitnah dan sebagainya. UMNO percaya
pembohongan yang diulang-ulang akan berupaya mempengaruhi fikiran rakyat dan akan dapat membentuk kepercayaan rakyat terhadap sandiwara yang dimainkannya
kerana rakyat dibuta dan ditulikan.

Bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan
oleh rakyat melalui pengorbanan rakyat itu sendiri. Kesabaran rakyat ada hadnya. Selagi rakyat boleh bersabar melihat tindak-tanduk UMNO yang rakus untuk
mengekalkan kuasa [halal-haram tidak dihiraukan, tunjuk kekuatan dan samseng serta mempergunakan institusi-institusi kerajaan untuk menang], selagi rakyat
masih boleh terima UMNO mengamalkan melempar batu sembunyi tangan, rakyat masih boleh terima sindrom penafian hanya menyalah orang lain dan merompak harta
rakyat sewenang-wenangnya, UMNO akan selamat.

Tetapi sekiranya rakyat hilang sabar, buruk padahnya untuk UMNO. UMNO dinasihatkan supaya berpada-padalah jangan terlalu melampau dalam tindakan. Arus
air yang kuat yang turun dari bukit akan memecahkan segala benteng-benteng yang dibina, tidak boleh disekat dan ditahan lagi. Diakui memang liat untuk
menjatuhkan UMNO kerana UMNO menerima sokongan dari segenap penjuru alam, tetapi jangan lupa kuasa Allah swt. UMNO merancang, tetapi perancangan Allah
swt lebih hebat daripada UMNO.

Lihatlah apa yang UMNO telah lakukan terhadap kita selama ini. Pancutan air kimia, gas pemedih mata, disepak, diterajang dan disumbat ke dalam lokap. Seolah-olah
ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi dan protes terhadap UMNO [baca:kerajaan]. Kita diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah
mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi dan yang berjuang menegakkan keadilan, kebenaran, kebajikan rakyat dan untuj mereformasikan
system pentadbiran Negara yang lebih jujur tanpa koruption.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan
regim UMNO dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf, saya sama sekali tidak mahu meremehkan
perjuangan kita sedang saya sendiri adalah sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh
keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.

Semangat jihad yang ditunjukkan oleh Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharalela, Mat Salleh dan ramai lagi termasuk para alim ulama di tanah air ini yang
mati ditangan British perlu dihidupkan kembali. Meniupkan semangat perjuangan di kalangan anak-anak muda menentang UMNO melalui wadah yang sah dari segi
undang-undang adalah perlu dimulakan dari sekarang. Hari kita menanam, 10 atau 20 tahun lagi kita akan dapat menuai

Sabtu, 24 April 2010

Zaman kecil Zaid Ibrahim penuh berliku

M Faqih   
“SAYA mungkin memilih untuk bertanding di Selangor dan tidak lagi di Kelantan. Rumah tangga saya di sana.

“Saya pun sudah lama mencari rezeki di Selangor dan Kuala Lumpur,” ujar ringkas Datuk Zaid Ibrahim ketika ditanya kerjaya politiknya selepas meninggalkan
Umno.

Beliau ditemui pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada Julai 2009.

Zaid hadir sama pada penamaan calon tersebut bagi memberi sokongan kepada Mohd Fauzi Abdullah.

Dengan rambut yang sudah banyak berubah menjadi putih di kepala, kelibatnya mudah dikenali. Mimik wajahnya mudah tersenyum, biar pun ada orang kata nampak
macam masam.

Sepanjang kempen pilihan raya itu, Zaid memerah tenaga berkempen membantu calon PAS. Banyak kampung beliau jelajahi siang dan malam.

Begitu juga ketika pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009. Kehadiran Zaid ketika itu mengejutkan banyak pihak.

Dua pilihan raya tersebut Zaid tampil membantu PAS. Pengalaman bersama Umno dicurah kembali untuk dinilai pengundi. Akhirnya rakyat membuat keputusan menolak
BN pada kedua-dua pilihan raya tersebut.

Itulah jasa awal Zaid kepada PAS, biar pun pernah mimpi berlainan sebelum ini. Biar pun ketika masih berstatus menteri semasa kabinet Tun Abdullah Ahmad
Badawi, ramai pemimpin PAS dijemput ke rumahnya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sekali bertandang ke rumahnya. Begitu juga pemimpin PAS yang lain.

Inilah uniknya Zaid, biar pun masih kuat mendokong Umno namun pada dirinya mungkin tiada istilah lawan. Setiap kali kenduri kendara di rumahnya di Pasir
Hor dekat Kota Bharu, pemimpin PAS tidak pernah dilupakan.

Sedangkan situasi itu kelihatan sukar dipratik pemimpin Umno lain di Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah hadir ke rumah Tan Sri Annuar Musa di Bukit
Marak, itu pun ketika menziarahi ibunya yang meninggal dunia.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Husin jauh sekali untuk melakukan adegan seperti Zaid. Inilah kelebihan Zaid yang tidak ada pada pemimpin
Umno lain.

Ketika berjuang di atas platform Umno sekalipun, jiwanya tidak diserah sepenuh raga. Masih ada ruang di sudut hatinya untuk mencari keadilan sebenar. 

Maka amat rugilah bagi penduduk di Hulu Selangor sekiranya terpengaruh dengan segala tohmahan murahan pihak Barisan Nasional (BN). Isu kaki botol, ada kuda
lumba, kaki judi dan saman hudud semuanya perkara usang yang dibangkit semula.

Seperti kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali boleh dikatakan semua Perdana Menteri meneguk arak kecuali Abdullah.

Kisah pemimpin Umno minum arak, kaki perempuan dan mengunjungi dangdut usah cerita lagi. Maka tidak hairanlah ramai pemimpin Umno yang berebut artis.

Terbaru anggota parlimen BN di Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempamerkan isterinya seorang artis, Zizie Ezzete. Kalau di Sarawak Datuk Affendi
Norwawi juga berkahwin dengan artis dan ramai lagi. Kalau dibanding dengan Zaid, jauhlah Zaid ada integriti moral.

Isteri Zaid, Datin Suliana Shamsuddin Alias juga sekarang sudah jauh berubah. Sedangkan isteri Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datin Maznah Rais ketika bersama
Semangat 46 bertudung litup, sekarang kepala bergerbang.

Lagak isteri Rais tidak jauh beza dengan Datin Rosmah Mansor, isteri perdana menteri. 

Maka ketika Zaid dan keluarga berhijrah ke arah kebaikan, mengapa perlu diungkit kisah lama.

Ketika zaman kebangkitan Islam, Rasulullah s.a.w. menyebut "siapa berlindung di rumah Abu Sufian dia dijamin selamat." Sedangkan Abu Sufian telah lama memusuhi
Nabi s.a.w.

Begitu juga Saiyidina Omar al Khattab dan Khalid Al Walid ketika belum Islam, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi musuh mereka. Namun selepas memeluk Islam mereka
pula berada di barisan depan memperjuangkan Islam.

Penduduk Hulu Selangor tidak perlu keliru, kerana mereka bukan tinggal di Nenggiri, Gua Musang atau Kuala Balah, Jeli sehingga gagal membezakan kisah lama
dan cerita baru.

Banyak kawasan di Hulu Selangor boleh diakses internet. Penduduk juga boleh melihat ada gambar pemimpin Umno yang teguk arak dan berkepit perempuan di kelab
dangdut.

Kalau sekadar body yang menjadi ukuran, Zaid sudah jauh berubah.

Di Kota Bharu kalau disebut nama Zaid, penarik beca dan orang kurang upaya (OKU) kenal sangat dia.

Popularnya Zaid kerana beliau memperjuangkan rakyat marhaen. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) yang terletak di Padang Tembak, Pengkalan Chepa
diasas Zaid.

Biar pun lebih 30 tahun tinggal di bandar raya metropolitan jiwa kampung masih membaluti dirinya. Zaid dilahirkan di Kampung Chap, Bachok enam tahun sebelum
negara mencapai kemerdekaan.

Kehidupannya susah kerana kedua ibu bapa bercerai. Beliau tinggal dengan neneknya yang dikenali sebagai Sepiah.

Sepiah yang dipanggil Tok Wa menanam padi untuk menyara kehidupan keluarga. Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak yang terletak kira-kira enam
kilometer dari rumah Tok Wa.

Ayahnya, Ibrahim Awang hanya kerja kampung, kemudian berhijrah ke Hulu Kelantan membuka tanah hutan. Ayah dan emaknya selepas berpisah berkahwin lain.

Hasil perkahwinan itu, Zaid mempunyai 11 adik beradik. Inilah selengkar kehidupan Zaid yang kini sedang berjuang bersama penduduk Hulu Selangor.

Zaid berlainan jauh berbanding Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mereka golongan bangsawan.

Maka perjuangan di Hulu Selangor lebih serasi dengan Zaid dan bukan Najib, Muhyiddin atau Hishammuddin.

Hanya orang pernah merasai erti derita dan susah dapat menyelami denyut nadi penduduk Hulu Selangor. Zaidlah hero baru yang akan jatuh bangun bersama mereka.

NAGIB! UITM BUKAN KAMU PUNYA

Kadang-kadang terfikir juga kita apakah benar kita tinggal di Malaysia yang didakwa

oleh pemimpin UMNO-BN sebagai sebuah negara maju. Betul ke kita tinggal di Negeri Selangor yang telah diisytiharkan maju pada 2005 yang lalu? Atau kita sebenarnya hanya maju dalam mata yang melihat benda yang dilambangkan bangunan batu sedang pemikiran cuba dibelenggu oleh pemimpin seperti di Afrika yang terkenal dengan kemunduran.

 

Pagi tadi dalam berita Astro Awani pukul lapan, terdengar ditelinga bagai mana Najib berjanji kepada pengundi di Hulu Selangor yang mana sekiranya Selangor dapat balik kepada BN UITM akan dibina di
Serendah. Hello Najib, UITm bukan awak punya. Malaysia dan Selangor juga bukan awak punya. Untuk bina kampos UITM atau mana-mana universiti bukan perlu keizinan atau individu bernama Najib anak Tun Razak. UITM adalah keperluan rakyat, yang dibina dengan duit rakyat dan oleh pemimpin rakyat. Ia tidak dibina dengan duit perdana menteri atau bini perdana menteri. Saya tak tahulah dalam sejarah Najib dan Rosmah berapa peratuslah duit peribadinya yang diguna untuk tolong rakyat. Duit 50,000 semalam pun, di Sengai Buaya itu pun duit Rakyat.

 

Najib, kamu sendiri pun bukan pelajar universiti tempatan, jadi janganlah nak gula-gulakan kami anak Selangor dengan gula-gula UITM. UITM bukan alat politik. Di mana pendirian Pengerusi PERKASA bila tempat kamu belajar dulu pun dipermainkan oleh orang yang tidak berpendidikan dalam negeri. Nah, Pengundi Hulu Selangor, renungkanlah, apakah orang begini nak kita terus pertaruhkan negara kita? Tepuk dada, renunglah wajah anak-anak kecil yang masa mereka masih panjang di tanah air tercinta ini. Selamat mengundi Pakatan Rakyat.

Khamis, 22 April 2010

DEBARAN HULU SELANGOR1

Tempoh berkempen dalam Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor yang dikatakan sebesar Negeri Melaka itu telah pun sampai ke hari pertengahan. Bermula dari 17 April lalu, pihak pelepas iaitu Suruhanjaya Pilihanraya telah memulakan pertarungan dan ia akan berakhir pada 25 April ini. Hari ini telah pun 21 April dan bermaknya kita sudah berada di pertengahan jalan. Dalam tempoh ini kita telah melihat pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku yang mana peristiwa-peristiwa dan perkara-perkara itu sebenarnya menggambarkan sejauh mana kematangan kita dalam berpolitik dan apakah kita benar-benar telah mempunyai pemikiran klas satu dalam dunia berpolitik. Ia juga akan menilai sejauh mana kesedaran politik di kalangan rakyat di Hulu Selangor.

 

Melihat kepada perjalanan kempen sehingga ke hari ini, kadang-kadang terfikir dalam pemikiran saya apakah ini yang hendak kita ajarkan dan tunjukan kepada anak-anak muda kita. Para pemimpin politik khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan sering menyeru, meminta dan kadang-kadang mendesak agar mereka akan menjadi golongan rakyat yang akan memberi manfaat kepada bangsa, agama dan negara. mereka di arah agar memahami dan mengenali budaya baik, menghormati sesama kaum, menghargai perbazaan adat dan kepercayaan, mendaulatkan undang-undang, keluhuran perlembagaan, patuh kepada rukunnegara dan banyak lagi. Namun apakah semua yang diharap agar dilakukan oleh anak-anak muda ini telah didahului dengan amalan oleh para pemimpin negara sendiri. Sejauh manakah anak-anak muda ini dapat melihat contoh-contoh terbaik dari para pemimpin untuk dijadikan ikutan? Atau apakah anak-anak muda ini hanya melihat begitu banyak ketam yagn menyuruh anak-anaknya berjalan lurus sedang mereka sendiri dilihat oleh anak-anak berjalan bengkok dan membengkokkan.

 

Sehingga hari ini kita melihat kempen di Hulu Selangor lebih bersifat serangan peribadi dari UMNO-BN terhadap calon Pakatan Rakyat dan kepimpinannya. Dengan usia negara kita yang telah mencapai umur hampir tua, seharusnya kita telah matang untuk menentukan isu yang boleh dibentangkan kepada rakyat bagi rakyat membuat pilihan mereka. Dasar parti, sejarah parti, harapan parti, pencapaian parti, komitmen parti dan kesungguhan parti harus menjadi bahan kempen oleh UMNO-BN melalui pelbagai medium yang ada lebih-lebih lagi mereka mempunyai pegangan dan cengkaman yang begitu kuat terhadap media conventional seperti TV, Radio dan akhbar. Mahu tidak mahu kita kena mengakui bahawa tv dan radio serta akhbar tertentu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian masih menjadi tontonan dan bacaan umum. Sejauh mana rakyat menerima atau menolak kandungan dalam media-media tersebut adalah sesuatu yang bukan mudah diukur ketepatannya tetapi yang pasti rakyat masih membeli suratkhabar-suratkhabar berkenaan dan masih menonton siaran berita pukul lapan malam Tv3 hampir setiap hari. Jadi, kelebihan ini harus diguna sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk mengemukakan segala-galanya mengenai UMNO-BN dan bukan menyerang peribadi lawan.

 

Cara serangan peribadi yang dibuat oleh UMNO-BN tehadap calon dan pemimpin Pakatan Rakyat melalui suratkhabar, radio, poster, risalah internet dan pelbagai lagi telah sebanarnya memberi beberapa kesan buruk kepada UMNO-BN dan lebih membimbangkan lagi kepada generasi muda yang baru nak mengenali apa itu politik dan makna demokrasi. Antara kesan yang boleh dicatatkan adalah:

 

1. Fitnah adalah sesuatu yang buruk tetapi kenapa pemimpin negara yang berjawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri melakukannya.

 

2. kita harus bersaing dalam hidup secara sihat tetapi kenapa parti politik melakukan perkara yang diajarkan mereka sebagai suatu yang negatif demi memenangkan parti mereka.

 

3. Agama khususnya Islam memang mendidik penganutnya agar mengasihi sesama umat tetapi kenapa pemimpin negara yang beragama Islam menunjuk satu sikap membenci sesama umat secara terang-terangan di hadapan rakyat yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan latar pendidikan.

 

4. Memalukan orang lain adalah satu amalan yang buruk tetapi kenapa dapat dilihat juga perkara ini di Hulu Selangor dan dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan parti yang majoritinya orang Islam. Nah, sebaliknya kita tidak melihat MIC dan MCA memainkan isu seperti itu.

 

5. Sekiranya Pakatan Rakyat membalas fitnah tersebut seperti dengan mengeluarkan gambar dan apa sahaja berkenaan dengan perangai buruk pemimpin UMNO-BN maka keadaan ini akan lebih mengelirukan anak-anak muda. Harapan kita agar Pakatan Rakyat dapat bersabar dengan ujian ini dengan tidak mengeluarkan gambar atau apa sahaja yang memalukan sebagai bahan kempen balas dendam sebaliknya Pakatan Rakyat akan terus berkempen dengan secara berakhlak dan beretika.

 

Sesungguhnya, dengan kempen yang telah berlangsung beberapa hari dan tinggal berberapa jam lagi nampaknya serangan peribadi ini jelas merupakan tindakan seorang yang tak pandai nak main lastik. Najib, Muhyiddin, Hishamuddin bukan anak kampung dan anak ladang. Mereka tak pandai nak main lastik kerana pegang lastik pun entah pernah entahkan tidak. Sebab itulah bila melastik calon Pakatan Rakyat rupanya terlastik kemmuka sendiri. Sakit tak Muhyiddin dan Hishammuddin kena batu lastik sendiri?

Selasa, 20 April 2010

IRAN LUMPUH/PINCANG: AKU TAK AKAN MAAFKAN NAGIB

Assalamu alaikum. Setelah masuk malam keempat kempen pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor, tindakan PAS untuk mempertingkatkan tenaga kerja dari 20 peratus kepada 60 peratus amatlah dialu-alukan. Ia bukan sehaja menggambarkan kesungguhan dan komitmen PAS dalam membantu PKR tetapi sebenarnya walau siapa pun calon atau parti mana pun yang bertanding, ia adalah Pakatan Rakyat. PAS dan DAP tidak mempengaruhi PKR dalam menentukan colonnya sebagaimana PAS dan DAP pastinya tidak mahu PKR mencampuri urusan memilih calon di kawasan di mana mereka bertanding. Ini tidak bermakna kita akan menyerahkan semuanya pada parti yang bertanding kerana persetiaan adalah kerjasama dan muafakat lantas tindakan PAS amatlah dipuji.

Hari ini, PAS sebagai parti Islam yang hati pemimpin dan ahlinya amat dekat dengan perjuangan rakyat Pelastin sudah punya alasan yang cukup kuat untuk berusaha agar pengundi di Hulu Selangor menolak UMNO-BN dalam pilihanraya kecil ini. Melantik APCO sebagai penasihat kerajaan sebenarnya amat mengguris hati rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan lebih-lebih lagi bagi mereka yang hatinya disirami dengan iman. Pertautan iman inilah yang menyebabkan hati muslim akan benar-benar terluka dengan tindakan kerajaan UMNO-BN ini.

Terkini, kenyataan Benjamin Natanyahu dalam siaran tv di Amerika Syarikat yang menyeru agar dunia seluruhnya menghentikan pengeksportan gasoline ke Iran akan menyebabkan Iran pincang kerana Iran tidak mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan gasoline. Kenyataan ini dihamburkan setelah lebih tiga atau empat hari Perdana menteri Malaysia Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia telah menghentikan penghataran gasoline ke Iran. Dalam hal ini walau pun najib cuba menafikan kenyataannya itu melalui wartawan-wartawan Malaysia tetapi akhbar antara bangsa tetap mempertahankan apa yang mereka laporkan berdasarkan kenyataan Najib sebelum penafiannya. Kalau benarlah apa yang saya faham, najib memang sama ada kehendaknya sendiri atau mengikut telunjuk Uncle Sam mahukan agar Iran lumpuh. Mungkin inilah hasil nasihat APCO pada Najib setelah 1 Malaysianya diangkat begitu menarik dalam tempoh setahun ini.

Bermula dengan 1 Malaysia yang dikatakan mengikut 1 Israol, kemudian meluluskan Akta Perdagangan Strategik sebagai buah tangan kepada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat dan akhirnya bertindak zalim dan kejam terhadap Iran adalah sesuatu yang bagi saya secara peribadi tidak mampu untuk memaafkan Najib lagi. Perkara ini sudah melampau dan keterlaluan dan satu tindakan yang benar-benar keras perlu diambil oleh rakyat Malaysia bagi menghentikan kerja-kerja jahat ini. Kita tidak boleh bersekongkol dengan kerja yang boleh melumpuhkan umat Islam. Jadi, tindakan PAs mempertingkatkan gerak kerja dan petugas di Hulu Selangor adalah sesuatu yang bukan perlu tatapi wajib. Rakyat harus diberi maklumat dan kesedaran agar menolak UMNO-BN pada 25 April ini. Tahniah PAS.

Jumaat, 16 April 2010

MARI KE HULU SELANGOR 6

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor P94 telah pun hampir ke garis permulaannya. Para peserta yang dikatakan akan mewakili pasukan masing-masing telah pun berada di balapan, di garis permulaan dengan starter blok masing-masing, hanya menunggu pelepas melepaskan tembakan yang dijadualkan 17 April kira-kira jam 11.30 pagi. Apa pun bahangnya telah pun amat dirasai oleh bukan sahaja penduduk di Hulu Selangor malah di seluruh negara.

 

Barisan Nasional telah pun mengumumkan calonnya semalam dan P Kamalanathan telah terpilih untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Pakatan Rakyat pula telah meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan membawa cabaran untuk berdepan dengan BN. Sebaik saja kedua-pihak telah mengenal pasti siapa lawan masing-masing maka kini bermulanya pertarungan sebenar antara BN dan PR.Namun begitu, terdapat khabar  yang mengatakan akan ada calon bebas yang akan menyerahkan borang pencalonan esok dan jika ini berlaku maka tak dapatlah kita melihat pertandingan satu lawan satu. Walau pun mungkin kehadiran calon bebas tidak begitu mewarnai suasana pilihanraya itu tetapi sekurang-kurangnya ia akan menjejaskan jumlah undi yang mungkin boleh diterima oleh calon BN dan PR. harap-harap janganlah jadi macam bukit Selambau.

 

Melihat kepada proses mengemukakan calon ini, kita dapati dua keadaan yang berbeza antara PR dengan BN. Pakatan Rakyat kelihatannya tidak banyak menghadapi masalah untuk mencalonkan Datuk Zaid. Nama beliau telah disebut-sebut dari awal lagi dan sehingga pengumuman rasmi dibuat tidak terdengar kenyataan-kenyataan tidak berpuashati dari kalangan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mahu pun komponen Pakatan Rakyat yang lain. Komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat nampaknya begitu menghormati dan memahami sesama mereka akan statusqo yang ada dan langsung tidak mempersoalkannya. Mereka juga tidak mencampuri urusan parti yang berhak untuk mengemukakan calon dan menerima hakikat bahawa penentuan adalah hak mutlak parti berkenaan.

 

Sebaik saja nama Datuk Zaid diumum, respon yang diterima amat membanggakan. kesemua kepimpinan parti dalam pakatan Rakyat menunjukkan rasa gembira dan puas hati mereka. Di peringkat ahli dan penyokong pun nampaknya amat berpuas hati dan ada yang meluahkan kegembiraan mereka di ddalam blog dan perbualan sesama rakan masing-masing. Di khabarkan juga, UMNO mendapat tempiasan kesan dari pencalonan Datuk Zaid sehingga UMNO Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar.

 

Berbeza pula dengan Barisan Nasional. Kelihatannya mereka menghadapi masalah yang amat tenat dan sukar untuk diselesaikan walau pun mereka seolah telah mencapai kompromi semalam. Suasana yang ada tidak begitu memperlihatkan behawa pergelotan mereka telah benar-benar selesai. Ia bermula sebaik Yang Berhormat Datuk Zainal meninggalkan kita. MIC seolah tidak langsung memiliki kesabaran dengan gelohohnya tanpa menunggu lama telah menyatakan keinginan untuk bertandin di kerusi tersebut dan secara terang-terang ingin meletakkan timbalan presidennya sebagai calon. Tak lama itu tatkala Parti Keadilan masih belum bercakap soal calon kerana menghormati pemergian Allahyarham Datuk Zainal, UMNO Hulu Selangor pula menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan kerusi tersebut dengan mempromosi Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai bakal calon. Mereka menganggap bahawa kejayaan Barisan Nasional di Bagan Pinang akan dapat diulangi sekiranya kaedah yang sama diguna di Hulu Selangor dengan menurunkan Tan Sri Mad Taib. Tindakan UMNO Hulu Selangor ini ibarat menjolok sarang tebuan. MIC yang sejak kekalahan dalam pilihanraya umum ke-12 lalu telah berada umppama melukut ditepi gantang dalam Barasan Nasional, sebenarnya sedang menunggu peluang untuk mengembalikan maruah yang tercalar oleh kerana perangai pemimpin-pemimpin UMNO. Walau pun MIC agak lembut dalam menghadapi kegetiran dalam BN sepanjang tempoh paling menyakitkan ini, tidak seperti GERAKAN yang begitu lantang menyalahkan UMNO, tetapi ahli dan pemimpin MIC juga punya perasaan. Mereka juga punya maruah yang mesti dipertahankan. Mereka sudah tentu tidak rela dianggap sebagai tebu yang telah hilang manis dan sepahnya hendak dibuang. Ketika mereka mampu memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional selama 50 tahun mereka disanjung dan dipuji tetapi bila mereka kalah teruk mereka langsung tidak mendapat belas kasihan dari UMNO. Kemuncak dari semua itu adalah apabila Najib sanggup melancarkan parti baru iaitu parti Makkal Sakthi (yang kini hidup segan mati tak mahu). Bayangkanlah apa perasaan kita kalau kita telah berbudi dengan kawan kita tiba-tiba kawan kita mencari kawan baru setelah kita pula berada dalam keadaan susah dan tenat.

 

Sesungguhnya, adanya pilihanraya kecil di hulu Selangor telah dapat dihidu peluangnya oleh Datuk Sri Samy yang cukup berpengalaman dalam sepak terajang politik. Inilah masanya untuk beliau mengembalikan maruah MIC dan sebab itulah beliau awal-awal lagi dalam keadaan seolah-olah orang gelojoh menyatakan yang MIC akan bertanding dalam kawasan Hulu Selangor ini. UMNO yang tidak bijak membaca politik Samy Velu ini telah melatah dan itulah yang diambil kesempatan oleh MIC untuk mencapai hasrat dan sekaligus mengembalikan maruahmya. Maka berlakulah pergelotan politik sesama komponen BN untuk merebut kerusi di Hulu Selangor itu.

 

Pergelotan yang berlaku itu bukan mudah untuk diselesaikan. Di peringkat awal, kedua-kedua pihak nampak begitu keras dengan keinginan masing-masing yang kemudiannya membawa kepada pertikaian dalam media dan akhirnya sampai ke tahap ugutan untuk memulau dan memcat. Di tahap ini, timbullah calon yang dosokong atau direstui oleh Samy Velu dan calon mIC yang disokong dan direstui oleh UMNO. Nama Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sudah tenggelam dalam pergelotan itu. Di tahap ini nampaknya UMNO telah pun kalah. Setelah bergelot dan bergelot akhirnya lahirlah apa yang diumumkan semalam dengan UMNO mengatakan itu adalah satu keputusan menang-menang. Hakikatnya, UMNO tidak mendapat apa-apa pun dalam pergelotan itu sebaliknya Datuk Sri Samy telah menggunakan segala pengalaman politiknya untuk menewaskan Tan Sri Muhyiddin. Dalam erti kata mudah MIc menang 5-0.

 

1. Calon BN dari MIC.

2. Timbalan Presiden Mic akan jadi senator.

3. Dia juga dijanjikan timbalan menteri.

4. Dia mendapat jaminan akan mendapat kerusi selamat untuk ditandingi (kerusi siapa yang akan jadi korban; sekali lagi kerusi UMNO).

 

5. Di sini Najib boleh mengukur sejauh mana kemampuan Muhyiddin dan buat Najib “tepuk dada tanya selera”.

 

Akhirnya, UMNO terus menggigit jari kerana tak dapat bertanding di Hulu Selangor dan insya Allah mereka akan terus gigit jari pada 25 April ini. Hakikatnya di pihak MIC pun bukan semua berpuas hati dengan pencalonan P Kamalanathan ini dan ini mungkin akan menimblkan protes dalaman ketika menjelang hari kempen secara rasmi esok. Samy Velu dikatakan mungkin tidak cukup masa untuk memujuk ahli-ahli MIC  dalm keadaan ini.

 

Jadi, buat Pakatan Rakyat, eksploytasikanlah semua peluang ini untuk mencapai kemenangan minggu ddepan. Pastikan kemenangan ini bukan untuk Pakatan Rakyat semata-mata tetapi yang lebih penting kemenangan yang akan ditempa kelak adalah kemenangan yang kebaikan dan keuntungannya akan kembali kepada rakyat Hulu Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

 

Selamat berjuang. Reformasi! eformasi! reformasi!. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Rabu, 14 April 2010

MARI KE HULU SELANGOR 5

Datuk Zaid sah jadi colon Pakatan Rakyat.

 

13 April 2010, jam 11.25 malam, sahlah Datuk Zaid Ibrahim menjadi calon untuk Pilihanraya kecil Parlimen hulu selangor P094 yang tarikh penamaan calonnya ditetapkan pada 17 April dan hari mengundi pada 25 April dengan tempoh kempen selama seminggu. Sebagai permulaan tulisan ini saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid atas pencalonan beliau mewakili Pakatan Rakyat dan setinggi terima kasih juga harus diucapkan kepada beliau kerana sudi menerima pencalonan tersebut.

 

Saya masih ingat lagi di mana beliau ketika peringkat awal penyertaan dalam Parti Keadilan Rakyat beliau pernah berkata beliau tidak bercadang untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti. Beliau hanya akan menumpukan perhatian bagi memperkukuhkan parti dengan menyumbang apa yang difikirkan sesuai dan boleh disumbang. perkara ini telah dibuktikan sendiri oleh beliau apabila beliau bercuti atas semua aktiviti politik untuk menumpukan perhatian kepada tugasan dan kepercayaan yang diberi oleh parti untuk memperkukuh Pakatan Rakyat. Keputusan dan tindakan beliau ini akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan beliau bersama teman-temannya dari PAS dan DAP menganjurkan satu konvension Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember yang lalu. Pakatan Rakyat pula kini sedang menunggu keleulusan pihak Pendaftar Pertubuhan untuk bergerak sebagai satu pakatan berdaftar sebagaimana  Barisan Nasional. Itulah sumbangan awal Datuk Zaid dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang nilainya amat besar kepada sebuah perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi sebenar.

 

Pencalonan Datuk Zaid mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini amat dialu-alukan oleh semua pihak. Nama beliau telah disebut-sebut dari awal lagi oleh penganalisa politik dan mereka yang cenderong mengikuti perrkembangan politik negara. Dengan ketokohan yang ada pada beliau, kebolehan dan kepakaran yang dimiliki, keteguhan prinsip dan kekentalan dalam perjuangan dan komitmen tinggi dalam tugasan dan amanah yang digalas benar-banar meletakkan beliau sebagai orang yang paling layak untuk memikul tugasan buat kali ini sebagai sumbangan berrterusan beliau dalam parti dan pakatan. Beliau adalah calon harapan Parti Keadilan Rakyat yang sekaligus membawa aspirasi dan cita-cita PAS dan Dap bagi mendukung impian dan cita-cita rakyat ke arah Malaysia yang baru.

 

Dengan izin Allah melalui kerja kuat dan gigih para pertugas dan penyokong pakatan, semangat jitu berbekalkan keikhlasan dan kesetiaan kepada arahan pimpinan dan doa tak putus para amilin dan pimpinan parti, Datuk Zaid akan melakar satu sejarah yang menarik di Parlimen Malaysia pada 25 April ini. Kalau selepas 8 Mac 2008 yang lalu beliau masuk ke parlimen atas lantikan kerajaan, selaku anggota kerajaan, bertugas dengan suara kerajaan yang kemudiannya meletakkan semua jawatan kerajaan, beliau insya-Allah pada 25 April ini akan masuk ke parlimen kembali atas nama Pakatan Rakyat, atas arahan rakyat melalui undi rakyat dan akan membawa suara dan hasrat rakyat. Maknanya beliau masuk parlimen sebanyak dua kali dalam satu penggal; suatu sejarah menarik untuk Datuk Zaid dan pakatan Rakyat.

 

Buat para pengundi di Hulu Selangor, pencalonan Datuk Zaid untuk bertanding di kawasan tuan/puan adalah satu hadiah besar Pakatan Rakyat untuk semua. Oleh yang demikian, adalah suatu kesilapan sekiranya peluang keemasan ini dipersia-siakan oleh tuan-tuan dan puan/puan. Untuk itu pastikan tangan anda memangkah Datuk Zaid Ibrahim dangan niat yang suci bagi menyelamatkan negara kita dan sebelum memangkah lafazkanlah “bismillahir rahma nir rahim”.

 

Selamat mengundi.

Selasa, 13 April 2010

MARI KE HULU SELANGOR 4

Hari ini 13 April 2010, adalah satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang begitu setia mengikuti perkembangan politik negara ini. Malah bagi pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat, malam ini amat dinanti-nanti kerana pada malam ini di Dewan komuniti Serendah akan diumum siapakah calon yang akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor ini. Manakala Barisan Nasional pula akan mengumumkan calon mereka pada 15 April nanti.

Apa pun keadaannya, pilihanraya kecil ini seolah-olah memberi ruang kepada rakyat untuk menilai pencapaian Datuk Sri Najib sebagai perdana menteri. Sesungguhnya pada 4 April yang lalu genaplah setahun najib menjadi perdana menteri yang ke enam.

Dengan adanya pilihanraya kecil ini maka mahu tidak mahu najib terpaksa mengemukakan kad laporan kemajuannya kepada rakyat di Hulu Selangor untuk dinilai apakah kad itu penuh dengan dakwat biru atau merah. menelusuri perkara ini mari kita lihat dan menilai sendiri 'Report card' merah untuk Najib yang dipetik dari Harakahdaily.

 

      

(Analisis bersempena setahun kepimpinan PM ke-6 pada 4 April 2010)

PERDANA Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menyambut ulangtahun pertamanya pemerintahannya 4 April lepas, dalam keadaan yang getir dan penuh dilema.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya, berada dalam keadaan terumbang-ambing dan masih hilang arah akibat cabaran getir dari kelompok pembangkang
yang berkredibiliti seperti Pakatan Rakyat.

Najib berada dalam keadaan dilema kerana dalam tempoh setahun pemerintahannya, sarat dengan skandal dan isu-isu panas terbongkar satu demi satu tanpa sempat
dikambus, ditambah dengan baggage dari pemerintahan PM yang lalu.

"Saya fikir tiada banyak beza antara Najib dengan Abdullah, cuma Abdullah nampak lebih slow, Najib lebih cergas, tetapi cara keduanya menguruskan politik
dan ekonomi, sama-sama teruk," kata Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Masalah kepada Najib ialah kerana, beliau mewarisi stail 'flip flop' Abdullah dan tidak konsisten, dalam hal tertentu saya fikir Abdullah lebih tegas
dan berpendirian daripada Najib," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ternyata, usaha untuk memulihkan imej beliau dan imej Umno-BN yang tercalar teruk semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih gagal dipulihkan sehingga
kini.

APCO jejaskan Najib

Usaha memulihkan imej peribadinya terus gagal dan dimusnahkan dengan ledakan isu syarikat Israel, APCO Worldwide yang dilantik secara rasmi dengan perjanjian
bertulis oleh kerajaan, sebagaimana pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bombshell yang dilepaskan Anwar begitu memeranjatkan, sehingga sewaktu ucapan khas beliau di Parlimen, seluruh anggota Kabinet tidak mampu duduk dalam
dewan, macam 'cacing kepanasan' walaupun penyaman udara di Parlimen begitu dingin membeku.

Dengan terbongkarnya hubungan erat berbayar kerajaan Umno-BN dengan APCO, baru rakyat tahu bahawa inilah puncanya, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan
daripada Abdullah pada 4 April 2009, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang diteraskan dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Juga ditubuhkan Yayasan 1Malaysia.

Sebelum ini, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya atau dari sumber mana atau siapa yang menasihati Najib memperkenalkan konsep baru ini. Dalam tempoh
setahun ini, minda seluruh rakyat Malaysia seolah-olah 'dipaku' dengan 1Malaysia

Seluruh intipati ucapan Anwar yang mengemukakan bukti secara jelas wujudnya penasihat Zionis Israel yang ditempatkan di pejabat PM di Putrajaya, tidak
mampu ditangkis atau dijawab sepatahpun, oleh pemimpin Umno-BN. Mereka hanya menjawabnya dengan usaha merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
untuk dihukum.

Najib cuma menjawab Anwar dengan menafikan bahawa konsep 1Malaysia sama dengan konsep 1Israel, yang turut menggunakan khidmat APCO dalam tahun 1990-an
oleh PM Israel, Ehud Barak, ketika itu.

"APCO semasa menasihati Ehud Barak, perkenalkan slogan 'people first'. Ini sama dengan slogan 'rakyat didahulukan' cuma kita tambah 'pencapaian diutamakan'.
Israel juga buat 1Israel Foundation, sama dengan Yayasan 1Malaysia.

"APCO juga perkenalkan health care untuk Ehud menarik sokongan rakyat. Di sini kita guna Klinik 1Malaysia. Apakah semua ini persamaan secara kebetulan
atau sebaliknya," ujar Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

"Barangkali mereka tukar letterhead saja, format kertas kerja APCO kekal, 1Israel ditukar jadi 1Malaysia," getus Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,
Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Masalah besar yang berlaku ialah, kerajaan Malaysia tidak cermat menyelidiki latar belakang APCO.

"Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaik pulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan. Selain Turkmenistan, Kazakhstan
dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General
Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan
oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

"Apakah pentadbiran PM mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO
yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Inilah dilema yang dihadapi Najib. Beliau hanya ada dua pilihan sahaja. Iaitu, mengaku bahawa kerajaan tersilap dengan menggunakan khidmat perisik Israel,
atau kedua menghukum Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Omar Mustapha Ong, yang membawa APCO ke dalam pejabat PM melalui syarikat Mind Team dan Ethos Consultancy
sebagaimana didakwa Anwar.

Umno masih belum pulih dan BN yang bercelaru

Kecelaruan semakin membungkam Najib, apabila Umno-BN gagal memberikan sokongan padu kepada PM, dengan serangan terbaru terhadap kepimpinannya.

Tatkala Najib bercakap mengenai 1Malaysia, tanpa mengira kaum dan warna kulit, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berdegar-degar bercakap
soal kepentingan Melayu.

Najib bercakap soal pluralisme, Muhyiddin bercakap soal racisme. Ia kelihatan bercanggah. Tetapi mungkin juga ianya strategi untuk mengaut sokongan lebih
banyak.
Apa pun dari segi dalaman Umno, sudah wujud persepsi PM dan TPM tidak sebulu, berlainan kem, sudah lama berlaku.

Ketika penulis bersembang-sembang dengan penganalisis MCA di Parlimen baru-baru ini, penulis melontarkan persoalan dikhabarkan wujudnya campur tangan pemimpin
Umno yang cenderung menyokong puak-puak tertentu dalam MCA, beliau kelihatan tidak selesa.

"Kita tahu memang Umno tidak mahu 'orang tertentu' jadi Presiden MCA, tapi buat apa campur urusan MCA, dalam rumah Umno sendiri 'bocor', mereka belum pulih,
tapi kata sudah pulih," bidas beliau.

Memang Umno belum pulih. Ketiga-tiga Naib Presiden yang ditempatkan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, langsung tidak membantu Najib menguruskan
Umno.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui Pulau Pinang gagal mengawal Ketua Umno Bahagian dan ahli-ahli Umno berantakan sesama sendiri. Bergaduh dengan
Gerakan dan menimbulkan pelbagai kekecohan sehingga menjejaskan Umno.

Di Terengganu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein gagal mententeramkan gelodak perang kumpulan Dato' Seri Idris Jusoh dengan Dato' Ahmad Said. Umno Terengganu
terus berpecah belah.

Di Kedah, Dato' Mohd Shafie Apdal lebih teruk, kerana didakwa gagal mengadakan mesyuarat perhubungan. Ketua-Ketua Umno Bahagian tidak menyokongnya. Mereka
menolak orang Sabah dilantik memimpin orang Kedah.

Manakala di Perlis, pergaduhan antara puak Dato' Seri Shahidan Kassim dengan Dato' Seri Md Isa Sabu, berterusan. Kerajaan negeri terumbang-ambing, sama
macam Umno Perlis, bergaduh hingga ke akar umbi.

Di Perak, selepas Dato' Seri Mohd Zambry Kadir disahkan oleh Mahkamah sebagai MB. Umno-BN tidak mampu mentadbir negeri dengan baik. Pegawai kerajaan dan
rakyat tidak menyokong beliau. Sidang Dun dibuat dalam keadaan kelam kabut seumpama 'penjenayah yang mahu menyembunyikan harta rompakannya.

Di Pahang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dikhabarkan tidak mampu bertahan akibat keadaan kewangan negeri yang amat buruk. Hasil kerajaan,
terutamanya balak sudah licin dikebas kroni. Saman syarikat balak tidak mampu dibayar. Dalam keadaan terumbang-ambing, kerajaan pusat terpaksa menampung
bebanan besar kewangan Pahang.

Di Negeri Sembilan, kemasukan semula pesalah rasuah politik wang Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam Dewan Undangan Negeri menjadikan kedudukan MB,
Dato' Seri Mohamad Hassan bagaikan 'telur di hujung tanduk.'

Krisis Isa-Mohamad ini memang tajam. Selepas Isa tersingkir dari jawatan MB. Beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Tetapi dijatuhkan selepas
menang jawatan Naib Presiden Umno, dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu dari Negeri Sembilan.

Perbalahan ini menjadi semakin tajam apabila ramai orang Mohamad, tewas jawatan Ketua Umno Bahagian dalam pemilihan tahun lepas. Dengan hanya kelebihan
empat kerusi di Dun berbanding Pakatan Rakyat, Umno-BN Negeri Sembilan masih hidup tetapi bagaikan 'bernafas di dalam lumpur.'

Begitu juga di Melaka. Najib hanya memburukkan imej Umno-BN, dengan mengekalkan pesalah politik wang dalam Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua
Menteri.

Seperti kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, "Dia (PM) taruk (lantik) Ali Rustam jadi Ketua Menteri, sudah musnah dia punya imej mahu hapus rasuah.

"Sekarang kita boleh cakap, dia punya bising mahu hapus rasuah cuma 'menanam tebu di bibir mulut' sahaja,"katanya.

Sementara di Johor, kubu kuat Umno, berada dalam keadaan yang sama. Johor juga banyak warlord dalam Umno, banyak berpecah belah. Tetapi mereka masih beruntung
kerana rakyat menyokong mereka.

Masalah besar kepada MB, Dato' Abdul Ghani Othman ialah kegagalannya mengurus ekonomi negeri sehingga ditegur dalam laporan audit. Pembangunan di WPI tidak
berjalan dengan lancar.

"Lihat sahaja bangunan sebesar Johor Waterfront depan mata MB pun dia tidak nampak, terbengkalai macam 'gajah putih'. Itu pun Umno-BN tidak mampu uruskan,"
kata AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Keseluruhannya kepada kita, jelas bahawa Umno masih gagal dan terus gagal dipulihkan. Keadaan ini ditambah terukkan oleh BN. Komponen-komponennya seperti
MCA, Gerakan dan MIC, yang terus gagal berfungsi dan berpecah belah.

Sokongan, keampuhan dan kesepaduan Umno-BN terhadap kepimpinan Najib yang diuar-uarkan dalam media talibarut hanyalah kosmetik semata-mata. Ia tidak lebih
sekadar usaha untuk 'membeli persepsi' baik rakyat terhadap PM.

Isu-isu yang menghantui

Memang PM kelihatannya nampak tenang. Tetapi sebenarnya kerajaan yang dipimpinnya serabut dengan pelbagai isu dan skandal yang menghantui.

Yang menghantui Najib bukannya hantu Altantuya Shaariibuu, tetapi kesan daripada kes pembunuhan warga Mongolia itu, begitu kuat impaknya kepada politik
negara.

Isu yang membabitkan Najib atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kematian Altantuya sebagaimana yang didakwa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Zulkifli Noordin tidak timbul.

Beliau melakukan pembohongan yang besar apabila mendakwa Anwar yang mengarahkannya mengaitkan Najib-Rosmah dengan Altantuya. Soal ini biarlah Anwar menjelaskannya.

Tetapi isu ini memang besar. Tetapi ia sudah dipencilkan, hanya kepada isu pembunuhan. Hakikat yang disembunyikan ialah soal rasuah, penyelewengan dan
salahguna kuasa.

Dari awal kes Altantuya dibongkarkan ialah isu komisyen. Altantuya datang ke Malaysia pada bulan Oktober 2006, untuk berjumpa dengan Abdul Razak Baginda
kerana mahu menuntut baki komisyen yang dijanjikan hasil urusniaga kapal selam.

Pada tahun 2002, syarikat Perancis-Sepanyol bernama Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga
satu bilion Euro, iaitu harga yang paling tinggi dalam sejarah penjualannya.

Kes ini membabitkan DCNS, sebuah syarikat Perancis, yang pakar dalam pembinaan kapal laut tentera. Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam
Agosta kepada Malaysia pada Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dalam perbahasan Parlimen, iaitu pada sesi sidang belanjawan tahun 2004, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad mendesak kerajaan menjelaskan
kontrak pembelian kapal selam dengan sebuah syarikat di Perancis, DCN International yang melibatkan wang sebanyak RM 7.7 bilion.

Beliau berkata, sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, Perimekar Sdn Bhd serta rakan kongsinya mendapat keuntungan lebih daripada RM300 juta hasil
dari pembelian kapal selam tersebut.

Syarikat tersebut katanya, bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian kapal selam itu antara DCN International dengan kerajaan Malaysia.

"Apakah peranan yang dimainkan oleh Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam ini sehingga meraih keuntungan sebanyak RM300 juta," soal beliau.

Di Dewan Rakyat, pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Zainal Abidin Zin, mengakui bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro
sebagai komisyen kepada Perimekar, untuk tujuan perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kes-kes ini sebenarnya mencetuskan keraguan, siapakah Altantuya sebenarnya. Adakah beliau broker yang digunakan dalam urusan jual beli? Dan, apakah tujuan
sejumlah wang yang dibayar kepadanya oleh Razak Baginda sebelum beliau ditemui mati.

Masalah yang cuba ditutup di sini ialah hubungan rapat Razak Baginda dengan Najib-Rosmah, apakah kaitan mereka dengan Perimekar?

Persoalan-persoalan inilah yang berlegar di minda rakyat sebenarnya. Ia masih gagal dihapuskan Najib selepas setahun menjadi PM.

Persepsi yang sukar ditangkis

PM Najib barangkali mempunyai pendekatan yang tersendiri, namun beliau tidak terlepas dari persepsi buruk terhadap stail kepimpinannya.

"Dulu kita ada kerajaan tiga beranak, sekarang kita dipimpin oleh kerajaan suami isteri," getus seorang blogger orang kuat Umno.

Ia bukannya persepsi rakyat atau Pakatan Rakyat. Malah orang dalam Umno sendiri mengakui kalau hendak 'selamat' dalam Umno, mesti baik dengan Rosmah.

Ada sumber mengatakan, orang yang terbabit dalam urusan perniagaan pula mendakwa, jika hendak mendapat rezeki sama ada kontrak atau tender, juga mesti
melalui Rosmah.

Malah pada peringkat awal Najib menjadi PM, ada dakwaan bahawa diarahkan kepada pihak tertentu, menyediakan bilik untuk Rosmah (di pejabat kerajaan), juga
menyediakan tiga orang pegawai untuk beliau. Hal ini tidak pernah berlaku kepada PM-PM sebelum ini.

Situasi yang sebegini mencetuskan persepsi bahawa kemungkinan ada campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Najib.

Barangkali keadaannya tidak begitu. Barangkali Rosmah tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran Najib. Tetapi jika ditanya rata-rata rakyat Malaysia,
mereka akan mengatakan bahawa, persepsi mereka ialah, Rosmah yang dictate Najib.

Begitu juga yang dialami oleh Tun Abdullah Badawi. Semasa pemerintahannya dikaitkan dengan campur tangan isteri, anak dan menantunya dalam pentadbiran
negara dan parti.

Dalam keadaan sekarang, jika persepsi terhadap Najib terus kekal begitu, ia amat membahayakan masa depan politik beliau. Selagi persepsi ini tidak dapat
dihapuskan, selagi itulah Najib tidak akan dianggap pemimpin yang berjaya membawa perubahan.

Isu-isu kempen Hulu Selangor

Najib memasuki tahun kedua pemerintahannya dengan cabaran Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Hulu Selangor dianggap sebagai penentu 'hidup mati'
karier politik beliau, dan juga penentu masa depan BN.

Terdapat banyak isu yang tidak dapat dihuraikan secara terperinci dalam kolum yang terhad ini. Barangkali cukup sekadar catatan ringkas, untuk dikaji lebih
teliti buat kempen Pakatan Rakyat di Hulu Selangor nanti.

Antaranya ialah isu pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar juga belum selesai.

Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang menekan dan menindas rakyat terpaksa ditangguhkan pembentangannya di Parlimen kerana bantahan Pakatan Rakyat,
juga merupakan satu rekod buruk.

Dua isu besar yang membahayakan keselamatan negara secara khusus iaitu, isu kehilangan enjin jet F5E bernilai 50 juta dan pengakuan kerajaan bahawa maklumat
pertahanan negara bocor kepada kedutaan asing juga memalukan negara. Malah yang lebih buruknya ialah, kedua-dua kes ini berlaku semasa Najib menjadi Menteri
Pertahanan.

Isu royalti Kelantan juga harus diketengahkan. Ia bukan soal Najib semata-mata, ianya adalah merupakan salah laku pemimpin Umno, bermula pada Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menghalang Terengganu yang diperintah PAS menerima royalti. Mereka tidak peduli walaupun penduduk Terengganu lebih 90 peratus orang Melayu.

Dasar ini diteruskan oleh Abdullah, sehingga wang ihsan digunakan oleh Umno sewenang-wenangnya, melakukan projek yang membazirkan wang rakyat. Penyelewengan
wang ihsan terbukti dengan runtuhnya beberapa buah bangunan di Terengganu walaupun hanya baru beberapa tahun dibina.

Kepincangan dasar terhadap orang Melayu juga harus dibangkitkan. Isu PPSMI misalnya. Walaupun kerajaan sudah mengumumkan ia akan dihapuskan pada tahun
2012, namun kesan buruknya terhadap rakyat, sudah dan sedang berlaku pada waktu ini.

Isu ini sebenarnya membuktikan betapa rakusnya pemimpin Umno, untuk mempertahankan kuasa, orang-orang Melayu dimangsakan.

Antara lain yang diboleh dibangkitkan ialah isu Model Ekonomi Baru (MEB), isu Felda dan sebagainya.

Kesimpulan

Daripada rentetan skandal, penyelewengan dan isu yang dipaparkan dalam catatan ini, amat jelas, banyak persoalan yang masih kabur menghantui kepimpinan
Najib.

Sehingga kini, Najib ternyata gagal mengurus persepsi bahawa pemerintahannya tiada beza dengan Abdullah.

Data dari skala politik, ekonomi dan sosial menunjukkan dengan jelas bahawa usaha Najib untuk membawa reform, bagi menarik sokongan rakyat pelbagai kaum
kepadanya masih gagal

Setakat ini, dalam tempoh setahun, report cardnya dipenuhi dengan dakwat merah. Sekiranya dakwat merah ini berterusan sehingga PRU ke-13, maka beliau berkemungkinan besar menjadi PM terakhir daripada Umno-BN.

MARI KE HULU SELANGOR 3

Merenung kembali apa yang berlaku dua tahun lalu, pada pagi 9 Mac 2008, pemimpin-pemimpin UMNO pastinya seakan tidak percaya bahawa mereka bukan lagi anggota kerajaan di empat buah negeri lagi. Pagi itu, segala keenakan, keindahan, keseronokan, kehebatan, kemuliaan dan kesombongan bergelar orang berkuasa secara sekelip mata hilang dan tiada lagi dalam tangan mereka. Gelaran yang amat berhormat sudah tidak dimiliki oleh mereka dan gelaran itu akan berpindah kepada pihak lain yang selama ini tidak terjangkau pun oleh pemikiran sesiapa yang selain dari UMNO-BN akan ada pihak lain mampu untuk mengambil gelaran tersebut. Namun kenyataan adalah kenyataan dan tidak boleh diubah lagi melainkan mereka harus menerima kenyataan itu walau pun pahit.

 

Dalam tempoh dua tahun ini, Barisan nasional telah menjadi pembangkang kepada lima negeri dan mentadbir negara ini tanpa dua pertiga majoriti. Dalam tempoh ini jugalah berlakunya pertukaran perdana menteri dari Tun Abdullah kepada Datuk Sri Najib. Kalau di teliti dari 9 mac 2008 lagi, kita akan dapati pelbagai pergolakan politik yang berlaku sama ada di dalam Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Pergolakan sesama komponen dalam kedua-dua kolusi, pertelingkahan dalaman parti-parti dan pertarungan asasi antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak ada kesudahannya. Dalam konteks pilihanraya kecil sahaja kita telah menyaksikan sebanyak 10 kali lebih kurang pilihanraya kecil yang mana lapan daripada pilihanraya kecil itu telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

 

Walau apa pun hujah yang diberi oleh pemimpin-pemimpin barisan nasional, yang pasti BN memang menghadapi krisis keyakinan yang amat serius di mana majoriti pengundi sudah hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional. Cuba bayangkan, dengan segala kekuatan yang ada pada BN yang terdiri dari agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, kaki tangan kerajaan, sumber kewangan yang besar, asakan media yang dahsyat terhadap Pakatan Rakyat dan jentera Parti-parti komponen BN sendiri, BN masih kalah di lapan kerusi yang ditandingi termasuk kalah tanpa bertanding di Dun Penanti. Keadaan ini merupakan satu keadaan yang tidak pernah tergambar sebelum ini. Kalau sebelum ini, seandainya pilihanraya diadakan di luar Kelantan maka keputusan telah pun kita tahu walau pun sebelum hari penamaan calon lagi. Kini amat sukar untuk menduga siapakah yang mampu untuk menawan hati pengundi di sesuatu kawasan itu dan keadaan ini jugalah yang berlaku di Hulu Selangor. Agak sukar untuk kita mengagak siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil itu nanti dan rasanya hanya peti undi sahaja yang memberi keputusan muktamat tanpa ada agakan yang tepat tentang peluang siapa yang akan menang.

 

 

Untuk berhadapan dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini, apakah UMNO-BN telah benar-benar menerima hakikat penolakan rakyat terhadap mereka? Adakah mereka akan bergerak dalam keadaan orang yang tahu akan kesalahan mereka? Atau apakah mereka akan terus mendendangkan lagu lama, bertingkah dengan rentak lama dan bergoyang dengan tarianlama yang telah tidak mendapat sambutan peminat lagi kerana sumbangnya dendang, tingkah dan goyangnya. Sebenarnya, penolakan rakyat bukanlah mutlak kerana mereka benci dengan UMNO-BN tetapi seandainya UMNO-BN masih lagi dengan cara lamanya maka kebencian ini akan menjadi kenyataan dan UMNO-BN akan menerima padah yang lebih dahsyat lagi bermula dari Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini.

Kalau diperhati apa yang berlaku kepada UMNO-BN sejak 8 Mac 2008, banyak perkara yang harus diberi perhatian oleh pemimpin dan ahli UMNO-BN. Gagasan 1 Malaysia sendiri apakah telah benar-benar melonjakkan nama Datuk Sri Najib dan kerajaannya. Apakah gagasan itu sebenarnya diterima oleh orang-orang UMNO sendiri atau mereka sendiri pada hakikat menolak gagasan itu secara senyap? Bagaimana pula penerimaan masyarakat bukan Melayu terhadap gagasan ini atau gagasan ini hanya make-up politik Najib semata-mata? Apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran Najib menggambarkan semangat yang ada dalam gagasan 1 Malaysia?

 

Pelbagai peristiwa yang berlaku mutahir ini apakah merupakan suatu jawapan akan penerimaan atau penolakan terhadap gagasan 1 Malaysia. isu penggunaan nama Allah, pengkhianatan terhadap gereja dan masjid, perarakan kepala lembu, aktiviti dan ucapan melampau kumpulan PERKASA, perampasan kerajaan Negeri Perak yang hina dan tidak bermaruah dan penafian hak royalti petroleum untuk Kelantan dan Trengganu adalah tamparan hebat dan calaran tenat terhadap gagasan itu. Terkini, pendedahan penglibatan APCO DALAM GAGASAN 1 Malaysia sehingga ke tahap menjejaskan keselamatan negara adalah sesuatu yang membimbangkan dan meresahkan rakyat. Persoalannya kenapa perkara seserius ini tidak dijawab dalam parlimen tetapi dijawab di Singapura. Kita masih menanti-nanti jawapan yang jelas dan pasti dari perdana menteri di parlimen.

 

Ini belum lagi persoalan rasuah yang begitu membara dan menanah dalam UMNO-BN dan kerajaan BN yang begitu banyak tanda tanyanya. Kehilangan enjen kapal terbang tentera, kapal selam yang tak boleh menyelam, kematian Teo Beng Hock, kedudukan negara dalam indeks rasuah antarabangsa yang makin merosot, kenaikan-kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pemotongan peruntukan-peruntukan penting untuk para pelajar dan runtuhnya beberapa projek kerajaan sekali lagi membuat rakyat bertanya di manakah sebenarnya slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

 

Semua persoalan di atas akan di bawa oleh Barisan Nasional ke Hulu Selangor untuk diadili oleh rakyat. Maka itu, BN memerlukan satu penjelasan yang comprehensif, telus dan bertanggung jawab agar rakyat boleh menerima dan mengembalikan undi mereka kepada Barisan Nasional.

 

Penjelasan-penjelasan itu pula akan disaingi pula oleh pencapaian-paencapaian yang telah diraih oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Pakatan Rakyat akan mengemukakan kad laporan untuk dinilai oleh rakyat dan ditentukan ssama ada mereka lulus atau tidak selama dua tahun mereka diberi peluang untuk mentadbir negeri Selangor. Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa selesa dengan pencapaian mereka dan kemudian membandingkan dengan segala permasalahan Barisan Nasional. Sekali lagi, adalah diseru agar Pakatan Rakyat harus turun ke gelanggang dengan kekuatan sendiri dan bukannya menumpang atas kelemahan dan permasalahan Barisan Nasional. Semoga Pilihanraya Kecil Hulu Selangor akan berjalan dengan penuh teratur dan pertarungannya adalah pertarungan dasar dan menifestor dan bukan kekuatan tenaga atau wang. Selamat berjuang.

Isnin, 12 April 2010

MARI KE HULU SELANGOR 2

Sedar tak sedar, diam tak diam, masa yang begitu pantas berlalu memperlihatkan kepada kita betapa Pakatan Rakyat, suatu pakatan antara PAS, PKR DAN DAP yang terbentuk hasil dari keputusan pilihanraya umum 2008 telah pun berusia dua tahun. Gabungan yang pada asalnya lebih kepada hasrat untuk menyaingi UMNO-BN secara satu lawan satu telah begitu berhasil akhirnya mencapai kejayaan yang tidak diduga oleh seluruh rakyat Malaysia. Strategi menyaingi satu lawan satu itu bukan sahaja berjaya menafikan dua pertiga majoriti UMNO-BN dalam parlimen Malaysia malah lebih dari itu telah menggagalkan UMNO-BN mempertahankan majoriti di empat buah negeri di pantai barat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan seterusnya mengekalkan kemenangan yang lebih besar dan selesa di Kelantan. Pencapaian ini telah membuka satu lorongan baru dalam suasana dan warna politik Malaysia yang sekaligus mengubah landskap politiknya.

 

Lorongan dan dorongan politik baru yang dicetuskan oleh keputusan PRU ke-12 ini telah membuka jalan untuk PAS, PKR dan DAP mencari peluang membentuk suatu pakatan bagi memenuhi harapan rakyat untuk melihat suatu perubahan dalam pentadbiran kerajaan. Hasrat yang kuat ini telah diterjemahkan oleh para pemimpin ketiga-tiga parti dengan membentuk kerajaan di kelima-lima buah negeri yang dinafikan majoritinya dari UMNO-BN. Setelah berjaya membentuk kerajaan yang di peringkat awalnya disebut secara tidak rasmi sebagai Barisan Rakyat atau kerajaan alternatif, satu cadangan telah dilontarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Datuk Sri Haji Abdul Hadi Awang dalam satu program meraikan kemenangan di Shah Alam dengan menamakan pakatan ini sebagai pakatan Rakyat. Bertolak dari cadangan inilah akhirnya ketiga-tiga parti ini setuju menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan nama atau panggilan Pakatan Rakyat sekalipun ia masih belum didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan. Usaha untuk mendaftarkan pakatan ini hanya nampak bersungguh dilakukan selepas Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Konvension Pakatan Rakyat di Shah Alam pada bulan Disember yang lalu dan kini kita sedang menungu-nunggu akan kelulusannya dari pihak Pendaftar Pertubuhan.

 

Dalam tempoh dua tahun ini, Pakatan Rakyat telah berjaya menempoh dan mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam mentadbir kelima-lima buah negeri yang dikuasainya. Walau pun pada 6 Februari 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah dirampas dengan cara yang hina dan tidak bermaruah oleh UMNO-BN, secara keseluruhannya Pakatan Rakyat telah mencapai kejayaan yang amat boleh dibanggakan. Sekatan kuasa dan peruntukan, gangguan tugas dan kerja, fitnah dan adu domba, diskriminasi media cetak dan banyak lagi tidak menghalang kerajaan Pakatan rakyat di negeri-negeri yang ditadbirnya melaksanakan segala yang diamanahkan dengan cekal dan tabah.

 

Kini, Pakatan Rakyat khususnya di Selangor harus berhadapan dengan majikannya yang sebenar di Hulu Selangor. Pemergian Ahli parlimannya pada 25 Mac yang lalu seakan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk dinilai prestasinya. Kalau kita mengikuti kenyataan-kenyataan, ceramah-ceramah, laporan-laporan berita dan tulisan-tulisan dalam blog menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya melakukan banyak perubahan ke arah kesejahteraan rakyat di Selangor. Pelbagai projek, program dan usaha telah dilakukan oleh mereka yang termasuk di dalamnya merakyatkan ekonomi sSelangor dengan memberi air percuma, bantuan pendidikan, bantuan untuk golongan tua dan ibu tunggal, menyelesaikan masalah rumah terbengkalai, menarik pelaburan asing dan meluaskan peluang pekerjaan. menariknya, usaha-usaha ini digambarkan dilakukan dengan keadilan untuk semua dan di bawah prinsip negeri berkebajikan. Segala usaha ini sebenarnya telah dan akan dinilai oleh rakyat Selangor khususnya dan malaysia amnya. Sama ada rakyat benar-benar menerima dan menikmati apa yang dilaksanakan itu akan terjawab dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti. Para pengundi di Hulu Selangor akan memberi testimoni akan kejayaan sebenar kerajaan Pakatan Rakyat itu.

 

Oleh yang demikian, adalah diharap agar Pakatan Rakyat menyertai PRK ini dengan kekuatan yang ada dan kelebihan sendiri. Kalau dulu kita mungkin menang dalam pilihanraya umum lebih didorong oleh kelemahan, perpecahan dan masalah yang ada dalam BN, kemudian memenangi banyak pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 kerana harapan rakyat yang cukup tinggi maka sudah sampai masanya Pakatan Rakyat menyertai pilihanraya dengan kekuatan sendiri hasil dari kerja kuat yang telah dilakukan selama dua tahun mentadbir negeri Selangor. Tempoh dua tahun yang telah diberi kepada Pakatan Rakyat rasanya sudah memadai untuk Pakatan Rakyat mengemukakan satu kad laporan yang tepat dan tersusun. Dalam kad laporan ini hendaklah dinyatakan secara jujur segala pencapaian  dan kegagalan yang ada tanpa ada perasaan menyelindungi dari perkara sebenar. Sebenarnya rakyat boleh melihat sama ada kad laporan itu penuh dengan warna biru atau merah walau pun ada usaha untuk melindungi yang merah kerana rakyat Selangor bukan lagi berada di tahap menerima semata-mata tetapi mereka boleh dan mampu menilai secara kritis dan objektif semua laporan yang ada dalam kad laporan tersebut. Rakyat juga mungkin masih boleh menerima sebab-sebab kenapa dalam kad laporan itu ada warna merah andai ia dapat dijelaskan dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab. Sebenarnya kad laporan inilah kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat dan tempoh dua tahun ini sebenarnya memang agak memadai untuk rakyat menilai prestasi Pakatan Rakyat. Rakyat mungkin boleh menerima hakikat bahawa tempoh itu terlalu pendek untuk dinilai tetapi janganlah ia dijadikan alasan untuk menagih simpati pengundi.

 

Walau pun hari ini kita melihat Barisan nasional berada dalam keadaan defensif sekali lagi, dengan keadaan calon yang belum pasti di mana masih bertelagah sesama mereka, pelbagai peristiwa yang akan menyusah mereka, pencapaian-pencapaian terakhir mereka dalam pelbagai sektor yang boleh dipertikai dan banyak lagi hendaklah dijadikan bonus yang harus dieksploytasi oleh Pakatan Rakyat bagi mendapatkan undi dari pengundi di Hulu Selangor. Pokoknya, hendaklah Pakatan Rakyat bertanding di Hulu Selangor dengan kekuatan sendiri dan bukan bergantung kepada keboberokan Barisan Nasional. Andai ini dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat Insya-Allah Pakatanr Rakyat akan dipandang tinggi oleh rakyat keseluruhannya dan ini amat penting untuk kita menuju ke putrajaya.

 

Selamat bertanding.

Ahad, 11 April 2010

MARI KE HULU SELANGOR

Hari ini bagi mereka yang memang mengambil tahu tentang suasana dan perkembangan politik tanah air, hulu Selangor sudah pasti menjadi perhatian dan tumpuan. Walau pun Sibu juga bakal mengadakan pilihanraya kecil juga kerana kematian wakilnya pada hari Jumaat, rasanya Parlimen Hulu Selangor akan lebih menjadi tumpuan rakyat.

Pilihanraya kecil kawasan Hulu Selangor ini terpaksa diadakan kerana kematian wakilnya Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggalkan kita beberapa minggu yang lalu. Apabila dilihat kepada keputusan pilihanraya umum ke13 lalu, kita melihat bajawa pilihanraya ini akan menjadi sengit. Berbekalkan kelebihan majoriti kurang 200 undi adalah gambaran sebenar kehebatan pilihanraya kecil ini. Ketiga-tiga kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor di Hulu Selangor ini yang dikuasai sepenuhnya oleh Barisan Nasional yang mana jumlah undi yang diraih oleh ketiga-tiga kerusi DUN ini melebihi 26000 undi berbanding undi yang diperolehi calon parlimen BN hanya kurang sedikit dari 23000 sehingga menyebabkan beliau kalah dengan mejoriti 198 undi jelas meletakan kerusi ini amat penting kepada Barisan Nasional. Perbezaan undi yang melebihi 3000 undi antara undi terkumpul tiga kawasan DUN dengan undi parlimen seolah memperlihatkan ada unsur-unsur protes terhadap calon BN itu sendiri.

Di pihak Pakatan Rakyat pula, kemenangan calonnya pada pilihanraya umum ke-13 lalu mungkin juga selain dari protes terhadap calon BN, disumbang oleh ketokohan Datuk Zainal itu sendiri. Dia yang pernah menjadi timbalan kepada menteri besar Selangor suatu masa dulu selain pernah mengagotai ahli majlis mesuyuarat negeri dan keperibadiannya yang disenangi adalah salah satu faktor kemenangan Parti Keadilan Rakyat ketika itu. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat yang secara statusqonya akan bertanding di kerusi tersebut harus mencari dan meletakkan calon yang tidak kurang hebatnya bagi menyaingi calon Barisan nasional. Ketokohan seseorang calon itu amat penting bagi parti Keadilan Rakyat kerana mereka baru ditimpa musibah dengan melompatnya beberapa orang ahli parlimennya yang kononnya menjadi calon bebas. Walau pun bagi mereka yang mengambil tahu tentang pergolakan dan perkembangan politik tanah air meletakkan peristiwa lompat ini sebagai suatu proses pembersihan dan tidak memberi bekas kepada mereka tetapi harus diingat bahawa apakah rakyat umum khususnya pengundi di Hulu Selangor akan berfikiran sedemikian. Pada saya, peristiwa lompat ini sedikit sebanyak memberi kesan juga terhadap keyakinan rakkyat pada Parti keadilan Rakyat. justeru itu, PKR tidak mempunyai pilihan lain selain mengemukakan calon yang benar-benar berwibawa dan diketahui umum merupakan orang yang berprinsip dan berdisiplin serta tahu mengenang budi rakyat yang bakal mengundi mereka.

Barisan Nasional pula janganlah cuba menyembunyikan permasalahan mereka. Umum mengetahui bahawa mereka juga punya masalah yang begitu serius dan berat. Sama ada itu merupakan satu strategi atau memang bernar-benar berlaku, BN kelihatan berkelahi sesama mereka dalam meletakkan calon mereka. MIC secara statusqo ingin terus meletakkan calon mereka di kawasan tersebut sedang UMNO juga mengimpikan kerusi tersebut. Bagi MIC kerusi tersebut harus menjadi milik mereka kerana itu adalah kerusi tradisi mereka. UMNO pula meletakkan komposisi kaum Malayu yang ramai seharusnya membolehkan UMNO bertanding di kawasan mereka. Tak kala pemimpin mereka bercakap dengan penuh semangat memperjuangkan konsaep 1 Malaysia, anggota UMNO dan MIC bertelagah sesama mereka merebut kerusi dengan perkauman dan ketradisian kerusi di situ.

Bagi Orang UMNO melayu mesti bertandin kerana itu kawasan melayu sedang MIX kata Itu kawasan tradisi MIC maka MIClah yang kena jadi calon. Dengan masing-masin mempertahankan hak mereka untuk bertanding di kawasan tersebut, maka di manakah sebenarnya kedudukan rakyat pada kaca mata UMNO-BN dan MIC-BN. Di manakah penghayatan konsep 1 Malaysia yang dilaung-laungkan setiap hari (mungkin setiap minit atau saat)? Sepatutnya apabila pemimpin mereka bercakap soal 1 Malaysia maka UMNO dan MIC harus menjadi contoh untuk memperlihatkan kemurnian dan keindahan konsep tersebut. kalau UMNO dan MIC sendiri tidak mampu menterjemahkan secara amali konsep ini dalam menentukan calon di Hulu Selangor bagaima na rakyat boleh menerima dan menghayati konsep ini secara menyuluruh dan mutlak.

Konsep 1 Malaysia itu pula dihiasi dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Nampaknya slogan ini hanya tinggalslogan dan tidak akan menjadi kenyataan. Persoalannya, di mana kedudukan rakyat yang mesti didahulukan sedang mereka UMNO dan MIC bercakaran sesama mereka untuk meletakkan calon. Kalau benar rakyat didahulukan, UMNO dan MIC tidak akan bertelagah sebaliknya masing-masing berbincang secara terbuka dan ikhlas bagi menentukan siapa calon yang sesuai untuk diletakkan di situ tanpa mengira dari parti mana calon itu. Kebolehan memimpin, kepitaran fikiran dan akal, kesediaan memberi khidmat kepada rakyat, ikhlas dalam menjalankan tugas dan berdedikasi daam kerja buatnya harus menjadi kayu ukur untuk menjadi calon BN bukan bertanya dan bertelagah dari mana atau kelompok siapa calon itu.

Moga apa yang berlaku di HULU Selangor akan dapat membuat orang-politik lebih memikirkan tentang rakyat bukannya periuk nasi mereka dan kuncu-kuncu mereka. Harapan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar Parti Keadilan Rakyat dapat mendidik dan mengajar UMNO/MIC-BN akan makna perpaduan dan kesatuan hati dengan mengemukakan calon yang bernar-benar berwibawa dan diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum atau agama. Kita adalah rakyat Malaysia yang telah merdeka selama 50 tahun dan persoalan Melayu, Cina dan India serta lainnya bukan menjadi perbincangan pokok sebalik keadilan harus ditigakkan untuk semua. UMNO_BN baru kenal 1 Malaysia sedang mereka telah menjadi kerajaan selama lebih dari 50 tahun. mereka rupanya baru nak kenal erti 1 Malaysia sedang rakyat hakikatnya telah lama hidup dengan semangat kekitaan, kesatuan dan perpaduan yang penuh mesra dan tolak ansur. Jadi kita kena ajar UMNO_BN tentang 1 Malaysia dari rakyat Malaysia sendiri bukan 1 Malaysia dari APCO. Buat Pakatan Rakyat selamat berjuang di HULU Selangor. Insya-Allah kita akan berjaya.

Jumaat, 2 April 2010

APCO: Laskar upahan yang kita percaya

Tian Chua
Dalam dunia yang penuh pancaroba dan berkembang APCO Worldwide berdiri teguh sebagai
gergasi dalam dunia industri pelobian. Firma ini, dalam katanya sendiri menawarkan
“kepakaran luar biasa dan profesional” kepada kerajaan, ahli politik dan syarikat
korporat, serta senantiasa bersedia membantu pelanggan untuk mengharungi cabaran
getir dalam dunia yang rumit pada peringkat antarabangsa dan hal-hal dalam negeri.
Pelanggan khidmat APCO, bukan sahaja negara Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum
ini, saya telah menjelaskan hubungan firma perunding pengurusan risiko dan keselamatan
dalam negeri ASERO Worldwide. ASERO seolah-olahnya merupakan rumah persaraan buat
bekas-bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan bekas Shabak.
Melihat rekod syarikat APCO, cukup menakjubkan melihat kelancangan syarikat dalam
tindakan yang secara berterusan menentang keadilan sosial.
Mendandan diktator
Seperti yang kita tahu, APCO dan rakan strategiknya ASERO berkhidmat untuk Israel
dan agenda Zionis. Di persada antarabangsa, APCO secara khususnya terkenal kerana
membantu para diktator di seluruh dunia.
Ketua Menteri Gujarat, seorang nasionalis pelampau Hindu, Narendra Modi memakai khidmat
APCO sebagai perunding imejnya pada Ogos 2007. Ahli politik BJP ini telah dikaitkan
dengan rusuhan antara agama yang mengorbankan kira-kira seribu orang Islam. Pembunuhan
beramai-ramai itu mula dicetuskan dengan kejadian pembakaran keretapi Godhra pada
27 Februari 2007, yang mana beberapa ratus penganut Hindu terbakar hidup-hidup.
Puak radikal pelampau BJP dan RSS menyalahkan penganut Islam berhubung kemalangan
tersebut dan membalas dendam dengan memulakan rusuhan anti orang Islam. Kerajaan
Gujarat yang dipimpin Modi kemudiannya membayar USD25,000 setiap bulan kepada APCO
bagi membina semula imej antarabangsanya dan menarik pelaburan asing (FDI).
Selain dari Ketua Menteri Anti Orang Islam, si Modi, APCO juga terkenal dengan menjalankan
kempen perhubungan awam untuk ahli-ahli politik yang begitu mengaibkan.
Pada pertengahan tahun 1990an, syarikat itu telah dikontrakkan oleh bekas Presiden
seumur hidup Nigeria, Sani Abacha. APCO mewakili diktator itu di saat rejim tersebut
menindas kebangkitan gerakan rakyat dan menghukum bunuh 9 orang aktivis pro demokrasi,
termasuklah seniman pro alam sekitar Ken Saro-Wiwa.
Setelah runtuhnya blok komunis Eropah Timur, APCO menemui lubuk keuntungan di Rusia,
negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah.
Ken Silverstein, editor majalah Harper Magazine (30 Jun, 2007) menyifatkan pelobi
APCO sebagai, “penyelamat penting buat rejim-rejim kediktatoran mengembangkan kepentingan
mereka di Washington”. Beliau mendedahkan kepakaran pengalaman APCO dalam bekerja
untuk rejim-rejim kuku besi seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Turkmenistan dan lain-lain
lagi..
Silverstein menulis: “Dengan bayaran yuran khidmat sehingga USD 1.5 juta setahun,
APCO menawarkan untuk meghantar delegasi Kongres Amerika Syarikat ke Turkmenistan
serta menulis dan menanam pendapat di suratkhabar atas nama-nama ahli akademik dan
pakar-pakar pemikir yang akan direkrut mereka. APCO juga menawarkan untuk menganjurkan
acara untuk media “bebas’ di Washington yang akan mempromisikan Turkmenistan…”
Di China, APCO membantu syarikat-syarikat Israel untuk menjalankan perniagaan. Dalam
salah satu risalahnya, APCO mengiklankan bahawa: “APCO akan membimbing dan memberi
panduan kepada para peserta dengan proses mencari dan mengenal pasti rakan niaga
berpotensi ataupun potensi peserta untuk menjadi pengedar, penggabung, agen, pembekal
atau pesaing kepada China.”
Memukul gendang perang
Melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk rejim-rejim kuku besi mungkin merupakan
sebahagian daripada sumbangan kegiatan kebajikan APCO. APCO juga memiliki sebatalion
pelobi penyokong perang di bawah sayap syarikat ini. Firma ini juga merupakan pendokong
kuat peluasan peranan ketenteraan dan persenjataan Amerika Syarikat (A.S) dalam urusan
hal ehwal dunia
Pada Oktober 2004, APCO dan Kissinger Associates (dimiliki oleh bekas setiausaha
negara A.S, Henry Kissinger) membentuk “persekongkolan strategik.” Mereka sama-sama
mengumumkan “Genggaman kami terhadap dasar-dasar asas dan isu-isu peraturan di berbagai
negara digabung dengan pengalaman luas hal ehwal awam oleh APCO akan menghasilkan
pemikiran yang lengkap tentang ‘cabaran-cabaran’ para pelanggan kami.”
Selain Kissinger Associates, APCO turut membina jaringan atau persekongkolan dengan
kumpulan konservatif pelobi pro Zionis dan kumpulan-kumpulan perundingnya termasuklah
Heritage Foundation, Frontier of Freedom, Jewish Policy Center, dan lain-lain lagi.
Atas nama perang melawan keganasan, APCO membantu untuk menyelaraskan komunikasi
kerajaan bagi meyakinkan orang ramai berhubung perlunya perang. Kerja APCO termasuklah
mengolah pendapat awam dan maklum balas yang akan membantu usaha-usaha ke arah peperangan.
Mudahnya mereka mengeksploitasi rasa ketakutan terhadap Islam dalam masyarakat Barat
untuk menjual idea bahawa serangan penaklukan merupakan penyelesaian masalah bagi
mendapatkan semula keamanan di negara-negara Barat.
Selain menyokong George Bush, APCO turut sama mempertahankan tindakan tidak popular
Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk ikut sama terlibat dalam peperangan. Bersama-sama
dengan Foreign Policy Institute, yang berpengkalan di London, APCO menyediakan dan
menerbitkan risalah berjudul, ‘A Global Alliance for Global Values’ (Persengkongkolan
sejagat untuk nilai sejagat) yang diisytiharkan sendiri oleh Blair.
“Penyelesaian yang kita sedang hadapi sekarang adalah perang, tetapi bukan perang
biasa yang konvensional. Dan ianya tidak dapat dimenangi dengan cara-cara yang biasa.
Kita tidak akan memenangi pertempuran melawan keganasan sejagat sehinggalah kita
memenangi setiap peringkat nilai dan juga kekuatan tentera.”
“Untuk melakukan hal ini memerlukan perubahan mendadak terhadap keutamaan dasar kita.
Kita mesti menyerahkan diri kita terhadap pembaharuan sepenuhnya dalam strategi kita
untuk mengalahkan pihak-pihak yang mengancam kita.”
Setelah penakhlukan di Iraq, APCO secepatnya meletakkan diri mereka untuk membantu
syarikat-syarikat Amerika memeras kekayaan dan sumber Iraq. Pada Mei 2003, APCO Worldwide
melancarkan pasukan petugasnya yang diketuai oleh Marc Ginsberg, bekas duta Amerika
Syarikat ke Maghribi bagi mendapatkan kontrak membangunkan semula Iraq.
Anti-reformasi di A.S
Kesemua kejahatan ini bermula di rumah mereka sendiri. APCO bukan malaikat di pengkalan
asal mereka. Dilengkapi dengan penampilan berat condong ke politik konservatif, ia
selalu siap untuk berkhidmat terhadap agenda politik puak sayap kanan yang menentang
reformasi dan kepentingan orang ramai.
APCO Worldwide lahir daripada firma guaman Arnold & Porter, salah satu firma guaman
yang terbesar di Washington D.C serta berhubungan langsung dengan industri tembakau.
Pendokong gerakan hak-hak pengguna menyifatkan APCO sebagai firma pelobi yang “pakar
dalam membantu syarikat korporat untuk mengembangkan matlamat-matlamat mereka dengan
memanipulasikan penggubal undang-undang serta merancang dan mengajukan model bentuk
peraturan dan perundangan. Perkakas utamanya…termasuklah dengan mencipta persekongkolan
perniagaan serta penubuhan kumpulan-kumpulan ‘akar umbi’ palsu yang bergerak atas
isu-isu tertentu.
Pada tahun 1983, syarikat gergasi tembakau, Philip Morris membayar khidmat APCO untuk
menyerang kempen kesedaran awam menentang tembakau. APCO menyusun NGO tipu yang dikenali
dengan nama The Advancement of Sound Science Coalition (TASSC). Matlamat NGO ini
adalah untuk melawan usaha-usaha kesihatan awam yang mendesak kepada perubahan perundangan
serta menghalang sebarang cubaan untuk menghalang jualan tembakau.
Bukan sahaja APCO mahu orang ramai berfikir merokok itu baik untuk kesihatan, ia
juga mewakili kepentingan yang menguntungkan daripada syarikat-syarikat farmasi dan
industri penjagaan kesihatan. Tidaklah menghairankan apabila kita melihat APCO secara
aktifnya menentang dan memperlekeh usaha Obama untuk mereformasikan sistem penjagaan
kesihatan di A.S.
Salah seorang penggubal undang-undang yang disukai APCO ialah Senator Joe Lieberman,
penyokong kuat bantuan ketenteraan ke Israel. Isteri Lieberman, Hadassah merupakan
bekas pelobi utama APCO untuk para pelanggan dari sektor penjagaan kesihatan dan
famasi.
Mewakili syarikat-syarikat gergasi menjual dadah (ubat-ubatan), Senator Lieberman
menganjurkan gerakan anti reformasi sistem penjagaan kesihatan yang diharapkan para
penyokongnya akan mengecewakan usaha Obama, dan mereka telah berjaya menunda pembentangan
skema baru sistem penjagaan kesihatan.
Di luar A.S, APCO memimpin kempen undang-undang yang menentang pengedaran ubat-ubatan
murah untuk sakit AIDS di Afrika Selatan.
Selain kesihatan, APCO juga terlibat sama dengan syarikat-syarikat besar multi nasional
dalam sektor tenaga bagi menolak keprihatinan terhadap pemanasan global. Sekali lagi,
tugasan TASSC adalah untuk menyampaikan pandangan yang ‘rasional’, bukti ‘waras’
saintifik bagi menyatakan bahawa bahaya pemanasan glogal hanyalah ilusi orang-orang
pro alam sekitar yang kurang siuman.
Dibayar oleh syarikat seperti Exxon Mobil, APCO ditugaskan untuk menyusun sepasukan
‘laskar upahan’ yang berpandangan skeptik terhadap perubahan cuaca dunia dan menentang
Perjanjian Kyoto sebagai “kesilapan sains dan teknologi.”
Pada kesemua hal ini, matlamat dan cara APCO tidak ada lain melainkan untung dan
lebih besar lagi keuntungan bertimbun.
Kapten perhubungan awam di Malaysia
Pengarah Urusan APCO di Kuala Lumpur ialah Paul Stadlen. Memang benar tugas pertama
APCO di Malaysia bukanlah untuk mempromosikan 1-Malaysia.
Paul Stadlen datang ke Malaysia pada tahun 2008, sewaktu berlakunya penangkapan
ISA terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Dia diambil
berkerja untuk membantu strategi komunikasi Kementerian Dalam Negeri bagi menyokong
penangkapan ISA, khususnya kepada masyarakat antrabangsa.
Naib Presiden APCO, Larry Snoddon dilantik sebagai CEO Rantau Asia pada Januari 2009.
Sebelum bersama APCO pada tahun 2002, Snoddon merupakan CEO untuk Burson-Marsteller,
pemain utama perniagaan perhubungan awam di UK.
Burson-Marsteller juga memilki rekod menarik. Seperti APCO juga, Burson-Marsteller
pernah dibayar khidmatnya untuk Kementerian Penerangan Nigeria pada hujung tahun
1960 an bagi mengimbangi kutukan antarabangsa terhadap dakwaan pembunuhan etnik dan
pelanggaran sistematik terhadap hak asasi manusia yang dilakukan tentera Nigeria.
Dalam perkembangan yang sama, firma ini juga dilantik sejurus selepas Lee Kuan Yew
melancarkan operasi ‘Cold Store’ dalam tahun-tahun pembentukan Singapura (yang menyaksikan
bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari merengkok tanpa bicara dibawah ISA
selama 17 tahun). Lee Kuan Yew mendapatkan khidmat Burson-Marsteller bagi membantu
Singapura membangunkan program selama 10 tahun untuk menarik pelaburan dari luar
negara.
Firma ini juga diambil berkhidmat untuk kerja-kerja perhubungan awam oleh syarikat
loji nuklear setelah tragedi kemalangan nuklear di Three Mile Island di A.S pada
tahun 1979. Paling terkini, Burson-Marsteller mewakili syarikat khidmat keselamatan
Blackwater dalam suatu kes kontroversi. Ia dibayar untuk mempertahankan kakitangan
Blackwater yang membunuh 17 orang awam rakyat Iraq, sejurus selepas kejadian tembak-menembak
di suatu jalan di Baghdad pada 16 September 2007.
Namun demikian, bos sebenar operasi APCO di Malaysia berpengkalan di Washington DC.
Dengan bayaran khidmat RM23 juga, dia mampu untuk terbang ke Kuala Lumpur sebanyak
dua kali sebulan.
Orang yang bertanggungjawab sebagai perunding imej Najib ialah Jonathan M Winer,
Naib Presiden Kanan APCO di Washington DC.
Sebelumnya, Winer bertugas sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Penguatkuasaan Undang-undang
Antarabangsa dari tahun 1994 hinggalah 1999. Semasa penggal perkhidmatannya sebagai
Timbalan Pembantu Setiausaha Negara, dia dikenali sebagai pakar dalam hal kewangan
pengganas.
Dalam politik dalaman A.S, Winer pernah sekali membantu kempen presiden John Kerry.
Namun tidak seperti bosnya John Kerry, Jonathan Winer bukanlah kawan baik kepada
Anwar Ibrahim. Sebetulnya Jonathan Winer telah membantu Najib berkempen menentang
Anwar sebelum mendapat kontrak APCO lagi.
Sejak tahun 2005, kumpulan-kumpulan konservatif A.S mengutip pengakuan kongres Jonathan
Winer yang menyifatkan World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Belia Islam Sedunia
- WAMY) sebagai organisasi berkait dengan pengganas.
Dakwaan Winer merupakan cakap kosong tanpa asas. Dia membuat kesimpulan berasaskan
pada kejadian tunggal, di mana WAMY telah mengundang pemimpin Hamas Khalid Mishal
sebagai tetamu kehormat (VIP) untuk persidangannya di Riyadh yang berlangsung pada
bulan Oktober 2002.
Selain menjadi simpatisan penyokong kepada perjuangan Zionis, Winer dalam banyak
leadaan melontarkan syak wasangka buruknya terhadap orang Islam dan agama Islam secara
umumnya. Dalam pengakuannya kepada Jawatankuasa Senat untuk Hal Ehwal Kerajaan A.S
(US Senate Committee on Governmental Affairs) pada 31 Julai 2003, Winer menyifatkan
organisasi Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai “kumpulan pengganas”.
Katanya, “Ikhwan berperanan dalam membangunkan organisasi-organisasi militan Islam
lainnya. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hubungannya terhadap penubuhan kumpulan
pengganas Indonesia Jemaah Islamiya (JI), yang dicipta untuk menubuhkan negara Islam
di Indonesia. Pelopor yang menubuhkan JI mengakui mendapat inspirasi daripada matlamat
jihad Ikhwan sebagai cara untuk menciptakan negara Islam di Asia Tenggara meliputi
Malaysia, Indonesia, Singapura dan selatan Filipina."
“JI kemudiannya mendapat dana daripada hartawan kaya Arab Saudi yang bergabung dengan
Al-Qaeda. Hasilnya, mekanisme pusat kewangan Ikhwan, Al Taqwa, yang ditubuhkan operasinya
di Malaysia terkait dengan JI…kumpulan Al Taqwa…sejak dahulu lagi berperanan sebagai
penasihat kewangan kepada Al Qaeda,…menyediakan bantuan langsung kepada Osama bin
Laden serta nasihat pelaburan dan mekanisme pemindahan wang tunai untuk Al Qaeda
dan kumpulan-kumpulan radikal Islam lainnya.“
Saya beranggapan pandangan di atas sepertimana yang disuarakan Jonathan Winer tidak
dapat diterima di kalangan kawan-kawan saya dari Barisan Nasional. Namun demikian,
apakah kerajaan Malaysia meminta perunding APCO ini mengubah kepercayaan yang dipegangnya
sebelum menandatangani kontrak mahal bernilai RM23 juta itu?
Bolehkah kita mempercayai APCO?
Cara bergerak APCO tidak pernah berubah, ia menyediakan khidmat ‘laskar upahan’ perhubungan
awam yang akan menasihatkan rancangan sesiapa sahaja, dan pastinya rancangan untuk
pihak yang paling banyak membayar mereka.
Perkara-perkara yang saya timbulkan dalam rencana saya ini, telahpun dimasukkan ke
dalam debat membahas Titah Di Raja di Palimen pada 29 Mac 2010. Dalam perdebatan
itu, saya merayu kepada BN, juga terhadap rakyat Malaysia untuk melihat isu ini dengan
lebih serius lagi.
APCO mungkin menyediakan jalan pintas untuk mengangkat imej kerajaan. Tetapi wajarkah
kita percaya kepada ‘laskar upahan’ untuk berkhidmat terhadap kepentingan nasional
kita?
Lebih-lebih lagi, jika 1Malaysia seperti yang didakwa kerajaan adalah berkenaan bagaimana
rakyat Malaysia berkongsi memenuhi hasrat bersama, kita sebenarnya tidak memerlukan
campurtangan asing untuk membentuk masa hadapan negara.
(Tian Chua merupakan Ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat
- PKR)